kod etika dan akauntabiliti keguruan

20

Upload: ashvini-velayudham

Post on 13-Oct-2015

278 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

EDU

TRANSCRIPT

KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI KEGURUAN

KOD ETIKA DAN AKAUNTABILITI KEGURUANAhli kumpulan:ANBUCHELVI KANNANASHVINI VELAYUDHAMNANTHINI KANAPATHYSANTINI SURASHKUMARSIVASANGARY RAVEENDRAN

MAKSUD ETIKADaripada perkataan Yunani Ethos yang bererti norma-norma, nilai-nilai, kaedah-kaedah, dan ukuran-ukuran bagi tingahlaku manusia yang baik.Menurut ahli falsafah etika merujuk kepada peraturan perilaku, adat kebiasaan manusia dalam pergaulan antara satu sama lain dan peraturan ini menegaskan apakah yang benar dan salah.Nikki(2009) menganggap etika sebagai pedoman perilaku yang dikenalpasti berkaitan dengan tindakan-tindakan manusia dalam bahagian tertentu. KOD ETIKA PROFESIONPeraturan untuk membantu para guru yang profesional mematuhi prinsip-prinsip yang termaktub supaya menjaga imej baik.3 fungsi utama kod etika profesion : -beri pedoman mengenai prinsip profesionalisme (sedia maklum tentang perkara yang boleh dilakukan dan yang mana tidak boleh dilakukan) -kawalan sosial -mencegah campur tangan pihak di luar

KOD ETIKA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

Etika ialah suatu sistem dasar tingkah laku bagi sesuatu kumpulan manusia atau organisasi. Setiap badan profesional mempunyai kod etika masing-masing. Setiap profesion akan menetapkan nilai-nilai asas yang perlu ditaati oleh semua insan yang menjalankan pekerjaan tersebut. Ini disebut sebagai KOD ETIKA. Justeru, etika profesional ialah nilai-nilai atau tingkah laku murni yang harus dihayati oleh individu-individu mengikut profesion masing-masing.

TATASUSILA PROFESION KEGURUAN(a) Tanggungjawab terhadap Pelajar Mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar lebih dari guru.Bersikap adil terhadap setiap pelajar Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit tentang pelajar Menunjukkan cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang baik Membimbing atau mengajar seseorang pelajar tanpa bayaran.

(b) Tanggungjawab terhadap Ibu Bapa

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapaMewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumah tangga Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata kasar atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

6 (c) Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara Menghormati perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat. Menghormati masyarakat setempat berkhidmat. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara.

(d) Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan Profesion Keguruan Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru.Sentiasa bersedia membantu rakan sejawatMengawal diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.

AKAUNTABILITI KEGURUAN Akauntabiliti Guru akauntabiliti = bertanggungjawab kepada seseorang atau bertanggungjawab terhadap sesuatu. Konsep akauntabiliti satu obligasi untuk memberikan jawapan dan penjelasan mengenai sesuatu tindakan dan prestasi kepada mereka yang berhak untuk mendapat jawapan dan penjelasan tersebut. Akauntabiliti keguruan tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab terhadap profesionalisme keguruan.

AKAUNTABILITI KEGURUANAkauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi :-

Akauntabiliti terhadap pelajar. Akauntabiliti terhadap diri sendiri Akauntabiliti terhadap ibu bapa Akauntabiliti terhadap masyarakat dan negara Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan

Akauntabiliti terhadap pelajarMengutamakan kebajikan dan keselamatan murid-murid.Bersedia menyelesaikan masalah murid-murid dengan bersikap adil.Ikhlas dalam menyampaikan ilmu pengetahuan.Bekerjasama dengan pihak sekolah dan ibu bapa. Tidak mengharapkan sebarang balasan dan ganjaran.

Akauntabiliti terhadap DIRI SENDIRIMelengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.Berpengetahuan luas dan kompeten dalam bidang mata pelajaran yang diajar.Mengamalkan nilai-nilai murni seperti ketatasusilaan, belas kasihan, kejujuran dan keikhlasan, kecekapan, pertimbangan.Memelihara penampilan diri.Melibatkan diri dalam hobi aktiviti berfaedah pada masa lapang.Mengawal emosi ketika mengajar di kelas.

Akauntabiliti terhadap ibu bapaMelaksanakan tugas mendidik dan membentuk modal insan yang berguna kepada masyarakat.Memainkan peranan dalam membimbing pelajar dan perwatakan guru diteladani pelajar.Mewujudkan permuafakatan yang erat antara mereka dan situasi ini amat membantu dalam memantau perkembangan dan kemajuan pelajar.

Akauntabiliti terhadap masyarakat dan negaraTidak menyebarkan ajaran negatif yang boleh merosakkkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara.Bersopan-santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial.Mengambil bahagian secara cergas dalam kegiatan-kegiatan masyarakat.Sentiasa menghormati ahli-ahli masyarakat setempat.Tidak mencemarkan nama baik rakan sejawat.

Menjalin hubungan baik sesama rakan sejawat.Selalu bersedia membantu rakan sejawat.Bekerjasama sesama rakan sejawat demi menjaga imej profesion

Akauntabiliti terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan INTEGRITI GURUIntegriti - Wholeness atau Completeness - Kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi. (Institut Integriti Malaysia, 2004)

Integriti Guru - Guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. - Kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu anggota perkhidmatan pendidikan dan organisasi berlandaskan etika dan piagam pelanggan organisasi.

Integriti Guru Sebagai Penjawat Awam

Guru perlu mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kejujuran.Permuafakatan erat antara guru dengan ibu bapa akan memupuk kerjasama yang baik.Guru akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang terhadap pelajar.Guru perlu mempunyai ketabahan tinggi.Dari segi P&P, guru mempunyai kewajipan untuk memberi yang terbaik untuk pelajar. Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.

Guru tidak harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.Guru tidak harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik persendirian terhadap muridnya.Guru tidak harus meminta atau menerima hadiah daripada ibubapa atau ahli masyarakat dalam menjalankan tugas profesionalnya.Guru tidak harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan

Tayangan VideoTayangan Video