kkp psv baru

14

Click here to load reader

Upload: qammarul-anuar-mohamed

Post on 16-Nov-2015

12 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ss

TRANSCRIPT

PEDAGODI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR

PEDAGODI PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR/KSSR2015

KONSEP PENDEKATAN, STRATEGI, TEKNIK DAN KAEDAH.Mengikut Kamus Dewan pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatasi masalah. Pendekatan boleh dimaksudkan sebagai kaedah atau cara sesuatu tugasan itu dilaksanakan. Pendekatan di dalam bidang pendidikan merujuk kepada satu set teori pembelajaran yang beraksiomatik dan diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran berdasarkan kepada objektifnya. Beraksiomatik di sini membawa maksud sebagai kenyataan yang diberikan tidak memerlukan bukti dan alasan. Menurut pendapat Edward M. Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsur aksiomatik.Dalam konteks pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu iaitu merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya. Sebagai guru yang mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya mestilah mengetahui terlebih dahulu latar belakang mereka. Hal ini kerana, dengan mengetahui latar belakang mereka, guru tersebut dapat memilih dan merancang pengajarannya dengan menggunakan pendekatan yang sesuai. Guru tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama terhadap murid yang berlainan. Hal ini dikhuatiri proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan tidak berkesan iaitu tidak mencapai objektif. Sekiranya guru dapat mengenal pasti sifat atau keperluan murid-muridnya, maka guru tersebut akan dapat memilih dan menggunakan pendekatan yang sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara efektif. Seterusnya, strategi merupakan satu perancangan yang diatur untuk mencapai tujuan atau matlamat bagi membentuk kejayaan. Dalam Pengajaran dan pembelajaran, strategi amat diperlukan oleh seseorang guru bagi memastikan setiap murid dapat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar setelah merancangnya seterusnya memberi kejayaan dalam hasil pembelajaran yang telah ditentukan. Menurut seorang sarjana barat, Edward M. Anthony, merumuskan bahawa strategipengajaran dan pembelajaran berhubung rapat denganpendekatan,kaedahdanteknikmengajar. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian, kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Guru perlu rancang pendekatan dan kaedah yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Contohnya, dalam bilik darjah KSSR yang biasanya terdiri daripada kumpulan lemah, kumpulan serdahana serta kumpulang cergas. Guru terpaksa memikirkan strategi pengajaran yang terdiri daripada pelbagai kaedah mengajar untuk memenuhi keperluan semua kumpulan. Lantaran itu, seseorang guru bukan sahaja mesti menguasi berbagai-bagai kaedah mengajar tetapi yang lebih penting lagi ialah bagaimana mengintegrasikan serta menyusun kaedah-kaedah itu untuk membentuk strategi pengajaran yang paling berkesan dalam pengajarannya.Kaedah merupakan satu tindakan yang bersistematik supaya dalam jangka pendek, objektif pelajaran spesifik tercapai. Terdapat berbagai kaedah yang boleh digunakan dalam bilik darjah seperti inkuiri-penemuan, kaedah penyiasatan, kaedah dapatan dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony,(1963), kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun dan teratur .Ini bermakna sesuatu kaedah yang dipilih haruslah berlandaskan kepada pendekatan yang berkaitan dengan model dan prinsip. Dalam konteks pengajaran, kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain. Oleh itu, kaedah merupakan cara mengelola dan menggunakan teknik-teknik pengajaran, isi kandungan dan bahan bantu mengajar oleh guru supaya objek pengajaran dapat dicapai dengan berkesan. Kaedah juga merupakan satu siri perlakuan aktiviti yang berturutan dan berkait antara satu sama lain dan dilaksanakan oleh guru bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.Teknik adalah taktik yang digunakan untuk mencapai objektif pembelajaran yang segera maksimum pada waktu pengajaran dan pembelajaran bagi sesuatu bahagian. Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah untuk menarik perhatian murid supaya minat belajar dan tidak jemu ketika sesi guru mengajar. Pelbagai teknik boleh digunakan seperti teknik main peranan, improvisasi, permainan bahasa, bercerita, simulasi, sumbangsaran dan sebaginya. Guru harus bijak memilih teknik ketika belajar mengikut aras pencapaian murid, umur, minat dan kebolehan murid. Bahan yang digunakan juga penting agar bersesuaian dengan teknik yang diajar dengan menggunakan pelbagai bahan konkrit. Teknik juga boleh diklasifikasikan kepada kategori yang mementingkan isi kandungan ataupun proses.APLIKASI PEDEKATAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PSV Dalam penulisan RPH saya pada kali ini, pendekatan yang telah saya gunakan bagi mengajar pelajar Tahun 4 aktiviti catan adalah pendekatan Chapman pada asapek pemerhatian, penerokaan, penghasilan dan apresiasi. Penggunaan pendekatan Chapman ini dapat dilihat pada bahagian persepsi dan aplikasi. Berdasarkan pendekatan Chapman ini, pemerhatian merupakan salah satu cara yang digunakan oleh pelajar dalam mempelajarai seni. Pemerhatian merupakan aktiviti yang melibatkan sensitiviti deria manusia seperti deria penglihatan. Berdasarkan pendekatan Chapman, terdapat pemerhatian aktif dalam pembelajaran. Pemerhatian aktif merupakan pemerhatian atau penyediaan yang dilakukan oleh seseorang guru bagi menjalan kan pengajaran dan pembelajaran seninya.Berdasarkan pendekatan Chapman, saya dikehendaki untuk peka dan mempunyai pengetahuan tentang keupayaan para pelajar sebleum memulakan sesuatu aktiviti. Keadaan tersebut amat penting bagi memastikan objektif dapat dicapai dengan berkesan disamping dapat memastikan perjalanan pengajaran dan pembelajaran lancar tanpa gangguan. Tambahan lagi, pendekatan tersebut juga dapat menarik minat pelajar untuk memberikan perhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contohnya, sebelum memulakan aktiviti yang telah dirancanag saya telah menunjukan model pasu bunga kepada pelajar. Hal ini demikian, pelajar akan memberikan pemerhatian yang aktif kepada pembelajaran pada masa tersebut dengan baik dan berkesan. Penggunaan bahan yang konkrit seperti pasu bunga juga adalah penting bagi memudahkan pelajar melakukan pemerhatian seterusnya membuat hasil yang lebih tepat dan kreatif. Selain itu, melalui pendekatan Chapman juga saya juga melakukan beberapa aktiviti yang dapat memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka sendiri seperti warna. Dalam RPH yang telah dibuat, saya tidak meletakkan warna yang khusus untuk mewarna lakaran pasu bungan tersebut. Tetapi memberi peluang kepada pelajar untuk menetukan warna yang diinginkan mengikut pengetahuan atau pengalaman yang telah sedia ada pada mereka. Pada masa yang sama mereka juga diberi peluang untuk menghasilkan warna yang lebih menarik melalui bimbingan guru. Dalam pada itu, pelajar juga akan meneroka warna yang telah digunakan oleh saya terhadap karya yang telah saya siapkan. Keadaan ini pada masay yang sama telah mewujudkan suatu permainan cuba mencuba atau suai kenal dengan warna yang mereka akan gunakan dalam menghasilkan karya yang baik dan kreatif.Dalam pendekatan Chapman, dalam menjalankan aktiviti catan ini saya telah meminta pelajar untuk melihat saya menunjukan cara dan contoh mewarna lakaran pasu bungan yang bakal diedarkan. Semasa menunjukan cara mewarna lakaran tersebut, saya juga telah menunjukan langkah-langkah yang betul untuk meastikan pelajar mengikuti setiap langkah dengan betul dan baik bagi menghasilkan suatu karya yang lebih baik dan kreatif. Keadaan ini amat perlu untuk memastikan pelajar yang lemah tidak ketinggalan dalam pembelajaran yang diajalankan. Disamping itu, dapat memastikan pelajar yang lemah juga tidak lari dari objektif asal pembelajaran yang dijalankan. Aspek yang terakhir adalah apresiasi. Aspek ini merujuk kepada perasaan murid semasa dan setelah melakukan aktiviti seni di dalam kelas. Murid dapat melihat perkaitan antara sesuatu kandungan dan hal benda, penggunaan bahasa yang sesuai dengan memanipulasi alatan dan teknik yang digunakan. Murid juga dapat menghargai hasil kerja masing masing serta menghormati mengakui sesuatu karya yang telah dilakukan atau dicipta..Guru juga dapat menerangkan kepada murid perkaitan antara aspek bahasa yang dapat dikaitkan dengan istilah seni contohnya perkaitan antara sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk dan bentuk. Oleh itu, menurut Laura H. Chapman di dalam bukunya bertajuk Approches in Art Education (1978), menjelaskan bahawa proses kreativiti mempunyai pertalian dan hubungan yang hampir sama dengan proses penghasilan karya ataupun dikenali sebagai proses artistik. Dalam pada itu, Laura H. Capman telah menyatakan bahawa proses kreativiti sama dengan proses penghasilan/artistik. Bagi memperkembang kreativiti pelajar, guru PSV perlu menggunakan pelbagai cara dalam menghasilkan karya dan yang penting sekali ialah guru PSV harus menguasai bidang seni visual ini supaya guru mempunyai pengalaman yang lebih banyak untuk mengajar pelajar.

https://drive.google.com/file/d/0B3RC1lQLlfyPSWhlRURyR0ZJNmc/edit?pli=1

APLIKASI STRATEGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PSV Dalam penulisan RPH saya pada kali ini, strategi yang telah saya gunakan bagi mengajar pelajar Tahun 4 bagi aktiviti catan adalah strategi berpandukan kepada penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Penggunaan TMK dalam pembelajaran dan pengajran padan masa kini amat relevan dan dapat menarik perhatian pelajar untuk jangka masa yang panjang di dalam kelas. Penggunaan TMK juga dapat membantu saya untuk menyampaikan sesuatu isi pengajaran dengan lebih berkesan dan jelas. Hal ini demikian, bukan semua perkara saya boleh sampaikan secara lisan. Oleh itu penggunaan TMK amat wajar dilakukan terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Saya telah mengaplikasikan strategi penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual adalah pada set induksi dan set penutup. Dalam set induksi berdasarkan rph yang telah saya bina, pelajar dikehendakli untuk mendengar dan menonton video lagu bertajuk Taman Bunga. Pemilihan video tersebut adalah relevan dengan tahap pelajar dan mempunyai kaitan dengan tajuk yang ingin saya sampaikan kepada pelajar. Pada masa yang sama, melalui video tersebut juga saya dapat menarik pelajar untuk memberikan perhatian mereka kepada pembelajaran pada hari tersebut. Penggunaan TMK juga perlu diterapkan dalam kalangan guru supaya dapat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan kajian Lim Bee Yeok (2008) menyatakan guru-guru yang mempunyai pengetahuan yang tinggi terutama dalam perisian pemprosesan perkataan kerana mereka kerap menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan mereka. Disamping itu, menurut kajian Mohd Fadzri (2006) yang menyatakan kebanyakan guru didapati menggunakan komputer untuk proses penghasilan nota pengajaran berbanding dengan menggunakan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di kelas. Seterusnya, saya juga telah mengaitkan penggunaan TMK dengan menggunakan model ADDIE. Dalam situasi ini, model ADDIE boleh digunakan supaya penggunaan TMK dapat berjalan dengan lancer. Menurut model ini, langkah utama yang perlu dilakukan oleh saya adalah menganalisis (analysis) segala maklumat berkaitan pelajar. Kemudian saya perlu menetapkan (design) objektif pengajaran dengan jelas. Pada peringkat ini pelajar telah dijelaskan dengan terperinci kemanfaatan TMK dalam pendidikan. Hasilnya saya boleh mengembangkan (development) dari isi dan bahan pembelajaran berdasarkan tahap menetapkan tujuan belajar. Pada peringkat pelaksanaan (implementation) pula, segala perancangan awal tadi dimasukan ke dalam tindakan dan prosedur untuk latihan pelajar dan pelaksanaan guru. Sebagai contoh saya menyampaikan kandungan pengajaran tentang isi kandungan yang hendak disampaikan kepada pelajar untuk dinilai keberkesanan perancangan dan tindakan. Apabila situasi ini sentiasa diamalkan maka tidak sukar bagi pelajar menjangkakan kaedah pengajaran guru menggunakan TMK dan membuat persediaan rapi. Pada fasa terakhir ini, saya perlu membuat penilaian (evaluate) secara berterusan dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang berlaku semasa menggunakan TMK dalam proses P&P. Suasana pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan berkesan apabila pelajar sedia memahami kaedah pengajaran guru dengan jelas.Kesimpulannya TMK membawa wajah baru dalam pengajaran dan pembelajaran PSV di dalam bilik darjah . Peranan guru telah berubah dari instruktor ke fasilitator dan pengajaran berasaskan kaedah eksposisi telah berubah kepada pengajaran yang membolehkan pelajar melakukan eksplorasi sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil. Peluang pembelajaran individu telah diberi kepada pelajar untuk pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan semasa. Kerajaan Malaysia khasnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah berusaha mengatasi masalah-masalah yang timbul. Golongan pendidik pula perlu bersikap terbuka dan positif menerima perubahan dalam era pendidikan. Kerjasama daripada semua pihak akan memacu sistem pendidikan negara ke arah kecemerlangan bertaraf dunia.

APLIKASI KAEDAH DAN TEKNIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PSV Dalam penulisan RPH yang telah saya jalankan, kaedah yang digunakan bagi mengajar PSV Tahun Emapat adalah kaedah kuliah. Kaedah ini telah saya aplikasikan pada bahagian persepsi dan aplikasi seni. Kaedah ini terpaksa digunakan bagi menerangkan kepada pelajar tentang aktiviti yang akan dilakukan. Kaedah kuliah merupakan kaedah yang berbentuk penerangan biasanya digunakan oleh guru dalam menyampaikan maklumat yang agak banyak dalam atau singkat bagi tempoh masa tertentu. Di dalam kaedah ini, biasanya pelajar akan mendengar, mencatat nota tentang fakta yang dibincangkan. Penghuraian tentang sesuatu topik diulas secara langsung dengan pelajar. Berdasarkan RPH yang telah saya bina, penggunaan kaedah ini adalah untuk memberikan penerangan tentang definisi catan dan penggunaan media yang betul dalam penghasilan sesebuat catan. Melalui kaedah kuliah ini pelajar akan memberi perhatian yang sepenuhnya dan secara tidak langsung penggunaan kaedah kuliah juga dapat menjimatkan masa saya untuk menerangkan sesuatu konsep yang ingin diajar kepada pelajar. Melalui kaedah ini juga pelajar mudah memahami maklumat yang ingin disampaikan oleh guru dengan berkesan dan baik. Kaedah ini telah disokong oleh Ramsden (1990), yang mendapati kaedah kuliah sesuai jika tujuan asas pengajaran adalah untuk menyampaikan maklumat, bahan berkenaannya sukar diperolehi, bahan perlu disusun dengan cara tertentu untuk kumpulan tertentu dan untuk membangkitkan minat dalam mata pelajaran berkenaan.Sebagai contohnya, saya telah menggunakan kaedah ini unyuk menyelesaikan permasalahan yang mungkin timbul dalam kalangan pelajar semasa menjalankan aktiviti catan. Hal ini demikian, semasa menjalankan kaedah kuliah saya juga telah menggunakan teknik soal jawab bagi memastikan setiap permasalahan yang dihadapi oleh pelajar dapat diselesaikan sebleum menjalankan aktiviti tersebut. Keadaan ini amat penting bagi memastikan aktiviti yang diajalankan dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Pada masa yang sama, saya juga telah menggunakan kaedah kuliah semasa memberikan penerangan berkaitan langkah-langkah yang perlu diikut oleh pelajar semasa menyiapkan hasil karya. Tidak menjadi kesalahan kepada saya untuk menggunakan kaedah lain semasa menyampaikan langkah-langkah menyiapkan aktiviti catan namun kaedah kuliah merupakan suatu kaedah yang terbaik bagi menyampaikan isi pengajaran kepada pelajar. Menurut Eble, dalam menyampaikan kuliah guru perlu menggunakan pelbagai pergerakan, suara dan contoh untuk menarik dan merangsang pelajar dalam pembelajaran mereka.Selain itu, saya juga telah mengaplikasikan teknik tunjuk cara atau demonstrasi dalam penulisan RPH bagi mengajar aktiviti catan. Demonstrasi atau tunjuk cara nerupakan salah satu kaedah untuk melatih murid memerhati dan melakukan sesuatu aktiviti mengikut prosedur-prosedur yang tertentu. Kaedah melibatkan demonstrasi oleh guru di hadapan kelas untuk menunjukkan sesuatu aktiviti atau prosedur atau langkah pembelajaran. Kuliah memerlukan murid mendengar manakala demonstrasi memerlukan murid memerhati. Melalui kaedah tunjuk cara, pelajar dapat menguasai konsep dan prinsip dengan mudah dan berkesan.Contohnya, dalam penulisan RPH saya dapat mengaplikasikan kaedah ini pada bahagian aplikasi seni. Berdasarkan kaedah tunjuk cara saya akan menunjukkan cara-cara ataupun prosedur bagaimana untuk melakukan aktivii mewarna dengan menggunakan warna air dengan betul. Oleh itu pelajar akan mudah untuk memahami dan mengingati apa yang disampaikan oleh saya dan dapat digunakan semasa melakukan aktiviti tersebut. Pada masa yang sama, teknik ini juga dapat mengurangkan penggunaan kuliah yang lebih panjang dan membosan kan para pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bagi subjek PSV.Dengan adanya kaedah tunjuk cara atau demonstrasi, dapat meningkatkan lagi keyakinan pelajar untuk menjalankan sesuatu aktiviti sama ada secara individu atau secara berkumpulan di dalam kelas. Apabila pelajar dapat menguasai sepenuhnya pembelajaran tersebut, pelajar akan mempunyai keyakinan untuk melakukan aktiviti itu semula tanpa tingkah laku yang ragu-ragu dalam kalangan pelajar. Malahan, teknik tunjuk ajar atau demonstrasi akan membolehkan pelajar mencontohi sesuatu perlakuan dengan lebih mudah dan jelas. Menurut Thomas F. Green, beliau berpendapat bahawa teknik tunjuk ajar merupakan teknik yang digunakan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kepercayaan baru kepada pelajar.

RUMUSANPengajaran dan pembelajaran adalah berkait rapat antara satu sama lain. Justeru, di sinilah pentingnya kaedah, strategi dan teknik-teknik pengajaran di dalam kelas. Guru merupakan watak utama untuk membimbing pelajar mengikuti pembelajaran di dalam kelas. Ini semua hanya akan dapat dilakukan sekiranya warga pendidik dapat melaksanakan peranan mereka untuk mengikuti kaedah pengajaran ini dengan sebaik mungkin dan mengaplikasikanya di dalam kelas terutamanya untuk membangunkan sumber manusia bersesuaian dengan keperluan menghadapi globalisasi. Oleh yang demikian, berdasarkan tugasan ini, dapat disimpulkan bahawa penyediaan Rancangan Pengajaran Harian adalah perkara yang perlu dititik beratkan supaya dapat menyediakan Rancangan Pengajaran yang berkesan serta dapat menjalankan sesi pengajaran dengan lancar dan teratur. Oleh yang demikian, bagi mencapai sesi pengajaran yang baik, guru seharusnya menguasai segala strategi, kaedah dan teknik-teknik dalam pengajaran. Untuk itu, secara tidak langsung penyampaian yang dilakukan juga turut berkesan jika strategi pengajaran yang digunakan adalah bersesuaian dengan apa yang ingin diajar dan seterusnya sudah tentu dapat memenuhi objektif yang ingin dicapai. Namun demikian, perlu diingat bahawa aktiviti pengajaran juga haruslah bersesuaian dengan pelajar dan mengikut aras yang bersesuaian bermula dari aras rendah, sederhana dan tinggi. Selain itu, bahan bantu mengajar bagi subjek Seni Visual ini juga amatlah penting supaya sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan secara berkesan dan dapat menarik perhatian murid untuk penglibatan secara menyeluruh. Kesimpulannya, kami dapati, perancangan yang baik serta pengintegrasian yang menarik amatlah membantu melicinkan sesi pengajaran dan pembelajaran di samping perkara lain, kerana sudah tentu murid lebih berkeyakinan dan seronok untuk belajar.

RUJUKANBUKUINTERNETMODUL9