kkp-pn

5
NOR NARJIHAH BINTI MUSLIM PPISMP TESL 3 SEMESTER 3 Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya menyiapkan tugasan Pengantar Pendidikan ini. Akhirnya, saya dan rakan-rakan dapat menyempurnakan KKP ini dengan topik Permuafakatan Komuniti dan Sekolah dengan jayanya. Semua pelajar PPismp Semester 3 diwajibkan untuk melaksanakan tugasan ini yang memerlukan kami bekerjasama dalam kumpulan. Untuk menyempurnakan tugasan ini, pertama sekali, kami perlu mencari seberapa banyak maklumat mengenai permuafakatan antara komuniti dan sekolah. Meskipun bagi sesetengah orang berpendapat bahawa topik ini hanya perlu berfikir secara logik, namun, bagi saya, memahami dan mendalami maksud sebenar permuafakatan antara komuniti dan sekolah amat perlu agar saya dapat mengeluarkan maklumat yang tepat dan detail. Oleh itu, saya dan rakan-rakan mengumpul maklumat-maklumat yang kami perlukan untuk menyiapkan KKP ini. Setelah saya membaca dan memahami satu persatu maklumat tentang konsep permuafakatan ini, saya dapati bahawa sekolah sebenarnya bukan sahaja tempat untuk para pelajar belajar semata-mata, bahkan sekolah juga menjadi salah satu medium untuk masyarakat saling berkongsi. Contohnya, masyarakat dan warga sekolah saling berkongsi tenaga, maklumat dan sumber. Apabila wujudnya permuafakatan ini, masyarakat akan dapat hidup sejahtera. Melalui tugasan ini, saya dapat melihat bahawa saya sebenarnya sedang menggalas tanggungjawab yang besar apabila

Upload: nor-narjihah

Post on 25-Dec-2015

11 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Essay PN

TRANSCRIPT

Page 1: kkp-PN

NOR NARJIHAH BINTI MUSLIM

PPISMP TESL 3 SEMESTER 3

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya

dapat saya menyiapkan tugasan Pengantar Pendidikan ini. Akhirnya, saya dan

rakan-rakan dapat menyempurnakan KKP ini dengan topik Permuafakatan Komuniti

dan Sekolah dengan jayanya. Semua pelajar PPismp Semester 3 diwajibkan untuk

melaksanakan tugasan ini yang memerlukan kami bekerjasama dalam kumpulan.

Untuk menyempurnakan tugasan ini, pertama sekali, kami perlu mencari

seberapa banyak maklumat mengenai permuafakatan antara komuniti dan sekolah.

Meskipun bagi sesetengah orang berpendapat bahawa topik ini hanya perlu berfikir

secara logik, namun, bagi saya, memahami dan mendalami maksud sebenar

permuafakatan antara komuniti dan sekolah amat perlu agar saya dapat

mengeluarkan maklumat yang tepat dan detail. Oleh itu, saya dan rakan-rakan

mengumpul maklumat-maklumat yang kami perlukan untuk menyiapkan KKP ini.

Setelah saya membaca dan memahami satu persatu maklumat tentang konsep

permuafakatan ini, saya dapati bahawa sekolah sebenarnya bukan sahaja tempat

untuk para pelajar belajar semata-mata, bahkan sekolah juga menjadi salah satu

medium untuk masyarakat saling berkongsi. Contohnya, masyarakat dan warga

sekolah saling berkongsi tenaga, maklumat dan sumber. Apabila wujudnya

permuafakatan ini, masyarakat akan dapat hidup sejahtera.

Melalui tugasan ini, saya dapat melihat bahawa saya sebenarnya sedang

menggalas tanggungjawab yang besar apabila bergelar seorang guru pada masa

akan datang. Hal ini kerana saya dapati bahawa guru berperanan penting untuk

memastikan hubungan antara komuniti dan sekolah sentiasa baik tanpa wujudnya

pertelingkahan. Contohnya, guru yang juga merupakan warga sekolah mestilah

terlibat dalam semua program yang dilaksanakan bersama komuniti agar masyarakat

tidak memandang serong terhadap guru. Di samping itu, guru jugalah yang

bertanggungjawab menjalinkan hubungan baik dengan komuniti, lebih-lebih lagi

dengan ibu bapa pelajar. Dengan ini, guru akan dapat mengetahui perkembangan

pelajar di rumah dan bukan sahaja memantau mereka di sekolah. Oleh itu, saya

percaya, suatu hari nanti, apabila bergelar guru, saya tidak akan melupakan

tanggungjawab saya terhadap masyarakat.

Page 2: kkp-PN

Seterusnya, melalui tugasan ini juga, saya belajar untuk menjadi lebih kreatif.

Hal ini kerana saya telah mencuba sedaya upaya untuk menghasilkan buku skrap

yang menarik. Saya sedar bahawa tujuan sebenar tugasan ini adalah untuk melatih

bakal guru, termasuk saya sendiri untuk menjadi lebih kreatif. Seorang guru perlu

kreatif agar dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Dengan itu, buku skrap

merupakan salah satu alat untuk membuatkan pelajar tertarik untuk focus dalam

pelajaran. Tambahan pula, jika buku skrap dihias dan ditampal dengan gambar-

gambar yang menarik, pelajar akan seronok untuk belajar. Oleh itu, melalui tugasan

menghasilkan buku skrap ini, saya dapat menjadi lebih kreatif.

Selain itu, saya juga belajar untuk bekerja dalam kumpulan melalui tugasan

ini. Sebenarnya, saya merupakan individu yang agak kekok dalam melakukan kerja

secara berkumpulan. Akan tetapi, oleh sebab saya mempunyai rakan-rakan yang

senang dibawa berbincang dan banyak membantu, saya berasa selesa bekerja

bersama mereka. Saya banyak belajar untuk bekerjasama dalam kumpulan. Kami

bekerja tanpa ketua, tetapi kami membahagikan tugas dengan adil dan seterusnya

kami dapat menyempurnakan tugasan ini. Bekerjasama dengan rakan-rakan seperti

Alia, Safura dan Sheda memberi saya keyakinan bahawa bekerja dalam kumpulan

sangat seronok. Kami tidak mengalami sebarang perselisihan pendapat kerana kami

mengamalkan cara mendengar, mempertimbangkan dan akhirnya menerima atau

menolak dengan cara elok. Dengan itu, kami dapat menghasilkan buku skrap yang

mengandungi buah fikiran kami.

Sebenarnya, terdapat kesulitan juga semasa dalam proses menghasilkan

buku skrap ini. Salah satu kesulitan tersebut ialah kami terpaksa menyiapkan

tugasan ini semasa cuti Hari Raya Aidilfitri. Oleh sebab kami tinggal berjauhan, hal

ini agak menyukarkan kami. Kami tidak tahu bagaimana untuk kami berhubung

sesama sendiri. Tambahan pula, kami berdepan dengan hari raya yang sudah

pastinya lebih menjadi keutamaan kami. Oleh itu, kami membuat keputusan untuk

berhubung melalui Facebook, Skype dan Yahoo Messenger. Melalui laman sosial

seperti ini, kami dapat berhubung walaupun kami berjauhan. Kami berbicang dalam

‘conference’ di Yahoo Messenger. Meskipun agak menyukarkan kami, tetapi ianya

sedikit sebanyak membantu dalam proses penghasilan buku skrap kami. Terima

kasih kepada teknologi.

Page 3: kkp-PN

Kesimpulannya, meghasilkan buku skrap ini sangatlah menyeronokkan. Saya

kadang-kadang leka menghias dan menceriakan buku skrap ini. Saya berharap buku

skrap ini dapat memuaskan hati Puan Maimunah.

Page 4: kkp-PN

GOTONG ROYONG SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JALAN REKO,BANDAR BARU

BANGI

Tarikh     :  11 April 2009 (Sabtu)Masa       :  8.00 PagiTempat   :  Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Bandar Baru BangiUrusetia  :  Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Bandar Baru Bangi

Bimbang dengan gejala penyakit Denggi yang makin melular, Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko, Bandar Baru Bangi telah mengadakan satu program Gotong Royong Perdana dan menurut Pengetuanya, Puan Rosny Binti Othman, dianggarkan seramai 500  orang pelajar, ibubapa dan guru – guru  turut serta dalam program tersebut.

Menurut Puan Rosny selaku pengetua sekolah terbabit, program sebegini sememangnya langkah terbaik untuk membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes dan secara langsung dapat membersihkan kawasan persekitaran sekolah. Selain itu, program ini juga dapat menjalin erat hubungan antara guru, PIBG dan agensi kerajaan yang terbabit.

Hadir sama bagi memeriahkan lagi program tersebut adalah Majlis Perbandaran Kajang khususnya Bahagian Komuniti, Jabatan Khidmat Kemasyarakatan dan Jabatan Perkhidmatan Perbandaran & Kesihatan , tidak terkecuali   Pasukan Gerakan Am (PGA). Antara orang kuat SMKJR yang terbabit menjayakan program ini, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) Haji Ahmad Jamungi Bin Punan, Setiausaha Hal Ehwal Murid, Puan Hasmah Binti Kamarudin dan Setiausaha Kebersihan Sekolah, Puan Nor Ain Binti Musa. 

Sumber :Bahagian Komuniti, Jabatan Khidmat Kemasyarakatan MPKj