kkp kg rawa kumpulan

8
Peristiwa di Kampung Rawa Sekitar Januari tahun 1998, Negara Malaysia dikejutkan dengan peristiwa rusuhan kaum yang berlaku di Kampung Rawa,Georgtown iaitu terletak di tengah-tengah Pulau Pinang.Peristiwa ini berlaku atas dasar rasa tidak puas hati di antara penduduk Islam di kampung Rawa dengan orang India di sekitarnya. Punca utama rusuhan dikatakan dari pembinaan kuil Hindu dan masjid sebelah-menyebelah di situ antara kira-kira 20 meter sahaja . Rasa tidak puas hati wujud sejak sekian lama kerana suasana bising mengganggu di antara satu sama lain yang menyukarkan mereka untuk bersembahyang. Loceng kuil dibunyikan setiap subuh dan waktu sembahyang. Penganut Hindu juga mendakwa masjid itu juga bising kerana bunyi azan lima kali sehari dan majlis ceramah agama . Bermula dengan rasa tidak puas hati itu maka berlakulah insiden rusuhan antara orang Islam dengan orang India. Manakala bagi penduduk Islam di Kampung Rawa,mereka kesal kerana kuil-kuil Hindu di kawasan Sungai Pinang terlalu banyak dan di bina dengan sewenang-wenangnya tanpa kawalan dari pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang, dan boleh di katakan hampir setiap 50 meter tedapat kuil Hindu yang besar atau kecil tanpa apa-apa tindakan daripada pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, melalui agensinya iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Menurut bancian, bilangan kuil Hindu, bermula dari KOMTAR hingga ke Kampung Rawa melebihi 40 buah, samada kecil atau yang besar.Ini menjadi kemarahan penduduk Kampung Rawa

Upload: najibsanny

Post on 06-Dec-2015

342 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

doc

TRANSCRIPT

Page 1: KKP Kg Rawa Kumpulan

Peristiwa di Kampung Rawa

Sekitar Januari tahun 1998, Negara Malaysia dikejutkan dengan peristiwa

rusuhan kaum yang berlaku di Kampung Rawa,Georgtown iaitu terletak di tengah-

tengah Pulau Pinang.Peristiwa ini berlaku atas dasar rasa tidak puas hati di antara

penduduk Islam di kampung Rawa dengan orang India di sekitarnya. Punca utama

rusuhan dikatakan dari pembinaan kuil Hindu dan masjid sebelah-menyebelah di

situ antara kira-kira 20 meter sahaja . Rasa tidak puas hati wujud sejak sekian lama

kerana suasana bising mengganggu di antara satu sama lain yang menyukarkan

mereka untuk bersembahyang. Loceng  kuil  dibunyikan setiap  subuh  dan waktu

sembahyang. Penganut  Hindu  juga mendakwa  masjid itu juga bising kerana

bunyi azan lima kali sehari dan majlis ceramah agama . Bermula dengan rasa tidak

puas hati itu maka berlakulah insiden rusuhan antara orang Islam dengan orang

India.

Manakala bagi penduduk Islam di Kampung Rawa,mereka kesal kerana kuil-

kuil Hindu di kawasan Sungai Pinang terlalu banyak dan di bina dengan sewenang-

wenangnya tanpa kawalan dari pihak Majlis Perbandaran Pulau Pinang, dan boleh di

katakan hampir setiap 50 meter tedapat kuil Hindu yang besar atau kecil tanpa apa-

apa tindakan daripada pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang, melalui agensinya iaitu

Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Menurut bancian, bilangan kuil Hindu, bermula

dari KOMTAR hingga ke Kampung Rawa melebihi 40 buah, samada kecil atau yang

besar.Ini menjadi kemarahan penduduk Kampung Rawa apabila kuil yang

berhampiran dengan masjid kampung berkenaan diperbesarkan sedikit demi sedikit

Keadaan ini membuat penduduk Islam di kampung Rawa menandatangani

beramai-ramai memorandum bantahan serta menghantarnya kepada pemimpin-

pemimpin Negeri Pulau Pinang, Ahli Politik, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, dan

badan-badan kerajaan yang lain, berkaitan kuil haram yang di bina berhampiran

Masjid kampung Rawa dan mengganggu jemaah masjid mengerjakan ibadat

terutama ketika solat maghrib dan tarawikh dengan membunyikan bunyi loceng kuil,

di waktu umat Islam sedang solat. Selain itu mereka juga tidak berpuas hati kerana

kuil tersebut bukanlah sebagai tempat ibadah kaum Hindu tetapi mereka mendakwa

di situ adalah pusat pengedaran dadah setempat dengan berlindung di atas nama

kuil berkenaan.

Page 2: KKP Kg Rawa Kumpulan

Walaubagaimanapun aduan penduduk kampung Rawa itu dan juga nasihat

daripada Polis Cawangan Khas dipandang ringan oleh Kerajaan Negeri Pulau

Pinang Dalam tempoh tersebut Majlis Perbandaran Pulau Pinang ada membuat

lawatan dan mengambil gambar kuil Hindu tersebut, tetapi tiada tindakan susulan

selepas itu. Polis Cawangan Khas telah menghidu sensitiviti isu berkenaan dan telah

memberi nasihat kepada Kerajaan Negeri supaya mengambil tindakan dan langkah-

langkah wajar dan sesuai berkaitan aduan penduduk kampung Rawa.pihak polis

bimbang sekiranya tindakan tidak diambil dengan segera oleh Kerajan Negeri Pulau

Pinang akan menimbulkan masalah perkauman diantara orang Islam dan India.

Akibat daripada itu maka pada 13 Mac 1998 hari Jumaat kesabaran

penduduk Kampung Rawa sampai kekemuncaknya dan tercabar apabila kuil

tersebut telah di besarkan walaupun bantahan rasmi telah di buat kepada Kerajaan

Negeri Pulau Pinang. Demontrasi pertama jemaah Masjid Kampung Rawa berlaku

selepas solat Jumaat.Ekoran daripada itu maka pada 18 Mac 1998 Kerajaan

Negeri Pulau Pinang telah mengambil keputusan di dalam mesyuarat EXCO supaya

kuil yang telah diubahsuai dengan perbelanjaan hampir RM50,000.00 itu,

diperkecilkan mengikut saiz yang asal.

Pada 20 Mac 1998 hari Jumaat demonstrasi kedua anak qaryah telah

diadakan di perkarangan Masjid Kampong Rawa dengan kehadiran yang lebih ramai

dan mereka telah bersurai apabila pihak polis berjanji membawa wakil qaryah

bersemuka dengan pihak atasan untuk berunding.Ekoran daripada itu pada 22 Mac

satu mesyuarat tergempar telah diadakan pada waktu malam diantara pemimpin-

pemimpin Negeri Pulau Pinang, Jawatankuasa Qaryah Masjid Kampong Rawa,

wakil penduduk Kampong Rawa, Majlis Perbandaran Pulau Pinang serta badan-

badan Kerajaan yang berkaitan, mesyuarat tersebut telah di pengerusikan oleh

Ketua Menteri Pulau Pinang Dato' Koh Su Khoon .Dalam mesyuarat itu pihak

Qaryah dan penduduk Kampung Rawa telah memberi kata dua kepada Kerajaan

Negeri supaya kuil tersebut di pindahkan sebelum hari Jumaat 27 Mac 1998 dan ini

dipersetujui oleh Kerajaan Negeri.

Page 3: KKP Kg Rawa Kumpulan

Walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memutuskan dalam

mesyuarat pada 22 Mac 1998 supaya kuil tersebut di pindahkan, tetapi pemimpin-

pemimpin politik Hindu masih cuba mencari jalan supaya kuil tersebut di kekalkan di

situ, walaupun mereka tahu pembinaan kuil tersebut adalah haram, tidak mengikut

peraturan .Tindakan Kerajaan Negeri untuk memindahkan kuil yang menelan

belanja sebanyak RM 70,000 itu telah mencetus kemarahan penganut Hindu dan

mereka telah mengadakan demonstrasi di Jalan Penang berhadapan KOMTAR,

membantah keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memindahkan kuil

tersebut.

Keadaan ini menimbulkan ketegangan di kedua-dua pihak di sekitar Pulau

Pinang dengan berita-berita angin yang berunsur fitnah dan tidak benar telah mula

tersebar. Orang-orang Hindu dan Umat Islam dari merata ceruk Malaysia mula

berkunjung ke Kampung Rawa memberi sokongan moral kepada pihak masing-

masing.Ini memburukan lagi keadaan, dan memaksa Kerajaan Negeri Pulau Pinang

mengeluarkan kenyataan rasmi supaya rakyat Negeri Pulau Pinang bertenang,

bersabar dan tidak menyebarkan fitnah dan mendengar berita angin. Dalam tempoh

itu juga Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU), dan Pasukan Polis Hutan

telah di tempatkan di sekitar Masjid Kampung Rawa dalam keadaan bersiap sedia

menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku di antara ke dua-dua pihak.

Pada 24 Mac Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah mensita kuil tersebut

dengan zink.Umat Islam semakin ramai berkumpul di Masjid Kampong Rawa,

menunggu dan tertanya-tanya bilakah kuil tersebut akan di pindahkan, dan orang-

orang Hindu pula semakin ramai berkumpul di Lines Road berhampiran Quarters

Majlis Perbandaran Pulau Pinang iaitu tapak kuil baru tersebut. Akhirnya pada 26

Mac bermula pada jam 10.00 malam kuil tersebut telah mula dipindahkan sedikit

demi sedikit dengan di saksikan oleh hampir 500 orang jemaah di Masjid Kampung

Rawa, beberapa ramai penganut Hindu di Line Road dengan kawalan ketat pihak

Polis Simpanan Persekutuan, Pasukan Polis Hutan, Cawangan Khas dan pihak

atasan Negeri Pulau Pinang dengan keadaan yang terkawal walaupun berlaku

insiden ejek mengejek, caci mencaci dan cabar mencabar diantara satu sama lain.

Proses perpindahan itu selesai jam 4.00 pagi, dan di selesaikan oleh Sami Hindu

yang didatangkan khas daripada Batu Cave, Kuala Lumpur.

Page 4: KKP Kg Rawa Kumpulan

Pada 27 Mac kehadiran jemaah untuk solat Jumaat diKampung Rawa adalah

luar biasa dan di anggarkan hampir 5000 orang telah hadir untuk menunaikan solat

Jumaat pada hari tersebut, Jemaah selesai menunaikan solat Jumaat dengan

sempurna.Namun pada jam 2.30 petang keadaan mula tidak terkawal setelah ada di

antara jemaah yang meniup semangat perkauman dan mula berarak beramai-ramai

ke Line Road di mana puak-puak Hindu ramai berkumpul, mereka mula merusuh

dan mula mencetuskan “Peristiwa Berdarah Kampung Rawa”. Polis mula bertindak

menggunakan kekerasan menembak perusuh dengan air kimia, melepaskan hampir

150 gas pemedih mata, membuat serbuan dan menangkap perusuh.

Pada jam 6.00 petang pihak Polis berjaya menawan Masjid Kampung Rawa

dan menyuraikan jemaah di dalam masjid tersebut dan seperti kenyataan akhbar

yang di keluarkan oleh Ketua Polis Negeri Pulau Pinang 140 orang telah di tangkap,

dan di tahan reman, keadaan sekitar masjid terkawal.Berikutan kejadian itu selaku

penduduk Pulau Pinang , Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu Datuk

Seri Anwar Ibrahim telah turun padang dan mendamaikan kedua-dua AJK masjid

dan AJK kuil supaya berunding dan mencari jalan persefahaman. Tan Sri Koh Tsu

Koon selaku Ketua Menteri Pulau Pinang turut mendamaikan ke dua-dua pihak yang

terbabit.

Jika dilihat peristiwa berdarah di Kampung Rawa ianya membabitkan isu

agama dan perkauman iaitu antara orang Islam dan orang India yang beragama

Hindu.Menurut Perlembagaan Malaysia di bawah Perkara 3(1) memperuntukan

Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan.Namun begitu agama-agama lain

boleh dianuti dan diamalkan dengan aman.Perlembagaan Persekutuan

menjaminkan kebebasan beragama.Oleh itu,setiap orang di Malaysia mempunyai

hak untuk menganut dan mengamalkan ajaran agama masing-masing.Dalam pada

itu setiap penganut mestilah hormat –menghormati agama lain agar tidak berlaku

konflik yang boleh menyebabkan timbulnya konflik.

Namun konflik yang timbul di Kampung Rawa menunjukkan satu pihak tidak

menghormati hak agama pihak yang lain.Walaupun setiap orang diberi kebebasan

beragama namun peistiwa di kampung Rawa jelas menunjukkan orang India yang

beragama Hindi dilihat sebagai kaum yang melampaui batas atau boleh diibaratkan

sebagai “Beri betis hendakkan paha”.Walaupun agak keterlaluan perumpamaan ini

Page 5: KKP Kg Rawa Kumpulan

di berikan kepada kaum India ini adalah kenyataanya.Jika dilihat daripada kronologi

peristiwa dan lapuran dari akhbar dan laman sesawang jelas menunjukkan kaum

India tidak menghormati agama Islam.Mereka dengan sewenang-wenangnya

mendirikan kuil dan memperbesarkan sedikit demi sedikit sehingga berhampiran

dengan masjid Kampung Rawa yang dikatakan menghampiri jarak 20

meter.Keadaan ini jelas mengganggu orang-orang Islam untuk melakukan ibadat di

masjid berkenaan.Sedangkan di sekitar antara KOMTAR hingga ke kampung Rawa

terdapat lebih kurang 40 buah kuil.

Sepatutnya pihak Kerajaan Negeri perlu prihatin dan mengambil langkah awal

sebelum kuil itu didirikan dengan memantau nisbah kuil dengan kaum minoriti India

di Pulau Pinang.Adalah tidak munasabah pembinaan kuil melebihi institusi masjid

sedangkan masjid merupakan lambang sebagai agama Islam sebagai agama rasmi

di Malaysia.Akibat tidak dipantau maka berlakulah pembinaan kuil secara

berleluasa.Apa yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Islam

di kampung Rawa adalah mereka mendakwa pembinaan kuil di Pulau Pinang adalah

untuk aktiviti pengedaran dadah.Kaum India dilihat sebagai telah melanggar

Perlembagaan Persekutuan di bawah perkara 3 (1) kerana telah mengganggu

dengan sengaja ketenteraman agama lain iaitu agama Islam .

Sepatutnya mereka perlu sedar sebagai masyarakat minoriti mereka telah di

beri banyak keistimewaan yang sama sebagai warganegara Malaysia oleh

Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 153 yang memperuntukkan

perlindungan etnik-etnik lain iaitu di bawah ynag di Pertuan Agong.Pelbagai

kemudahan dan keistimewaan yang mereka nikmati sama dengan orang

melayu.Mereka diberi hak yang sama rata dengan bumiputera.Justeru itu mereka

harus bersyukur dengan menghormati hak dan kepentingan agama lain seperti yang

termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.Andai semua kaum di Malaysia dapat

menghayati semua perkara dalam Perlembagaan maka tidak akan timbul sebarang

keraguan dan perasangka yang buruk yang boleh menjejas keamanan dan

keharmonian hubungan etnik.Dengan itu Malaysia akan wujud sebagai sebuah

negara yang stabil dalam aspek sosial dan politik walaupun masyarakatnya terdiri

daripada pelbagai kaum.

Page 6: KKP Kg Rawa Kumpulan

http://sejarahmelayu.blogspot.com/2008/03/peristiwa-hitam-kg-rawa-1998-

kronologi.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_Kampung_Rawa