kkp 2015 psv3113e pismp

5
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Johor Tugasan Projek TAJUK PROGRAM : PISMP Ambilan Januari 2013 NAMA PELAJAR : KOD DAN NAMA KURSUS : PSV 3113E - Pentaksiran Pendidikan Seni Visual SEMESTER : Sesi 2 / 2015 TARIKH MULA 09 Ogos 2015 TARIKH HANTAR 27 September 2015 Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Mengaplikasi kemahiran mentaksir hasil kerja seni murid berdasarkan panduan memberi markah/band secara analitik dan holistik. 2. Membanding beza pelbagai bentuk pentaksiran dan mengaplikasikan pelbagai kaedah pentaksiran Pendidikan Seni Visual 3. Membina instrumen penilaian dan pengukuran PSV untuk mengukur tahap kemajuan murid. 4. Mengamalkan nilai murni dan etika profesional berkaitan tugas pentaksiran. 5. Mempamerkan kemahiran insaniah melalui aktiviti amali yang dilaksanakan. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2, 3, 4 dan 5. Objektif Projek: Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut; 1. Menyediakan instrumen pentaksiran dan menghuraikannya semasa melaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual / Dunia Seni Visual Sekolah Rendah dalam bilik darjah. 2. Menjelaskan dua bentuk pentaksiran yang dapat meningkatkan pencapaian dan memperbaiki kelemahan murid dalam pembelajaran terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. 3. Menghuraikan urutan proses penilaian dan pentaksiran melaui hasil kerja murid dalam Pendidikan Seni Visual berdasarkan borang pentaksiran dan Peraturan Memberi Markah.

Upload: astroria2

Post on 11-Feb-2016

50 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kkp 2015 Psv3113e Pismp

TRANSCRIPT

Page 1: Kkp 2015 Psv3113e Pismp

Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Johor

Tugasan Projek

TAJUK PROGRAM :

PISMP Ambilan Januari 2013

NAMA PELAJAR :

KOD DAN NAMA KURSUS :

PSV 3113E - Pentaksiran Pendidikan

Seni Visual

SEMESTER :

Sesi 2 / 2015

TARIKH MULA 09 Ogos 2015

TARIKH HANTAR

27 September 2015

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Mengaplikasi kemahiran mentaksir hasil kerja seni murid berdasarkan panduan memberi markah/band secara analitik dan holistik.

2. Membanding beza pelbagai bentuk pentaksiran dan mengaplikasikan pelbagai kaedah pentaksiran Pendidikan Seni Visual

3. Membina instrumen penilaian dan pengukuran PSV untuk mengukur tahap kemajuan murid.

4. Mengamalkan nilai murni dan etika profesional berkaitan tugas pentaksiran. 5. Mempamerkan kemahiran insaniah melalui aktiviti amali yang dilaksanakan.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2, 3, 4 dan 5.

Objektif Projek:

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut;

1. Menyediakan instrumen pentaksiran dan menghuraikannya semasa melaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual / Dunia Seni Visual Sekolah Rendah dalam bilik darjah.

2. Menjelaskan dua bentuk pentaksiran yang dapat meningkatkan pencapaian dan memperbaiki kelemahan murid dalam pembelajaran terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

3. Menghuraikan urutan proses penilaian dan pentaksiran melaui hasil kerja murid dalam Pendidikan Seni Visual berdasarkan borang pentaksiran dan Peraturan Memberi Markah.

Page 2: Kkp 2015 Psv3113e Pismp

Tugasan 1 : Individu (60%) Penilaian dan pentaksiran memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dan pentaksiran dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Seperti yang dinyatakan oleh Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) ialah satu koleksi yang terdiri daripada pelbagai resos dan bahan-bahan yang relevan dengan hasil pembelajaran murid dalam sesuatu mata pelajaran. Maka dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, penilaian dan pentaksiran dilakukan bagi mengetahui sama ada guru ‘mengajar’ dan murid ‘belajar’ melalui dokumentasi semua hasil kerja murid berdasarkan Peraturan Memberi Markah. Oleh yang demikian ;

a. Anda dikehendaki menghasilkan dan menjelaskan dua bentuk pentaksiran yang dapat meningkatkan pencapaian dan memperbaiki kelemahan murid dalam pembelajaran terutamanya dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Berdasarkan contoh-contoh borang pemarkahan yang didapati di sekolah dan sumber-sumber lain yang sahih (dilampirkan sebagai bukti).

[ 30% ]

b. Mengaplikasikan Borang Senarai Semak dan Borang Portfolio merupakan instrumen mengukur tahap penguasaan kemahiran dan usaha pelajar serta pencapaiannya dalam bidang tertentu. Koleksi termasuk penglibatan pelajar dalam pemilihan bahan kandungan, garis panduan pemilihan, kriteria dan bukti refleksi kendiri murid berdasarkan hasil karya sebenar.

Menghuraikan proses penilaian dan pentaksiran hasil kerja dalam Pendidikan Seni Visual berdasarkan Peraturan Memberi Markah berdasarkan setiap borang dihasilkan

[ 30% ] Tugasan anda perlu disertakan dengan bukti bagi mengukuhkan jawapan tersebut. (Kata Kunci: Buku Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah)

Tugasan 2 – Kuiz (40%) Kuiz Atas Talian (PAT)

2 Soalan Struktur dan 20 Soalan Aneka Pilihan. Dilaksanakan mengikut tarikh yang ditetapkan seperti berikut; a. Soalan Struktur : 14 – 16 Julai 2015 b. Objektif 1 : 04 – 06 Ogos 2015 c. Objektif 2 : 08 – 09 Sept 2015

Page 3: Kkp 2015 Psv3113e Pismp

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus Projek

1. Tugasan ini adalah tugasan kumpulan dan individu. 2. Pengajaran dan pembelajaran yang baik dan menarik untuk mata pelajaran Pendidikan

Seni Visual KBSR/KSSR di sekolah dapat diwujudkan sekiranya guru Pendidikan Seni Visual memahami Buku Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah KSSR.

3. Tugasan 1a, secara individu anda dikehendaki menghasilkan dan menjelaskan dua bentuk pentaksiran yang dapat dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual / Dunia Seni Visual Sekolah Rendah berdasarkan contoh-contoh borang pemarkahan yang didapati di sekolah dan sumber-sumber lain yang sahih (dilampirkan sebagai bukti).

4. Manakala Tugasan 1b, juga dijalankan secara individu.

Anda dikehendaki mengaplikasikan dan menghuraikan proses pentaksiran dijalankan

menggunakan Borang Senarai Semak dan Borang Portfolio sebagai instrumen mengukur tahap penguasaan kemahiran dan usaha murid serta pencapaiannya dalam bidang tertentu dalam Pendidikan Seni Visual berdasarkan Peraturan Memberi Markah ( Rujuk hasil karya sebenar).

5. Hasil kerja anda harus menunjukkan keaslian, kematangan dan bermutu ilmiah. 6. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali. 7. Format penulisan adalah seperti yang berikut:

4.1 Font Arial 4.2 Saiz font ialah 11 4.3 Langkau baris 1.5 4.4 Rujukan prosedur mengikut format APA (American Psychological Association)

8. Anda WAJIB sertakan sehelai Borang Maklum Balas Tugasan sebagai muka hadapan, sehelai Kriteria Pemarkahan Kerja Kursus PISMP sebagai muka surat ke-2.

9. Sebagai bukti pelaksanaan, WAJIB anda menyatakan sumber rujukan dan menyertakan lampiran sebagai bahan bukti.

10. Muka surat depan tugasan merangkumi: 10.1 Nama Pelajar 10.2 Angka Giliran 10.3 No. Kad Pengenalan 10.4 Kumpulan / Unit 10.5 Kod dan Nama Kursus 10.6 Nama Pensyarah Akademik 10.7 Tarikh hantar 10.8 Kulit muka hadapan berwarna kuning 10.9 Satu salinan soft copy (CD) hendaklah disertakan sekali.

Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. Penghasilan dan penghuraian fakta-fakta merangkumi :

Pencapaian hasil pembelajaran

Justifikasi mengenai Sukatan Pelajaran PSV KSBR / DSV KSSR.

Penyusunan reka letak menarik.

Persembahan idea jelas dan fokus.

Page 4: Kkp 2015 Psv3113e Pismp

2. Kriteria penilaian keseluruhan :

Kandungan.

Perbincangan kritikal dan reflektif.

Persembahan dan organisasi.

Bahasa.

Kemahiran meneroka alat dan bahan.

Rujukan dan bahan-bahan sokongan.

Perkembangan hujah yang analitikal dan matang.

Kriteria Pemarkahan

Kerja kursus ini akan diperiksa berdasarkan Rubrik dan Kriteria Pemarkahan Tugasan PISMP (Tugasan Bertulis – Membina Instrumen / borang pentaksiran dan mengaplikasikan serta menghuraikan penggunaannya berdasarkan hasil karya sebenar) yang dilampirkan.

Disediakan oleh : Disemak oleh: (KAMARUDIN BIN YUSOF) (SA’EDAH BINTI MOHD. SHAH) Pensyarah Kursus PSV3113E, Pakar Bidang (SME), Unit Pendidikan Seni Visual, Unit Pendidikan Seni Visual, Jabatan Sains Sosial, Jabatan Sains Sosial, IPGK Temenggong Ibrahim Johor, IPGK Temenggong Ibrahim Johor.

Disahkan oleh :

(NORAIZAH BINTI DAMIRI) Ketua Jabatan Sains Sosial, IPGK Temenggong Ibrahim Johor.

Page 5: Kkp 2015 Psv3113e Pismp

Rubrik Penilaian Ulasan Kritis – Penggunaan Instrumen Pentaksiran

Gred Skala 100 markah Deskriptor

Amat Cemerlang

(A+)

90 – 100

Mempamerkan satu pemahaman yang jitu dan menyeluruh terhadap soalan.

Pemahaman sangat mendalam tentang aktiviti, teknik, penerokaan dan penghasilan karya.

Banyak menggunakan hujah bersama dengan contoh dan data untuk menyokong kesimpulan.

Menjawab soalan dengan tepat berkomunikasi idea dengan cemerlang.

Intepretasi yang menyeluruh dan pengolahan idea logikal dan koheren.

Cemerlang (A. A-)

75 – 89

Mempamerkan satu pemahaman yang tepat dan baik terhadap soalan.

Pemahaman mendalam tentang aktiviti, teknik, penerokaan dan penghasilan karya.

Menggunakan beberapa hujah bersama dengan contoh dan data untuk menyokong kesimpulan.

Menjawab soalan dengan tepat berkomunikasi idea dengan berkesan.

Intepretasi yang jelas dan pengolahan idea yang jelas dan logikal.

Kepujian (B+,B dan

B-)

65 – 74

Mempamerkan satu pemahaman yang baik terhadap soalan.

Pemahaman sederhana tentang aktiviti, teknik, penerokaan dan penghasilan karya.

Menggunakan sebilangan kecil hujah dengan contoh dan data untuk menyokong kesimpulan.

Menjawab soalan dengan agak tepat berkomunikasi idea dengan jelas.

Beberapa intepretasi yang jelas dan pengolahan idea agak jelas dan logikal.

Lulus (C+, C)

50 – 64

Mempamerkan satu pemahaman yang minimum terhadap soalan.

Pemahaman minimum tentang aktiviti, teknik, penerokaan dan penghasilan karya.

Menggunakan hanya sebilangan kecil hujah dengan beberapa contoh dan data untuk menyokong kesimpulan.

Beberapa ketidaktepatan dalam jawapan dan beberapa kekaburan dalan pengolahan idea.

Intepretasi idea yang lemah.

Gagal

(C-, D, F)

49

Tidak mempamerkan pemahaman terhadap soalan.

Tidak menjurus tentang aktiviti, teknik, penerokaan dan penghasilan karya.

Pemahaman lemah untuk menyokong kesimpulan.

Hujah tidak disokong dengan contoh dan data.

Banyak hujah yang tidak relevan; jawapan yang kabur.

Pengolaha idea yang kabur.

Intepretasi idea yang sangat lemah.