education assignment pismp

31
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN 27200 KUALA LIPIS PAHANG DARUL MAKMUR TAJUK PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) PENGAJIAN TAMIL NAMA PELAJAR : WISWANATHAN A/L THRAMMIYAH NO K/P : 901107-04- 5347 ANGKA GILIRAN : 2012111340107 TAJUK KURSUS DAN KOD : KUMPULAN / UNIT : 7 / 2015

Upload: thivenraj-ravichandran

Post on 07-Feb-2016

85 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Education assignment pismp

TRANSCRIPT

Page 1: Education assignment pismp

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

27200 KUALA LIPIS

PAHANG DARUL MAKMUR

TAJUK PROGRAM :

PROGRAM IJAZAH SARJANA

MUDA

PERGURUAN (PISMP)

PENGAJIAN TAMIL

NAMA PELAJAR : WISWANATHAN A/L

THRAMMIYAH

NO K/P : 901107-04-5347

ANGKA GILIRAN : 2012111340107

TAJUK KURSUS DAN KOD :

EDU3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING

KANAK-KANAK

KUMPULAN / UNIT : 7 / 2015

AMBILAN JAN 2012

TARIKH MULA : 29 JANUARI 2015 TARIKH SERAH : 26 FEBRUARI 2015

Page 2: Education assignment pismp

JABATAN : JABATAN ILMU

PENDIDIKAN

PENSYARAH : ENCIK. NOR SUHAIDY BIN

RAMLI

Page 3: Education assignment pismp

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN

KUALA LIPIS, PAHANG

BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

NAMA: WISWANATHAN A/L THRAMMIYAH ANGKA GILIRAN PELAJAR: 201211134007

TAJUK TUGASAN: BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

PENSYARAH:

EN. NOR SUHAIDY BIN RAMLI

SUBJEK/KURSUS: EDU 3073

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-

KANAK

TARIKH HANTAR: 26 FEBRUARI 2015 TARIKH TERIMA (Diisi oleh pensyarah)

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap

satunya saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan: ................................................. Tarikh: ...................................................

( )

Perincian Maklum Balas Tugasan

Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)

Kekuatan: Kekuatan:

Aspek yang boleh diperbaki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Page 4: Education assignment pismp

Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:

Pengesahan Pelajar Terhadap Maklum Balas Yang Diberikan Pensyarah:

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuk dan

fahami.

Catatan (jika ada)

Tandatangan Pelajar: Tarikh:

Page 5: Education assignment pismp

HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan

ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

TANDATANGAN : . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

NAMA : WISWANATHAN A/L THRAMMIYAH

TARIKH : 26 FEBRUARI 2015

Page 6: Education assignment pismp

HALAMAN JUDUL

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK

(EDU 3073)

Nama Jabatan

ILMU PENDIDIKAN

Nama Institusi

Insitut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tengku Ampuan Afzan

27200,Kuala Lipis Pahang

Page 7: Education assignment pismp

SENARAI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN HALAMAN

HALAMAN PENGAKUAN i

HALAMAN JUDUL ii

ISI KANDUNGAN iii

1.0 PENGHARGAAN 1

2.0 PENGENALAN 2

3.0 TUGASAN 1 3-11

4.0 TUGASAN 2 12-17

5.0 TUGASAN 3 18- 21

6.0 REFLEKSI 22-23

7.0 BIBLIOGRAFI 24

8.0 LAMPIRAN 25

Page 8: Education assignment pismp

PENGHARGAAN

Terlebih dahulu, kami ingin mengucapkan ribuan terimah kasih kepada

pensyarah saya iaitu EN. NOR SUHAIDY BIN RAMLI. Beliau telah banyak membantu

kami untuk menyiapkan kerja kursus pendek ini dengan sempurna. Semua penerangan

yang telah diberi oleh tuan sangat jelas dan kami dapat memahami kehendak soalan

tersebut. Beliau juga membantu kami untuk mencari maklumat tentang kerja kursus ini.

Beliau juga meluangkan masa untuk membantu kami semasa menghadapi sebarang

masalah dalam kerja kursus ini.

Di samping itu, kami juga merakamkan ribuan terima kasih kepada ahli keluarga

kami. Walaupun berada berjauhan dengan mereka, mereka tetap memberi sokongan

dan dorongan yang sepenuh kepada saya. Mereka juga memberi semangat yang tinggi

untuk menghadapi cabaran dengan tabah.

Seterusnya, kami ingin berterima kasih kepada kawan-kawan lain iaitu

Maheskumaran, Prakash, Tinesh, Hemachandran dan Thiven Raj. Mereka telah banyak

membantu kami untuk menyelesaikan masalah yang kami hadapi tanpa jemu.

Sekali lagi, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak

yang telah membantu dan memberi sokongan kepada kami untuk menyiapkan kerja

kursus ini. Sekian, terima kasih.

Page 9: Education assignment pismp

PENGENALAN

Kaunseling adalah satu proses perhubungan menolong secara profesional

berdasarkan prinsip-prinsip psikologi yang dilaksanakanoleh kaunselor untuk

membantu klien meneroka, menganalisis, memahami diri dan mampu membuat

keputusan sendiri mengikut Kod Etika Kaunselor (Peraturan-Peraturan - Kelakuan dan

Tatatertib 1999 dan Akta Kaunselor 1998).

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan perkhidmatan memberi

pertolongan dan bukannya memberi arahan atau membuat pilihan atau membuat

keputusan untuk individu tentang apa yang harus mereka lakukan. Ia juga bukan

bertujuan untuk mempengaruhi individu supaya menurut sesuatu idealisme, fahaman

atau sudut pandangan pegawai yang memberi perkhidmatan bimbingan dan

kaunseling. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mengiktiraf wujudnya perbezaan

individu dan mengambil kira kewajipan serta tanggungjawab individu dalam mencapai

matlamat proses bimbingan dan kaunseling.

Page 10: Education assignment pismp

TUGASAN 1

Bilik kaunseling adalah salah satu faktor dan

kemudahan yang harus ada di setiap sekolah,dan institut-

institut yang tertentu.Kesesuaian suasana sesebuah bilik

bimbingan dan kaunseling bergantung kepada pelbagai

aspek seperti pengudaraan, susun atur perabot, ruang

tamu, ruang pentadbiran, kaunseling individu, kaunseling

kelompok, maklumat kerjaya, sudut terapi dan sebagainya.

Seorang guru bimbingan dan kaunseling tidak boleh

menjalankan sesebuah sesi kaunseling di bilik guru, kantin,

di bawah pokok ataupun di dalam kelas malah sesi

kaunseling mestilah dijalankan di sebuah bilik khas atau

tempat khas yang selesa dan kondusif.

Sebuah bilik bimbingan dan kaunseling mestilah

kondusif, teraputik, selesa dan menenangkan. Ini kerana

klien-klien yang datang ke bilik bimbingan dan kaunseling

terdiri daripada murid-murid yang pelbagai latar belakang,

TUGASAN A

Page 11: Education assignment pismp

situasi dan masalah. Oleh itu, suasana sesebuah bilik bimbingan dan kaunseling

memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan bimbingan dan terapi

yang dijalankan mencapai objektif. Bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif juga

dapat meyakinkan dan mententeramkan diri pelajar ataupun klien yang datang.

Saya telah melawat bilik bimbingan dan kaunseling yang terdapat di SJK(T)

Mentakab yang saya sedang membuat praktikum fasa III. Terdapat sebuah bilik yang

telah diwujudkan khas sebagai bilik bimbingan dan kaunseling yang mempunyai

kemudahan yang terhad sahaja. Walaupun bilik tersebut mempunyai kemudahan dan

kelengkapan yang agak kurang tetapi ianya berjalan dengan baik. Guru kaunselor

menjalankan tugasan dia dengan baik. Saya juga pernah temu bual dengan guru

kaunselor iaitu Pn.Rafidah tentang pelan bilik bimbingan dan kaunseling serta cara

membuat kaunseling dengan klien.

Melalui temubual dengan guru kaunselor serta memerhati bilik kaunseling, saya

telah melakar sebuah pelan bilik bimbingan dan kaunseling. Saya telah lampirkan

lakaran saya dalam tugasan ini. Saya telah membuat lakaran yang mengandungi

beberapa sub unit yang penting bagi membentuk sebuah bilik bimbingan dan

kaunseling di sebuah sekolah. Contohnnya ruang tamu, ruang pentadbiran, kaunseling

individu, kaunseling kelompok, maklumat kerjaya, sudut terapi dan sebagainya.

Ruang Pentadbiran

. Saya meletakkan ruang pentadbiran di tengah-tengah iaitu antara bilik

kaunseling kelompok dan bilik kaunseling individu. Ini sebab, memudahkan

pergerakkan kaunselor serta dapat memerhati pergerakkan klien semasa kaunselor

tiada dalam kedua-dua bilik tersebut. Saya juga meletakkan komputer di bucu bilik

pentadbiran. Ia membantu kaunselor untuk melayari laman jika keliru dengan terapi

yang dibuat serta boleh melaman web untuk menambah ilmu dan bimbingan dan

kaunseling

Ruang Tamu

Page 12: Education assignment pismp

Saya telah lakarkan ruang tamu di belakang pendaftaran. Ini kerana tetamu

atau klien yang datang daftar di kaunter pendaftaran dulu dan mereka akan tunggu di

ruang tamu untuk giliran mereka. Saya telah sediakan sofa dan meja di ruang tamu. Ia

dapat membantu untuk menghalang klien marah atau jemu jika lewat untuk kaunseling.

Kaunseling Individu dan Kelompok

Saya juga ada lakarkan kaunseling individu dan kelompok dalam pelan bilik

bimbingan dan kaunseling. Saya memberi sebuah bilik khas untuk kaunseling individu

dan kelompok secara berasingan sebab memudahkan kaunselor bimbing dan

kaunseling klien dengan persendirian. Ia dapat membantu klien meluahkan perasaan

dengan selesa serta mereka berasa selesa sebab tiada orang memerhati atau

mendengar perbualan mereka.

Sudut Terapi

Saya telah lakarkan terapi main dan terapi seni yang paling popular dalam

bidang bimbingan dan kaunseling. Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa

ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu

Pendidikan Seni Visual. Melalui ekspresi seni pelajar dapat memahami cara untuk

mendedahkan keperluan dalaman dan konflik jiwa serta boleh memberi bantuan dalam

pencarian resolusi. Kegunaan dari terapi bermain adalah membantu anak yang memiliki

masalah emosional, kecemasan kerana stress, tekanan atau depresi. Sehingga

perasaan-perasaan tersebut boleh berkurang dan anak-anak diharapkan dapat

mengatasi masalahnya sendiri. Seorang anak yang mampu mengatasi permasalahan

emosinya diharapkan menjadi individu yang lebih berdikari, tahu kelemahan dan

kelebihan sehingga mereka siap menghadapi masalah dalam kehidupan dengan

sendirian.

Maklumat Kerjaya

Saya juga telah melakarkan maklumat kerjaya dalam pelan bilik bimbingan dan

kaunseling. Ia akan membantu kaunselor, guru pembimbing serta guru-guru lain untuk

Page 13: Education assignment pismp

mengetahui tentang kaunseling serta cara menangani murid yang bermasalah. Dengan

ini, selain guru kaunseling guru-guru juga boleh membimbing murid jika menghadapi

sebarang masalah.

Page 14: Education assignment pismp

TUGASAN

B

Page 15: Education assignment pismp

TUGASAN 2

Menurut Abraham Maslow ( 1970 ), berpendapat bahawa seorang individu akan

memenuhi keperluan asas terlebih dahulu sebelum memenuhi keperluan skunder.  Jadi

dari situ, kita tahu keperluan asas dan keperluan keselamatan, kasih sayang dan

penghargaan kendiri manusia hendaklah dipenuhi sebelum manusia bersedia

menceburi diri dalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik.

1.0 Keperluan Hierarki Maslow

Jadi sebagai guru bimbingan atau guru harus memahami setakat mana

keperluan-keperluan pelajar telah berada barulah dapat membimbing dan memberi

nasihat kepada pelajar. Sebagai contohnya sebagai seorang guru dan kaunselor dia

harus sentiasa bersifat penyayang dan memupuk nilai motivasi pelajar melalui kem

motivasi supaya mereka lebih memahami diri, menerima diri dan seterusnya

menentukan arah hidup untuk diri sendiri. Guru juga boleh mengaplikasikan terapi-

terapi yang tertentu supaya murid-murid dapat menangani trauma dan stress mereka.

Menurut Patterson dan Eisenberg (1983) menyatakan bahawa kaunseling sebagai

satu proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya

yang akhirnya membawa perubahan kepada klien tersebut. Setiap individu mempunyai

kebolehan dan keupayaan untuk memperkembangkan diri mereka. Berdasarkan

kepercayaan ini maka terapi dalam bimbingan dan kaunseling diwujudkan untuk

meneroka perkembangan tersebut. Terapi dalam bimbingan dan kaunseling bagi sistem

Page 16: Education assignment pismp

sekolah berdasarkan ciri-ciri seperti ia merupakan satu proses yang berterusan, bersifat

pendidikan, berdasarkan tingkah laku dan konsep kendiri serta peranan klien yang

mempunyai hak untuk memilih. Fokus utamanya berdasarkan prinsip-prinsip berikut

iaitu :

Harga diri individu adalah paling mutlak ;

Setiap individu adalah unik;

Sikap dan persepsi kendiri individu ialah asas dimana seorang individu

bertindak; 

Individu-individu bekerja untuk meningkatkan konsep kendiri mereka.Individu-

individu mempunyai kebolehan dalaman untuk belajar dan boleh dibantu untuk

membuat keputusan ke arah proses arah kendiri agar serasi dengan

persekitaran mereka.

Individu-individu memerlukan proses bantuan bimbingan daripada peringkat

perkembangan kanak-kanak kepada peringkat dewasa.

Terapi bermain ialah teknik di mana cara ekspresi kanak-kanak yang semula jadi

digunakan bagi membantu kanak-kanak itu menangani trauma dan stress. Terapi jenis

ini telah digunakan dengan efektifnya dengan kanak-kanak yang mempunyai tahap

kefahaman dari 3 hingga 8 tahun. Terapi bermain merujuk kepada sejenis psikoterapi

dengan kanak-kanak dalam mana seseorang ahli terapi menggunakan fantasi kanak-

kanak dan makna simbolik permainannya sebagai medium untuk memahami dan

berkomunikasi dengan kanak-kanak itu. Menurut Persatuan Terapi Bermain Malaysia

pula, terapi bermain adalah salah satu penggunaan secara sistematik model tereotikal

untuk membentuk proses interpersonal.

Saya telah memilih salah satu video yang berkaitan dengan pelaksanaan terapi

kanak-kanak dalam internet. Tajuk video tersebut adalah “Playing Therapy for Childrens

to Handle Stress and Trauma”. Michael de Arallenao,PhD , merupakan seorang

Page 17: Education assignment pismp

kaunselor dan pakar psikologi kanak-kanak telah memberi penerangan tentang terapi

bermain dalam video tersebut.

Michael de Arallenao,PhD

Dalam video tersebut, beliau mengatakan bahawa terapi bermain mengurangkan

masalah tingkah laku dan emosi yang menganggu cara kanak-kanak berfungsi secara

normal. Beliau mengatakan masalah tingkah laku atau emosi yang menganggu seperti

dibuli atau diasing oleh kawan. Ini menyebabkan gangguan emosi kanak-kanak dan

mereka berasa trauma.

Page 18: Education assignment pismp

Dalam video yang dimuat turun, kaunselor telah memberi peluang kepada klien-

klienya iaitu kanak kanak untuk bermain apa sahaja yang mereka nak main.Klien

berasa

sangat

gembira

dan

seronok

semasa

bermain.Mereka melupakan segala masalah mereka buat seketika.

Aktiviti ini memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada diri sendiri tanpa

menimbangkan apakah hasil aktiviti yang dilakukan. Dalam video ini Michael de

Arallenao, , mengatakan main adalah penting kepada kanak-kanak untuk meluahkan

pendapat masing-masing. Ia memberi peluang kepada kanak-kanak untuk memperolehi

Page 19: Education assignment pismp

perasaan dan mengawal keadaan yang dapat membantu kanak-kanak untuk berurusan

dengan realiti sebenar.

Menurut Carl Rogers, komunikasi membantu kita untuk menjalinkan hubungan

dan kepercayaan antara individu. Komunikasi adalah aspek yang sangat penting dalam

sesi kaunseling dengan kanak-kanak. Selalunya, kanak-kanak berkomunikasi dengan

pemikiran dan perasaan dalam cara yang lebih natural melalui aktiviti bermain

dibandingkan dengan melalui komunikasi verbal. Semasa klien tersebut mula bemain,

kaunselor mula mengenali tema dan pola atau cara menggunakan alat-alat yang

penting

seperti bola,patung,kertas warna dan sebagainya.

Dalam video ini juga, klien telah melupakan segala masalahnya dan

menumpukan sepenuh perhatian dalam permainan yang diberi oleh kaunselor. Secara

tidak langsung, ia membantu kanak-kanak menghilangkan perasaan esteem kendiri

yang rendah, kebimbangan berlebihan, perasaan tidak berupaya dan ketidakcekapan

yang berhubung dengan masalah pembelajaran serta pergelutan akademik mereka.

Page 20: Education assignment pismp

Persekitaran bilik dalam video tersebut juga memberi keselesaan kepada klien

bagi bermain dengan aman dan tenang. Suatu persekitaran patut diwujudkan seperti

yang ditunjukkan dalam video di mana kanak-kanak itu dapat mengetahui yang dia

boleh menonjolkan diri sendiri dalam persekitaran yang tidak mengancam. Klien dalam

video ini telah bermain dengan persekitaran yang kondusif.

Sebagai penambahbaikan yang ditunjukkan dalam

video ini, kaunselor tersebut boleh juga

mempelbagaikan aktiviti permainan atau alat

permainan supaya kaunselor dapat menjadikan sesi

kaunseling mereka bertambah seronok dan bermain selain mengurangkan tekanan.

Kaunselor boleh menggunakan terapi bermain dengan pasir yang dikatakan sangat

efektif pada murid yang bermasalah.

Kesimpulannya, intervensi main merupakan suatu teknik kaunseling yang

digunakan dalam sesi terapi. Terapi untuk kanak-kanak adalah berlainan dengan

remaja dan orang dewasa. Ini kerana kanak-kanak masih kurang matang serta

menghadapi masalah kekurangan perbendaharaan kata yang cukup untuk menjelaskan

gangguan mental dan emosi yang abstrak. Oleh itu, kemahiran melaksanakan

intervensi kanak-kanak melibatkan pelbagai jenis kemahiran komunikasi. Antaranya

ialah kemahiran bermain, bercerita, melukis, bermain alat muzik dan menyanyi. Ini

adalah kerana kanak-kanak mudah menggunakan media main, cerita, lukisan dan alat

muzik untuk menggambarkan pemikiran dan emosi secara semulajadi. Melalui aktiviti-

aktiviti bermain, bercerita, melukis dan bermain alat muzik. Ini dapat mendianogsis

punca gangguan mental dan emosi mereka dan seterusnya menggunakan kemahiran

pelaksanaan intervensi kaunseling untuk membimbing kanak-kanak ke arah

menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Page 21: Education assignment pismp
Page 22: Education assignment pismp

TUGASAN

C

WISWANATHAN A/L THRAMMIYAH

Page 23: Education assignment pismp

PISMP PT SEMESTER 7

REFLEKSI

Selamat sejahtera. Saya T.Wiswanathan, Guru Pelatih Kursus Pengajian Tamil

telah menerima satu tugasan yang berkaitan dengan matapelajaran EDU 3073 iaitu

Bimbingan dan Kaunseling.Semasa saya mendapat tugasan kerja kursus pendek saya

berasa kecewa dan tertekan. Ini adalah kerana saya kurang jelas dengan tajuk tugasan

yang diberi oleh pensyarah. Selepas itu, saya membaca dan cuba memahami konteks

yang terdapat dalam kertas tugasan yang diberi oleh pensyarah. Tetapi saya masih

kurang jelas dan tidak mendapat pandangan yang jelas tentang tajuk tugasan. Selepas

pensayarah menjelaskan tugasan dengan lebih terperinci, saya mula memahami tajuk

tugasan yang diberi dengan jelas dan secara mendalam.

Sebagai persediaan awal, saya mula mengumpul banyak bahan tentang bilik

kaunseling supaya menjadikannya sebagai rujukan. Saya mencari maklumat yang

berkaitan di dalam internet, selain itu saya juga tidak lupa untuk membuat rujukan di

perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut. Saya menghadapi

banyak cabaran semasa membuat tugasan ini. Saya dikehendaki membuat tugasan ini

semasa menjalani praktikum. Walaupun terdapat banyak kerja di sekolah dan

kesuntukan masa, saya tetap mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber. Saya

berjumpa dengan guru kaunseling Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Mentakab iaitu

Puan Rafidah. Saya berjumpa dengan beliau bagi mengumpul maklumat tentang bilik

kaunseling, program yang telah dirancang untuk bimbingan dan kaunseling dan lain-lain

lagi.

Saya membanyakkan membaca tentang bilik bimbingan dan kaunseling yang

sesuai untuk klien supaya dapat membuat perbandingan dengan bilik kaunseling

sekolah yang saya menjalani praktikum. Melalui bacaan, saya mendapati bahawa bilik

kaunseling seharusnya sentiasa berada dalam suasana yang konduksif, teraputik,

selesa dan menyenangkan.

Page 24: Education assignment pismp

Saya juga mula merasai kepentingan matapelajaran bimbingan dan kaunseling

ini terhadap diri saya sebagai seorang bakal guru. Contohnya melalui pencarian

maklumat berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling dalam sub tajuk peranan guru

biasa sebagai guru pembimbing saya begitu teruja dalam meneliti dan membaca setiap

ilmu yang bagi saya amat bernilai ini. Tambahan pula, pengalaman berinteraksi

bersama pensyarah dan rakan saya bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya

memperbaiki dan meningkatkan cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat

melatih saya untuk berkomunikasi dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi

seorang guru yang berkualiti. Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah

dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya

memperbaiki kelemahan yang terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya

lagi pada masa hadapan.

Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek

Bimbingan dan Kaunseling ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan

membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi

semangat saya untuk menjadi seorang guru yang bertanggungjawab dan melahirkan

bangsa Malaysia yang bersemangat, tekun dan rasional. Saya begitu berpuas hati

dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya dengan lengkap dan tepat pada

masanya. Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah

saya kerana telah banyak membantu dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini.

Tidak lupa juga juga mengambl kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih

kepada guru-guru dan rakan-rakan saya telah memberi sokongan moral dan kata-kata

semangat. Sekian Terima Kasih.

BIBLIOGRAFI

Page 25: Education assignment pismp

Ibrahim Ahmad (2002). Perkhidmatan bmbingan dan kaunseling. Kuala

Lumpur : Percetakan Cergas (M) Sdn. Bhd.

Ida Hartina Ahmed Tharbe (2006). Memimpin kaunseling kelompok. Kuala

Lumpur : PTS Prifessinal Publishing Sdn. Bhd.

Kementerian pelajaran (1985). Kaunseling kelompok. Kuala Lumpur :

Pengarang.

Mahmood Nazar Mohamed (2005), Pengantar psikologi : Satu pengenalan

Asas kepada jiwa dan tingkah laku manusia. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Mok Soon Sang (2010). Bimbingan dan Kaunseling kanak-kanak. Selangor :

Penerbitan Multimedia sdn. Bhd.

Sabariah Siron (2005). Teori kaunseling & psikoterapi. Pearson Malaysia Sdn.

Bhd. Petaling Jaya.

Maznah Baba & Zainol Madon (2003). Kaunseling individu. Kuala Lumpur :

Sanon PrintingCorporation.

http://binadiribinakerjaya.blogspot.com/2012/04/peranan-guru-kaunseling-di-

sekolah.html, diakses pada 02 Februari 2015

http://www.slideshare.net/herneyaqilah/9-bimbingan-dan-kaunseling diakses

pada 03 Februari 2015

http://alhakam-kaunseling.blogspot.com/2009/06/kaunseling-kelompok.html

diakses pada 03 Februari 2015

http://bimbingandankaunselingipg.blogspot.com/2010/01/kaunseling-individu-

kelompok.html, diakses pada 05 Februari 2015

LAMPIRAN

Page 26: Education assignment pismp