kkbi permainan pismp sem 2a 2011

Upload: wan-suhaimi-wan-setapa

Post on 07-Jul-2015

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Tugasan KKP WAJ 3109 (KOKURIKULUM PERMAINAN) ______________________________________________________________________

TUGASAN PROJEK /KERJA KURSUS PENDEK

TAJUK PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

NAMA GURU PELATIH :

TAJUK KURSUS : KOKURIKULUM PERMAINAN (WAJ 3109)

SEMESTER : 2

TARIKH MULA :

14 OGOS 2011

TARIKH HANTAR :

15 SEPTEMBER 2011

Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menganalisis konsep, permainan di sekolah; matlamat dan strategi pelaksanaan kokurikulum

2. Mengaplikasasi pengetahuan dan kemahiran asas dalam melaksanakan aktivitiaktiviti kejurulatihan dalam kokurikulum permainan; 3. Membentuk kemahiran bagi menilai pencapaian program latihan beransur maju yang dibina dalam kokurikulum permainan. 4. Membentuk sikap dan nilai positif yang berterusan dalam kepimpinan dan aktiviti dalam kokurikulum permainan. 5. Membuat refleksi dan menilai amalan pembelajaran serta menjana idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan. 6. Mengamalkan nilai-nilai murni melalui tingkah laku yang dapat dijadikan contoh yang baik. Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 2, 3, 4 dan 5 1

Tugasan KKP WAJ 3109 (KOKURIKULUM PERMAINAN) ______________________________________________________________________ Objektif Projek/Kerja Kursus Pendek Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut; 1. Merancang dan membina program latihan. 2. Mengaplikasikan kemahiran asas dalam mengukuhkan pengetahuan dalam membina program latihan dalam kokurikulum permainan yang anda sertai. 3. Menghasilkan penulisan ilmiah dan power point perbentangan yang mempunyai ciri-ciri pengetahuan, analisis, sentisis dan aplikasi.

Tajuk Kerja Kursus Pendek (20 %)

Program latihan yang berkesan untuk permainan dan sukan perlu dihasilkan melalui penyelidikan dan merupakan cabaran kepada jurulatih dan guru (Rink, French & Graham,1996; Rink, 2002). Oleh itu anda ditugaskan untuk merancang dan membina satu program latihan secara ansur maju dalam kokurikulum permainan yang anda sertai .. Program latihan ini hendaklah dipakejkan dalam bentuk video dengan perbincangan ilmiah dan power point perbentangan. Kerja kursus ini hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 15 SEPTEMBER 2011 beserta dengan catatan refleksi secara individu. Perlu ditegaskan plagiatrisme dalam apa jua bentuk adalah dilarang sama sekali. Guru pelatih yang menyerahkan tugasan yang diplagiatkan tidak akan diterima.Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus 1. Tugasan ini adalah tugasan kumpulan (tidak lebih tiga orang dalam satu kumpulan). 2. Memperkembangkan maklumat yang berkaitan dengan kemahiran asas yang telah diberi. 3. Corak program yang dihasilkan memenuhi objektif yang hendak dicapai. 4. Mengintegrasi elemen pengetahuan, analisis, sintesis dan aplikasi dalam membina program latihan. 5. Bibliografi yang lengkap. 6. Format penulisan kertas kerja ringkas ini adalah seperti berikut: i. Font Arial ii. Saiz huruf ialah 11 iii. Langkau satu setengah baris 7. Anda hendaklah memaparkan bahan grafik dalam bentuk video bagi memperkukuhkan penerangan anda.

2

Tugasan KKP WAJ 3109 (KOKURIKULUM PERMAINAN) ______________________________________________________________________ Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut; a. Pengenalan mengenai kemahiran acara yang ingin dilaksanakan. b. Merancang satu program latihan secara ansur maju untuk mengukuhkan kemahiran yang hendak diterapkan. c. Menjelaskan mengapa anda memilih/merancang program latihan tersebut. d. Sintesis setiap kemahiran pergerakan yang anda bina itu menggunakan aplikasi sains seperti anatomi dan fisiologi serta lakuan motor. e. Membincangkan strategi dan teknik f. Membuat kesimpulan ilmiah yang matang. g. Latihan ansur maju (perlu disertakan klip video latihan). h. Membuat satu penulisan reflektif mengenai tugasan yang telah diberi. 2. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian. 3. Format dan isi perlu jelas dan koheren. 4. Penulisan kertas kerja harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara analitikal (terutama dalam mencadangkan masalah taktikal dalam program latihan yang dibina) Kriteria Pemarkahan Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan. (Templet 3).

Tugasan disediakan oleh

Disahkan oleh

_______________________ (WAN SUHAIMI BIN WAN SETAPA)

_______________________ ( nama Ketua Jabatan)

3