kk big- khdimat masyarakat tahun lepas

7
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 4 FASA II (KHIDMAT MASYARAKAT) TARIKH: 13 SEPTEMBER 2013 TEMPAT : KAMPUNG BUKIT SENGGEH, JASIN ANJURAN: UNIT KOKURIKULUM IPGK PEREMPUAN MELAYU 1

Upload: dgafi

Post on 16-Nov-2015

229 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

BIG

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKAKERTAS KERJA

PROGRAM BINA INSAN GURU

SIRI 4 FASA II(KHIDMAT MASYARAKAT)TARIKH:

13 SEPTEMBER 2013TEMPAT :

KAMPUNG BUKIT SENGGEH, JASINANJURAN:

UNIT KOKURIKULUM IPGK PEREMPUAN MELAYUJKKK KAMPUNG BUKIT SENGGEH, JASINPISMP AMBILAN JANUARI 20121.0 TAJUK

Program Bina Insan Guru Fasa 4 (Khidmat Masyarakat).

2.0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (PROBIG) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

Pelaksanaan Program Bina Insan Guru lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan dalam kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).

3.0 MATLAMAT

Program Bina Insan Guru (BIG) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Program khidmat masyarakat yang dilaksanakan bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza.

4.2 Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti.

4.3 Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.

4.4 Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.

4.5 Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani (spritual) dan sosial.

4.6 Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.

4.7 Berupaya berfikir secara reflektif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan.

4.8 Memperkukuh kemahiran berkomunikasi dengan baik sebagai ahli komuniti bersama masyarakat luar.

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN

5.1 Program ini adalah di bawah kelolaan dan kendalian Unit Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

5.2 Program BIG ini menetapkan aktiviti wajib iaitu aktiviti bersama yang melibatkan komuniti luar atau masyarakat setempat.

5.3 IPG hendaklah memastikan setiap pelajar mengikuti Program BIG ini sebelum tamat pengajian.

5.4 Pelaksanaan BIG mengutamakan pembelajaran yang menitikberatkan pembangunan afektif, kognitif dan psikomotor. Tanggungjawab membina insan guru adalah tanggungjawab bersama seluruh warga IPG.

6.0 TARIKH PROGRAM

13 September 2013.

7.0 TEMPAT

Kampung Bukit Senggeh, Jasin, Melaka.8.0 ANJURAN

Unit Kokurikulum IPGK Perempuan Melayu

9.0 SASARAN

Guru Pelatih PISMP Pendidikan Seni Visual Ambilan Januari 2012.Guru Pelatih PISMP Bahasa Inggeris 2 Ambilan Januari 201210.0 AHLI JAWATANKUASA

Penaung:Puan Tumerah binti Rosmin

Pengarah, IPG Kampus Perempuan Melayu

Penasihat 1:Tuan Haji Hassan bin PardiTimbalan Pengarah, IPG Kampus Perempuan Melayu

Penasihat 2:En. Mohamad Rosli bin Badron

Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Perempuan Melayu

Penyelaras:En. Mad Isa bin Mamat

Penyelaras BIG Fasa IV

Pensyarah Penasihat:

Pn. Siti Aishah binti Mohamed

Tutor PISMP Pendidikan Seni Visual

En. Ismail bin Hasbullah

Tutor PISMP Bahasa Inggeris 2

Pengerusi:Nor Adilah binti Ali

Timbalan Pengerusi

:Nuramira binti Mohd Akhir

Setiausaha

:Nik Mardhiah binti Nik Abdul Ghafar

Timbalan Setiausaha:1) Siti Aimy binti Mohd Khidzir

1) Qurratu Aini binti Hasan

Bendahari:Nur Afifah binti Abdul Halim

AJK Protokol

:1) Siti Hawa Saadah binti Hamid

2) Syafiqah binti Kamaruddin

3) Nina Shakina binti Supardi

AJK Dokumentasi & Pelaporan:1) Zulaikha binti Zulkafli

1) Nur Annissa Anis binti Sabiran

2) Humaira binti Ismail

AJK Cenderamata:1) Nur Anis Nabila binti Salim

2) Atikah binti Munauwar

AJK Kerohanian:1) Siti Khalilah binti Mohd Ruslan

2) Nur Hanisah binti Radi

AJK Buku Program:1) Khairunnisa binti Waimin

2) Nur Afiqah binti Osman

AJK Pengangkutan:1) Noraini binti Bachok

2) Nadhia binti Shamsudin

AJK Keselamatan & Kebajikan:1) Aamirah Aiza binti Zakaria

3) Nur Umairaa binti Omar

2) Nur Atiqah Adilah binti Medon

AJK Perhubungan Awam & Seranta:1) Noor Syukriah binti Kamarulzaman

2) Norfatiha binti Mohd Kassim

AJK Teknikal & Alat Siaraya:2) Noor Fairaha binti Abd Halim

2) Kartini binti Ahmad

AJK Peralatan:1) Noor Fazrina binti Azizan

2) Najwa binti Abdul Halim

3) Saidatun Nadhirah binti Zulkifli

AJK Makanan:1) Noor Sharina binti Mohammed Zuhair

2) Herlena binti Atan

3) Nurfarhana Nabila binti Katni

AJK Aktiviti:1) Nur Ezzatul Ameera binti Md Amurad

2) Nabila Huda binti Ghazali

3) Natasha Anisha binti Mohd Salleh

11.0 TENTATIF PROGRAM

MASAPERKARA

2.15- 2.30 petangGuru Pelatih menyiapkan peralatan untuk dibawa ke tempat gotong royong

2.30- 6.00 petangGotong royong dijalankan

6.00 6.30 petangMengemas barang dan peralatan yang digunakan

6.30 petangGuru Pelatih bertolak pulang ke IPG

12.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL.BAHANJUMLAHCATATAN

1.Air mineral

Roti

Beg plastik hitam(besar)2 kotak/ katon

26

3 beg

Stor Pusat

2.Kebajikan RM 50

JUMLAH KESELURUHANRM 50

13.0 PENUTUP

Program seumpama ini merupakan salah satu daripada usaha untuk melahirkan guru pelatih yang mempunyai semangat, sifat dan nilai seorang guru yang cemerlang kerana mereka telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang berunsurkan kepimpinan dan ilmiah. Guru pelatih dapat menimba pelbagai ilmu pengetahuan serta pengalaman baharu dalam bidang kepimpinan dan seterusnya ini akan dapat membantu guru-guru untuk melaksanakan lebih banyak aktiviti yang berfaedah serta berguna kepada semua masyarakat dengan baik dan lancar. Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih semua yang terlibat secara lansung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Diharapkan pihak tuan akan meluluskan kertas kerja ini.

1