manual kk pp

21
7/26/2019 Manual Kk Pp http://slidepdf.com/reader/full/manual-kk-pp 1/21  TERHAD 0 TERHAD PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM) (  MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION ) Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2016 PERINGATAN: Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau calon sahaja.  ______________________________________________________________________________ Manual ini terdiri daripada 21 halaman bercetak. © Majlis Peperiksaan Malaysia 2016 M AJL I S PEPERI KSAAN M ALAYSIA (  MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

Upload: sivaneswary-gunesegaran

Post on 01-Mar-2018

269 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Manual Kk Pp

7/26/2019 Manual Kk Pp

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kk-pp 1/21

 

TERHAD

0  TERHAD 

PEPERIKSAAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)

( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION )

Manual Kerja Kursus

Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)

STPM 2016

PERINGATAN:

Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau calon sahaja.

 ______________________________________________________________________________Manual ini terdiri daripada 21 halaman bercetak.

© Majlis Peperiksaan Malaysia 2016

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

( MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)

Page 2: Manual Kk Pp

7/26/2019 Manual Kk Pp

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kk-pp 2/21

 

TERHAD

1  TERHAD 

Kandungan 

Bi l Perkara Halaman

BAHAGIAN I : GURU

1.0 Pengenalan 2

2.0 Objektif Penilaian 2

3.0 Pelaksanaan kerja kursus 2

3.1 Arahan Am 2

3.2 Tanggungjawab Pengetua 2

3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan

Kerajaan

3

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa 4

3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta 5

3.6 Tanggungjawab Calon 6

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 7

5.0 Format Penulisan 8

6.0 Struktur Penulisan 9

7.0 Penskoran Markah 10

8.0 Skema Penskoran Markah 10

BAHAGIAN II : CALON

9.0 Tanggungjawab Calon 11

10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 12

11.0 Format Penulisan 13

12.0 Struktur Penulisan 13

Soalan kerja kursus Pengajian Perniagaan 4 (946/4) 14

Lampiran 1620

Page 3: Manual Kk Pp

7/26/2019 Manual Kk Pp

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kk-pp 3/21

 

TERHAD

2  TERHAD 

BAHAGIAN I : GURU

1.0  Pengenalan

Setiap calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah

swasta, atau calon persendirian individu, mesti membuat satu tugasan pada Penggal 3, yangdinilai sebagai kerja kursus. Laporan tugasan berkenaan mesti disiap dan dikemukakan padatarikh yang ditetapkan oleh MPM. Calon juga dikehendaki membuat pembentangan lisan yang

akan diberikan penilaian. Calon yang gagal mengemukakan laporan tugasan dan gagal hadiruntuk membuat pembentangan lisan akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaranini dan akan diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini.

Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian

Perniagaan STPM.

2.0 Objektif Penilaian

Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai dan memperkukuh kemampuan calon untuk:

2.1 Memahami konsep-konsep asas yang dipelajari dalam subjek ini

2.2 Menganalisis secara kritis dan memahami elemen-elemen perniagaan yang perlu ada

dalam sebuah organisasi yang baik

2.3 Mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari daripada pelbagai topik di organisasi kajiankes berkenaan

2.4 Menerapkan domain kemahiran insaniah ke dalam mata pelajaran

3.0 Pelaksanaan kerja kursus

3.1 Arahan am

3.1.1 Kerja kursus Pengajian Perniagaan wajib diambil oleh semua calon, sama adacalon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, ataucalon persendirian individu.

3.1.2 Kerja kursus ini hendaklah dilaksanakan oleh semua calon STPM yang mengambil

mata pelajaran Pengajian Perniagaan pada penggal 3 pengajian tingkatan enam.

3.1.3 Penilaian kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang berterusan.

3.2  Tanggungjawab Pengetua

3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat kerja kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah.

3.2.2 Memastikan ahli jawatan kuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail IndukKerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enammempunyai fail kerja kursus bagi mata pelajaran masing-masing.

3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 946/4 hendaklah dibimbing dan

diselia oleh guru Pengajian Perniagaan

3.2.4 Memastikan bahawa laporan kerja kursus calon dijalankan mengikut peraturanyang ditetapkan

3.2.5 Memastikan bahawa semua hasil kerja kursus dinilai dan diberikan markah olehguru mengikut peraturan pemarkahan yang ditetapkan.

3.2.6 Memastikan guru menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon

(Lampiran 5) ke MPM (u.p Encik Kamarudin bin Kusni) selewat-lewatnyaseminggu selepas penghantaran markah

3.2.7 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan calon di bawah PeraturanPelancongan Sekolah 1957 dipatuhi oleh guru dan calon

Page 4: Manual Kk Pp

7/26/2019 Manual Kk Pp

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kk-pp 4/21

 

TERHAD

3  TERHAD 

3.2.8 Memastikan keperluan logistik/bekalan untuk melaksanakan kerja kursus dipenuhi

3.2.9 Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens penulisan kerja kursuscalon di sekolah ada

3.3 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Kerajaan Dan Sekolah

Bantuan Kerajaan

3.3.1 Memberitahu calon tentang arahan melaksanakan kerja kursus dan memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan melaksanakan kerja

kursus.

3.3.2 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPMdan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon.

3.3.3 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual

Perancangan dan Pelaksanaan

3.3.4 Memberikan taklimat kepada calon tentang tugasan dan perinciannya

3.3.5 Membimbing calon dalam pemilihan tajuk kajian berdasarkan tugasan

3.3.6 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah,memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan

3.3.7 Memaklumkan calon tentang elemen, aspek, dan kriteria penskoran yang terdapatdalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus

3.3.8 Memastikan calon melaksanakan kerja kursus

3.3.9 Memaklumkan calon tahap pencapaian yang diperoleh mereka supaya mereka boleh membaiki hasil kerja

3.3.10 Membimbing calon untuk menghasilkan kerja kursus yang terbaik

3.3.11 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus PengajianPerniagaan secara individu

3.3.12 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniahsemasa pencarian atau pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursusPengajian Perniagaan

3.3.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian

Perniagaan  pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah. Calonhendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang telahditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1) 

3.3.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang

telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakankerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnyaakan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM

3.3.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan

Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursusPengajian Perniagaan

3.3.16 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon

3.3.17 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod KerjaKursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasamembawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi

membincangkan penghasilan kerja kursus

3.3.18 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengancalon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon

Page 5: Manual Kk Pp

7/26/2019 Manual Kk Pp

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kk-pp 5/21

 

TERHAD

4  TERHAD 

3.3.19 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan,

BMKKC (Lampiran 4), dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah kesekolah calon yang baharu

3.3.20 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM

ketika mentaksir kerja kursus calon

3.3.21 Menilai hasil kerja calon secara berterusan

3.3.22 Menilai laporan akhir kerja kursus setiap calon

3.3.23 Memastikan hasil kerja kursus calon adalah asli dan hasil karya sendiri. Calon

 perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumatyang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan.

3.3.24 Memeriksa atau menilai atau mentaksir kerja kursus Pengajian Perniagaan bagisetiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon(BMKKC)

3.3.25 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi

e-submission  yang telah ditetapkan oleh MPM. Kegagalan guru menghantarmarkah kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakankerja kursus dan tidak mengambil kertas 946/4.

3.3.26 Menghantar Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (Lampiran 5) keMPM (u.p Encik Kamarudin bin Kusni) selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah (Guru mestilah menyimpan satu salinan borang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus guru.)

3.3.27 Memastikan kerja kursus Pengajian Perniagaan, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagisetiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempohselama enam  bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhandiumumkan

3.4 Tanggungjawab Pemeriksa

(Guru sekolah kerajaan atau guru sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai pemeriksa kerja kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian individu)

3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian

Perniagaan yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b) Menyemak dan menilai penulisan kerja kursus yang dihasilkan oleh calonsebelum sesi pembentangan

(c) Menghadiri sesi pembentangan penulisan kerja kursus mengikut jadual yangdiberikan oleh guru sekolah swasta

(d) Menilai pembentangan calon secara individu

(e) Menandatangani Borang Markah Kerja Kursus Calon (Lampiran 4)

(f) Menghantar markah penulisan kerja kursus calon kepada MPM denganmenggunakan perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan

(g) Menghantar Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (Lampiran 5)

ke MPM (u.p Encik Kamarudin bin Kusni) selewat-lewatnya semingguselepas penghantaran markah ( Pemeriksa mestilah menyimpan satu salinanborang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus

 pemeriksa.)

(h) Menyediakan sampel penulisan kerja kursus calon yang dinilai untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)

Page 6: Manual Kk Pp

7/26/2019 Manual Kk Pp

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kk-pp 6/21

 

TERHAD

5  TERHAD 

(i) Menyimpan evidens kerja kursus calon di JPN yang ditetapkan dari tarikh

 penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak dibenarkan untuk menyimpan evidens kerja kursus sahaja)

(j) Melupuskan evidens kerja kursus calon dalam tempoh enam bulan selepas

tarikh keputusan STPM diumumkan (bagi sekolah swasta yang tidak

dibenarkan untuk menyimpan evidens kerja kursus sahaja)

3.4.2 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Persendirian Individu

(a) Melayari portal MPM untuk memuat turun Manual Kerja Kursus PengajianPerniagaan yang disediakan oleh MPM untuk guru, pemeriksa, dan calon

(b) Mengadakan pertemuan dengan calon sekurang-kurangnya dua kali, iaitu

kali pertama untuk menerangkan kerja kursus dan sekali lagi semasa penghantaran kerja kursus dan sesi pembentangan diadakan

(c) Memberikan penerangan kepada calon tentang pelaksanaan kerja kursus

(d) Memaklumkan perkembangan terkini tentang pelaksanaan kerja kursus

kepada calon(e) Memastikan calon menghantar kerja kursus mengikut tarikh yang ditetapkan

(f) Menyemak dan menilai kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sebelum sesi pembentangan

(g) Merancang jadual pembentangan kerja kursus dan memaklumkannya kepadacalon

(h) Mengadakan sesi pembentangan kerja kursus

(i) Menilai pembentangan calon

(j) Menghantar markah kerja kursus calon kepada MPM dengan menggunakan

 perisian e-submission mengikut tarikh yang ditetapkan(k) Menghantar Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (Lampiran 5)

ke MPM (u.p Encik Kamarudin bin Kusni) selewat-lewatnya semingguselepas penghantaran markah ( Pemeriksa mestilah menyimpan satu salinanborang markah yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus pemeriksa.)

(l) Menandatangani Borang Perakuan Calon (Lampiran 2), Borang Rekod

Kerja Kursus Calon (Lampiran 3), Borang Markah Kerja Kursus Calon(Lampiran 4), dan Borang Rumusan Kerja Kursus Calon (Lampiran 5)

(m) Menyediakan sampel penulisan kerja kursus calon yang dinilai untuk penyelarasan markah oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK), jika diminta

(n) Menyimpan evidens kerja kursus calon di JPN yang ditetapkan dari tarikh

 penyelarasan tamat hingga tarikh keputusan STPM diumumkan

(o) Melupuskan evidens kerja kursus calon dalam tempoh enam bulan selepastarikh keputusan STPM diumumkan

3.5  Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Swasta

3.5.1 Memastikan bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahanmenjalankan kerja kursus Pengajian Perniagaan

3.5.2 Memastikan semua calon memahami keperluan menjalankan kerja kursusPengajian Perniagaan

3.5.3 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM

dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon

3.5.4 Membimbing calon dalam aspek yang berikut:

Page 7: Manual Kk Pp

7/26/2019 Manual Kk Pp

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kk-pp 7/21

 

TERHAD

6  TERHAD 

(a) Memilih tajuk kajian berdasarkan tugasan

(b) Memahami skop tugasan dan merancang jadual kerja, dan

(c) Mengenal pasti asas kaedah penyelidikan yang digunakan dalam tugasan

3.5.5 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah,

memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus

3.5.6 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan dipatuhi oleh setiap calonsemasa menjalankan aktiviti di luar bilik darjah

3.5.7 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus secara individu

3.5.8 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus berdasarkan garis panduandan tempoh yang ditetapkan seperti pada para 4.0 Jadual Perancangan danPelaksanaan Kerja Kursus

3.5.9 Memastikan semua calon menunjukkan kemajuan dalam penulisan kerja kursusmengikut masa yang ditetapkan oleh guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan.Selain itu, guru hendaklah mengingatkan calon agar menyediakan satu folder kerja

kursus untuk menyimpan semua draf penulisan yang telah disemak oleh guru berserta maklumat atau data yang berkaitan dengan kerja kursus.

3.5.10 Memantau dan membimbing calon semasa mencari maklumat, memproses dataatau maklumat, dan menghasilkan penulisan kerja kursus

3.5.11 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniahsemasa pencarian atau pengumpulan maklumat

3.5.12 Memastikan calon tidak menciplak atau meminta orang lain menghasilkan

 penulisan kerja kursus

3.5.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru PengajianPerniagaan  pada masa dan tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak

sekolah. Calon hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursusseperti yang telah ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1)

3.5.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yangtelah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan

kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnyaakan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM

3.5.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod KerjaKursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa

membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagimembincangkan penghasilan kerja kursus.

3.5.16 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengancalon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon

3.6  Tanggungjawab calon

3.6.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajibmelaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan.

3.6.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggaltiga sehingga tamat penggal tersebut.

3.6.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan kajian.

3.6.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi(TMK) bagi mencari dan mengumpul data.

3.6.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajianmestilah disediakan secara individu.

Page 8: Manual Kk Pp

7/26/2019 Manual Kk Pp

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kk-pp 8/21

 

TERHAD

7  TERHAD 

3.6.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu

menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yangdiambil daripada mana-mana bahan atau tulisan.

3.6.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat

 bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya. 

4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

TarikhPerancangan dan

perlaksanaan aktivitiTindakan guru Tindakan calon

25 Mei2016

Tugasan kerja kursus

diterima  Taklimat tugasan kerja

kursus kepada calon(sila rujuk manual kerjakursus)

  Menerima arahan tugasan.

Semakhttp://www.mpm.edu.my

  Memahami skop tugasan

kerja kursus

  Merancang jadual kerja

25 Meihingga 19Jun 2016

Taklimat PN denganGuru Tingkatan 6

  Menghadiri taklimattersebut danmemberikan sepenuh

 perhatian semasataklimat berlangsung

20 Jun

hingga 23Sept. 2016 

Persiapan awal

sebelum menjalankankerja kursus

  Membincangkan dan

membimbing pemilihantajuk dan jadual kerja

  Menyediakan surat-

menyurat

  Menjelaskan pelajar

tentang elemenkemahiran insaniah( soft skill s) yang akan

dinilai

  Membimbing pelajarsepanjang penghasilan

KK

  Membantu penyelesaianmasalah yang timbul

  Memantau perkembangan tugasan

Membuat persiapan awal:

  Keperluan kewangan

  Pengesahan sekolah dan

kebenaran penjaga

  Perancangan kerja  Penyediaan peralatan dan

instrumen seperti borangsoal selidik

  Mengenal pasti sumber

rujukan, seperti sumbersekunder, sumber Internet,dan sumber-sumber lain.

  Mengumpul data danmaklumat melalui pemerhatian, pencerapan,

 pengukuran, temu bual dan

kaji selidik  Memperoleh data dan

maklumat dari sumbersekunder

Page 9: Manual Kk Pp

7/26/2019 Manual Kk Pp

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kk-pp 9/21

 

TERHAD

8  TERHAD 

TarikhPerancangan dan

perlaksanaan aktivitiTindakan guru Tindakan calon

20 Junhingga 23

Sept. 2016

Penyediaan dan penulisan laporan

Kerja kursus untuk sesi penilaian

  Menjelaskan item-itemyang dinilai dalam

 penulisan laporan kerjakursus

  Membimbing calon

untuk menulis laporanmengikut format yangditetapkan

  Membaiki kelemahandan membimbing calonmembuat

 penambahbaikan

  Menyusun dapatan (datadan maklumat) mengikut

keutamaan dan strukturtugasan

  Memproses, mentafsir,

menganalisis, dan merumusdata dan maklumat

  Mempersembahkan data

dan maklumat dalam bentukyang sesuai, seperti petalokasi, jadual, graf, carta,

dan lain-lain

  Membincangkan dapatanhasil kajian dan

menghubung kait dengan prinsip dan teori yangdipelajari

  Berlatih membuat pembentangan mengikutformat yang sesuai

26 Septhingga 26Okt. 2016

Sesi pembentangandan penilaian

  Memeriksa dan memberimarkah laporan kerjakursus dan

 pembentangan

  Hantar laporan bertulis

  Sesi pembentangan

(10 minit hingga 15 minitsahaja untuk setiap calon)

26 Sept.hingga 26Okt. 2016

Penskoran kerjakursus dan hantaranmarkah ke MPM

  Menghantar markah keMPM

29 Okt.

hingga 20 Nov. 2016

Penyelarasan markah kerja kursus oleh Ketua Penyelaras Kebangsaan (KPK)

Pelupusan evidens kerja kursus (enam bulan dari tarikh keputusan STPM diumumkan)

5.0 Format Penulisan 

5.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagimencari maklumat tambahan

5.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajianmengikut format berikut:

(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja

(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci

(c) Tulisan: Times New Roman ( font  12)

(d ) Langkau ( spacing ): 1.5

(e) Langkau ( spacing ): 1.0 dibenarkan hanya bagi Rumusan Eksekutif

( f ) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten

Page 10: Manual Kk Pp

7/26/2019 Manual Kk Pp

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kk-pp 10/21

 

TERHAD

9  TERHAD 

5.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak

melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarairujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran

5.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi atau gambar rajah untuk menyokong penulisan.

5.5  Susunan penulisan kerja kursus adalah seperti berikut:

(a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna jingga terang (Lampiran 1)

(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)

(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)

(d ) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan

5.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan  berjilid.

6.0 Struktur Penulisan

Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dankandungan kajian atau capaian data atau maklumat. walau bagaimanapun, laporan bertulis kerjakursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkaphendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut:

(a)  Rumusan eksekutif

(b)  Pengenalan

(c)  Objektif

(d)  Latar belakang syarikat

(e)  Latar belakang pemilik atau ahli kongsi

(f)  Latar belakang projek

(g)  Rancangan organisasi

(h)  Rancangan pemasaran

(i)  Rancangan pengeluaran atau operasi

(j)  Rancangan kewangan

(k)  Kesimpulan

(l)  Lampiran

Page 11: Manual Kk Pp

7/26/2019 Manual Kk Pp

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kk-pp 11/21

 

TERHAD

10  TERHAD 

7.0 Penskoran markah

Penilaian kerja kursus dibuat terhadap laporan bertulis dan pembentangan hasil kerja calon.Calon mestilah menyenaraikan sumber rujukan dalam senarai rujukan laporan yangdikemukakan sekiranya hasil kerja calon melibatkan petikan mana-mana sumber luar. Penilaian

 bagi calon sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan dibuat oleh guru mata pelajaran

 berkenaan. Penilaian bagi calon sekolah swasta dan persendirian individu dibuat oleh pemeriksayang dilantik oleh MPM.

8.0 Skema Penskoran Markah Kerja Kursus

Bil. Kriteria Markah

1 Rumusan eksekutif 8

2 Pengenalan 4

3 Objektif 3

4 Latar belakang syarikat 4

5 Latar belakang pemilik atau ahli kongsi 3

6 Latar belakang projek 8

7 Rancangan organisasi 12

8 Rancangan pemasaran 12

9 Rancangan pengeluaran atau operasi 12

10 Rancangan kewangan 12

11 Kesimpulan 5

12 Lampiran 2

13 Pembentangan

(i) Kerelevanan 2

(ii) Soal jawab 2

(iii) Kebahasaan 2

(iv) Kreativiti 2

(v) Keterampilan 2

14 Kemahiran insaniah 5

JUMLAH MARKAH 100

Page 12: Manual Kk Pp

7/26/2019 Manual Kk Pp

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kk-pp 12/21

 

TERHAD

11  TERHAD 

BAHAGIAN II : CALON

9.0 Tanggungjawab calon

9.1 Calon STPM yang mengambil mata pelajaran Pengajian Perniagaan wajib melaksanakankerja kursus Pengajian Perniagaan.

9.2 Calon dikehendaki merancang dan melaksanakan kerja kursus dari awal penggal tigasehingga tamat penggal tersebut.

9.3 Calon hendaklah mendapat bimbingan guru dalam pemilihan tajuk dan pelaksanaan

kajian.

9.4 Calon digalakkan untuk menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagimencari dan mengumpul data.

9.5 Calon boleh menjalankan kajian secara berkumpulan tetapi laporan hasil kajian mestilahdisediakan secara individu.

9.6 Hasil kerja kursus calon hendaklah asli dan hasil karya sendiri. Calon perlu menyatakan

sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripadamana-mana bahan atau tulisan.

9.7 Calon diwajibkan membentangkan laporan secara lisan dan menggunakan alat bantuan pembentangan, sebagai contoh Ms Powerpoint dan sebagainya. 

Page 13: Manual Kk Pp

7/26/2019 Manual Kk Pp

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kk-pp 13/21

 

TERHAD

12  TERHAD 

10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan

TarikhPerancangan dan

perlaksanaan aktivitiTindakan calon

20 Mei 2016 Tugasan kerja kursus diterima   Menerima arahan tugasan. Semakhttp://www.mpm.edu.my 

  Memahami skop tugasan kerja kursus

  Merancang jadual kerja 

20 Jun hingga23 Sept. 2015 

Pelaksanaan kerja kursus Membuat persiapan awal:

  Keperluan kewangan

  Pengesahan sekolah dan kebenaran penjaga

  Perancangan kerja

  Penyediaan peralatan dan instrumen seperti borang soal selidik

  Mengenal pasti sumber rujukan, seperti sumber

sekunder,sumber Internet, dan sumber-sumberlain.

  Mengumpul data dan maklumat melalui pemerhatian, pencerapan, pengukuran, temu bual dan kaji selidik

  Memperoleh data dan maklumat dari sumbersekunder

20 Jun hingga23 Sept. 2015 

Penyediaan dan penulisanlaporan kerja kursus untuk sesi

 penilaian

  Menyusun dapatan (data dan maklumat)

mengikut keutamaan dan struktur tugasan

  Memproses, mentafsir, menganalisis, danmerumus data dan maklumat

  Mempersembahkan data dan maklumat dalam bentuk yang sesuai, seperti peta lokasi, jadual,graf, carta dan lain-lain

  Membincangkan dapatan hasil kajian danmenghubung kait dengan prinsip dan teori yang

dipelajari

  Berlatih membuat pembentangan mengikutformat yang sesuai

26 Sept hingga26 Okt. 2015 

Sesi pembentangan dan penilaian

  Hantar laporan bertulis

  Sesi pembentangan (10 minit hingga 15 minit

sahaja untuk setiap calon)

Page 14: Manual Kk Pp

7/26/2019 Manual Kk Pp

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kk-pp 14/21

 

TERHAD

13  TERHAD 

11.0 Format Penulisan

11.1 Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagimencari maklumat tambahan.

11.2 Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajianmengikut format berikut:

(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja

(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci

(c) Tulisan: Times New Roman ( font  12)

(d ) Langkau ( spacing ): 1.5

(e) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten

11.3 Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak

melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarairujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran

11.4 Calon boleh menggunakan ilustrasi/gambar rajah untuk menyokong penulisan

11.5  Susunan skrip kerja kursus adalah seperti berikut:

(a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna jingga terang (Lampiran 1)

(b) Borang perakuan calon (Lampiran 2)

(c) Borang rekod kerja kursus calon (Lampiran 3)

(d ) Penulisan kertas kerja kursus

11.6 Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan

 berjilid. 

12.0 Struktur Penulisan

Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dankandungan kajian atau capaian data atau maklumat. walau bagaimanapun, laporan bertulis kerjakursus ini hendaklah disediakan secara individu. Satu laporan kerja kursus yang lengkaphendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut:

(a)  Rumusan eksekutif

(b)  Pengenalan

(c)  Objektif

(d)  Latar belakang syarikat(e)  Latar belakang pemilik atau ahli kongsi

(f)  Latar belakang projek

(g)  Rancangan organisasi

(h)  Rancangan pemasaran

(i)  Rancangan pengeluaran atau operasi

(j)  Rancangan kewangan

(k)  Kesimpulan

(l)  Lampiran

Page 15: Manual Kk Pp

7/26/2019 Manual Kk Pp

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kk-pp 15/21

 

TERHAD

14  TERHAD 14

STPM 2016

© Majlis Peperiksaan Malaysia 2016

946/4

Page 16: Manual Kk Pp

7/26/2019 Manual Kk Pp

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kk-pp 16/21

 

TERHAD

15  TERHAD 

Soalan Kerja Kursus.

Calon diminta memilih satu jenis perniagaan sama ada berasaskan produk atau perkhidmatan dan

menyediakan satu rancangan perniagaan lengkap berdasarkan format yang sesuai seperti yangdicadangkan di bawah:

(i) Rumusan eksekutif

(ii) Pengenalan

(iii) Objektif

(iv) Latar belakang syarikat

(v) Latar belakang pemilik/ahli kongsi

(vi) Latar belakang projek

(vii) Rancangan organisasi

(viii) Rancangan pemasaran

(ix) Rancangan pengeluaran/operasi

(x) Rancangan kewangan(xi) Kesimpulan

(xii) Lampiran

Nota:  Penyediaan Rancangan Perniagaan (RP) mestilah berpandukan Manual Kerja Kursus SijilTinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2016.

Page 17: Manual Kk Pp

7/26/2019 Manual Kk Pp

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kk-pp 17/21

 

TERHAD

16  TERHAD 

LAMPIRAN 1

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

PENULISAN KERJA KURSUS PENGGAL 3 TAHUN 2016

MATA PELAJARAN/KOD: PENGAJIAN PERNIAGAAN 4 (946/4)

TAJUK

NAMA CALON

NOMBOR

KAD PENGENALAN

ANGKA GILIRAN

ALAMAT SEKOLAH

NAMA GURU

TANDATANGAN

GURU

TARIKH

Page 18: Manual Kk Pp

7/26/2019 Manual Kk Pp

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kk-pp 18/21

 

TERHAD

17  TERHAD 

LAMPIRAN 2

BPC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016

KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN

BORANG PERAKUAN CALON

Borang ini mestilah ditandatangani oleh calon dan guru atau pemeriksa yang memeriksa kerja kursuscalon, dan dilampirkan bersama dengan kerja kursus yang dihantar kepada guru atau pemeriksa.

Kegagalan calon menandatangani borang perakuan ini akan menyebabkan calon tidak diberikansebarang markah untuk kerja kursus yang dihasilkan.

 Nama Calon

 No. Kad Pengenalan Calon

Angka Giliran Calon

 Nama Pusat KK Calon

Makluman kepada calon:

Kerja kursus yang dihantar untuk dinilai mestilah merupakan hasil kerja calon sendiri. Kerja kursuscalon boleh dibatalkan sekiranya calon didapati meniru kerja kursus calon lain atau membenarkancalon lain untuk meniru kerja kursus yang dihasilkan oleh calon sendiri, atau calon didapati menipu

dalam apa cara sekalipun bagi menghasilkan kerja kursus tersebut.

Perakuan Keaslian Kerja Kursus Calon:

Saya telah membaca dan memahami makluman di atas. Saya telah menghasilkan kerja kursusPengajian Perniagaan (946) tanpa bantuan daripada mana-mana pihak, kecuali dengan penerangan

oleh pihak yang dibenarkan, iaitu guru mata pelajaran Pengajian Perniagaan di sekolah (untuk sekolahkerajaan dan calon sekolah bantuan kerajaan).

Tandatangan Calon

Tarikh

Perakuan oleh Guru atau Pemeriksa:

Saya mengesahkan bahawa kerja kursus Pengajian Perniagaan (946) telah dihasilkan mengikutspesifikasi yang telah ditetapkan. Saya telah memeriksa kerja kursus calon dan saya berpuas hati

 bahawa sepanjang pengetahuan saya, kerja kursus tersebut telah dihasilkan sendiri oleh calon.

Tandatangan Guru/Pemeriksa

 Nama Guru/Pemeriksa

Tarikh

Alamat

Page 19: Manual Kk Pp

7/26/2019 Manual Kk Pp

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kk-pp 19/21

 

TERHAD

18  TERHAD 

LAMPIRAN 3

BRKKC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016

KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN

BORANG REKOD KERJA KURSUS CALON

 No. Pusat/Angka Giliran : ……………………....... No. Kad Pengenalan : ……………………… 

Tarikh

Aktiviti

Aktiviti dalam

penghasilan

kerja kursus

(Untuk diisi oleh calon)

Ulasan GuruTandatangan

Calon

Tandatangan

Guru

( Jadual aktiviti ini boleh melebihi satu halaman)

Pengesahan Guru Pengajian Perniagaan

Saya mengesahkan bahawa calon ini telah menjalankan sendiri setiap tahap proses kerja dalam penghasilan kerja kursus bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM 2016 mengikut peraturanyang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tandatangan Guru: ………………..……………………………… 

 Nama Guru: ……….………………………………………………. 

Tarikh : …………………............................................................

Cap Sekolah:

Catatan : Borang ini hendaklah dibawa setiap kali pertemuan antara pelajar dengan guru dan dilampirkan

 pada bahagian hadapan kerja kursus calon apabila dihantar kepada guru untuk dinilai.

Page 20: Manual Kk Pp

7/26/2019 Manual Kk Pp

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kk-pp 20/21

 

TERHAD

19  TERHAD 

LAMPIRAN 4

BMKKC

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2016

KERJA KURSUS PENGAJIAN PERNIAGAAN

BORANG MARKAH KERJA KURSUS CALON

 Nama Calon : ……………………………............... Angka Giliran : …………………………… 

 No. Kad Pengenalan : …………………………… 

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)

Kriteria PenilaianMarkah

Penuh

Markah

Guru

Markah

Penyelaras

1.  Rumusan eksekutif 8

2.  Pengenalan 4

3.  Objektif 3

4.  Latar belakang syarikat 4

5.  Latar belakang pemilik atau ahli kongsi 36.  Latar belakang projek 8

7.  Rancangan organisasi 12

8.  Rancangan pemasaran 12

9.  Rancangan pengeluaran atau operasi 12

10. Rancangan kewangan 12

11. Kesimpulan 5

12. Lampiran 2

13. Pembentangan(a)  Kerelevanan 2(b)  Soal jawab 2

(c)  Kebahasaan 2

(d)  Kreativiti 2(e)  Keterampilan 2

14. Kemahiran Insaniah 5

Jumlah Markah 100

PENGAKUAN GURU/PEMERIKSA PENGESAHAN PENYELARAS

Saya memperakui bahawa markahdan butiran di atas adalah benar.

Saya memperakui bahawa markah danButiran di atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa:………………………  Tandatangan Penyelaras: ……………………… 

 Nama : ………………………………………………   Nama : ………………………………………….  No. Kad Pengenalan : ………………………………   No. Kad Pengenalan : …………………………. 

Tarikh : ……………………………………………..  Tarikh : ………………………………………… 

 No. Telefon (sekolah) : ……………………………   No. Telefon (sekolah) : ………………………. 

Nota : Jumlah markah yang diperoleh calon hendaklah dihantar kepada Majlis Peperiksaan Malaysia denganmenggunakan perisian e-submission selewat-lewatnya seminggu selepas penilaian dilakukan.

Page 21: Manual Kk Pp

7/26/2019 Manual Kk Pp

http://slidepdf.com/reader/full/manual-kk-pp 21/21

 

TERHAD

LAMPIRAN 5

BRuMKK

MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIASIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

BORANG RUMUSAN MARKAH KERJA KURSUS CALON

PENGGAL: _________________ TAHUN: _________________

MATA PELAJARAN: _______________________________

NAMA SEKOLAH/NO PUSAT: ________________________________________________________

(Untuk diisi oleh guru/pemeriksa)

BIL. ANGKA GILIRAN NO. KAD PENGENALAN MARKAH CATATAN

(Senarai markah ini boleh melebihi satu halaman)

PERAKUAN GURU/PEMERIKSA PERAKUAN PENGETUA

Saya memperakui bahawa markah dan butirandi atas adalah benar.

Saya memperakui bahawa markah dan butirandi atas adalah benar.

Tandatangan Guru/Pemeriksa: ………..……...  Tandatangan Pengetua: ……………………….. 

Nama: ……………………..……………………..  Nama: …………………………………………….. 

No. Kad Pengenalan: ………………………..…  No. Kad Pengenalan: ……………………………. 

Tarikh: ………………………………………..….  Tarikh: ……………………………………………... 

No. Telefon (sekolah) : ……………………….  No. Telefon (sekolah): …………………………… 

(bimbit): ………………………….  (bimbit): ………………………………

Nota: Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon ini hendaklah dihantar ke Majlis PeperiksaanMalaysia selewat-lewatnya seminggu selepas markah dimasukkan dalam perisiane-submission.