manual kk pp.pdf
Post on 10-Dec-2016
225 views
Embed Size (px)
TRANSCRIPT
TERHAD
0 TERHAD
PEPERIKSAAN
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA (STPM)
(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE EXAMINATION)
Manual Kerja Kursus
Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4)
STPM 2016
PERINGATAN:
Manual ini khusus untuk kegunaan guru atau calon sahaja.
______________________________________________________________________________
Manual ini terdiri daripada 21 halaman bercetak.
Majlis Peperiksaan Malaysia 2016
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
(MALAYSIAN EXAMINATIONS COUNCIL)
TERHAD
1 TERHAD
Kandungan
Bil Perkara Halaman
BAHAGIAN I : GURU
1.0 Pengenalan 2
2.0 Objektif Penilaian 2
3.0 Pelaksanaan kerja kursus 2
3.1 Arahan Am 2
3.2 Tanggungjawab Pengetua 2
3.3 Tanggungjawab Guru Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan
Kerajaan
3
3.4 Tanggungjawab Pemeriksa 4
3.5 Tanggungjawab Guru Sekolah Swasta 5
3.6 Tanggungjawab Calon 6
4.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 7
5.0 Format Penulisan 8
6.0 Struktur Penulisan 9
7.0 Penskoran Markah 10
8.0 Skema Penskoran Markah 10
BAHAGIAN II : CALON
9.0 Tanggungjawab Calon 11
10.0 Jadual Perancangan dan Pelaksanaan 12
11.0 Format Penulisan 13
12.0 Struktur Penulisan 13
Soalan kerja kursus Pengajian Perniagaan 4 (946/4) 14
Lampiran 1620
TERHAD
2 TERHAD
BAHAGIAN I : GURU
1.0 Pengenalan
Setiap calon, sama ada calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah
swasta, atau calon persendirian individu, mesti membuat satu tugasan pada Penggal 3, yang dinilai sebagai kerja kursus. Laporan tugasan berkenaan mesti disiap dan dikemukakan pada
tarikh yang ditetapkan oleh MPM. Calon juga dikehendaki membuat pembentangan lisan yang
akan diberikan penilaian. Calon yang gagal mengemukakan laporan tugasan dan gagal hadir
untuk membuat pembentangan lisan akan dianggap tidak memenuhi keperluan mata pelajaran ini dan akan diberikan gred gagal (F) untuk keseluruhan mata pelajaran ini.
Tugasan adalah berkaitan dengan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pengajian
Perniagaan STPM.
2.0 Objektif Penilaian
Tujuan tugasan ini adalah untuk menilai dan memperkukuh kemampuan calon untuk:
2.1 Memahami konsep-konsep asas yang dipelajari dalam subjek ini
2.2 Menganalisis secara kritis dan memahami elemen-elemen perniagaan yang perlu ada
dalam sebuah organisasi yang baik
2.3 Mengaplikasi pengetahuan yang dipelajari daripada pelbagai topik di organisasi kajian kes berkenaan
2.4 Menerapkan domain kemahiran insaniah ke dalam mata pelajaran
3.0 Pelaksanaan kerja kursus
3.1 Arahan am
3.1.1 Kerja kursus Pengajian Perniagaan wajib diambil oleh semua calon, sama ada
calon sekolah kerajaan, calon sekolah bantuan kerajaan, calon sekolah swasta, atau calon persendirian individu.
3.1.2 Kerja kursus ini hendaklah dilaksanakan oleh semua calon STPM yang mengambil
mata pelajaran Pengajian Perniagaan pada penggal 3 pengajian tingkatan enam.
3.1.3 Penilaian kerja kursus ini merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang berterusan.
3.2 Tanggungjawab Pengetua
3.2.1 Mempengerusikan Mesyuarat kerja kursus Tingkatan Enam peringkat sekolah.
3.2.2 Memastikan ahli jawatan kuasa kerja kursus sekolah menyediakan Fail Induk
Kerja Kursus Tingkatan Enam dan setiap guru akademik tingkatan enam
mempunyai fail kerja kursus bagi mata pelajaran masing-masing.
3.2.3 Memastikan bahawa calon yang mengambil kertas 946/4 hendaklah dibimbing dan
diselia oleh guru Pengajian Perniagaan
3.2.4 Memastikan bahawa laporan kerja kursus calon dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan
3.2.5 Memastikan bahawa semua hasil kerja kursus dinilai dan diberikan markah oleh
guru mengikut peraturan pemarkahan yang ditetapkan.
3.2.6 Memastikan guru menghantar borang rumusan markah kerja kursus calon (Lampiran 5) ke MPM (u.p Encik Kamarudin bin Kusni) selewat-lewatnya
seminggu selepas penghantaran markah
3.2.7 Memastikan semua prosedur dan peraturan keselamatan calon di bawah Peraturan Pelancongan Sekolah 1957 dipatuhi oleh guru dan calon
TERHAD
3 TERHAD
3.2.8 Memastikan keperluan logistik/bekalan untuk melaksanakan kerja kursus dipenuhi
3.2.9 Memastikan penyediaan ruang untuk penyimpanan evidens penulisan kerja kursus calon di sekolah ada
3.3 Tanggungjawab Guru Pengajian Perniagaan Sekolah Kerajaan Dan Sekolah
Bantuan Kerajaan
3.3.1 Memberitahu calon tentang arahan melaksanakan kerja kursus dan memastikan
bahawa semua calon memahami sukatan pelajaran dan arahan melaksanakan kerja
kursus.
3.3.2 Memuat turun Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan dari laman Web MPM
dan memperbanyak salinan Bahagian II untuk diedarkan kepada calon.
3.3.3 Memastikan semua calon melaksanakan kerja kursus Pengajian Perniagaan berdasarkan garis panduan dan tempoh yang ditetapkan seperti pada 4.0 Jadual
Perancangan dan Pelaksanaan
3.3.4 Memberikan taklimat kepada calon tentang tugasan dan perinciannya
3.3.5 Membimbing calon dalam pemilihan tajuk kajian berdasarkan tugasan
3.3.6 Memantau dan membimbing calon untuk menjalankan aktiviti di luar bilik darjah,
memproses data, dan menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan
3.3.7 Memaklumkan calon tentang elemen, aspek, dan kriteria penskoran yang terdapat dalam Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus
3.3.8 Memastikan calon melaksanakan kerja kursus
3.3.9 Memaklumkan calon tahap pencapaian yang diperoleh mereka supaya mereka boleh membaiki hasil kerja
3.3.10 Membimbing calon untuk menghasilkan kerja kursus yang terbaik
3.3.11 Memastikan semua calon menghasilkan penulisan kerja kursus Pengajian
Perniagaan secara individu
3.3.12 Membimbing calon dalam aspek kemahiran manipulatif dan kemahiran insaniah
semasa pencarian atau pengumpulan maklumat dan pembentangan kerja kursus
Pengajian Perniagaan
3.3.13 Memastikan calon menghantar hasil penulisan kerja kursus kepada guru Pengajian
Perniagaan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh guru atau pihak sekolah. Calon
hendaklah menggunakan muka hadapan penulisan kerja kursus seperti yang telah
ditetapkan oleh pihak MPM (Lampiran 1)
3.3.14 Mengingatkan calon bahawa kegagalan menghantar kerja kursus pada tarikh yang
telah ditetapkan oleh guru akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan
kerja kursus Pengajian Perniagaan dan tidak mengambil kertas 946/4 seterusnya akan gagal dalam keseluruhan mata pelajaran Pengajian Perniagaan STPM
3.3.15 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Perakuan
Calon (BPC) (Lampiran 2) yang dilampirkan bersama dengan kerja kursus Pengajian Perniagaan
3.3.16 Menandatangani BPC yang telah diisi dan ditandatangani oleh calon
3.3.17 Memastikan calon mengisi maklumat dan menandatangani Borang Rekod Kerja
Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3). Calon perlu diingatkan supaya sentiasa membawa BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi
membincangkan penghasilan kerja kursus
3.3.18 Menyelia dan menandatangani BRKKC setiap kali pertemuan antara guru dengan calon bagi membincangkan penghasilan kerja kursus calon
TERHAD
4 TERHAD
3.3.19 Menghantar surat iringan, hasil penulisan kerja kursus Pengajian Perniagaan,
BMKKC (Lampiran 4), dan BRKKC bagi calon yang bertukar sekolah ke sekolah calon yang baharu
3.3.20 Mematuhi penskoran dan kriteria penilaian yang telah disediakan oleh MPM
ketika mentaksir kerja kursus calon
3.3.21 Menilai hasil kerja calon secara berterusan
3.3.22 Menilai laporan akhir kerja kursus setiap calon
3.3.23 Memastikan hasil kerja kursus calon adalah asli dan hasil karya sendiri. Calon
perlu menyatakan sumber-sumber rujukan bagi setiap fakta dan juga maklumat yang diambil daripada mana-mana bahan atau tulisan.
3.3.24 Memeriksa atau menilai atau mentaksir kerja kursus Pengajian Perniagaan bagi
setiap calon dan mengisi serta memperakui Borang Markah Kerja Kursus Calon (BMKKC)
3.3.25 Memasukkan markah kerja kursus calon dengan menggunakan aplikasi
e-submission yang telah ditetapkan oleh MPM. Kegagalan guru menghantar
markah kerja kursus calon akan menyebabkan calon dianggap tidak melaksanakan kerja kursus dan tidak mengambil kertas 946/4.
3.3.26 Menghantar Borang Rumusan Markah Kerja Kursus Calon (Lampiran 5) ke
MPM (u.p Encik Kamarudin bin Kusni) selewat-lewatnya seminggu selepas penghantaran markah (Guru mestilah menyimpan satu salinan borang markah
yang dihantar kepada MPM dalam fail kerja kursus guru.)
3.3.27 Memastikan kerja kursus Pengajian Perniagaan, BPC, BMKKC, dan BRKKC bagi setiap calon disimpan di tempat yang selamat (kabinet berkunci) bagi tempoh
selama enam bulan dari tarikh keputusan peperiksaan STPM keseluruhan
diumumkan
3.4 Tanggungjawab Pemeriksa
(Guru sekolah kerajaan atau guru sekolah bantuan kerajaan yang dilantik sebagai
pemeriksa kerja kursus calon sekolah swasta dan calon persendirian individu)
3.4.1 Tanggungjawab Pemeriksa Calon Sekolah Swasta
(a) Melayari portal