kisah si pemerah susu

2
Hai kawan-kawan, apa khabar semua? Haa... hari ini abang long ingin sampaikan sebuah cerita yang saa..ngat menarik iaitu Kisah SiPemerah Susu. Nak dengar tak? Baiklah sebelum itu abang long ingin bertanya satu soalan? Siapa tahu apakah khasiat susu kepada kita? Ye, susu sangat berkhasiat kepada kita kerana susu mengandungi kalsium yang membentuk tulang dan gigi yang sihat. Jika kawan-kawan ingin menjadi abang long sihat dan kuat, perlulah rajin-rajin minum susu. Dengar ye, Dalam sebuah kampung pada suatu ketika dahulu. Ada seorang wanita yang bekerja sebagai pemerah susu. Wanita ini saa..ngat rajin mencari rezeki. Walaupun hidupnya susah Si Pemerah Susu ini tidak hanya mengharap bantuan orang sahaja. Tetapi Si Pemerah Susu yang rajin ini ada satu tabiat yang buruk yang sukar dikikis dari dalam dirinya. Kawan-kawan nak tahu apa tabiatnya itu? Hrmmm teruskan mendengar cerita abang long ini.... Suatu hari yang cerah, Si Pemerah Susu ini sedang berjalan menuju ke pasar yang berhampiran dengan rumahnya. Dia menjunjung sebuah bekas susu yang sangat besar di atas kepalya. Dalam perjalanannya menuju ke pasar dia mula berangan-angan dengan semua perkara yang boleh dilakukan selepas menjual susu itu. Dia mula berfikir pada dirinya sendiri, Hrmmm... selepas sahaja aku jual susu ini di pasar, aku akan mendapat wang. Dengan wang itu, aku boleh membeli seratus ekor anak anak ayam, . Kemudian aku akan mengurung semua anak ayam itu di belakang rumah. Aku akan membela anak ayam itu sehingga besar kata Si Pemerah Susu itu sambil tersenyum. Aku akan menjual semua ayam itu dengan harga yang mahal di pasar. Kemudian aku akan dapat lebih banyak wang tambahnya lagi. Si Pemerah Susu itu meneruskan perjalanannya lagi dan terus memasang angan-angan. Dengan wang itu pula, aku akan beli dua ekor anak kambing. Aku akan beri anak kambing itu makan rumputr berhampiran dengan rumahku. Nanti senangla untuk aku memerhatikan anak kambing aku tu dari jauh. Orang ramai yang berhampiran temapt SiPemerah Susu itu berjalan menggilingkan kepada melihat Si Pemerah Susu tersenyum-senyum keseorangan. Apabila anak kambing itu besar, aku akan menjualnya di pasar dengan harga yang lebih mahal. Dia tersenyu gembira sambil meneruskan angan- angannya sewaktu berjalan ke pasar.

Upload: ahmad-zaki

Post on 23-Jun-2015

117 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kisah Si Pemerah Susu

Hai kawan-kawan, apa khabar semua?

Haa... hari ini abang long ingin sampaikan sebuah cerita yang saa..ngat menarik iaitu Kisah SiPemerah Susu. Nak dengar tak?

Baiklah sebelum itu abang long ingin bertanya satu soalan? Siapa tahu apakah khasiat susu kepada kita? Ye, susu sangat berkhasiat kepada kita kerana susu mengandungi kalsium yang membentuk tulang dan gigi yang sihat. Jika kawan-kawan ingin menjadi abang long sihat dan kuat, perlulah rajin-rajin minum susu.

Dengar ye,

Dalam sebuah kampung pada suatu ketika dahulu. Ada seorang wanita yang bekerja sebagai pemerah susu. Wanita ini saa..ngat rajin mencari rezeki. Walaupun hidupnya susah Si Pemerah Susu ini tidak hanya mengharap bantuan orang sahaja. Tetapi Si Pemerah Susu yang rajin ini ada satu tabiat yang buruk yang sukar dikikis dari dalam dirinya. Kawan-kawan nak tahu apa tabiatnya itu? Hrmmm teruskan mendengar cerita abang long ini....

Suatu hari yang cerah, Si Pemerah Susu ini sedang berjalan menuju ke pasar yang berhampiran dengan rumahnya. Dia menjunjung sebuah bekas susu yang sangat besar di atas kepalya.

Dalam perjalanannya menuju ke pasar dia mula berangan-angan dengan semua perkara yang boleh dilakukan selepas menjual susu itu.

Dia mula berfikir pada dirinya sendiri, “Hrmmm... selepas sahaja aku jual susu ini di pasar, aku akan mendapat wang. Dengan wang itu, aku boleh membeli seratus ekor anak anak ayam,”. “Kemudian aku akan mengurung semua anak ayam itu di belakang rumah. Aku akan membela anak ayam itu sehingga besar” kata Si Pemerah Susu itu sambil tersenyum.

“Aku akan menjual semua ayam itu dengan harga yang mahal di pasar. Kemudian aku akan dapat lebih banyak wang” tambahnya lagi.

Si Pemerah Susu itu meneruskan perjalanannya lagi dan terus memasang angan-angan.”Dengan wang itu pula, aku akan beli dua ekor anak kambing. Aku akan beri anak kambing itu makan rumputr berhampiran dengan rumahku. Nanti senangla untuk aku memerhatikan anak kambing aku tu dari jauh.

Page 2: Kisah Si Pemerah Susu

Orang ramai yang berhampiran temapt SiPemerah Susu itu berjalan menggilingkan kepada melihat Si Pemerah Susu tersenyum-senyum keseorangan.

“Apabila anak kambing itu besar, aku akan menjualnya di pasar dengan harga yang lebih mahal.” Dia tersenyu gembira sambil meneruskan angan-angannya sewaktu berjalan ke pasar.

Dia terus berfikir.”Kemudian, aku dapat beli seekor lagi lembu batina.” “Tidak lama lagi, aku akan ada lebih banyak susu untuk dijual. Aku akan dapat lebih banyak wang!Aku akan dapat lebih banyak wang!” Jerit Si Pemerah Susu itu. Dia tertawa riang dengan angan-angan itu, dia jula melompat.

Sewaktu melompat, haa kawan-kawan tahiu apa yang terjadi? Si Pemerah Susu yang suka berangan itu tersepak batu lalu terus terjatuh. Apabila dia terjatuh, bekas susu itu turut jatuh. Bekas itu pecah dan susunya tumpah ke tanak.

Si Pemerah Susu itu menangis kesedihan sewaktu melihat bekas susu yang pecah dan susu yang tertumpah itu. Dia merasa sungguh menyesal. Kesian dia kan kawan-kawan. Haa itu lah akibatnya orang yang selalu suka berangan. Jadi kita sebagai murid jangan lah selalu dibuai oleh angan-angan. Nanti akhirnya kita akan menjadi rugi seperti SiPemerah Susu tadi. Haa itu lah perangai buruk yang ada padanya.Ingat pesan Abang Long ini tau!