khidmat komuniti word

7
KHIDMAT KOMUNITI 1.0 Definisi Kesukarelaan dan jatidiri yang kukuh dan padu perlu dijanakan dalam diri setiap individu untuk menyuburkan kekuatan serta keyakinan diri 2.0 Komponen utama Terdapat lima komponen utama di dalam khidmat komuniti iaitu, kemudahan awam, kejiranan, khidmat sosial, alam sekitar dan juga penempatan di jabatan. 3.0 Tujuan Khidmat Komuniti Diantara tujuannya ialah untuk membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin, bersemangat waja, berkeyakinan diri, setia kepada Negara, sentiasa bersedia menghadapi sebarang cabaran dan dugaan serta untuk memupuk kerjasama dan perpaduan dikalangan pelbagai kaum di Negara ini. Selain itu, ia juga memberi peluang menikmati kehidupan bermasyarakat, memahami masalah masyarakat dan mengambil bahagian dalam proses pembangunan sosial masyarakat. Tambahan lagi, khidmat komuniti ini juga dapat membangunkan kemahiran, pengetahuan dan nilai mengenai kesukarelaan. Manakala, bagi para peserta pula, mereka dapat membina kebolehan menabur khidmat untuk komuniti sebagai generasi yang mempunyai kesedaran terhadap tanggung jawab sosial, berkesedaran sivik dan mengutamakan kehidupan bermasyarakat dan seterusnya menggalakkan penglibatan para

Upload: syababul-islam

Post on 24-Jun-2015

476 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Khidmat Komuniti Word

KHIDMAT KOMUNITI

1.0 Definisi

Kesukarelaan dan jatidiri yang kukuh dan padu perlu dijanakan dalam diri setiap

individu untuk menyuburkan kekuatan serta keyakinan diri

2.0 Komponen utama

Terdapat lima komponen utama di dalam khidmat komuniti iaitu, kemudahan awam,

kejiranan, khidmat sosial, alam sekitar dan juga penempatan di jabatan.

3.0 Tujuan Khidmat Komuniti

Diantara tujuannya ialah untuk membentuk sebuah masyarakat yang berdisiplin,

bersemangat waja, berkeyakinan diri, setia kepada Negara, sentiasa bersedia

menghadapi sebarang cabaran dan dugaan serta untuk memupuk kerjasama dan

perpaduan dikalangan pelbagai kaum di Negara ini. Selain itu, ia juga memberi

peluang menikmati kehidupan bermasyarakat, memahami masalah masyarakat dan

mengambil bahagian dalam proses pembangunan sosial masyarakat. Tambahan

lagi, khidmat komuniti ini juga dapat membangunkan kemahiran, pengetahuan dan

nilai mengenai kesukarelaan. Manakala, bagi para peserta pula, mereka dapat

membina kebolehan menabur khidmat untuk komuniti sebagai generasi yang

mempunyai kesedaran terhadap tanggung jawab sosial, berkesedaran sivik dan

mengutamakan kehidupan bermasyarakat dan seterusnya menggalakkan

penglibatan para remaja dalam pertubuhan sosial khususnya pertubuhan-

pertubuhan belia.

Page 2: Khidmat Komuniti Word

4.0 Pelaksanaan & Laporan

4.1 Pendidikan Kekeluargaan

4.1.1 Pengertian Keluarga

Unit sosial terkecil dalam masyarakat, dimana anggota keluarga berkait

dalam suatu ikatan khusus untuk hidup bersama dalam ikatan perkawinan

dan saling menjaga keharmonisan hubungan satu dengan yang lain atau

hubungan silaturrahim.

4.1.2 Pengurusan diri

Pengurusan diri dapat membentuk jati diri, kecerdasan emosi dan

memahami kepentingan aspek-aspek perhubungan sesama

manusia yang dapat dipratikkan dalam tugas-tugas penyeliaan. Ia

juga dapat membentuk sahsiah diri serta keperibadian yang baik

dan telus.

4.1.3 Penampilan fizikal

Penampilan fizikal daripada raut wajah, pemakaian hinggalah kepada

pergerakan badan memberi pelbagai gambaran mengenai imej dan

personaliti seseorang. Untuk melihat pelbagai gambaran mengenai imej

dan personaliti seseorang itu, kita boleh melihatnya dari sudut air muka,

bibir, mata, pemakaian dan juga pergerakan anggota badan iaitu samada

berdiri, duduk dan berjalan.

4.1.4 Penampilan Peribadi

Penampilan peribadi merupakan perangai seseorang yang boleh dibaca

daripada luaran. Mempunyai hati dan budi bicara yang baik akan

mencerminkan kecantikan luaran. Amalan senyum selalu juga dapat

memberi pandangan yang baik terhadap masyarakat.

Page 3: Khidmat Komuniti Word

4.2 Pemakanan

Pemakanan ialah jenis makanan yang ditentukan untuk dimakan. Makanan yang

seimbang ialah makanan yang mengandungi semua kumpulan zat makanan

pada kadar yang cukup dan sesuai untuk menjalankan fungsi badan dengan

teratur. Makanan seimbang perlu kerana jika kekurangan atau berlebihan

sebarang jenis zat makanan boleh mengakibatkan kesihatan badan terganggu.

Bagi mendapatkan makanan yang dapat membekalkan semua zat yang

diperlukan, makanan yang diambil perlulah berpandukan Piramid Makanan

Malaysia. Berpandukan kepada piramid makanan kita boleh merancang

hidangan yang membekalkan zat makanan yang diperlukan dalam pemakanan

harian.

4.2.1 PIRAMID MAKANAN

Piramid makanan mengambarkan tentang jenis dan jumlah makanan yang

perlu diambil oleh seseorang individu .Terdapat 4 aras dalam Piramid

Makanan iaitu ARAS 1, ARAS 2, ARAS 3, ARAS 4 dan terdapat 5

kumpulan makanan yang menjadi asas pemakanan seimbang iaitu :

Kumpulan bijirin, hasil bijirin dan ubi (ARAS 1)

Kumpulan sayur-sayuran & buah-buahan (ARAS 2)

Kumpulan susu dan hasil tenusu (ARAS 3)

Kumpulan daging,ayam.telur,ikan & kekacang (ARAS 3)

Kumpulan minyak, lemak dan gula (ARAS 4)

Page 4: Khidmat Komuniti Word

4.3 Keselamatan Di Rumah Dan Di Pejabat

4.3.1 Pengertian keselamatan

Keselamatan merupakan perihal selamat, kesejahteraan atau keamanan.

Keselamatan juga bermaksud keadaan terlindungi daripada masalah

fizikal, sosial, kewangan, politik, perasaan, pekerjaan, psikologi, pelajaran

dan perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang

tidak diingini.

4.3.2 Keselamatan Di Rumah

Rumah dikatakan tempat paling selamat berlindung tetapi tanpa disedari

kemalangan di rumah sering menyebabkan kecederaan kepada kanak-

kanak dan warga tua. Ramai rakyat di Malaysia yang tidak prihatin dan

tidak mengendahkan soal keselamatan di rumah. Mereka perlu menyedari

bahawa kemalangan di rumah juga boleh mengancam nyawa membawa

kecacatan yang terpaksa ditanggung seumur hidup.

4.3.3 Panduan

Terdapat pelbagai panduan yang boleh diikuti dan diamalkan untuk

mengelakkan daripada perkara-perkara yang tidak diindini daripada

berlaku. Antaranya ialah, peralatan rumah yang tajam dan berbahaya

mesti dijauhkan daripada kanak-kanak. Selain tiu, perabot yang berbucu

tajam tidak sesuai bagi rumah yang mempunyai anak kecil kerana mereka

mungkin tercedera jika terjatuh atau terlanggar perabot berkenaan.

Barangan kosmetik, bahan cucian dan peralatan rumah mesti diletakkan

sekurang-kurangnya 1.75 meter dari aras lantai. Para penghuni juga [erlu

memastikan segala ubat disimpan di tempat berasingan daripada tempat

menyimpan makanan. Bekas berkunci juga boleh digunakan sebagai

tempat simpanan kerana ini dapat menyukarkan kanak-kanak untuk

membukanya. Selain itu, pastikan terdapatnya jalan keluar dari rumah

selain daripada pintu utama dan juga perlu mengelakkan memasang gril

yang sukar dibuka.

Page 5: Khidmat Komuniti Word

4.3.4 Keselamatan Di Tempat Kerja

Keselamatan di tempat kerja merujuk kepada keselamatan para pekerja

yang bekerja di dalam sesebuah premis atau syarikat. Persekitaran kerja

yang sihat dan selamat membantu pekerja dapat melakukan kerja-kerja

dengan betul dan meningkatkan produktiviti.

1. Jenis Kemalangan

a. Terjatuh dari tempat tinggi

(semasa menyusun atau menurunkan fail dari rak yang tinggi)

b. Terjatuh pada aras yang sama

tergelincir atau tersangkut pada halangan seperti wayar elektrik

atau permaidani rosak di lantai )

c. Kebakaran

(litar pintas, puntung rokok)

d. Terkena dengan permukaan panas atau arus elektrik

(wayar terdedah)

e. Terdedah pada bahan kimia

(gam, pelarut)

f. Terdedah pada sinaran [ultra ungu (Ultra Violet), cahaya

matahari yang berlebihan dan Unit Paparan Visual (Video Display

Unit)]

2. Langkah Keselamatan

Mempertingkatkan kekemasan (housekeeping) tempat kerja

Menyusunatur kelengkapan pejabat dengan baik

Menyediakan peraturan keselamatan dan kesihatan serta

penguatkuasaan (contoh: larangan merokok)

Menyediakan laluan yang mencukupi