denggi patrol khidmat komuniti sktjj5

25
DOKUMENTASI PROGRAM PATROL DENGGI 2015 KAMI SAYANG KOMUNITI KAMI HAPUSKAN AEDES, CEGAH DENGGI KATEGORI KHIDMAT KOMUNITI SK TAMAN JOHOR JAYA 5, JOHOR JBA 1099

Upload: anonymous-bgebm9xrar

Post on 19-Feb-2016

81 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

LAPORAN DENGGI PATROL (KHIDMAT KOMUNITI SKTJJ5)

TRANSCRIPT

DOKUMENTASI PROGRAM

PATROL DENGGI

2015

KAMI SAYANG KOMUNITI KAMI

HAPUSKAN AEDES,

CEGAH DENGGI

KATEGORI KHIDMAT KOMUNITI

SK TAMAN JOHOR JAYA 5, JOHOR

JBA 1099

LAPORAN AKTIVITI PROGRAM

PERKARA KETERANGAN

NAMA PROGRAM KAMI SAYANG KOMUNITI KAMI

HAPUSKAN AEDES, CEGAH DENGGI

OBJEKTIF

i. Meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang bahaya aedes dan denggi.

ii. Menyalurkan maklumat berkaitan wabak denggi , punca-punca serta cara pencegahannya di kawasan komuniti.

iii. Memberi pendidikan dan pendedahan kepada murid-murid akan tanggungjawab terhadap komuniti.

MATLAMAT i. Mengurangkan kadar serangan demam denggi di kawasan

komuniti khasnya dan negara amnya. ii. Melahirkan masyarakat yang prihatin terhadap masalah denggi.

SASARAN

i. Semua murid di daerah Pasir Gudang. ii. Komuniti Setempat. iii. Masyarakat sekitar Taman Johor Jaya, Taman Desa Jaya, dan

Taman Desa Tebrau.

TEMPAT i. Sekitar Taman Johor Jaya, Taman Desa Jaya, dan Taman Desa

Tebrau.

AKTIVITI YANG DIJALANKAN

i. Program Gotong-royong di Kawasan Kediaman ii. Program Gotong-royong Perdana iii. Program Nyah Aedes Hapus Denggi Rakan Masjid iv. Program Skuad Prihatin Pasar Malam v. Program 3K Kesedaran Denggi Peringkat Daerah vi. Program Kesedaran Denggi JJ5

PENILAIAN Semua aktiviti dapat dijalankan dengan jayanya mengikut perancangan .

Program Gotong-royong di Kawasan Kediaman

Tarikh : Ahad, 18 Oktober 2015

Ringkasan Aktiviti :

Pasukan Doktor Muda SKTJJ 5 menyertai Program Gotong-royong ( siri 2) Anjuran Komuniti Flat

Sri Lanang , Taman Desa Tebrau yang mengadakan gotong –royong membersihkan kawasan

kediaman mereka.

Pasukan Doktor Muda membersihkan kawasan sekitar dan mengedar risalah berkaitan Denggi.

Program Gotong-royong Perdana Sekolahku Indah

SK Taman Johor Jaya 5

Tarikh : Sabtu, 24 Oktober 2015

Ringkasan Aktiviti :

Gotong-royong Perdana ini merupakan Program Sarana Ibu Bapa yang dianjurankan oleh PIBG SK Taman

Johor Jaya 5. Phak sekolah dan ibu bapa bersama-sama menggandakan usaha membanteras aedes dan

denggi.

Membersih dan menceriakan kawasan sekitar sekolah bagi mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan selamat dari aedes dan denggi.

Program Nyah Aedes, Hapuskan Denggi Rakan Masjid

Tarikh : Jumaat, 23 Oktober 2015

Ringkasan Aktiviti :

Skuad Patrol Denggi menjalankan usaha menyebarkan maklumat untuk kesedaran masyarakat setempat.

Aktiviti dijalankan di Masjid Al Falah, Taman Desa Jaya selepas solat Jumaat.

Skuad Patrol Denggi

Rakan Masjid mengedar

risalah berkaitan bahaya denggi kepada Jemaah

masjid.

Skuad Patrol Denggi

Rakan Masjid Memberi

penerangan ringkas

kepentingan program

kesedaran denggi.

Program Skuad Prihatin Pasar Malam

Tarikh : Rabu, 28 Oktober 2015

Ringkasan Aktiviti :

Mendengar berita kematian seorang murid sekolah berhampiran yang baru berusia 8 tahun baru-baru ini

telah menguatkan lagi usaha Skuad Patrol Denggi SKTJJ5 untuk menyedarkan masyarakat setempat tentang

bahaya denggi. Kali ini lokasi pilihan ialah tempat tumpuan ramai, Pasar Malam Taman Desa Jaya.

Skuad Patrol Denggi Prihatin Mengedar risalah berkaitan bahaya denggi kepada para peniaga dan

pelanggan di Pasar malam Taman Desa Jaya.

Peniaga dan pengunjung pasar malam menurunkan tandatangan tanda sokongan terhadap usaha memerangi denggi di kawasan mereka.

Program 3K – Kesedaran Denggi

Peringkat Daerah pasir Gudang

Tarikh : Isnin, 2 November 2015

Ringkasan Aktiviti :

Bagi menyebar luaskan maklumat berkaitan denggi dalam komuniti, SKTJJ 5 mengambil langkah

mengadakan program di peringkat daerah dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Gudang dan

Pejabat Kesihatan Johor Bahru.

Bertempat di SK Taman Johor Jaya 5, beberapa aktiviti melibatkan 12 buah sekolah yang terpilih telah

dijayakan.

Kehadiran wakil dari PPD, En. Mohd Don bin Mohd Jadi dari unit Hal Ehwal Murid menandakan sokongan

terhadap usaha ini.

Kehadiran Wakil PPD, En. Mohd Don bin Mohd Jadi. Ceramah Kesedaran Denggi oleh En. Abd Manaf b Karno

( Pegawai Unit Kawalan Vektor Pejabat Kesihatan Johor Bahru )

Persembahan nyanyian dan gerak ytari Ganyang Denggi

DOA BASMI DENGGI SEMPENA PROGRAM PATROL DENGGI PERINGKAT KEBANGSAAN 2015

Barangsiapa yang membaca beberapa kalimah ini tiga kali pada pagi-pagi dan petang-petang, sejahtera ia

daripada mengenai waba`.

Oleh kerana sekarang ini berlaku pelbagai wabak penyakit seperti denggi, sebaiknya kita umat islam

meminta perlindungan dari Allah, supaya dijauhkan penyakit seperti ini.

Ini doa nya, di baca tiga kali pagi dan petang

بسم هللا الرحمن الرحيم

وصحبه اجمعين العالمين والصالة والسالم علي اشرف االنبياء والمرسلين وعلي الهالحمدهلل رب

ة والجبروت واعتصمنا برب نا بذى العز ااتحص لذى ل لملكوت وتوكلنا على الحي

نا من الطعن والطاعون شر ال يموت الهم اصرف عنا هذا الوباء وقنا دى ونج ر

شيء قدير والبالء بلطفك يا لطيف يا خبير إنك على كل

“Kami berlindung dengan Mu Ya Allah! Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasan,

kami berpegang teguh pada Mu Ya Allah! Tuhan pemilik sekelian alam ghaib, dan kami

bertawakal kepada Mu Ya Allah! Tuhan yang hidup lagi tidak mati, Ya Allah!

Jauhkanlah kami daripada wabak denggi ini, dan bala bencana, (kami mohon) dengan

Ihsan Mu wahai Tuhan yang Maha lemah lembut lagi Maha Menguasai! Sesungguh

Dikau Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan

penghulu kami Nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya serta sahabat-sahabat Baginda.

Segala puji bagi Mu Ya Allah! Tuhan pemilik sekelian alam!”

هللا على سيدنا وصلى

العالمي د وعلى آله وصحبه وسلم والحمد هلل رب محم

Program Kesedaran Denggi JJ5

Tarikh : Sepanjang Oktober - November

Ringkasan Aktiviti :

1. Doa Denggi

- Doa Mencegah Denggi dibaca oleh pengawas bertugas setiap hari 5 minit sebelum tamat waktu

persekolahaan.

2. Pameran Sudut Patrol Denggi

- Sudut Patrol Denggi terletak di laluan utama blok A dan di bilik Operasi Doktor Muda.

- Murid-murid digalakkan mengunjungi sudut ini pada bila-bila masa dengan pengawasan guru

atau ahli Kelab Doktor Muda.

3. Tayangan Video Pendek

- Tayangan video pendek berkaitan denggi dijalankan semasa Program Pagi, setiap hari Rabu atau

Khamis.

- Kuiz juga diadakan dan muri-murid yang berjaya menjawab soalan diberi hadiah.

4. Pertandingan Mewarna Tahap 1 dan Melukis Aedes Tahun 6

5. Menghasilkan Perangkap Nyamuk

6. Kuiz Interaktif dan Jejak Maklumat “Ganyang Denggi”