khidmat masyarakat

Upload: mohd-reza

Post on 13-Jul-2015

695 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

KHIDMAT MASYARAKATPENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN SEKOLAH MENENGAH

KHIDMAT MASYARAKATMerupakan komponen amali PSK yang memerlukan penglibatan murid secara kumpulan dalam aktiviti sekolah dan komuniti. Penglibatan ini adalah dalam bentuk projek atau kajian yang boleh membantu dan meningkatkan imej diri, sekolah dan komuniti.

Sambungan..Melalui khidmat masyarakat ini, pelajar akan dapat mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan yang dipelajari dalam bilik darjah. Pelajar akan dapat merasakan diri mereka adalah sebahagian daripada anggota masyarakat yang bertanggungjawab.

Sambungan..Aktiviti ini dijalankan di luar waktu persekolahan. Pelajar perlu melakukan kerja amali ini sekurang-kurangnya 10 jam setahun dan menyediakan laporan. Ia harus dikaitrapat dengan pembelajaran akademik dalam bilik darjah berdasarkan tema yang telah ditetapkan

TEMA UTK PROJEK KHIDMAT MASYARAKATTingkatan 1 : Tingkatan 2 : Tingkatan 3: Tingkatan 4 : Tingkatan 5 : 1. Pencapaian Kendiri 2. Hubungan Kekeluargaan 3. Hidup Bermasyarakat 4. Warisan Kepelbagaian Budaya Malaysia 5. Malaysia Negara Berdaulat 6. Cabaran Masa Depan

MATLAMAT KHIDMAT MASYARAKATMengaplikasi pengetahuan, kemahiran dan nilai sivik dan kewarganegaraan di luar bilik darjah Memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara Menjadi warganegara yang patriotik, prihatin dan bertanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

CADANGAN AKTIVITITkn Tema 1 Pencapaian Kendiri Cadangan Projek-Projek Learning To Say No

-Projek kaunseling Rakan Sebaya -Projek Penjagaan Kesihatan dan Keselamatan Diri -Kajian kehidupan keluarga Hubungan Kekeluargaan pada masa depan -Profil Keluarga asas dan kembangan

CADANGAN AKTIVITITkn Tema 2 Hidup Bermasyarakat Cadangan ProjekProjek mengindahkan kwn tpt

tinggal Projek kenali jiran tetangga Projek membantu warga tua di rumah kebajikan Projek membersihkan tempat ibadat Projek khidmat sukarela di rumah anak yatim/ kanak-kanak istimewa

CADANGAN AKTIVITITkn Tema 3 Cadangan Projek

Persembahan kebudayaan Warisan pelbagai kaum Kepelbagaian Budaya Malaysia Projek jualan makanan pelbagai kaum Pameran pelbagai budaya Malaysia Kajian senibina bangunan bersejarah Projek stesen radio sekolah

Lain-lain aktiviti..Pelajar boleh memilih projek Khidmat Masyarakat lain yang difikirkan sesuai dengan tema yang telah ditetapkan..

STRATEGI PELAKSANAANPerlu dilaksanakan secara terancang dan sistematik: i. Perancangan ii. Pelaksanaan Kerja Amali iii. Refleksi iv. Laporan v. Penghargaan

PERANCANGANMengenalpasti dan memilih tajuk projek Menentukan objektif, jenis aktiviti dan tempoh masa melaksanakan projek Mengenalpasti sumber dan pihak yang terlibat Menyenarai dan membahagikan tugas Menentukan cara merekod projek

PELAKSANAANMelaksanakan projek Merekod/ mencatat tugas yang dijalankan Mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugas

REFLEKSIMenilai kerja yang telah dijalankan Menyusun dan menyemak dokumen dan catatan Membuat kesimpulan/ rumusan

LAPORANMenentukan cara menyediakan laporan Menulis laporan individu atau kumpulan Membentangkan laporan

ISI KANDUNGAN LAPORANTEMA NAMA PROJEK TARIKH/ TEMPOH PELAKSANAAN AHLI KUMPULAN GURU PENASIHAT PELAKSANAAN PROJEK i. PERANCANGAN ii. PELAKSANAAN KERJA AMALI iii. REFLEKSI CADANGAN/KOMEN PENGHARGAAN GAMBAR RUJUKAN LAMPIRAN

PENGHARGAANMenunjukkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan projek

CONTOH KHIDMAT MASYARAKAT

TAJUK : LEARNING TO SAY NO

PERANCANGANa) Mengenalpasti dan memilih tajuk projek Anda boleh memilih mana-mana tajuk seperti vandalisme, merokok, dadah, lepak, ponteng dan gengsterismeb)

Menentukan objektif, jenis aktiviti dan tempoh masa melaksanakan projek Contoh objektif: . Mengenalpasti kesan perlakuan negatif di kalangan remaja terhadap masyarakat dan negara . Mempunyai keyakinan diri untuk tidak terlibat dalam kegiatan negatif . Mengamalkan kemahiran menolak pelawaan negatif

Sambungan.Contoh aktiviti: pameran Persembahan sketsa Menyediakan brosur Menghasilkan poster *Anda boleh memilih mana-mana satu atau gabungan aktiviti tersebut

Tempoh masaTentukan tarikh dan masa yang sesuai dengan takwim sekolah

c) Mengenalpasti sumber dan pihak yang terlibat-

-

Contoh sumber:: keratan akhbar, majalah atau rekod sekolah mengenai kes perlakuan negatif di kalangan remaja dan murid sekolah Buku rujukan, risalah daripada agensi kerajaan atau NGO atau internet mengenai cara menolak pelawaan kegiatan negatif Contoh pihak yang terlibat: Pegawai kesihatan Pegawai kebajikan masyarakat Guru kaunseling/ guru disiplin Doktor Pegawai polis Pakar psikologi

-

d) Menyenarai danMembahagikan tugasMelantik AJK Menyediakan surat Mencari maklumat Menyediakan bahan/ sumber berkaitan

e) Menentukan cara mengumpulmaklumatMengenalpasti prosedur untuk menjalankan projek daripada pihak sekolah seperti mendapatkan kebenaran untuk mengadakan pameran/ persembahan sketsa/ mengedarkan brosur/ menampal poster Menyediakan surat atau soalan temu bual

f) Menentukan cara merekod projekMinit mesyuarat atau sesi perbincangan Diari untuk mencatat segala aktiviti yang telah dijalankan Surat akuan daripada pihak yang mengesahkan bahawa anda telah mendapat maklumat atau memberi khidmat kepada pihak yang berkenaan Gambar kerja amali yang dijalankan Rakaman atau catatan temubual dengan pihak yang berkenaan untuk mendapat maklumat yang diingini

2. KERJA AMALI(PELAKSANAAN)a)

Melaksanakan projek Menjalankan kerja amali - menyediakan bahan atau peralatan yang diperlukan - menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan - bekerjasama dengan ahli kumpulan atau kumpulan lain untuk memastikan kerja amali berjalan dengan lancar Menamatkan kerja amali - Menyimpan atau memulangkan semua bahan atau peralatan yang digunakan - mengemas dan membersihkan tempat/ kawasan

b) merekod/mencatat tugas yangdijalankanSetiap aktiviti atau tugas yang dijalankan perlu dicatat atau didokumentasikan - catatan kerja amali termasuk:o o o o o o

tarikh dan masa Jenis tugasan Pengagihan tugas kepada ahli kumpulan Gambar semasa persediaan dan pelaksanaan kerja amali Langkah-langkah yang diambil untuk melaksanakan tugas yang diberikan Surat akuan untuk mengesahkan bahawa anda telah mendapatkan maklumat atau memberi khidmat masyarakat daripada pihak yang terlibat seperti ibu bapa, guru, pengetua, polis atau sukarelawan Mengumpulkan dokumen seperti buku, majalah, keratanakhbar, jurnal, maklumat daripada internet dan risalah daripada agensi kerajaan, swasta atau NGO

c) Mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul semasa menjalankan tugasKesulitan dan masalah yang mungkin timbul semasa menjalankan kerja amali seperti kekurangan peralatan atau sumber, ahli kumpulan tidak dapat jalankan tugas atas pelbagai alasan Kesulitan yang dihadapi perlu diatasi dengan segera Mencatatkan kesulitan dan masalah yang dihadapi serta langkah yang diambil untuk menyelesaikannya

REFLEKSIa)

Menilai kerja amali yang telah dijalankan - kejayaan dan kesulitan yang dihadapi Menyusun dan menyemak dokumen dan catatan - Dokumen dan catatan boleh dinilai dari aspek berikut: * kesesuaian dengan objektif projek * kesahihan maklumat * butir-butir rujukan yang lengkap seperti judul buku/jurnal, laman web dan pihak yang terlibat

b)

sambunganc) Membuat kesimpulan Kesimpulan tentang projek Khidmat Masyarakat boleh merangkumi perkara yang berikut: - sumbangan anda sebagai warganegara kepada masyarakat dan negara - sambutan orang atau pihak yang terlibat dengan projek anda - faedah projek Khidmat Masyarakat kepada diri, masyarakat dan negara - pandangan dan perasaan anda terhadap projek Khidmat Masyarakat yang dijalankan - cadangan untuk meningkatkan projek Khidmat Masyarakat

4. LAPORANa) Menentukan cara menyedia laporan

Laporan yang disediakan perlu merangkumi semua peringkat pelaksanaan projek Khidmat Masyarakat Laporan yang disediakan perlu lengkap dengan dokumen atau lampiran yang relevan seperi minit mesyuarat, surat akuan, gambar foto dan catatan

b) Menulis laporan secara individu ataukumpulan

Laporan projek Khidmat Masyarakat perlu mengandungi maklumat berikut:

ISI KANDUNGAN LAPORANTEMA NAMA PROJEK TARIKH/ TEMPOH PELAKSANAAN AHLI KUMPULAN GURU PENASIHAT PELAKSANAAN PROJEK i. PERANCANGAN ii. PELAKSANAAN KERJA AMALI iii. REFLEKSI CADANGAN/KOMEN PENGHARGAAN GAMBAR RUJUKAN LAMPIRAN

c) Membentangkan laporanPembentangan laporan boleh dilakukan semasa waktu Pendidikan sivik dan Kewarganegaraan atau sesi lain yang sesuai

5. PENGHARGAANa)

Menunjukkan penghargaan kepada pihak yang terlibat dalam menjayakan projek Penghargaan boleh diberikan dalam pelbagai bentuk seperti kad atau surat ucapan terima kasih Penghargaan perlu dicatatkan dalam laporan

PSK KPLI (M)PERANCANGAN, PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN PROJEK KEWARGANEGARAAN

MATLAMATBertujuan untuk memberi kefahaman tentang perancangan, pengurusan dan pelaksanaan projek Khidmat Masyarakat kepada guru pelatih subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Pengendalian projek Khidmat Masyarakat menjadi perkara utama dalam aspek amali bagi mata pelajaran ini.

Hasil Pembelajaran: Padaakhir pelajaran, guru pelatih akan dapat:Merancang projek Khidmat Masyarakat Mengendalikan projek Khidmat Masyarakat dengan berkesan bercirikan Dasar Sosial Negara Menghasilkan penulisan refleksi dan laporan projek berdasarkan format yang telah ditetapkan

Prosedur PelaksanaanBerdasarkan 5 langkah: PERANCANGAN AMALI REFLEKSI LAPORAN PENGHARGAAN

Pelaksanaan:Dilaksanakan secara berkumpulan Pemilihan tajuk bebas, tetapi perlu berdasarkan mana-mana tema PSK Sekolah Menengah Secara amali dilaksanakan di luar bilik darjah dalam tempoh 10 jam Penyediaan pelan tindakan yang jelas dalam kertas cadangan projek untuk membolehkan pemantauan berterusan oleh pensyarah

sekian

Terima kasih