kesusasteraan melayu

21
HBML4203 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2011 HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYU NO. MATRIKULASI : 691017135522002 NO. KAD PENGNEALAN : 691017-13-5522 NO. TELEFON : 0199885256 / 0148236950 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL,

Upload: julia-bt-benjamin-siri

Post on 09-Nov-2015

79 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Kesusasteraan

TRANSCRIPT

HBML4203

HBML3203

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASAMEI / 2011

HBML4203KESUSASTERAAN MELAYUNO. MATRIKULASI

: 691017135522002NO. KAD PENGNEALAN: 691017-13-5522NO. TELEFON

: 0199885256 / 0148236950E-MEL

: [email protected] PEMBELAJARAN: INSTITUT PENDIDIKAN GURU

MALAYSIA KAMPUS DATO

RAZALI ISMAIL,

KUALA TERENGGANUKANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN

1.1 Genre-genre dalam Kesusasteraan Melayu

1.2 Ciri-ciri Kesusasteraan

1.3 Fungsi Kesusasteraan

2

234

2.0 KARYA SASTERA MODEN RANJAU SEPANJANG JALAN

5

3.0 RUMUSAN

15

4.0 BIBLIOGRAFI

16

1.0 PENGENALANHashim Awang (1987) mengatakan kesusasteraan itu adalah "Ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Ia mungkin dituturkan iaitu disebut sastera lisan dan yang ditulis disebut sastera tulisan. Di samping itu, sastera pula memiliki keindahan dalam aspek-aspek isi atau daya pengucapannya. Ali Ahmad (1994) menyusur lebih jauh ke dalam makna kesusasteraan dengan mengupas asal-usul kata sastera. Menurutnya "sastera berasal daripada bahasa Sanskrita castra, yang disebut syastra, yang bererti kitab suci. Susastera memberi erti seni sastera atau seni bahasa, dan secara umumnya dimaksudkan persuratan. Tambahan ke di

awal dan an di akhir kata susastera menyimpulkan maksud yang terdekat, iaitu kesenian

persuratan yang bersifat halus dan indah. Kesusasteraan adalah suatu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada bahasa sanskrit susastera yang bermaksud huruf atau buku yang indah. Menurut M.K Danziger dan W.S Johnson (1983:2), mereka berpendapat bahawa Kesusasteraan merupakan seni yang menggunakan kata-kata tanpa memperhitungkan persoalan sama ada kata-kata itu tertulis(tulisan) atau sekadar diucapkan (lisan). Oleh itu, sastera boleh diertikan sebagai alat untuk mengajar atau panduan untuk memberi arahan.1.1 Genre-genre dalam Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Melayu dapat dikelompokkan kepada dua kelompok utama iaitu:

i. Kesusasteraan Melayu Tradisional

ii. Kesusasteraan Melayu Moden

1.2Cir-ciri Kesusasteraan

Kesusasteraan Melayu Tradisional mempunyai ciri-ciri tersendiri yang terdiri daripada lima aspek yang diperturunkan di bawah ini:

i. Lisan

Ciri utama kesusasteraan Melayu tradisional adalah Lisan.

ii. Tulisan

Apabila masyarakat Melayu mula menerima pengaruh Islam, mereka telah menerima juga bersama-sama sistem tulisan.

iii. Kreatif

Pada dasarnya karya kesusasteraan kreatif itu bermaksud karya-karya prosa dan puisi naratif dan bukan naratif, iaitu novel, cerpen, sajak, drama, prosa tradisional dan puisi tradisional.iv. Bukan kreatif

Karya kesusasteraan bukan kreatif adalah karya-karya seperti esei, rencana dan sebagainya

v. Estetik

Estetik merujuk kepada keindahan hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta oleh seseorang penulis.1.3Fungsi Kesusasteraan

Karya-karya kesusasteraan dihasilkan oleh pengarangnya bertujuan untuk dinikmati dan dihayati oleh khalayak. Khalayak adalah masyarakat yang menggunakan hasil-hasil kesusasteraan tersebut yang berhubungan langsung dengan pengarang. Bagi seseorang pengarang, amat perlu baginya untuk mengetahui jenis karya yang diperlukan oleh khalayak kerana pengetahuan pengarang akan menentukan apa yang dihasilkannya itu diterima atau tidak oleh khalayak. Dengan kata lain, pengetahuan pengarang itu merangkumi tujuan-tujuan khalayak menikmati dan menghayati karyanya dan sejauhmanakah karya itu memberikan fungsi yang tertentu kepada khalayak.

Sarjana kesusasteraan menyimpulkan bahawa sekurang-kurangnya kesusasteraan mempunyai dua fungsi yang jelas:

i. Pendidikan/Pengajaran/Didaktikii. Kepuasan estetik.

2.0 KARYA SASTERA MODEN RANJAU SEPANJANG JALAN Saya memilih novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad untuk menganalisis pemikiran yang digarap oleh beliau dalam karya ini. Novel Ranjau Sepanjang Jalan hampir-hampir mengandungi segala jenis cabaran, dugaan dan masalah yang lazimnya dihadapi oleh para petani yang miskin dan serba kekurangan dari segi peralatan untuk membuat sawah dan keperluan harian yang lain. Pengarang, Shahnon Ahmad dilihat berjaya mengetengahkan kehidupan yang sukar para petani ini dengan cara yang cukup kreatif dan menginsafkan. Dengan mengambil latar belakang tempat yang beliau sendiri alaminya sedari kecil, Kampung Banggul Derdap, Sik, Kedah yang kaya dengan kemiskinan, maka plot-plot dalam novel ini diatur dengan cara yang biasa tetapi permainan emosi yang dicipta cukup luar biasa dan menggugat emosi sekaligus menyentak akal fikiran tentang kelompok masyarakat yang hidupnya asyik berjuang bukan untuk mencari sesuap nasi untuk dirinya sahaja tetapi juga untuk menyediakan nasi yang akan disuap oleh seluruh lapisan masyarakat yang lain pula. Shahnon dalam novel ini berupaya menyelinap ke dasar kehidupan petani yang sulit hidupnya dan walaupun berulangkali diingatkan bahawa ujian hidup ini adalah ujian dari Allah namun adakalanya manusia itu kadangkala tertewas menghadapinya. Novel Ranjau Sepanjang Jalan dicipta dengan menggunakan keahlian yang sama. Ceritanya mudah sahaja iaitu mengenai kehidupan sekeluarga petani Lahuma Jeha dalam mengerjakan bendangnya menghadapi berbagai-bagai rintangan. Akan tetapi keahlian pengarangnya kehidupan yang mudah itu telah diperbesar kerana ia dapat mengangkat kehidupan petani itu sebagai satu-satunya yang maha besar dan penting dan kemajuannya dapat dilihat dalam pembinaan plotnya. Tegangan atau kejutannya tidak lagi terbina dari konflik antara manusia dengan manusia, melainkan antara manusia dengan dirinya dan alam. Untuk itu Shahnon Ahmad menggunakan dengan sepenuhnya teknik stream of consciousness dan monolog dalaman yang sebelum itu telah dicuba beliau dalam novel Terdedah (1965). Dalam Ranjau Sepanjang Jalan ini perincian lebih ditekankan dari segi dalaman yakni mengenai psikologi watak-watak dengan menggunakan struktur ayat dan frasa yang diulang-ulang. Novel ini istimewa dari segi struktuknya yang mempunyai kompleksiti, kesatuan dan ia menggunakan banyak teknik moden. Shahnon Ahman mengambil masa selama tiga bulan untuk menyudahkan Ranjau Sepanjang Jalan dan dalam proses menyudahkan novel ini, Shahnon Ahmad mengakui terdapat satu isu yang sentiasa difikirkan oleh beliau, iaitu kemiskinan bangsa Melayu, khususnya orang-orang Melayu yang menghuni pedalaman-pedalaman yang jauh dan menghadapi kesusahan. Aspek kemiskinan yang digambarkan oleh Shahnon Ahmad dalam novel ini bukanlah sesuatu yang harus dimalukan. Beliau melihat kemiskinan itu sebagai satu nilai murni. Justeru itu beliau langsung tidak membicarakan kemiskinan dalam kondisi yang negatif sama sekali. Kebanyakan novel Shahnon Ahmad menyentuh persoalan-persoalan yang berlegar dengan kehidupan manusia yang miskin. Ini kerana kedewasaan yang dilalui oleh Shahnon Ahmad adalah hasil daripada asuhan suasana kesederhanaan di sekeliling beliau. Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan Shahnon Ahmad bercerita tentang kemiskinan golongan petani. Menurut Mohd Yusof Hasan (1990) Shahnon Ahmad mementingkan kesejahteraan bangsanya dan memperjuangkan persoalan-persoalan kemanusiaannya serta memperhebatkan persoalan-persoalan demi pengembangan syiar Islam. Shahnon Ahmad merupakan seorang penganalisis kehidupan masyarakatnya yang begitu kritis dan amat tajam pemerhatiannya. Beliau membicarakan tentang kemiskinan dan segala kesengsaraan yang dihadapi masyarakat tani dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan melalui sempatinya yang agak mendalam. Novel ini merupakan karya sastera telah digunakan sebagai satu cara untuk membawa wacana budaya dan kehidupan sesuatu masyarakat yang lebih luas dan dilihat saling berhubungan. Seseorang pengarang akan meniru sesuatu persekitaran masyarakat sekelilingnya sama ada memaparkan situasi sosial, ekonomi dan politik yang kemudiannya akan digarap dalam penghasilan karyanya melalui proses mediasi. Menurut Swingewood (1972:12), ada kaitan yang erat antara sastera dengan dunia sosial seseorang pengarang yang saling berkaitan. Apabila dikatakan sastera itu berada dalam kontek masyarakat, maka secara langsungnya kita berbicara tentang topik perbincangan utama iaitu konsep contextual theory of art iaitu memperlihatkan seni itu berada dalam kontek. Kebijaksanaan seseorang pengarang seperti Shahnon Ahmad dalam penghasilan sesebuah karya tidak lagi dilihat dari sudut ketajaman penulisannya, sebaliknya melihat isi cerita yang diambil melalui peristiwa atau pengalaman pengarang itu sendiri yang berada dalam kontek. Shahnon Ahmad menghasilkan novel ini berasaskan pengaruh pengalaman setempatnya yang dilalui dari kaca mata masyarakat khususnya penduduk kampung yang mengalami masalah kemiskinan. Kesempatan beliau berada dalam kontek itu, membolehkannya mengolah kembali gambaran tersebut melalui proses mediasi dengan memperincikan watak, plot serta teknik penceritaan supaya lebih menyegarkan dan menimbulkan rasa kepada pembaca. Menurut Hamzah Hamdani dan Zeti Akhtar Jaffar (2007;11) Ranjau Sepanjang Jalan memberi kesempatan kepada beliau untuk melihat persoalan kemiskinan kaum tani serta memperlihatkan dari segi perhubungan manusia dengan alam sekeliling (termasuk haiwan, tumbuhan, tanah-tanih atau hutan) serta hubungan semua itu dengan Tuhan yang menjadikannya. Bagi membuktikan bahawa Shahnon Ahmad menulis novel ini berasaskan pengalaman persekitaran kontek masyarakat yang dipengaruhinya, maka dilihat juga bahawa asal usul beliau yang pernah berada dalam kelompok masyarakat yang miskin sebagaimana yang dikatakan oleh Othman Puteh (1994;75). Sebagai anak yang lahir dan dibesarkan dalam persekitaran pedalaman dan pertanian, soal kemiskinan para petani bukanlah satu perkara yang asing baginya. Oleh itu, dari kontek pengalaman persekitaran inilah mempengaruhi hasil penulisannya yang bukan sekadar pengaruh intelek semata-mata serta membuktikan bahawa teks ini bukannya lahir dari kekosongan kerana ia amat berpegang kepada dunia kontek pengarang. Ranjau Sepanjang Jalan memperlihatkan konflik persekitaran sosial iaitu masalah kemiskinan yang berpusar pada keluarga Lahuma dan Jeha bersama tujuh anak perempuan mereka. Pekerjaan bertani adalah titik pencarian reski mereka yang diwarisi sejak nenek moyang lagi, malah menurut Md. Salleh Yaapar hasil selenggara oleh Safian Hussain e.t all. (1984;197), mereka juga adalah golongan petani yang penuh dengan kemiskinan sehinggakan mereka tidak pernah termimpi untuk menjadi petani yang lebih baik dengan pandangan moden. Lahuma pewaris tunggal kepada sawah-sawah itu berkemungkinan berdepan dengan seribu masalah yang difikirkannya. Isterinya Jeha sering membantu mengerjakan sawah yang dipenuhi pelbagai halangan dan kerja berat antaranya bayangan seperti bahaya ular, lintah, ketam, burung tiak dan benda-benda lain yang dilemparkan ke dalam sawah seperti batang nibun yang masih berduri serta bahaya dari alam iaitu bencana banjir. Shahnon Ahmad menjadikan watak ini sebagai petani seolah-olah menggambarkan kehidupan para petani lain yang hidup susah dengan mengerjakan sawah biarpun terpaksa berdepan dengan sebarang kemungkinan. Karya ini menimbulkan konflik masyarakat dengan gambaran kehidupan petani melalui watak keluarga Lahuma. Lahuma sendiri begitu malang apabila dalam mengerjakan sawah, kakinya telah ditusuk oleh duri nibung sehingga bengkak dan membesar serta merebak hingga ke perut dan kemudiannya membawa kematian iaitu dapat dilihat dalam petikan berikut :

Lahuma sudah meninggal dunia. Jeha dan tujuh orang anak perempuannya sudah maklum dengan ketentuan ILAHI. Lahuma sudah pulang diambil oleh ALLAH. Nadi Lahuma sudah tidak berdenyut lagi. Baik nadi di dada, baik anak nadi di pergelangan tangan. Kesemuanya tidak berdenyut lagi. Air kekuning-kuningan meleleh keluar melalui segenap lubang di badan. Lubang punggung, lubang kemaluan, lubang telinga, lubang hidung, mulut dan juga lubang-lubang bulu roma yang halus-halus itu. Jeha mengesat air itu dengan kain buruk. Shahnon Ahmad (2006;156).

Oleh itu, menurut Ungku Maimunah Mohd Tahir hasil selenggaraan Othman Puteh (1994;75), Shahnon Ahmad menyatakan bahawa apabila beliau menulis novel Ranjau Sepanjang Jalan, beliau dihantui oleh satu masalah besar yang dihadapi oleh masyarakat Melayu tani iaitu kemiskinan selain sebagai anak yang lahir dan dibesarkan dalam persekitaran pedalaman dan pertanian, soal kemiskinan para petani bukanlah satu perkara yang asing baginya. Maka, dapat diperhatikan bahawa teks ini penuh dengan ruang kontek yang memperihalkan masalah sosial khususunya para petani kampung yang hidup dalam kemiskinan ditambah pula dengan musibah yang menimpa mereka bagi menimbulkan rasa melankolik atau kesedihan pada kehidupan mereka. Begitulah keadaan atau situasi sebenar yang digambarkan pengarang melalui kehidupan para petani yang berdepan dengan pelbagai dugaan melalui jelmaan watak pada keluarga Lahuma.

Berbalik pada novel Ranjau Sepanjang Jalan, tidak cukup dengan kematian Lahuma, penderitaan Jeha pula digambarkan pengarang terus menimpanya bagi menunjukkan keadaan petani yang sering dihimpit musibah. Serangan ketam dan bencana banjir menyebabkan Jeha berada dalam tekanan emosi sosial dan telah dihatar ke rumah sakit jiwa. Sebaik reda dari pelbagai musibah disamping pertolongan anak-anak, padi yang mereka usahakan tumbuh dengan baik. Tetapi akhirnya musibah datang kembali setelah padinya musnah diserang burung tiak serta penderitaan Jeha yang menjadi lebih bermosi hingga terpaksa dikurung setelah mendapati keadaan yang menimpa keluarga mereka seperti mana pada petikan berikut:

Tiba-tiba Jeha tertawa terkekeh-kekeh apabila pandangan kedua-dua belah matanya tertumpu kepada bakul-bakul padi yang tersusun dan penuh dengan padi baru. Pagar kurungan itu digoncang-goncang dan ditendang-tendang bagaikan mengamal lagak yang lama waktu dia berada di dalam kurungan itu dulu. Pintu pagar itu ditolak. Jeha menerpa masuk. Bakul-bakul itu dipeluk dan kemudian menggerapai padi-padi yang ada di dalam. Padi-padi itu diramas-ramas dan bakul-bakul itu dipeluk-peluknya. Shahnon Ahmad (2006;325).

Teeuw menyebutkan (1980:11), karya sastera bukanlah terlahir dari kekosongan budaya tetapi menampilkan gambaran kehidupan, dan kehidupan itu sendiri adalah suatu kenyataan sosial. Oleh itu, Ranjau Sepanjang Jalan dilihat sebagai salah satu sosial kehidupan petani yang dihimpit pelbagai masalah sepertimana digambarkan pada keluarga Lahuma. Hal tersebut sesuai dengan pandangan yang menyatakan bahwa apa yang diungkapkan pengarang dalam karyanya adalah merupakan refleksi atau potret kehidupan atau alam yang dilihatnya (Fananie, 2000:111). Kontek kemiskinan khususnya para petani menjadi nadi kepada pengarang dengan mengaitkannya melalui persekitaran yang terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah sesuai dengan pekerjaan itu yang dilihatnya masih kuat dikerjakan oleh sesetengah penduduk Melayu. Pendapatan yang diperoleh tidak seberapa walhal terpaksa berdepan dengan jerih payah yang begitu sukar untuk membuahkan hasil sepertimana yang digambarkan pada petikan di bawah iaitu terpaksa berdepan dengan binatang perosak seperti burung tiak dan juga kemusnahan alam seperti banjir. Bahkan menurut Ungku Maimunah Mohd Tahir hasil seleggaraan Othman Puteh (1994;73) Shahnon Ahmad merujuk penggunaan hiperbola seperti babak serangan ketam, burung, dan sebagainya melampaui realiti sebenar. Ini seterusnya dapat menimbulkan ruang rasa kepada pembaca serta kesedaran betapa susahnya kehidupan yang dilalui oleh golongan petani.

Sanah menjerit dan tompok-tompok tiak yang berdekatan dengannya terbang sekejap, tetapi kemudiannya terbang pula. Dan apabila kedatangan itu kena di tempat semek, dia terus bersorak dan menggoncang-goncang dahan itu. Tetapi tiak tidak juga nampak surut. Mereka datang lagi dengan suara yang memekakkan telinga pula. Mereka dikejar lagi. Terbang ke rimba dan kemudian datang lagi hingga sampai tengah hari. Panas mulai terik.. Shahnon Ahmad (2006;306).

Kontek kemiskinan seperti pada watak keluarga Lahuma adalah menjadi lambang dan mewakili seluruh keluarga petani yang terdapat di tanah air sepertimana menurut Umar Junus selenggaraan oleh Hamzah Hamdani (1990;214) keadaan keluarga Lahuma itu sendiri merupakan suatu lambang daripada kehidupan pasif para petani Melayu. Kepasifan kehidupan keluarga Lahuma inilah digunakan Shahnon untuk melambangkan kepasifan kehidupan petani-petani Melayu sehingga mereka selalu mengalami bencana. Oleh itu, ruang kontek yang mempengaruhi pengarang membolehkannya mengungkap terhadap apa yang dialami oleh masyarakat setempat yang membicarakan persoalan tentang kemiskinan sepertimana gambaran terhadap keluarga Lahuma. Campuran kesan-kesan penghayatan dan juga simbolik ditokok-tambahkan bagi melahirkan keadaan melankolik pada kaca mata pembaca yang seterusnya dapat menimbulkan rasa kemanusiaan masyarakat pada nasib golongan petani.

Berdasarkan novel Ranjau Sepanjang Jalan, Shahnon Ahmad telah memperlihatkan beberapa tema serta persoalan. Dari aspek tema dan persoalan-persoalan yang menjadi pemikiran beliau itulah yang menimbulkan perutusan, amanat atau mesej untuk ditanggap oleh pembaca. Tema ialah persoalan utama yang diungkapkan dalam sesuatu karya, sama ada secara langsung atau tidak langsung. Menurut J.U. Nasution, seorang peneliti sastera Melayu moden mengatakan bahawa novel Ranjau Sepanjang Jalan adalah tema filsafah nasionalisme dan bukannya pertentangan antara manusia dengan alam. Menurut J.U. Nasution pertentangan antara manusia dengan alam ialah isi cerita. Tema yang terdapat dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad ialah perjuangan, kesusahan dan penderitaan hidup petani-petani Melayu dalam menghadapi bencana alam. Antara penderitaan dan kesusahan yang dialami kaum petani yang diwakili oleh keluarga Lahuma dan Jeha dalam novel ini ialah luas sawah yang berkurang. Contohnya:

Lahuma Cuma memiliki sawah 14 relung sahaja sedangkan pada awalnya keluarganya mempunyai sawah sebanyak 20 relung. Ini kerana 6 relung sawah telah dijual. Bapanya dulu mempunyai dua puluh relung bendang. Enam relung terlepas ke tangan Cina kerana jual janji. Tinggal empat belas relung. (RSJ Hlm 4).Yang kedua, Lahuma hanya mempunyai isteri dan 7 orang anak yang kesemuanya adalah perempuan. Yang bekerja hanya dia dan isterinya, Jeha. Tiada tenaga lelaki yang lain yang boleh membantunya di sawah. Tenaga kerja perempuan tidak sama dengan lelaki.

Kaulah yang akan menajak kalau aku sakit. Jeha cuma mengiya saja. Bendang itu tentu tak sanggup dihabiskan olehnya dan oleh Sanah dan Milah. Jeha sedar tentang kedudukan yang sebenar.Tak ada Lahuma tak adalah beras nanti untuk anak-anak. (RSJ Hlm 80).

Yang ketiga pula ialah bencana alam termasuk juga bencana dari binatang perosak. Contonya Jeha sakit akibat ular tedung senduk, Lahuma sakit dan dan mati akibat terkena duri nibung, dan padi mereka diserang ketam, banjir, dan burung tiak.

Bahana ular tedung senduk masih liar menjelajah kehidupan Jeha sejak peristiwa di pinggir paya dekat belukar semai tempoh hari. Langkah-langkah dan gerak-gerinya masih juga terketar-ketar dan terhinggut-hinggut ketakutan....... (RSJ Hlm 45).

............Mahu rasanya dia merentap pisau cukur dan memotong kaki yang reput itu. Mahu rasanya dia memicit kaki itu hingga terlompat keluar duri nibung yang tersumbat itu. (RSJ Hlm 91).

Lahuma sudah mati... (RSJ Hlm 123).

Ketam sudah datang, Ketam sudah mula menyerang sawah Kampung Banggul Derdap. (RSJ Hlm 151)

Tetapi banjir di sebelahnya masih juga belum surut ....... (RSJ Hlm 217).

Tiba-tiba timbul dari dalam semak-semak padi itu lebih kurang lima belas ekor burung tiak yang hitam kelabu....... (RSJ Hlm 239).Persoalan pula bermaksud perkara-perkara yang lebih kecil yang ada hubungan dengan tema. Antara persoalan yang wujud dalam novel yang dikaji ini ialah yang pertama, kesusahan yang dialami oleh keluarga Lahuma iaitu masalah bencana alam seperti ular tedung senduk, duri nibung, ketam, banjir, dan burung tiak yang menyerang dan menimpa kepada Jeha, Lahuma dan sawah mereka.

Dia teringat kepada ular tedung senduk di bekas semai.Lintah gajah. Kemarau panjang. Banjir besar. Ketam-ketam. Burung Tiak yang banyak. Batang-batang menerung. Rumput-rumput bulu landak. Onak nibung yang membunuh Lahuma.... (RSJ Hlm 263)Persoalan yang kedua ialah, berpegang teguh pada agama dan berserah kepada Tuhan semata-mata.Lahuma sekeluarga percaya sepenuhnya kepada Allah dan bergantung terus kepada penciptaNya.

Makan bangkai dan bertelanjang juga Lahuma serah kepada Tuhan. Terserah kepada Allah Azzawajalla. Apa boleh buat kalau Allah suruh makan bangkai. Apa nak kata kalau Tuhan suruh anak cucunya bertelanjang. (RSJ Hlm 7).

Persoalan yang ketiga ialah, ketaatan seorang isteri kepada suaminya.Ketaatan seorang isteri ditunjukkan melalui watak Jeha yang sentiasa berada disisi Lahuma walaupun disaat Lahuma yang sedang menderita sakit akibat bisa onak nibung. Dan juga Jeha tetap setia dan beranggapan bahawa Lahuma adalah suaminya dan tiada siapa yang boleh menggantikan tempatnya walaupun Lahuma sudah meninggal dunia. Petang itu Jeha tidak turun ke sawah. Kaki lakinya dicelur dan didemah lagi.Ubat ramuan dicari tambah. (RSJ Hlm 99)

Lahuma dalam kubur masih juga lakinya. Lahuma yang disayanginya itu. (RSJ Hlm 176).

Persoalan yang keempat ialah, tanggungjawab anak sulung terhadap keluarga. Watak Sanah sebagai anak sulung kepada Lahuma dan Jeha yang bertanggungjawab menjaga dan menguruskan adik-adiknya dan sawah milik keluarga mereka setelah ayahnya meninggal dunia dan emaknya menjadi gila.

Tetapi kini Sanah tidak melepaskan tangan lagi.Dia mahu menghadapi segala-galanya itu dengan adik-adiknya yang enam orang itu. (RSJ Hlm 222)

Persoalan yang kelima dalam novel yang dipilih ialah, tekanan jiwa dan perasaan sehingga menjadi gila.Jeha dalam novel tersebut telah mengalami gangguan jiwa kerana dia terpaksa menanggung kesengsaraan hidup bersama anak-anaknya yang ramai untuk menjaga sawah mereka setelah kematian suaminya. Sedangkan semasa suaminya hidup dahulu banyak pekerjaan yang melibatkan sawah mereka diuruskan oleh Lahuma dan Jeha hanya membantu sahaja.

Lakinya telah tidak ada. Anaknya tujuh orang. Bendang ada empat belas relung. Rumah sudah robek-robek. Bencana sawah macam-macam dan menjadi-jadi pula tahun ini. Jeha tidak dapat menanggung seksaan itu...(RSJ Hlm 180).

3.0 RUMUSAN

Novel Ranjau Sepanjang Jalan membawa tema kemiskinan petani di pedalaman yang disebabkan oleh faktor kekurangan tanah, kekurangan modal dan kekurangan tenaga. Kegiatan petanian itu juga dihalangi oleh unsur-unsur bencana alam dan musuh-musuh padi. Gejala-gejala fahaman kolot, penyerahan petani, kelemahan wanita dan penindasan orang tengah menambahkan lagi kesusahan para petani di Kampung Banggul Derdap. Gambaran-gambaran yang mendalam tersebut merupakan punca kejayaan novel ini. Novel ini merupakan satu-satunya karya yang membawa tema kehidupan petani dan suasana desa yang sebelum ini tidak disentuh oleh pengarang-pengarang lain secara terperinci.

Novel ini merupakan sebuah novel yang berjaya kerana wawasan pengarangnya yang dapat memperlihatkan sesuatu secara terperinci seperti gambaran-gambaran suasana tentang tumbuhan-tumbuhan dan binatang musuh-musuh padi, bencana-bencana alam, penyakit dan sebagainya. Temanya ialah kemiskinan tetapi ketelitian pengarang mempersoalkan kemiskinan itu memberi kesan kepada pembaca. Plot dan teknik penulisan sangat mudah tetapi ketajaman dan kedalaman perhatian terhadap sesuatu itu menambahkan kejayaan novel ini.

(3058 patah perkataan)

4.0 BIBLIOGRAFI

Abu Bakar bin Abdul Hamid. (1992). Bingkisan Budi: Kumpulan Kajian Tentang

Kesusasteraan Malaysia Moden. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti

Malaya.A. Wahab Ali. (1989). Imej Manusia Dalam Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Harun Jaafar. (2011). HBML4203 Kesusasteraan Melayu. Selangor Darul Ehsan:

Meteor Doc. Sdn. Bhd.

Mohd. Yusof Hasan (peny.). (1995). Koleksi Terpilih Sasterawan Negara Shahnon

Ahmad. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahnon Ahmad. (1979). Gubahan Novel. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Aisah Murad (peny.). ( 2008). Penelitian Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden

1940 1969. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka.PAGE 1

_1253083327.bin