kesan masalah buli

Upload: junior-celestinus

Post on 03-Mar-2016

764 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Asalada

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Kesan Masalah Buli Terhadap MasyarakatGangguan emosiKecederaan fizikalHilang keyakinan diriKesan negatif terhadap pembangunan Negara

Mangsa buli akan mengalami kesan negatif dalam jangka panjang malah boleh menyebabkan kejadian bunuh diri. Di luar negara seorang murid membunuh diri kerana diejek gemuk dan berambut kerinting, malah ada yang membunuh rakannya kerana tidak tahan dibuli setelah guru dan pihak sekolah gagal mengambil tindakan intervensi.

Mangsa buli akan menjadi seorang dewasa yang terlalu emosional sehingga menjejaskan hubungannya dengan orang lain dan keluarga. Malah kajian menunjukkan ada murid menjadi pembuli akan bertindak agresif apabila dewasa dan menjadi seorang pendera terhadap isteri, perogol, dan perompak.Gangguan EmosiPerlakuan buli terdiri daripada 2 jenis iaitu buli fizikal dan buli mental. Buli fizikal merupakan buli yang boleh mengakibatkan kecederaan fizikal seperti pukul-memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut, menolak, mencubit, atau sepak teranjang yang boleh mengakibatkan kecederaan. Selain itu, buli fizikal juga boleh mengakibatkan kematian.

Kecederaan fizikalPerbuatan buli ini akan memberi kesan sama ada kepada pembuli ataupun mangsa buli. Kesan luaran yang paling ketara yang akan dialami oleh pembuli ialah pembuli akan mempunyai rekod yang buruk di sekolah dan akan menjejaskan kehidupannya setelah meningkat dewasa.Mangsa buli juga akan mengalami kesan dalaman iaitu masalah psikilogi. Mereka akan hilang keyakinan diri serta tiada matlamat hidup dan mereka juga akan berasa takut untuk hadir ke sekolah. Selain itu, ada di antara mereka yang akan mencederakan diri sendiri kerana merasakan diri mereka tidak berguna lagi.Hilang keyakinan diriMelahirkan generasi yang memiliki sifat-sifat ganas dan kehilangan rasa perikemanusiaan lalu cenderung menindas orang lain sehingga terbawa-bawa ke peringkat umur yang akan datang.Kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara terjejas bukanya dari anasir luar tetapi dari generasi sendiri yang bakal menggantikan pucuk pimpinan akan datang.Kesan negatif terhadap pembangunan negara