kesan buli siber dalam kalangan pelajar sekolah … · kesan buli siber . dalam kalangan pelajar...

12
84 KESAN BULI SIBER DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI SERIAN, SARAWAK Samantha Rayne Anak Anty @ Diuh, Abdul Razaq Ahmad, Mohd Mahzan Awang Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia [email protected] Abstrak Kajian ini membincangkan mengenai buli siber dan kesannya dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Serian, Sarawak. Buli siber merupakan salah satu tindakan devian yang berlaku di alam siber. Kajian ini dijalankan untuk menguji tahap buli siber yang dialami melalui penyalahgunaan sosial media dan juga mengetahui kesan buli siber terhadap emosi, fizikal dan sikap. Kajian ini melibatkan 357 orang responden yang dipilih secara eawak dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Serian yang berumur 13 hingga 18 tahun. Data dianalisis menggunakan SPSS Versi 22. Hasil kajian rintis yang menggunakan analisis Cronbach Alpha menunjukkan kesahan yang tepat, iaitu di antara 0.65 sehingga 0.90. Kajian mendapati bahawa tahap pengalaman buli siber berada pada tahap yang sederhana, iaitu min = 2.2167 (s.p = .15332). Selain itu, pengkaji mendapati bahawa kesan buli siber yang paling signifikan adalah kesan terhadap emosi. Namun begitu, kesemua aspek ini tidak begitu signifikan jika dibezakan dengan jantina dan kategori umur. Implikasi kajian menunjukkan bahawa kes buli siber harus dibendung. Oleh yang sedemikian, dapatan kajian ini diharap dapat membantu masyarakat untuk meningkatkan kesedaran tentang bahayanya buli siber. Kata Kunci: Buli siber, Pelajar sekolah menengah Abstract The main purpose of this research is to discuss about cyber bullying among secondary school students in Serian, Sarawak. Cyber bullying happens in cyber space and has the same concept as traditional bully. This research is done to determine level of cyber bullying experience via social media misused and also effects towards emotion, physical and behavior. The survey research includes 357 respondents which are randomly selected among school teenagers aged between 13 to 18 years old in Serian, Sarawak. Data analyzed by using SPSS Version 22. Output of pilot research that uses Cronbach Alpha analysis shows that all items have high validity and realibility, which is between 0.65 to 0.90. The research shows that level of cyber bully experience via social media misused among school teenagers in Serian, Sarawak is moderate with mean value = 2.2167 (s.p = .15332). Meanwhile, researcher found out that the most significant effect of cyber bully among secondary school students in Serian, Sarawak is effect towrds emotion. The result of each effect among students sex and age is varied. The implication of research shows that cyber bully should be prevented as soon as possible. Therefore, the output of the research is hope to guide us to increase awareness of cyber bully. Key Words: Cyber bully, Secondary school students PENGENALAN Ledakan penggunaan teknologi elektronik dan perkembangan media sosial di alam maya memberi pelbagai impak positif, malah ia juga memberi impak negatif kepada pengguna, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah. Perkembangan penggunaan internet juga semakin meningkat. Melalui internet, pengguna dapat berhubung antara satu sama lain melalui pelbagai media sosial. Namun begitu, penggunaan media sosial ini kerap disalahgunakan oleh pengguna internet khususnya golongan pelajar remaja. Baru-baru ini, negara kita dikejutkan dengan kejadian bunuh diri di Pulau Pinang oleh seorang remaja akibat daripada telah dimalukan di Facebook oleh rakan. Beliau yang merupakan penuntut kolej swasta bertndak terjun dari tingkat 17 di kediaman sewa beliau. Dipetik dari

Upload: buidieu

Post on 03-Apr-2019

631 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: KESAN BULI SIBER DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH … · KESAN BULI SIBER . DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI SERIAN, SARAWAK . ... yang berlaku di alam siber dan berikut merupakan

84

KESAN BULI SIBER DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI SERIAN,

SARAWAK

Samantha Rayne Anak Anty @ Diuh, Abdul Razaq Ahmad, Mohd Mahzan Awang Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

[email protected]

Abstrak Kajian ini membincangkan mengenai buli siber dan kesannya dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Serian, Sarawak. Buli siber merupakan salah satu tindakan devian yang berlaku di alam siber. Kajian ini dijalankan untuk menguji tahap buli siber yang dialami melalui penyalahgunaan sosial media dan juga mengetahui kesan buli siber terhadap emosi, fizikal dan sikap. Kajian ini melibatkan 357 orang responden yang dipilih secara eawak dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Serian yang berumur 13 hingga 18 tahun. Data dianalisis menggunakan SPSS Versi 22. Hasil kajian rintis yang menggunakan analisis Cronbach Alpha menunjukkan kesahan yang tepat, iaitu di antara 0.65 sehingga 0.90. Kajian mendapati bahawa tahap pengalaman buli siber berada pada tahap yang sederhana, iaitu min = 2.2167 (s.p = .15332). Selain itu, pengkaji mendapati bahawa kesan buli siber yang paling signifikan adalah kesan terhadap emosi. Namun begitu, kesemua aspek ini tidak begitu signifikan jika dibezakan dengan jantina dan kategori umur. Implikasi kajian menunjukkan bahawa kes buli siber harus dibendung. Oleh yang sedemikian, dapatan kajian ini diharap dapat membantu masyarakat untuk meningkatkan kesedaran tentang bahayanya buli siber.

Kata Kunci: Buli siber, Pelajar sekolah menengah

Abstract The main purpose of this research is to discuss about cyber bullying among secondary school students in Serian, Sarawak. Cyber bullying happens in cyber space and has the same concept as traditional bully. This research is done to determine level of cyber bullying experience via social media misused and also effects towards emotion, physical and behavior. The survey research includes 357 respondents which are randomly selected among school teenagers aged between 13 to 18 years old in Serian, Sarawak. Data analyzed by using SPSS Version 22. Output of pilot research that uses Cronbach Alpha analysis shows that all items have high validity and realibility, which is between 0.65 to 0.90. The research shows that level of cyber bully experience via social media misused among school teenagers in Serian, Sarawak is moderate with mean value = 2.2167 (s.p = .15332). Meanwhile, researcher found out that the most significant effect of cyber bully among secondary school students in Serian, Sarawak is effect towrds emotion. The result of each effect among students sex and age is varied. The implication of research shows that cyber bully should be prevented as soon as possible. Therefore, the output of the research is hope to guide us to increase awareness of cyber bully.

Key Words: Cyber bully, Secondary school students

PENGENALAN Ledakan penggunaan teknologi elektronik dan perkembangan media sosial di alam maya memberi pelbagai impak positif, malah ia juga memberi impak negatif kepada pengguna, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah. Perkembangan penggunaan internet juga semakin meningkat. Melalui internet, pengguna dapat berhubung antara satu sama lain melalui pelbagai media sosial.

Namun begitu, penggunaan media sosial ini kerap disalahgunakan oleh pengguna internet khususnya golongan pelajar remaja. Baru-baru ini, negara kita dikejutkan dengan kejadian bunuh diri di Pulau Pinang oleh seorang remaja akibat daripada telah dimalukan di Facebook oleh rakan. Beliau yang merupakan penuntut kolej swasta bertndak terjun dari tingkat 17 di kediaman sewa beliau. Dipetik dari

Page 2: KESAN BULI SIBER DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH … · KESAN BULI SIBER . DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI SERIAN, SARAWAK . ... yang berlaku di alam siber dan berikut merupakan

85

laman Facebook TARUS Confessions, rakan Teh telah menghantar satu komen iaitu, “Atas alasan kebebasan bersuara, sesetengah orang yang tidak dikenali menggunakan bermacam ayat untuk melukakan hati rakan saya. Sejak kemunculan artikel itu, kawan saya terkesan dan menjadi tertekan.”

Merujuk kepada kes Teh, semua lapisan masyarakat khususnya orang yang rapat dengan mangsa buli harus melakukan tindakan awal agar mangsa tidak mengambil tindakan terburu-buru. Richard (2012) menegaskan bahawa kesan buli siber jika tidak diatasi akan membawa kepada kematian kerana ia mampu mengakibatkan ketakutan yang melampau, perasaan gusar dan tidak yakin dengan diri serta kemurungan emosi yang jelas.

Data dan statistik yang direkod oleh MyCERT (Malaysia Computer Emergency Response Team) pada tahun 2018 menunjukkan sebanyak 419 kes telah dilaporkan pada tahun 2010. Jumlah laporan terus meningkat sebanyak 40 laporan pada tahun berikutnya. Namun begitu, terdapat penurunan laporan dengan hanya 300 laporan pembulian siber telah direkodkan. Jumlah laporan didapati terus meningkat untuk dua tahun berikutnya iaitu sebanyak 550 kes dilaporkan. Wujud penurunan pada tahun 2015 tetapi meningkat semula ke 529 kes pada tahun 2016. Manakala, wujud peningkatan laporan kes pada tahun 2017 iaitu sebanyak 688 kes telah direkodkan.

Berdasarkan kes yang telah dilaporkan, dapatlah disimpulkan bahawa pembulian siber bukanlah kes sosial yang dipandang remeh. Jumlah laporan hingga mencecah angka ratus menunjukkan masyarakat harus mempunyai kesedaran untuk membendung gejala buli siber daripada semakin menular, khususnya dalam kalangan remaja sekolah.

Program CyberSAFE dengan kerjasama syarikat telekomunikasi DiGi telah menjalankan kajian buli siber pada tahun 2016. Seramai 1896 orang pelajar sekolah di seluruh Malaysia telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Hasil kajian mendapati lebih daripada 90 peratus pelajar sekolah di seluruh Malaysia secara purata mempunyai akses kepada internet. 37 peratus pelajar di Malaysia pula pernah terjebak dengan gejala pembulian siber, iaitu sama ada menjadi pembuli siber mahupun sebagai mangsa buli siber. 61 peratus pelajar pula pernah menggunakan ataupun dilemparkan kata-kata kesat, fitnah dan lucah secara atas talian. Peratus hasil daripada kajian yang telah dijalankan menunjukkan kuantiti yang membimbangkan. Secara realiti, pelajar di Malaysia amat terdedah kepada gejala pembulian siber memandangkan akses kepada internet amat mudah didapati, khususnya kepada pelajar di kawasan urban.

Ybarra dan Mitchell (2004) mendapati golongan remaja menunjukkan tingkah laku yang agresif di alam siber. Kenyataaan ini turut disokong oleh dapatan kajian yang dijalankan oleh Che Hasniza (2014). Beliau mendapati bahawa buli siber merangkumi aktiviti negatif seperti penyebaran gambar tanpa kebenaran, mengugut, komen memalukan, fitnah dan penyebaran video peribadi. Kajian oleh Selma dan Filiz (2017) ke atas 1240 orang pelajar mendapati bahawa gejala buli siber menyebabkan mangsa sukar mempertahankan diri, mengalami kemurungan, rasa rendah diri dan pencapaian akademik juga merosot.

Sebenarnya, terdapat pelbagai cara untuk mengatasi gejala buli siber. Ellen dan Jinchang (2009) menyenaraikan kawalan ibu bapa merupakan langkah pencegahan buli siber yang paling berkesan. Selain itu, sekatan penggunaan internet, pengharaman membawa telefon bimbit ke sekolah dan sekatan yang berterusan ke laman web yang berunsur politik, ganas dan seksual juga merupakan antara langkah yang boleh diambil untuk menangani masalah buli siber.

Justeru itu, kajian ini diharap dapat membantu penyelidik lain yang mengkaji dalam bidang yang sama. Di samping itu, kajian ini juga boleh dijadikan sumber rujukan untuk penggubal peraturan dan juga kaunselor sekolah untuk membuat pengisian yang positif agar masalah ini dapat dibendung. Selain itu, ia juga diharap dapat membantu para guru dan pendidik untuk lebih peka terhadap perubahan sikap seseorang pelajar di dalam kelas. Kajian ini juga diharap dapat membuka mata kepada ibu bapa agar lebih mengambil berat terhadap penggunaan media sosial dalam kalangan anak-anak mereka. KONSEP a. Buli siber

Menurut Brady (2010) buli siber diterangkan sebagai penggunaan komunikasi berasaskan teknologi termasuk penggunaan telefon bimbit, emel, sistem mesej segera dan jaringan sosial yang bertujuan untuk menimbulkan gangguan atau ugutan terhadap individu lain secara dalam talian. Che Hasniza (2013) pula mendefinisikan buli siber sebagai buli alam maya yang dilakukan oleh pelaku dengan menghantar mesej dan penyebaran video peribadi tanpa kebenaran dengan tujuan untuk menghina dan menjatuhkan maruah mangsa. Di samping itu, Richard (2012) pula berpendapat bahawa buli siber adalah tingkah laku negatif yang menggunakan kata hinaan melalui pesanan, penyebaran gambar dan video di alam

Page 3: KESAN BULI SIBER DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH … · KESAN BULI SIBER . DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI SERIAN, SARAWAK . ... yang berlaku di alam siber dan berikut merupakan

86

maya. Shariff (2008) pula menyatakan bahawa buli siber adalah satu situasi lanjutan dari pembulian tradisonal. Hal ini bermaksud, pembulian siber tidak berkaitan dengan tanggungjawab sekolah kerana sekolah di Malaysia tidak membenarkan penggunaan komputer peribadi dan telefon bimbit dalam kalangan pelajar sekolah. Daripada definisi di atas, buli siber disimpulkan sebagai tingkah laku devian yang sama dengan buli tradisional tetapi berlaku di alam siber. Buli siber melibatkan komen-komen yang berunsur ejekan, hinaan dan fitnah terhadap individu lain dengan tujuan memalukan individu tersebut. Buli siber juga merupakan jenayah yang paling mudah dilakukan kerana identiti pelaku kadang-kadang tidak dapat dikesan. Dalam erti kata lain, buli siber merupakan masalah sosial yang berlaku di alam siber dan berikut merupakan contoh tingkah laku yang tergolong dalam pembulian siber:

i. gangguan siber ii. menghendap aktiviti dan butir mangsa

iii. menyebar fitnah iv. menyebarkan maklumat peribadi seseorang tanpa kebenarannya v. menyebar gambar dan video peribadi orang lain vi. menyebarkan gosip dan berita palsu

vii. mengejek dan menghina b. Pelajar Sekolah Menengah

Kamus Dewan (2005) mendefinisikan pelajar sebagai penuntut atau murid. Pelajar juga membawa maksud indidvidu yang berada di bangku sekolah dan bertujuan untuk mendapatkan pelajaran secara formal di sekolah. Pelajar juga ditakrifkan sebagai golongan yang belajar atau menuntut di sekolah dalam lingkungan usia yang dibenarkan. Dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), sekolah menengah pula bererti sekolah yang menyediakan pendidikan yang sesuai bagi murid yang telah tamat sesi pendidikan rendah yang dijalankan selama enam tahun. Akta ini juga menggariskan panduan kemasukan umur murid ke sekolah menengah iaitu 13 tahun sehingga 19 tahun. Kesimpulannya, pelajar sekolah menengah merujuk kepada murid yang mengikuti pendidikan menengah ataupun dan sedang menuntut di sekolah serta berumur di sekitar 13 tahun hingga 19 tahun.

ULASAN LITERATUR Dalam era globalisasi ini, masyarakat mempunyai akses tanpa sempadan terhadap sebarang teknologi komunikasi melalui pelbagai cara. Hal ini termasuklah penggunaan internet tanpa had menggunakan telefon bimbit mahupun komputer. Menurut Fezeli (2011) berhadapan dengan kemajuan teknologi ini, wujud pula satu isu yang berlaku, khususnya dalam kalangan pelajar sekolah iaitu isu buli siber. Charles (2013) pula berpendapat bahawa pembuli siber tidak memerlukan kelajuan mahupun kekuatan fizikal, tetapi sebaliknya hanya memerlukan akses internet, telefon bimbit atau komputer dan keinginan untuk mebuli di alam siber.

Che Hasniza (2013) mendefinisikan buli siber sebagai buli alam maya yang dilakukan oleh pelaku dengan menghantar mesej dan penyebaran video peribadi tanpa kebenaran dengan tujuan untuk menghina dan menjatuhkan maruah mangsa. Menurut Poland (2010), sesiapa sahaja boleh menjadi pembuli siber kerana tidak wujud pertemuan secara bersemuka dengan mangsa buli siber. Beliau turut mendedahkan bahawa pelajar yang tidak pernah membuli secara tradisional mempunyai potensi yang besar menjadi pembuli di alam siber.

Wujudnya gejala siber buli dalam kalangan remaja adalah disebabkan beberapa faktor. Menurut Calvete (2010), buli siber wujud akibat daripada sifat agresif yang proaktif, pengaruh keganasan dan kurang mendapat perhatian rakan sebaya. Jones (2011) pula mengatakan bahawa sifat dengki, prejudis dan tidak bertimbang rasa terhadap kekurangan, perbezaan agama, jantina, malu, maruah, rasa bersalah dan sifat pemarah merupakan antara penyumbang terbesar kepada gejala buli siber. Charles (2013) pula berpendapat terdapat enam faktor utama yang menyebabkan buli siber berlaku. Faktor ini termasuklah kerahsiaan identiti, keinginan menjadi lebih baik, sifat dengki, tidak dikenakan tindakan undang-undang, perlindungan diri sendiri dan ingin membalas dendam terhadap mangsa buli siber.

Menurut Renee (2016) faktor terbesar yang menyumbang kepada gejala buli siber dalam kalangan remaja sekolah adalah penyalahgunaan media sosial. Beliau menjelaskan bahawa hampir kesemua golongan remaja sekolah memiliki sekurang-kurangnya satu akaun media sosial. Kebolehan mengendali laman sosial membantu pelajar berkomunikasi antara satu sama lain. Malangnya, ada di

Page 4: KESAN BULI SIBER DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH … · KESAN BULI SIBER . DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI SERIAN, SARAWAK . ... yang berlaku di alam siber dan berikut merupakan

87

antara pelajar yang menyalahguna kemahiran ini dan menjadikan media sosial sebagai laman membuli (Shari, 2013).

Kajian di peringkat antarabangsa pula menunjukkan buli siber dapat mendatangkan kesan negatif terhadap mangsa. Kesan yang paling ketara akibat daripada pembulian siber adalah kesihatan mental terjejas. Kajian yang telah dilakukan oleh Beran dan Li (2005) ke atas pelajar Gred 7 hingga Gred 9 menunjukkan mangsa buli siber didapati cenderung untuk cepat marah dan kemurungan. Mereka mendapati mental pelajar juga tidak stabil dalam mengawal emosi. Menurut Campbell (2012), kesihatan mental mangsa buli siber didapati berubah dan menunjukkan tanda-tanda kegelisahan, kemurungan dan mengalami kesukaran untuk bersosial. Hasil dapatan tersebut merupakan input yang telah beliau perolehi semasa melakukan kajian psikoemosi mangsa buli siber ke atas seramai 3112 orang pelajar Gred 6 hingga Gred 12.

Kajian oleh Bauman (2012) mendapati bahawa kesan yang ketara akibat daripada gejala buli siber adalah penurunan pencapaian akademik di sekolah, tekanan dan kebimbangan yang serius. Kajian berasaskan gender yang dijalankan oleh Goddard (2008) pula menunjukkan bahawa pelajar perempuan yang merupakan mangsa buli siber akan mudah kehilangan fokus dalam melakukan sesuatu, contohnya; sukar menumpukan perhatian di dalam bilik darjah. Dapatan kajian oleh Robin dan Susan (2013) pula mendapati bahawa mangsa buli siber mempunyai tahap kesihatan psikologi dan fizikal. Selain itu, pencapaian akademik mereka juga didapati menurun sedikit sejak dibuli secara virtual di alam siber. Selain itu, Ybarra dan Mitchell (2004) pula mendapati bahawa pembuli siber mempamerkan tingkah laku yang lebih agresif di alam siber berbanding kehidupan sebenar. Hal ini kerana identiti mereka di alam siber tidak diketahui oleh mangsa buli siber. PERNYATAAN MASALAH Kajian yang dijalankan oleh Che Hasniza dan Yusri (2014) mendapati bahawa pelajar institut tinggi meluangkan masa secara purata 3 hingga 5 jam sehari untuk melayari internet. Dengan jumlah masa yang besar ini, kebanyakkan pelajar didapati melayari internet dengan tujuan menghilangkan kebosanan. Kedua-dua penyelidik ini juga mendapati bahawa pelajar pernah menerima komen negatif serta memalukan, penyebaran gambar peribadi tanpa kebenaran dan dijadikan bahan jenaka oleh rakan di laman sosial.

Kajian yang telah dijalankan oleh Program CyberSAFE dengan kerjasama syarikat telekomunikasi DiGi melibatkan seramai 1896 orang pelajar sekolah di seluruh Malaysia. Hasil kajian mendapati lebih daripada 90% pelajar sekolah di seluruh Malaysia secara purata mempunyai akses kepada internet. 37% pelajar di Malaysia pula pernah terjebak dengan gejala pembulian siber, iaitu sama ada menjadi pembuli siber mahupun sebagai mangsa buli siber. 61% pelajar pula pernah menggunakan ataupun dilemparkan kata-kata kesat, fitnah dan lucah secara atas talian. Peratus hasil daripada kajian yang telah dijalankan menunjukkan kuantiti yang membimbangkan. Secara realiti, pelajar di Malaysia amat terdedah kepada gejala pembulian siber memandangkan akses kepada internet amat mudah didapati, khususnya kepada pelajar di kawasan urban.

Setakat ini, kajian dalam negara yang menyentuh mengenai isu buli siber dalam kalangan pelajar sekolah belum lagi dilakukan. Sebaliknya, kajian buli siber yang dilakukan di Malaysia melibatkan pelajar institut pengajian tinggi. Justeru, satu kajian secara empirikal berkaitan buli siber dan kesannya terhadap pelajar sekolah perlu dilaksanakan bagi mendapatkan input – input baru dan terkini dalam membantu meningkatkan pencegahan masalah buli siber yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan bagi mengenalpasti tahap buli siber yang dialami oleh pelajar sekolah menengah di daerah Serian, Sarawak akibat daripada penyalahgunaan media sosial. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti kesan buli siber dari aspek emosi, fizikal dan sikap dalam kalangan mangsa buli siber. Malah, kajian ini turut meninjau perbezaan aspek tersebut berdasarkan jantina dan kategori usia responden.

Dengan menggunakan Teori Pembelajaran Sosial sebagai asas membentuk kerangka, satu kerangka konseptual telah dibina. Kerangka konseptual ini adalah berasaskan pengalaman mangsa buli siber yang mengutamakan media sosial sebagai medium kes buli. Konstruk seterusnya pula ialah berkaitan dengan kesan buli siber terhadap emosi, fizikal dan sikap yang dialami berdasarkan jantina dan umur respond

Page 5: KESAN BULI SIBER DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH … · KESAN BULI SIBER . DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI SERIAN, SARAWAK . ... yang berlaku di alam siber dan berikut merupakan

88

Rajah 1: Kerangka Konseptual

Sumber: Diadaptasi daripada Kowalski & Limber (2013) METODOLOGI Kajian ini berbentuk tinjauan dengan menggunakan soal selidik yang mengandungi 3 bahagian. Bahagian A adalah demografi responden yang diwakili oleh jantina dan kategori umur responden. Bahagian B adalah pengalaman buli siber akibat daripada penyalahgunaan media sosial. Bahagian ini mempunyai 10 item. Skala yang digunakan adalah Skala 3-likert. Bahagian C pula adalah untuk menguji kesan buli siber terhadap responden. Bahagian ini diwakili oleh tiga konstruk iaitu emosi, fizikal dan sikap. Setiap konstruk mempunyai 5 item dengan menggunakan Skala 5-likert.

Kajian rintis melibatkan 30 orang dan daripada hasil dari kajian rintis, nilai alpha = .730. Menurut Ghazali (2016) skor indeks nilai alpha (α) yang tinggi α = .650 hingga .950 mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Berdasarkan Jadual 1, nilai kesahan dan kebolehpercayaan keseluruhan untuk soal selidik ini adalah .730 dengan Alpha Cronbach bernilai .433. Jadi, skor ini adalah sesuai dan mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang memuaskan kerana skor yang melebihi nilai .650.

Jadual 1: Kesahan dan Kebolehpercayaan Keseluruhan Cronbach’s Alpha Cronbach’s Alpha Based on

Standardized Items N of Items

.433 .730 4

Kesan terhadap:

a. Emosi

b. Fizikal

c. Sikap

Pengalaman Buli Siber Buli siber

Demografi:

a. Jantina

b. Umur

Page 6: KESAN BULI SIBER DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH … · KESAN BULI SIBER . DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI SERIAN, SARAWAK . ... yang berlaku di alam siber dan berikut merupakan

89

Jadual 2: Kesahan dan Kebolehpercayaan Setiap Konstruk

Construct

Scale Mean if

Item Deleted

Scale Variance if

Item Deleted

Corrected Item-Total Correlation

Squared Multiple

Correlation

Cronbach’s Alpha if

Item Deleted Pengalaman Buli

Siber 26.1400 14.796 .329 .272 .662

Kesan Terhadap

Emosi

26.3463 15.191 .352 .370 .854

Kesan Terhadap Fizikal 26.1013 14.730 .403 .320 .687

Kesan Terhadap

Sikap 26.2543 14.932 .338 .351 .734

Malah, berdasarkan Jadual 2, skor untuk keempat - empat konstruk iaitu Pengalaman Buli Siber

(.662), Kesan Terhadap Emosi (.854), Kesan Terhadap Fizikal (.687) dan Kesan Terhadap Sikap (.734) juga melebihi .650.

Berdasarkan rekod yang diperolehi daripada Pejabat Pendidikan Daerah Serian, terdapat seramai 5002 orang pelajar sekolah menengah yang didaftarkan. Dengan merujuk kepada jadual penentuan jumlah sampel oleh Krejcie & Morgan, jumlah sampel yang patut diambil adalah seramai 357 orang. Jadi, responden kajian melibatkan seramai 357 orang sampel yang dipilih secara rawak mudah dalam kalangan pelajar sekolah menengah yang berumur sekitar 13 sehingga 18 tahun di Serian, Sarawak. Daripada jumlah ini, 185 orang adalah responden lelaki dan selebihnya adalah responden perempuan. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS Version 22.

Untuk mentafsir skor min, pengkaji merujuk kepada Jadual Nunnally (1994) untuk memberi interpretasi bagi setiap item mahupun konstruk yang diuji.

Jadual 3: Interpretasi Skor Min Nunally Skala Interpretasi

4.01 – 5.00 3.01 – 4.00

Tinggi Sederhana tinggi

2.01 – 3.00 Sederhana rendah 1.00 – 2.00 Rendah

Sumber: Nunally (1990) DAPATAN & PERBINCANGAN Bahagian ini akan membincangkan mengenai tahap pengalaman buli siber yang dialami oleh remaja sekolah melalui penyalahgunaan media sosial. Selain itu, kesan buli siber terhadap emosi, fizikal dan sikap mangsa mengikut jantina dan kategori umur juga turut dibincangkan dalam bahagian ini. Demografi Responden

Jadual 4: Demografi Jantina Responden Aspek n %

Jantina Lelaki Perempuan

185 172

51.8 48.2

Berdasarkan Jadual 4, seramai 357 orang sampel telah mengambil bahagian dalam soal selidik

ini dengan jumlah seramai 185 orang pelajar lelaki dan 172 orang pelajar perempuan. Jadual 5: Demografi Kategori Umur Responden

Aspek N % Kategori Umur 13 – 15 tahun

16 – 18 tahun 184 173

51.5 48.5

357 100.0

Page 7: KESAN BULI SIBER DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH … · KESAN BULI SIBER . DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI SERIAN, SARAWAK . ... yang berlaku di alam siber dan berikut merupakan

90

Berdasarkan Jadual 5, seramai 184 orang pelajar yang berusia di antara 13 hingga 15 tahun telah mengambil bahagian dalam soal selidik ini. Manakal julat umur di antara 16 hingga 18 tahun pula diwakili oleh seramai 173 orang pelajar. Tahap Pengalaman Buli Siber Yang Dialami Oleh Mangsa Buli Siber

Jadual 6: Tahap Pengalaman Buli Siber Item Min N Sisihan

Piawai Interpretasi

1. Saya pernah difitnah melalui media sosial. 2.4667 357 .50742 Sederhana rendah

2. Maklumat palsu tentang diri saya pernah disebarkan.

2.4667 357 .50742 Sederhana rendah

3. Saya pernah dijadikan bahan jenaka di media sosial.

2.3667 357 .55605 Sederhana rendah

4. Saya pernah diugut melalui media sosial. 2.3667 357 .49103 Sederhana rendah

5. Gambar peribadi saya pernah disebarkan tanpa kebenaran.

2.3667 357 .49103 Sederhana rendah

6. Saya pernah menerima gangguan seksual di media sosial.

2.2667 357 .52083 Sederhana rendah

7. Saya pernah menerima bahan-bahan yang tidak sepatutnya (lucah, ganas) di media sosial.

2.2333

357

.43018

Sederhana

rendah 8. Saya pernah menerima komen yang memalukan di media sosial.

2.1333 357 .34575 Sederhana rendah

9. Kata laluan sosial media saya diceroboh. 1.9000 357 4.8066 Rendah 10. Video peribadi saya pernah disebarkan tanpa kebenaran.

1.6000 357 .49827 Rendah

Nilai Keseluruhan 2.2167 357 .15332 Sederhana rendah

Item yang mempunyai skor min terendah (min = 1.6000, s.p = .49827) menunjukkan bahawa

penyebaran video peribadi tanpa kebenaran adalah paling jarang berlaku. Richard (2012) berpendapat bahawa kebanyakkan remaja lebih menggemari gambar berbanding video peribadi yang direkod kerana saiz video yang lebih besar akan memenuhi storage telefon bimbit mereka.

Berdasarkan jadual di atas, tahap pengalaman buli siber dalam kalangan pelajar sekolah menengah di daerah Serian, Sarawak berada pada tahap yang agak selamat iaitu sederhana rendah (min = 2,2167, s.p = .15332). Terdapat dua item yang mempunyai skor min tertinggi (min = 2.4667, s.p = .50742) menunjukkan bahawa fitnah dan maklumat palsu sememangnya kes buli siber yang kerap dialami oleh mangsa.

Hal ini didapati selari dengan dapatan kajian oleh Mesch (2009) yang berpendapat bahawa fitnah di laman media sosial merupakan antara kes buli siber yang paling kerap berlaku. Dalam kajian yang dilakukan Charles (2013), majoriti remaja sekolah gemar melakukan fitnah dan menyebarkan maklumat palsu kerana pembaca tidak mengenali mereka. Pembuli juga berasa seronok apabila mangsa buli siber mula menujukkan tindak balas seperti marah dan membalas balik komen-komen hinaan yang ditulis.

Page 8: KESAN BULI SIBER DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH … · KESAN BULI SIBER . DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI SERIAN, SARAWAK . ... yang berlaku di alam siber dan berikut merupakan

91

Tahap Kesan Buli Siber Terhadap Emosi Jadual 7: Tahap Kesan Buli Siber Terhadap Emosi

Item Min N Sisihan Piawai

Interpretasi

1. Saya sering berasa takut jika terjumpa dengan pembuli.

4.7333 357 .44978 Tinggi

2. Saya sering berasa diri tidak berguna. 4.3667 357 .49013 Tinggi 3. Saya sering berasa keselamatan saya terancam. 4.2333 357 .43018 Tinggi 4. Saya sering berasa tertekan. 3.8333 357 .37905 Sederhana

tinggi 5. Saya sering berasa resah. 3.7000 357 .46609 Sederhana

tinggi Nilai Keseluruhan 4.7333 357 .20160 Tinggi

Berdasarkan Jadual 7, tahap kesan buli siber terhadap emosi dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Serian, Sarawak berada pada tahap yang membimbangkan kerana purata min yang tinggi (min = 4.7333, s.p = .20160). Item yang mempunyai skor min tertinggi (min = 4.7333, s.p = .44978) menunjukkan bahawa pelajar berasa takut jika berjumpa dengan pembuli. Manakala item yang mempunyai skor min terendah adalah mangsa sering berasa resah (min = 3.7000, s.p = .20160)

Sebenarnya, kesan yang paling ketara akibat daripada pembulian siber adalah kesihatan emosi terjejas. Kajian yang telah dilakukan oleh Beran dan Li (2005) ke atas pelajar Gred 7 hingga Gred 9 menunjukkan mangsa buli siber didapati cenderung untuk cepat marah dan kemurungan. Mereka mendapati mental pelajar juga tidak stabil dalam mengawal emosi. Menurut Campbell (2012), kesihatan mental mangsa buli siber didapati berubah dan menunjukkan tanda-tanda kegelisahan, kemurungan dan mengalami kesukaran untuk bersosial. Tahap Kesan Buli Siber Terhadap Fizikal

Jadual 8: Tahap Kesan Buli Siber Terhadap Fizikal Item Min N Sisihan

Piawai Interpretasi

1. Saya tidak kisah dengan penampilan diri saya. 3.9667 357 .49013 Sederhana tinggi

2. Rambut saya kerap gugur. 3.3667 357 .49013 Sederhana tinggi

3. Berat badan saya berkurangan. 3.3333 357 .47946 Sederhana tinggi

4. Saya mempunyai lingkaran hitam di bawah mata.

3.3000 357 .46609 Sederhana tinggi

5. Bahagian badan saya mempunyai kesan luka. 1.9667 357 .80872 Rendah Nilai Keseluruhan 3.1867 357 .25152 Sederhana

tinggi

Berdasarkan Jadual 8, tahap kesan buli siber terhadap fizikal dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Serian, Sarawak berada pada tahap sederhana tinggi (min = 3.1867, s.p = .25152). Item yang mempunyai skor min tertinggi (min = 3.9667, s.p = .49013) menunjukkan bahawa mangsa buli tidak mempedulikan penampilan diri jika dibuli siber. Hal ini didapati selari dengan pendapat Didden (2009). Beliau mendapati bahawa mangsa buli siber selekeh dari segi pemakaian dan penampilan diri. Beliau berpendapat bahawa hal ini berlaku kerana mangsa buli siber tidak mempunyai motivasi untuk mengemaskan penampilan diri dan beruasaha untuk tidak menjadi perhatian. Namun demikian, item yang mempunyai skor min terendah (min = 1.9667, s.p = .80872) menunjukkan bahawa pelajar sekolah menengah di bahagian Serian jarang mencederakan diri sendiri jika dibuli secara alam maya. Hal ini didapati bertentangan dengan dapatan oleh Hinduja dan Patchin (2010). Menurut mereka, mangsa buli siber pernah mencederakan diri sendiri apabila melakukan cubaan membunuh diri kerana berasa tertekan dan malu akibat dibuli.

Page 9: KESAN BULI SIBER DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH … · KESAN BULI SIBER . DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI SERIAN, SARAWAK . ... yang berlaku di alam siber dan berikut merupakan

92

Tahap Kesan Buli Siber Terhadap Sikap Jadual 9: Tahap Kesan Buli Siber Terhadap Sikap

Item Min N Sisihan Piawai

Interpretasi

1. Saya tidak suka orang lain menggunakan telefon bimbit saya.

4.4000 357 .49827 Tinggi

2. Saya sering mengasingkan diri daripada bergaul daripada orang lain.

3.5667 357 .50401 Sederhana tinggi

3. Saya sering mengelamun. 3.5000 357 .50855 Sederhana tinggi

4. Saya sering mencederakan diri sendiri. 2.2667 357 .44978 Sederhana rendah

5. Saya sering terfikir untuk menamatkan riwayat saya.

1.5667 357 .50401 Rendah

Nilai Keseluruhan 3.0600 357 .18308 Sederhana tinggi

Berdasarkan Jadual 9, tahap kesan buli siber terhadap sikap dalam kalangan pelajar sekolah

menengah di bahagian Serian, Sarawak berada pada tahap yang sederhana tinggi (min = 3.0600, s.p = .18360). Item yang mempunyai skor min tertinggi (min = 4.4000, s.p = .67962) menunjukkan bahawa pelajar bersikap protektif terhadap telefon bimbit. Namun demikian, item yang mempunyai skor min terendah (min = 1.5667, s.p = .50401) menunjukkan bahawa pelajar tidak berfikir secara melulu untuk membunuh diri.

Hal ini didapati bertentangan dengan kajian yang dilakukan oleh Hinduja dan Patchin (2010). Menurut mereka, mangsa buli siber pernah cenderung untuk melakukan cubaan membunuh diri. Kesan negatif ini turut disokong oleh Bonanno dan Hymel (2013). Bonanno dan Hymel (2013) menyatakan bahawa buli siber yang berlaku dalam kalangan remaja sekolah menyebabkan mangsa pernah bercadang untuk membunuh diri dengan pelbagai idea tentang cara meragut nyawa sendiri timbul dalam fikiran mereka. Sesungguhnya, kesan buli siber ke atas mangsa bukanlah sesuatu yang dipandang remeh kerana nyawa seseorang individu amat penting dalam pembangunan negara.

Perbezaan Pengalaman Buli Siber Serta Kesan Terhadap Emosi, Fizikal dan Sikap Akibat Buli Siber Berdasarkan Jantina Jadual 10: Perbezaan Pengalaman Buli Siber Serta Kesan Terhadap Emosi, Fizikal dan Sikap Akibat Buli

Siber Berdasarkan Jantina Aspek Jantina N Min Sisihan

Piawai Sig.

Pengalaman Buli Siber Lelaki Perempuan Jumlah

185 172 357

2.1600 2.2733 2.2167

.13522

.15337

.14430

.041

Kesan Terhadap Emosi Lelaki Perempuan Jumlah

185 172 357

4.1600 4.1867 4.1734

.21647

.19223

.20435

.724

Page 10: KESAN BULI SIBER DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH … · KESAN BULI SIBER . DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI SERIAN, SARAWAK . ... yang berlaku di alam siber dan berikut merupakan

93

Kesan Terhadap Fizikal Lelaki Perempuan Jumlah

185 172 357

3.2133 3.1600 3.1867

.30675

.18822

.24748

.571

Kesan Terhadap Sikap Lelaki Perempuan Jumlah

185 172 357

3.0800 3.0400 3.0600

.18205

.18822

.18514

.559

Berdasarkan Jadual 10, hampir tiada perbezaan yang signifikan dialami oleh pelajar lelaki dan

perempuan dalam aspek kesan buli siber terhadap emosi, fizikal dan sikap dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Serian, Sarawak. Hal kerana nilai signifikan, p > .05, iaitu kesan buli siber terhadap emosi (p = .724), kesan buli siber terhadap fizikal (p = .571) dan kesan buli siber terhadap sikap (p = .559).

Namun begitu, wujud perbezaan yang signifikan di antara jantina bagi aspek pengalaman dibuli siber dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Serian kerana nilai p < .05 iaitu p = .041. Pengalaman dibuli secara siber dalam kalangan pelajar perempuan mempunyai skor min yang lebih tinggi (min = 2.22733, s.p = .15337) berbanding pelajar lelaki (min = 2.1690, s.p = .13522). Hal ini menunjukkan bahawa pelajar perempuan lebih cenderung menjadi mangsa buli siber dan mempunyai pengalaman dibuli siber melalui penyalahgunaan media sosial berbanding pelajar lelaki.

Perbezaan Pengalaman Buli Siber Serta Kesan Terhadap Emosi, Fizikal dan Sikap Akibat Buli Siber Berdasarkan Kategori Umur Jadual 11: Perbezaan Pengalaman Buli Siber Serta Kesan Terhadap Emosi, Fizikal dan Sikap Akibat Buli

Siber Berdasarkan Kategori Umur Aspek Kategori Umur N Min Sisihan

Piawai Sig.

Pengalaman Buli Siber 13 – 15 tahun 16 – 18 tahun Jumlah

184 173 357

2.3875 2.3214 2.3545

.13102

.11217

.12159

.152

Kesan Terhadap Emosi 13 – 15 tahun 16 – 18 tahun Jumlah

184 173 357

4.2000 4.1429 4.1715

.20656

.19890

.20273

.448

Kesan Terhadap Fizikal 13 – 15 tahun 16 – 18 tahun Jumlah

184 173 357

3.1875 3.1857 3.1866

.25788

.25376

.25582

.985

Kesan Terhadap Sikap 13 – 15 tahun 16 – 18 tahun Jumlah

184 173 357

3.0125 3.1143 3.0634

.18574

.17033

.17804

.131

Jadual 11 menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan dalam kesemua aspek kerana semua

nilai signifikan melebihi .05, iaitu p > .05. Jika dilihat daripada jadual di atas, pengalaman buli siber mempunyai nilai p = .152; kesan siber buli terhadap emosi pula, p = .448; kesan siber buli terhadap fizikal, p = .985 dan kesan siber buli terhadap sikap pula bernilai p = .131.

Hal ini menunjukkan bahawa umur tidak memberi perbezaan terhadap pengalaman dan kesan buli siber yang dialamai dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Serian, Sarawak. Dapatan ini didapati menyokong dapatan oleh Calvette (2010). Beliau berpendapat bahawa, buli siber berlaku tanpa mengira usia mangsa kerana buli siber adalah kes devian yang sangat umum dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Page 11: KESAN BULI SIBER DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH … · KESAN BULI SIBER . DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI SERIAN, SARAWAK . ... yang berlaku di alam siber dan berikut merupakan

94

IMPLIKAS I DAN CADANGAN Kajian ini memberi implikasi bahawa buli siber yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Serian, Sarawak sememangnya mampu membawa pelbagai kesan terhadap emosi, fizikal dan perubahan sikap. Justeru itu, bagi mengatasi masalah ini, pengawasan ibu bapa dan kawalan kendiri harus diutamakan agar gejala buli siber tidak berlaku. Langkah kawalan yang sistematik serta kesedaran perubahan tingkah laku merupakan cara yang paling asas dalam mencegah berlakunya gejala buli siber. Selain itu, implikasi kajian ini mendapati buli siber boleh terjadi dan memberi kesan negatif kepada mana – mana pelajar tanpa mengira jantina mahupun umur mereka. Oleh itu, kita sebagai ahli masyarakat seharusnya mengambil peduli serta mempunyai kefahaman yang jelas tentang gejala buli siber. Interaksi secara virtual tidak seharusnya dianggap fantasi kerana golongan remaja telah terdedah kepada teknologi maklumat sejak kecil lagi. Sebaliknya, masyarakat harus sentiasa bersedia memulihkan satu-satu gejala yang muncul dan mengatasi dengan cara yang bijak. KESIMPULAN Daripada hasil kajian ini, didapati bahawa tahap pengalaman buli siber dalam kalangan pelajar sekolah menengah di Serian, Sarawak berada pada tahap yang sederhana rendah. Hal ini menunjukkan kes buli siber di kawasan yang dikaji berada dalam keadaan yang kurang membimbangkan. Namun begitu, kesemua kesan buli siber mempunyai nilai min yang membimbangkan, terutama sekali kesan siber buli terhadap emosi pelajar. Sesungguhnya, keadaan ini adalah membimbangkan kerana emosi yang negatif semasa di alam persekolahan boleh membawa pelbagai impak negatif juga. Selain itu juga, terdapat perbezaan yang signifikan terhadap pengalaman buli siber dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Namun begitu, tidak terdapat perbezaan yang signifikan wujud bagi aspek pengalaman buli siber dan kesan buli siber dalam kategori umur pelajar. Justeru, dapatan kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pelbagai pihak dalam merancang pelbagai program dalam meningkatkan tahap kesedaran terhadap bahayanya buli siber ini. RUJUKAN Akta Jenayah Komputer 1997 dan prinsip undang-undang jenayah Islam. 2003. Jurnal Undang-

undang 7. Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). 1996. Kementerian Pendidikan Malaysia. Bauman Sheri. 2010. Cyberbullying in a rural intermediate school: An explatory study. Journal of Early

Adoloscent, 30 (6): 803 – 833. Beran Tanya & Li Qing. 2005. Cyber harassment: A study of a new method for an old behavior. Journal

of Educational Computing Research, 32 (3): 265 – 277. Bonanno Rina & Hymel Shelley. 2013. Cyber bullying and internalizing difficulties: Above and beyond

the time impact of traditional forms of bullying. Journal of Youth Adolescents, 42 (5): 685 – 697.

Brady K.P. 2010. Cyberbullying. Encyclopedia of Law and Higher Education. California: Sage Publications Inc.

Calvete Eric. 2010. Cyberbullying in adolescents: Modalities and aggressors’ profile. Computers in Human Behavior, 26 (5): 1128 – 1135.

Campbell Kenneth. 2012. Cyber bullying: an old problem in a new guise? Australian Journal of Guidance and Counselling, 15 (1): 68 – 76.

Charles Notar, Sharon Padgett & Jessica Roden. 2013. Cyberbullying: A review of literature. Journal of Educational Research, 1 (1): 1 – 9.

Che Hasniza Che Noh & Mohd Yusri Ibrahim. 2013. Kajian penerokaan buli siber dalam kalangan pelajar UMT. Procedia Social and Behavioral Sciences, 134: 323 – 329.

Didden Robert. 2009. Cyberbullying among students with intelectual and developmental disability in special education settings. Developmental Neurorehabilitation, 12 (3): 146 – 151.

Ellen Kraft & Jinchang Wang. 2009. Effectiveness of cyber bullying prevention strategies: A study on students’ perspectives. 2009. International Journal of Cyber Criminology, 3 (2): 513 – 535.

Fezeli Ozdamli. 2011. Is bullying changing shape? Procedia Social and Bahavioral Sciences, 30: 2510 – 2514.

Goddart. 2008. Cyber world bullying. Education Digest, 73 (7): 4 – 9. Hinduja Sameer & Patchin Justin. 2008. Cyberbullying: An exploratory analysis of factors related to

offending and victimization. Deviant Behavior, 29 (2): 129 – 156.

Page 12: KESAN BULI SIBER DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH … · KESAN BULI SIBER . DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI SERIAN, SARAWAK . ... yang berlaku di alam siber dan berikut merupakan

95

http://lobakmerah.com/pelajar-kolej-di-pulau-pinang-bunuh-diri-tidak-tahan-jadi-mangsa-buli-siber/ (15 Jun 2017)

http://www.malaysiandigest.com/frontpage/282-main-tile/659303-1-in-4-m-sian-schoolchildren-are-victims-of-cyberbullying-is-your-child-one-of-them.html (15 Jun 2017)

https://www.mycert.org.my/statistics/2017.php (15 Jun 2017) Kamus Dewan: Edisi Ke-Empat. 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mesch Gustavo. 2009. Parental mediation, online activities and cyberbullying. Cyber Psychology &

Behavior, 24 (4): 387 – 393. Poland Scott. 2010. Cyberbullying continues to challenge educators. District Administration, 46 (5): 55. Renee Garret, Lynnwood Lord & Sean Young. 2016. Associations between social media and

cyberbullying: A reveiw of the literature. Mhealth Journal, 2: 46. Richard Donegan. 2012. Bullying and cyberbullying: History, statistics, law, prevention and analysis. The

Elon Journal of Undergraduate Research in Communications, 3 (1): 33 – 42. Robin Kowalski & Susan Limber. 2013. Psychological, physical and academic correlates of

cyberbullying and traditional bullying. Journal of Adolescent Health, 53 (1): 13-20. Selma Tural Hesapcioglu & Filiz Ercan. 2017. Tradisional and cyberbullying co-occurence and its

relationship to psychiatric symptoms. Journal of the Japan Pediatric Society, 59: 16 – 22. Shaari Kessel, Erin Smith & Lydia O’Donnell. 2013. Implementation of school-based efforts and

implications for cosial media approaches. Social Media and Cyberbullying. EDC. Sheriff S. 2008. Cyber-bullying: Issues and solutions for the school, the classroom and the home. USA

and Canada: Routledge. Smith Jones. 2004. Bullying in Schools: How Successful can Interventions be? Cambridge University

Press: United Kingdom. Ybarra & Mitchell. 2004. Online agressor/targets, agressors and targets: A comparison of associated

youth characteristics. Journal of Child Psychology & Psychiatary, 45 (7): 1308 – 1316.