kes buli di sekolah dikalangan pelajar

Upload: syafawati-adlina

Post on 13-Jul-2015

438 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Kes Buli di Sekolah Dikalangan Pelajar-pelajarBenda sudah pun terjadi. Seorang lagi pelapis negara gugur sebelum berjuang apabila dibunuh rakan seperjuangan sendiri. Berteriak pun tiada gunanya. Yang perlunya sekarang, apa langkah-langkah yang telah dibuat sebelum ini dan akan datang bagi membanteras kes buli sampai mati ini?Kes buli di sekolah dikalangan pelajar-pelajar sudah lama dah. Yang lebih tepatnya kes buli pelajar senior vs pelajar junior. Biasanya sekolah yang mengandungi pelajar asrama daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5 sangat-sangat ketara kes bulinya disebabkan jurang usia..berbanding sekolah berasrama yang yang mengandungi tingkat 4 dan tingkatan 5 sahaja. Kes buli juga lebih kuat dan keras bagi sekolah berasrama yang mengandungi pelajar lelaki semata. Keluarga hantar anak untuk menuntut ilmu tetapi kematian yang mereka terima. Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Makin lama makin bertambah teruk dan serius kes buli di sekolah dikalangan pelajar-pelajar. Kalau dahulu ragging di sekolah lebih bersifat untuk menanam perasaan hormat dan memupuk semangat silaturahim antara pelajar senior dan junior. Tetapi sekarang, masing-masing mahu tunjukkan kekuasaan mereka dan menanam perasan takut antara pelajar senior dengan pelajar junior. Tapi beraniberani budak-budak sekarang ini pun mesti secara berkumpulan, seorang-seorang tak berani punya.. Hormat tidak perlu dipaksa, ditekan dan disuruh tetapi sebaliknya perlu dipupuk dengan cara yang betul Dahulu ragging memang amalan biasa di mana-mana sekolah tetapi tiadalah sehingga sampai memberikan kecederaan kepada pelajar. Apa motif ragging sebenarnya? Untuk menyamaratakan taraf samada yang datang daripada golongan susah mahupun golongan yang berada. Dilatih untuk bekerja sama, mula daripada bangun tidur dan mengemas bilik, minum pagi bersama, pergi ke kelas, lunch bersama, rehat dan sebelah petang bersukan bersama. Saling hormat menghormati antara junior dan senior supaya sebarang program dan perjalanan di asrama berjalan lancar Tiada seorang yang akan boleh tertinggal atau tak mahu mengikut program yang diatur

Kalau ada yang keras kepala, semestinya akan mendapat lebih perhatian dari pelajar-pelajar senior akan didenda dengan tujuan mendidik dan diberikan peringatan bukannya menghukum Dengan itu, terhasillah pelajar asrama yang berdisiplin Maktab Tentera Diraja (MTD/RMC) ye? Sekarang ini Maktab Tentara Diraja dah tak ambil pelajar tingkatan 1 hingga 3 lagi sejak 2006 lagi. Sekarang, semuanya bermula dengan tingkatan 4 dan MTD jugakan mulakan semula pengambilan bagi tingkatan 6 seperti sebelum ini. Nama sahaja Maktab Tentera Diraja, bukannya ramai pun yang masuk Angkatan Tentera Malaysia. Sebahagian sahaja, sekitar 15 peratus. Yang lain-lain jadi doktor, peguam, pensyarah, ahli politik, ahli perniagaan, Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD). Antara lepasan MTD adalah Tun Ling Liong Sik, Mirnawan Nawawi, Tan Sri Anuar Musa, Tun G. Ghanalingam, Fendi X-factor, AC mizal, Ayraf Muslim dan ramai lagi..(Ada nak tambah, mungkin nama anda sekali?)

Memang ada kes buli di RMC malah begitu juga di sekolah lain. Itu faktanya..Cuma ditahap mana kes buli tersebut. Sampai ke tahap membunuh, ini adalah kes luar biasa.Tetapi persoalannya sekarang, adakah apabila berlakunya kes buli sehingga terjadinya kes bunuh baru kita mahu melatah? Apa yang kita buat selama ini? Kes buli di RMC ini contohnya adalah kes buli ala samseng, samada nak balas dendam yang tak seberapa. Sebab rakan saya pun ada ex Maktab Tentara Diraja juga. Ini kes budak-budak nakal, sama seperti dengan kes samseng di sekolahseolah menengah yang lain. Kalau ikut betul-betul prosedur RMC :

Semalam kita pasti dah mengetahui kes kematian seorang pelajar, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri (16 tahun) Maktab Tenetra Diraja setelah tidak sedarkan diri selepas dikenakan hukuman tekan tubi dan ditendang oleh rakannya di dalam sebuah bilik di sekolah itu, awal pagi semalam. (24 JUN 2010). Sedikit sebanyak rentetan ringkas kejadia tersebut ada di bawah ini..

1. Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri merupakan anak sulung, datang dari keluarga susah tapi keputusan PMR cemerlang dan masuk Maktab tentera Diraja (MTD) pada Februari lalu. 2. Aktif main ragbi dan sepatunya ada kejohanan ragbi SMSS pada minggu ini 3. Kemudian datang pula pelajar-pelajar yang berlagak samseng kepada adik Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri diberikan hukuman tekan tubi 4. Sekitar pukul 10:45 malam (23 JUN 2010) Sedang Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri melakukan tekan tubi itu, seorang pelajar MTD telah menendang perutnya sekali menyebabkan mangsa yang cuba berdiri dan berjalan menjadi tidak stabil dan kemudiannya terjatuh dan kepalanya terhentak ke lantai sebelum tidak sedarkan diri (23 JUN 2010) 5. Seorang anggota tentera yang bertugas di MTD menerima maklumat bahawa pelajar terbabit pengsan di biliknya pada pukul 12.15 tengah malam. 6. Mangsa kemudian dikejarkan ke Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) dan diberikan rawatan kecemasan selama 50 minit 7. Pelajar malang tersebut, Mohammad Naim Mustaqim Mohamad Sobri, 16, sempat diberikan rawatan kecemasan di Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) Kem Sungai Besi namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan kira-kira pukul 1.20 pagi. 8. Laporan polis dibuat di Balai Polis Sungai Besi pada pukul 2 pagi (24 JUN 2010) 9. Jenazah Mohammad Naim Mustaqim selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Baru, Siong pada malam tadi (24 JUN 2010) 10. Kes ni sudah dalam BOI (board of investigation) tentera dan jadi kes polis jugak 11. Polis menahan lima pelajar tingkatan lima Maktab Tentera Diraja (RMC) selepas diserahkan oleh pihak tentera kepada pihak polis jam 6.30 petang semalam 12. Harapan, berikan hukuman setimpal kepada yang bersalah tidak kira anak yang berkedudukan tinggi sekalipun. Ehem 13. Dan, semoga selepas ini kejadian ini tidak berulang sekali lagi. Nama pun MTD, takkan nak manja-manja pulakan? Tapi berpada-padalah. Maktab Tentera Diraja memang memberikan kuasa kepada pelajar-pelajar senior untuk untuk pukul pelajr-pelajar yang buat kesalahan. Tetapi MTD perlu ingat, kita berikan kuasa kepada pelajar-pelajar yang kadang-kadang tidak cukup akal. Jangan dilepaskan bulat-bulat kepada mereka. Apabila nafsu menguasai diri dengan kuasa yang diberikan, inilah jadinya..Kemudian pada ini baru nak menyesal?

Yang senior akan buat kepada junior. Apabila junior naik pangkat senior, mula balas dendam. Begitulah senarionya. P/S : Agaknya budak-budak ini kena dengar sendiri pengalaman abang-abang mereka yang pernah menempuh sejarah hitam 7 tahun lalu dengan melakukan jenayah yang sama seperti mereka lalukan sekarang iaitu buli pelajar sampai mati..Atau mereka perlu rasa sendiri pengalaman abang-abang mereka dihukum sebelum ini baru nak menyesal.. UPDATE pada 26 Jun 2010 !! KUALA LUMPUR: Seorang pelajar senior Maktab Tentera Diraja (MTD), Sungai Besi di sini, digantung sekolah serta-merta manakala empat rakannya disyaki terbabit membuli seorang pelajar junior sehingga mati Rabu lalu dikenakan tindakan tegas. Malah, semua mereka kini sudah direman beberapa hari mulai semalam bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. ereka juga bakal dikenakan tindakan di Mahkamah Tentera kerana semua mereka adalah pelajar kolej ketenteraan.

(Bongkar) Masalah Disiplin Pelajar di SekolahMasalah disiplin pelajar di sekolah makin menjadi-jadi itu belum ditambah lagi keruntuhan akhlak dan masalah sosial dikalangan remaja umumnya. Sebenarnya ia melibatkan kerjasama pelajar itu sendiri, guru-guru dan juga ibubapa. Masalah disiplin pelajar bagaikan tidak ada jalan penyelesaian. Ini kerana, saban hari ada saja masalah membabitkan disiplin pelajar berlaku di sekolah. Kerenah pelajar dahulu dengan sekarang tidak sama. Masalah disiplin pelajar di sekolah dahulu tidak sama berbanding sekarang 1. Adakah ini disebabkan anak-anak hari ini terlalu dimanjakan oleh ibubapa? 2. Guru-guru pula pula terikat tidak boleh mendenda atas kesalahan yang mereka lakukan? Kalau kasar sedikit, ada sesetengah ibubapa yang mula membuat laporan kononnya anak mereka tu baik, alim, pijak semut pun tak mati, buah hati intan payung mereka. Sedangkan dalam mendisiplin anak-anak hari ini perluanya ada PENEGASAN dalam erti kata untuk mendidik mereka semua. 3. Pelajar hari ini hilang rasa hormat dan tidak tahu di mana batas antara seorang yang bergelar pelajar dengan guru mereka sendiri? Saya lihat pelaksanaan untuk memperbaiki disiplin pelajar sekarang ini ala-ala carca merba sahaja. Sekejap tidak boleh, sekejap boleh. Kemudian sekarang ini guru-guru tidak dibenarkan merotan pelajar. Bagi saya sendiri merotan adalah cara paling berkesan dalam menangani masalah disiplin pelajar di sekolah. Untuk mengatasi masalah disiplin yang kian berleluasa ketika ini, kita perlu mengambil langkah dari peringkat akar umbi lagi. Saya ingin mengajak pembaca untuk balik ke zaman 30 atau 40 tahun lalu. Pasti ada di antara kita yang merasai zaman persekolahan dahulu dan masih ingat kawalan disiplin dilaksanakan. Hukuman rotan di depan pelajar dilihat sebagai cara paling berkesan menangani masalah disiplin pelajar ditambah dengan sesi kaunseling dan memberikan motivasi kepada pelajar-pelajar terbabit. Adakah tindakan guru merotan pelaksanaan pelajar boleh mengakibatkan pelajar itu cedera parah atau mati? Saya tidak percaya guru-guru sanggup berbuat sampai begitu sekali. Guru diberi kepercayaan dan kuasa untuk merotan pelajar bersalah. Ia ditambah dengan sokongan penuh ibu bapa yang berpendapat hukuman rotan adalah perlu dalam proses mendidik dan menghukum pelajar yang melakukan

kesalahan. MEROTAN bukannya tindakan menghukum semata-mata, tetapi sebagai satu PERINGATAN kepada pelajar. Situasi pada masa dahulu : Ayah, tadi ada guru rotan adik sebab tak buat kerja sekolah. Bagusrasakan. Memang patut pun cikgu rotan. Pergi ambil roti panjang ayah atas almari. Ayah ada nak kasi hadiah. Situasi pada masa sekarang : Ayah, tadi ada guru rotan adik sebab tak buat kerja sekolah. Takpe anakku, esok ayah pergi sekolah jumpa cikgu adiktu. Kasihan anak ayah kena rotan ye..(lebih kurang macam itula) Nampak???? Cuba waktu dulu kalau kita dirotan, tidak berani rasanya mengadu kepada ibu bapa bahawa telah dirotan kerana kita tahu ayah kita akan merotan lagi. Ia terjadi disebabkan pendirian ibu bapa bahawa gurutidak akan merotan tanpa sebab. Keadaan sangat berbeza pada hari ini. Hukuman rotan dilihat sebagai tindakan mendera, kasar dan tidak sesuai dilaksanakan dalam proses mendidik pelajar. Hukuman rotan di khalayak dimansuhkan dan guru tidak dibenarkan merotan pelajar kecuali pengetua atau guru besar dan guru disiplin. Ramai juga pelajar dahulu yang telah berjaya. Sebagai alternatif, pendekatan secara nasihat, kursus dan kaunseling digunakan bagi mengawal masalah disiplin. BERKESAN? Tidak perlu dinyatakan keberkesanan cara itu kerana masalah disiplin pelajar sekolahpada hari ini tetap pada tahap membimbangkan malah semakin hari semakin meruncing. Berjayakah cara itu? Kita tahu jawapannya Kadang-kadang ibubapa hari ini janganlah nak berlagak samseng di sekolah. Kononnya ingin menjadi HERO kepada anak sediri yang telah lakukan kesalahan. Hari ini, pemikiran sesetangah ibu bapa tidak lagi seperti dulu. Anak terlalu dimanjakan. Mereka bukan saja tidak mengakui hakikat tingkahlaku negatif anak mereka di sekolah, malah jika anak mereka dikenakan tindakan atas kesalahan yang dilakukan, pihak sekolah dipersalahkan. Tidak memeranjatkan hari ini, tindakan ibu bapa yang membuat laporan polis dan menyaman pihak sekolah ialah senario yang biasa hari ini. Ia antara faktor yang menyebabkan guru, pengetua dan pihak sekolah terpaksamenyembunyikan kes disiplin pelajar di sekolah. Selain ada sesetengah sekolah yang bertindak begitu kerana ingin menjaga nama baik sekolah masing-masing. Dengan tanggungjawab berat yang terpaksa dipikul di samping tidak ada pihak yang membela jika pengetua

dan guru disaman oleh ibu bapa maka mereka seolah-olah menutup mata terhadap masalah disiplin yang berlaku di depan mata. Yabetul menjadi guru adalah suatu pekerja yang sangat mulia dan bukan mudah sebenarnya lebih-lebih lagi berhadapan dengan kerenah pelajar di sekolah pada hari ini. Kadang-kadang dilihat guru dilihat hanya mampu menangis dalam hati melihatkan : Anak-anak yang terbiar ini dan yang datang dari keluarga yang tidak berapa ambil berat tentang pendidikan anak-anak.. Yang mewah dengan pelbagai harta benda tetapi teramat miskin perhatian dan kasih sayang daripada ibubapa sendiri. Mak ayah yang hanya turunkan anak dari kereta-kereta mewah di pintu pagar sekolah, terus meluncur pergi tanpa sempat singgah di majlis khas untuk ibu bapa, kerana ada urusan kerja!!! Pastinya guru lebih gembira sehingga menitis air mata melihat : Seorang ayah yang hanya datang dengan basikal buruk disambut gembira oleh anak yang sedia menunggu di sekolah. Apabila ada perjumpaan antara ibubapa dengan guru, ayah yang seperti inilah yang menghadirkan diri. Peranan ibu bapa cukup besar untuk mendidik dan membentuk sahsiah anak-anak kerana sebahagian besar masa mereka sepatutnya bersama ibu bapa. Di sekolah masa yang terhad perlu diagih antara memberi pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian dan dalam pada masa yang sama membentuk perangai pelajar. Dalam pada masa yang sama, anak itu juga perlu ada kesedaran diri, disiplin diri. Pada pandangan saya, cikgu-cikgu yang mengajar bukannya mengharapkan anda semua jadi jurutera, doktor, peguam atau apa sahaja jawatan tinggi. Cukuplah sekadar menjadi insan yang berguna. Sememangnya kejayaan anak didik adalah kebanggaan semua guru-guru dan warga pendidik. Namun ingatlah guru hanya memberikan kunci dan andalah yang akan menentukan penggunaan kunci itu setakat mana. Guru dan ibu bapa adalah sebahagian dari kejayaan anda, namun anda sahaja yang dapat menentukan dan mencorakkan kejayaan anda sendiri. Tanpa usaha anda, ilmu yang dicurahkan tidak akan kemana, ibarat menuang air ke daun keladi. Terima kasih kerana menghargai jasa guru dan seluruh warga pendidik.

Masih ingat lagi, kes disiplin pelajar di mana lapan pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama (SMA) Dato Klana Petra Maamor di Seremban didapati bersalah atas tuduhan membelasah sehingga mati seorang pelajar tingkatan empat sekolah yang sama, Muhammad Farid Ibrahim, 16, yang telah berlaku pada 28 Mac 2004. Allahyarham telah diikat kedua-dua tangan dan kaki, dipukul secara bertubi-tubi di seluruh badannya hingga menyebabkan tengkorak kepala retak, usus dan hati serta pundi kencingnya juga turut pecah. Masalah disiplin di sekolah bukan perkara baru. Cadangan demi cadangan dikemukakan dan pelbagai pihak menunjukkan keprihatinan untuk menangani masalah disiplin tetapi rata-rata banyak pihak menuding jari ke arah guru dan pihak sekolah jika masalah disiplin gagal dibendung. Kita juga tahu jawapannya. Masalah disiplin tetap berlaku dan kadarnya makin meningkat. Kita sudah nampak perbezaan keberkesanan antara pendekatan lama dan baru. Jika kita terlalu memanjakan dan membela anak atau pelajar bermasalah, maka inilah yang akan merosakkan mereka pada masa akan datang. Update pada 27 April 2010 !! KAJANG: Lapan pelajar Tingkatan Lima sebuah sekolah agama di Seremban yang didapati bersalah membunuh seorang pelajar Tingkatan Empat sekolah sama, tujuh tahun lalu dilaporkan kini sudah dibebaskan dari Kompleks Penjara Kajang. Kumpulan pelajar itu baru saja dibebaskan bulan lalu selepas berada di penjara itu hampir tujuh tahun dan dikatakan sedang menyambung pengajian peringkat ijazah di sebuah universiti tempatan. Katanya, mereka sebelum ini mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang, termasuk Pengajian Islam dan Teknologi Maklumat di Sekolah Integriti Kajang (SIK) adalah perintis program pemulihan penjara itu. Lapan pelajar, lima berasal dari Kuala Lumpur dan tiga dari Negeri Sembilan, dituduh secara bersama-sama membunuh seorang pelajar Tingkatan Empat, pada 28 Mac 2004. Semua mereka yang kini berusia 23 tahun itu dituduh melakukan perbuatan itu antara jam 10.30 pagi dan 4.15 petang di Asrama Putera sekolah itu. Menurut sumber, walaupun sejarah hidup mereka pahit, mereka pandai dan peluang harus diberikan kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Pada 6 Ogos 2004, Hakim Mahkamah Tinggi Seremban, Datuk Azhar Maah memerintahkan lapan pelajar itu ditahan mengikut budi bicara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. Kelapan-lapan pelajar itu pesalah juvana dan berdasarkan hakikat itu mereka dihukum mengikut Seksyen 97, Subseksyen 2 (b) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu boleh ditahan dipenjara berdasarkan budi bicara Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan kerana kesalahan berkenaan dilakukan di Negeri Sembilan.

Perbicaraan kelapan-lapan pelajar itu bermula sejak 14 Jun 2004 dan sepanjang 18 hari perbicaraan, 25 saksi dipanggil untuk memberi keterangan. Sementara itu, jurucakap Istana Negeri Sembilan ketika dihubungi mengesahkan berhubung pembebasan lapan pelajar itu selepas rayuan terakhir mereka diluluskan oleh Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas), tetapi enggan mengulas lanjut. Sumber Berita Harian

Punca Masalah Sosial di Malaysia?Kalau dahulu timbulnya isu remaja Melayu yang minum arak tanpa segan silu apabila tibanya tahun baru, malam merdeka. Cuba lihat besoknya. Bergelimpangan botol-botol arak. Bukan sahaja pada masa itu sahaja, mereka meneguk air syaitan tak ikut masa tapi perayaan sebenar mereka pada masa-masa sambutan seperti itulah. Isu-isu seperti ini sebenarnya bermusim, panas sekejap, kemudian terus lenyap. Masalah sosial di Malaysia akan terus bernanah Tetapi kalau ikutkan ini hanya sekelumit kisah disebalik masalah sosial di Malaysia yang semakin kronik daripada hari ke hari. Tetapi..

Tetapi disebabkan bermulanya araklah datang pula masalah sosial yang lain malahan juga jenayah pembunuhan mahupun penzinaan. Senang cakap di sini. Arak adalah punca segala maksiat. Apa yang nak dihairankan? Tiada duit, mereka curi botol arak di pasar raya semata-mata untuk memuaskan keinginan haram mereka. Asalkan dapat hilangkan gian. Dah rasa arak jenis Stout nak merasa pula minuman keras berjenama ekslusif yang berharga mahal. Yang penting, hati mereka senang, fikiran melayang entah ke mana.Tetapi apa natijahnya? Kalau bosan-bosan pula, berbekalkan setin gam kayu yang dikongsi secara beramai-ramai, mereka khayal dalam dunia tersendiri sehingga tak pedulikan lagi keselamatan diri. Terbaring di tengah jalan raya kerana sudah high. Budak-budak

hingusan lagi tu..Inikah yang kita harapkan untuk memimpin negara? Dah syok dengan gam, nak merasa yang lebih extrem. Kononnya tak sporting, nak menjaga hati kawan dan juga perasaan ingin mencuba yang meluap-luap. Dalam pada yang sama mengharapkan kawan-kawan bersorak dan menepuk tangan memberikan sokongan kepadanya. Dapat pula, kawan-kawan yang kepala stone. Itu sebabnya sangat-sangat penting memilih kawan..

Masalah sosial di Malaysia terus akan berlaku, malah mungkin akan terus bertambah parah. Tokoh agama dan juga bekas pegawai agama Istana negara, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz sendiri kecewa masalah sosial di Malaysia pada hari ini yang sudah menyimpang jauh daripada ajaran agama. Punca? Kata Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz punca berleluasanya masalah sosial di Malaysia terutamanya di kalangan remaja Islam, beliau berkata segalanya terletak pada ajaran dan didikan ibu bapa di rumah. Kebanyakan remaja berkenaan datang daripada keluarga yang berantakan. Yang mak bapak pula, keluarga dah haru-biru, anak-anak hanyut entah ke mana, masih lagi sibuk mencari kekayaan bertimbuntimbun. Ibu bapa sibuk dan terus mencari dunia dan sering mengabaikan tanggungjawab mereka sehingga menyebabkan anak-anak yang masih lemah dan tidak cukup bulan ini mencari keselesaan di luar rumah. Kalau anda sebagai ibubapa telah menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin, saya ucapkan tahniah, anda memang great parent in the world. Teruskan..

Kalau ada permintan tiada penjualnya, tak jalan juga. Yang hairannya bukan semua, tetapi kebanyakan premis jual arak kadang-kadang jarang berlaku serbuan. Hai.kebal betul premis ini? Tang maksiat lain jangan cakapla..Okey dipendekkan cerita di sini, memang penguatkuasa kita ada menjalankan tugas, tetapi belum-belum dan belum cukup solid. Pembentukan sebuah keluarga perlu diiringi dengan pembahagian tugas, peranan dan tanggungjawab setiap anggota keluarga ibu, bapa dan anak-anak. Satu daripada tanggungjawab utama sebagai ibu bapa secara umum ialah memberikan pendidikan sempurna kepada anak termasuklah pendidikan kerohanian. Tanyalah kebanyakan pelajar dan remaja yang ada ditangkap kerana bermasalah. Punca sebab apa? Kebanyakannya pasti datang daripada ibu bapa yang dikaitkan dengan kegagalan mendidik anak. Ya..kebanyakan ibu bapa hari ini ada degree, master malahan PHD dalam bidang masing-masing. Tetapi, adakah itu membantu? Bezanya mak bapak dulu dengan mak bapak sekarang. Mak bapak dulu tak takut dengan anak. Kalau dia nak ajar anaknya, dia akan ajar betul-betul sehingga menjadi manusia yang berguna. Mak bapak sekarang banyak takutnya. Takut yang macam-mana, takut anak sedihla.takut anak kecil hatila..takut tiada sifat sporting kononnya, takut anak tertekan, takut anak lari dari rumah. Tetapi, takut-takut mereka pun, lihat statistik remaja lari dari rumah sekarang lebih ramai dari zaman dulu. Kenapa agaknya tu?

Dengan kos hidup yang semakin tinggi, trend mak bapak sekarang, kedua-duanya pergi kerja. Nak fight dengan living cost yang menekan. Siapa yang nak monitar budak-budak ini? Dapat pulak anak yang aktif..Itu belum masuk lagi kes anak murid lempang cikgu. Budak 13 tahun rogol budak 8 tahun. Budak 10 tahun pergi rompak rumah orang. VCD lucah jadi aktiviti masa lapang sekeluarga, anak saman bapak sebab tak bagi kahwin dengan penagih dadah. Macam-macam Akhirnya kiblat kita ke mana? Apa halatuju kita dalam mendidik anak-anak? Masalah sosial di Malaysia makin menjadi-jadi. Kalau ikut kata Mat Saleh, mereka selalu cakap begini : Babies dont come with an instruction manual. Tetapi itu kata mat saleh. Kita nak ikut cara mereka ker? Niat dihati nak membantu dan menegur sebagai menunjukkan tanda sayang kita kepada anak-anak jiran kita. Kalau dahulu, satu-satu komuniti kenal antara satu sama lain. Kau dan kau adalah KITA

Sekarang? Sekarang, kalau silap tegur anak orang walaupun dah terang-terang anaknya buat silap, memang kena marah semula. Tak pun kena baling dengan pinggan atau batang penyapu (Contoh ye). Kau, kau dan aku, aku. Jangan menyibuk. Pergi jaga anak kau dulu. Dalam sudut yang lain pula..masalah sosial di Malaysia tetap terjadi walaupun mak ayah dah didik anak-anak mereka sebaik mungkin. Itu sebabnya masalah sosial di Malaysia melibatkan banyak faktor. Walaubagaimanapun, penyelesaian yang terbaik dalam membendung masalah sosial di Malaysia yang semakin kronik adalah bermula daripada institusi keluarga itu sendiri. Tetapi ada anak-anak yang tidak nampak kesungguhan dan keperihatinan ibubapa mereka yang sentiasa berdoa dan bersusah hati di rumah (kampung) semasa anak-anak pergi belajar/kerja di Kuala Lumpur. Ada juga yang depan ibubapa, pijak semut pun tak mati, belakang ibu bapa? Erm.. Kalau dahulu, zaman dahulu siaran TV start bermula tengahari, sekarang pula 24 jam tanpa henti. Masukkan pula rancangan yang merepek seperti..Kalau dahulu telefon bukan suatu kemestian, sekarang ini telefon adalah suatu keperluan. Ditambah pula, telefon sekarang canggih,setakat nak rakam saat-saat manis hubungan terlarang mereka, sekali picit sahaja. Tak susah pun. Kemudian kantoi pulak..keluar diberita terlanjur.Terlanjur ker? Ker melanjurkan diri (apa punya bahasa ini)? Ada rezeki lebih, perut mula membusung, kepala dah mula pening dan pada masa itu timbulnya penyesalan yang amat-amat sangat. Kasihan anak luar nikah yang tidak berdosa ini. Dapat pula budak-budak lepas balik sekolah ada duit lebih sikit, tak beli rokok, beli pulak majalah mangga. HANCUR.

Walauapapun, mendidik anak-anak merupakan tanggungjawab tetapi dalam sudut hari mereka pasti ada kerisauan, lebih-lebih lagi melihat masalah sosial di Malaysia hari ini. Tidak ada seorang ibu pun yang mahukan anak-anak mereka membesar sebagai orang gagal dan bermasalah. Betul tak? Sedar tidak sedar panjang juga artikel kali. Banyak lagi yang ingin saya bebelkan di sini, tapi tidak mengapa. Saya akan sambung di bahagian kedua nanti. Setiap masalah pasti ada penyelesaian. Mereka lahir seperti kain yang putih bersih dan sempurna tanpa sebarang cacat celanya. Kitalah yang mencorakkan dan mewarnakan kain putih itu dengan corak dan warna yang tertentu.

Gejala Sosial di Malaysia. Penyelesaian?Gejala sosial oh gejala sosial. Makin ada usaha dibanteras, makin menjadi-jadi. Baru-baru ini, kita digemparkan tentang trend semasa gejala sosial di Malaysia apabila sebuah sekolah di Rawang yang mana sesetengah budak sekolahnya masih berhingus lagi tetapi bergalak samseng, kononnya merekalah jaguh, merekalah taiko di sekolah dan pelajar-pelajar lemah akan tunduk kepada mereka. Lain yang disuruh, lain yang mereka belajar. Adakah apabila terdedah kes-kes seperti ini baru pihak-pihak berwajib baru nak terhegeh-hegeh memantau gejala sosial di Malaysia yang terus menjadi hiasan di dada-dada akhbar dan juga siulan masyarakat hari ini? Pelajar-pelajar sekolah Menengah tersebut ketakutan dek kerana apabila tiap kali tiba di sekolah akan menanti pelajar-pelajar samseng aka taiko menuntut wang perlindungan bermula dari RM8 ke RM36

Serba boleh mereka ini. Rakan-rakan mereka lain mempunyai impian dalam menggalas tanggungjawab besar memimpin negara pada masa hadapan, tetapi pelajar samseng di sekolah ini terlibat aktif dalam kegiatan Triad (kongsi gelap), pengedaran ubat (ganja, ketamin dan Eramin 5), alkohol dan serangan seksual di

sekolah. Natijahnya, guru yang sepatutnya mengawal keadaan di sekolah tersebut telah tewas dengan sekumpulan pelajar samseng yang sedang bermaharajela di sekolah tersebut. Terbalik pula, guru-guru telah takut untuk membanteras dan mengambil tindakan. Ini respon ahli parlimen Rawang, Gan Pei Nei : Malangnya tiada yang mengemukakan sebarang aduan supaya kami dapat mengambil tindakan lebih lanjut. Lagipun kami dia tidak dibenarkan untuk berhubungan langsung dengan sekolah-sekolah walaupun menjadi ahli parlimen untuk daerah tersebut kerana prosedur pentadbiran Yang ahli parlimen satu hal, mana pula polis Rawang? Nak cari polis Rawang? SenangCuba anda pandu di leburaya sekitar pukul 9 pagi ke atas, anda mempunyai peluang cerah mencari anggota polis yang sedang sibuk tunggu bawah jambatan di lebuhraya berdekatan dengan exit rawang, lengkap dengan kamera tangkap pesalah yang memandu melebihi kelajuan. Agak-agaknya gejala sosial di Malaysia sekarang ini perlu ker mencapai klimaks dan kemuncak seperti dalam filem Anakku Sazali baru nak bersungguh-sungguh membanteras? Sayang anak, tangan-tangankan Mana perginya ibu-bapa kepada pelajar-pelajar sekolah yang berlagak samseng seperti ini? Terlampau sibukkah ibubapa ini? Belum bertimbunkahjongkong emas dan wang ringgit di rumah ibu bapa ini? Atau tersalah didikan anak-anak mereka ini? Sebelum saya meneruskan kepada asal tajuk artikel hari ini, iaitu Gejala Sosial di Malaysia, di manakah penyelesaian? Anda dijemput semak artikel ini, punca gejala sosial di Malaysia? Yang pastinya semua ibubapa pasti mahukan zuriat yang membesar sehingga menjadi manusia yang berguna kelak pada mata masyarakat yang akhirnya penat lelah dan pengorbanan ibubapa menjadi menjadi satu kepuasan. Okey.dalam kita sibuk menghentam dan mengkritik Yahudi kerana kekejaman mereka terhadap saudara kita di bumi Palestin, mereka dalam diam-diam mempelajari cara mendidik anak-anak mereka mengikut apa yang diajar oleh Islam dan amalan Rasullullah sehingga berjaya melahirkan Yahudi Bijak. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi dari segala bidang : Daripada bidang kejuruteraan, hiburan, saintis, makanan, dan perniagaan. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi dari kosmetik, pakaian,

pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman di Hollywood dan sebagainya. Contohnya : 1. Haus, mengidam nak minum air bergas (Jumpa Coca-Cola) 2. Anak-anak sekarang menangis nak makanan segera ( Jumpa McDonald) 3. Lepak dengan kawan-kawan atau bincang bisnes MLM(Jumpa di Starbuks) 4. Nak kulit mulus untuk bayi anda ( Johnson & Johnson) 5. Nak berhibur dengan rancangan-rancangan di kaca televisyen? (ramai yang yang tengok rancangan keluaran Disney) 6. Ramai yang sudah ada komputer peribadi (ramai juga yang guna jenama Dell) 7. Ha.minta keluarkan telefon bimbit anda? (Ada yang pakai Nokia) 8. Tekak haus pula, bancuh susu (keluaran Nestle) 9. Cantik Jeans. Pusing sikit. Jenama apa? (Hehe.Levis) 10. Dan macam-macam lagi.. Antaranya cara dan langkah penyelesaian dirasakan dapat menyelesaikangejala sosial di Malaysia (Yang kurang anda boleh tambah diruangan komen di bawah) : 1) Wanita Yahudi misalnya mendidik anak sejak dalam kandungan. Sebaik hamil, mereka akan membuat latihan matematik, mendengar muzik dan bermain muzik untuk merangsang perkembangan anak. Ia terbukti berkesan dan jangan hairan jika anak-anak Yahudi dilahirkan bijak. 2) Berminat saya dengan kata-kata Dr Mohd Fadzilah yang mana beliau pernah bertemu dengan seorang wanita yang tidak pernah lalai membaca sehingga satu juzuk al-Quran setiap hari sepanjang hamil. Jika dia keletihan, suaminya akan menyambung membaca dan pahala dihadiahkan kepada bayi dalam kandungan. Anak itu dilahirkan dan membesar menjadi seorang lelaki yang bijak, pintar dan tinggi akhlaknya. Ini bukti betapa ayat Quran dan doa cukup berkesan dalam usaha membentuk anak pintar. Jika tidak berkesempatan mendidik anak dari dalam perut, belum terlambat untuk berbuat demikian walaupun mereka sudah menjejak alam persekolahan. 3) Malah, baginya, antara saat paling mustajab mendidik anak ialah hypnagogic moment iaitu masa antara anak berada dalam keadaan antara sedar dan tidak ketika hendak tidur. Waktu lain yang turut memberi impak besar kepada usaha ibu bapa memberi didikan ialah sebelum anak-anak tidur, sedang tidur dan baru bangun

tidur. Ambil masa seminit, dua untuk membacakan doa sambil mengusap kepala mereka selain memberikan nasihat. Ketika itu, mereka seolah-olah terpukau dan apa saja yang disebutkan ketika itu akan meresap masuk ke dalam hati. Rebut peluang untuk membisikkan kata-kata nasihat, pujian dan pesanan ketika mereka dalam keadaan itu dan Insya-Allah anakanak akan menurut apa yang dikatakan. 4) Yang ibubapa pula, janganlah kerap menegur anak-anak dengan mengeluarkan perkataan negatif ketika marah. Sebabnya..kata-kata itu satu doa. Anak boleh dimarah dan kena dimarah tetapi biarlah marah itu berunsurkan positif. Jangan sesekali keluarkan perkataan degil, keras kepala kepada anak. 5) Sebaik kandungan mencecah empat bulan, ibu digalakkan baca surah al-Fatihah, ayat Kursi dan surah al-Inshirah. Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan manakala surat al-Inshirah untuk melapangkan hati dan fikiran. 6) Selepas bersalin, baca surah berkenaan ketika menyusukan anak dan dihembuskan di kepala. Ia boleh diteruskan sehingga anak cukup umur. 7) Amalkan dan berikan kepada anak-anak anda dengan makanan yang berkhasiat seperti : Madu Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia shifa iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat. Ia perlu diambil dua sudu teh (gunakan sudu plastik) pada waktu pagi dan malam. Kismis Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Adab memakannya ialah dengan mengadap Kiblat, membaca Bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati. Ia perlu dimakan seperti memakan gula-gula kerana dikatakan tidak berkesan jika dikunyah dan diambil satu persatu sebanyak 21 biji setiap hari. Susu segar Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semula jadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda

ialah susu kambing, biri biri dan lembu yang segar. Ia diminum segelas pada sebelah pagi dan malam. Telur Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli ahli kesihatan mengakui ia adalah makanan yang lengkap dan berkhasiat. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru. Halia Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa. Halwa ialah halia yang dijadikan Dimakan sedikit saja pada waktu pagi. Buah Delima Mujarab untuk penerang hati seperti sabda Nabi Muhammad SAW: Sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari. Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang seorang ibu sedang mengandung, si ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami. Untuk apa mereka buat seperti ini? Ini untuk anak mereka yang masih di dalam kandungan. Melatih otak anaknya, semoga ia menjadi genius apabila dewasa kelak. 9) Melihatkan pemakanan pula si ibu di Israel sejak awal mengandung mereka gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan apabila tiba waktu tengah hari makan utama mereka Roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang Daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. Pengambilan pil minyak ikan oleh ibu-ibu di Israel semasa mengandung 10) Kalau makan malam pula, mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama di meja jika ada ikan. Menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama boleh mengakibatkan kerosakan pada usus dek kerana tindakbalas biokimia yang terhasil apabila berlaku campuran antara makanan laut dan darat. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

11) Mereka juga gemar memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.

Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan anak-anak mereka terutamanya merasa mengantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran di sekolah. 12) Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh atau lembab). Suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA walaupun pemilik pengeluar rokok terbesar di dunia adalah..(cuba teka?)

Cuba beli rokok di Indonesia & kemudian beli pula rokok di Singapura. Harga? Kemudian bezakan pula, pencapaian akademik, pemikiran dan teknologi mereka? 13) Daripada sekecil-kecil perkara termasuk pemakanan diambil berat oleh kaum Yahudi. Bagi mereka ia sangat-sangat penting dalam perkembangan anak-anak mereka. Apabila anak-anak Israel ini masuk pula di tadika, mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota-notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak

Menurut saintis Yahudi, gegaran muzik dapat stimulate (senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius muzik terdiri dari kaum Yahudi. 14) Kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris

15) Dalam pada itu sukan juga tidak diketepikan oleh kaum Israel yang menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari. Okeykita topik sekejap, dan saya cukup bersetuju dengan cadangan kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia dengan slogan 1Pelajar, 1 Sukan yang mana setiap pelajar daripada peringkat rendah lagi diwajibkan memilih satu sukan untuk diceburi. Kata masyarakat Israel, memanah dan menembak dapat melatih otak fokus dalam sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perkhidmatan negara. 16) Apabila remaja Israel ke sekolah tinggi (menengah) di sini murid murid ditekan dengan matapelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk. Walaupun

kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan kejuruteraan, idea itu akan dibawa ke pusat pengajian yang lebih tinggi di Politeknik dan Universiti. Kanak-kanak kita pula hari ini sudah terdidik dengan perkataan Jangan, Jangan & Jangan. Sedangkan pada waktu kanak-kanak itulah adalah proses pembelajaran terbaik dalam pada masa yang sama kita pantau dan terus memberikan penjelasan kepada mereka. Itu yang ada remaja yang belum cukup akal masuk alam sekolah menengah, memberontak!! Dapat pula kawan yang pandai memujuk anak anda ke jalan yang salah. HANCUR!! 17) Fenomena yang berlaku Fakulti perniagaan, Israel mereka sangat serius tentang perniagaan. Apabila tiba tahun akhir diuniversiti, para penuntut dikehendaki melakukan projek, dan mereka hanya akan lulus jika kumpulan mereka (10 pelajar setiap kumpulan) memperolehi keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itu realitinya.

Tidak hairanlah Yahudi berjaya menguasai perniagaan di dunia! Contohnya, Levis ialah ciptaan dari Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen. 18) Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka

Menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksigen dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala supaya dapat mensimulasikan otak kita untuk bertambah aktif. 19) Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatankuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir daripada jawatankuasa tadi akan bekerjasama dengan merekaa untuk memastikan yng perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Starbuck, Dell, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama di dunia adalah di bawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Di Malaysia pula jika Saintis contohnya ingin mendapat geran masih lagiterhimpit dengan masalah biokrasi

20) Ada pula kenyataan daripada seorang Menteri Perlancongan, Dato Seri Ng Yen Yen yang mengatakan pelancong asing ramai datang ke Malaysia disebabkan hebatnya kelab malam di Malaysia ketika menteri tersebut dalam usaha merangka penempatan semula kelab malam. Aziz Desa pun tak setuju kenyataan seperti ini semasa rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9 sebelum ini. Apakah Malaysia haus sangat dengan idea untuk menarik pelancong asing? 21) Kalau di rumah tu, cuba sekali-sekali selongkar di dalam beg anak anda, bawah katil di sekitar bilik anak anda. Biar jumpa dan sedar sekarang, jangan apabila anak sendiri dah kena kantoi dan rosak, baru nak mengeluh. Tidak mengapa penat, sekali-sekala perhatikan gerak-geri dan pergerakan ank-anak anda di luar sana, apa yang mereka buat. Dengan siapa mereka berkawan. Malam-malam apa yang anak anda buat. Cabaran ibu bapa sekarang tidak sama dengan situasi dengan ibubapa dahulu 22) Ibubapa pula jangan nak lepas tangan kepada guru-guru semata. Bekerjasamalah dengan guru-guru tentang perkembangan anak anda di sekolah. Belajar macam mana. Tingkah laku bagaimana? Sokongan dan bantuan yang mana guru-guru perlukan daripada ibubapa. 23) Penyelesaian tentang gejala sosial di Malaysia tidak juga akan berjaya tanpa penguatkuasaan yang lebih proaktif dan solid daripada pihak berkuasa. Sokongan pihak berkuasa juga sangat-sangat penting. Walaupun apa-pun gejala sosial di Malaysia mampu dikurangkan daripada masa ke semasa bermula dengan didikan yang sempurna daripada kedua ibubapa secara berterusan. Yang pastinya melahirkan anak dan mengasuh sehingga manusia yang berguna kepada masyarakat kelak bukanlah suatu yang mustahil dan tentunya bukan boleh direalisasikan dalam tempoh semalaman, ianya memerlukan masa dan pengorbanan. Masalah belum terlambat jika bermula daripada sekarang, kita akhirnya nanti mampu melahirkan manusia yang bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

CABARAN BELIA DALAM MEREALISASIKAN GAGASAN 1 MALAYSIASetelah Dato Seri Najib Tun Razak memegang tampuk pemerintahan pada bulan 3 yang lalu, beliau telah melakukan banyak perubahan dasar negara yang drastik dari segi ekonomi dan dasar pentadbirannya. Antara dasar yang paling besar yang di perkenalkan oleh beliau ialah, Gagasan 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKANPENCAPAIAN DIUTAMAKAN. Secara dasarnya gagasan ini mementingkan perpaduan antara kaum di negara ini. 1 MALAYSIA menghargai dan menghormati identiti setiap kaum dan dianggap sebagai asset. Identiti yang berbeza itu dianggap sebagai asset, dan asa utama konsep ini adalah keadilan untuk semua kaum. Sekolah dan universiti yang rata-rata terdiri daripada golongan remaja dan belia sebenarnya cerminan kepada 1 MALAYSIA. Oleh itu semua remaja perlu mempunyai misi dan visi yang sama dengan kepimpinan negara.

KONSEP 1 MALAYSIA

Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru. Sebaliknya konsep 1 Malaysia RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap, amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat. Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum, yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan. 1 Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancer.

HURAIAN 1 MALAYSIA *1 Malaysia membawa aspirasi untuk meningkatkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati, keikhlasan dan sikap saling

mempercayai antara kaum. *1 Malaysia memerlukan kepimpinan dan rakyat yang berintegriti tinggi. Dalam hal ini sifat jujur, berkebolehan, bercakap benar, telus, ikhlas dan amanah amat penting untuk melaksanakan tanggungjawab kepada kepada negara. * 1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. *Kesungguhan dan komitmen terhadap tugas dan tanggungjawab menjadi asas atau senjata paling ampuh dalam mencapai sesuatu kejayaan. Negara memerlukan rakyat yang berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh iltizam, azam dan tekad demi kepentingan dan kemajuan negara. * Malaysia juga memerlukan pemimpin yang mesra rakyat dan sanggup berkorban masa, tenga dan kewangan serta mengenepikan kepentingan peribadi demi negara. Pemimipin yang bekerja dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas akan mendapat sokongan dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. * 1 Malaysia adalah pemangkin kepada pengwujudan negara bangsa yang dapat melahirkan rakyat yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan antara satu sama lain. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan * Justeru pemimpin dan rakyat perlu saling memahami dan menghayati lapan nilai 1 Malaysia iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti.

3 PRINSIP TERAS 1 MALAYSIA 1 Malaysia disandarkan kepada 3 teras dalam memperkukuhkan perpaduan nasional iaitu:

-PRINSIP PENERIMAAN - PRINSIP KENEGARAAN - PRINSIP KEADILAN SOSIAL

NILAI-NILAI 1 MALAYSIA

Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh Y.A.B Dato Sri Najib Tun Abdul Razak dalam konsep 1 Malaysia. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Lapan nilai tersebut adalah:

*Budaya kecemerlangan *Ketabahan *Rendah hati *Penerimaan *Kesetiaan *Meritokrasi *Pendidikan *Integriti CARA-CARA MEMUPUK PERPADUAN DIKALANGAN BELIA DALAM MENCAPAI GAGASAN 1 MALAYSIA.

Pepatah melayu ada menyebut bersatu teguh, bercerai roboh. Ia sudah cukup melambangkan kepentingan perpaduan di dalam sesebuah keluarga, masyarakat dan negara. Datuk Seri Najib

Razak telah memperkenalkan slogan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan pada hari beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia. Oleh yang demikian rakyat Malaysia terutama golongan belia perlu menanam semangat perpaduan yang tinggi dalam diri mereka bagi menyemarakan lagi gagasan 1Malaysia. Pelbagai cara boleh dipupuk bagi memastikan gagasan 1Malaysia ini difahami dan dihayati oleh seluruh rakyat Malaysia. Misalnya, dalam konteks sosial, ia boleh didpupuk melalui gotong-royong yang diadakan oleh masyarakat setempat. Selain itu, belia juga boleh disatukan dengan cara menyertai aktiviti sukan yang disertai oleh pelbagai kaum dalam satu pasukan yang sama. Begitu jugalah apa yang perlu diamalkan oleh pelajar-pelajar terutamanya pelajar institut pengajian tinggi, dimana setiap kumpulan tugasan dianggotai oleh pelajar yang berbilang kaum dan jantina tanpa didominasi oleh sesuatu bangsa. Tanpa disedari, disitu bermula sebuah ikatan yang harmoni diantara kaum selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Konsep 1Malaysia boleh dijayakan lagi jika semua golongan belia bersatu. Golongan belia perlu sedar sebenarnya mereka mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai pelapis dan pemimpin negara pada masa hadapan. Mereka sepatutnya menjadi warganegara Malaysia yang mementingkan perpaduan dan menanam semangat cintakan negara. Mereka seharusnya bekerjasama tanpa mengira kaum, agama dan bangsa dalam menjadikan 1Malaysia menjadi realiti. Ada juga pepatah melayu mengatakan melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh yang demikian kerajaan seharusnya memainkan peranan yang penting dalam merialisasikan 1Malaysia. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia boleh menyelarskan satu mata pelajaran yang berkaitan dengan perpaduan disekolah dan institut pengajian tinggi di mana matapelajaran mengajar mereka tentang kepentingan perpaduan dalam sesebuah masyarakat dan negara. Bermula dari sekolah, mereka boleh menghayati erti perpaduan. Selain itu, adakan kem untuk memupuk perpaduan antara kaun seperti kem PLKN di mana semua kaum akan di tempatkan dibawah satu bumbung dan dari situ mereka akan belajar untuk menghormati antara satu sama lain dan dari situ perpaduan dikalangan kaum dapat dipupuk secara sendirinya. Walau apa jua yang kita lakukan, kita jualah yang mencorakkannya... sebagai bangsa yang mempunyai peradaban dan mertabat yang tinggi maka eloklah kita teliti sehalus-halusnya perpaduan kaum yang ada.. jangan hanya berada dibawah satu bumbung(negara) tetapi hidup masing-masing. Pepatah dulu ada benarnya, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh kata-kata ini seharusnya tak lekang dek panas, tak lentur dek hujan... renungkan ke dalam diri kita semua....

HALANGAN-HALANGAN BELIA DALAM MENCAPAI GAGASAN 1 MALAYSIA

Seperti kita semua tahu bahawa Perdana Menteri Malaysia Kelima Dato Seri Najib Tun Razak telah mengisytiharkan konsep 1Malaysia iaitu mengambil kira kepentingan dan aspirasi semua lapisan masyarakat dalam menggerakkan negara ke depan. Terdapat beberapa nilai-nilai utama daripada konsep 1Malaysia -- budaya kecemerlangan, meritokrasi, integriti dan kesetiaan dan ia adalah selari dengan slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Sebagai rakyat Malaysia banyak halangan yang dihadapi sebelum kita dapat menjayakan konsep tersebut buat masa sekarang.

Sebagai contoh ialah rakyat Malaysia sendiri dimana walaupun kita telah mencapai kemerdekaan selama 52 tahun tetapi tahap kesedaran atau semangat patriotik masyarakat kita masih ditahap rendah pada sambutan Hari Kemerdekaan yang dianjurkan kerajaan. kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Selain itu masalah yang dihadapi penduduk luar bandar yang masih di diskriminasi oleh sesetengah pihak merupakan halangan untuk konsep tersebut berjaya. Sebagai contoh kita dapat lihat melalui aspek Agama di Sabah dimana ianya di dominasi oleh Agama Islam dan Kristian banyak memberi impak atau cabaran dilalui tidak mudah kerana kepelbagaian merumitkan usaha ke arah perpaduan dan kesatuan masyarakat. Selain itu masalah penggunaan bahasa yang baik masih lagi menimbulkan persoalan apabila penggunaan bahasa Melayu di Sabah dikatakan agak rendah. Keadaan ini bukan dipengaruhi oleh sentimen kenegerian atau bersikap prejudis terhadap rakan Semenanjung tetapi masalah yang dihadapi ialah tongue twist atau lebih mudah Slang yang dituturkan untuk bergaul. Selain itu, cabaran lain ialah antaranya dari segi sosio-budaya, ekonomi dan politik keseluruhannya. Dari segi politik, demokrasi semakin diperluaskan ruang hak bersuara seperti penggunaan blog secara meluas tanpa kekangan pihak berkuasa. Masyarakat dapat mengetahui dan menilai bagaimana pemimpin berbincang secara terbuka serta penyertaan rakyat dalam pembuatan keputusan. Dalam perspektif ekonomi, dasar liberalisasi ekonomi yang di bentuk bagi menangani krisis ekonomi dunia ketika ini perlulah seimbang bagi mengelak percanggahan kepentingan sesuatu kaum. Bagi sosial budaya, perubahan yang dilakukan untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyat dan pendidikan mestilah berteraskan perpaduan bagi merapatkan jurang antara kaum yang ketika ini dilihat goyah akibat dimanipulasi oleh golongan yang berfikiran sempit bagi mencapai kepentingan diri semata-mata.

KEPENTINGAN KONSEP SATU MALAYSIA.

Konsep Satu Malaysia akan membawa aspirasi untuk memperkukuhkan hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat sebagaimana kehendak prinsip Rukun Negara. Perkara yang perlu diwujudkan dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat menghormati dan sikap saling mempercayai antara kaum. Rakyat perlu memahami dan mengamalkan bahawa segala tindakan perlulah mengutamakan kepentingan negara. Semua kaum perlu menganggap bahawa mereka adalah bangsa Malaysia di mana segalanya perlu dinikmati secara bersama. Malaysia adalah negara kita di mana tidak ada masyarakat atau kaum yang akan dipinggirkan daripada menikmati pembangunan dan pembelaan daripada kerajaan. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara. Melalui konsep 1 Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua rakyat adalah Bangsa Malaysia dan Rakyat Malaysia yang mempunyai satu hala tuju da kita dan cita rasa untuk bersama memajukan negara. Pembinaan negara bangsa bagi sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai integriti, kebolehan, dedikasi dan kesetiaan. Sesungguhnya semua rakyat Malaysia perlu mendasari prinsip-prinsip utama 1 Malaysia iaitu kebersamaan (togetherness) dan kekitaan (sense of belonging) bagi menjayakan konsep ini.

KEPENTINGAN SATU MALAYSIA TERHADAP DIRI BELIA DAN MASYARAKAT.

Kepentingan yang kita dapat lihat didalam perlaksanaan konsep satu Malaysia adalah konsep dimana ianya menggalakkan perpaduan diantara kaum dan menggelakkan perbalahan sesama masyarakat. Selain itu mengikut persepsi lain, konsep ini dapat menggelakkan demonstrasi. Seperti yang kita ketahui, negara kita sedang rancak dengan pelbagai demonstrasi yang

dilakukan seperti demonstrasi yang dijalankan oleh pelajar UITM (University Teknologi Mara Malaysia). selain itu, konsep satu Malaysia juga dapat mengelakkan ketidakpuasan hati dikalangan belia dan masyarakat. Seperti contoh perbalahan antara kaum dimana seperti yang kita tahu, kaum atau bangsa melayu mendapat keistimewaan yang banyak dan ini akan menimbulkan ketidakpuasan hati diantara kaum dan bangsa lain. Jadi konsep satu Malaysia membawa maksud kesamarataan antara semua kaum di Malaysia. Jadi secara kesimpulannya, semua bangsa adalah sama.seperti lirik lagu satu Malaysia yang dinyanyikan oleh satu pelajar Lim Kok Wing Kita satu bangsa, kita satu negara, kita satu matlamat, kita satu nama satu nama, kita satu Malaysia.POSTED BY TEKNOLOGI DAN BELIA.

Mendidik generasi muda melestarikan alamOleh mariatul qatiah zakaria Gambar harun osman

GENERASI muda hari ini seharusnya diberikan

POKOK Tongkat Ali menggunakan baja yang dihasilkan daripada bahan buangan seperti sisa kopi.

kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar sejak di peringkat awal dalam usaha melahirkan generasi yang berwawasan dan menghargai ciptaan Tuhan. Ini kerana di peringkat kanak-kanak merupakan masa yang terbaik untuk mendidik dan membentuk keperibadian mereka. Bagaimanapun, tanggungjawab mendidik tidak terhad kepada ibu bapa sahaja malah ia turut melibatkan masyarakat sekeliling termasuk syarikat-syarikat swasta mahu pun kerajaan.Atas kesedaran itu, Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA) dengan kerjasama Starbucks Coffee akan mengendalikan beberapa siri projek yang berkisar mengenai alam sekitar dan dikenali sebagai program 'Starbucks Eco Youth'.

Starbucks Coffee turut menyalurkan dana sebanyak RM 70,000 untuk digunakan sepanjang program tersebut. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif YAWA, Adly Mohamed, dana tersebut akan digunakan untuk memelihara alam sekitar di samping menganjurkan beberapa siri program pemuliharaan di sekitar Lembah Klang. ''Buat masa ini, lima kawasan di Lembah Klang telah dikenalpasti untuk dilaksanakan program ini seperti Lestari Damansara Damai, Idaman Damansara Damai, Taman Baiduri, Lembah Subang dan Bangsar. ''Ia juga digunakan untuk program-program pemuliharaan alam sekitar seperti bagaimana untuk mengitar semula bahan-bahan buangan,'' ujarnya ketika ditemui pada pelancaran program 'Starbucks Eco Youth' di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Pada majlis tersebut, selain penyerahan dana oleh Starbucks Coffee, terdapat juga gerai-gerai yang memaparkan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar seperti pembuatan baja daripada bahan buangan, kraf tangan dan percetakan kemeja-t. Semua aktiviti pada hari tersebut lebih tertumpu kepada penghasilan barangan daripada bahan buangan bagi menggalakkan amalam kitar semula di kalangan masyarakat untuk elakkan pencemaran. Dalam pada itu, Pengarah Komunikasi dan Pemasaran Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn. Bhd, Sydney Quays berkata, selain keprihatinan Starbucks Coffee dalam hal-hal berkaitan alam sekitar ia juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada kanak-kanak serta remaja mengenai alam dan komuniti di sekeliling mereka. ''Ini merupakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilakukan oleh syarikat kami untuk masyarakat setempat bersama YAWA. ''Pada masa sama kami turut mengambil berat soal isu alam sekitar yang dilihat semakin meruncing selain percaya generasi muda hari ini mampu mengubah ke arah kebaikan. ''Melalui 160 cawangan Starbucks Coffee di seluruh negara, kami jalankan ia secara serentak dan secara tidak langsung dapat mencapai matlamat serta sasaran kami,'' tambahnya. Jelas beliau lagi, dana yang disalurkan akan digunakan sepanjang tahun bagi setiap program alam sekitar yang akan diadakan dan sekiranya program tersebut berjalan lancar dan berjaya, tidak mustahil pihaknya akan terus menyalurkan dana untuk tahun berikutnya. Setakat ini antara program-program yang telah dikenalpasti dan akan dijalankan ialah kem UMW Green Challenge, YAWA-Biodiversity Train Adventure, YAWA-Biodiversity Cave Adventure, YAWA-Eco Cycling

Expedition, kem YAWA-Eco Ramadan, YAWA-Eco Adventure Education 1 dan YAWA-Eco Adventure Education 2. Kesemua program-program tersebut dijangka akan dijalankan secara berperingkat dan sasaran khalayak adalah untuk kanak-kanak serta remaja yang berumur antara enam hingga 18 tahun. Selain itu, program Eco Youth Social Entrepreneurship turut diberikan tumpuan dalam usaha memupuk minat dalam bidang keusahawanan. Aktiviti-aktiviti tersebut akan melibatkan 200 hingga 300 kanak-kanak dan remaja yang terdiri daripada penduduk-penduduk di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR). Penglibatan mereka juga secara tidak langsung menjadikan mereka sebahagian daripada ahli 'Starbucks Eco Youth' dan ini turut memberi berpeluang kepada mereka mengendalikan sendiri projek alam sekitar yang diamanahkan.Tiada apa yang diharapkan hari ini selain daripada selamatkan bumi daripada terus dicemari.Untuk itu, generasi muda perlu memainkan peranan penting dalam usaha menyelamatkan bumi daripada terus lenyap dan mereka jugalah warga yang mampu mengubah segala-galanya.

Didik sayangi sungaiLEBIH 300 kanak-kanak dan remaja daripada sekolah di kawasan Parlimen Pensiangan, Sabah yang berpeluang menyertai program sehari bersama Rakan Alam Sekitar baru-baru ini, diberi pendedahan mengenai kepentingan peranan sungai dan laluan air terhadap persekitaran.Mereka mempelajari pelbagai ilmu berhubung peranan sungai menerusi pelbagai aktiviti seperti peraduan melukis dan mewarna sehingga kepada uji kaji mudah bagi menentukan dan mengukur tahap kualiti air dan organisma yang hidup di sungai.Peserta terdiri daripada pelajar SK Ambual, SK Magatang, SK Penagatan Laut, SK Sodomon, SMK Nabawan dan SMK Keningau. Program Rakan Alam Sekitar 2010 Pensiangan dianjurkan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang bertujuan mendidik generasi muda mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Acara terbabit memberi tumpuan kepada pemuliharaan sungai terutama di Sabah yang masih menjadi sumber utama bekalan air di kawasan pedalaman. Kebanyakan masyarakat di sini bergantung kepada sungai untuk keperluan seharian mereka termasuk memasak, mandi dan mencuci. Sungai juga berfungsi sebagai salah satu jenis

pengangkutan di sini dan penting dalam menyokong ekosistem Sabah. Projek ini disokong Chemical Company of Malaysia Berhad (CCM) yang menyediakan pelbagai aktiviti untuk peserta dalam meningkatkan kefahaman mereka mengenai kepentingan sungai dalam ekosistem kita. Mereka juga dididik mengenai kepentingan pemuliharaan sungai dan kesan negatif akibat pencemaran sungai.

Untuk kanak-kanak, mereka sibuk dengan aktiviti mewarna dan melukis manakala remaja pula dibawa ke sungai berdekatan dan diberi peluang untuk menjalankan beberapa ujian mudah. Mereka dibekalkan dengan peralatan bagi membolehkan mereka menguji paras pH kimia sungai melalui pensampelan air dan secara biologi menerusi hidupan sungai.

Ceramah dan kuiz yang diadakan Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah turut meningkatkan pengalaman pembelajaran peserta.Program dirasmikan Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup, merangkap Ahli Parlimen Pensiangan.

Pemuliharaan air dan penjagaan alam sekitar di kawasan pedalaman adalah sebahagian daripada tanggungjawab korporat CCM. Menurut Pengarah Bahagian Kimia CCM, Mohd Nazmi Sallehhudin, pemuliharaan sungai amat penting kerana ia memainkan peranan utama dalam kehidupan masyarakat dan mustahak bagi mengekalkan kekayaan dan kepelbagaian hidupan sungai.

CCM turut menyumbang RM1,500 kepada SK Ambual bagi menubuhkan Kelab Rakan Alam Sekitar mereka dan membolehkan pelajar melaksanakan kegiatan penjagaan dan pemuliharaan alam seki

PUPUK SEMANGAT CINTAI ALAM MELALUI PROGRAM CINTAI ALAM RAKAN MUDA Program ini telah diadakan pada 25 hingga 27 Jun 2011 yang lalu bertempat di Pusat Sejadi, Hutan Lipur Kawang, Papar (30 km dari pusat bandar). Seramai 30 orang peserta telah menyertai program ini yang juga merupakan peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) tahap Gangsa dan juga Perak. Program ini diadakan bertujuan untuk menambahkan semangat mencintai alam sekitar di kalangan peserta serta meningkatkan kesedaran di kalangan generasi muda akan kepentingan menjaga alam sekitar dalam memastikan keseimbangan ekologi yang mampan. Selain untuk Mengisi masa lapang remaja dengan aktiviti berfaedah melalui Gaya Hidup Rakan Cinta Alam dan Memberi pendedahan kepada peserta ARPRM untuk menjelajah dan neneroka keunikan alam semulajadi.

Pelbagai aktiviti menarik telah disertai oleh peserta seperti kraf perkhemahan, ceramah Kepentingan Alam Sekitar Sekitar Kitar Semula oleh Jabatan Perlindungan Alam Sekitar dan ceramah Kesihatan Remaja oleh Klinik Kesihatan Penampang, aktiviti penjelajahan dan mengenal pokok serta aktiviti burung hantu dan permainan serta malam penghayatan.

Karnival ekosistem hijaukan sekolahOleh KHADIJAH MOHAMAD NOR

DARI sehari ke sehari, pencemaran alam sekitar yang berlaku di seluruh dunia menunjukkan peningkatan yang begitu membimbangkan. Sama ada pencemaran udara, air, longgokan sampah sarap yang tidak kitar semula atau penipisan lapisan ozon akibat lebihan pengeluaran karbon dioksida, semuanya menjadi punca kepada kemusnahan bumi yang kita diami. Malah, ia juga menjadi faktor utama kepada isu perubahan iklim akibat fenomena pemanasan global yang melanda dunia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Rentetan daripada itu, banyak pihak mula menyedari kepentingan untuk memulihara alam sekitar yang semakin menderita akibat sikap rakus manusia dalam mengejar kekayaan duniawi. Justeru, pelbagai program dan aktiviti serta kempen menghijaukan bumi diadakan sebagai langkah untuk mendidik masyarakat agar mencintai alam sekitar. Itulah juga usaha yang dilakukan oleh Sekolah Menengah Kebangsaan (Perempuan) Sri Aman di Petaling Jaya, Selangor apabila menganjurkan Karnival Ekosistem dan Persidangan Antarabangsa yang bertemakan Kehidupan Lestari - Ke Arah Dunia yang lebih Bersih dan Hijau. Di hadapan pintu pagar utama, kelihatan beberapa pelajar sekolah berpakaian seragam tekun menjalankan tugas menyambut tetamu. Di bahagian tempat meletak kereta yang terletak berhadapan dewan utama, terdapat banyak gerai yang menjual pelbagai barangan seperti makanan, potpori, air minuman bersih daripada jenama terkemuka dan sebagainya. Pelajar yang bertugas menjaga gerai tidak menang tangan melayan pelanggan sambil mempromosikan produk masing-masing. Di dalam dewan utama pula, berlangsung satu persidangan berkaitan alam sekitar yang bertujuan membuka mata hadirin tentang kepentingan memelihara bumi.

Persidangan itu disertai Duta Jerman ke Malaysia, Dr. Guenter Gruber dan penerima anugerah Manusia Paling Hijau di Planet (Greenest Person on the Planet) oleh 3rd Whale.com di Kanada pada tahun 2008, Matthias Gelber. Gelber juga berasal dari Jerman.

PELBAGAI barangan perhiasan diri mesra alam turut dijual.

Program itu turut disertai oleh Pengarah Urusan AUO SunPowers Cell Manufacturing Facility, Robert D. Vinje; Pengerusi Jawatankuasa Teknikal mengenai Material Penanaman Sirim Berhad (SIRIM), Profesor Emeritus Chin Hoong Foong dan Pengarah Eksekutif Dana Hidupan Liar Malaysia (WWF) Malaysia, Datuk Dr. Dionysius S.K. Sharma. Projek alam sekitar

Antara topik yang dibincangkan seperti Kesedaran Awam terhadap Persekitaran dalam Masyarakat di Jerman, Perubahan Iklim dan Kehidupan Lestari, Memperbaharui Tenaga, Pemuliharaan Biodiversiti Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dalam Perspektif Remaja. Menurut Pengetua SMK (P) Sri Aman, Noorul Aini Ambak, pihaknya sentiasa menyedari keperluan untuk memulihara alam sekitar. Malah, mereka juga aktif melibatkan diri dalam banyak projek berasaskan alam sekitar. Penganjuran program Karnival Ekosistem ini merupakan acara kemuncak dalam usaha untuk menjadikan sekolah lebih hijau dan mendidik pelajar terhadap tanggungjawab mereka untuk menjaga alam sekitar, kata Noorul Aini. Tambah beliau, antara aktiviti yang telah dianjurkan termasuklah mewujudkan Taman Herba, projek kompos, menggunakan tenaga solar dan tangki air hujan untuk bekalan air di tandas sekolah. Pihaknya juga melaksanakan peraturan zero styrofoam. Peraturan itu menggalakkan pelajar membawa bekas makanan sendiri manakala pengurusan kantin pula dilarang menggunakan styrofoam untuk membungkus makanan. Bagi tujuan tersebut, pihak kantin hanya dibenarkan membungkus makanan di dalam bekas yang boleh diurai dan pelajar dikehendaki membayar 50 sen untuk bekas tersebut, jelas beliau sambil memberitahu mereka berjaya mengurangkan penghasilan sampah di kawasan sekolah dengan cara tersebut.

Hakikatnya, matlamat utama penganjuran program berkenaan adalah untuk meningkatkan kesedaran berhubung kepentingan menjaga alam sekitar di kalangan SEORANG pelajar menunjukkan salah satu pelajar dan masyarakat setempat. produk baja bioenzim yang dijual pada Perkara itu diakui oleh pelajar sekolah tersebut, Nur Farhana Atiqah Azhan, 17, yang memuji langkah yang diambil pihak sekolah.program berkenaan.

Melalui program ini, ia dapat memberi kesedaran kepada generasi muda khususnya dan masyarakat amnya supaya memikul tanggungjawab menghijaukan bumi. Seharusnya kita mendidik diri untuk membantu memulihara alam sekitar walaupun sumbangan itu kecil berbanding pencemaran yang berlaku ketika ini. Contohnya, kita boleh libatkan diri dalam aktiviti seperti kempen penanaman pokok anjuran pihak-pihak tertentu, kitar semula barangan yang telah digunakan dan sebagainya, tutur Farhana ketika ditemui Kosmo!. Perubahan iklim global Menurut pelajar tingkatan dua, Pravena Shanmugam, 14, penganjuran program karnival eko sedemikian perlu dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Tambahan pula, dunia kini sudah terlalu banyak disajikan dengan pencemaran alam sekitar sekali gus menyebabkan perubahan iklim global. Dengan adanya persidangan mengenai alam sekitar yang dihadiri oleh tokoh-tokoh berkaitan, kita akan dapat pengetahuan untuk menjadi individu yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekeliling, tegas Pravena yang kerap melibatkan diri dalam aktiviti kitar semula barangan. Selain daripada persidangan dan gerai jualan, terdapat juga pameran alam sekitar yang disertai syarikat-syarikat korporat, demonstrasi penghasilan barang kitar semula, permainan dan persembahan istimewa dari Kumpulan Eco Band SMK (P) Sri Aman. Program itu dilancarkan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian Pelajaran, Dr. Julaihi Bujang yang mewakili Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd. Ghafar Mahmud.

GERAI-GERAI jualan turut mendapat perhatian pelajar sekolah dan pengunjung yang hadir.

Dalam pada itu, inisiatif yang dilaksanakan SMK (P) Sri Aman turut mendapat respons positif daripada pelbagai pihak. Antaranya Malaysian Nature Society (MNS) iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) alam sekitar yang memuji penganjuran program berkenaan. Kami mengucapkan sekalung tahniah kepada pihak sekolah di atas usaha yang dilakukan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar sekolah mengenai isu alam sekitar, kata wakil MNS, Nur Syuhada Farhany yang dipetik daripada buku program tersebut.