kajian masalah bull pelajar di sekolah menengah masalah buli pelajar di sekolah... · masajah...

24
KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH Nurul Farayantie Mohd Shahid Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian IB (Thknologi Senireka) :J>13.3 11914 2006 2006

Upload: others

Post on 09-Feb-2021

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH

    MENENGAH

    Nurul Farayantie Mohd Shahid

    Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian IB (Thknologi Senireka) :J>13.3

    11914 2006 2006

  • l D l"u, (Khldmat MakJumat AkadellUA

    UNlVER",lTI MALAYSIA SARAWA!h 4'3()() KOla Sarnarat\aD

    P.KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS

    1111111111111 "" 111111111000191104

    KAJIAN MASALAH BULl PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH

    NURUL F ARAY ANTlE MOHO SHAHIO

    Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

    Ijazah Sarjana Seni Gunaan dengan Kepujian

    Te~logi Senireka

    Fakuti Seni Gunaan dan Kreatif

    UNIVERSITI MALAYSIA SARA WAK

    2006

  • UNIVERSITI MALAYSIA SARA W AK

    BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS LAPORAN

    SESI PENGAJIAN :"S.~~i.~.Q.Q.~aQQ~...........

    Saya Nurul Farayantie Mohd Shahid

    mengaku membenarkan tesislLaporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

    1. Tesis/Laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan

    untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat

    pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan

    tesis/laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 5. *sila tandakan []

    D D SUUT (mengandungi maklumat yang berdarjah

    keselamatan atau kepentingan seperti

    D TERHAD termaktub di dalam AKT A RAHSIA RASMI 1972)

    (Mengandungi maklumat Terhad yang telah TJDAK TERHAD telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana

    Penyelidikan dijalankan)

    Disahkan

    Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia

    Tarikh: Tarikh:

    Alamat Tetap: No 54, Pasoh 4, 72300 Simpang Pertang, Negeri Sembilan Darul Khusus.

    Catalan: "TesisiLaporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Muda .. Jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, siJa lampirkan surat daripada pihak berkuasa organisasi

    berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

    II

  • Projek bertajuk 'Kajian Masalah Buli Pelajar di Sekolah Menengah' telah disediakan oleh

    Nurul Farayantie Mohd Shahid dan telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

    sebagaj memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian Teknologi

    Senireka.

    Diterima untuk diperiksa oleh:

    ( Prof Madya Ahmad Khiri Mohd Zain )

    Tarikh:

    111

  • PENGHARGAAN

    Assalamualaikum dan selamat sejahtera

    Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi dengan limpah kurniaNya dapat juga saya

    mendokumentasikan hasil penyelidikan saya. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada

    keluarga tersayang, terutama sekali bonda tercinta Siti Khotijah Hamzah, kedua abang saya

    Muhammad Harun Kamal dan Indera Shahril serta kakak Nanee Rahayu yang ban yak memberi

    galakan untuk saya meneruskan penyelidikan saya.

    Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih juga kepada para pensyarah Fakulti Seni

    Gunaan dan Kreatif terutama Prof. Madya Ahmad Khiri Mohd Zain (penyelia) dan Encik

    Mastika Lamat yang telah banyak memberi pandangan dan pendapat untuk saya menyiapkan

    tesis saya ini.

    Akhir sekali, terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Mohammad Hidzir Sam ion

    dan rakan-rakan yang turut sarna men yo kong dan membantu memberikan idea bagi mendalami

    tajuk yang dikaji . Semoga apa yang telah !I1>elajari akan saya aplikasikan pada masa yang akan

    datang.

    IV

  • ABSTRAK

    Pada masa kini, kes buli sering berlaku di sekolah dan gejala yang dianggap serius.

    Walaupun ianya berlaku sekali sekala tetapi ia perlu dibanteras dan dikawal supaya

    keadaan tidak sihat ini tidak menjadi lebih teruk lagi. Kajian ini menerangkan kepada

    semua pihak mengenai implikasi gejala dan fen omena yang membimbangkan semua

    lapisan masyarakat berlaku di kalangan remaja.Tujuan penyelidikan adalah untuk membuat

    satu pandangan yang kritikal ke atas permasalahan kes buli. Pengkaji telah membuat kajian

    ke atas permasalahan ini dan mengupas kenapa sindrom negatif ini berlaku, siapakah yang

    bertanggungjawab terhadap masalah ini dan golongan pelajar yang manakah terlibat dalam

    kes buli. Penyelidik juga telah membuat analisa elemen rekaan terhadap kemp en anti buli

    yang telah dijalankan di luar negara. Penyelidik turut mengkaji dari segi periklanan iaitu

    media apakah yang sesuai digunakan dalam menyampaikan maklumat. Hasil

    penyelidikan ini, penyelidik dapat mengaplikasikan beberapa keputusan untuk mencipta

    satu kempen yang berkesan untuk membanteras gejala yang tidak diingini ini dan

    menerapkan ke dalam nilai budaya kehidupan masyarakat kita.

    v

    ~~~~~-------------------------------------------------

  • II

    r f"

    : ABSTRACT

    Bullying in schools becomes a topic recently. This problem needs to address effecting so that

    it would not become a social illness. This research explains about the implication of bully

    victim and also to create public awareness. The analysis methods include identify to the

    efficiency campaign that have done internationally which were the element of design.

    Through the research, researcher identified the effective advertising campaign address the

    bullying issues.

    VI

    1

  • , sa nulmat l\U1IUUmal AKaael UNIVERSITI MALAYSIA SARAW.

    0410() KOla SamarahaD

    INDEKS

    Halaman tajuk

    Borang Pengesahan Status Laporan ii

    Pengesahan dan Tandatangan penyelia III

    Penghargaan IV

    Abstrak V

    Abstract vi

    BABI PENDAHULUAN

    1. 1 Pengenalan

    1.2 Permasalahan kajian

    1.2.1 Masyarakat kurang kesedaran. 9

    1.2.2 Kurangnya pendidikan tentang latarbelakang,

    sikap, kepercayaan, gay a hidup terhadap

    kumpulan sasaran 10

    1.2.3 Tiada lagi promosi yang disampaikan menggunakan

    media massa dan elektronik bagi mengatasi gejala

    buli ini. 11

    1.3 Objektif kajian.

    1.3.1 Mengkaji penyampaian melalui media periklanan

    penting bagi mengatasi apajua masalah di negara ini. II

    1.3.2 Membuat perbandingan antara kempen-kempen

    kesedaran yang lain 12

  • 1.3.3 Mengkaji kesan keberkesanan kemp en 12

    1.3.4 Mencari data dan informasi kumpulan sasaran,

    media dan strategi supaya dapat mewujudkan

    kempen yang lebih berkesan. 13

    1.4 Skop kajian

    1.4.1 Konsep kempen periklanan. 13

    1.4.2 Mengkaji media dan teknik yang efektif 14

    1.4.3 Media periklanan menepati kumpulan sasaran. 15

    1.4.4 Penggunaan slogan 15

    1.4.5 Membuat perbandingan keberkesanan kempen

    tempatan dan antarabangsa 16

    1.5 Definisi 16

    BAB 2 METODOLOGI PENYELIDIKAN

    2.1 Pengenalan 18

    2.2 Penyelidi kan Sekunder 18

    .~

    2.2.1 Kaj ian lepas 18

    2.3 Penyelidikan Asas 21

    2.3.1 Soal Selidik 21

    2.3.2 Wawancara / Temuramah 22

    2.3.3 Instrumen kajian 23

    2.3.4 Fotografi 24

  • 2.3.5 Analisa kajian 24

    BAB 3 ANALISA HASIL DAPAT AN KAJIAN

    3.1 Wawancara 26

    3.1.1 Wawancara I 26

    3.1.2 Wawancara 2 27

    3.2 Analisa Hasil Dapatan Soal Selidik 28

    3.2.1 Bahagian A : Demografi 28

    3.2.2 Bahagian B : Masalah buli 32

    3.2.3 Bahagian C : Kempen kesedaran 37

    3.2.4 Bahagian D : Periklanan 40

    3.3 Analisa poster 42

    3.3.1 Analisa I 42

    3.3.2 Analisa 2 44

    3.3.3 Analisa 3 45

    3.3.4 Analisa 4 46

    3.3.5 Analisa 5 47

    .~

    3.3.6 Analisa 6 48

    3.3.7 Analisa 7 49

    3.3.8 Analisa 8 50

    3.3.9 Analisa 9 51

    3.3.10 Analisa 10 52

  • BAB4 CADANGAN

    4.1 Cadangan 53

    BAB S PERBINCANGAN HASIL PENYELIDIKAN

    5.1 Pengenalan 57

    5.2 Menyediakan promosi melalui media cetak dan

    elektronik bagi membanteras buli. 57

    5.3 Mencipta kempen yang lebih kreatifuntuk

    menyedarkan masyarakat 58

    5.4 Remaja sebagai kumpulan sasaran 58

    BAB 6 KESIMPULAN 59

    Bibliografi 61

    Lampiran A Soal Selidik 62

    Lampiran B Wawancara 67

    Lampiran B Cadangan 69

    Lampiran C Kesinambungan Kempen Hentikan Buli dalam Iklan TV 73

  • BAB 1

    PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    MasaJah disiplin di kalangan pelajar akhir-akhir ini amat membimbangkan dan turut

    mendapat perhatian ibubapa dan masyarakat umum. Masalah buli dan pergaduhan turut

    disebut selain dari gejala dan pelanggaran disiplin sekolah yang lain. Berdasarkan sejarah,

    gejala buli bukanlah budaya masyarakat negara ini. Buli dimaksudkan sebagai tingkah

    laku agresif di mana seorang pelajar atau satu kumpulan pelajar mengganggu seorang

    man gsa secara fizikal atau psiko.ogi bagi satu jangka masa yang tertentu. Tingkah laku ini

    dilakukan berkali-kali.

    Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam laman web karyanet yang

    diJawati pada, 22 Disember 2005 buli bermaksud perbuatan mendera dan

    mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru. Ia juga

    membawa makna mempermainkan orang lemah dengan tujuan menggertak atau

    menakutkan. Ini bermakna buli ~ujuan hanya untuk mempermainkan seseorang supaya

    mangsa berasa takut dan sentiasa tunduk kepada pembuli.

    SeJain itu, menurut Datin Dr Noran Fauziah Yaakub di dalam laman web

    Utusanonline yang telah dilawati pada II September 2005 yang bertajuk Empat

    langkah halang perbuatan buli menerangkan bahawa "contoh-contoh buli fizikal ialah

  • menolak, menampar, memukul atau memeras ugut dan dari beberapa kes yang pernah

    dilaporkan, ia bukan sahaja melibatkan pelajar lelaki tetapi juga pelajar perempuan."

    Buli juga merupakan satu perlakuan yang melibatkan pelbagai bentuk kekerasan

    seperti menumbuk, menendang, melanyak man gsa untuk mendapatkan sesuatu seperti

    untuk mendapatkan wang. Ini dikenali sebagai buli secara fizikal. Manakala buli secara

    psikologi pula adalah dengan cara mengejek atau mengeluarkan kata-kata hinaan atau

    sind iran untuk menjatuhkan air muka mangsa. Misalnya nama pelajar itu sendiri atau

    nama bapa pelajar yang agak luar biasa maka ia akan dijadikan bahan tertawa kepada

    pembulL Masalah ini akan menjadi lebih serius setelah mereka tamat persekolahan dan

    budaya ganas ini akan menular ke dalam masyarakat seperti membunuh dan ini akan

    mengancam keselamatan orang ramaL Pembuli juga akan mencipta satu peraturan supaya

    dirinya dipandang hebat dan berkuasa. Walaupun peraturan yang ditetapkan tidak disukai

    oleh mangsa, mangsa perlu melakukannya. Pembuli akan memulaukan atau memencilkan

    mangsajika peraturan yang ditetapkan tidak diikuti oleh mangsa. Selain itu, pembuli akan

    melakukan tindakan ganas dengan merosakkan harta benda atau barangan peribadi milik

    mangsa. Semua perlakuan ini dianggap sebagai satu bentuk matlamat iaitu untuk..~ menguasai mangsa. Kesan dari dibuli, man gsa akan kehilangan keyakinan diri dan

    mengasingkan diri dari bergaul dengan orang ramai.

    Ciri-ciri seorang pembuli ialah memiliki saiz tubuh badan yang besar, tinggi,

    \ garang, jarang tersenyum, tidak suka bergaul dengan orang lain melainkan kumpulan

    mereka sendirL Kadangkala pembuli juga memiliki kelebihan dari segi harta bend a atau

    rupa paras. Mereka menganggap diri mereka kacak, hebat, bergaya, berduit dan ingin

    2

    l

  • menunjukkan kepada orang ramai apa yang dimiliki. Selain itu, pembuli juga ingin

    menunjukkan kekuatan supaya mangsa akan berasa takut dan menuruti apa yang disuruh.

    Ada pembuli yang ingin mendapatkan populariti agar disanjung dan ingin menarik

    perhatian orang lain. Tetapi ada pembuli yang berasa cemburu atas kejayaan orang lain.

    Ini akan mengakibatkan pembuli menyimpan perasaan dendam dan akan merendah

    rendahkan atau menjatuhkan air muka mangsa dikhalayak ramai. Pembuli juga boleh

    terdiri dari mangsa-mangsa yang pernah dibuli pada masa dahulu. Mereka berasa sudah

    tiba masa untuk membuli orang lain. Perkara ini amat membimbangkan kerana ia akan

    menjadi budaya turun-temurun dan sukar dihapuskan.

    Oatin Or Noran Fauziah Yaakub di dalam laman web Aliran Pendidik yang telah

    dilawati pada 14 Ogos 2005 bertajuk Hal-hal semasa berpendapat, "di Malaysia, pelajar

    yang berusia 13 tahun adalah pelajar tingkatan satu dan ini boleh dijadikan petunjuk

    bahawa pelajar yang menjadi mangsa ialah pelajar menengah rendah iaitu tingkatan satu,

    dua dan tiga. Manakala pelajar yang membuli pula terdiri daripada pelajar menengah atas

    iaitu tingkatan empat, lima dan enam."

    Ciri-ciri mangsa buli pula !aalah terdiri dari orang yang lemah dari segi fizikal,

    harta benda, bodoh dan kurang rupa paras seperti hodoh, gemuk atau pendek. Oi asrama

    mangsa dianggap masih mentah dan sering dipaksa untuk menuruti setiap perintah yang

    ditetapkan oleh pembuli seperti mencuci pakaian, mencuci tandas, atau mengambil

    makanan. Mereka ini dianggap seperti orang suruhan. Selain itu mangsa buli bukan terdiri

    dari orang yang mempunyai kekurangan malahan orang yang mempunyai kecemerIangan

    dalam bidang akademikjuga turut menjadi mangsa buli. Mereka akan diejek, disindir dan

    3

  • dipuJau supaya mangsa akan berasa rendah diri dan tidak akan menonjolkan

    kecemerlangan di khalayak ramai.

    Kesan dari perbuatan membuli akan menjejaskan rupa dari segi fizikal, mental dan

    akan menganggu kehidupan seharian. Jika dari segi fizikal mangsa akan mengalami luka

    parah, lebam, patah atau retak tulang, luka yang perlu jahitan, mata yang boleh jadi buta,

    wajah akan jadi cacat dan lain-lain bergantung dengan senjata yang digunakan semasa

    kejadian. Ada juga mangsa yang tidak menunjukkan kecacatan luaran tetapi mereka akan

    mengalami muntah-muntah dan terus koma akibat pendarahan yang terlalu serius.

    Kadangkala terdapat kes yang boleh mendatangkan kecederaan parah dan mengundang

    maut. Kesan dari segi mental pula mangsa akan menjauhkan diri, murung, sedih, pendiam

    dan merosot pencapaian akademik. Ada mangsa takut untuk ke sekolah kerana tidak mahu

    mengalami keadaan yang sarna berulang lagi. Kadangkala mangsa akan berindak agresif

    dengan cara membuli orang lain pula untuk membalas dendam.

    Pada dasamya, buli mempunyai tujuan yang baik iaitu pelajar junior perIu dibuli

    bagi memastikan mereka menghormati pelajar senior untuk mewujudkan semangat

    'kekitaan' seterusnya mengeratka..~ silaturrahim dan merapatkan jurang umur.

    Masalahnya, apabiJa budaya buli diamalkan dikalangan remaja yang masih cetek

    pertimbangan akal tindakan itu telah bertukar kepada perIakuan ganas.

    Menurut Berita Harian yang bertarikh 29 Jun 2005 di halaman pendidikan,

    kronologi menerangkan "laporan kes buli pelajar bermula ogos 2003 iaitu seorang pelajar

    tingkatan empat Sekolah Menengah Teknik batu Pahat, lohor Mohd Hafizi Jumhari,

    4

  • cedera parah sehingga satu buah pinggangnya dibuang, dipercayai selepas dibelasah

    sekumpulan pelajar atasan. Kronologi kedua iaitu Mac 2004 pelajar tingkatan empat

    kolah Menengah Dato Kiana Petra Maamor (SMADKPM), Negeri Sembilan,

    Muhammad Farid Ibrahim meninggal dunia akibat dibelasah lapan pelajar tingkatan lima

    kolah itu. Kronologi ketiga iaitu Februari 2005, pelajar tingkatan lima Maktab Rendah

    ains Mara, Pendang, Kedah, Mohd Zaki Shukri patah satu tulang rusuk dan lebam di

    badan selepas dibelasah lima rakan asramanya. Kronologi keempat iaitu 14 Jun 2005,

    pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Pahang, Muhammad

    Afiq Qusyairi Baharuddin, kemungkinan besar lumpuh sepanjang hayat, dipercayai dibuli

    pelajar atasan di sekolahnya." Keadaan itu menyebabkan Sultan Pahang, Sultan Ahmad

    Shah telah melawat sekolah berkenaan untuk mengetahui kejadian yang sebenar. Baginda

    berasa marah dengan kejadian yang tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh pelajar

    yang dianggap sebagai pemangkin pada masa hadapan.

    Antara punca kejadian buli hanyalah dari perkara kedl seperti enggan

    meminjamkan cerek kepada pelajar atasan. Hanya perkara kedl remaja hilang

    pertimbangan serta kesabaran dan akan melakukan perkara di luar batasan. Pelbagai .'persoalan mula timbul antaranya adakah remaja sekarang sudah tidak takut lagi melakukan kesalahan undang-undang dan juga tidak takut terhadap hukuman yang bakal

    diterima. Seharusnya, kejadian yang telah menimpa mangsa buli ini patut dijadikan

    pengajaran oleh semua pihak. Undang-undang boleh diambil sekiranya pelajar melakukan

    kesalahan yang boleh mengakibatkan kesengsaraan pada orang lain.

    5

  • Walaupun masalah ini dianggap perkara biasa dan merupakan kes kecil atau

    terpinggir yang hanya berlaku sekali-sekala, namun ia perlu diketahui oleh masyarakat

    kerana ia juga membabitkan kecederaan terhadap mangsa. Seperti juga penyakit, jika

    tidal< dicegah atau diubati secepatnya ia akan merebak dan menjadi semakin teruk.

    Keperihatinan dan tindakan cepat semua pihak akan dapat membendung masalah ini.

    Masalah disiplin dan penglibatan pelajar dalam perkara negatif banyak dipengaruhi oleh

    persekitaran dan media massa moden masa kini. Ini akan mengundang lebih banyak lagi

    masalah disiplin peLajar. lbubapa perlu mengambil tahu tentang aktiviti yang dilakukan

    oleh anak-anak mereka supaya tidak terpengaruh dengan tingkahlaku rakan-rakan mereka

    yang naka\. Menurut di dalam laman web nobully yang dilawati pada 5 september 2005

    yang bertajuk What IS bullying menerangkan bahawa "bullying is when someone keeps

    doing or saying things to have power over another person." Ia menerangkan bahawa buli

    al

  • lain. Sebagai ibubapa, mereka perlu tahu dengan siapa anak-anak mereka berkawan, apa

    yang mereka sering lakukan selepas habis kelas dan masalah yang sering mereka hadapi.

    Dengan cara ini, ibubapa dan anak-anak dapat berinteraksi dan bermesra bersama

    keluarga. Anak-anak juga tidak berasa diri dipinggirkan dan ini dapat menyemai sikap

    positif dan cara hidup yang sihat ke dalam diri anak-anak.

    Sikap remaja yang kita tahu bahawa remaja mudah terpengaruh dengan rakan-rakan

    sebaya, ingin mencuba sesuatu yang baru , suka balas dendam, ego yang terlalu tinggi

    seperti ingin menunj ukkan diri mereka hebat dari orang lain, tekanan dari keluarga,

    tekanan peribadi, tekanan emosi dan suka melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti

    menghabiskan masa dengan lepak bersama rakan-rakan tanpa melakukan sesuatu yang

    berfaedah.

    Media massa juga antara punca terjadinya buli seperti menyiarkan rancangan

    televisyen yang berunsur ganas, pergaduhan, pembunuhan, dendam dan jenayah. Apabila

    menonton rancangan itu mereka akan mudah terpengaruh dan cuba meniru aksi yang

    ditonton samada ianya berjaya atau tidak. Sebagai guru mereka tidak sepatutnya

    menyembunyikan masalah sekolah .-nata-mata ingin menjaga nama baik sekolah itu

    sendiri. Mereka perlu bekerjasama dengan polis dan mengambil tindakan dengan cara

    menghukum pelajar itu terhadap apa yang telah mereka lakukan. Mereka yang terlibat

    sepatutnya menerima hukuman yang sewajarnya agar dapat dijadikan pengajaran kepada

    pelajar-pelajar lain dan memberitahu mereka bahawa apa yang telah mereka lakukan itu

    adalah salah di sisi undang-undang dan tidak boleh diterima oleh masyarakat lain. Selain

    . ,guru-guru hendaklah memantau kelakuan dan disiplin pelajar. Membuat pemeriksaan

    7

  • jika mendapati kelakuan pelajar itu meragukan. Sentiasa mengambil berat tentang

    masalah pelajar. Guru-guru juga jangan cuba menyembunyikan masalah ini dari

    pengetahuan umum semata-mata ingin menjaga nama baik sekolah.

    Masyarakat juga mestilah peka dengan masalah ini dan jangan menganggap

    masalah ini bukan masalah kita sebaliknya bersama-sama memantau agar kejadian yang

    tidak diingini tidak akan berulang lagi. Mereka yang terlibat sering melakukan aktiviti ini

    dengan memilih tempat yang jauh dari orang ramai, di dalam bilik kosong, di belakang

    sekolah dan di dalam tandas. Mereka tidak mahu orang ramai melihat aksi mereka yang

    dirasakan hebat.

    Pelbagai cara digunakan bagi membanteras buli antaranya masuk campur dari

    Menteri Pelajaran Malaysia iaitu YB Dato' Hishamudin Tun Hussein. Beliau turut sarna

    turun padang bertemu sendiri pelajar yang dibuli dan mengambil tindakan yang

    sewajamya terhadap pelajar dan sekolah yang terlibat.

    Media massa juga telah banyak kali mengeluarkan cerita yang berkaitan kes buli ini.

    Kempen periklanan merupakan alat perantara untuk menyampaikan mesej. Ia boleh ..' . disampaikan melalui pelbagai media massa iaitu akhbar, radio, televisyen, majalah, papan

    iklan dan sebagainya. Menurut Wells, Burnett dan Moriarty di dalam buku Advertising

    Principles and Practice (1992), menerangkan "advertising is paid non personal

    communication from an identified sponsor using mass media to persuadeor influence

    audience." Ini bermakna periklanan ialah komunikasi bukan peribadi tentang maklumat

    yang biasanya dibayar dan bersifat memujuk tentang keluaran, barangan, perkhidmatan

    8

  • atau idea oleh penaja yang dikenal pasti dan dilakukan oleh pelbagai media. Manakala

    kempen merupakan segala usaha seperti menjalankan kegiatan dan tindakan yg

    dirancangkan dan dilaksanakan dengan menggunakan penerangan seperti rayuan dan lain-

    lain untuk mempengaruhi pendapat umum atau mendapatkan sokongan umum terhadap

    sesuatu matiamat dan lain-lain.

    Menurut Wells, Burnett dan Moriarty (1992), di dalam buku Advertising Principles

    and Practice (1992) menerangkan bahawa "closely related to the identification of an

    advertising problem is the statement of the advertising objectives. Objectives are goal

    statement; they identi fy the effect the message is intended to have the audience within a

    specified time frame. They are logically derived from the problem analysis. Ideally, if the

    advertising accomplishes its objectives, then the problem will have been solved." Kempen

    periklanan merupakan saluran maklumat daripada pengiklan kepada orang ramai dan

    disampaikan dalam pelbagai bentuk. Pengiklan akan memberitahu apa yang ingin

    disampaikan dengan menggunakan pelbagai taktik seperti pengaruh, galakan dan suruhan.

    lni akan mengubah sikap, kepercayaan dan pendirian orang ramai yang melihat. Kempen

    mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dan menjadikan kita sebagai orang yang .'sentiasa beringat terhadap sesuatu perkara. Selain itujuga, kempen memberi kesan kepada budaya, alam sekitar dan moral. Oleh itu kempen kesedaran terhadap masyarakat tidak

    boleh dipandang remeh.

    1.2 Permasalahan kajian

    Antara permasalahan kajian merangkumi:

    9

  • 1.2.1 Masyarakat kurang kesedaran.

    Masyarakat kurang prihatin dengan masalah ini. Mereka menganggap

    masalah ini bukan masalah mereka dan sering dipandang remeh oleh

    sesetengah pihak. Walaupun ianya merupakan kes kecil, tetapi akibat dari

    perbuatan ini akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada mangsa. Ia

    perlu diketahui oleh semua pihak tidak kira peringkat umur agar perkara

    ini tidak berulang lagi.

    1.2.2 Kurangnya pendidikan tentang latarbelakang, sikap, kepercayaan,

    gaya hidup terhadap kumpulan sasaran

    Kempen yang membosankan adalah kempen yang kurangnya

    kajian terhadap kumpulan sasaran. Pengiklan kurang mendalami latar

    belakang kumpulan sasaran. Pengiklan kurang mengkaji dari segi umur,

    jantina, pekerjaan, pendapatan, pendidikan dan lain-lain untuk

    membuat satu kempen. Sebagaimana yang kita tahu tidak semua orang

    mempunyai citarasa yang sarna . .' Selain itu juga, pengiklan kurang mengkaji sikap kumpulan sasaran

    itu. Apakah yang dikehendaki dalam menyampaikan satu kempen. Apakah

    konsep dan bentuk penyampaian yang disukai. Ada yang berfikiran

    terbuka, tidak ambil kisah, sensitif, kurang percaya pada sesuatu yang baru

    dan sebagainya. Masing-masing mempunyai cara berfikiran yang

    berlainan. Gaya hidup juga adalah salah satu faktor yang perJu pengiklan

    10

  • kaji. Ada yang kurang berpendidikan tinggi, sederhana dan terpelajar.

    Sikap akan terbentuk melalui cara pendidikan dan latar belakang individu

    itu sendiri. Bermacam-macam gaya hidup yang perlu pengiklan tahu. Ada

    yang suka mengambil berat terhadap isu sosial dan ada yang lebih gemar

    hidup bersendirian.

    Oi samping itu juga, pengiklan kurang mengambil kira

    kepercayaan kumpulan sasaran. Semua orang mempunyai cara

    penerimaan yang berbeza. Ada yang boleh menerima sesuatu keadaan

    yang baru dengan cepat, sederhana dan ada juga yang mengambil masa

    yang lama untuk menerima perubahan baru. Pengiklan mesti kreatif

    agar objektif yang ingin disampaikan, sampai ke pihak kumpulan

    sasaran.

    1.2.3 Tiada lagi promosi yang disampaikan menggunakan media massa dan

    elektronik bagi mengatasi gejala buli ini.

    Masih tiada lagi promosi kempen antibuli yang dijalankan oleh pihak ."media samada menerusi media elektronik mahupun media cetak. Isu buli

    dianggap serius dan perIu penyebaran yang meluas supaya masyarakat

    sedar dan faham apa itu buli dan mengapa ia berIaku. Promosi media

    bertujuan memberitahu dan mengajak masyarakat agar turut sarna

    membanteras dan mendidik remaja supaya tidak melakukannya.

    Objektif kajian.

    11

  • 1.3.1 Mengkaji penyampaian melalui media periklanan penting bagi

    mengatasi apa jua masalah di negara ini.

    Pada hari ini, terdapat banyak piiihan media yang digunakan

    di dalam periklanan. Media cetak seperti akhbar, majalah. Media

    elektronik pula seperti radio, televisyen dan internet. Manakala

    media luaran seperti poster dan papan iklan. Media merupakan

    penghubung yang penting untuk menyampaikan mesej dengan cepat

    dan meluas. Oengan adanya media semua golongan masyarakat dapat

    mengetahui perkembangan semasa tidak kira di mana mereka

    berada. Pemilihan media yang betul penting supaya mesej yang

    1.3.2 Membuat perbandingan antara kempen-kempen kesedaran yang lain

    Tujuannya adalah untuk mengetahui bagaimana strategi sesuatu

    kempen itu berjaya atau tidak berjaya. Oi sini kita boleh membuat

    kajian terhadap konsep yang digunakan dan sekali gus kita dapat

    mengetahui kelebihan dan kekurangan terhadap sesuatu kempen.

    Membuat kajian tlrtadap keunikan sesuatu kempen itu. Apakah elemen

    yang digunakan untuk menjayakan kempen tersebut. Oari situ kita dapat

    mengetahui bagaimana membuat kempen kesedaran yang berkualiti dan

    mudah diingati oleh semua lapisan masyarakat. Kajian terhadap

    pesaing-pesaing juga akan dibuat untuk mengetahui kekuatan dan

    kelemahan setiap kempen kesedaran.

    12

  • 1.3.3 Mengkaji kesan keberkesanan kempen

    Tujuannya adalah untuk mengetahui apakah daya tarikan yang

    terdapat pada setiap kempen kesedaran seperti menggunakan slogan

    yang dapat menarik perhatian orang ramai supaya orang ramai akan

    mudah ingat terhadap sesuatu kempen. Mengkaji strategi periklanan

    yang digunakan untuk membuat kempen yang lebih efektif. Selain itu,

    mengkaji mutu persembahan yang disampaikan dalam setiap

    kempen.

    1.3.4 Mencari data dan informasi kumpulan sasaran, media dan strategi

    supaya dapat mewujudkan kempen yang lebih berkesan.

    Mendapatkan maklumat tentang strategi dan media yang digunakan

    dan mengkaji kumpulan sasaran untuk mengetahui lebih lanjut tentang

    apa yang dikehendaki oleh mereka. Membuat soal selidik tentang

    keberkesanan kempen kesedaran terhadap orang ramai. Kajian terhadap

    kumpulan sasaran penting bagi mengetahui seluas mana mesej itu akan

    tersebar dan setiap mesej yang akan dituju dapat disampaikan dengan jelas.

    Dari hasil kajian kita dapat mengetahui peratusan mana yang lebih tinggi

    terhadap media yang berkesan untuk menyampaikan maklumat dan

    informasi tentang kemp en yang dibuat. Strategi juga penting supaya

    pengiklan tahu ia penting dan cara yang berkesan dan sistematik untuk

    kempen yang akan dibuat.

    13