kertas tugasan

12
ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan...............................................1 2.0 Definisi.................................................1 3.0 Model/Kaedah.............................................2 4.0 Kajian Perlaksanaan......................................3 5.0 Contoh-contoh Instumen Penyeliaan........................4 6.0 Penutup..................................................5 7.0 Rujukan..................................................6 1

Upload: stephanny-sylvester

Post on 31-Oct-2015

28 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: KERTAS TUGASAN

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan......................................................................................................................1

2.0 Definisi............................................................................................................................1

3.0 Model/Kaedah.................................................................................................................2

4.0 Kajian Perlaksanaan........................................................................................................3

5.0 Contoh-contoh Instumen Penyeliaan..............................................................................4

6.0 Penutup............................................................................................................................5

7.0 Rujukan...........................................................................................................................6

1

Page 2: KERTAS TUGASAN

1.0 Pengenalan

Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu daripada

tanggungjawab Pengetua atau Gurubesar sesebuah sekolah. Menurut Surat Pekeliling

Kementerian Pendidikan 3/1987, gurubesar dan pengetua perlu mengambilkira

penyeliaan pengajaran dan pembelajaran sebagai sebahagian daripada tugas

kepimpinan yang penting (Adi Badiozaman, 2003). Empat sebab utama diberikan

untuk menerangkan kepentingan penyeliaan. Pertama, ia membantu meningkatkan

profesionalisma gurubesat dan guru supaya sealiran dengan objektif falsafah

pendidikan kebangsaan. Kedua, ia memberi peluang untuk berkongsi kepakaran dan

pengalaman. Ketiga, ia membantu membina, membentuk dan mengukuhkan

hubungan profesional dan interaksi positif di kalangan gurubesar, antara gurubesar

dan guru-guru. Keempat, ia membenarkan gurubesar memberikan bantuan profesional

dan membantu guru membangunakan sikap positif terhadap profesion pengajaran.

Menurut Glanz (2005), pengetua sebagai pemimpin instruksional adalah

bertanggungjawab untuk meningkatkan amalan pengajaran di sekolah dan dengan itu

perlu menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.

2.0 Definisi

Penyeliaan berupakan suatu proses sistematik bermula dengan penyemakan terhadap

buku rekod mengajar guru, penyeliaan proses P & P, penyeliaan aktiviti ko-kurikulum

dan semua program yang dijalankan dengan menggunakan instrumen-instrumen

penyeliaan yang tertentu (Normah Daud, 2006). Penyeliaan merupakan suatu fungsi

yang kritikal dalam kepimpinan pengajaran guru. Glickman (1985) dan Duke (1987)

dalam Faridah et al (2005) menyifatkan penyeliaan sebagai “the glue of a successful

1

Page 3: KERTAS TUGASAN

school”. Penyeliaan pengajaran (instructional supervision) merupakan kunci kepada

keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan sekolah.

Penyeliaan bertujuan untuk meningkatkan perkembangan profesionalisme para guru.

Ianya dapat memperbaiki dan memajukan lagi kualiti pengajaran guru di samping

membantu mengatasi kelemahan mereka (Faridah et al, 2005).

Ponticelli dan Zepeda (2004) merujuk Goldhammer (1969) yang mendefinisikan

penyeliaan sebagai suatu proses untuk mengembangkan kesedaran kendiri (self-

awareness) dan kebebasan (independence) guru di samping memberikan semangat

kerjasama untuk meningkatkan amalan pengajaran dan pembelajaran di kelas. Mereka

juga merujuk kenyataan Cogan (1978) yang menyatakan bahawa penyeliaan dalam

konteks membangunkan guru yang bertanggungjawab secara profesional di mana

mereka mempunyai sikap mengarah kendiri (self-directing), dan berkemampuan

menganalisa pencapaian serta terbuka kepada bantuan daripada orang lain. Selain itu,

Acheson dan Gall (1980) dalam artikel yang sama juga menenrangkan bahawa

penyeliaan berbentuk interaktif, demokratik dan berpusatkan guru dengan tujuan

pengembangan profesional guru khususnya dalam prestasinya di bilik darjah.

3.0 Model/Kaedah

Terdapat tiga model penyeliaan pengajaran dan pembelajaran iaitu direktif, bukan-

direktif dan kolaboratif (Glickman, 1985 dalam Adi Badiozaman, 2003). Model

kolaboratif merupakan suatu bentuk penyeliaan yang menekankan kepada hubungan

kerja bersama untuk mencapai keputusan instruksional. Potensinya terletak kepada

fakta bahawa gurubesar dan guru dapat bekerjasama untuk mengenalpasti kemahiran

masing-masing di mana kemahiran dan pengalaman, motivasi dan komitmen mereka

2

Page 4: KERTAS TUGASAN

bersama dapat digunakan untuk mencapai matlamat jangkamasa pendek dan panjang

sekolah.

Penyeliaan klinikal merupakan salah satu daripada penyeliaan kolaboratif di mana

Goldhammer et al (1993:4) dalam Adi Badiozaman (2003) menyatakan bahawa

penyeliaan bentuk ini dapat memberikan data daripada pemerhatian terus terhadap

pengajaran yang dijalankan atau lain-lain peristiwa profeisional dan melibatkan

interaksi bersemuka dan lain-lain interaksi antara pemerhati dan individu yang

diperhatikan semasa dalam proses menganalisa sikap dan aktiviti profesional yang

dicerap untuk mendefinisikan dan/atau membangunkan langkah seterusnya ke arah

pencapaian lebih baik.

Penyeliaan klinikal merupakan suatu proses penyeliaan yang melibatkan beberapa

aktiviti seperti pemerhatian pengajaran secara langsung, pengumpulan data dari

pemerhatian, penganalisisan tingkah laku mengajar dan aktiviti untuk meningkatkan

mutu pengajaran. Pada amnya, terdapat lima langkah dalam penyeliaan klinikal iaitu:

pra-pemerhatian (pra-konferens), pemerhatian, analisis, paska pemerhatian (pos-

konferens) dan penilaian.

Glanz (2005 pula menggunakan kaedah kajian tindakan untuk menyelia pengajaran

dan pembelajaran. Kajian tindakan dapat menggalakkan guru untuk merefleksi,

memperhalusi dan memperbaiki pengajaran. Walau bagaimanapun, penggunaan

kajian tindakan sebagai penyeliaan pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu

yang baru.

3

Page 5: KERTAS TUGASAN

4.0 Kajian Perlaksanaan

Penggunaan model penyeliaan klinikal digunakan dalam pelbagai konteks. Salah satu

daripadanya diterangkan dalam Adi Badiozaman (2003) di mana ianya digunakan

sebagai model mentoring untuk sekolah rendah di kawasan luar bandar negeri

Sarawak oleh gurubesar sekolah berkenaan. Model yang sama juga telah dirujuk oleh

Normah Daud (2006) dalam kajiannya tentang kepimpinan instruksional sebagai

pembudaya kecemerlangan di Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam, Kuala

Terengganu. Faridah et al (2005) juga telah menggunakan model penyeliaan klinikal

dalam kajiannya terhadap kesan penyeliaan pihak pengurusan terhadap

kecemerlangan kerja guru di SM Teknik Kluang.

Selain dari itu, Boardman et al (1993) juga merujuk kepada kajian yang dijalankan

oleh Pinckney yang menggunakan teknik penyeliaan sebagai sebahagian daripada

dimensi tugas pentadbiran dan dianggap sebagai satu perkembangan profesional

bidang pengurusan. Ianya menunjukkan bahawa penyeliaan adalah penting untuk

memberikan kesan kepada guru supaya mempertingkatkan lagi mutu pengajarannya

dan seterusnya mempercepatkan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.

Glanz (2005) menerangkan bagaimana kajian tindakan digunakan untuk menyelia

pengajaran dan pembelajaran dalam dua kajian kes yang melibatkan penyeliaan

seorang guru dan juga penyeliaan dalam bentuk pendekatan pasukan

5.0 Contoh-contoh Instumen Penyeliaan

Contoh instrumen kajian untuk penyeliaan klinikal diberikan dalam Faridah et al

(2005) di mana soal selidik jenis tertutup digunakan. Soal selidik ini dibahagikan

kepada dua kategori iaitu Kategori A (Aspek demografi responden) dan Kategori B

(Penilaian terhadap 5 aspek pengajaran dan pembelajaran) . Aspek 1 berkaitan dengan

4

Page 6: KERTAS TUGASAN

perancangan P & P; Aspek 2 menyentuh tentang pelaksanaan P & P; Aspek 3 tentang

profesionalisme guru; Aspek 4 tentang penyeliaan nota/latihan; dan Aspek 5 tentang

sikap dan sahsiah guru.

Di dalam Glanz (2005), empat instrumen kajian digunakan iaitu Ujian Pencapaian

Penulisan Piawai (Standardized Writing Achivement Test), Portfolio Penulisan,

Pepeikasaan Bulanan yang disediakan Guru (Monthly teacher-made exams) dan

Kajiselidik Pelajar (Student Surveys).

6.0 Penutup

Penyeliaan dapat disimpulkan sebagai suatu tugas atau tanggungjawab rutin tetapi

penting seorang pemimpin sekolah sama ada gurubesar ataupun pengetua. Penyeliaan

kolaboratif yang melibatkan kerjasama dan hubungan antara gurubesar dan guru-guru

dapat membantu meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelaljaran di

bilik sekolah maupun di sekolah.

Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran mempunyai pelbagai teknik dan model

tetapi pada hakikatnya, model penyeliaan kolabloratif yang berlandaskan kepada

model klinikal dapat membantu meningkatkan keberkesanan sekolah khususnya

sekolah bersaiz kecil dan yang telah menunjukkan terdapatnya hubungan mesra antara

gurubesar dan guru-gurunya.

5

Page 7: KERTAS TUGASAN

7.0 Rujukan

1. Adi Badiozaman Tuah (2003). The Headmaster-As-A-Mentor: A Mentoring Model For Rural Primary School of Sarawak.

2. Brooks, N. J., Solloway, S. G. & Allen, L. A. (2007). Instructional Supervision and Curriculum Monitorings: Reinterpreting the Principal’s Role through the Arts of Inquiry, J. Pers. Eval. Educ (2007) 20:7-16

3. Choy, S. K. Dan Khaw, A. H. (2003). Satu Kajian Kes Tentang Jenis dan Kekerapan Penggunaan Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Matematik oleh Guru Pelatih KDPM Semester Empat (Ambilan Julai 1999). Dari laman web: http://www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal2003/2003_choy.pdfs

4. Faridah, M. P., Noridah, R. & Siti Rahmah, M. (2005). Kesan Penyeliaan Pihak Pengurusan Terhadap Kecemerlangan Kerja Guru di SM Teknik Kluang, Seminar Pendidikan 2005, Fakulti Pendidikan UTM, 15 Okt 2005

5. Glanz, J. (2005). Action Research as Instructional Supervision: Suggestions for Principals, National Association of Secondary School Principals, NASSP Bulletin, Jun 2005; 89, 643

6. Mohd Nor Jaafar (1997). Kepimpinan Pengajaran Guru Besar, Komitmen dan Kepuasan Kerja Guru: Satu Kajian Perbandingan dan Hubungan Antara Sekolah Berkesan dengan Sekolah Kurang Berkesan, Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah Darul Aman.

7. Miller, G. M. & Dollarhide, C. T. (2006). Supervision in Schools: Building Pathways to Excellence. Counselor Education and Supervision, Jun 2006: 45, 4

8. Normah Daud (2006) Kepimpinan Instruksional Sebagai Pembudaya Kecemerlangan (Satu Perkongsian Pengalaman Guru Besar Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam, Kuala Terengganu). Seminar Kebangsaan Kepimpinan Instruksional Ke-2, Institut Aminuddin Baki Utara, 27 hingga 30 November 2006. Laman web: http://www.iabu.moe.gov.my/Kertas2.pdf

9. Ponticelli, J. A. & Zepeda, S. J. (2004). Confronting Well-learned lessons in Supervision and Evaluation, National Association of Secondary School Principals, NASSP Bulletin, Jun 2004: 88, 639

10. Sa, F. I. I. (2002). Supervisi Pendidikan Agama Islam pada Sekolah Dasar. Dept. Pf Tarbiyah. Dari Laman web: http://sman7.cyberschooldps.net

11. Sutawan, I. G. (2007). Supervisi Klinis oleh Teman Sejawat Sebagai Salah Satu Teknik Membantu Dalam Meningkatkan Profesionalisme. Artikel Guru, 30 September 2007, Dari Laman web: http://sman7.cyberschooldps.net

6

Page 8: KERTAS TUGASAN

12. Thangavelo, M., Azman, J. Dan Rodziah, I. (2003). Amalan dan Masalah Pelaksanaan Strategi Inkuiri-Penemian Di Kalangan Guru Pelatih Sains Semasa Praktikum: Satu Kajian Kes. Maktab Perguruan Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. Dari Laman Web: http://www.mpbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2003/thangavelo MPSAHkk.pdf

13. Tingkah Laku Guru di Sekolah Berkesan (2007). Dari Laman web: http://www.ppdkmy.net/e107_plugins/content/content.php?content.8

14. Von Hagen, K. (2000). Teacher Supervision, Growth and Review: A differentiated Model and Process for Yellowknife Catholic Schools. Yellowknife Cathloic Schools.

7