tugasan qgj3053 (kertas konsep)

29
SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KOD & NAMA KURSUS PPG PJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014 QGJ3053: SUKAN INDIVIDU TAJUK DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. MATRIK EN. JAMIDI BIN MUSA D20102045528 PUSAT PEMBELAJARAN: EL-UPSI 43 (A131 PJJ) NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK YUSRY BIN YAKUB KERTAS KONSEP MEMBUDAYAKAN PELAKSANAAN SUKAN DI SEKOLAH

Upload: jeicholine-jaikol

Post on 02-Dec-2015

310 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

kertas konsep

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan QGJ3053 (Kertas Konsep)

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS

PPG PJJ SEMESTER 1 SESI 2013/2014

QGJ3053: SUKAN INDIVIDU

TAJUK

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK

EN. JAMIDI BIN MUSA D20102045528

PUSAT PEMBELAJARAN: EL-UPSI 43 (A131 PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING: ENCIK YUSRY BIN YAKUB

TARIKH SERAH: 23 NOVEMBER 2013

KERTAS KONSEP MEMBUDAYAKAN PELAKSANAAN SUKAN DI SEKOLAH

Page 2: Tugasan QGJ3053 (Kertas Konsep)

ISI KANDUNGAN

PERKARA HALAMAN

1.0 PENGENALAN

2.0 FALSAFAH SUKAN DAN PERMAINAN

2.1 Matlamat dan Objektif

3.0 KEPENTINGAN SUKAN INDIVIDU DALAM PEMBANGUNAN DOMAIN

PSIKOMOTOR, KOGNITIF DAN AFEKTIF MURID

3.1 Domain Kognitif

3.2 Domain Afektif

3.3 Domain Kemahiran Psikomotor

4.0 DASAR 1 MURID 1 SUKAN (1M 1S)

4.1 Pengenalan Dasar 1 Murid 1 Sukan

4.2 Rasional Dasar 1M 1S

4.3 Matlamat Dasar 1M 1S

4.4 Konsep Dasar 1M 1S

4.5 Prinsip Pelaksanaan Dasar 1M 1S

4.6 Objektif Dasar 1M 1S

5.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN

DASAR 1 MURID 1 SUKAN DI SEKOLAH RENDAH SATU SESI

5.1 Pengurusan Pelaksanaan Sekolah Rendah

5.2 Strategi Pelaksanaan Dasar 1M 1S Sekolah Rendah

5.3 Kaedah Pelaksanaan Dasar 1M 1S Sekolah Rendah

5.4 Cadangan Jadual Pelaksanaan Dasar 1M 1S Sekolah Rendah Satu

Sesi

5.5 Rumusan Dasar 1M 1S 19

2

3-4

5

5

6

8

7

8

9

9

10

11-18

BIBLIOGRAFI 20

1

Page 3: Tugasan QGJ3053 (Kertas Konsep)

1.0 PENGENALAN

Sukan merupakan salah satu aspek dalam subjasmani yang menyeluruh merangkumi

semua aspek domain seperti psikomotor, kognitif, afektif, sosial dan emosi. Melalui sukan,

setiap individu terutamanya golongan pelajar akan diberi peluang dan ruang untuknya

mencuba dan mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya. Jika kita

menyusuri budaya kehidupan masyarakat kini, kita sering melihat dan mendengar masalah-

masalah obesity dan gaya hidup yang kurang sihat diterapkan dalam masyarakat. Di sinilah

peranan aktiviti dalam sukan yang dapat membantu mengurangkan gejala yang sedang

menular dalam masyarakat kini. Dalam sukan juga, beberapa aspek yang perlu diberi

tumpuan selain daripada kemahiran motor. Aspek tersebut ialah pengagaan kesihatan

melalui aktiviti kecergasan di samping penerapan nilai-nilai murni melalui pengenalan aktiviti

fizikal.

Melihat dan mendalami kepentingan sukan dalam diri setiap individu, pelbagai perancangan

dan pelaksanaan aktiviti yang telah dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pendidikan

Malaysia khususnya melalui aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Salah satu

program yang sedang giat dijalankan kini di seluruh negara ialah Dasar 1 Murid 1 Sukan.

Melalui Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M 1S) ini, ia mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-

kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini sebenarnya secara langsung dan tidak

langsung menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang berhasrat

untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Justeru

dengan dasar ini, setiap murid akan melibatkan diri secara aktif dengan menyertai aktiviti

sukan sekolah sepanjang tahun.

Sehubungan dengan itu, kerancakan pelbagai program yang dijalankan perlu dilaksanakan

oleh para guru di peringkat pendidikan sekolah berdasarkan panduan-panduan yang

diberikan oleh bahagian pembangunan kokurikulum dan kurikulum diperingkat perancang

pentadbiran. Salah satu aspek melalui panduan tersebut adalah tentang prinsip-prinsip

latihan yang khusus untuk melatih para atlet olahraga di setiap sekolah. Pengetahuan dan

kemahiran yang terancang dan betul melalui prinsip-prinsip itu dapat membangunkan dan

mempertingkatkan kebolehan serta kemahiran yang dapat dicapai oleh para atlet. Oleh itu,

setiap jurulatih khususnya para guru yang melatih para atlet perlu melengkapkan diri dengan

secukupnya mengenai prinsip-prinsip latihan sukan dan pengaplikasiannya dengan baik dan

betul.

2

Page 4: Tugasan QGJ3053 (Kertas Konsep)

2.0 FALSAFAH SUKAN DAN PERMAINAN

Dalam menelusuri dan memahami falsafah dalam sukan dan permainan, pentingnya terlebih

dahulu difahami tentang makna asal falsafah tersebut. Falsafah berasal daripada perkataan

Yunani tua “philosophia” yang bermaksud cinta kepada pengetahuan dan hikmah. Russle

memahami falsafah sebagai sesuatu di antara teologi (ilmu ketuhanan dan agama) dan

sains (sains-sains fizik dan kemanusiaan). Oleh itu, falsafah adalah sesuatu yang terletak di

antara sains dan teologi.

Daripada pengertian pendapat tokoh tersebut, falsafah merupakan susunan ayat yang

digunakan secara jelas tentang sesuatu pegangan. Falsafah akan mempengaruhi secara

keseluruhan terhadap prinsip, teori dan cara kerja dalam sesuatu aktiviti. Ciri-ciri falsafah

yang baik adalah :

a) Falsafah mempunyai susunan yang yang jelas;

b) Falsafah bukan menekankan kepada teori tetapi lebih kepada aktiviti;

c) Falsafah menekankan kepada prinsip menjelaskan;

d) Falsafah yang baik tidak bergantung kepada jumlah ayat tetapi kepada keupayaan

memberi penerangan; dan

e) Falsafah seharusnya memberi panduan yang tepat.

Menurut Bucher (1979) menyatakan bahawa falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari

objektif yang mampu memberikan kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap

sesuatu prinsip dan konsep. Menurut al-Kindi pula, falsafah adalah pengetahuan tentang

realiti segala sesuatu sejauh jangkauan kemampuan manusia. Hal ini menjelaskan bahawa

objektif utama yang digariskan dalam sukan dan permainan melalui pendidikan jasmani

adalah bertujuan untuk mencapai matlamat kandungan pelajaran yang merangkumi

kesemua aspek domain pembelajaran.

Di samping itu, falsafah yang menepati kehendak pembelajaran akan berupaya membantu

guru khususnya guru sukan dan pendidikan jasmani memahami semua tugasan secara

menyeluruh bukannya secara berasing-asing. Ini bermakna melalui falsafah secara tidak

langsung akan berupaya membantu guru memahami peranannya yang telah ditetapkan.

Dengan kata lain, falsafah dalam sukan dan permainan adalah sebagai petunjuk arah dan

mampu membantu guru menghasilkan rumusan serta mampu membentuk matlamat secara

berterusan dan tersusun.

Dalam Zeigler (1962) berpendapat bahawa falsafah dalam sukan dan permainan dapat

membantu guru memahami dan menghayati tanggungjawab pengajarannya dengan lebih

3

Page 5: Tugasan QGJ3053 (Kertas Konsep)

menyeluruh. Ini dapat membantu menimbulkan kesedaran kepada guru untuk menumpukan

peranannya melalui perancangan yang berlandaskan kepada objektif pengajaran yang

sepatutnya.

2.1 Matlamat dan Objektif

Menurut Bucher dan Wuest (1987), penetapan matlamat dan objektif dalam sukan melalui

Pendidikan Jasmani dapat membantu mata pelajaran ini dalam aspek-aspek seperti berikut :

a) Memahami apa yang hendak dilakukan;

b) Membantu dalam menghasilkan keputusan yang lebih bermakna ketika berhadapan

dengan masalah;

c) Memahami dengan lebih mendalam mengenai nilai sukan dan permainan dalam

Pendidikan Jasmani;

d) Memahami sumbangan sukan dan permainan melalui Pendidikan Jasmani kepada

masyarakat;

e) Menjelaskan tugas guru Pendidikan Jasmani kepada masyarakat; dan

f) Menghargai dan mengambil berat pencapaian murid melalui penglibatan mereka

dalam program di bawah seliaan mereka.

Aktiviti sukan dan permainan melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani yang dilaksanakan

di sekolah adalah merupakan aktiviti yang terancang dan berupaya memberi ruang

persekitaran yang baik bagi membantu murid menghayati kepentingan kecergasan dan

penjagaan kesihatan. Oleh yang demikian, guru perlu sentiasa memahami matlamat utama

Pendidikan Jasmani iaitu :

“Pendidikan Jasmani adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui

pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan” (Pusat Perkembangan Kurikulum,

1999).Seiring dengan matlamatnya, guru perlu memahami objektif utama Pendidikan

Jasmani yang digariskan seperti berikut (Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani, 1999) :

a) Mempertingkat dan mengekaljan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan

motor;

b) Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri;

c) Melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian;

d) Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai

pelbagai kegiatan fizikal;

e) Membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan

f) Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.

4

Page 6: Tugasan QGJ3053 (Kertas Konsep)

Berdasarkan objektif Pendidikan Jasmani yang secara umumnya bertujuan untuk mencapai

tahap kecergasan dan menguasai kemahiran sukan serta permainan. Menurut Seefedt dan

Vogel (1986), persoalan mengenai objektif ini telah memberi tumpuan khusus kepada

hubungan antara amalan kesihatan dengan kecergasan fizikal dan kemahiran motor sebagai

satu kaedah yang mampu mengawal penyakit dalam kehidupan seharian. Oleh yang

demikian, dapat dirumuskan bahawa falsafah dalam sukan dan permainan melalui

Pendidikan Jasmani sebagai panduan dan penggerak dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Objektif dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berhasrat

untuk menghasilkan insan yang seimbang dari segi rohani, jasmani, emosi dan sosial. Maka,

melalui Pendidikan Jasmani kesemua aspek ini boleh dicapai.

3.0 KEPENTINGAN SUKAN INDIVIDU DALAM PEMBANGUNAN DOMAIN

PSIKOMOTOR, KOGNITIF DAN AFEKTIF MURID.

Sukan melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah merupakan satu proses

pembelajaran yang menyeluruh yang merangkumi semua aspek domain seperti psikomotor,

kognitif, afektif, sosial dan emosi. Menurut Pettitor dalam Wee Eng Hoe (2005) menyatakan

bahawa melalui Pendidikan Jasmani, murid akan diberi ruang untuknya mencuba dan

mengalami sendiri pengalaman semua aktiviti fizikal yang dijalaninya.

Sukan dalam Pendidikan Jasmani berupaya menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan

gaya hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman

pembelajaran yang rapi dan berterusan. Menurut Colfer (1986), Pendidikan Jasmani adalah

merupakan satu aspek dan dapat menghasilkan kejayaan kepada satu kumpulan murid.

Sehubungan dengan penyataan tersebut, pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam

sukan melalui Pendidikan Jasmani kini bukan sahaja menekankan kepada aspek fizikal

semata-mata tetapi yang lebih penting adalah aspek nilai pendidikan yang ingin diterapkan.

Selain itu, sukan juga dilihat mampu untuk memberi sumbangan terhadap perkembangan

kemahiran dan kecergasan jasmani serta pemangkin kepada tabiat sosial yang murni.

Melaluinya juga, sukan merupakan alat untuk mendorong kepada kegiatan-kegiatan kognitif

seperti penerokaan, proses berfikir dan penyelesaian masalah. Kesemua ini menjadikan

sukan melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani dilihat sebagai satu keperluan bagi

membina perkembangan keseluruhan kanak-kanak.

Dengan kata lain, sukan dalam Pendidikan Jasmani merupakan mata pelajaran yang

diperkenalkan di sekolah yang memiliki kesepaduan di antara domain kognitif dan

psikomotor. Menurut Asiah Abu Samah (1993), kesepaduan dalam domain Pendidikan

5

Page 7: Tugasan QGJ3053 (Kertas Konsep)

Jasmani adalah seiring dengan penerapan nilai murni yang bermatlamat menghasilkan

insan yang menyeluruh dan seimbang dalam satu masyarakat yang dinamis dan progresif.

3.1 Domain Kognitif

Pembangunan kognitif melibatkan pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta

menginterpretasi. Dengan kata lain, pembangunan kognitif melibatkan ransangan pemikiran

yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan

pengukuhan. Pengetahuan dalam aktiviti sukan dapat menjadikan aktiviti sukan

dilaksanakan dengan berkesan. Contohnya, sebelum mengikuti atau melaksanakan sesuatu

aktiviti sukan dalam olahraga, murid perlu mengetahui, mempelajari dan memahami cara

pelaksanaan sesuatu aktiviti tersebut dari segi teknik dan disiplin. Kefahaman dan

penghayatan cara atau teknik melaksanakan aktiviti sukan dalam olahraga membawa

kepada pelaksanaan aktiviti sukan yang lebih cekap dan berkesan.

Pengetahuan tentang disiplin dan teknik dalam sukan olahraga juga penting bagi

menjadikan aktiviti yang diceburi itu menarik, berfaedah dan bermakna. Program sukan

olahraga yang baik bukan sahaja mampu memberikan kekuatan dan kecergasan fizikal

tetapi seharusnya dapat memberi kekuatan dari aspek keintelektualan dalam diri individu

tersebut. Dengan berfikir seperti penyelesaian masalah, pemahaman, penilaian dan kreativiti

seharusnya diserapkan dalam setiap pelaksanaan aktiviti sukan melalui Pendidikan

Jasmani.

3.2 Domain Afektif

Matlamat umum utama yang ingin dicapai melalui program-program kesukanan adalah

tertumpu kepada perkembangan individu, kemahiran sosial dan juga nilai dalaman yang

tinggi terhadap setiap aktiviti yang diceburi. Contohnya, semangat juang yang tinggi untuk

mengharumkan nama negara melalui kejayaan yang cemerlang dalam sukan. Sehubungan

dengan itu, perkembangan individu yang dimaksudkan adalah melibatkan sikap, emosi,

apresiasi, dan nilai serta pembentukan sahsiah. Kemahiran bersosial pula melibatkan

interaksi dan corak komunikasi yang baik dengan individu lain. Melalui sukan ini, ia dapat

memberi sumbangan yang tinggi secara tidak langsung terhadap perkembangan sikap dan

konsep kendiri setiap murid kerana hubungan yang akrab akan berlaku ketika menjalakan

aktiviti contohnya dalam pertandingan sukan peringkat rumah sukan, sekolah, daerah,

negeri, dan kebangsaan.

6

Page 8: Tugasan QGJ3053 (Kertas Konsep)

Sukan melalui Pendidikan Jasmani perlu menekankan nilai yang baik seperti menolong

orang lain, mengiktiraf sumbangan dan kejayaan, kepentingan menjaga kebersihan,

penggunaan masa lapang yang berguna, memiliki sikap positif terhadap kecergasan,

menghormati orang lain dan pemimpin serta bekerjasama dalam kumpulan dalam aktiviti

fizikal. Emosi adalah suatu elemen yang penting dalam perkembangan murid-murid melalui

penglibatan dalam persefahaman peranan secara luaran dan dalaman diri. Oleh itu, sukan

dalam Pendidikan Jasmani adalah suatu medium yang dapat membantu dalam

pembangunan sosial dan afektif diri. Sukan dalam Pendidikan Jasmani juga mampu

menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan ada ahli masyarakat.

3.3 Domain Kemahiran Psikomotor

Aspek domain psikomotor memberi tumpuan kepada perihal kuantiti pergerakan yang

mampu dipamerkan. Psikomotor juga melibatkan beberapa prinsip asas seperti kekuatan,

kelenturan, daya tahan kardiovaskular dan otot, ketangkasan, kepantasan dan kelajuan.

Dalam sukan olahraga khususnya, aspek-aspek ini perlu disuntik dan difokuskan dengan

lebih kerap lagi iaitu selepas murid melepasi tahap minimum aspek fizikal dan psikomotor.

Menurut Weston (1979), menyatakan bahawa kurikulum yang dihasilkan adalah program

yang dirancang untuk kepentingan murid yang telah mengambil kira semua factor utama

seperti sekolah dan keperluan murid sebagai matlamat.

Menurut Raddick (1982), sukan dalam Pendidikan Jasmani adalah sebahagian daripada

pendidikan seseorang yang menggunakan aktiviti fizikal sebagai medium pendidikan. Ianya

menekankan tentang pembentukan sikap, pengetahuan dan kemahiran yang berhubung

dengan kesihatan, kecergasan dan rekreasi dengan cara yang unik sehingga cara hidup

dan kualiti seseoran ditingkatkan. Menurut Teng Boon Tong (2001), Pendidikan Jasmani

adalah mata pelajaran yang menekankan kepada proses pembelajaran dan pengajaran

melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah pertumbuhan mental, fizikal, sosial dan

emosi.

Oleh yang demikian, sukan melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani boleh didefinisikan

sebagai aktiviti dalam mata pelajaran yang memberi penekanan terhadap proses

pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti fizikal yang menyumbang ke arah

pertumbuhan mental, fizikal. sosial dan emosi. Ianya juga bertujuan untuk menjadikan murid

lebih sihat, cergas dan produktif melalui pemukuan nilai, sikap, pengetahuan serta amalan

kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

7

Page 9: Tugasan QGJ3053 (Kertas Konsep)

4.0 DASAR 1 MURID 1 SUKAN

Menurut Tan Sri Haji Muhyiddin Mohd Yassin (2011) yang merupakan Menteri Pendidikan

Malaysia menyatakan bahawa bidang sukan merupakan antara landasan terbaik dalam

usaha membangunkan modal insan yang cergas, kreatif, berdaya saing dan mempunyai jati

diri yang kukuh demi memastikan kelangsungan keutuhan sebuah negara. Bagi memastikan

matlamat tersebut dapat direalisasikan, bidang sukan perlu menyediakan peluang

penyertaan dan penglibatan yang seluar-luasnya kepada golongan muda yang merupakan

pewaris kepimpinan negara di masa hadapan. Justeru, usaha bagi menyemarakkan kembali

kegiatan sukan di sekolah telah dimulakan melalui pelaksanaan dan pengukuhan Dasar

Satu Murid Satu Sukan. Ianya bertujuan untuk memastikan penglibatan setiap murid dalam

aktiviti sukan di sekolah, menerapkan nilai-nilai sukan di kalangan seluruh warga sekolah,

serta mengembalikan sekolah sebagai institusi utama untuk melahirkan bakat-bakat sukan

dari peringkat akar umbi.

4.1 Pengenalan Dasar Satu Murid Satu Sukan

Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S) mewajibkan setiap murid menyertai sekurang-

kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong pelaksanaan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan ke arah melahirkan insan yang seimbang

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dasar ini selaras dengan Dasar Sukan Negara

yang memberi penekanan kepada Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan.

Dasar ini memberi perhatian yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka

melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi

akan digilap dan dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).

Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras

dengan ungkapan “Minda Yang Cergas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat”. Dalam konteks

ini, bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insan yang sihat,

cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan sosial serta

pembangunan ekonomi negara. Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik

minat murid-murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pendidikan

Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat bersukan

dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan

keperluan akademik.

8

Page 10: Tugasan QGJ3053 (Kertas Konsep)

4.2 Rasional Dasar 1M 1S

Dasar 1M 1S mendokong Dasar Sukan Untuk Semua, yang mana dasar ini menitikberatkan

penglibatan semua murid dalam pelbagai aktiviti dan peringkat sukan. Dasar ini atas

rasional segala kegiatan sukan adalah sebahagian daripada tranformasi pendidikan yang

diusahakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat

pengiktirafan, sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga yang diberikan kepada

aspek-aspek yang lain seperti mata pelajaran akademik dan kegiatan kokurikulum agar

dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi sejahtera minda dan jasmani.

Dasar ini juga menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat

muhibah, kesefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberi

satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu

bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat cintakan negara. Dasar 1M 1S dapat

memberi peluang secara menyeluruh kepada semua murid melibatkan diri dalam sukan

secara lebih terurus dan terancang serta mengimbangkan focus atau penekanan dalam

melahirkan modal insan secara holistic ke arah pembinaan masyarakat Malaysia yang

berdaya saing tinggi.

4.3 Matlamat Dasar 1M 1S

Dalam jangka masa panjang, dasar ini berhasrat membangunkan modal insan melalui

penyertaan yang menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun

serta memupuk budaya bersukan di kalangan murid sekolah agar menjadi masyarakat yang

mengamalkan gaya hidup sihat, cergas dan berdaya saing tinggi.

4.4 Konsep Dasar 1M 1S

Dasar 1M 1S adalah program pembangunan sukan di sekolah yang mewajibkan setiap

murid dari tahap-tahap di sekolah rendah hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah

mengikut sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan yang dikendalikan secara terancang dan

sistematik. Dasar 1M 1S adalah berteraskan kepada prinsip-prinsip asas perkembangan

fizikal murid-murid. Justeru itu, Dasar 1M 1S adalah diwujudkan untuk merealisasikan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan agar;

4.4.1 memberi akses kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari

penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak

aktif;

4.4.2 membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan murid

dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah; dan

9

Page 11: Tugasan QGJ3053 (Kertas Konsep)

4.4.3 memberi peluang kepada semua murid yang berbakat dan berpotensi untuk

digilap ke tahap yang lebih tinggi.

4.5 Prinsip Pelaksanaan Dasar 1M 1S

Pelaksanaan Dasar 1M 1S hendaklah mengambil kira prinsip pelaksanaan berikut :

4.5.1 setiap murid termasuk murid berkeperluan khas yang tidak mengalami

masalah kesihatan hendaklah wajib mengambil bahagian dalam sekurang-

kurangnya satu jenis sukan. Dasar 1M 1S adalah diwajibkan untuk murid

Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta Tingkatan Peralihan,

Tingakatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah menengah. Walau

bagaimanapun, murid Prasekolah hingga Tahun 3 digalakkan menyertai

program ini berdasarkan kemampuan sekolah (SPI Bil.16/2010 bertarikh

1/12/2010, Rujuk Lampiran 1).

4.5.2 Murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan

yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan oleh pihak lain dengan

pengetahuan dan persetujuan pihak sekolah.

4.5.3 Asas kepada 1M 1S adalah pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani

dan Kesihatan yang berkualiti di sekolah. Segala sumber untuk mata pelajaran

Pendidikan Jasmani hendaklah diguna sama bagi program 1M 1S.

4.5.4 Aspek yang diutamakan adalah penyertaan aktif oleh semua murid dalam

aktiviti sukan.

4.5.5 Penyertaan dalam sukan adalah asas kepada perkembangan intelek, rohani,

jasmani dan emosi murid.

4.5.6 Ibu bapa dan agensi luar/ rakan sukan adalah digalakkan untuk menyumbang

kepada pembangunan sukan sekolah.

4.5.7 Setiap sekolah yang sudah pun mempunyai prasarana, kemudahan dan

peralatan sukan hendaklah mengoptimumkan penggunaannya bagi

meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid.

4.5.8 Pihak sekolah hendaklah sentiasa mengutamakan keselamatan murid semasa

menjalankan aktiviti sukan di sekolah dan di luar sekolah. Segala prosedur

dan langkah-langkah keselamatan hendaklah dipatuhi bagi menggelakkan

sebarang kemalangan.

4.6 Objektif Dasar 1M 1S

Dasar 1M 1S menggariskan objektif jangka panjang dan jangka pendek seperti :

4.6.1 meningkatkan kecergasan jasmani;

10

Page 12: Tugasan QGJ3053 (Kertas Konsep)

4.6.2 membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni;

4.6.3 memupuk perpaduan di antara kaum;

4.6.4 membentuk budaya sukan di kalangan murid;

4.6.5 memenuhi naluri semula jadi murid agar aktif dari segi fizikal;

4.6.6 memberi keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal;

dan

4.6.7 mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan.

5.0 PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN AKTIVITI SEPANJANG TAHUN DASAR 1

MURID 1 SUKAN DI SEKOLAH RENDAH SATU SESI

Dalam Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S), program sukan sekolah sepanjang tahun

merangkumi sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan. Pihak sekolah boleh

merujuk kepada panduan yang dalam konsep dasar yang dicadangkan untuk melaksanakan

program sukan Dasar 1M 1S. Melalui dasar tersebut, antara yang wajib untuk setiap murid

menceburi adalah aktiviti sukan dalam Program Sukan Umum sepanjang tahun seperti

Latihan Rumah Sukan, Pertandingan Merentas Desa dan Sukantara. Setiap murid juga

diwajibkan untuk terlibat secara langsung dalam aktiviti Kelab Sukan dan Permainan

sepanjang tahun yang memperuntukkan 60 minit seminggu khusus untuk sekolah rendah.

Oleh perancangan dan pelaksanaan yang dicadangkan dalam penulisan ini akan

memfokuskan pelaksanaan Dasar 1M 1S untuk sekolah rendah. Selain itu, pemilihan aktiviti

sukan juga yang dicadangkan adalah berdasarkan kemudahan, kelengkapan dan kepakaran

yang dapat disediakan oleh pihak sekolah. Walau bagaimanapun, aspek yang wajib untuk

setiap murid ceburi perlu diutamakan.

5.1 Pengurusan Pelaksanaan

Proses pelaksanaan aktiviti sukan terbahagi kepada 6 peringkat asas iaitu :

5.1.1 Perancangan

Perancangan dalam konteks 1M 1S hendaklah dibuat pada tahun sebelum dengan merujuk

kepada pengenalpastian, merangka, membina, menyusun, menjadualkan serta

menghasilkan aktiviti-aktiviti sukan yang berkaitan dengan program sukan di sekolah.

Berikut merupakan cadangan jadual untuk fasa perancangan yang akan dibuat pada tahun

berikutnya khusus untuk sekolah rendah satu sesi :

11

Page 13: Tugasan QGJ3053 (Kertas Konsep)

FASA AKTIVITI BULAN

PE

RA

NC

AN

GA

N

Mesyuarat AJK

Pembangunan Sukan

Sekolah untuk

merancangan

Pengurusan:

Program

Sukan Sekolah

Penubuhan

Rumah Sukan

Penubuhan

Kelab Sukan

dan Permainan

Jadual 1 : Fasa Perancangan Pelaksanaan Dasar 1M 1S Sekolah Rendah Satu Sesi

5.1.2 Pelaksanaan

Pelaksanaan program sukan sekolah di bawah Dasar 1M 1S hendaklah dijalankan

sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, pihak sekolah digalakkan untuk merancang

pelaksanaan program sukan mengikut kesediaan, kemampuan serta kreativiti dan inovasi

pihak sekolah. Berikut merupakan cadangan untuk fasa pelaksanaan Dasar 1M 1S sekolah

rendah satu sesi :

FASA AKTIVITI BULAN

Pendaftaran Rumah

Sukan

Pendaftaran Murid di

bawah Kelab Sukan/

Permainan

12

Page 14: Tugasan QGJ3053 (Kertas Konsep)

PE

LA

KS

AN

AA

NLatihan dan

Pertandingan Rumah

Sukan

Aktiviti Kelolaan Kelab

Sukan dan Permainan

Latihan Merentas

Desa

Pertandingan

Merentas Desa

Latihan Balapan dan

Padang

Sukantara

Kejohanan Balapan

dan Padang

Pertandingan

Peringkat Dalaman

Aktiviti Sukan Lain

Majlis Anugerah

Sukan Sekolah

Mesyuarat

Jawatankuasa

Pembangunan Sukan

Sekolah

Jadual 2 : Fasa Pelaksanaan Dasar 1M 1S Sekolah Rendah Satu Sesi

5.1.3 Pemantauan

Pemantauan terhadap pengurusan pelaksanaan Dasar 1M 1S oleh pihak pengurusan

sekolah adalah sebahagian daripada strategi untuk menilai dan memastikan kejayaan serta

keberkesanan aktiviti sukan yang dilaksanakan. Hal ini bertujuan meneliti aspek

pengurusan, penggunaan peralatan, pematuhan peraturan, kesihatan, kebajikan serta

13

Page 15: Tugasan QGJ3053 (Kertas Konsep)

keselamatan dan penyertaan murid yang mengikuti program sukan sekolah. Proses

pemantauan hendaklah dijalankan oleh pihak pengurusan sekolah sepanjang tahun.

Langkah penambahbaikan hendaklah dijalankan oleh pihak sekolah dari semasa ke semasa

untuk memastikan pelaksanaan Dasar 1M 1S. Berikut merupakan fasa pemantauan untuk

cadangan program sukan sekolah rendah satu sesi :

FASA AKTIVITI BULAN

PE

MA

NT

AU

AN

Sepanjang

Pelaksanaan Dasar

1M 1S

Jadual 3 : Fasa Pemantauan Dasar 1M 1S Sekolah Rendah Satu Sesi

5.1.4 Penilaian

Penilaian aktiviti sukan bertujuan menghasilkan maklum balas secara langsung yang

menjadi input kepada usaha penambahbaikan aktiviti yang dijalankan serta bagi

peningkatan penglibatan dan pencapaian murid. Penilaian hendaklah berasaskan kehadiran

dan penyertaan secara aktif setiap murid dalam aktiviti di bawah Program Sukan Sekolah.

Selain daripada penglibatan dalam aktiviti umum yang melibatkan semua murid, tumpuan

hendaklah diberi kepada kehadiran dan penyertaan murid dalam aktiviti Kelab Sukan dan

Permainan. Penilaian aktiviti sukan dijalankan secara berperingkat. Berikut merupakan

cadangan fasa penilaian untuk sekolah rendah satu sesi :

FASA AKTIVITI BULAN

PE

NIL

AIA

N

Semua Aktiviti Sukan

Jadual 4 : Fasa Penilaian Dasar 1M 1S Sekolah Rendah Satu Sesi

14

Page 16: Tugasan QGJ3053 (Kertas Konsep)

5.1.5 Penambahbaikan

Penekanan yang perlu dititikberatkan secara berterusan ialah sukan yang dilaksanakan,

kaedah pelaksanaan dan impak aktiviti yang dijalankan seperti tertera dalam jadual fasa

pelaksanaan.

5.1.6 Laporan/ Dokumentasi

Laporan dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan proses dan penilaian pelaksanaan

Dasar 1M 1S adalah penting dan perlu direkodkan. Pendokumentasian tersebut menjadi

bukti pelaksanaan dan bahan rujukan kepada usaha penambahbaikan dan tindakan

sususan daripada pihak pentadbiran.

FASA AKTIVITI BULAN

PR

OE

S

Post Mortem

Keseluruhan Program

Sukan Sekolah

Laporan Keseluruhan

Program Sukan

Sekolah

Jadual 5 : Fasa Pendokumentasian Pelaksanaan Dasar 1M 1S Sekolah Rendah Satu

Sesi

5.2 Strategi Pelaksanaan Dasar 1M 1S Sekolah Rendah Satu Sesi

Di bawah Dasar 1M 1S, pihak sekolah boleh menggunakan beberapa strategi berikut

bergantung kepada kemudahan dan prasarana yang sedia ada di sekolah (SPI Bilangan 1/

1989). Dalam melaksanakan Dasar 1M 1S, setiap sekolah disarankan mengikut strategi-

strategi berikut :

i. Melaksanakan tinjauan untuk mengenal pasti minat murid dalam jenis sukan

tertentu.

ii. Melaksanakan tinjauan untuk mengenal pasti minat dan kemahiran guru dalam jenis

sukan.

15

Page 17: Tugasan QGJ3053 (Kertas Konsep)

iii. Mengenal pasti semua sukan dan permainan yang hendak ditawarkan sama ada

dalam atau luar sekolah di bawah Kelab Sukan dan Permainan.

iv. Membuat tinjauan terhadap kemudahan sukan di dalam dan luar sekolah yang boleh

dimanfaatkan oleh murid.

v. Menyediakan takwim tahunan program sukan sekolah.

vi. Merancang dan melaksanakan aktiviti berdasarkan Modul Latihan Sukan untuk Guru

Penasihat Kelab Sukan Sekolah.

vii. Mengguna pakai sumber kepakaran/ kepegawaian yang terdapat dalam dan luar

sekolah.

viii. Menyediakan prasarana, kemudahan asas dan peralatan untuk menjalankan aktiviti

di bawah program sukan sekolah atau memilih lokasi di luar sekolah yang sesuai dan

selamat.

ix. Penjadualan aktiviti program sukan sekolah mengikut masa yang bersesuaian

berdasarkan latar belakang dan kemudahan sekolah.

x. Melibatkan masyarakat, pihak swasta atau agensi luar dalam melaksanakan program

sukan sekolah.

xi. Menggalakkan kreativiti dan inovasi dari pihak sekolah dalam kegiatan sukan yang

dijalankan.

xii. Menetapkan matlamat dan objektif kesleuruhan program pembangunan sukan

sekolah.

xiii. Menyusun dan menetapkan aktiviti di bawah program sukan sekolah secara jelas

dan spesifik.

xiv. Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid dan guru.

xv. Melakukan penambahbaikan berterusan.

5.3 Kaedah Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan Sekolah Rendah Satu Sesi

Dalam merangka strategi pelaksanaan Dasar 1M 1S untuk sekolah rendah satu sesi,

beberapa kaedah dapat dilaksanakan. Sekolah diberi fleksibiliti untuk memilih, menentukan

atau mengubah suai kaedah pelaksanaan mengikut kesesuaian, kemampuan dan keperluan

sekolah. Sekolah juga boleh merancang kaedah lain sekirannya difikirkan sesuai. Berikut

merupakan beberapa kaedah pelaksanaan yang boleh dilaksanakan untuk sekolah rendah

satu sesi :

5.3.1 Dilaksanakan pada waktu petang di luar waktu akademik dengan minimum

60 minit.

5.3.2 Berkongsi kemudahan sukan di luar sekolah seperti padang sekolah lain,

padang Majlis Daerah, agensi swasta dan lain-lian.

16

Page 18: Tugasan QGJ3053 (Kertas Konsep)

5.3.3 Merangka jadual program sukan berdasarkan bilangan murid, bilangan guru,

kemudahan dan prasarana sukan yang sedia ada di sekolah dan persekitaran

serta kerjasama dengan pihak luar.

5.4 Cadangan Jadual Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan Sekolah Rendah Satu

Sesi

Cadangan 1 :

Berikut merupakan cadangan jadual pelaksanaan Dasar 1M 1S dalam aktiviti Kelab Sukan

dan Permainan untuk Minggu 1 dan Minggu 3 setiap bulan sekolah rendah satu sesi :

Bilangan Murid : 120 Orang (Tahun 3, 4, 5 & 6)

Bilangan Guru Terlibat : 13 Orang

HARI MASA KELAB SUKAN/

PERMAINAN

BIL. MURID/

TAHUN

BILANGAN GURU

Isnin 2.00 – 3.00 ptg Bola Sepak 60 orang/

Tahun 3 & 4

3 orang

Bola Jaring

Selasa 2.00 – 3.00 ptg Hoki 60 orang/

Tahun 3 & 4

3 orang

Bola Tampar

Rabu 2.00 – 3.00 ptg Hari Kokurikulum &

Olahraga

120 orang/

Tahun 3, 4, 5

& 6

1 orang (ketua)

Khamis 2.00 – 3.00 ptg Hoki 60 orang/

Tahun 5 & 6

3 orang

Bola Tampar

Jumaat 2.00 – 3.00 ptg Bola Sepak 60 orang/

Tahun 5 & 6

3 orang

Bola Jaring

Jadual 6 : Cadangan Jadual Pelaksanaan Aktiviti Kelab Sukan dan Permainan Sekolah

Rendah Satu Sesi

17

Page 19: Tugasan QGJ3053 (Kertas Konsep)

Cadangan 2 :

Berikut merupakan cadangan jadual pelaksanaan yang boleh dilaksanakan untuk Aktiviti

Kelab Sukan dan Permainan sekolah rendah satu sesi sepanjang tahun :

Hari : ISNIN, SELASA, RABU & KHAMIS

Masa : 2.00 – 4.00 PETANG

BULAN MINGGU DAN TARIKH JUMLAH

BILANGAN

GURU

M1 M2 M3 M4

Januari - - - - -

Februari 2 7,8,9,10 14,15,16,17 21,22,23,24 4

Mac 1,2,3 7,8,9,10 Cuti

Pertengahan

Penggal

21,22,23,24 3

April 4,5,6,7 11,12,13,14 18,19,20,21 25,26,27,28 4

Mei 2,3,4,5 9,10,11,12 16,17,18,19 23,24,25,26 4

Jun Cuti

Pertengahan

Tahun

13,14,15,16 20,21,22,23 27,28,29,30 3

Julai 4,5,6,7 11,12,13,14 18,19,20,21 25,26,27,28 4

Ogos 1,2,3,4 8,9,10,11 15,16,18 22,23,24,25 4

September 5,6,7,8 12,13,14,15 19,20,21,22 26,27,28,29 4

Oktober 3,4,5,6, 10,11,12,13 17,18,19,20 24,25,27 4

Jadual 7 : Cadangan Jadual Pelaksanaan Aktiviti Kelab Sukan dan Permainan Sekolah

Rendah Satu Sesi

5.5 Rumusan Dasar 1M 1S

18

Page 20: Tugasan QGJ3053 (Kertas Konsep)

Hasrat bagi pembangunan jasmani murid adalah diterjemahkan melalui Dasar 1 Murid 1

Sukan. Dasar ini berhasrat untuk memastikan agar setiap murid dapat melibatkan diri dalam

sekurang-kurangnya satu sukan. Penglibatan ini memeri peluang kepada murid menguasai

aspek kemahiran dan pengetahuan dalam sukan melalui pendekatan berasaskan

pembelajaran melalui sukan dan permainan. Dasar ini juga merupakan tunjang kepada

sukan di sekolah dalam merealisasikan pelaksanaan Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk

Kecemerlangan di Sekolah. Murid-murid yang aktif dan berpotensi dalam sukan boleh

mengembangkan bakat melalui sukan untuk kecemerlangan setelah dikenal pasti melalui

program pengenalpastian bakat murid. Kedua-duanya iaitu cabang Sukan Untuk Semua dan

Sukan Untuk Kecemerlangan merupakan inisiatif yang menyokong ke arah pembangunan

modal insan yang sihat dan cergas sebagai matalamat jangka panjang.

BIBLIOGRAFI

19

Page 21: Tugasan QGJ3053 (Kertas Konsep)

B. Sarjit Singh dan Sheikh Kamaruddin. 1987. Buku Sumber Kecergasan Fizikal. Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia Ed. ke 3. Kuala Lumpur.

Bompa, T. O. (19914). Theory and Methodology Of Training : The Key To Atletic Performance (3rd Ed). Low : Kendall/ Hunt Publishing Co.

Johnson B., Nelson, J. K. (1986). Practical Measurements For Evaluation In Physical Education. Edina : Burgess Publications.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2011). Buku Panduan Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan. Bahagian Sukan Kementerian Pelajaran Malaysia : Putrajaya.

Mosston and Ashworth (2002). Teaching Physical Education (5th Ed.). San Francisco, CA : Benjamin Cummings.

McFee, G. (2004). Sport, Rules and Values : Philosophical Investigations Into The Nature Of Sport. London : Routledge (A).

Meier, K. V. (1988). Triad Trickey : Playing With Sport and Games, Journal Of The Philospohy Of Sport, Vol. XV : 11-30. Reprinted In Morgan and Meier (1995).

Morgan, W. J. (1987). “The Logical Incompatibility Thesis and Rules : A Reconsideration Of Formalism as An Account Of Games”, Journal Of The Philosophy Of Sport, Vol. XIV : 1-20.

Schneider, A. J. (2001). Fruits, Apples and Category Mistakes : On Sport, Games and Play”, Journal Of The Philosophy Of Sport, Vol. XXVIII (2) : 151-159.

Teng Boon Tong (1984). Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kuala Lumpur : Logman Malaysia.

O’shea John Patrick. 1976. Scientifik Principles and Methods of Strenght Fitness, 2nd ed. London. Addison-Wesley Publishing Co. Inc.

Prenctice, W.E (1998). Fitness and Wellness For Life (6th Ed.) Mc Graw Hill College.

Wee Eng Hoe (1998). Pengajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (Pengkhususan). Shah Alam : Fajar Bakti.

http://www.bizcalcs.com/GoogleGadgets.asp. Diakses pada 15 November 2013.

http://firstdialog.webs.com/gamessports.htm Diakses pada 15 November 2013.

http://www.birdievents.com/Badminton-Tips-Trainings/Warming-Up-During-a- Badminton-Tournament.html Diakses pada 15 November 2013.

20