kertas kerja makmal sains 2014

Upload: hairoldin

Post on 02-Jun-2018

299 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/11/2019 Kertas Kerja Makmal Sains 2014

    1/3

    1.0 PENDAHULUAN

    Makmal sains merupakan bilik khas yang terdapat di sekolah untuk memberikan murid

    dan guru peluang untuk menjalakan aktiviti dan penyiasatan berkenaan topik pelajaran

    sains di sekolah. Terdapat banyak kemudahan bahan dan alatan yang disedikan di

    dalam makmal untuk digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains.

    Pengurusan makmal yang sistematik serta persekitaran yang bersih dan ceria dapat

    meningkatkan lagi minat murid untuk mempelajari subjek sains.

    2.0 OBJEKTIF

    1 ) Menyusun semula bahan dan radas di dalam makmal secara sistematik.

    2 ) Melabel bahan dan radas yang di susun mengikut nama dan jenis bahan.

    3 ) Membersih dan menceriakan persekitaran makmal sains.

    4 ) Menyemak semula senarai dan bilangan bahan dan radas yang terdapat

    di dalam makmal sains.

    5 ) Mewujudkan bilik BBM untuk panitia sains

    3.0 SASARAN

    Projek ini akan dilaksanakan oleh guru-guru sains SKAG 1 iaitu seramai 8 orang

    semuanya.

    4.0 TARIKH DAN MASA

    Tarikh : Cuti sekolah akhir tahun

    Masa : 8.30 pagi 12.30 tengahari

    Tempat : Makmal Sains

  • 8/11/2019 Kertas Kerja Makmal Sains 2014

    2/3

    5.0 AKTIVITI

    Aktiviti yang dicadangkan.

    1. Membersihkan dan menyusun semula bahan dan radas di dalam makmal

    secara sistematik.

    2. Menceriakan persekitaran makmal sains.

    3. Melabel bahan dan radas di rak-rak dan tempat yang telah ditetapkan.

    4. Menceriakan papan kenyataan di dalam makmal sains.

    5. Meletakkan maklumat dan info berkaitan sains pada papan kenyataan.

    6. Mengira dan menyemak semula bilangan bahan dan radas di dalam makmal.

    7. Membersihkan dan membuang alatan-alatan yang telah pecah dan tidak

    boleh di gunakan lagi.

    6.0 KEWANGAN

    a) Anggaran perbelanjaan

    Bil Perbelanjaan Kuantiti Amaun (RM)

    1 Kertas pembalut hadiah 10 x RM 0.50 RM 5.00

    2 Pelekat 3D 2 x RM 5.00 RM10.00

    3 Pita pelekat 10 x RM 2.50 RM 25.00

    4 Kertas warna berpelekat 1 x RM 5.00 RM 5.00

    JUMLAH RM40.00

    7.0 Penutup

    Diharapkan projek ini dapat meningkatkan lagi pengurusan makmal yang lebih

    teratur dan lebih ceria. Makmal sains merupakan salah satu ruang kerja untuk

    pelajar melakukan aktiviti aktiviti yang melibatkan penyiasatan. Dengan

    pertambahan bahan bahan sains yang baru membolehkan murid-murid untuk

    merasai dan meneroka bidang sains dengan lebih mendalam. Selain itu dapat

  • 8/11/2019 Kertas Kerja Makmal Sains 2014

    3/3

    memudahkan guru-guru matapelajaran sains menggunakan peralatan sains

    untuk pdp di dalam makmal. Semoga makmal yang bersih dan ceria dapat

    meningkatkan minat murid untuk mempelajari subjek sains dengan suasana

    yang selesa.

    Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Disahkan Oleh,

    _________________ ___________________ ________________

    (HAIROLDIN RAHIM B. TAYA) ( PN. SEPIAH BT ) (PN. HJH NORMAH BT. ISMAIL)

    Guru Sains Ketua Panitia Sains Guru Besar

    SK Alor Gajah 1 SK Alor Gajah 1 SK Alor Gajah 1