kertas kerja makmal teknologi pendidikan - 2009

13
Pendahuluan Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah pengembangan dari Perpustakaan Sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. PSS memberi tafsiran kepada peranannya yang lebih meluas dengan pelbagai bahan secara keseluruhannya; PSS adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis. PSS menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. Konsep Pusat Sumber Sekolah adalah merupakan : Satu tempat Koleksi Perkhidmatan Agen Perubahan Oleh yang demikian perubahan perlu dibuat bagi memastikan fungsi PSS yang disebutkan diatas dapat 1

Upload: kamal-sabaruddin

Post on 16-Feb-2017

236 views

Category:

Education


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas kerja    makmal teknologi pendidikan - 2009

Pendahuluan

Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah pengembangan dari Perpustakaan

Sekolah sebagai tempat untuk koleksi bahan cetak. PSS memberi tafsiran

kepada peranannya yang lebih meluas dengan pelbagai bahan secara

keseluruhannya;

PSS adalah sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta  koleksi

bahan pengajaran dan pembelajaran yang diurus secara sistematis.

PSS menyediakan maklumat, perkhidmatan dan peluang

bagi memperkukuhkan pengajaran-pembelajaran untuk penguasaan kemahiran

asas serta kemahiran maklumat pendidikan ke arah pembentukan masyarakat

berbudaya ilmu, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat.

Konsep Pusat Sumber Sekolah adalah merupakan :

Satu tempat

Koleksi

Perkhidmatan

Agen Perubahan

Oleh yang demikian perubahan perlu dibuat bagi memastikan fungsi PSS

yang disebutkan diatas dapat dilaksanakan dengan berkesan dan seterusnya

dapat meningkatkan kecemerlangan akademik dan ko-akademik pelajar SMK.

Taman Panglima.

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dapat melatih

pelajar menjadi pengguna maklumat yang efisien. ICT bukan setakat

menyediakan maklumat untuk para pelajar, malah menjadi media komunikasi dan,

1

Page 2: Kertas kerja    makmal teknologi pendidikan - 2009

perkongsian ilmu/idea yang efektif untuk proses pembelajaran formal dan tidak

formal. Keberkesanan penggunaan ICT ini diaplikasikan penggunaannya dalam

proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Menurut Salter (2003),

pembelajaran menggunakan kemudahan teknologi memudahkan dan

memperkukuhkan penyampaian maklumat dengan berkesan.

Justeru itu, PSS mengambil inisiatif mengambil alih Makmal Bahasa untuk

dijadikan sebagai Makmal Teknologi Pendidikan (Makmal Teknopen). Usaha ini

difikirkan perlu kerana Bilik Tayangan di PSS sering digunakan bagi tujuan P&P.

Oleh itu Makmal Teknologi Pendidikan ini diwujudkan bersesuaian dan tepat pada

waktunya kerana guru-guru di sekolah ini telah sedar bahawa ICT adalah media

terbaik dalam membantu peningkatan pemahaman pelajar dalam P&P.

Makmal Teknologi Pendidikan

Ianya diberi nama Makmal Teknologi Pendidikan (Makmal TeknoPen)

kerana makmal ini akan dilengkapi dengan peralatan komputer multimedia, alatan

media teknologi pendidikan yang lain seperti “lcd projector” , “slaide projector”,

kamera slr, digital kamera, video kamera, perakam cd/dvd,capaian akses internet,

radio kaset, perisian-perisian interaktif, dan lain-lain.

Di sini guru-guru boleh membuat salinan dan bahan bantu mengajar

kerana semua kemudahan peralatan disediakan di sini. Bukan dari segi bahan

dan peralatan sahaja, malahan kepakaran membina bahan bantu mengajar juga

akan dibantu oleh Penyelaras Makmal Teknologi Pendidikan dan Guru

Perpustakaan dan Media yang mempunyai pengetahuan dalam bidang Teknologi

Pendidikan.

2

Page 3: Kertas kerja    makmal teknologi pendidikan - 2009

Rasional Projek

Menurut Holder dan Mitson (1974), mengatakan “Pusat sumber sekolah

memainkan peranan mengoperasikan kehendak kandungan sukatan pelajaran,

memperbaiki mutu dan kaedah pengajaran dan meningkatkan mutu pendidikan

secara menyeluruh. Pendapat ini disokong oleh McGinness (1969) yang melihat

peranan Pusat Sumber Sekolah sebagai 4E iaitu ekonomi (economy), kecekapan

(efficiency), kecemerlangan (excellence) dan pengayaan (enrichment).

Oleh yang dekimian, Pusat Sumber cuba memperbaiki mutu dan kaedah

pengajaran seperti mana yang dihuraikan oleh Holder dan Mitson (1974) di atas

dengan cuba memaksimumkan penggunaan alatan teknologi pendidikan dan

ruang yang ada dengan baik dan berkesan.

Disini terdapat dua (2) persoalan yang mana ianya boleh menerangkan

dengan lebih lanjut mengapakah Pusat Sumber Sekolah mahu menubuhkan

Makmal Teknologi Pendidikan.

Rasional pertama ialah dasar Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) menekankan bahawa setiap pelajar mempunyai peluang untuk mendapat

pendidikan yang sama rata. Huraian ini bermaksud mengapakah perlu kita

membiarkan projektor-projektor LCD yang dipasang di kelas terpilih yang mana

3

Page 4: Kertas kerja    makmal teknologi pendidikan - 2009

peratusan kekerapan penggunaannya hanyalah terlalu rendah dan penggunaanya

hanya pada kelas tertentu sahaja.

Persoalan kedua ialah peluang kepada guru-guru yang tidak dibekalkan

komputer peribadi (“laptop/notebook”) juga mempunyai peluang menggunakan

media teknologi pendidikan dalam p&p mereka. Ini adalah kerana Makmal

Teknologi Pendidikan ini akan dilengkapi dengan komputer “desktop” yang

dihubung terus ke projector LCD. Oleh yang demikian, guru-guru tersebut hanya

membawa perisian berbentuk cakera pada atau “pen-drive” untuk melaksanakan

p&p mereka dengan berkesan.

Oleh yang demikian, Pusat Sumber Sekolah memohon kebenaran dan

sokongan pihak sekolah dalam projek ini. Bagi Persatuan Ibu Bapa dan Guru

pula, Pusat Sumber Sekolah ini memohon sedikit bantuan kewangan bagi

membina jaringan besi “grill” pada 2 pintu dan 2 tingkap dalam Makmal ini bagi

memastikan keselamatan peralatan media di situ serta kipas angin dinding.

Kos keseluruhan adalah seperti berikut.

Grill pintu 2’X7’ = RM500.00

Grill tingkap 9’X4’ = RM600.00

Kipas angin dinding = RM800.00

Pembaikian pintu / suis = RM100.00

Keseluruhan = RM2,000.00

4

Page 5: Kertas kerja    makmal teknologi pendidikan - 2009

Analisis SWOT

Kekuatan

a) Guru Perpustakaan & Media (GPM) dan Guru Penyelaras Makmal Teknologi

Pendidikan mempunyai kemahiran dan pengetahuan luas dalam bidang

Teknologi Pendidikan.

b) Lembaga Pengawas Pusat Sumber Sekolah yang aktif dan tekun dalam

tugasan mampu membantu menguruskan makmal.

c) Mempunyai peralatan asas yang lengkap bagi mewujudkan makmal

Teknologi Pendidikan.

d) Kumpulan guru-guru yang berminat menggunakan Teknologi Pendidikan

dalam p&p.

e) Pihak pentadbiran yang bersikap terbuka dengan konsep p&p yang

menggunakan Teknologi Pendidikan.

Kelemahan

a) Makmal yang kurang kondusif dan perlu penambahbaikan.

b) Sistem keselamatan perlu dipertingkatkan lagi.

c) Tiada bantuan kewangan

Peluang

a) Kaedah penyebaran ilmu menggunakan media teknologi pendidikan kepada

warga SMKTP akan menarik minat kearah peningkatan ilmu dan akademik.

Ancaman

a) Kemudahan asas sedia ada yang rosak, tidak kondusif dan selamat.

5

Page 6: Kertas kerja    makmal teknologi pendidikan - 2009

Kronologi Pelaksanaan Projek

Tarikh Aktiviti Catatan

-Perbincangan bersama AJK Induk PSS

23.06.2009Mendapatkan kebenaran lisan daripada Puan Pengetua / PK Pentadbiran.

8 & 1.07.09Mengalih semua kerusi/meja kayu ke kelas-kelas dan laluan ke Makmal LK

13.07.2009Membersih tingkap-tingkap,perabut dan lantai.

16.07.2009Menyusun atur perabot dan memasang langsir.

20.07.2009Memindahkan LDC Projektor dari kelas ke PSS (ditempatkan sementara)

Menghantar kerja kerja projek bagi mendapat kelulusan bertulis dan sokongan Puan Pengetua / PK Pentadbiran.

Menghantar salinan kertas kerja yang telah disahkan kepada setiausaha PIBG bagi memohon peruntukan “grill”

Pemasangan “Grill”

Operasi Penggunaan Makmal Teknologi Pendidikan bermula.

6

Page 7: Kertas kerja    makmal teknologi pendidikan - 2009

Kesimpulan

Oleh yang demikian Pusat Sumber Sekolah juga semestinya berperanan

bukan sahaja sebagai pusat ilmu, tetapi berupaya membekalkan kemudahan dan

perkhidmatan bagi warga sekolah khususnya pelajar. Pusat Sumber Sekolah

yang aktif bukan sahaja menyediakan bahan-bahan yang bermanfaat kepada

penggunanya akan tetapi juga berperanan sebagai Pusat Hubungan Masyarakat.

Ini bermakna Persatuan Ibu bapa dan Guru-guru (PIBG) merupakan jambatan

penghubung di antara sekolah dengan masyarakat. Kerjasama dan sokongan

padu dari PIBG adalah sangat-sangat dialu-alukan.

Justeru itu, peranan ini boleh juga dijalankan oleh Pusat Sumber Sekolah

terutamanya tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran dan

pembelajaran. Aktiviti Pusat Sumber perlu kepada bantuan masyarakat di mana

bantuan itu akan memantapkan dan mengeratkan lagi hubungan sekolah dan

masyarakat . Oleh itu, amatlah sesuai jika akhirnya dikatakan sekolah itu sebagai

salah satu institusi masyarakat.

Sekian terima kasih.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………. …………………….

Ahmad Kamal Sabaruddin Pn Rahimah bt Jamaludin

7

Page 8: Kertas kerja    makmal teknologi pendidikan - 2009

LAMPIRAN

8

Page 9: Kertas kerja    makmal teknologi pendidikan - 2009

9

Page 10: Kertas kerja    makmal teknologi pendidikan - 2009

10