laporan cadangan makmal sains

Upload: mary-phang

Post on 15-Oct-2015

976 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sce3112

TRANSCRIPT

  • 5/26/2018 Laporan Cadangan Makmal Sains

    1/14

    PHANG CHAI FUNG (770109135816) SN2 PPG JUN 2011SCE 3112

    LAPORAN CADANGAN PENAMBAHBAIKAN BILIK SAINS SJK SUNGAI TENGAH

    PENDAHULUAN

    Sekolah Jenis Kebangsaan Sungai Tengah mempunyai sebuah bilik sains yang

    dibina khas untuk proses pengajaran dan pembelajaran sains. Bilik sains tersebut

    terletak di antara bilik darjah Tahun 1 dengan Pejabat Am. Secara umumnya, bilik sains

    SJK sungai Tengah dibahagikan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama terletak di

    bahagian hujung kanan bilik sains. Bahagian ini digunakan untuk tujuan menyimpanan

    bahan pejabat am seperti kertas putih, kad manila, kertas majung dan sebagainya.

    Bahagian kedua adalah dibahagian kanan bilik sains. Bahagian tersebut digunakan

    untuk tujuan sesi pengajaran dan pembelajaran sains. Bahagian ini mempunyai 4 buah

    meja besar yang hanya mampu menampung bilangan murid yang sedikit iaitu antara 15

    hingga 20 orang murid dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran. Bahagian ketiga

    pula digunakan sebagai bilik ICT. Bahagian ini terletak di sebelah kiri bilik sains dan

    memakan ruang yang paling luas. Terdapat 21 buah komputer jenis desktop telah

    dipasang di bahagian ini.

    CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

    Sepanjang survei saya terhadap pengurusan bilik sains dan sumber SJK Sungai

    Tengah, saya mendapati terdapat beberapa kelemahan yang mesti diperbaiki.Antaranya adalah ketua panitia tidak ada menubuhkan jawatankuasa pengurusan bilik

    sains. Carta organisasi Jawatankuasa Pengurusan Bilik Sains juga tidak dipamerkan di

    bilik sains. Peranan dan tugas ketua panitia dan guru sains juga tidak disediakan serta

    tidak dipamerkan di bilik sains. Buku rekod pelupusan stok dan buku rekod pergerakan

    alatan juga tidak diwujudkan.

    Bagi memperbaiki kelemahan ini, saya mencadangkan ketua panitia sains

    mengadakan satu perjumpaan dengan Guru Besar, GuruGuru Penolong Kanan dan

    semua guru sains untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Pengurusan Bilik Sains

    secepat mungkin. Carta Organisasi Jawatankuasa Pengurusan Bilik Sains bersaiz A3

    dan berwarna menarik disediakan serta dipamerkan pada papan notis yang terdapat di

    dalam bilik sains. Saya mencadangkan menggunakan saiz A3 dan perlu berwarna

    kerana ia lebih menarik dan memudahkan orang yang membacanya. Peranan ketua

  • 5/26/2018 Laporan Cadangan Makmal Sains

    2/14

    PHANG CHAI FUNG (770109135816) SN2 PPG JUN 2011SCE 3112

    panitia dan guru sains juga perlu disediakan serta dipamerkan di papan notis .Selain itu ,

    guru-guru sains juga perlu diberitahu tentang peranan mereka sebagai guru sains

    supaya mereka dapat memainan peranan mereka dalam pengurusan bilik sains dengan

    tepat. Maklumat-maklumat tentang peranan ketua panitia dan guru sains . Buku rekod

    pelupusan stok dan buku rekod pergerakan yang baru juga perlu diwujudkan dengan

    segera. Saya juga mencadangkan ketua panitia sentiasa merujuk kepada buku

    panduan Pengurusan Dan Keselamatan Makmal Sains Sekolah cetakan pertama

    Disember 1999 yang dibekalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian

    Pendidikan Malaysia sekira menghadapi sebarang masalah dalam pengurusan bilik

    sains.

    Dari segi keadaan fizika, bilik sains SJK Sungai Tengan terlalu sempit untuk

    murid menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ini kerana separuh daripada

    bilik sains tersebut telah digunakan sebagai ruang untuk meletakkan 21 buah

    komputer baru yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atas sebab

    tiada bilik kosong lain yang sesuai untuk dijadikan bilik komputer . Salah satu pintu di

    sebelah kanan bilik sains tidak dapat berfungsi kerana telah dihalang oleh wayar-wayar

    semasa pemasangan suis untuk bilik komputer. Keadaan ini boleh membahayakan

    nyawa murid dan guru sekiranya berlakunya kes kecemasan seperti kebakaran kerana

    hanya tinggal satu pintu sahaja untuk tujuan keluar masuk guru dan murid.

    Keadaan bilik sains yang sempit Separuh daripada bilik sains digunakan

    untuk meletak komputer

  • 5/26/2018 Laporan Cadangan Makmal Sains

    3/14

    PHANG CHAI FUNG (770109135816) SN2 PPG JUN 2011SCE 3112

    Pintu yang telah dihalang oleh Hanya satu pintu yang masih berfungsi

    wayar-wayar

    Untuk mengatasi masalah ini, saya mencadangkan agar bilik sains dipindahkan

    ke bilik pemulihan. Setelah menjalankan survei, saya mendapati bilik pemulihan sangat

    luas dan bilik ini hanya digunakan seorang guru pemulihan dan 3 orang murid sahaja

    pada setiap masa sesi pengajaran dan pembelajaran, Oleh itu, mereka hanya perlu

    menggunakan ruang yang kecil sahaja manakalah bilik sains memerlukan ruang yang

    luas untuk meletak almari-almari, rak-rak serta alat-alat dan bahan-bahan sains yang

    banyak. Sekira cadangan ini mendapat persetujuan daripada Guru Besar, maka bilik

    sains yang baru ini dapat berfungsi dengan lebih baik lagi.Dari segi penyelenggalaan dan penyimpanan peralatan dan sumber bilik sains

    pula, saya mendapati kebanyakkan peralatan yang rosak tidak diperbaiki. Peralatan

    yang sudah usang dan tidak berfungis masih disimpan di dalam bilik sains. Kebanyakan

    alatan sains tidak disimpan di atas rak kerana rak-rak yang sepatutnya digunakan untuk

    menyimpan peralatan sains telah digunakan untuk menyimpan stok pejabat am seperti

    kertas A4 dan kad manila. Banyak peralatan yang berlainan jenis telah

    dicampuradukkan dalam almari tertutup dan tidak dilabelkan dengan tepat. Keadaan ini

    menyusahkan guru-guru dalam proses pencarian dan penggunaa alatan sains tersebut.

    Selain itu, alatan seperti bikar juga tidak disimpan balik ke tempat asalnya selepas

    digunakan. Banyak bahan-bahan tidak berkaitan dengan bilik sains telah disimpan

    dalam bilik sains. Antaranya ialah kertas-kertas A4, kad manila, mesin taip, kotak

    kosong dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan bilik sains bertambah sesak lagi.

  • 5/26/2018 Laporan Cadangan Makmal Sains

    4/14

    PHANG CHAI FUNG (770109135816) SN2 PPG JUN 2011SCE 3112

    Sekarang bilik sains ini hanya dapat menampung bilangan murid yang kecil sahaja iaitu

    tidak melebihi 15 orang.

    Rak untuk penyimpanan alatan sains Kotak-kotak dan TV juga disimpan

    telah digunakan untuk tujuan lain dalam bilik sains

    Keadaan alatan sains yang bercampuraduk Bikar-bikar tidak disusun balik ke tempat

    tidak tersusun asalnya selepas digunakan

    Cadangan saya untuk mengatasi masalah yang saya nyatakan di atas adalah

    ketua panitia dan guru-guru sains perlu mengadakan satu sesi pemeriksaan stok bagi

    mengenalpasti alatan dan bahan sains yang sudah rosak. Kemudian ketua panitia perlu

    mengambil tindakan sama ada peralatan ini perlu diperbaiki atau hendak dilupuskan.

    Selepas itu, ketua panitian juga perlu memesan stok yang baru untuk mengantikan

    alatan yang rosak ini. Ketua panitia juga boleh meminta bantu semua guru sains agar

  • 5/26/2018 Laporan Cadangan Makmal Sains

    5/14

    PHANG CHAI FUNG (770109135816) SN2 PPG JUN 2011SCE 3112

    bekerjasama untuk menyusun semula alatan sains dengan kemas serta dilabelkan

    dengan jelas. Oleh kerana pihak sekolah telah menambahkan satu bilik baru di pejabat

    am, maka saya mencadangkan agar semua alatan dan bahan kepunyaan pejabat am

    dipindahkan ke bilik pejabat am yang baru ini. Dengan cara ini, rak-rak yang dipenuhi

    alatan dan bahan pejabatan am dapat dikosongkan serta digunakan untuk menyusun

    alatan sains sahaja.

    Dari segi penggunaan bilik sains pula, saya mendapati guru-guru sains jarang

    menggunakkan bilik sains untuk sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.

    Kebanyakan mereka memberi alasan bahawa bilik sains terlalu sempit dan tidak sesuai

    untuk membawa murid yang ramai belajar di bilik sains. Sesetengah guru juga jarang

    menggunakan alatan dan bahan sains dalam sesi pengajaran dan pembelajaran

    mereka. Sebilangan kecil alatan sains masih dalam keadaan yang baru lagi.

    Cadangan saya adalah agar konsep bilik sains bergerak diperkenalkan kepada

    semua guru sains supaya semua kelas dapat menggunakan alatan dan sumber sains

    pada masa yang sama. Ketua panitia perlu menggalakan guru sains menggunakan

    dulang untuk membawa alat dan bahan sumber sains dari bilik sains ke bilik darjah

    yang lain supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat diadakan secara hands-on.

    Dari segi penyediaan dan pengubahsuaian sumber terpilih pula, saya juga

    mendapati kebanyakkan guru sains tiada idea dalam aspek ini. Kebanyakan merekahanya mengajar berdasarkan apa yang tertulis dalam buku teks sahaja. Terdapat juga

    guru yang lebih mementing kepada menghabiskan sukatan pelajaran daripada

    membenarkan murid menjalankan aktiviti hands-on yang memakan masa yang lebih

    lama.

    Cadangan saya adalah ketua panitia boleh mengadakan latihan dalam

    perkhidmatan untuk membimbing guru-guru sains supaya mereka memperolehi idea

    bagaimana hendak menyediakan dan mengubahsuaikan sesuatu sumber yang

    membolehkan murid-murid bekerjasama untuk menyediakan sumber sains tersebut.

    Sebagai contoh, tajuk Bumi Dan Angkasa, Guru-guru sains boleh terlebih dahulu

    menyediakan gambar-gambar planet yang berwarna untuk diedarkan kepada murid.

    Guru-guru sains juga boleh menggunakan kertas terpakai dan meminta murid

    mengoyakkan kertas tersebut serta menjadikannya bebola kecil untuk melambangkan

  • 5/26/2018 Laporan Cadangan Makmal Sains

    6/14

    PHANG CHAI FUNG (770109135816) SN2 PPG JUN 2011SCE 3112

    Jalur Asteroid. Kesemua aktiviti saya saya nyatakan di atas adalah untuk menghasilkan

    carta bergambar yang bertajuk Sistem Suria. Murid-murid diberi peluang untuk

    membina sendiri carta Sistem Suria secara berkumpulan kemudia diberi peluang untuk

    membentangkan hasil kerja mereka. Dengan cara ini, murid-murid menjadi lebih

    berminat untuk belajar sains serta dapat mengingati sesuatu yang dipelajari selama-

    lamanya.

    Carta Sistem Suria yang telah dihasilkan atas kerjasama murid-murid

    Saya berharap semua cadangan yang saya nyatakan ini dapat diterima dan

    dilaksanakan oleh ketua panitia dan guru-guru sains SJK Sungai Tengah. Sekiranya

    kelemahan pengurusan bilik sains dapat diselesaikan maka semua proses pengajaran

    dan pembejalaran dapat dijalankan di bilik sains dengan lancar.

  • 5/26/2018 Laporan Cadangan Makmal Sains

    7/14

    PHANG CHAI FUNG (770109135816) SN2 PPG JUN 2011SCE 3112

    REFLEKSI KENDIIRI

    Kerja kursus kali ini adalah menjalankan survei terhadap pengurusan bilik sains

    di sekolah sendiri. Saya merupakan ketua panitia sains yang telah dilantik oleh pihak

    sekolah SJK Sungai Tengah. Walau bagaimanapun, saya tidak mempunyai

    pengetahuan yang mendalam dalam pengurusan bilik sains. Selama ini, saya hanya

    menjalankan tugas saya setakat apa yang saya tahu sahaja. Hal ini menyebabkan

    pengurusan bilik sains saya menjadi tidak teratur dan mempunyai banyak kelemahan.

    Dengan menyaipkan tugasan Pengurusan Makmal Sains dan Sumber (SCE 3112),

    saya telah banyak memperolehi ilmu pengetahuan yang berguna bagi membantu saya

    dalam pengurusan bilik sains sekolah saya.

    Sepanjang menyiapkan tugasan ini , saya telah memdapati cara pengurusan bilik

    sains dan sumber di sekolah saya adalah kurang baik dan banyak kelemahan yang

    perlu diperbaiki. Sekiranya saya tidak diberi peluang untuk menyediakan tugasan ini,

    Saya tidak akan menyedari masalah ini dan ia akan berterusan tanpa diambil tindakan

    yang sewajarnya. Setelah selesai tungasan ini, saya telah memperolehi banyak

    cadangan yang berguna untuk meningkatkan pengurusan saya terhadap bilik sains.

    Kesemua cadangan ini akan saya laksanakan di sekolah saya dalam tahun ini juga

    supaya pengurusan bilik sains sekolah saya menjadi lebih teratur dan lebih berfungsi.

    Dari segi kelemahan dalam perlaksanaan tugasan, saya mendapati hanya

    menjalankan survei setakat di bilik sains sekolah sendiri tidak mencukupi untuk

    meningkatkan pengurusan bilik sains dan sumber secara optimum. Kalau diizinkan,

    survei ini boleh dilanjutkan ke sekolah lain supaya dapat bertukar-tukar idea dalam

    pengurusan bilik sains masing-masing.

    Masalah utama yang saya hadapi semasa meyiapkan tugasan ini adalah dari

    segi pengurusan masa. Kebanyakan masa saya pada waktu pagi dan petang

    dihabiskan dengan urusan di sekolah. Pada waktu malam pula, masa saya dihabiskan

    untuk mengurus keluarga saya. Walaupun hujung minggu saya tidak perlu ke sekolah

    tetapi saya masih tiada masa yang sesuai untuk menyiapkan tugasan saya kerana saya

    masih perlu menjaga 3 orang anak yang masih kecil dan seorang mak mentua yang

    sudah lumpuh kerana strok. Walau bagaimanapun, saya tidak mudah menyerah kalah

  • 5/26/2018 Laporan Cadangan Makmal Sains

    8/14

    PHANG CHAI FUNG (770109135816) SN2 PPG JUN 2011SCE 3112

    kepada masalah yang saya hadapi. Saya telah mengambil tindakan dengan

    mengorbankan masa tidur saya sebanyak 2 jam untuk membuat tugasan saya. Tiap-

    tiap malam, saya akan mula membuat perancangan dan menulis laporan tugasan saya

    pada pukul 10.00 malam selepas anak-anak saya masuk tidur.

    Saya juga menghadapi masalah dalam usaha menjalankan survei saya terhadap

    bilik sains sekolah saya kerana saya tidak tahu bagaimana hendak menyediakan

    borang senarai semak dan soal selidik. Bagi mengatasi masalah ini Saya telah banyak

    mencari maklumat dari internet dan juga rajin merujuk kepada buku Panduan

    Pengurusan dan Keselamatan Makmal Sains Sekolah yang di bekalkan oleh Pusat

    Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia serta buku rujukan yang

    bertajuk Pedagogi Sains 4. Selain itu, saya juga selalu berhubung dengan rakan-rakan

    sekelas Program PPG untuk bertukar-tukar idea dalam menyediakan boring senarai

    semak dan soal selidik.Atas usahan gigih saya, akhirnya tugasan ini dapat disiapkan

    tepat pada masanya.

  • 5/26/2018 Laporan Cadangan Makmal Sains

    9/14

    PHANG CHAI FUNG (770109135816) SN2 PPG JUN 2011SCE 3112

    LAMPIRAN

    Pintu utama bilik sains

    Pemandangan di bahagian depan bilik sains

    Dipenuhi

    dengan 21

    buah

    komputer

  • 5/26/2018 Laporan Cadangan Makmal Sains

    10/14

    PHANG CHAI FUNG (770109135816) SN2 PPG JUN 2011SCE 3112

    Pemandangan di bahagian belakang bilik sains

    Buku-buku dan kotak kosong diletak di atas almari pameran specimen

    TV dan

    kotak-

    kotak

    kosong

    diletak di

    atas

    almari.

  • 5/26/2018 Laporan Cadangan Makmal Sains

    11/14

    PHANG CHAI FUNG (770109135816) SN2 PPG JUN 2011SCE 3112

    Papan notis yang agar kosong Peraturan bilik sains bersaiz A4

    dipamerkan di bahagian papan tulis.

    Pintu ke-2 yang telah dihalang oleh Peralatan sains tidak disusun dan dilabelkan

    Wayar-wayar. dengan kemas

  • 5/26/2018 Laporan Cadangan Makmal Sains

    12/14

    PHANG CHAI FUNG (770109135816) SN2 PPG JUN 2011SCE 3112

    Rak-rak alatan sains yang telah digunakan untuk meletak alatan dan bahan pejabat am.

    Alatan sains yang berlainan jenis disimpan dalam almari yang sama

    Kotak-kotak

    kosong yang

    menghalangsalah satu

    pintu almari

    alatan sains.

    Rak-rakuntuk

    kegunaan

    pejabat am

    juga

    disimpan

    dalam bilik

    sains

  • 5/26/2018 Laporan Cadangan Makmal Sains

    13/14

    PHANG CHAI FUNG (770109135816) SN2 PPG JUN 2011SCE 3112

    Penyapu dan kota kosong yang menghalang Bikar-bikar yang masih disimpan dalam

    Salah satu almari alatan sains kotaknya.

    Susun atur meja guru yang menghala ke Peralatan seperti bikar dan selinder

    dinding tidak sesuai untuk guru membuat penyukat masih disimpan di dalam

    demontrasi dulang selepas diguna.

  • 5/26/2018 Laporan Cadangan Makmal Sains

    14/14

    PHANG CHAI FUNG (770109135816) SN2 PPG JUN 2011SCE 3112

    Model system suria yang tidak berfungsi dan glob Bumi yang sudah usang masih

    disimpan dalam bilik sains.