laporan infrastruktur makmal sains

25
LAPORAN INFRASTRUKTUR BILIK SAINS Terdapat dua bilik sains di sekolah saya. Dan satu bilik persediaan. Di bilik sains 1 dan 2 terdapat 6 buah meja murid di setiap satu bilik. Terdapat meja guru di setiap bilik. Bilik sains dapat memuatkan seramai lebih kurang 50 orang murid setiap bilik. Banyak bangku murid yang telah patah dan pada masa ini bilik sains kami menggunakan kerusi plastic dan hanya ada beberapa bangku bilik sains yang masih dalam keadaan yang elok di bilik sains 2 dan manakala dibilik sains 1 pula semua kerusi yang digunakan adalah kerusi plastic.Murid mengalami sedikit kesukaran apabila duduk dan menulis dengan menggunakan kerusi plastik ini. kerusi plastik di makmal sains Bangku makmal

Upload: durai-naidu

Post on 11-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

pcg

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan Infrastruktur Makmal Sains

LAPORAN INFRASTRUKTUR BILIK SAINS

Terdapat dua bilik sains di sekolah saya. Dan satu bilik persediaan. Di bilik sains 1

dan 2 terdapat 6 buah meja murid di setiap satu bilik. Terdapat meja guru di setiap

bilik. Bilik sains dapat memuatkan seramai lebih kurang 50 orang murid setiap bilik.

Banyak bangku murid yang telah patah dan pada masa ini bilik sains kami

menggunakan kerusi plastic dan hanya ada beberapa bangku bilik sains yang masih

dalam keadaan yang elok di bilik sains 2 dan manakala dibilik sains 1 pula semua

kerusi yang digunakan adalah kerusi plastic.Murid mengalami sedikit kesukaran

apabila duduk dan menulis dengan menggunakan kerusi plastik ini.

kerusi plastik di makmal sains Bangku makmal

Terdapat satu papan kenyataan yang diletakkan dibilik persediaan makmal. Pada

papan berkenaan ditampalkan jawatankuasa Panitaia Sains dan juga senarai nama

guru beserta maklumat-maklumat yang berkaitan dengan pengurusan panitia sains

sekolah untuk makluman guru-guru sains.

Papan kenyataan

Page 2: Laporan Infrastruktur Makmal Sains

Terdapat papan tulis putih yang terdapat pada kedua-dua bilik sains dan disediakan

pemadan papan putih sebanyak 2 pada setiap bilik sains. Tidak rak buku disediakan

tetapi kami menggunakan meja-meja guru yang diletakkan pada bilik persediaan

untuk meletakkan buku-buku rujukan dan majalah-majalah sains.

Papan putih meja sebagai rak buku

Terdapat rak peralatan sains yang terletak di bilik persediaan bilik sains terdapat dua

bilik yang terdapat rak peralatan . Bilik yang pertama diletakkan peralatan dan radas-

radas sains. Manakala bilik persediaan 2 pula diletakkan hasil-hasil murid pada rak

yang telah disediakan itu.

Rak peralatan di bilik sains

Page 3: Laporan Infrastruktur Makmal Sains

Kabinet disediakan pada kedua-dua bilik sains .diletakkan bahan-bahan eksperimen

pada kabinet-kabinet dan ini. Terdapat juga alat pengantung carta yang disediakan

disetiap bilik sains.

Kabinet dibilik kelas Kabinet di bilik penyediaan

Pengantung carta

Page 4: Laporan Infrastruktur Makmal Sains

Pemadam api disediakan disetiap bilik sains berdekatan dengan pintu masuk ke bilik

sains Pelan kebakaran juga ditampal pada setiap bilik sains. Latihan kebakaran

dijalankan setiap 2 kali dalam setahun.

Pemadam api di tepi pintu

Terdapat langsir yang tebal dan berwarna ungu pada kedua-dua bilik sains . Ini

memudahkan murid-murid menjalankan eksperimen yang berkaitan dengan cahaya.

Langsir bilik sains

Page 5: Laporan Infrastruktur Makmal Sains

Lantai bilik sains diletakkan dengan tiles yang berwarna cerah dan ini menjadikan

bilik sains nampak ceria dan bersih serta kemas.

Lantai bilik sains

Setiap bilik sains terdapat 2 pintu untuk memudahkan murid keluar dan masuk

dengan mudah .Pintu ini adalah luas . Terdapat 1 pintu yang terdapat pada bilik

persediaan dan hanya digunakan apabila diperlukan sahaja. .

Dua pintu yang luas

Page 6: Laporan Infrastruktur Makmal Sains

Bakul sampah disediakan disetip bilik sains.Begitu juga dengan penyapu dan juga

bulu ayam. Terdapat satu peti sejuk yang disediakan dibilik persediaan .Ia

merupakan peti sejuk yang kecil.Ia digunakan untuk melakukan eksperimen dan

menyimpan ais batu bagi eksperimen sains.

Bakul sampah Peti sejuk

Paip air beserta singki untuk kegunaan murid terdapat 3 disetiap bilik sains. Dan

begitu juga dengan bilik persediaan yang terdapat 2 singki air.

Paip air dan singki

Page 7: Laporan Infrastruktur Makmal Sains

KIpas hanya terdapat 4 buah bagi setiap bilik sains. Terdapat lampu sebanyak 8

buah pada setiap bilik sains . Sistem pendawaian yang baik pada makmal sains

kerana tidak pernah mengalami sebarang masalah berkaitan dengan system

pendawaian di bilik sains.Soket dan suis terdapat pada setiap meja dan ini

memudahkan semasa eksperimen dijalankan oleh murid-murid.

Kipas dan lampu Suis di tepi meja

Tidak terdapat komputer atau printer di bilik sains tetapi terdapat skrin dan juga LCD

dalam setiap bilik sains. Terdapat alat OHP yang terdapat pada setiap bilik.

OHP

Page 8: Laporan Infrastruktur Makmal Sains

Sistem pengudaraan yang baik keran terdapat banyak tingkap di kedua-dua

bahagian bilik.

Sistem pengudaraan yang baik

Page 9: Laporan Infrastruktur Makmal Sains

LAPORAN SUSUN ATUR PERABUT BILIK SAINS

Ruang

Dalam susun atur ini terdapat 3 ruang utama iaitu:

a)ruang pertama

ruang untuk belajar

. Pada ruang ini t erdapat suasana fizikal bili k sains dengan susun atur meja murid, , satu

kabinet dibahagian sisi, dua sinki, ada sudut pameran dan modal sains, sudut hasil kerja

murid,satu papan putih pada bahagian hadapan , dua papan kenyataan dibelakang kelas

Alat pemadam api, diletakkan ditepi pintu masuk ke setiap bilik. .Terdapat skrin dihadapan

berhampiran dengan papan putih dan LCD yang diletakkan bertentangan dengan meja guru.

Meja murid berbentuk oktagon 6 meja murid panjang d an lebar ini disusun tiga-tiga. Sebuah

meja memuatkan 6 orang murid dan mempunyai ruang dibawah meja (berlaci) untuk

menyimpan alat tulis atau buku ketika amali dijalankan, sesuai untuk semua murid tahap 1 atau

2.

Ruang belajar

Page 10: Laporan Infrastruktur Makmal Sains

Ruang kedua

Ruang bilik persediaan. Dalam ruang ini terdapat kabinet yang dilengkapi dengan dua alamari

yang merupakan tempat diletakkan bahan-bahan seperti kacang,garam tuala dan sebagainya

yang sesuai. Pada ruang ini juga terdapat dua bilik peralatan yang dilengkapi dengan rak

peralatan. Bilik yang pertama diletakkan dengan peralatan sains dan bahan-bahan sains dan bilik

yang kedua diletakkan hasil-hasil murid yang menarik. Juga diletakkan peti sejuk pada tepi

kabinet berhampiran dengan singki. Terdapat dua meja guru yang dijadikan sebagai rak buku

untuk tujuan rujukan guru dan bahan bacaan untuk murid-murid berkaitan dengan sains.

Terdapat satu rak buku ynag dikhaskan untuk diletakkan buku peka murid dari tahap yang

berbeza.

Page 11: Laporan Infrastruktur Makmal Sains

Ruang ketiga

Ruang ketiga ialah bilik setor tempat penyimpanan peralatan-peralatan sains terdapat setor .

Setor yang pertama ialah tempat penyimpanan peralatan sains manakala setor kedua ialah

tempat penyimpanan hasil-hasil yang telah disediakan oleh murid berkaitan dengan sains.

Setor peralatan

Meja Guru

Terdapat didalam bilik persediaan untuk digunakan oleh guru dalam tugas harian mereka dan

satu lagi diruang pertama dibahagian hadapan kelas mempunyai sinki adalah untuk guru

melakukan demonstrasi eksperimen semasa sesi pengajaran dan pembelajaran iii.

Meja guru

Page 12: Laporan Infrastruktur Makmal Sains

LAPORAN NOTIS AMARAN DAN PERATURAN

Notis amaran ada dipaparkan diatas papan putih . Selain itu notis amaran juga

ditunjukkan diatas papan kenyataan yang diletakkan dibelakang kelas.

Selain itu amaran agar tidak masuk ke bilik persediaan juga telah dilabelkan.

Peraturan-peraturan makmal juga ditunjukkan dihadapan kelas. Ini memudahkan

murid untuk melihat peraturan makmal selalu dan mematuhinya setiap kali berada di

kawasan makmal sains.

Pembuangan sampah

Arahan semasa kebakaran Arahan pada murid

Page 13: Laporan Infrastruktur Makmal Sains

Arahan-arahan yang terdapat dalam bilik sains

Page 14: Laporan Infrastruktur Makmal Sains

LAPORAN KEKERAPAN PENGGUNAAN UNTUK PdP

Kekerapan menggunakan makmal ditunjukkan dengan mencatatkan penggunaan makmal

didalam buku yang disediakan. Guru yang menggunakan makmal akan mencatatkan kelas,

masa, peralatan yang digunakan dan tandatangan pada buku berkenaan selepas akhir PdP

dijalankan. Buku itu akan diletakkan di atas meja guru.

Buku penggunaan bilik sains

Page 15: Laporan Infrastruktur Makmal Sains

LAPORAN PENGURUSAN ASET

Terdapat banyak peralatan yang terdapat di makmal. Terdapat 8 buah meja dalam setiap bilik

sains. Terdapat 4 bangku di bilik makmal sains 1 dan yang lainnya ialah kerusi plastik. Manakala

dalam makmal sains 2 terdapat 38 buah bangku kayu dan 15 buah kerusi plastik.

Meja dan kerusi

Terdapat 4 kipas dan 12 lampu pada setiap bilik sains.

Lampu dan kipas

Page 16: Laporan Infrastruktur Makmal Sains

Terdapat banyak peralatan yang terdapat pada bahagian setor bilik sains antaranya ialah terdapat

12 bikar besar , 17 bikar sederhana besar dan 15 bikar kecil. Terdapat 12 silinder penyukat.

Terdapat 8 dulang kecil dan 8 dulang besar. Terdapat 15 batang termometer makmal.Penunu

bunsen pula terdapat 23 buah.

Peralatan yang terdapat di bilik sains

Page 17: Laporan Infrastruktur Makmal Sains

Terdapat 2 rak menyimpan peralatan. Terdapat 1 meja penyediaan bahan beserta 2 almari kaca

dan 2 singki pada bilik penyediaan. Terdapat 1 kabinet yang panjang dalam setiap bilik sains.

Terdapat satu peti sejuk

Peralatan di bilik sains

Page 18: Laporan Infrastruktur Makmal Sains

BORANG NOTA MINTA

Perkara:______________________

NO Nama Alatan Kuantiti Harga Jumlah

1 Solar stimulator 1 set RM290.00 RM290.00

2 Model pergerakan bumi ,bulan dan

matahari 1 set RM270 RM270

3 Periskop 5 set RM180 RM900

4 Kitar hidup haiwan 1 set RM380 RM380

5 Tiga warna primer cahaya 1 set RM280 RM280

6

7

8

9

10

Jumlah keseluruhan RM2,120

Disediakan oleh: Disahkan oleh

…………………….. …………………………………

Pn Shela a/p Tanggapan) En Rimi b Abd Jalil

GPK1 SKSJ

Page 19: Laporan Infrastruktur Makmal Sains

Isi KANDUNGAN

1 Isi kandungan

2 Biodata

3

Borang maklum balas Kerja Khusus

4

Penghasilan alat pentaksiran pemerhatian

5

Penghasilan produk

6 Penghasilan analisis

7 Lampiran

Page 20: Laporan Infrastruktur Makmal Sains