laporan penggunaan makmal sains

4
SEKOLAH KEBANGSAAN UNDANG REMBAU LAPORAN PENGGUNAAN MAKMAL SAINS TAHUN 2011 PENDAHULUAN Sekolah Kebangsaan Undang Rembau mempunyai sebuah makmal sains yang dikategorikan sebuah makmal sains yang agak baik. Ini kerana makmal sains ini dibekalkan dengan keperluan asas sebuah makmal seperti meja dan kerusi yang mencukupi, tempat menyimpan alat dan bahan yang selamat dan mencukupi, dibekalkan dengan komputer dan LCD, mesin pencetak, mempunyai sinki dan sebuah bilik yang dijadikan stor . Dengan kelengkapan yang ada ini, maka makmal ini mempunyai banyak kegunaannya dan ianya telah dimanfaatkan dengan semaksimumnya oleh guru-guru sains secara langsung dan guru- guru lain secara tidak langsung.

Upload: izzah2008

Post on 27-Jun-2015

2.612 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Laporan penggunaan makmal sains

SEKOLAH KEBANGSAAN UNDANG REMBAU

LAPORAN PENGGUNAAN MAKMAL SAINS

TAHUN 2011

PENDAHULUAN

Sekolah Kebangsaan Undang Rembau mempunyai sebuah makmal sains

yang dikategorikan sebuah makmal sains yang agak baik. Ini kerana makmal sains

ini dibekalkan dengan keperluan asas sebuah makmal seperti meja dan kerusi yang

mencukupi, tempat menyimpan alat dan bahan yang selamat dan mencukupi,

dibekalkan dengan komputer dan LCD, mesin pencetak, mempunyai sinki dan

sebuah bilik yang dijadikan stor .

Dengan kelengkapan yang ada ini, maka makmal ini mempunyai banyak

kegunaannya dan ianya telah dimanfaatkan dengan semaksimumnya oleh guru-guru

sains secara langsung dan guru- guru lain secara tidak langsung.

Page 2: Laporan penggunaan makmal sains

Antara aktiviti- aktiviti yang dijalankan di makmal ini ialah seperti berikut :

Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Guru- guru diwajibkan membawa murid ke makmal pada masa pengajaran

selama 1 jam.

Penggunaan makmal berdasarkan jadual waktu penggunaan makmal yang

telah ditetapkan.

Keutamaan diberi kepada murid Tahap 2

Guru panitia lain turut dibenarkan menggunakan makmal sekiranya terdapat

kekosongan dalam jadual. Namun, mereka perlulah memaklumkannya

terlebih dahulu kepada AJK Panitia Sains supaya tidak berlaku

pertembungan.

Aktiviti Persatuan Sains dan Matematik

Aktiviti persatuan ini dijalankan di makmal kerana di sini terdapat banyak peralatan

atau bahan yang boleh digunakan sepanjang aktiviti dijalankan. Antaranya ialah

seperti aktiviti Magic Science, Old Newspaper, menghasilkan buku skrap, sejarah

Sains dan Matematik dan lain- lain.

Page 3: Laporan penggunaan makmal sains

Latihan Dalam Perkhidmatan (Kursus Dalaman)

Kursus Latihan Dalam Perkhidmatan juga biasanya dijalankan di makmal ini iaitu

sebanyak 4 kali setahun. Latihan dijalankan untuk memberi pendedahan kepada

semua AJK dan guru-guru lain yang berminat mengenai:

Teknik dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran

Cara menjalankan PeKA

teknik menjawab dalam kertas UPSR Bahagian B.

Program Kecemerlangan UPSR Peringkat Daerah Rembau- Anjuran Majlis

Guru- guru Besar Daerah Rembau

Makmal ini juga turut menjadi lokasi untuk program yang dianjurkan oleh pihak- pihak

luar kerana kemudahan yang ada di sini seperti komputer dan LCD.

Program Pasca UPSR

Di sini juga dijalankan program pasca UPSR seperti pertandingan kuiz, bijak sains

dan eksperimen mengikut kaedah stesen .

Page 4: Laporan penggunaan makmal sains

Latihan Robotik

Sekolah Kebangsaan Undang Rembau juga terlibat dalam pertandingan robotik.

Oleh itu, makmal sains ini menjadi lokasi pemilihan serta latihan bagi para peserta.

Latihan Program Saintis Muda

Murid-murid dilatih untuk menghadapi pertandingan Saintis Muda.

Makmal Rujukan

Makmal ini sering menjadi rujukan dari segi pengurusan makmal kepada para

pelawat yang datang dari sekolah lain sama ada dari dalam negeri mahupun dari

luar.