pengurusan makmal sains-laporan

30
HALAMAN PENGAKUAN ”Saya akui bahawa hasil karya ini benar kecuali nukilan dan segala sumber maklumat yang telah saya nyatakan setiap sumbernya dengan jelas dan terperinci.” Tandatangan : ................................................... ... Nama : Abid Nurhafidz B. Badrul Ihsan Tarikh : 29 September 2013

Upload: abid-nurhafidz

Post on 16-Jan-2016

619 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

sce 3103

TRANSCRIPT

Page 1: Pengurusan Makmal Sains-laporan

HALAMAN PENGAKUAN

”Saya akui bahawa hasil karya ini benar kecuali nukilan dan segala sumber maklumat yang

telah saya nyatakan setiap sumbernya dengan jelas dan terperinci.”

Tandatangan : ......................................................

Nama : Abid Nurhafidz B. Badrul Ihsan

Tarikh : 29 September 2013

Page 2: Pengurusan Makmal Sains-laporan

Pengurusan Makmal Sains

Menurut Poh Swee Hiang (2001), makmal sains biasanya merujuk kepada bilik yang

dibina khas untuk pengajaran dan pembelajaran (P&P) sains pada peringkat sekolah

menengah, maktab (kini dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru) dan universiti. Makmal

sains biasanya mempunyai beberapa meja luas sama ada berbentuk bulat atau segiempat

tepat yang disediakan di bahagian tengah untuk kegunaan pelajar. Meja-meja ini dipasang

dengan punca elektrik, air dan gas. Makmal sains ini juga biasanya disambungkan dengan

bilik stor atau persediaan untuk menyediakan dan menyimpan alat dan bahan sains.

Walaubagaimanapun, bukan semua sekolah terutamanya sekolah rendah

mempunyai makmal sains. Jika tidak ada makmal sains, dimanakah aktiviti P&P dijalankan

di sekolah tersebut? Di sekolah rendah, terdapat bilik khas untuk P&P sains yang

dipanggil bilik sains untuk menggantikan makmal sains.

Bilik sains ini mempunyai :

Meja guru yang sesuai digunakan untuk demonstrasi manakala meja murid pula

sesuai untuk melakukan eksperimen.

Meja dan kerusi mudah alih agar ruang bilik sains dapat disesuaikan untuk P&P

sains.

Bahagian belakang bilik sains – almari untuk simpan alat dan bahan sains yang tidak

berisiko tinggi (cth: bikar plastik)

Sekitar bilik sains – poster, carta, model dan hasil kerja murid dipamerkan.

Terdapat sudut sains, sudut pameran, sudut bacaan.

Biasanya, terdapat hanya satu sahaja bilik sains yang disediakan di sekolah rendah.

Jika bilik sains ini digunakan, dimanakah kelas lain menjalankan sesi P&P sains? Masalah

ini boleh diselesaikan dengan menggunakan ‘bilik sains bergerak’, iaitu guru menggunakan

troli, dulang atau kotak yang bersesuaian untuk membawa alat dan bahan sumber sains dari

bilik sains ke bilik darjah yang lain supaya sesi P&P masih dapat dijalankan.

Kini anda telah mengetahui apa itu makmal sains, bilik sains dan bilik sains

bergerak. Sekarang kita beralih pula kepada apakah yang perlu guru sains tahu

mengenai pengurusan makmal sains. Terdapat 6 perkara yang perlu anda tahu dalam

pengurusan makmal sains, iaitu:

Page 3: Pengurusan Makmal Sains-laporan
Page 4: Pengurusan Makmal Sains-laporan

Laporan Lawatan ke Makmal Sains SMK Taman Tasik

Pada 19 September 2013, bersamaan hari Jumaat, saya bersama rakan sekelas

telah melawat sebuah sekolah menengah yang berdekatan dengan tempat tinggal kami iaitu

Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tasik, Taiping. Tujuan kami melawat sekolah

tersebut adalah bagi melihat sistem pengurusan makmal sains sekolah menengah dari segi

pengurusan carta organisasi, peraturan keselamatan makmal, bidang tugas Guru Kanan

Sains dan Pembantu Makmal, prosedur pembelian alatan sains serta penyelenggaraan stok.

Setibanya kami di SMK Taman Tasik, kami disambut baik oleh warga guru serta

pentadbir sekolah. Kami diberi kebenaran untuk melawat makmal sains SMK Taman Tasik

dengan bimbingan beberapa orang guru sains. Setibanya di makmal, kami terus membuat

lawatan tentang pengurusan seperti di bawah:

Carta Organisasi Makmal Sains

Bagi Pengurusan Makmal Sains SMK Taman Tasik, Organisasi yang paling tertinggi

merupakan Pengetua SMK Taman Tasik, diikuti dengan Penolong Pentadbir Kanan,

Penolong Hal Ehwal Murid, Guru Kanan Sains dan Matematik, Ketua Panitia Sains, Ahli

Panitia Sains dan akhir sekali merupakan Pembantu Makmal.

Page 5: Pengurusan Makmal Sains-laporan

Pembantu Makmal

Senarai guru Subjek

Ketua Panitia subjek

Guru Kanan Sains dan Matematik

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Penolong Pentadbiran Kanan

Pengetua

Page 6: Pengurusan Makmal Sains-laporan

Pengurusan Peraturan Keselamatan Makmal

Jika kita lihat di sekolah terdapat banyak peraturan-peraturan yang perlu kita ikuti.

Begitu juga dengan makmal sains juga mempunyai peraturan-peraturan yang wajib pelajar

ikuti. Makmal Sains sekolah. Keselamatan di dalam makmal dan bilik sains merupakan

aspek utama yang perlu diberi perhatian untuk melindungi mereka yang bekerja dalam

makmal dan bilik sains daripada segala kemalangan akibat kecuaian atau kejadian di luar

jangkaan.

Keselamatan di makmal sains merupakan aspek utama untuk melindungi mereka

yang berada di dalam makmal sains dan segala kemalangan akibat daripada kecuaian atau

di luar jangkaan. Tugas guru sains menjadi lebih mencabar bagi memastikan keselamatan

bilik makmal adalah terjamin.

Dalam Pengurusan Keselamatan Makmal Sains, kemalangan boleh dielakkan dengan cara;

Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang peralatan/radas dan bahan

sains

Arahan yang jelas dan terperinci kepada pelajar

Maklumat yang lengkap tentang bahaya eksperimen

Mengatur langkah-langkah aktiviti dan prosedur kerja yang betul.

Pengawasan semasa menjalankan eksperimen

Arahan guru dan peraturan makmal adalah diutamakan

Minat dan kesungguhan pelajar semasa menjalankan eksperimen perlu

dititikberatkan

Pekeliling KP(BS)8600/7/A/(81) Tindakan Keselamatan;

Page 7: Pengurusan Makmal Sains-laporan

Pemaparan NOTIS PENTING;

JAGALAH KESELAMATAN ANDA,    JANGAN BISING,   JANGAN BERGURAU, 

PERATURAN MAKMAL SAINS,  SENARAI BAHAN/IVENTORI

Latihan Kebakaran,  Kelengkapan Alat Pemadan Api, Kit Pertolongan Cemas,

Rekod Kemalangan

Kebenaran guru hendaklah diperolehi semasa memasuki makmal.

Peralatan tidak boleh dibawa keluar KECUALI kebenaran guru.

Peralatan sains hanya boleh di gunakan dengan kebenaran guru.

Peralatan yang telah digunakan hendaklah disimpan di tempat asal.

Segala kerosakan hendaklah dilaporkan kepada guru.

Pelajar hendaklah menjaga kebersihan di dalam makmal.

Pelajar dilarang bermain di dalam makmal sains.

Pelajar hendaklah beratur semasa datang dan  pulang ke dalam kelas.

Beg dan makanan tidak boleh dibawa masuk.

Dilarang menghidu atau merasa sebarang bahan kimia yang merbahaya

Aktiviti pembelajaran hendaklah bersama-sama guru.

Sentiasa mengikut ARAHAN guru semasa menjalankan kajian.

Laporan Bergambar

Page 8: Pengurusan Makmal Sains-laporan

Keadaan pejabat pembantu makmal di Bilik Persediaan yang selesa.

Pameran model-model alatan Sains.

Page 9: Pengurusan Makmal Sains-laporan

Tatacara Pembantu Makmal Sains sebelum,semasa dan selepas pelaksanaan P&P didalam

makmal Sains menengah atas.

Sumber-sumber maklumat yang berkaitan.

Page 10: Pengurusan Makmal Sains-laporan

Penyimpanan bahan kimia yang telah dibuat larutan.

Tempat penyimpanan mikroskop didalam almari bercahaya yang lengkap untuk

mengelakkan pertumbuhan kulat pada kanta mikroskop.

Page 11: Pengurusan Makmal Sains-laporan

Bilik Stor bagi penyimpanan bahan-bahan atau alatan ujikaji yang tersusun dan teratur.

Tempat penyimpanan bahan kimia yang tersusun.

Page 12: Pengurusan Makmal Sains-laporan

Kebuk wasap yang digunakan untuk membancuh bahan-bahan kimia.

Tempat cucuran air untuk mencuci tubuh pelajar jika berlaku tumpahan asid pada badan

atau mata.ini adalah langkah pertama keselamatan yang mesti di lakukan jika berlaku

kemalangan tumpahan asid berbahaya.

Page 13: Pengurusan Makmal Sains-laporan

Kami juga berpeluang melihat barang-barang reagen yang disimpan. Kesemuanya

telah dilabel dengan jelas. Hal ini bagi memastikan supaya barang reagen mudah diambil

serta kecuaian pemilihan barang dapat dielakkan kerana setiap barang mempunyai label.

Bahan-bahan kimia berbahaya disimpan di tempat yang selamat, iaitu di dalam almari yang

berkunci. Almari ini terletak jauh dari tingkap supaya jauh dari sumber haba atau terdedah

dengan cahaya matahari.

Dari sudut pencahayaan, kami dapati makmal sains tidak begitu gelap dan mendapat

sudut pencahayaan yang mencukupi. Suis elektrik, pili air dan punca gas kemungkinan dari

penunu bunsen telah ditutup dengan baik. Tiada sebarang kebocoran berlaku seperti bau

gas semasa lawatan dijalankan.

Makmal dan bilik sains yang selamat merupakan asas kepada penghasilan makmal

dan bilik sains yang kondusif dan selesa untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pada

pendapat saya, aspek keselamatan sewajarnya diberikan keutamaan oleh pihak sekolah

khasnya pentadbir, guru serta kakitangan makmal. Selain perlu memiliki pengetahuan dan

kemahiran yang mencukupi dalam mewujudkan makmal yang selamat, guru dan kakitangan

makmal juga perlu mempunyai pengetahuan pertolongan cemas. Oleh yang demikian,

adalah wajar guru dan kakitangan makmal diberikan latihan berkaitan prosedur menangani

kecemasan, pengurusan makmal dan bilik sains serta pertolongan cemas.

Bidang Tugas Guru Sains dan Pembantu Makmal

Sememangnya semua anggota di bawah organisasi Bidang Sains adalah terlibat

secara langsung dalam pengurusan dan pentadbiran makmal sains di sekolah. Pengetua

sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal sains dalam

pengendalian program kurikulum serta kokurikulum di sekolah dari segi perancangan,

pelaksanaan, penilaian dan pemantauan. Guru Penolong Kanan serta Ketua Bidang Sains

pula bertanggungjawab membantu Pengetua dalam keseluruhan pengurusan makmal sains.

Komitmen, kesungguhan dan berkemahiran sangat diperlukan pada setiap anggota supaya

Bidang Sains dapat berjalan dengan baik.

Antara tugas dan tanggungjawab Ketua Bidang Sains adalah mengendalikan

program kurikulum dan kokurikulum khususnya matapelajaran Sains di sekolah. Selain itu,

Ketua Bidang Sains juga bertanggungjawab dalam memberi bimbingan profesional kepada

guru-guru sains serta kakitangan makmal sains.

Page 14: Pengurusan Makmal Sains-laporan

Panitia Sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains yang dilantik oleh Pengetua secara

rasmi untuk memimpin guru-guru mata pelajaran sains di bawah tanggungjawabnya. Ketua

Panitia Sains secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Bagi

memastikan semua tugas dapat dilaksanakan oleh panitia, Ketua Panitia bertanggungjawab

untuk memastikan tugas panitia dilaksanakan dengan berkesan.

Antara tugas dan tanggungjawab Ketua Panitia Sains adalah seperti membantu

merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan bahan sains, merekod

peralatan sains yang telah rosak bagi tujuan hapus kira dan pelupusan, menyemak dan

mengemaskini rekod pengurusan makmal sains serta menyemak dan mengemaskini stok

makmal sains dari segi keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.

Guru sains secara automatik menjadi anggota Panitia Sains. Tugas guru sains dalam

pengurusan makmal sains adalah seperti mematuhi jadual penggunaan makmal sains,

melaksanakan PEKA Sains, memastikan murid mematuhi peraturan keselamatan makmal

sains serta memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.

Bagi tugas Pembantu Makmal di SMK Penaga, merekalah yang membuka serta

mengunci pintu bilik persediaan makmal sains. Selain itu, Pembantu Makmal berperanan

dalam memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa dalam keadaan

bersih, ceria dan selamat. Mereka juga menyediakan alat, radas dan bahan sains berfungsi

sebelum kerja amali dijalankan. Antara peranan pembantu makmal yang lain adalah :

Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu setelah

selesai setiap kerja amali.

Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid mendapatkan peralatan dan

bahan sains semasa amali.

Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk perabot,

bekalan elektrik, air dan gas.

Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu setelah

selesai setiap kerja amali.

Pembantu Makmal yang baru dilantik wajib menghadiri kursus asas berkaitan kerja-kerja

di makmal sains sebelum penempatan dilakukan bagi membolehkan mereka menjalankan

tugas dengan berkesan.

Page 15: Pengurusan Makmal Sains-laporan

Banding Beza Makmal Sains Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

Terdapat banyak perbezaan yang ketara diantara makmal sains sekolah rendah

dan makmal sains sekolah menengah. Perbezaan – perbezaan yang ketara ini adalah

kerana, silibus sains di sekolah menengah tidak memerlukan penyediaan radas – radas atau

kemudahan seperti yang terdapat di makmal sains sekolah menengah. Pada pendapat

saya, perbezaan – perbezaan tersebut dapat dikategorikan kepada beberapa perkara.

a. Saiz

Saiz makmal sains di sekolah rendah lebih kecil berbanding makmal sekolah menengah.Hal

ini kerana, murid – murid di sekolah rendah tidak memerlukan makmal yang besar kerana

tidak banyak eksperimen yang besar perlu dilakukan seperti, membedah katak, atau

eksperimen – eksperiman yang memerlukan murid menggunakan banyak radas.

b. Susun atur makmal sains

Di sekolah rendah, hanya terdapat satu sahaja makmal sains. Tetapi di sekolah menengah,

terdapat tiga makmal berbeza iaitu makmal biologi, fizik dan kimia. Hal ini kerana, ketiga –

tiga komponen berkenan memerlukan bahan – bahan atau keperluan yang berbeza.

c. Pembantu makmal

Seperti yang diketahui, bilik sains di sekolah rendah tidak memerlukan pembantu makmal

seperti makmal sains di sekolah rendah. Hal ini kerana, silibus Sains di sekolah rendah

hanya memerlukan muri – murid untuk menjalankan eksperimen yang kecil sahaja.

Berbanding di sekolah menengah, pembantu makmal diperlukan untuk membantu guru

menyediakan bahan – bahan atau radas yang lebih besar atau berbahaya seperti asid dan

sebagainya.

Berdasarkan perbezan – perbezaan di atas, terdapat banyak perbazaan yang

ketara di antara bilik Sains di sekolah rendah dan makmal Sains sekolah menengah. Pada

pendapat saya, banyak perkara boleh ditambah baik supaya murid – murid sekola rendah

dapat mempelajari subjek Sains dengan penuh minat dan semangat.

Kurikulum Sains memerlukan murid menjalani aktiviti ‘hands -on’ menggunakan

pendekatan inkuiri semasa proses pembelajaran. Pembelajaran melalui penerokaan dan

menjalankan sendiri eksperimen dapat mencetuskan perasaan ingin tahu dan seterusnya

memberi kefahaman mendalam yang menjadi asas kepada prinsip Sains.

Page 16: Pengurusan Makmal Sains-laporan

REFLEKSI

ALHAMDULILLAH, memanjat kesyukuran ke hadrat ilahi dengan limpah dan

kurniaNya, saya berjaya menyiapkan tugasan subjek SCE 3123 Pengurusan

Makmal Sains Dan Sumber. Namun begitu saya memohon kemaafan diatas apa jua

kekurangan dan kelemahan hasil karja kursus ini. Disamping menjalankan kerja dan

tanggungjawab seharian.

Namun secara positifnya, saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan

sebaiknya. Terdapat kekuatan dan kelemahan dalam menyiapkan tugasan ini.

Kekuatannya saya pernah belajar mata pelajaran sains. Pengalaman belajar dalam

makmal sains, dimana ciri-ciri makmal sains dari aspek fizikal ,struktur susunan

meja, perabot, rak, kelengkapan lain, sudut-sudut khas , peraturan makmal, dan

peralatan keselamatan makmal di sekolah rendah makmal sains adalah amat

terhasd, olehitu bilik darjah telah diubahsuai menjadi bilik makmal sains. Sebagai

guru sains ciri-ciri bilik sains yang sempurna dan lengkap adalah perlu bagi

memastikan pengajaran dan pembelajaran tidak tergendala dan terrbantut. Setelah

mempelajari tajuk ini,dapatlah saya memberi penekanan yang sewajarnya bagi

menjadikan bilik sains yang sempurna dan lengkap.

Dari aspek kelemahan saya dapati bilik darjah adlah lebih kecil dan

kelengkapan alatan yang tidak mencukupi. Namun ciri-ciri bilik sains dapat

disempunakan dari aspek fizikal.

Pihak pengurusan dan pentadbiran mestilah memainkan peranan penting

bagi memastikan kesempurnaan bilik sains lebih sempuna. Disamping itu saya

berharap agar kerja kursus saya kali ini diterima dan memenuhi criteria pemarkahan.

Sekian terima kasih.

Page 17: Pengurusan Makmal Sains-laporan

KERTAS KERJA TAMAN HERBA

KERTAS KERJA CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TAMAN HERBA

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESAR

Tarikh :

Tempat : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESAR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS TUANKU

BAINUN,14000,BUKIT MERTAJAM,

PULAU PINANG.

Page 18: Pengurusan Makmal Sains-laporan

KERTAS KERJA TAMAN HERBA

KERTAS KERJA CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TAMAN HERBA

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) KAMPUNG JAWI

1.0   PENDAHULUAN .

Taman Herba Sekolah merupakan salah satu instrumen yang dinilai oleh pemantau kualiti

sekolah di setiap Pejabat Pelajaran Daerah. Oleh itu, Sekolah Menengah Kebangsaan

Sungai Besar juga telah mewujudkan Taman Herbanya sendiri. Taman Herba SMK Sungai

Besar adalah dibawah pengawasan Panitia Kemahiran Hidup dan kerjasama daripada

Koperasi SJK(C)KJ Berhad. Taman Herba ini telah dianugerahkan Taman Herba Terbaik

sempena Anugerah  Kualiti Daerah Sabak Bernam pada tahun 2014. Untuk mengekalkan

kedudukan sebagai taman herba terbaik daerah Seberang Perai Selatan, kertas kerja ini

dibentangkan untuk mencadangkan beberapa perkara  yang perlu dilakukan untuk

penambahbaikan Taman Herba SJK(C) Kampung Jawi. Penambahbaikan ini berdasarkan

komen dan ulasan yang diberikan oleh para hakim yang memantau kualiti  taman-taman

herba sekolah pada tahun 2014.

2.0   MISI .

Penubuhan Taman Herba Sekolah adalah untuk memelihara warisan ubatan-ubatan yang

berasaskan herba yang diwarisi oleh nenek moyang kita dahulu. Kewujudan taman herba ini

juga dapat meningkatkan pengetahuan  tentang tanaman-tanaman herba dan kegunaan-

kegunaannya yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini.

3.0   VISI

Menjadikan Taman Herba ini sebagai sumber rujukan kepada para pelajar dan warga

SJK(C) Kampung Jawi. Senantiasa menambah baik dan menambah koleksi herba dan

tanaman yang mempunyai nilai perubatan .

Page 19: Pengurusan Makmal Sains-laporan

4.0   OBJEKTIF

Objektif  Kertas Kerja ini ialah :

1. Untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak pentadbiran sekolah tentang

cadangan penambahbaikan Taman Herba Sekolah.

2. Mendapatkan peruntukan yang diperlukan untuk proses pemulihan dan

penambahbaikan yang difikirkan perlu mengikut skema Penilaian dan Pemantauan

Program Warisan Taman Herba Peringkat Daerah Sabak Bernam.

3. Mewujudkan sebuah Taman Herba yang kemas , cantik dan teratur dari segi

landskap dan susun atur tanaman herba yang dipamerkan.

4. Mendapatkan  kerjasama yang erat daripada pihak pengurusan sekolah  dan pihak

jawatankuasa pelaksana Taman Herba .

5. Menyelaras setiap tugas dan tanggungjawab supaya tidak berlaku pertindihan tugas

dan memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang.

5.0 AHLI JAWATANKUASA TAMAN HERBA

PENASIHAT                 :          PN HJH ZURAIDAH BT HJ MOHD SANIF

                                              

PENGERUSI                :           PN  SAZUNA BINTI BINTI ABDUL WAHID

                                              

PENYELARAS I            :           EN ALI ASAD B MAT JUBAIDI

                                              

Page 20: Pengurusan Makmal Sains-laporan

PENYELARAS II           :           EN AHMAD LUTFI B HASHIM

SETIAUSAHA 1            :           PN HJH SABRINA CHUA BINTI ABDULLAH

SETIAUSAHA II :           PN FARIDAH BINTI SARANI

AJK GURU DAN KAKITANGAN :          

  1. EN SALIHIN B AMAT 

                                                            2. PN SOLEHA BINTI MAHMUD 

                                                            3. EN AZMAN BIN SAIRI 

                                                            4. PN RESIMAS YONG BINTI BAHROM 

                                                            5. PN NORHAYATI BINTI MUBIN

Page 21: Pengurusan Makmal Sains-laporan

6.0 KEKUATAN DAN KELEMAHAN  

Berdasarkan pemantauan yang telah dilakukan oleh Jawatankuasa Penilaian dan

Pemantauan Program Warisan Taman Herba Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan

2014 beberapa perkara telah dikenal pasti untuk dijadikan  rujukan untuk menambah baik

program Warisan Taman Herba Sekolah.

Kekuatan :

1. Mempunyai pelbagai  variasi tumbuhan mengikut kategori herba yang

dipertandingkan. Setakat ini , taman herba ini mempunyai lebih 60 jenis tanaman

herba pelbagai kategori.

2. Penggunaan sistem pengairan yang sistematik seperti sistem pancuran automatik

dan sistem fertigasi.

3. Mempunyai jaringan Taman Herba antara unit-unit lain seperti Taman Herba SBPT

dan Taman Herba Pendidikan Khas.

4. Kerjasama dengan Koperasi Sekolah yang merupakan penyumbang dana kepada

program Taman Herba Sekolah.

Kelemahan :

1. Kurang  mempunyai koleksi tanaman herba yang  eksotik dan jarang  didapati .

2. Tidak mempunyai unsur air dalam Taman Herba.

3. Landskap Taman Herba Sekolah kurang menarik dan ceria.

4. Pendokumentasian aktiviti  dan pelabelan tanaman yang masih belum lengkap dan

sempurna.

Page 22: Pengurusan Makmal Sains-laporan

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN .

Berdasarkan beberapa kelemahan yang telah dikenal pasti , pihak jawatankuasa telah

mencadangkan beberapa perkara untuk dipertimbangkan oleh pihak pengurusan untuk

diambil tindakan segera , antaranya ialah :

1. Membina kolam ikan mini untuk mewujudkan unsur air di dalam Taman Herba

Sekolah.

2. Membina landskap yang menarik dengan menambak kawasan Taman Herba dengan

batu-batu krikil   dan tempat pejalan kaki yang selesa dan menarik . Kawasan Taman

Herba sekarang ini dilitupi tanah merah yang menyebabkan tanah lecah apabila

hujan dan berdebu  apabila cuaca panas , menyebabkan kawasan taman tidak ceria

dan menarik.

3. Memasang label dan papan tanda kekal dan tahan lama.

4. Membeli pokok-pokok herba yang mempunyai nilai eksotik dan sukar didapati .

5. Menambah kawasan Taman Herba , kami cadangkan kawasan belakang Hub

Kosmek dan Bilik PLBS sebagai kawasan tambahan Taman Herba Sekolah.

Kawasan yang sedia ada walaupun agak luas namun tidak dapat menampung jumlah

tanaman yang semakin bertambah pada masa akan datang.

Page 23: Pengurusan Makmal Sains-laporan

8.0 ANGGARAN KOS MENGIKUT CADANGAN  DAN SUMBER KEWANGAN

                                     

Bil Perkara Jumlah Kos Sumber

1 Kolam Ikan Mini ( 1 set, sistem pam dan

kolam )

1000.00 SEKOLAH

2 Menambak Kawasan Taman / 1 lori batu krikil 350.00 SEKOLAH

3 Lapik batu Pejalan Kaki / 20 unit x RM15.00 300.00 SEKOLAH

4 Memasang Papan Tanda dan Label Pokok

herba

300.00 SEKOLAH

5 Membeli anak pokok dan benih herba 200.00 KOSMEK BHD

6 Kos penyelenggaraan  ( Tanah semaian,

racun rumpai, kawalan serangga dan

penyakit tanaman , baja , makan minum,

peralatan )

300.00 KOSMEK BHD

JUMLAH 2450.00

Page 24: Pengurusan Makmal Sains-laporan

9.0 PROJEK KEUSAHAWANAN TANAMAN HERBA.

Mulai tahun 2013, Taman Herba Sekolah telah mendapat kerjasama daripada Koperasi

SJK(C) Kampung Jawi Bhd sebagai penyumbang dana dan kerja-kerja pengoperasian

taman herba sekolah . Pihak koperasi telah menjadikan penanaman herba ini sebagai

Projek Keusahawanan Koperasi Sekolah pada tahun 2013 dan 2014 . Melalui peruntukan

Projek Bumi Hijau sebanyak RM 2000 pada tahun 2013, telah digunakan untuk menaik taraf

sistem pengairan Taman Herba SJK(C) Kampung Jawi . Sistem yang digunakan ialah

gabungan dua sistem pengairan iaitu sistem pengairan secara fertigasi dan pancuran

automatik . Melalui sistem pengairan ini penjagaan tanaman-tanaman herba akan lebih

mudah dan dijangka hasil pengeluaran taman herba juga akan meningkat .

Walau bagaimanapun, untuk mencapai hasil yang memuaskan , pihak jawatankuasa  telah

meletakkan 3 fasa dalam proses penanaman herba, iaitu fasa pertama ialah fasa

penyelidikan . Fasa kedua ialah fasa penanaman dan fasa ketiga ialah fasa penuaian  .

Taman herba ini telah menjalani fasa pertama pada 2013 untuk fasa penyelidikan dan

latihan penanaman herba yang boleh dikomersialkan. Oleh itu,pada tahun 2014 ini,

perancangannya adalah bertumpu kepada penanaman herba-herba kormersial yang boleh

dijual terus kepada pengguna seperti serai makan, kunyit, lengkuas, cekur , cili padi dan

tanaman ulam-ulaman seperti kacang botor, ulam raja dan pegaga.  Manakala untuk herba-

herba eksotik yang lain seperti lempoyang, temu lawak, halia bara, patawali ,

manjakani ,kacip fatimah , Mas Cotek , Misai Kucing dan sebagainya, tumpuan akan

diberikan kepada pembiakan anak-anak pokok untuk dijual kepada peminat-peminat

tanaman herba dan nurseri-nurseri di sekitar daerah Sabak Bernam .

Fasa ketiga dijangka dapat direalisasikan pada tahun 2014  . Mengikut perancangan

tanaman-tanaman herba ini sudah mula membiak dan mengeluarkan hasil  . Hasil jualan ini

nanti diharapkan dapat menampung sebahagian kos penyelengaraan taman herba dan

dapat mencatat keuntungan seawalnya pada tahun 2015 atau 2016.

Perlu dingatkan setengah-setengah tanaman herba ini agak sukar untuk dibiakkan dan

memerlukan masa untuk membiak dan mengeluarkan hasil . Oleh itu,perancangan yang

teliti dan komitmen yang tinggi diperlukan untuk menjayakan Projek Keusahawanan

Tanaman Herba ini. Justru, Projek Tanaman Herba ini perlu dijalankan sepanjang tahun dan

berterusan pada tahun-tahun yang akan datang , bukan hanya sekadar mempamer

tumbuhan-tumbuhan herba untuk  pertandingan  Kualiti Taman Herba semata-mata tetapi

juga  mewujudkan satu peluang perniagaan berasaskan tanaman herba.

Page 25: Pengurusan Makmal Sains-laporan

10.0 PENUTUP :

            Program Warisan Taman Herba Sekolah SJK(C) Kampung Jawi 2014 merupakan

projek serampang dua mata , yang salah satu matlamatnya ialah mengekalkan Taman

Herba Sekolah sebagai Taman Herba Terbaik Daerah Seberang Perai Selatan pada tahun

2014 dan juga menjadi salah satu projek Keusahawan Koperasi Sekolah  yang berasaskan

tanaman herba . Sehubungan itu, kertas kerja ini telah dirancang untuk mencapai matlamat

tersebut. Diharapkan segala cadangan  dan masalah yang dikemukan dalam kertas kerja ini

akan mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak pentadbiran sekolah supaya

projek ini dapat dijalankan mengikut perancangan yang telah dirancang oleh pihak

jawatankuasa Taman Herba SJK(C) Kampung Jawi. Akhirnya, dengan kerjasama pelbagai

pihak diharapkan Taman Herba SJK(C) Kampung Jawi akan mendapat mencapai kejayaan

yang lebih membanggakan pada tahun ini dan tahun-tahun yang akan datang.

Sekian, terima kasih.

PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN

DISEDIAKAN OLEH :

............................................

(ABID NURHAFIDZ B. BADRUL IHSAN)

Penyelaras

Taman Herba SJK(C) Kampung Jawi.

Page 26: Pengurusan Makmal Sains-laporan

BIBLIOGRAFI

Joshi, S.R. (2005). Teaching of science. New Delhi: A.P.H.Publishing Corporation.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1999). Pengurusan Dan Keselematan Makmal Sains Sekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2005. Tatacara Pengurusan Kewangan dan Kumpulan Wang Sekolah.

Martin, R., Sexton, C. & Gerlovich, J. (2002).Teaching sciencefor all children-Methods for constructing understanding. Boston: Allyn and Bacon.

Martin, D.J. (2006). Elementary science methods: Aconstructivist approach.Belmont: Thomson Wadsworth.

Newton L. D. & Newton D.P. (1998).Coordinating scienceacross the primary science. London: Falmer Press.

Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. 1999. Pengurusan dan Keselamatan Makmal Sains Sekolah.

SEAMEO RECSAM. (1978). Laboratory management and techniques for schools and colleges. Kuala Lumpur: Anthonian Store Sdn. Bhd.

Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam. JPA(S)NP.134/1/Klt.19/s.k 2 bertarikh 12 September 2013.

Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam. JPA(S)(BPO)253/2/11-6/Klt.27(36) bertarikh 30 Ogos 2013.

Tan, S.C. & Wong F.L. (2003).Teaching and learning withtechnology: An Asia Pacific perspective. Singapore:Prentice Hall.