kertas kerja kem koko 2013
DESCRIPTION
kertas kerja kem kokurikulumTRANSCRIPT
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA TUN UDAJALAN TENGAH , 11950, BAYAN LEPAS
PULAU PINANG
KERTAS KERJA
KEM PEMANTAPAN AKTIVITI LUAR KOKURIKULUM
SMKRTU 2013TEMPAT :
PERASA AUTOCAMP JELUTONG, CANGKAT JERING
TARIKH :19-20 OKTOBER 2013
ANJURAN :
UNIT KOKURIKULUM SMK RAJA TUN UDA
MENGADAKAN KEM KEPIMPINAN KOKURIKULUM
PERINGKAT SEKOLAH (SMKRTU)
TAHUN 2013
1.0 PENDAHULUAN
Kem Pemantapan Aktiviti Luar Kokurikulum merupakan aktiviti tahunan Sekolah
Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda Ahli Jawatan Kuasa induk (Pengerusi, Naib
Pengerusi, Setiusaha, Bendahari) bagi setiap Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan
Sukan/Permainan dipilih bagi menyertai Kem ini. Bagi tahun ini, Kem Pemantapan
Aktiviti Luar Kokurikulum akan dijalankan di Perasa Autocamp Jelutong, Cangkat Jering
pada 19-20 Oktober 2013.
2.0 MATLAMAT
Matlamat asal Kem Pemantapan Aktiviti Luar Kokurikulum ini adalah bagi memberi
pengetahuan berkaitan kepimpinan dan aktiviti luar dalam persatuan kepada peserta yang
juga terdiri daripada Ahli Jawatan Kuasa induk (Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiusaha,
Bendahari) bagi setiap Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan Sukan/Permainan. Pelbagai
aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat
ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini
juga diselitkan dengan aktiviti kerohanian untuk membina keyakinan diri dan
mengukuhkan rohani agar dapat membentuk modal insan yang seimbang selaras dengan
pembangunan negara yang mampan.
3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang pelajar merasai pengalaman menyertai aktiviti luar.
3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri
dalam pelbagai situasi.
3.3 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri dalam menyertai setiap aktiviti
yang disediakan.
3.4 Membentuk sikap bertangungjawab terhadap diri sendiri dan orang lain.
3.5 Melahirkan para pelajar yang berupaya mengeluarkan idea-idea bernas
semasa dalam aktiviti kumpulan.
3.6 Memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan dan tidak mementingkan diri
sendiri
3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
inteleks.
4.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN
4.1 Tarikh yang dirancang adalah pada 19 dan 20 Oktober 2013
4.2 Dilaksanakan selama 2 hari 1 malam.
4.3 Masa pelaksanaan melibatkan waktu siang dan malam
4.4 Tentatif program adalah seperti lampiran 1.
5.0 TEMPAT (RASIONAL MEMILIH TEMPAT)
5.1 PERASA AUTOCAMP – mempunyai kemudahan menjalankan pelbagai
aktiviti luar, juga tenaga pengajar yang berpengalaman dalam bidang
berkaitan.
6.0 KUMPULAN SASARAN
6.1 Jumlah peserta – 80 orang pelajar dan 10 orang guru
6.2 Keutamaan kepada pelajar tingkatan 2 dan 4
6.3 Dipilih berdasarkan cadangan guru penasihat Unit Uniform, Kelab/Persatuan
dan Sukan/Permainan.
6.4 10 orang pelajar pilihan Pentadbir (Pengetua/PK Pentadbiran/PK HEM/PK
Kokurikulum/PK Petang/ PK Tingktan 6).
7.0 JAWATANKUASA PENGURUSAN
Penasihat : Pn. Hajah Wan Lijah Binti Wan Daud (Pengetua)
Pengerusi : Pn. Asiah Binit Mat (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi : En. Johari Bin Ahmad (PK Pentadbiran)
En. Zaidi Bin Hamzah (PK HEM)
En Kumaravel a/l Subramaniam (PK Tingkatan 6)
En. Muhammad Shukri b Harun (PK Petang)
Setiusaha : En. Mohd Muktasim Bin Mohd Rosli
Naib Setiausaha : En. Muhammad Bin Abu Bakar
AJK : En. Engku Muhammad Adli Bin Engku Muda
En. Mohd Azmil Bin Abdul Rahman
En. Mohd Alwi Bin Ismail
Cik Nazahiyah Binti Abdul Aziz
Cik Padzilah Bt Padzil
LAMPIRAN 1
Tentatif Program
Kem Pemantapan Aktiviti Luar Kokurikulum SMKRTU 2013
Sabtu, 19 Oktober 2013
6.30 Pagi – Bertolak dari SMK Raja Tun Uda ke PERASA AUTOCAMP.
9.00 Pagi – Tiba di PERASA AUTO, pengurusan diri.
9.30 Tgh – Program Luar di bawah kendalian PERASA AUTOCAMP.
6.30 Ptg – Pengurusan diri (mandi dan Solat Asar)
7.30 Mlm – Solat Mahgrib dan kuliah.
9.00 Mlm – Solat Isyak.
9.30 Mlm – LDK / BBQ
11.30 Mlm – Tidur.
Ahad, 20 Oktober 2013 ( Aktivit Guru SMKRTU)
6.00 Pagi – Solat Subuh.
6.10 Pagi – Senaman pagi.
7.00 Pagi – Sarapan
8.00 Pagi – Explorace
9.30 Pagi – Kudapan dan pengurusan diri
10.30 Pagi – Survival
2.00 Tgh – Majlis Penutup Kem Pemantapan Aktiviti Luar Kokurikulum
2.30 Tgh – Pulang ke SMK Raja Tun Uda
4.30 Ptg – Di jangka tiba di SMK Raja Tun Uda
Ibu bapa/ Waris /Penjaga 23 September 2013
PEMBERITAHUAN BERKENAAN KEM PEMANTAPAN AKTIVITI LUAR KOKURIKULUM SMKRTU 2012
Saya merujuk perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan anak tuan/puan telah terpilih bagi menyertai Kem pemantapan aktiviti luar kokurikulum SMKRTU 2013.
3. Kem pemantapan aktiviti luar kokurikulum SMKRTU 2013 akan dijalankan pada ketetapan berikut :
Tarikh : 19 - 20 Oktober 2013Masa : Rujuk tentatif (LAMPIRAN 1)Hari : Sabtu dan AhadTempat : Perasa Autocamp Jelutong, Cangakt Jering, Perak.
4. Antara objektif kem ini adalah untuk memberi peluang pelajar merasai pengalaman menyertai aktiviti luar serta membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi.
5. Sekian, terima kasih
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan tugas,
( HAJAH WAN LIJAH BINTI WAN DAUD )Pengetua,Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Tun Uda
PERBELANJAAN KEM PEMANTAPAN AKTIVITI LUAR KOKURIKULUM
(19 – 20 Oktober 2013)
Bil. Perkara Syarikat Jumlah
1. Pengangkutan Bas:
1. Dari SMKRTU ke
Perasa Autocamp
19/10/2013.
2. Dari Perasa Autocamp
ke SMKRTU
20/10/2013
Boon Kooi School Bus
Service.
No Invoice : _________
RM 1100.00
RM 1100.00
2. T-Shirt untuk 80 pelajar kem. Best Choice Uniform
Enterprise.
No Invoice : __________
RM 1200.00
(RM15.00 x 80)
3. Pakej Kem untuk 80 pelajar.
1. Penginapan Pelajar –
chalet.
2. Makanan pelajar.
3. Aktiviti Kem.
PERASA AUTOCAMP
(L.O)
RM 5710.00
JUMLAH RM 9110.00
Disediakan oleh:
........................................................
(MOHD MUKTASIM BIN MOHD ROSLI)
Disahkan oleh:
.........................................................
Diluluskan oleh:
…………………………………………