kertas kerja kem tahfiz

44
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2011 _____________________________________________ HBIS3203 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5 DAN 6 ______________________________________________________________ __ KERTAS KERJA KEM TAHFIZ AL QURAN PERINGKAT SEKOLAH E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN WILAYAH KEDAH

Upload: fyza08

Post on 28-Nov-2015

1.481 views

Category:

Documents


133 download

DESCRIPTION

KERTAS KERJA

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Kem Tahfiz

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2011

_____________________________________________

HBIS3203 PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 5 DAN 6

________________________________________________________________

KERTAS KERJA KEM TAHFIZ AL QURAN

PERINGKAT SEKOLAH

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN WILAYAH

KEDAH

Page 2: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

BIL ISI KANDUNGAN MUKA

SURAT

1. Pengenalan Program Kem Tahfiz Al Quran 1

2. Rasional 1

3. Objektif 2

4. Tarikh Program 2

5. Tempat 3

6. Kumpulan sasaran 6

7. Jawatankuasa Pelaksana

7.1 Jawatankuasa Induk Kem Tahfiz Al Quran

7.2 Jawatankuasa Kerja Kem Tahfiz Al Quran

7.3 Tugas Jawatankuasa

7

8

8. Pengisian Program 11

9. Surah-surah Hafazan 11

10. Kaedah-kaedah yang Digunapakai Dalam Kem Tahfiz 12

11. Peruntukan Kewangan

11.1 Anggaran Perbelanjaan

11.2 Sumber Kewangan

16

12. Tentatif Program 17

13. Pelan Pelaksanaan Program 20

14. Kesimpulan 21

15. Rujukan

16. Lampiran

1. Alatan yang perlu dibawa

2. Nama Fasilitator dan Kumpulan

3. Surat kebenaran waris

4. SOalan Ujian Bertulis

1

Page 3: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

KERTAS KERJA KEM TAHFIZ ALQURAN

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RELAU

SESSI 2011

1. PENGENALAN PROGRAM

AL-QURAN adalah mukjizat yang tidak ternilai hikmahnya dan dikurniakan oleh Allah

s.w.t. kepada Rasulullah s.a.w. untuk disampaikan kepada umat manusia. Sejarah

pembelajaran al-Quran secara hafazan bermula sejak turunnya surah al Alaq kepada Nabi

Muhammad S.A.W ketika baginda beribadat di Gua Hira`.

Di dalam usaha melahirkan generasi Al Quran, amalan membaca dan menghafaz al -

Quran perlu dipupuk dan dimulakan sejak zaman kanak-kanak lagi, supaya nilai-nilai murni Al

Quran dapat terpahat di dalam jiwa mereka. Namun begitu, tanpa peluang yang sesuai, kaedah

dan teknik yang betul, usaha menghafaz tidak mencapai apa yang diinginkan. Menyedari

hakikat ini, “ Kem Tahfiz Al Quran “ ini direncanakan agar dapat meningkatkan penguasaan

bacaan dan hafazan Al Quran di kalangan pelajar. Di samping itu, dapat menggilap potensi

diri agar memiliki sahsiah dan akhlak yang terpuji. Semoga generasi yang bakal lahir adalah

generasi al-Quran yang seimbang di dunia dan akhirat.

2. RASIONAL PROGRAM

Dapat melahirkan generasi Hafiz al Quran yang berilmu tinggi dan mahir dalam

menghafaz al Quran. Disamping itu dapat memupuk kecintaan dan minat untuk

menghafaz Al-Quran serta meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar agar menjadikan

hafazan Al-Quran sebagai satu amalan dalam kehidupan seharian seterusnya menjadi

penyambung warisan para anbiak dan para tabi’en.

2

Page 4: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

.

3. OBJEKTIF

3.1 Murid-murid dapat menghafaz dengan lancar sekurang-kurangnya tiga surah daripada

empat surah iaitu Surah Al Bayyinah, Surah Al Qadr, Surah At Tin dan Surah Ad Dhuha.

3.2 Murid-murid dapat menghafaz surah-surah menggunakan teknik hafazan yang sistematik

dan berkesan.

3.3 Murid-murid dapat mempraktikkan bacaan – bacaan ayat-ayat hafazan di dalam

ibadat solat .

3.4 Memberikan kefahaman kepada murid betapa pentingnya menjadikan Al Quran

sebagai panduan hidup.

4. TARIKH PROGRAM

Tarikh : 13hb Mac – 15hb Mac 2011

Tempoh : 3 hari 2 malam

Hari : Ahad - Selasa

Pendaftaran :

Hari : Ahad

Tarikh : 13hb Mac 2011

Masa : 3.00 Petang

Tempat : Dewan Al Farabi Sekolah Kebangsaan Taman Relau

3

Page 5: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

5. TEMPAT

Program Kem Tahfiz akan dilaksanakan selama tiga hari dua malam akan berlangsung di

Sekolah Kebangsaan Taman Relau. Di antara tempat-tempat yang akan digunakan sepanjang

Kem ini adalah seperti berikut :

Pendaftaran dan Majlis Perasmian dan Penutupan : Dewan Al Farabi

Permainan “ Treasure Hunt Al Quran ” : Dataran Al Khawarizmi

Ceramah : Dewan Al Farabi

Solat Berjemaah : Surau Ibn Sina

Penginapan Lelaki : Kelas 2 Mawar

Penginapan Perempuan : Pra Sekolah

Bilik LDK Kumpulan 1 : 3 Mawar

Bilik LDK Kumpulan 2 : 3 Melati

Bilik LDK Kumpulan 3 : 4 Mawar

Bilik LDK Kumpulan 4 : 4 Melati

Bilik LDK Kumpulan 5 : 5 Mawar

Bilik LDK Kumpulan 6 : 5 Melati

Bilik LDK Kumpulan 7 : 6 Mawar

Bilik LDK Kumpulan 8 : 6 Melati

4

Page 6: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

6. KUMPULAN SASARAN

Sasaran pelajar adalah terdiri daripada kumpulan pelajar kategori cemerlang dalam

matapelajaran Pendidikan Islam. Pelajar tersebut terdiri daripada pelajar Tahun Lima dan

Tahun Enam. Seramai 64 orang pelajar dalam kategori ini,dijangka akan menyertai Kem

Tahfiz yang akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Taman Relau. Berikut adalah agihan

pelajar mengikut kelas dan jantina :-

Pelajar Tahun Lima Pelajar Tahun Enam1. Lelaki - 20 Orang 1. Lelaki - 12 Orang2. Perempuan - 12 orang 2. Perempuan - 20 orang

Jumlah 32 orang Jumlah 32 orang

Jumlah Lelaki : 32 orang

Jumlah Perempuan : 32 orang

-------------------------------------

Jumlah Besar : 64 Orang

5

Page 7: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

7. JAWATANKUASA PELAKSANA

7.1 JAWATANKUASA INDUK KEM TAHFIZ AL QURAN

8.

9.

10.

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

23.

24.

25.

26.

27.

28.

29.

30.

31.

32.

PENASIHAT

TUAN GURU BESAR

( EN. SAAD BIN JALI )

SETIAUSAHA

KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

( PN FAIZAH BT SALEH )

AJK JAMUAN

PN YASMIN SORAYA BT YUSUF

AJK HADIAH DAN SIJIL

PN AYU ADIBAH BT MUSA

AJK PENDAFTARAN

PN NORANITA SUZILA BT

AHMAD

URUSETIA

EN ALI NAUFAL BIN IBRAHIM

PENGERUSI

TUAN PENOLONG KANAN KURIKULUM

( EN HAMIZUL BIN OTHMAN )

AJK SIARAYA

EN. DANIAL BIN DAHLAN

AJK DOKUMENTASI DAN BUKU

PROGRAM

EN MUHAMMAD ADIB BIN ASRI

AJK PERSIAPAN TEMPAT DAN

PENGINAPAN

EN. AHMAD BIN ISMAIL

6

Page 8: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

7.2 JAWATANKUASA KERJA KEM TAHFIZ AL QURAN

PENASIHAT : Tuan Guru Besar

PENGERUSI : Tuan Penolong Kanan Kurikulum

PENGARAH PROGRAM : Ketua Panita Pendidikan Islam

BENDAHARI : Puan. Zunita Zalila Bt Zainurin

AHLI JAWATANKUASA :

AJK URUSETIA : Encik Ali Naufal Bin Ibrahim

: Encik Baharudin Bin Ishak

: Puan Nadia Sumaiya Bt Rejab

AJK PENDAFTARAN : Puan Noranita Suzila bt Ahmad

: Puan. Kaisara Bt Mohd Hadi

: Puan Nadia Qistina Bt Ilias

AJK PERSIAPAN TEMPAT : Encik. Ahmad bin Ismail

DAN PENGINAPAN : Encik. Muzammil Bin Idris

: Encik. Ahmad Fitri bin Ali

: Encik Ahmad Zahazan bin Che Ya

AJK HADIAH DAN SIJIL : Puan Ayu Adibah Bt Musa

: Puan Anissa Ayunis Bt Jamil

: Puan Zamzurina Bt Harun

AJK JAMUAN : Puan Yasmin Soraya bt Yusuf

: Puan Zarith Sofea Bt Mohd Faizal

: Puan Anis Nabilah Bt Nubhan

AJK SIARAYA : Encik Danial Bin Dahalan

: Encik Ameeruddin Bin Ramli

AJK DOKUMENTASI : Encik Muhammad Adib Bin Asri

DAN BUKU PROGRAM : Encik Muhammad Lutfi Bin Hussin

7

Page 9: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

: Encik Muhammad Sofian Bin Abdul Latiff

SENARAI NAMA FASILITATOR :1. Ustaz Zainol Akramin Bin Musa

2. Ustaz Badrul Amin Bin Alias

3. Ustaz Zainurin Kamal Bin Yusuf

4. Ustaz Hambali Haikal Bin Sulaiman

5. Ustaz Amin Khalili Bin Jamil

6. Ustaz Harith Iskandar Bin Baharom

7. Ustazah Fahimah Bt Jalalaudin

8. Ustazah Zamzurina Bt Kamarudin

7.3 TUGAS JAWATANKUASA

Pengerusi

1.Mempengerusikan Jawatankuasa Induk.

Pengarah Program

1. Setiausaha adalah pengarah program.

2. Menyediakan kertas kerja program Kem Tahfiz

3. Bertanggungjawab memantau perkembangan semua aktiviti agar berjalan lancar

seperti yang dirancangkan.

Bendahari

1. Mendapatkan maklumat bilangan penyertaan daripada pengarah Program.

2. Mengurus kutipan yuran pendaftaran.

3. Menyediakan belanjawan berdasarkan aktiviti program.

4. Menyediakan laporan kewangan selepas program.

8

Page 10: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

AJK Urusetia

1. Bertindak sebagai tempat rujukan atau mendapatkan maklumat menyeluruh

mengenai Kem Tahfiz al Quran

2. Mengadakan lokasi atau bilik khas sebagai pusat operasi

3. Membantu melicinkan aktiviti tang dijalankan.

AJK Pendaftaran

1. Menyediakan Borang Pendaftaran

2. Menyediakan dua kaunter pendaftaran bagi pelajar Tahun Lima dan Tahun Enam.

AJK Persiapan Tempat dan Penginapan

1. Mengenalpasti tempat-tempat yang akan digunakan daripada pengarah program.

2. Menyusun atur kerusi dan meja seperti yang dikehendaki dalam program.

3. Memastikan tempat penginapan murid sesuai dan selamat.

4. Menyediakan pelan tempat-tempat yang akan digunakan.

AJK Hadiah dan Sijil

1. Mencadangkan jenis-jenis hadiah yang bersesuaian dengan anggaran perbelanjaan

bagi dibentangkan dalam mesyuarat induk.

2. Menyediakan dan mencetak sijil-sijil penyertaan kepada semua peserta.

3. Menguruskan majlis peyampaian hadiah dan sijil.

9

Page 11: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

AJK Jamuan

i. Membuat Belanjawan perbelanjaan makan dan minum sepanjang tempoh

program.

ii. Merancang menu dan mengurus tempahan makanan dan minuman kepada pelajar,

guru-guru dan fasilitator.

iii. Mengurus jamuan pelajar, guru dan fasilitator dan memastikan makanan dan

minuman mencukupi dan mengikut jadual yang ditetapkan.

AJK Siaraya

1. Menentukan jenis siaraya yang bersesuaian dengan pengisian program.

2. Memastikan sistem siaraya berfungsi dengan baik.

AJK Dokumentasi Dan Buku Program

1. Mendapatkan maklumat-maklumat penting untuk dimaksukkan ke dalam buku

program.

2. Menyediakan jumlah buku program yang mencukupi.

3. Menyediakan kamera, bateri bagi merakamkan aktiviti penting sepanjang

program berlangsung.

4. Menyaring dan dan gambar –gambar yang bersesuaian serta mebuat laporan

10

Page 12: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

8. PENGISIAN

Bacaan Mathurat

Tazkirah : Solat Fardu Subuh dan Solat Fardu Maghrib

Bengkel : Teknik-teknik Menghafaz Ayat-ayat Al Quran dengan sistematik dan

berkesan.

Qiamulail : Solat Tasbih, Solat Tahajud, Solat Witir.

Riadah

Slot - Slot 1 : Kaedah Talaqqi Musyafahah dan Tikrar

( surah Al Bayyinah Surah Al Qadr.

Slot 2 : Kaedah Tasmik -Surah Al Bayyinah danSurah Al Qadr

Slot 3 : Kaedah Talaqqi Musyafahah dan Tikrar ( Latih Tubi)

( Surah At Tin dan Adh – Dhuha )

Slot 4 : Kaedah Tasmik - Surah At Tin dan Surah Adh Dhuha .

Treasure Hunt Al Quran

Mantop Hafazan

Ujian Bertulis

Ujian Lisan

Majlis Perasmian dan Penutupan Kem Tahfiz Al Quran-

Dirasmikan oleh Tuan Guru Besar Sek. Keb. Taman Relau

9. SURAH-SURAH HAFAZAN

Bersesuaian dengan perlaksanaan Kem Tahfiz Al Quran selama 3 hari 2 malam,

sebanyak 4 surah yang akan dihafaz oleh para peserta. Surah-surah ini adalah

berdasarkan sukatan pelajaran pendidikan Islam bahagian hafazan bagi Tahun Lima dan

Enam. Di antara surah hafazan tersebut ialah :-

Sukatan Hafazan Tahun Lima : Surah Al Bayyinnah dan Al Qadr

Sukatan Hafazan Tahun Enam : Surah At Tin dan Surah Ad Dhuha

11

Page 13: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

10. KAEDAH-KAEDAH YANG DIGUNAPAKAI DALAM KEM TAHFIZ

AL QURAN

Bil Pengisian Perlaksanaan Kaedah

1

Ceramah :

Teknik-teknik

Menghafaz

Ayat-ayat Al

Quran dengan

sistematik dan

berkesan

Ceramah ini diadakan pada hari Ahad pada pukul 9.00

malam.

Ceramah ini diadakan di dewan Al Farabi

Ceramah ini akan disampaikan oleh penceramah jemputan

dari Darul Quran Pulau Pinang iaitu Ustaz Zainol Abidin

Bin Ibrahim.

Penyampaian ceramah ini dijangka mengambil masa satu

jam. Manakala tiga puluh kemudiannya akan dilakukan

bengkel atau aktiviti kumpulan mengikut kumpulan LDK

yang telah ditetapkan.

2 Slot 1

Slot 1 akan dijalankan pada hari Isnin jam 8.30 pagi

Pelajar yang mengikuti kem ini dibahagikan kepada lapan

kumpulan. Setiap kumpulan mengandungi lapan orang

pelajar.

Pelajar dikehendaki membaca dan menghafaz surah al

Bayyinah dan Surah Al Qadr.

Kaedah yang akan dipakai ialah Talaqi Musyafahah dan

Tikrar ( Latih Tubi )

Mula-mula sekali pelajar dikehendaki membaca surah al

Bayyinah dan diikuti surah al Qadr secara talaqi dan

musyafahah. Pelajar dikehendaki membaca surah-surah

tersebut di hadapan guru.

Guru akan mendengar bacaan murid dan akan

membetulkan bacaan murid sekiranya berlaku kesalahan

12

Page 14: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

bacaan.

Selepas setiap murid membaca secara Talaqi dan

Musyafahah, mereka dikehendaki menghafaz secara

Tikrar atau secara latih Tubi.

Pelajar akan menghafaz secara latih tubi atau secara tikrar

secara berulang-ulangkali.

Pelajar akan membaca secara tikrar sebahagian ayat

berulang-ulang kali sebelum menghafaz.

3.Slot 2

Slot 2 akan dijalankan pada hari Isnin jam 10.30 pagi.

Pelajar masih menggunakan ayat yang sama iaitu surah Al

Bayyinah dan Surah Al Qadr.

Pada sesi ini akan menggunakan kaedah Tasmik.

Kaedah ini digunakan untuk menguji kelancaran bacaan

dan hafazan pelajar.

Sebelum pelajar memperdengarkan hafazan di hadapan

guru, para pelajar dikehendaki memperdengarkan bacaan

sesama mereka.

Setelah diberi masa yang ditetapkan, setiap pelajar akan

dipanggil oleh guru untuk mendengar hafazan

mereka. Sekiranya berlaku kesilapan guru akan

membetulkan kesalahan bacaan.

4.Slot 3

Slot ini akan dijalankan pada pukul 2.00 petang hari kedua.

Nama surah yang akan dihafaz ialah Surah At Tin dan Adh

– Dhuha

Kaedah Talaqqi Musyafahah dan Tikrar ( Latih Tubi)

Perlaksanaan kaedah ini seperti slot 1

13

Page 15: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

5. Slot 4

Slot 4 akan diadakan pada hari Isnin yang akan

berlangsung pukul 9.00 malam

Nama surah yang akan dihafaz ialah Surah At Tin dan

Surah Adh Dhuha .

Kaedah yang akan digunakan ialah kaedah Tasmik

Perlaksanaan kaedah seperi slot 2

6.Treasure Hunt

Al Quran-

Pertandingan ini dijalankan dalam bentuk kumpulan.

Pembahagian kumpulan seperti kumpulan LDK.

Sebelum dijalankan aktiviti ini semua peserta diberi

taklimat ringkas.

Setiap kumpulan akan diberikan satu sampul Surat yang

mempunyai tugasan yang perlu dipatuhi dan diselesaikan.

Setiap kumpulan mesti melalui 8 steysen.

Setiap kumpulan perlu mengikuti arahan yang tertera di

dalam sampul surat.

Kumpulan yang berjaya mengumpulkan bahan-bahan serta

potongan ayat yang lengkap dikira Johan , Naib Johan dan

tempat ketiga

7. Mantop

Hafazan

Pelajar mengulangkaji kesemua surah hafazan

Perlaksanaan dijalankan secara individu tidak formal.

Bertujuan untuk memastikan ayat-ayat yang telah dihafal

kekal di ingatan. Tambahan pula akan diadakan ujian

bertulis dan lisan pada keesokan harinya.

14

Page 16: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

8.Ujian Bertulis

.

Bentuk ujian

Surah yang diuji- Surah al Bayyinah, ad Dhuha, At Tin

dan al Qadr.

1.Menyusun ayat-ayat surah dengan betul.

2. Mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul.

3. Menomborkan ayat-ayat surah dengan betul.

Tempoh masa : 1 jam

Masa : 8. 45 pagi – 9.45 pagi

Perlaksanaan Ujian Bertulis ini akan dijalankan serentak

antara lapan kumpulan.

9.Ujian Lisan

Perlaksanaan ujian ini akan diadakan pada hari selasa 15hb

Mac 2011

Ujian dijalankan serentak antara 8 kumpulan

Surah-surah yang diuji : Surah al Bayyinah, surah al

Qadr, surah At Tin dan surah Ad Dhuha.

Kaedah perlaksanaan : Murid dikehendaki memilih satu

daripada tiga sampul surat yang setiap satunya

mengandungi 3 surah.

Salah seorang pelajar dipanggil dan duduk berhadapan

dengan guru.

Murid dikehendaki menghafaz surah berdasarkan surah

yang terdapat di dalam sampul tersebut.

15

Page 17: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

11. PERUNTUKAN KEWANGAN :

11.1 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA ANGGARAN PERBELANJAAN JUMLAH1.2.

Sijil 1 Rim kertas A4 ( Fancy) X RM 45.00

RM 45.00

3. Buku Program 1 Rim kertas A4 X 9.00 RM 9.00

4. Bahan Edaran 5 Rim kertas A4 X 9.00 RM 45.00

5. Fail Kertas/ Pensil 64 X RM 1.50 RM 96.00

6. Banner “ 5 ” X “ 3 ” RM 48.00

7. Peralatan Tulis :

Marker Pen/ Manila

Kad/Kertas Kajang/

Pelekat/Gam dan lain-

lain.

RM 90.00 RM 90.00

8. Hadiah Hadiah Terbaik “ Treasure Al

Quran ”

Tempat Pertama : RM 20.00

Tempat Kedua : RM 18.00

Tempat Ketiga : RM 16.00

Peserta Terbaik

Tempat Pertama : RM 20.00Tempat Kedua : RM 18.00Tempat Ketiga : RM 15.00

RM 54.00

RM 53.00

9. Jamuan -Pelajar 64 orang- Fasilitator dan Guru 18 orang.

1. 64 orang pelajar X RM 20.002. 18 orang guru dan Fasilitator

X RM 20.00

RM 1280.00RM 360.00

10. Saguhati1- Fasilitator2- Penceramah

Jemputan

8 orang X RM 25.001 orang X RM 100.00

RM 200.00RM 100.00

JUMLAH BESAR RM 2380.00

16

Page 18: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

11.2 SUMBER KEWANGAN

1. Yuran Pendaftaran : RM 20.00 X RM 64.00 = RM 1280.00

2. Sumbangan PIBG = RM 200.00

3. Sumbangan Bank Rakyat = RM 500.00

4. Sumber Aktiviti Pendidikan Islam = RM 200.00

5. Sumbangan Kedai Buku Sekolah = RM 200.00

JUMLAH RM 2380.00

12 TENTATIF PROGRAM

Ahad ( 13hb Mac 2011 )

3.00 petang : Pendaftaran

: Taklimat dan Pembahagian Kumpulan

4.30 Petang : Minum petang

: Solat Asar

6.00 Petang : Mathurat

6.30 Petang : Makan Malam

: Persediaan Solat

: Solat Maghrib

: Tazkirah

: Solat Isyak

9.00 Malam : Ceramah :

Teknik-teknik Hafazan Al Quran secara sistematik dan berkesan.

10.30 Malam : Minum Malam

: Tidur

17

Page 19: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

Isnin ( 14hb Mac 2011 )

5.00 Pagi : Persiapan Diri

: Qiamulail

: Solat Subuh

: Tazkirah

7.00 Pagi : Riadah

7.30 Pagi : Sarapan Pagi

8.30 Pagi : SLOT 1 - Talaqqi Musyafahah dan Tikrar ( surah Al Bayyinah

dan Surah Al Qadr

10.00 Pagi : Minum Pagi

10.30 Pagi : SLOT 2 - Tasmik - Surah Al Bayyinah dan Surah Al Qadr

12.30 Tengahari : Makan Tengahari

: Solat Zohor Berjemaah

2.00 Petang : SLOT 3 - Talaqqi Musyafahah dan Tikrar ( Latih Tubi) –

Surah At Tin dan Adh – Dhuha

4.30 Petang : Minum Petang

: Solat Asar Berjemaah

5.15 Petang : “Treasure Hunt Al Quran”

6.30 Petang : Makan Malam

: Persediaan Solat

: Solat Maghrib

: Tazkirah

: Solat Isyak

9.00 Malam : SLOT 4 - Tasmik ( Surah At Tin dan Surah Adh Dhuha ).

10.30 Malam : Minum Malam

: Tidur

18

Page 20: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

Selasa ( 15hb Mac 2011 )

5.00 Pagi : Persiapan Diri

: “Mantop Hafazan”

: Solat Subuh Berjemaah

: Tazkirah

7.00 Pagi : Riadah

7.30 Pagi : Sarapan Pagi

8.30 Pagi : Ujian Bertulis

10.00 Pagi : Minum Pagi

10.30 Pagi : Ujian Lisan

12.30 Tengahari : Makan Tengahari

: Solat Zohor Berjemaah

2.30 Petang : Majlis Perasmian dan Penutupan Kem Tahfiz Al Quran .

: Penyampaian Hadiah dan Sijil Penyertaan

: Minum Petang

: Bersurai

19

Page 21: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

13 PELAN PELAKSANAAN PROGRAM :-

1. Fasa Pra Program

i. Mesyuarat peringkat Panitia Pendidikan Islam.

- Perancangan kertas kerja cadangan

- Penubuhan AJK serta pembahagian tugas.

ii Mesyuarat AJK Induk.

- Agihan tugas serta penerangan Guru Besar.

- Penentuan jumlah murid untuk mengikuti program.

- Memilih penceramah serta fasilitator.

- Jadual dan pengisian program

- Perbincangan makanan.

iii Mengadakan taklimat ringkas kepada murid-murid terpilih.

- Mengedarkan borang-borang penyertaan untuk mendapatkan persetujuan waris

serta borang kebenaran kepada peserta yang mendapat persetujuan waris.

- Memberi tempoh masa kepada murid untuk waris memberi persetujuan.

- Mengumpul borang-borang lengkap yang telah diisi oleh murid.

iv Mesyuarat AJK Kerja.

- Memberi taklimat tentang program yang akan dijalankan meliputi aspek tarikh,

agihan tugas dan peranan setiap AJK Kerja

v Taklimat kepada Fasilitator

- Mengadakan taklimat kepada fasilitator yang terlibat tentang perjalanan program

serta kaedah yang akan digunakan semasa program tersebut.

20

Page 22: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

2 Perlaksanaan Program

- Pendaftaran peserta.

- Taklimat kepada peserta tentang peraturan yang perlu dipatuhi semasa

program.

- Sessi Taaruf para peserta dan fasilitator

- Pembahagian pelajar mengikut kumpulan masing-masing.

- Pelajar-pelajar akan mengikuti aktivit-aktiviti yang telah sedia tersusun.

- Pengarah Program akan memastikan aktiviti berjalan sebagaimana yang

dirancangkan.

- Program ini berakhir dengan majlis perasmian penutupan yang akan

dilaksanakan oleh Tuan Guru Besar , Sek Keb Taman Relau.

3. Fasa Selepas Program

- Mengadakan post mortem untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikkan.

- Penyediaan laporan dan dokumentasi

14 KESIMPULAN

Bagi melahirkan pelajar Generasi al Quran yang Terbilang , perlulah dipupuk sejak usia

kecil lagi. Menerusi program yang dianjurkan sebegini, merupakan titik permulaan agar

dapat mendidik pelajar mencintai dan menghayati al Quran sejak di bangku sekolah

rendah lagi . Banyak manfaat akan diperolehi oleh pelajar dengan mengikuti program ini,

antaranya ialah murid-murid didedahkan dengan teknik-teknik menghafaz ayat-ayat suci

al Quran dengan sistematik, cepat dan berkesan. Disamping itu juga, pelajar dapat belajar

berkomunikasi , berkerjasama dalam kumpulan, berdikari dan sebagainya.

21

Page 23: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

Semoga Kem Tahfiz al-Quran yang bakal berlangsung ini berupaya mencapai

objektif yang digariskan dan mendapat sokongan serta kerjasama dari semua pihak sama

ada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini. Diharapkan

agar program ini , dapat memberi manfaat dan kesan positif kepada semua pelajar

terutama memanfaatkan segala ilmu berkaitan hafazan al Quran , berakhlak mulia,

bertanggungjawab serta dapat mengamalkan disiplin dalam kehidupan seharian dengan

sempurna serta meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT

Disediakan oleh,

................................

( FAIZAH BT SALEH )

Setiausaha Kem Tahfiz

Sekolah Kebangsaan Taman Relau,

14200 Sg Bakap,Seberang Prai Selatan.

Disemak oleh,

..............................

( HAMIZUL BIN OTHMAN )

Penolong Kanan Pentadbiran

Sekolah Kebangsaan Taman Relau,

14200 Sg Bakap,Seberang Prai Selatan.

Bilangan Perkataan : 2935

22

Page 24: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

RUJUKAN

BUKU

Ahmad Mohd Salleh. (1997). Pendidikan Islam: Falsafah, Pedadogi dan Metodologi.

Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Bahagian Pendidikan Islam (2010). Buku pengurusan dan teknik Dakwah Islamiah

Sekolah-sekolah Rendah. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ghazali Darusalam ( 2001). Pedagogi Pendidikan Islam : Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ismail Awang. (1987). Pengajian dan Tafsir al-Quran. Kota Bahru: Dian Darul Na'im

Sdn. Bhd.

Ismail Masyhuri al-Hafiz. (1993). Fadhilat Membaca Dan Menghafal al-Qu’ran Serta

Panduan Menghafalnya. Kuala Lumpur: Syarikat Nurul Has.

Kamarul Azmi, Ab Halim Tamuri ( 2007).Pendidikan Islam, Kaedah Pengajaran & Pembelajaran .Skudai : Universiti Teknologi Malaysia

Md Zuki Hashim ( 2009). Mengurus Acara Rasmi Sekolah. Selangor : PTS

Publications & Distributors Sdn Bhd.

23

Page 25: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

1. BARANG KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA

2. KUMPULAN LDK

3. SURAT KEBENARAN WARIS

4. SOALAN UJIAN BERTULIS

24

Page 26: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

LAMPIRAN 1

BARANG KEPERLUAN YANG PERLU DIBAWA

Pakaian Persalinan selama 3 hari

-Lelaki - Baju Melayu

-Perempuan – Baju Kurung

Alatan Bersuci- Berus gigi/sabun/syampu

Pakaian Riadah

Muqadam

Alatan Tulis/ Buku Catatan

Bantal

Kain selimut

Tikar

Pakaian Solat – Kain Telekung

Selipar

Lampu Suluh

Ubat-ubatan yang perlu – minyak angin dsb

o

25

Page 27: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

LAMPIRAN 2

FASILITATOR DAN KUMPULAN LDK

SENARAI NAMA FASILITATOR

1. Ustaz Zainol Akramin Bin Musa

2. Ustaz Badrul Amin Bin Alias

3. Ustaz Zainurin Kamal Bin Yusuf

4. Ustaz Hambali Haikal Bin Sulaiman

5. Ustaz Amin Khalili Bin Jamil

6. Ustaz Harith Iskandar Bin Baharom

7. Ustazah Fahimah Bt Jalalaudin

8. Ustazah Zamzurina Bt Kamarudin

KUMPULAN LDK

LDK 1

NAMA FASILTATOR : Ustaz Zainol Akramin Bin Musa

1. Amri Amzani Bin Shamsul Khairi

2. Mohamad Najib Bin Mahani

3. Mohamad Shahrul Hafiz Bin Baharudin

4. Mohamad Syazmin Bin Mohd Fuad

5. Mohd Syauqi Bin Jaafar

6. Muhamad Firdaus Bin Khiri

7. Luqman Hakim Bin Mansor

8. Mohamad Aidil Akamal Bin Rahim

26

Page 28: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

LDK 2

NAMA FASILTATOR : Ustaz Zainurin Kamal Bin Yusuf

1. Muhamad Rusdy Amin Bin Abdul Rahim

2. Muhammad Adib Bin Zainol Abidin

3. Muhammad Amer Ikram Bin Ahmad Suandi

4. Muhammad Anwar Bin Jasmi

5. Muhammad Aslam Haziq Bin Mohd Ridzuan

6. Muhd Sabarullah B. Firdaus

7. Azizul Hakim Bin Yusri

8. Hakimi Bin Harun

LDK 3

NAMA FASILTATOR : Ustaz Badrul Amin Bin Alias

1. Adzreal Haikal Bin Ismadi

2. Azhar Yusof Bin Suzaini

3. Ikhwan Bin Kamaruzzaman

4. Mohamad Aiman Bin Abdul Tholib

5. Mohamad Haziq Hafiz Bin Mohamad Nizam

6. Mohammad Amirul Efiz Bin Zakaria

LDK 4

NAMA FASILTATOR : Ustaz Hambali Haikal Bin Sulaiman

1. Mohammad Effzan Haikal Bin Mohd Effardy

2. Muhamad Fakhri Bin Puteh

3. Muhammad Afif Bin Rahim

4. Muhammad Alif Haikal Bin Faadzly

5. Muhammad Khairul Nizam Bin Aris

6. Muhammad Qhidir Bin Abu Bakar

27

Page 29: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

7. Muhamad Adam Yasir Bin Muhamad Fazal

8. Fakhrul Islam Bin Che Ya

LDK 5

NAMA FASILTATOR : Ustaz Amin Khalili Bin Jamil

1. Siti Hawa Binti Mohamad Daud

2. Siti Nur Najihah Binti Mahani

3. Siti Nur Syazwani Bt. Shamsul Kamal

4. Siti Zulaika Binti Zakaria

5. Siti Zulaikha Binti Mohd Dahalan

6. Umairah Sufni Binti Mohd Fadzli

7. Nurul Husna Bt Abdul Karim

8. Siti Humairah Bt Dahlan

LDK 6

NAMA FASILTATOR : Ustaz Harith Iskandar Bin Baharom

1. Nur Izzaty Binti Mohd Saad

2. Nur Syamimi Binti Mansor

3. Nurkaisah Firzanah Bt Mohd Hadi

4. Nurul Arysha Binti Yusri

5. Nurul Farah Aqilah Binti Rahim

6. Nurul Idayu Binti Ismail

7. Intan Baiduri Bt Rosli

8. Yasmin Sofia Bt Ramli

28

Page 30: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

LDK 7

NAMA FASILTATOR : Ustazah Fahimah Bt Jalalaudin

1. Nur Arina Hanis Binti Baharin

2. Nur Atiyah Binti Abdul Halim

3. Nur Bazilah Binti Mohd Ridzwan

4. Nur Fara'ain Binti Paridon

5. Nur Hanisah Binti Muhamad Nizam

6. Nur Izzati Binti Ali

7. Julia Sara Bt Ilias

8. Lubna Laila Bt Wildan

LDK 8

NAMA FASILTATOR : Ustazah Zamzurina Bt Kamarudin

1. Muna Izzah Binti Mohd Isa

2. Nor Syakila Binti Mat Saad

3. Nur Aina Afini Binti Mohd Pardzli

4. Nur Aini Syafini Binti Abdul Syukur

5. Nur Ainul Syahira Binti Azmi

6. Nur Alieya Binti Mohd Desa

7. Yusma Laila Bt Sahiman

8. Dalila Wafa Bt Nukman

29

Page 31: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

LAMPIRAN 3

Sekolah Kebangsaan Taman Relau 14200 Sungai Jawi,Seberang Perai Selatan. Tel: 04-5820133

Tarikh : 3hb Mac 2011Kepada , Waris ________________________________( )

Tuan / puan,

KEM TAHFIZ AL QURAN PERINGKAT SEKOLAH

Merujuk perkara di atas , dimaklumkan bahawa * anak / jagaan tuan / puan ,.......................................................... dari tahun................................ telah dipilih untuk menyertai Kem Tahfiz Al Quran Peringkat Sekolah yang akan diadakan pada :

Tarikh : 13hb – 15hb Mac 2011 Masa : 3.00 petang-- PendaftaranTempat : Dewan Al Farabi

Sekolah Kebangsaan Taman Relau

2. Pihak sekolah akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga keselamatan pelajar-pelajar dan memastikan segala peraturan dipatuhi oleh anak / jagaan tuan / puan sepanjang kegiatan ini diadakan demi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

3. Sila kembalikan jawapan yang dilampirkan bersama surat ini.

Sekian , terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA “

Saya yang menurut perintah,

30

Page 32: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

..................................................... * potong yang tidak berkenaan

Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Taman Relau

BORANG JAWAPANLampiran 8 E 1

___________________________________

___________________________________Tarikh : 3hb Mac 2011

Guru Besar,Sekolah Kebangsaan Taman Relau ,14200 Sungai Jawi,Seberang Perai Selatan.

KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

Saya _________________________________________________* ibu bapa / penjaga kepada

______________________________ Tahun _________ * MEMBENARKAN / TIDAK

MEMBENARKAN * anak / jagaan saya menyertai kegiatan Kem Tahfiz Al Quran Peringkat

Sekolah pada :

Tarikh : 13hb – 15hb Mac 2011 Masa : 3.00 petang-- PendaftaranTempat : Dewan Al Farabi

Sekolah Kebangsaan Taman Relau

2. Saya faham bahawa pihak sekolah telah pun memberikan segala penerangan dan akan mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan sepanjang kegiatan tersebut diadakan.

3. Saya bersetuju untuk memaklumkan pihak sekolah sekiranya terdapat apa-apa perubahan kepada kesihatan atau keadaan fizikal anak / jagaan saya sebelum tarikh kegiatan berkenaan. Saya juga telah memastikan bahawa anak / jagaan saya faham, bahawa setiap peraturan dan arahan yang diberikan oleh pihak sekolah dan guru pengiring hendaklah dipatuhi bagi memastikan keselamatannya.

4. Saya memberi kebenaran keada pihak sekolah atau wakilnya memberikan apa-apa pertolongan cemas ke atas anak saya jika didapati perlu.

Sekian , terima kasih.

Yang benar,

.................................................. Penjaga / ibu bapa

31

Page 33: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

Nama : ________________________________ No. K.P : No. Tel : (R ) ..................................................... ( HP ) ........................................

* Potong yang tidak berkenaanLAMPIRAN 4

KEM TAHFIZ AL QURAN

SEK. KEB. TAMAN RELAU

UJIAN BERTULIS

NAMA :……………………………………………..

KUMPULAN : ………………………………………

A. ISIKAN TEMPAT KOSONG DENGAN JAWAPAN YANG BETUL

…………………………….

……………………

………………

…………..

…………………….

…………….

32

Page 34: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

…………………

………………..

………………….

……………………….

B. NOMBORKAN AYAT BERIKUT SUPAYA MENJADI AYAT YANG BETUL

AYAT NO AYAT

33

Page 35: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

C. Nomborkan AYAT-AYAT BERIKUT SUPAYA MENJADI AYAT YANG

BETUL.

AYAT NO AYAT

D. SUSUN KALIMAH DI BAWAH SUPAYA MENJADI AYAT YANG BETUL

34

Page 36: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

.ز.....................................................................................................................................................1

.2.........................................................................................................................................................

3..........................................................................................................................................................

4,...............................................................................................

.

35

Page 37: Kertas Kerja Kem Tahfiz

HBIS 3203

5..........................................................................................................................................................

6.....................................................................................................................

36