kertas kerja guru cemerlang

9
KERTAS KERJA LAWATAN BENCHMARKING INTERAKSI PROFESIONAL DENGAN GURU CEMERLANG 2015 ANJURAN : PELAJAR PPG PJ/PPG BAHASA MALAYSIA PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU IPG KAMPUS RAJANG TARIKH: 13 MAC 2015 HARI : JUMAAT MASA : 0200-0430 PETANG TEMPAT:

Upload: noraini-razali

Post on 14-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

sekadar perkongsian

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Guru Cemerlang

KERTAS KERJA

LAWATAN BENCHMARKING INTERAKSI

PROFESIONAL DENGAN GURU CEMERLANG

2015

ANJURAN :

PELAJAR PPG PJ/PPG BAHASA MALAYSIA

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU

IPG KAMPUS RAJANG

TARIKH:

13 MAC 2015

HARI : JUMAAT

MASA : 0200-0430 PETANG

TEMPAT:

SK.BANDARAN NOMBOR 3, SIBU

1.0 PENGENALAN

Page 2: Kertas Kerja Guru Cemerlang

Program Bina Insan Guru atau BIG adalah komponen pembelajaran yang

wajib dilaksanakan oleh semua guru pelatih bagi memenuhi keperluan sebelum

menjadi seorang guru. Program ini adalah program yang dirancang untuk memenuhi

keperluan Latihan Perguruan Dalam Perkhidmatan dibawah komponen Dinamika

Guru. Program ini menekankan kepada unsur-unsur hidup bermoral sebagai fokus

utama dalam proses pembinaan insan guru yang berpaksikan kepada prinsip rukun

negara. Pembinaan insan guru adalah asas kepada pembentukan masyarakat dan

menjadi kerangka kepada pembentukan negara bangsa. Selain itu, rasional yang

dipegang oleh program ini adalah untuk membina jati diri yang kukuh dan kuat dalam

diri peserta program agar peserta sentiasa memberi sumbangan tanpa meminta

sebarang ganjaran atau bayaran.

Melalui aktiviti Bina Insan Guru ini peserta dapat mengenal jati diri dan mampu

mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi ke arah

membangunkan diri sebagai warga pendidik yang bersemangat dan berilmu

pengetahuan secara berterusan di samping mempunyai kemantapan sahsiah yang

tinggi dan profesionalisme yang unggul dalam menghadapi cabaran pendidikan.

2.0 NAMA PROGRAM

Lawatan Benchmarking Interaksi Dengan Guru Cemerlang.

3.0 TUJUAN

Tujuan “Lawatan Benchmarking Interaksi Propesional

dengan “ Guru Cemerlang ” ini adalah untuk:

3.1 Mendedahkan kepada guru mengenai inovasi pedagogi

Guru Cemerlang.

3.2 Mendedahkan amalan pengajaran Guru Cemerlang

kepada pelajar.

3.3 Memupuk dan menanamkan ciri-ciri profesionalisma dan

komitmen Guru Cemerlang dalam diri pelajar.

3.4 Mengalakkan kerjasama di kalangan pelajar.

3.5 Memupuk para guru supaya lebih berfikiran positif dan

bermotivasi dalam bidang keguruan sepanjang hayat.

Page 3: Kertas Kerja Guru Cemerlang

.

4.0OBJEKTIF

Objektif program “Lawatan Benchmarking Interaksi Dengan Guru Cemerlang “ ini

adalah untuk :

4.1 Melaksanakan Bina Insan Guru (BIG).

4.2 Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama, dan

bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan secara

berkumpulan di kalangan pelajar.

4.3 Membina hubungan baik dengan pihak lain seperti

sekolah.

4.4 Memupuk kemahiran pengurusan diri dan kumpulan.

4.5 Memupuk kemahiran membuat keputusan dan

menyelesaikan masalah.

4.6 Mengenali dan menilai potensi diri insan guru.

4.7 Menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dan hidup

berbakti.

4.8 Memahami realiti dan tanggungjawab sebagai seorang

guru.

5.0KUMPULAN SASARAN

5.1 Guru (1)

5.2 Pelajar PPG PJ /BAHASA MALAYSIA

6.0 ANJURAN

Pelajar PPG PJ/BAHASA MALAYSIA/MATEMATIK

7.0 TARIKH

13 mac 2015

8.0 AHLI JAWATANKUASA

Sila rujuk Lampiran A

Page 4: Kertas Kerja Guru Cemerlang

9.0 TENTATIF PROGRAM

Sila rujuk Lampiran B

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sila rujuk Lampiran C

11.0 PENUTUP

Sebagai penutup program ini diharapkan dapat mencapai objektif yang telah di

pelajar juga dapat membina keyakinan diri serta dapat menggunakan pengalaman

sepanjang menyertai program ini semasa berada disekolah kelak. Apa yang penting

,para pelajar dapat lebih mendisplinkan diri serta menjadi lebih bermotivasi dalam

meneruskan pengajian untuk menjadi seorang guru.

Disediakan oleh:

………………………………

( JAMILAH BINTI RAJLI )

PPG PJ AMBILAN JUN 2011

Page 5: Kertas Kerja Guru Cemerlang

Lampiran A

Penaung : Pengarah IPG Kampus Rajang

Pengerusi : Timbalan Pengarah IPG Kampus Rajang

Timb. Pengerusi : Ketua Jabatan Kajian Sosial

Mentor : Pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani

Pengerusi : Abdul Latip Bin Saugan

Naib Pengerusi : Shahari Bin Hipni

Setiausaha : Hii Ing Yue

Tiong Ing Chiong

Bendahari : Zalizan Binti Ismail

JAWATANKUASA KERJA

JURU ACARA : Ahmad Bin Lili

JK MAKANAN : Tie Hieng Tuong

JK KESELAMATAN : Jameri Bin Jais

JK CENDERAHATI : Tuen Ak. Bague

JK DOKUMENTASI : Jonathan Suin

JK PELAPORAN : Jamilah Bt. Rajli

Tugasan:

1. Mengenalpasti pihak terlibat dan serah surat.

2. Mengumpul peralatan lain yang diperlukan.

3. Menyediakan jamuan ringan( jika perlu)

4. Bertanggungjawab sepenuhnya dalam program lawatan Benchmarking Guru

cemerlang.

Page 6: Kertas Kerja Guru Cemerlang

Lampiran B

TENTATIP PROGRAM LAWATAN BENCHMARKING GURU

CEMERLANG.

Masa Acara

0130 Pelajar PPG bertolak ke SK.Bandaran Nombor 3.

Tiba di sekolah SMK Kolombong

Ucapan alu-aluan oleh Pengetua Smk kolombong

Ceramah oleh guru Cemerlang.

1) Inovasi Pedagogi guru Cemerlang.

2) Amalan Pengajaran dan Pembelajaran Guru

Cemerlang

3) Ciri-ciri Profesionalisme dan komitmen Guru

Cemerlang

Lawatan bahan pengajaran dan pembelajaran

Guru Cemerlang.

Majlis penutupan

1) Penyampaian Cenderahati oleh wakil

Pelajar PPG PJ/PPG Bahasa Malaysia

04.30 ptg Pelajar PPG PJK bersurai.

Page 7: Kertas Kerja Guru Cemerlang

Lampiran C

ANGGARAN PERBELANJAAAN PROGRAM BENCHMARKING GURU

CEMERLANG.

Bil Perkara Kuantiti Jumlah

1 Cenderahati 1 RM 50

2 Pencetakan surat-menyurat 1 biji dakwat komputer RM 10

3 Pengurusan makanan 21 orang Rm 5.00 RM 105.00

Jumlah keseluruhan RM 165.00