kertas kerja bola tampar 2015

9
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU PUTEH, WDT 312, 90200 KOTA KINABATANGAN, SABAH KERTAS KERJA PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PERINGKAT BAHAGIAN 2015 Anjuran : PEJABAT PELAJARAN DAERAH KINABATANGAN Tarikh : 16 April & 17 April 2015 Tempat : Gelanggang Bola Tampar, SK Batu Puteh, Kinabatangan KERTAS KERJA PENGELOLAAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR TERTUTUP(SISTEM SEPARUH LIGA). 1.0 PENGENALAN Bola Tampar merupakan suatu permainan yang berpotensi untuk dibangunkan sebagai sukan teras Negara. Namun, agak ketandusan bakat muda bagi sukan ini. Menyedari hakikat ini, Pejabat Pelajaran Daerah Kkinabatangan telah mengambil inisiatif untuk mencungkil bakat-bakat muda dengan menganjurkan pertandingan BolaTampar peringkat bahagian 2015. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan murid yang seimbang dari segi aspek Jasmani, Rohani, Emosi, Intelek dan Sosial(JERIS). 2.0 RASIONAL Pertandingan ini adalah atas rasional kegiatan sukan yangmenjadi sebahagian daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan,sokongan dan galakan yang sama sebagaimana juga diberikan kepada keperluan asas yang lain seperti akademik dan kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi kesejahteraan minda dan jasmani. Pertandingan bola tampar ini menyumbang kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat

Upload: mohammad-haziq-bin-mahmood

Post on 16-Jul-2016

1.712 views

Category:

Documents


98 download

DESCRIPTION

kertas kerja pertandingan bola tampar

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Bola Tampar 2015

 

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU PUTEH, WDT 312, 90200 KOTA KINABATANGAN, SABAH

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR PERINGKAT BAHAGIAN 2015 Anjuran :PEJABAT PELAJARAN DAERAH KINABATANGAN

Tarikh :16 April & 17 April 2015

Tempat :Gelanggang Bola Tampar, SK Batu Puteh, Kinabatangan

KERTAS KERJA PENGELOLAAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR TERTUTUP(SISTEM SEPARUH LIGA).

 1.0 PENGENALAN

Bola Tampar merupakan suatu permainan yang berpotensi untuk dibangunkan

sebagai sukan teras Negara. Namun, agak ketandusan bakat muda bagi sukan ini.

Menyedari hakikat ini, Pejabat Pelajaran Daerah Kkinabatangan telah mengambil inisiatif

untuk mencungkil bakat-bakat muda dengan menganjurkan pertandingan BolaTampar

peringkat bahagian 2015. Ia dilaksanakan sebagai satu usaha untuk memupuk potensi diri

selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan murid yang seimbang dari

segi aspek Jasmani, Rohani, Emosi, Intelek dan Sosial(JERIS).

2.0 RASIONALPertandingan ini adalah atas rasional kegiatan sukan yangmenjadi sebahagian

daripada transformasi pendidikan yang diusahakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM). Sukan seharusnya mendapat pengiktirafan,sokongan dan galakan yang sama

sebagaimana juga diberikan kepada keperluan asas yang lain seperti akademik dan

kegiatan kokurikulum supaya dapat melahirkan murid yang seimbang dari segi

kesejahteraan minda dan jasmani. Pertandingan bola tampar ini menyumbang kepada

penggalakan pertandingan yang sihat, semangat muhibah, kesefahaman, toleransi dan

Page 2: Kertas Kerja Bola Tampar 2015

meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberikan satu landasan yang betul dalam

mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepada satu bangsa yang bersatupadu serta

memupuk semangat cinta akan negara.

3.0 MATLAMATMatlamat utama pertandingan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat-bakat

baru dan melahirkan modal insan yang sihat dan cergas melalui penyertaan yang

menyeluruh. Membentuk dan mempunyai pasukan yang berjaya. Membantu mengatasi

masalah disiplin dan mengurangkan masalah obesiti dalam kalangan murid..

Membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh serta memupuk budaya

bersukan. Memenangi mana-mana kejohanan yang disertai melalui kecerdasan dan

ketepatan melakukan kemahiran-kemahiran dalam permainan bola tampar serta menanam

minat pelajar terhadap permainan ini.

4.0 OBJEKTIF1. Mewujudkan suasana gaya hidup sihat di kalangan guru pelatih.

2. Melahirkan warga guru pelatih yang berkebolehan dan seimbang dalam bidang

akademik dan sukan.

3. Memupuk semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan murid.

5.0  KUMPULAN SASARANMurid di Daerah Telupid, Beluran, Sandakan dan Kinabatangan.

6.0  TARIKH DAN HARI16 April 2015 (Khamis) dan 17 April 2015 (Jumaat)

7.0 TEMPATGelanggang Bola Tampar, SK Batu Puteh, Kinabatangan.

8.0 JAWATANKUASA PENGELOLAPensyarah Penasihat : Pn. Choong Sook Khim

Pengerusi :Shamsul Bin Zain

Setiausaha : Nabilah Binti Abdul Rahman

Bendahari : Surizaini Bt Mat Zin

AJK Kecil AJK Peralatan : 

Page 3: Kertas Kerja Bola Tampar 2015

i. Sivah A/L Govindhaswamy

ii. Noor Azura Bt Ahmad 

AJK Hadiah : 

i. Rajeemalarr A/P Muirthyi. 

ii. Gayateri A/P Letchumanan

 AJK Tugas-tugas Khas : 

i. Mohd Fadzli Bin Zakaria

ii. Nur Dalila Asra Bt Hamzah

iii. Ainur Rushaida Binti Roslan 

AJK Persiapan Tempat :

 i. Prema A/P Rajachandram

ii. Raghini A/P Rajendran

 AJK Makanan :

 i. Nabilah Binti Abdul Rahman 

AJK Dokumentasi : 

i. Kishan Raj A/L Gunasekaran

ii. Nurul Fauzan Bt. Mat Noh

AJK Pertandingan :

i. Ramli Bin Ahmad

ii. Kishan Raj A/L Gunasekaran

iii. Sukri Bin Saree

iv. Mohd Fadzli Bin Zakaria

v. Raja Dzirhazmee Raja Mahadzir

9.0 BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

9.1 Pengerusi  Mempengerusikan mesyuarat.

   Merancang dan mengkoordinasi aktiviti persatuan.

  Mengawasi perjalanan undian untuk pemilihan jawatankuasa.

Page 4: Kertas Kerja Bola Tampar 2015

  Menjalankan tugas yang diarah oleh pensyarah penasihat.

 9.2  Naib Pengerusi  Menjalankan tugas pengerusi sewaktu ketiadaannya.

 Membantu pengerusi jika perlu.

 Menjalankan tugas lain yang telah ditetapkan.

9.3 Setiausaha

 Mencatat minit mesyuarat dan kehadiran ahli jawatankuasa.

 

 Menguruskan semua hal surat-menyurat.

 

 Mengemas kini fail dan rekod persatuan.

 

 Mengurus dan mengawal keahlian persatuan.

 

 Menyediakan laporan tahunan persatuan.

 9.4 Penolong Setiausaha

 Membantu tugas-tugas setiausaha.

 9.5 Bendahari

 Mengemas kini urusan kewangan persatuan.

 Memungut yuran persatuan.

 Menguruskan pembelian/pembayaran berdasarkan bil.

 Menyediakan bajet persatuan.

Page 5: Kertas Kerja Bola Tampar 2015

 Menyediakan penyata dan laporan kewangan persatuan.

Ahli Jawatankuasa KecilJ a w a t a n k u a s a P e r a l a t a n

 

Menyediakan alatan dan membantu jawatan kuasa pertandingan

 

memeriksa alatan dan memastikan mengikut spesifikasi.

 

Menyediakan segala keperluan berkaitan teknikal bagimelicinkan perlaksanaan program.

 

Mengemas kini alatan dan mengawal pergerakan alatan.

 

Bertanggungjawab terhadap peralatan yang digunakan semasa sesuatu aktivitiatau projek

dilaksanakan.

J a w a t a n k u a s a T u g a s - t u g a s K h a s

 Menyediakan dan mengedarkan poster, banner dan borang penyertaanpasukan.

 

 Membuat hebahan dan pengiklanan berkenaan dengan pertandingan

 

 Membantu jawatankuasa yang lain sekiranya perlu.

 J a w a t a n k u a s a P e r s i a p a n t e m p a t

 

Menyediakan tempat pertandingan padang dan gelanggang.

 

Menempah tempat pertandingan.

 

Page 6: Kertas Kerja Bola Tampar 2015

Memastikan tempat pertandingan dalam keadaan bersih sebelum dan selepaspertandingan

dijalankan.

J a w a t a n k u a s a   M a k a n a n

 Memastikan menu makanan yang akan disediakan

 

 Menyediakan air mineral kepada para pengadil, pihak penganjur dan peserta

 J a w a t a n k u a s a D o k u m e n t a s i

 Mengambil gambar-gambar penting dan serahkannya kepada s/usahakejohanan untuk

didokumentasikan.

 Menyediakan laporan apabila kejohanan selesai.

a w a t a n k u a s a   P e r t a n d i n g a n  

-

 Memastikan perlawanan berlangsung mengikut jadual

 Memastikan perlawanan berlangsung tanpa sebarang masalah yang bolehdipertikai

 Membuat satu jadual tugasan pengadil di setiap perlawanan

 Memastikan para pengadil mencukupi dan bersedia di setiap perlawanan

 Menerima borang pendaftaran yang lengkap diisi.

 Menyemak senarai nama dan kad matrik pemain semasa pendaftaran.

 

Mengasingkan borang mengikut kategori dan kumpulan masing-masing.

10.0 PENAJA UTAMAPEJABAT PELAJARAN DAERAH KINABATANGAN

Page 7: Kertas Kerja Bola Tampar 2015

11.0 KEWANGAN Sila rujuk lampiran (1)a dan (1)b

12.0 PENUTUPPihak penganjur mengharapkan agar pihak pengurusan dan pentadbiran Pejabat

Pelajaran Daerah Kinabatangan meluluskan kertas kerja ini agar segala yang dirancang

dapat diteruskan bagi memberi manfaat kepada murid. Pihak kami juga menyokong dan

bantuan daripada semua pihak supaya program ini dapat dijalankan dengan sempurna dan

mencapai objektif yang disasarkan.

13.0 TANDATANGANDisediakan oleh:

.........................................

(Mohammad Haziq bin Mahmood)

Setiausaha Penganjur Pertandingan Bola Tampar.

PERATURAN DAN SYARAT PERTANDINGAN BOLA TAMPAR BAHAGIAN SANDAKAN, TELUPID, BELURAN DAN KINABATANGAN 2015.

1.0.  NAMA PERTANDINGANPertandingan Bola Tampar Bahagian Beluran, Telupid, Sandakan & Kinabatangan .

2.0. PENGANJURPejabat Pelajaran Daerah Kinabatangan

3.0.  JENIS PERTANDINGANSistem pertandingan akan dijalankan secara liga.

 

4.0.  PERATURAN PERTANDINGAN Pertandingan ini dijalankan mengikut Peraturan Persatuan BolaTampar

Antarabangsa (FIVB) mengikut kehendak pihak pengelola kejohanan.

  Semua keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa Teknikal danPertandingan adalah

muktamad.

  Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan oleh jawatankuasa Teknikal dan

pertandingan.

Page 8: Kertas Kerja Bola Tampar 2015

 4.1.  ACARA PERTANDINGANI. Bola Tampar Sekolah Rendah (Lelaki & Perempuan)

II. Bola Tampar Sekolah Menengah Bawah 15 (Lelaki & Perempuan)

III. Bola Tampar Sekolah Menengah Bawah 18 (Lelaki & Perempuan)

4.2.  PENDAFTARAN PESERTASila rujuk lampiran (4)

Bilangan penyertaan pemain bagi setiap pasukan adalah 12 orang pemain.

Setiap pemain perlu didaftar mengikut nombor jersi bagi mengelakkan sebarang

kekeliruan semasa pendaftaran.

Pendaftaran Pemain hendaklah menggunakan borang khas iaitu Borang Daftar

Pasukan Bola Tampar yang disertakan.

Semua pelajar yang terlibat hendaklah membawa Kad Pengenalan / Mykid, dan ia

hendaklah diserahkan kepada jawatankuasa pengelola pertandingan sebelum

pertandingan dimulakan .

Pihak jawatankuasa pengelola pertandingan berhak membatalkan mana-mana

pasukan yang melanggar atau tidak mematuhi syarat-syarat di atas.

4.3.  PENGESAHAN PESERTA-PESERTA Terbuka kepada murid wakil bagi setiap bahagian.

4.4.  PENARIKAN DIRI SEMASA PERTANDINGAN DIJALANKAN Setiap pasukan tidak dibenarkan menarik diri dari sebarang perlawanan. Jika iainya

berlaku, pasukan berkenaan adalah dianggap menarik diri dari keseluruhan

pertandingan dan tidak dibenarkan menyertai pertandingan seterusnya.

5.0  UNDANG-UNDANG PERMAINAN Sila rujuk Lampiran (2)

6.0 PAKAIAN Setiap pasukan hendaklah memakai pakaian seragam iaitu baju jersi dan seluar

sukan kecuali libero.

Setiap pasukan perlu menyediakan 2 set jersi yang berlainan warna dan

mempunyai nombor di bahagian depan dan belakang yang sesuai untuk

pertandingan bola tampar. Saiz pada nombor adalah berbeza. Nombor di belakang

hendaklah berukuran 20sm dan lebar 2sm manakala di hadapan 15sm x 2sm lebar.

Page 9: Kertas Kerja Bola Tampar 2015

Pasukan yang tidak memakai pakaian seragam tidak dibenarkanmenyertai

pertandingan ini.

7.0 PERALATAN PESERTA Bagi peralatan setiap pasukan perlu menyediakan 2 biji bola Mikasa untuk

pertandingan (Tournament Ball) Biru/Kuning.

8.0 PENGADIL Pengadil akan disediakan oleh pihak jawatankuasa pertandingan. Setiap pasukan

perlu menyediakan 2 orang penjaga garisan dikalangan pemain.

9.0  SISTEM PERTANDINGAN Liga

10.0 BANTAHAN Sebarang bantahan hendaklah dibuat 30 minit selepas perlawanan berkenaan tamat

dengan wang cagaran sebanyak RM300.00 secara bertulis.

Wang cagaran akan dipulangkan semula sekiranya bantahan berjaya.

Panel bantahan akan di diwakili oleh jawatankuasa penganjur dan tiga(3)orang wakil

berkecuali yang akan ditentukan sendiri oleh pihak penganjur.