kertas kerja big5 bengkel pengurusan pendidikan
TRANSCRIPT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS KENT TUARAN, SABAH
KERTAS KERJA BENGKEL PENGURUSAN PENDIDIKAN
BINA INSAN GURU FASA LIMA PISMP IPGM SEMESTER 5
BAHASA ARAB DAN PENDIDIKAN SENI VISUAL
AMBILAN JANUARI 2007
TARIKH :
25 APRIL 2009 (SABTU)TEMPAT :
BILIK MINI TEATER,IPGM KAMPUS KENT, TUARAN1. PENDAHULUAN
Bina Insan Guru merupakan kursus wajib yang perlu diambil oleh setiap Guru Pelatih yang berada di semua Kampus Institut Pendidikan Guru Malaysia di seluruh negara. Kursus Bina Insan Guru bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester Lima (PISMP) adalah berbentuk bengkel yang mana melibatkan seramai 38 orang Guru Pelatih. Bengkel Pengurusan Pendidikan yang diadakan adalah bagi menjana nilai-nilai keguruan di kalangan guru pelatih yang mana intipati sesi bengkel tersebut adalah ke arah membentuk personaliti seorang pendidik yang bukan sahaja mampu menyalurkan ilmu pengetahuan, malah menyedari hakikat prospek kerjaya sebagai seorang guru. Ini adalah amat penting dalam usaha melahirkan bakal guru yang lengkap dari segi ilmu pengetahuan dan bidang-bidang lain seperti kemahiran terutamanya dalam bidang pengurusan dan pentadbiran.
Untuk memenuhi tuntutan ini, pihak Jawatankuasa Pelaksana yang terdiri daripada Guru Pelatih Unit PISMP IPGM Ambilan Januari 2007 amat komited untuk mengadakan sesi bengkel Bina Insan Guru Fasa Kelima berdasarkan panduan kursus yang perlu dipenuhi. Kursus ini diadakan sesuai dengan prospek kerjaya keguruan untuk memperolehi gambaran awal sebelum ditempatkan dimana-mana sekolah di seluruh negara. Hal ini adalah bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang perkembangan kemahiran latihan di kalangan guru pelatih.
Dalam hal ini, antara pendedahan yang akan dilaksanakan semasa sesi bengkel tersebut adalah seperti guru dan perundangan, mandat, Akta 550 (1996), Surat Pekeliling Ikhtisas, Pekeliling Perkhidmatan, fungsi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan sektor-sektor serta fungsi dan peranan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) / Zon / Bahagian dan PKG. Bengkel ini amat sesuai diadakan menyedari bahawa bakal guru akan berhadapan dengan perkara-perkara seperti yang telah disenaraikan diatas apabila berada di sekolah kelak.2. OBJEKTIF
Selepas Bengkel Pengurusan Pendidikan ini para pelatih akan dapat :
1. Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah dan situasi komplek untuk membuat keputusan yang jitu dan menyelesaikan masalah serta berupaya berfikir secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan.2. Menunjukkan kecaknaan terhadap kepentingan perkhidmatan kepada komuniti.
3. Bertindak balas secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza dan mengembangkan kemahiran berkomunikasi dalam kepelbagaian budaya.
4. Menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan.
5. Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.
6. Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial. Mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama erat dengan komuniti pendidikan.3. MATLAMAT
1. Melengkapkan guru pelatih dengan pengetahuan dan kemahiran berhubung komuniti pendidikan.
2. Memberikan pengalaman dan pendedahan kepada semua guru pelatih berkenaan cara-cara untuk melakukan sesuatu urusan setelah memahami fungsi-fungsi sektor-sektor tertentu.3. Memupuk sikap positif dalam diri dan kumpulan serta menanam nilai-nilai murni seperti bekerjasama, berdisiplin dan bertimbang rasa.
4. Membolehkan guru-guru pelatih mengimbangi kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai konteks di dalam kepelbagaian budaya setempat.
5. Merapatkan hubungan silaturahim dan menghidupkan suasana interaksi dalam kalangan sesama ahli dan juga pensyarah penasihat.
6. Memberi pengalaman kepada pelatih yang terlibat dengan perlaksanaan bengkel ini mengenai cara pengurusan dan pentadbiran sesuatu organisasi berdasarkan peranan masing-masing.
MASA7.00 PAGI 12.00 TENGAH HARI
TARIKH21 FEBRUARI 2009
TEMPATBAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN (BTP), PENAMPANG
JADUAL BENGKEL PENGURUSAN PENDIDIKAN BINA INSAN GURU FASA LIMA UNIT PISMP IPGM AMBILAN JANUARI 2007TARIKHMASAAKTIVITI
21 FEB 20097.30 8.30SESI 1
GURU DAN PERUNDANGAN
9.00 10.00
10.00 10.30SESI 2
AKTA 550 (1996) AKTA PELAJARANREHAT
11.00 12.00SESI 3
FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI (JPN) DAN PUSAT KEGIATAN GURU (PKG)
AHLI JAWATANKUASA INDUK BINA INSAN GURU PISMP-IPGM SEMESTER LIMA IPGM KAMPUS KENT, TUARANPENAUNG
PUAN MARY TERESA KINAJIL
PENGARAH
IPGM KAMPUS KENT, TUARAN
TIMBALAN PENAUNG
ENCIK ROMLI BIN DARUS
TIMBALAN PENGARAH
IPGM KAMPUS KENT, TUARAN
SETIAUSAHA
ENCIK AMIDY MALAGOB
KETUA JABATAN
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
PENYELARAS PROGRAM BINA INSAN GURU
ENCIK MOHAMAD FAUZI BIN HASSAN
KETUA UNIT KEBAJIKAN
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR
BENDAHARI
PUAN ASNAELY BINTI SAFAR RUDIN
PEGAWAI EKSEKUTIF
TUTOR
ENCIK KAMARULZAMAN BIN IDERIS
PUAN NOOR SALAWATI BINTI ABU BAKAR
ENCIK JONTIRI KOLOIYO
ENCIK MOHD SAWARI BIN RAHIMAHLI JAWATANKUASA PELAKSANA BENGKEL PENGURUSAN PENDIDIKAN BINA INSAN GURU FASA LIMA PISMP IPGM BAHASA ARAB DAN PENDIDIKAN SENI VISUAL AMBILAN JANUARI 2007
4. KEWANGANAnggaran Perbelanjaan
BILPERKARAPERBELANJAAN
1Sarapan PagiRM4 X 44 Orang = RM176.00
2Minum Pagi RM3 X 44 Orang = RM132.00
3Makan TengahariRM5 X 44 Orang =RM220.00
Jumlah RM528.00
5. PENGANGKUTAN Menggunakan Bas Institut Perguruan Kent.
6. PERALATAN
BILPERKARAUNITKUANTITICATATAN
1Kertas SijilKeping100Stor
2PendentKeping2Stor
3Kertas MahjongKeping30Stor
4Peralatan TulisKontena3Stor
5Kertas A4Rim3Stor
6Air MineralKotak3Stor
7Sticker SijilKeping100Stor
8RibenGulung 1Stor
9Glossy paperHelai 30Stor
10FailKeping44Stor
11Plastik sampahBungkus2Stor
7. PENUTUP
Dengan ini, saya berharap agar program yang dirancang akan dapat dilaksanakan dengan baik dan memberikan pengalaman dan pengetahuan baru kepada guru pelatih. Komitmen dan kerjasama menyeluruh daripada semua pihak amat diperlukan untuk memastikan program ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Segala kerjasama yang dihulurkan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian. Terima kasih.
8. PERAKUAN
Sokongan Jawatan Tandatangan
Disediakan oleh :
ALVIN SAPUNTarikh : ______________Setiausaha
Bengkel Bina Insan Guru Fasa 5 PISMP IPGM SEM 5___________________
Semakan oleh :
USTAZ NIK HASSAN SEMANTarikh : ______________TutorBengkel Bina Insan Guru Fasa 5 PISMP IPGM SEM 5___________________
Disokong oleh :
EN. AMIDY MALAGOBTarikh : ______________
Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP)
IPGM Kampus Kent ,Tuaran Sabah___________________
Diluluskan oleh :
PUAN MARY TERESA KINAJILTarikh : _____________Pengarah
IPGM Kampus Kent, Tuaran Sabah___________________
PENGERUSI
MUHAMAD FADZLI BIN YASIN
AJK PROTOKOL
NURSYZWANI BTE AWG BESAR
NORHAYATI BTE KALING
FARIZAH BTE HAMID
JANIFAH JANUWI
AJK SIJIL DAN CENDERAHATI
SUSAN SAILIN
ROSLIANNA BILY @ SYLVESTER
NURUL HASYIMA BTE SAMSIMON
AZLINA BTE ABD LATEH
AJK PERSIAPAN DEWAN
NAZIM BIN JUHARI
MOHD SHAH RIZAL BIN MOHD JASRIN
NURSALAM BIN SALIM
AJK PENGANGKUTAN
RENNO MARIO LIWAS
NORANIZA BTE ABU HAMSIN
MUHD FAIZ BIN JAMALUDDIN
AJK BUKU PROGRAM
NURUL NORASHIKIN BTE MOHAMAD
SHIFAHATUL HIDAYAH BTE SHAFIE
ROSMIZA BTE RAHIM
AJK DOKUMENTASI
IAN BIN JUNIL
SABIRUN BIN RUBIN
SITI AISHAH BTE MAT TAU HIT
AJK KEBERSIHAN
AWGKU MOHD AZMI BIN AWGKU JIAR
AZLIZUAN BIN HARIS
MOHAMAD HANAFIAH BIN RAPLIS
SAMSON BIN UDJIAN
AJK KESELAMATAN
NOORATIHAH BTE BASIR
NOORAZWANIZA
AJK MAKANAN
NADHIRAH BTE CHE SEMAN
ZABARIAH BTE SAINI
SITI NADZIRAH BTE ZAINOL
AJK PERALATAN
MOHD. DAUD BIN AHMAD SABARI
MUHAMAD HANIF BIN ABDUL KARIM
MUHAMAD IHSAN BIN FAUZI
MUHAMAD ASYRAF BIN MUHD NASIR
MUHAMAD FAIZ BIN ABDUL RAZAK
AHLI-AHLI JAWATANKUASA
PENOLONG SETIAUSAHA
AWANGKU AZWAN BIN PENGIRAN ALI
SETIAUSAHA
ALVIN SAPUN
TIMBALAN PENGERUSI
SHEENA SHEERY A. GOM