kertas cadangan kajian tindakan “program kelas intervensi awal membaca dan menulis”(kia2m)

8
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN 1.0 Nama dan alamat penuh organisasi Sk.Kitapol, Peti surat 594, 89208,Tuaran Sabah. 2.0 Nama Aily Binti Dusup 3.0 Tajuk kajian “Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis”(KIA2M) Membantu murid menguasai kemahiran asas membaca dan menulis Bahasa Melayu di kalangan murid tahun 1. 4.0 Refleksi Masalah Kajian ini dibuat supaya murid dapat menguasai kemahiran asas membaca dan menulis,mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan sendiri serta meningkatkan keyakinan diri dan berminat untuk belajar. Untuk menentukan samada pelajar tersebut dikelaskan untuk masuk Program ini : Antara masalah yang dikenalpasti punca kelemahan murid menguasai kemahiran Menulis dan membaca ialah: a) Tidak menguasai suku kata tertutup b) Tidak boleh membaca dan menulis huruf

Upload: losinin-johalin

Post on 27-Jul-2015

574 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan kajian Tindakan “Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis”(KIA2M)

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

1.0 Nama dan alamat penuh organisasi

Sk.Kitapol,Peti surat 594,89208,Tuaran Sabah.

2.0 Nama

Aily Binti Dusup

3.0 Tajuk kajian

“Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis”(KIA2M)Membantu murid menguasai kemahiran asas membaca dan menulis Bahasa Melayu di kalangan murid tahun 1.

4.0 Refleksi Masalah

Kajian ini dibuat supaya murid dapat menguasai kemahiran asas membaca dan menulis,mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap kebolehan sendiri serta meningkatkan keyakinan diri dan berminat untuk belajar.Untuk menentukan samada pelajar tersebut dikelaskan untuk masuk Program ini :

Antara masalah yang dikenalpasti punca kelemahan murid menguasai kemahiran

Menulis dan membaca ialah:

a) Tidak menguasai suku kata tertutup b) Tidak boleh membaca dan menulis hurufc) Tidak boleh membatang suku kata d) Tidak boleh membaca suku kata terbuka yang mudah jika tidak dibantu

Page 2: Kertas Cadangan kajian Tindakan “Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis”(KIA2M)

5.0 Fokus Kajian

Sehubungan dengan masalah yang telah dikenal pasti ini,maka penyelidik telah memfokuskan kepada aktiviti program ini ,oleh itu diharap dengan memberikan perspektif yang lebih terperinci terhadap permasalahan ini.Sekurang-kurangnya dapat membantu meningkatkan penguasaan murid membaca dan menulis.

6.0 Objektif Kajian

6.1 Objektif Am:

i. Mengenalpasti punca kelemahan penguasaan kemahiran membaca dan menulis

ii. Mengenalpasti aspek-aspek kelemahan penguasaan membaca dan menulis

iii. Mengenalpasti tahap keberkesanan program KIA 2M

6.2 Objektif Khusus

Meningkatkan penguasaan murid-murid Tahun 1 dalam proses membaca dan menulis

Dalam Bahasa Melayu.

7.0 Kumpulan Sasaran

2 daripada 7 orang murid Tahun 1, Sk.Kitapol,Tuaran.

8.0 Teknik/Metodologi Kajian

8.1i. Mengenalpasti fenomena yang hendak dikaji

ii. Meramal masalah-masalah yang akan dihadapiiii. Mengenalpasti subjek kajianiv. Olahan hipotesisv. Pengumpulan data (Pemerhatian,catatan dan sorotan sumber-sumber lain)

vi. Analisis vii. Membuat rumusan

Page 3: Kertas Cadangan kajian Tindakan “Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis”(KIA2M)

8.2 Perancangan

i. penyediaan bahan yang bersesuaian yang memenuhi konsep program ini secara sistematik, lebih teliti dan rapi.

8.3 Perlaksanaan Tindakan

i. Soal selidik

Bagi kajian 1 dan 2 soal selidik digunakan untuk mengesan punca-punca

Kelemahan penguasaan kemahiran membaca dan menulis Program KIA 2

ii. Ujian penapisan,pelepasan 1 dan 2,ujian bimbingan.

Bagi persoalan kajian 3 ujian penapisan,pelepasan 1 dan 2 dan ujian bimbingan

Gunakan untuk mengetahui aspek-aspek kelemahan penguasaan kemahiran

Membaca dan menulis oleh pelajar program KIA 2M

iii. Pemerhatian

Semua aspek pemerhatian diambilkira seperti:

a) Respon muridb) Bantuan guru-guru lain untuk membuat penilaian tentang keberkesanan

program.c) Buat sesi bimbingan khas dalam bentuk latih tubi membaca dan menulisd) Pemerhatian berterusan oleh penyelidik bagi memastikan berlakunya

peningkatan penguasaan murid membaca dan menulis semasa dalam pengajaran dan pembelajaran

8.5 Refleksi

Di akhir kajian,penyelidik akan membuat refleksi melalui keputusan ujian yang

Akan dijalankan bagi menentukan keberkesanan kaedah yang telah digunakan

Serta usaha penambahbaikan konsep yang digunakan.Sekiranya keputusan tidak

Memuaskan,maka perlu berusaha lebih untuk mengubah kaedah dalam program

Supaya lebih berkesan.

Page 4: Kertas Cadangan kajian Tindakan “Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis”(KIA2M)

Rasional Kajian

Penglibatan dalam program khas kelas Intervensi Awal membaca dan menulis Bahasa Melayu merupakan satu nilai tambah terhadap kerjasama dari pelbagai pihak.Melaluinya dapat pendedahan terus terhadap permasalahan dan,isu-isu semasa dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah disamping sama-sama mencari jalan penyelesaian yang terbaik serta dapat menghapuskan masalah keciciran dan buta huruf dalam kalangan murid-murid dan rakyat dengan lebih cemerlang

9.0 Anggaran Kes Kajian

BIL JENIS ALATAN/BAHAN JUMLAH KOS

01 Kertas A4 2 rim x RM11.00 RM 22.00

02 Dakwat Printer (Colour) 1 buah x RM75.00 RM 75.00

03 Dakwat Printer ( Black) 1 buah x RM65.00 RM 65.00

04 Markerpen(Whiteboard) 1 kotak x Rm15.00 RM 15.00 05 MountingBoard, kertas warna dan alat tulis RM105.00

JUMLAH RM282.00

Page 5: Kertas Cadangan kajian Tindakan “Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis”(KIA2M)

10.0 Jadual Perlaksanaan Kajian

BIL AKTIVITI TARIKHPERLAKSANAAN

01 Penyediaan Kertas cadangan kajian Awal April

02 Pembentukan Ajk KIA 2M Awal April

03 Ujian pelepasan 1 bagi murid tahun 1 Awal Mei

04 Analisis kelemahan dan kekuatan murid Awal Mei

05 Membina profile perkembangan murid Awal Jun

06 Mesyuarat perbincangan menangani KIA2M dengan ibu bapa murid

Awal Julai

07 Bimbingan bersemuka siri 1(BM,PJK,MU & PS) Pertengahan Julai

08 Bimbingan Bersemuka siri 2 Awal Ogos

09 Program motivasi Murid KIA2M siri 1 Pertengahan Ogos

10 Bimbingan ujian pelepasan KIA2M Awal September

11 Ujian pelepasan 2 KIA2M Pertengahan Sept

12 Pemerhatian dan refleksi Sepanjang Program dijalankan

13 Penyelidikan keberkesanan Bimbingan Bersemuka KIA2M

Awal Oktober

14 Refleksi Kajian Awal Nov

15 Laporan Penuh KIA2M Awal Nov

Page 6: Kertas Cadangan kajian Tindakan “Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis”(KIA2M)

Disahkan oleh

…………………………………….. ………………………………………………..

Guru Besar, Pegawai Teknologi Pendidikan

Sk.Kitapol,Tuaran Pusat Kegiatan Guru,

Daerah Tuaran.

Tarikh : ……………………………… Tarikh:………………………………………

Cop Sekolah Cop Jabatan