intervensi adhd

25
Saturday, 26 April 2014 PROGRAM INTERVENSI 1.0 Pengenalan Intervensi awal didefinisikan sebagai usaha tersusun untuk meningkatkan perkembangan bayi dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat (Fatimah Bivi,2002). Intervensi awal bermaksud memberi perkhidmatan rawatan, pemulihan, bimbingan dan khidmat nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa sebaik sahaja sesuatu kecacatan dikesan atau dikenalpasti dialami oleh kanak-kanak (Kail, 2001). Perkhidmatan ini diberikan seawal mungkin agar kanak-kanak tersebut boleh diberikan bantuan dari aspek bahasa, sosial, emosi dan psikomotor agar perkembangan dalam aspek tersebut dapat diberikan agar tidak ketinggalan terlalu jauh dari aspek

Upload: rozanita-ahmad-fakhri

Post on 08-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Intervensi ADHD

Saturday, 26 April 2014

PROGRAM INTERVENSI

1.0              Pengenalan

Intervensi awal didefinisikan sebagai usaha tersusun untuk

meningkatkan perkembangan bayi dan kanak-kanak yang mengalami tumbesaran lambat

(Fatimah Bivi,2002). Intervensi awal bermaksud memberi perkhidmatan rawatan, pemulihan,

bimbingan dan khidmat nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu bapa sebaik sahaja sesuatu

kecacatan dikesan atau dikenalpasti dialami oleh kanak-kanak (Kail, 2001). Perkhidmatan ini

diberikan seawal mungkin agar kanak-kanak tersebut boleh diberikan bantuan dari aspek

bahasa, sosial, emosi dan psikomotor agar perkembangan dalam aspek tersebut dapat

diberikan agar tidak ketinggalan terlalu jauh dari aspek perkembangan umur dan fizikal

dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang seusia dengan mereka.

Program intervensi awalan bertujuan memberi bantuan kepada ibu bapa untuk

mengambil langkah tertentu supaya pengesanan dan rawatan lebih awal dapat dilakukan  dan

Page 2: Intervensi ADHD

mengurangkan ketidakupayaan, permasalahan atau kecacatan yang dialami oleh individu

berkeperluan khas. Menurut Hallahan Kaufman (2003), kebanyakan pendidik dan ahli sains

sosial percaya bahawa lebih awal kecacatan seseorang individu dikenal pasti dan diberi

program pendidikan yang bersesuaian atau rawatan tertentu, lebih baik penghasilan yang

boleh diperoleh oleh seseorang kanak-kanak berkeperluan khas. Intervensi awal yang intensif

bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan

mengelaknya menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki alam persekolahan.

Kajian-kajian menunjukkan bahawa intervensi awal membawa kesan positif kepada

kanak-kanak kurang upaya dan yang berisiko tinggi dalam jangka masa pendek dan jangka

masa panjang. Di Amerika Syarikat perkhidmatan intervensi awal (3 tahun ke bawah)

diwajibkan untuk kanak-kanak yang mengalami perkembangan lewat dan kanak-kanak

berisiko tinggi (IDEA,1990). Mengapa ia dikatakan penting?

1.1              Intervensi awal memainkan peranan penting dalam melengkapkan kesan kanak-kanak

berkeperluan khas dengan kemahiran asas sebelum mereka masuk ke sekolah rendah.

1.2              Intervensi awal yang komprehensif dan intensif adalah berfaedah kepada keluarga dan

masyarakat. Intervensi awal mempunyai impak yang positif kepada persekitaran terdekat

Page 3: Intervensi ADHD

kanak-kanak berkeperluan khas. Atas sebab itu juga, setiap individu dalam sesebuah

komuniti perlu sedar akan tanggungjawab masing-masing ke atas kanak-kanak berkeperluan

khas (Lerner, 2003).

1.3              Intervensi awal dapat membantu perkembangan pelbagai kebolehan kanak-kanak.

Contohnya seorang kanak-kanak bermasalah pendengaran yang diajar menggunakan bahasa

isyarat secara tidak langsung dapat mempertingkatkan mindanya dan membuka peluang

untuk dia berinteraksi dengan kanak-kanak lain.

1.4              Kejadian masalah lain yang terikat dengan kesukaran awal boleh diatasi melalui

perkhidmatan intervensi awal. Contohnya kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan

tetapi tidak diberi intervensi awal, mungkin mengalami masalah emosi seperti perasaan

kecewa.

1.5              Intervensi awal juga menawarkan penjimatan wang bagi sesebuah masyarakat. Intervensi

awal yang intensif dan berkesan mengurangkan beban penyediaan pendidikan khas pada

peringkat sekolah rendah dan menengah. Bilangan kanak-kanak yang memerlukan

perkhidmatan pendidikan khas mungkin berkurangan.

2.0              Kategori Kanak-Kanak Berisiko Atau Berkeperluan Khas

Page 4: Intervensi ADHD

Kanak-kanak berkeperluan khas sering dikaitkan dengan ketidakupayaan

pembelajaran. Sebenarnya ketidakupayaan pembelajaran bukanlah bermaksud bodoh,

lembab, malas, atau tahap kecerdasan yang rendah. Keadaan ini juga bukanlah berlaku akibat

daripada perbezaan budaya, status sosial, kekangan ekonomi, dan pengaruh persekitaran.

Ketidakupayaan pembelajaran bermaksud masalah khusus di dalam otak kanak-kanak ini,

yang menjejaskan cara seseorang itu memproses dan bertindak balas terhadap sesuatu

maklumat. Terdapat beberapa kategori kanak-kanak berisiko atau berkeperluan khas yang

dikaitkan dengan ketidakupayaan pembelajaran.

2.1              Disleksia – ini adalah ketidakupayaan pembelajaran yang menjadikan kanak-kanak itu sukar

membaca, menulis dan mengeja dalam cara yang biasa.

2.2              ADHD(Attention Defict and Hyperactivity Disorder) – ini adalah satu gangguan yang

menjejaskan keupayaan otak untuk menumpukan atau memfokus kepada sesuatu benda.

Misalnya, seseorang kanak-kanak itu mungkin normal, cerdas dan bijak tetapi dia tidak dapat

menumpukan perhatiannya dan mengawal tingkah lakunya sendiri.

2.3              Dispraksia – ini satu ketidakupayaan pembelajaran yang melibatkan masalah dengan gerakan

anggota tubuh.

Page 5: Intervensi ADHD

2.4              Diskalkulia – satu jenis ketidakupayaan pembelajaran yang melibatkan Matematik dalam

membuat pengiraan. Walaupun berkali-kali diajar dengan cara yang paling mudah, namun

kanak-kanak ini sukar memahaminya.

2.5              Autisme – ini pula merujuk kepada ketidakupayaan kanak-kanak mengalami dunia

persekitarannya seperti kanak-kanak normal yang lain. Mereka sukar bercakap dan berbual-

bual, sebaliknya mendiamkan diri serta memerlukan bantuan untuk berkomunikasi.

2.6              Lembab – Kanak-kanak lembab biasanya tidak dapat mengikuti pelajaran yang diajar oleh

guru yang menggunakan kaedah biasa. Ini kerana mereka tidak dapat memberi tumpuan dan

minat terhadap proses pengajaran dan pembelajaran.

2.7              Terencat akal – Kerencatan akal merujuk kepada kecerdasan akal di bawah kecerdasan

purata. Mereka yang menunjukkan kelambatan dalam perkembangan mental. Mereka sukar

mempelajari kemahiran dan konsep, mengingati mata pelajaran dan menggunakan maklumat

bagi menyelesaikan masalah.

Kategori kanak-kanak seperti contoh di atas sememangnya menghadapi masalah

dalam pembelajaran. Mereka selalunya lambat untuk menerima dan memahami sesuatu

pengajaran. Kanak-kanak ini juga selalunya tidak dapat bergaul dan mengikuti kelas seperti

murid yang normal. Mereka ini perlu diberi perhatian serta pembelajaran yang lebih istimewa

Page 6: Intervensi ADHD

sesuai dengan kemampuan mereka. Oleh itu, program  intervensi awal bagi kanak-kanak ini

perlu bagi membantu mereka dalam perkembangan pelbagai kebolehan dan kemahiran seperti

kanak-kanak normal yang lain.          

3.0              Peranan Ibu Bapa, Guru dan Pihak Pentadbiran Pusat

3.1       Peranan Guru

Guru memainkan peranan penting dengan mengenalpasti murid dalam masalah

pembelajaran agar mereka tidak terus ketinggalan. Guru perlu mendapatkan semua sumber

maklumat yang boleh diperoleh, termasuk ibu bapa, doktor dan persatuan bagi membantu

murid berkenaan. Saringan yang dilakukan oleh guru pada peringkat awal mungkin dapat

membantu murid berkenaan untuk mendapatkan rawatan awal dan seterusnya merancang

kaedah pengajaran dan pembelajaran yang terbaik untuk murid tersebut.

            Perancangan yang sepatutnya perlu dibuat untuk membantu murid menangani situasi

yang yang dihadapinya, merangsang pembelajaran, dan menyediakan persekitaran yang

membolehkan kanak-kanak ini mengamalkan apa yang dipelajarinya. Guru juga perlu

menunjukkan perasaan kasih sayang dan penghormatan terhadap murid tersebut. Mereka

Page 7: Intervensi ADHD

akan berasa bahawa mereka penting dan merupakan komuniti dalam sesuatu sesi

pembelajaran.

3.2       Peranan Ibu Bapa

            Selain guru, ibu bapa adalah individu yang sangat penting dalam kehidupan murid ini.

Jangan sesekali berasa kecewa kerana mempunyai anak yang bermasalah dalam pembelajaran

tetapi perlu bangkit dan berusaha meyakinkan anak-anak mereka bahawa anak-anak ini

mampu berjaya seperti anak-anak normal yang lain. Adalah amat mengecewakan apabila ada

sebilangan ibu bapa yang berasa malu dan cuba menidakkan kehadiran anak mereka ini.

Sepatutnya ibu bapa prihatin dengan anak-anak istimewa dan cubalah berbincang atau

membuat sesuatu untuk masa depan anak-anak mereka seperti berbincang dengan guru

mendapatkan pandangan dan tindakan sewarjarnya boleh dilakukan

3.3       Peranan Pihak Pentadbiran Pusat

            Bagi pihak pentadbiran pusat pula, di bawah program Kementerian Pelajaran

Malaysia telah merangka pelbagai program untuk membantu murid-murid yang menghadapi

masalah pembelajaran. Contohnya program 3M (Membaca, Menulis dan Mengira) telah

Page 8: Intervensi ADHD

diperkenalkan semenjak tahun 1960-an bagi memantapkan usaha membantu kira-kira

100,000 murid sekolah rendah dikenalpasti belum menguasai kemahiran asas membaca,

menulis dan mengira (3M).

            Pada tahun 1983, apabila Kurikulum Bersepadu Sekolah rendah (KBSR)

diperkenalkan, satu usaha telah diwujudkan untuk membantu murid yang tidak dapat

menguasai 3M melalui Program Pemulihan Khas. Bagi memastikan sasaran semua murid

sekolah rendah yang tidak mempunyai masalah kesihatan menguasai kemahiran 3M akhir

Tahap Satu iaitu selepas tamat persekolahan Tahun Tiga. Satu Jawatankuasa Pemulihan Khas

peringkat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah( PPD) dan sekolah bagi

memantau perkembangan pelaksanaannya.

            Pada tahun 2006, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Program

KIA2M (Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis) bagi membantu murid

Tahun 1 menguasai kemahiran asas membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu serta

menangani masalah keciciran murid menguasai kemahiran 2M. Program ini dilakukan dalam

tiga fasa. Selepas ujian penapisan, murid yang gagal dalam ujian akan mengikuti KIA2M fasa

pertama. Selepas itu, akan diadakan pula ujian pelepasan. Murid yang berjaya akan mengikuti

kelas seperti biasa. Murid yang gagal pula akan mengikuti KIA2M fasa kedua. Ujian

Page 9: Intervensi ADHD

pelepasan seterusnya akan dilakukan sekali lagi. Murid yang berjaya dalam ujian itu akan

mengikuti kelas pada tahun berikutnya. Murid yang gagal pula mengikuti kelas pemulihan

khas. Selama empat tahun kelas KIA2M dijalankan namun hasrat untuk melihat pencapaian

murid menguasai kemahiran membaca dan menulis tidak tercapai. Hampir 85,000 murid

tahun satu di negara kita belum menguasai kemahiran 2M.

            Bermula tahun 2010, Program LINUS telah dilaksanakan bagi menggantikan KIA2M

(Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis). Program LINUS adalah singkatan dari

Literacy & Numeracy Screening di mana sasaran Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

menyasarkan bahawa semua murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan

numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012.

            Di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

menyediakan perkhidmatan untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah seperti cacat

fizikal teruk, terencat akal sederhana dan teruk, pelbagai kecacatan dan kecacatan yang tidak

membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pada dasarnya, kurikulum pendikan untuk murid berkeperluan khas masih lagi

mengalami pelbagai kekurangan iaitu daripada guru terlatih dalam bidang pendidikan khas,

Page 10: Intervensi ADHD

kewangan, kemudahan, pakar dan termasuk kurikulum yang sesuai. Di samping itu, belum

lagi wujud program intervensi awal yang teratur dan komprehensif bagi membantu kanak-

kanak istimewa ini sebelum mereka masuk ke alam persekolahan.

Di sini jelaslah menunjukkan bahawa masalah pembelajaran bukanlah satu masalah

yang mudah untuk ditangani, tetapi ia adalah satu masalah yang memerlukan kerjasama dari

banyak pihak untuk memastikan pelajar ini mendapat peluang belajar sebagaimana pelajar

normal yang lain.

Adalah penting untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang lemah dalam

pembelajaran menghantar anak-anak mereka untuk penilaian lanjut. Begitu juga guru-guru

yang mengenalpasti pelajar-pelajar terutamanya mereka yang gagal dalam KIA2M mahupun

LINUS untuk menjalani penilaian lanjut agar diagnosis boleh dilakukan dan mereka

mendapat tempat yang sepatutnya dalam sistem pendidikan.

4.0       Bentuk Pengajaran dan Pembelajaran

Terdapat beberapa bentuk pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk golongan kanak-

kanak  yang mempunyai masalah ini.

4.1       Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M)

Page 11: Intervensi ADHD

Program ini mensasarkan murid-murid yang lambat atau belum menguasai kemahiran

membaca dan menulis. Fokus program ini ialah untuk membolehkan murid menguasai

kemahiran asas Bahasa Melayu.  Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas

kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi

penggabungjalinan.   Strategi pengajaran dan pembelajaran untuk kelas ini melibatkan

beberapa langkah seperti pencalonan, ujian penapisan, perancangan, pengajaran, penilaian

dan tindakan susulan. Strategi pengajaran yang boleh digunakan ialah seperti berpusatkan

guru dan berpusatkan murid. Antara teknik pengajaran yang boleh dilaksanakan ialah seperti

teknik bercerita, teknik latih tubi, teknik tunjuk cara, teknik bersoal jawab, teknik main

peranan dan teknik menyanyi.

4.1.1    Intervensi Berpusatkan Guru

 Pengajaran dan pembelajaran secara berpusatkan guru adalah satu kaedah berkesan

untuk mengawal kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini.Kaedah ini memerlukan guru

memainkan peranan utama dalam sesi pengajaran dan pemulihan. Guru yang menentukan

jenis strategi yang perlu digunakan, model dan  demonstrasi, memberi arahan kepada kanak-

kanak dan memantau kemajuan mereka. Kumpulan kecil yang terdiri daripada murid yang

Page 12: Intervensi ADHD

menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran

menggunakan modul pengajaran yang disediakan.

4.1.2    Intervensi Berpusatkan Pelajar

Intervensi berpusatkan pelajar adalah sesuai untuk pelajar yang berkemampuan

mengawal tingkah laku sendiri. Justeru, pelajar yang boleh mengawal tingkah laku sendiri

dikenal pasti dahulu dan barulah intervensi berpusatkan pelajar dijalankan. Intervensi

berpusatkan pelajar memerlukan pelajar berperanan utama tetapi masih mendapat bimbingan

dalam beberapa perkara oleh guru kelas. Pelajar akan diajar prosedur-prosedur kawalan diri,

menentukan matlamat yang realistik, menangani kekecewaan dan cara mengatasi masalah.

Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu dan membimbing

murid mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu, bantuan daripada rakan sebaya juga

boleh digunakan.

4.2       Bentuk Pengajaran dan Pembelajaran untuk Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran 

Apabila mengajar bahasa kepada golongan kanak-kanak yang mempunyai masalah

pembelajaran atau autistik ini, para guru hendaklah menggunakan beberapa teknik pengajaran

dan pembelajaran khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak tersebut. Di antara langkah-

langkah yang boleh membantu kanak-kanak ini ialah :

Page 13: Intervensi ADHD

 4.2.1    Ajar bahasa di dalam situasi

           Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak

memahami isi pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar.

Contohnya : membantu ayah di gerai.

    4.2.2     Mengikut urutan perkembangan bahasa normal

     Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa

kanak-                                 kanak   mengikut peringkat umur kanak-kanak itu.

            4.3       Bentuk Pengajaran dan Pembelajaran untuk Kanak-kanak

Bermasalah                                 Pendengaran

       Kemudahan pengajaran dan pembelajaran untuk golongan ini

banyak disediakan  oleh kerajaan. Kemudahan ini bertambah dari masa ke semasa selaras

dengan pertambahan golongan bermasalah pendengaran ini di Malaysia. Terdapat beberapa

kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk pelajar yang sebegini. Antaranya ialah:

4.3.1   Bacaan bibir

Bacaan bibir adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran melalui memahami

pertuturan dengan mengikut atau memerhati bibir penutur termasuk memahami dan mentafsir

Page 14: Intervensi ADHD

hinggas ke otot muka dan gerak badan penutur. Bacaan bibir adalah pertuturan tulin atau pure

oral  yang memberi tekanan kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui pertuturan

secara ‘sengaja’. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran melalui bacaan bibir memerlukan

murid –murid bermasalah pendengaran ini bertutur seperti murid-murid biasa. 

Alat bantu pendengaran dapat membantu kanak-kanak ini menguasai bahasa dengan

baik. Sistem ini sesuai untuk kanak-kanak yang mempunyai kemampuan pendengaran antara

40 hingga 65 desibel. Kaedah pengajaran seperti ini boleh berjaya sekiranya usaha dilakukan

berterusan.

           4.3.2      Pertuturan Kiu

              Pengajaran melalui kaedah ini ialah dengan menggunakan sistem

pergerakan    tangan yang  boleh membezakan bunyi-bunyi apabila melihat pergerakan bibir,

contohnya bunyi /p/, /b/, dan /m/ iaitu bunyi fitur disingtif seperti bunyi vokal dan bunyi

nasalisasi (sengau).  Tangan digerak hampir dengan muka penutur bukan merupakan isyarat

tetapi adalah cara untuk menidentifikasikan bunyi-bunyi fitur distingtif.  Penutur

menggunakan salah satu daripada tangan mereka untuk membolehkan pembaca bibir

mengecam dengan jelas setiap suku kata yang dituturkan.

Page 15: Intervensi ADHD

Pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah ini lebih berkesan terhadap murid-murid

yang  hanya mempunyai masalah tahap pendengaran yang sedikit. Kanak-kanak yang

mempunyai masalah pendengaran yang berat agak sukar untuk menguasainya. Melalui

pertuturan kiu murid-murid bermasalah ini berpeluang menguasai bahasa dengan baik.

4.3.3    Komunikasi Seluruh

Kaedah pengajaran dan pembelajaran ini menggunakan keseluruhan bahasa  iaitu

gerakan isyarat, bahasa isyarat, mimik muka, pertuturan, bacaan bibir, ejaan jari, membaca

dan menulis. Komunikasi seluruh membenarkan guru menggunakan apa sahaja untuk

membolehkan murid-murid menguasai bahasa seperti mimik muka, lakonan, pertuturan dan

sebagainya. Untuk menguasai kaedah pengajaran ini secara berkesan, maka guru-guru perlu

menguasai setiap kod bagi mewakili kosa kata bahasa semasa pengajaran. Di samping itu

guru juga perlu memahami prinsip penggunaan kod bagi menggambarkan proses morfologi.

4.3.4       Bahasa Isyarat Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM)

Menurut Abdullah Yusoff (1996) KTBM adalah bahasa isyarat yang menggunakan

seluruh anggota termasuk mimik muka semasa berkomunikasi. KTBM adalah menurut asas-

asas dan tatabahasa serta prinsip-prinsip Bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, murid diajar

dengan menggunakan kod tangan iaitu melalui pergerakan tangan.

Page 16: Intervensi ADHD

4.4       Bentuk Pengajaran dan Pembelajaran untuk Kanak-kanak

Bermasalah              Penglihatan

Guru boleh menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz besar dan sesuai

ataupun bahan audio untuk membantu pembelajaran. Bahan bacaan yang disediakan

hendaklah jelas seperti huruf yang pelbagai warna. Semasa menulis di papan tulis, guru boleh

menyebut secara lisan bahan yang ditulis untuk kemudahan kanak-kanak ini. Guru juga perlu

memberi perhatian kepada susunan bilik darjah dan pastikan kanak-kanak tersebut

ditempatkan berhampiran papan tulis.

5.0       Penutup

Tiada siapa boleh melawan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan atas kejadian

yang berlaku di muka bumi ini. Setiap insan yang dilahirkan menginginkan dirinya dalam

keadaan sempurna dari segi fizikal, mental, emosi dan sosial. Masyarakat hendaklah

memahami bahawa kanak-kanak ini juga mempunyai impian dan cita-cita. Keprihatinan ibu

bapa terhadap mereka akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung dan memberi

semangat untuk mereka terus hidup.  

Page 17: Intervensi ADHD

Kaedah pengajaran yang berkesan merupakan tonggak kejayaan seseorang pelajar.

Jika pelajar merasakan kaedah pengajaran yang diterima adalah berkesan maka ini akan

secara tidak langsung mempengaruhi pencapaian akademik pelajar. Penggunaan kaedah dan

strategi yang pelbagai akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi

ruang untuk membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran

tanpa merasa jemu dan bosan.

Ringkasnya, intervensi awal boleh meningkatkan intelek, meningkatkan

perkembangan fizikal dan meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak berkeperluan khas.

Intervensi awal yang sistematik menghalang kewujudan masalah lain, mengurangkan tekanan

kepada keluarga, dan mengurangkan pembinaan institusi khas. Dengan adanya intervensi

awal yang teratur, keperluan untuk pendidikan khas di peringkat persekolahan dapat

dikurangkan dan ini menjimatkan perbelanjaan negara yang dikhaskan untuk kemudahan

penjagaan, kesihatan dan pendidikan.

 

  RUJUKAN:

Page 18: Intervensi ADHD

Abdullah Yusuff, (1996). Pemaparan Idea Dalam Karangan: Kajian Kes Terhadap Karangan

Pelajar Pekak. Jurnal Dewan Bahasa,40:4,321-336.

Kementerian Pelajaran Malaysia, (1985). Komunikasi Seluruh Bahasa Melayu Kod Tangan.

Jilid 1, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Sharani Ahmad, (2006). Psikologi Kanak-Kanak. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn.

Bhd.

Nordin Tahir. Kanak-kanak Berkeperluan Khas. IPG Kampus Ipoh, Perak.

Salhah Abdullah,(2009). Kecerdasan Pelbagai: Aplikasi dalam Pengajaran dan

Pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Hj. Zulkiply b Hj. Yaakob. Intervensi Awal. IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.

Abd. Rahim Talib,(2006). Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah Pembelajaran. Kuala

Lumpur: MeteorDoc. Sdn. Bhd.

Chua Tee Tee & Koh Boh Boon. 1992. Pendidikan Khas Dan Pemulihan. Kuala Lumpur.

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Salleh Lebar,(1999). Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Kanak-kanak Berkeperluan

Khas Dalam Pendengaran. Serdang. Universiti Putera Malaysia.

Capaian Internet

Page 19: Intervensi ADHD