intervensi ld

Upload: aidil-adrie

Post on 14-Apr-2018

341 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Intervensi Ld

    1/21

    Intervensi Awal Bagi Kanak-kanak Masalah Pembelajaran (PPK 221)

    1

    Pengenalan

    Menurut Lowner (1998), intervensi kanak-kanak masalah pembelajaran merupakan satu

    langkah pencegahan bagi meningkatkan perkembangan kecerdasan dan menghalang

    ketidakupayaan sekunder serta pergantungan kepada orang lain.

    Hanson & Lynch (1989) menyatakan bahawa, intervensi awal diberikan kepada kanak-kanak

    berkeperluan khas sejak lahir hingga berusia 6 tahun adalah penting. Ini terdiri daripada gabungan

    usaha pendidikan, pemakanan, perkembangan kemahiran motor, penjagaan kendiri, interaksi sosial

    dan sokongan keluarga.

    Intervensi awal bertujuan untuk mengurangkan kesan sesuatu kurang upaya kepada pembelajaran dan

    untuk mengelakkan menjadi lebih ketara apabila kanak-kanak memasuki sekolah rendah. Ini

    termasuklah dengan memberikan perkhidmatan awal bagi rawatan, pemulihan, bimbingan, khidmat

    nasihat, gabungan pendidikan, penjagaan diri, interaksi sosial, perkembangan kemahiran motor dan

    sebagainya kepada kanak-kanak dan juga keluarga sebaik sahaja sesuatu kecacatan dapat dikesan.

    Intervensi awal merupakan satu program berstruktur yang sangat kritikal dalam membantu

    mempertingkatkan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas seawal

    umur kelahiran sehingga umur persekolahan. Ia dijalankan dengan berkesan melalui pasukan

    pelbagai disiplin serta turut menyokong kepada keluarga kanak-kanak berkaitan.

    Perkhidmatan intervensi awal juga dijalankan dengan fokus untuk membantu kanak-kanak

    membesar menjadi individu yang produktif dan mampu berdikari, mempertingkatkan

    perkembangan serta pendidikan kanak-kanak dan menjimatkan kos pendidikan, keperluan,

    rehabilitasi dan kesihatan serta mengurangkan perasaan keseorangan yang mungkin boleh

    menimbulkan tekanan dan kekecewaan khususnya dalam kalangan ahli keluarga.

  • 7/29/2019 Intervensi Ld

    2/21

    Intervensi Awal Bagi Kanak-kanak Masalah Pembelajaran (PPK 221)

    2

    Intervensi Awal Untuk Kanak-kanak ADHD

    Ketidakupayaan hiperaktif (Attention Deficit Hyperactivity Disorder, ADHD) merupakan

    salah satu dari ketidakupayaan dalam pembelajaran. Selalunya ibu bapa dan guru

    menggambarkan murid-murid ADHD sebagai murid yang mudah terangsang, lasak, tidak

    mendengar cakap dan hiperaktiviti. Istilah gangguan hiperaktiviti atau kurang tumpuan telah

    digunakan oleh professional dalam bidang perubatan untuk menggambarkan masalah yang

    lebih serius dan berpanjangan pada murid-murid yang mengalami ADHD.

    Menurut American Psichiatric Association (APA) 1994, ADHD adalah tingkah laku

    hiperaktif dan kurang tumpuan yang berlaku secara berulang-ulang atau berterusan. Tingkah

    laku ini berlaku dengan sangat kerap dan dilihat sangat berbeza daripada manusia biasa.

    Selain itu, ADHD juga didefinisikan sebagai satu gangguan yang menjejaskan keupayaan

    otak untuk menumpukan atau memfokuskan terhadap sesuatu benda. Contohnya, seseorang

    murid itu mungkin normal, cerdas dan bijak tetapi tidak dapat menumpukan perhatian dan

    mengawal tingkah laku mereka sendiri.

    Murid-murid yang mengalami masalah ADHD terbahagi kepada beberapa kategori yang

    dapat dikesan oleh oleh guru mahupun ibu bapa. Kategori tersebut ialah kurang tumpuan,

    hiperaktiviti, impulsif dan gabungan tiga kategori tersebut (kurang tumpuan, hiperaktiviti dan

    impulsif). Aktiviti pemulihan bagi murid-murid yang mengalami masalah ADHD boleh

    dilakukan dengan menjalankan intervensi awal. Antara pihak yang terlibat dalam menjayakan

    intervensi awal ini ialah ibu bapa dan juga guru. Akibat daripada tingkah laku yang berbeza

    ditunjukkan oleh kanak-kanak ADHD akan menyebabkan terganggunya proses pembelajaran

    dan pengajaran (P&P). Secara tidak langsung, akan mengganggu kanak-kanak lain untuk

    belajar. Oleh yang demikian, guru perlulah memberi lebih perhatian kepada kanak-kanak

    ADHD semasa dalam aktiviti rutin kelas. Amalan pendidikan untuk kanak-kanak ADHD

  • 7/29/2019 Intervensi Ld

    3/21

    Intervensi Awal Bagi Kanak-kanak Masalah Pembelajaran (PPK 221)

    3

    memerlukan sokongan moral daripada peringkat awal daripada ibu bapa, guru, sokongan

    persekitaran, tingkah laku dan proses P&P.

    Bureau on Learning Disabilities ( BOLD ) telah memberikan 10 prinsip yang boleh

    diamalkan oleh ibu bapa iaitu yang pertama dengan memberikan maklum balas yang serta

    merta kepada anak. Keadaan ini bermaksud sekiranya anak bertanyakan sesuatu misalnya,

    ibu bapa hendaklah dengan segera menjawab persoalan anak-anak agar mereka berasa diri

    mereka dihargai oleh ibu dan bapa mereka. Kedua pula, ibu bapa hendaklah memberikan

    maklum balas yang kerap kepada anak-anak. Keadaan ini bermaksud ibu bapa hendaklah

    memberikan respon atau tindak balas yang kerap kepada anak-anak di mana ibu bapa

    hendaklah banyak meluangkan masa dengan anak. Hal ini adalah bagi memastikan anak

    merasakan bahawa diri mereka diperlukan oleh ibu bapa mereka. Yang ketiga pula ialah hasil

    tingkah laku dikenakan masa yang lebih lama dan lebih berat. Contohnya, jika anak

    melakukan sesuatu tingkah laku yang tidak baik, ibu bapa hendaklah mengenakan denda atau

    dendaan yang lebih lama atau berat agar anak tidak mengulangi kesalahan tersebut lagi.

    Keempat pula ialah gunakan ganjaran terlebih dahulu sebelum menghukum atau mendenda.

    Keadaan ini bermaksud sekiranya anak melakukan tingkah laku yang tidak baik, ibu bapa

    hendaklah menasihati dan berjanji dengan anak untuk memberikan ganjaran sama ada

    membelikan barang permainan baru jika anak tidak mengulangi kesalahannya lagi. Situasi ini

    akan membantu agar anak tidak mengulangi kesalahan itu lagi. Kelima pula ialah ibu bapa

    hendaklah sentiasa tetap dengan keputusannya. Contoh, jika ibu atau bapa memberikan

    dendaan seperti melewatkan waktu makan anak kerana anak tidak mahu menyiapkan kerja

    sekolah, dendaan tersebut hendaklah tetap dilaksanakan walaupun anak menangis sekalipun.

    Hal ini adalah untuk menunjukkan kepada anak betapa perlunya menyiapkan kerja sekolah

    itu dahulu sebelum waktu makan. Keenam pula ialah ibu bapa hendaklah lebih banyak

    bertindak, bukannya bercakap sahaja. Keadaan ini dapat dilihat di mana ibu bapa hendaklah

  • 7/29/2019 Intervensi Ld

    4/21

    Intervensi Awal Bagi Kanak-kanak Masalah Pembelajaran (PPK 221)

    4

    melaksanakan perkara yang telah diperkatakan dan bukan hanya bercakap kosong sahaja.

    Contohnya, anak menyelerakkan buku-buku sekolah di dalam bilik tidur dan ibu atau bapa

    menasihati anak untuk mengemas sendiri buku-buku tersebut, jika tidak ibu atau bapa akan

    melaporkan kepada guru di sekolah. Jika anak tidak juga mendengar kata-kata ibu bapa yang

    tersebut, ibu bapa hendaklah benar-benar memberitahu guru di sekolah untuk menegur

    anaknya. Ketujuh pula ialah ibu bapa hendaklah mengelakkan krisis sebaliknya merancang ke

    depan untuk situasi masalah. Keadaan ini bermaksud ibu bapa hendaklah mengelakkan diri

    daripada konflik dalaman iaitu menyalahkan diri sendiri kerana mempunyai anak ADHD

    ataupun konflik luaran iaitu menyalahkan pihak lain kerana mempunyai anak ADHD. Ibu

    bapa hendaklah lebih fokus ke hadapan iaitu dengan merancang strategi atau kaedah yang

    sepatutnya bagi situasi masalah anak pada masa akan datang. Kelapan pula ialah ibu bapa

    hendaklah sentiasa ingat bahawa anak ADHD tidak dapat lari dari masalah. Oleh yang

    demikian ibu bapa hendaklah memahami keadaan anak mereka dan hendaklah sabar dengan

    karenah anak. Kesembilan pula ialah, ibu bapa hendaklah sentiasa mengingati bahawa ini

    bukan salah anda dan bawa bertenang. Hal ini amat penting supaya ibu bapa dapat

    menjalankan tanggungjawab yang sewajarnya kepada insane mulia ini. Kesepuluh pula ialah

    ibu bapa hendaklah sentiasa bersifat pemaaf dan lenyapkan kemarahan dan kekecewaan

    setiap hari. Hal ini amat penting agar ibu bapa sentiasa bersifat memaafkan kesalahan atau

    tingkah laku keterlaluan anak mereka setiap hari. Ibu bapa hendaklah menerima seadanya

    kurniaan ilahi dan segala kemarahan dan kekecewaan terhadap anak bermasalah

    pembelajaran ADHD ini akan lenyap dari lubuk hati dengan menerima qadak dan qadar

    masing-masnig.

    Selain itu, guru juga merupakan pihak yang sangat penting dalam menjalankan intervensi

    awal bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran ADHD. Oleh yang demikian, maka

    seseorang guru itu perlu mempunyai pengetahuan yang luas tentang murid-murid bermasalah

  • 7/29/2019 Intervensi Ld

    5/21

    Intervensi Awal Bagi Kanak-kanak Masalah Pembelajaran (PPK 221)

    5

    pembelajaran ADHD supaya pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan dengan berkesan.

    Jika seseorang guru itu mempunyai kemahiran mengurus tingkah laku murid-murid ADHD,

    maka ianya dapat memudahkan guru tersebut untuk mengawal dan membentuk tingkah laku

    murid-murid ADHD. Oleh itu, guru perlu bekerjasama dengan ibu bapa bagi menyalurkan

    maklumat-maklumat penting tentang anak mereka bagi menyusun strategi p & p yang

    berkesan.

    Terdapat tiga aspek yang perlu dititikberatkan oleh guru dalam menjayakan intervensi awal

    bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran ADHD iaitu sokongan persekitaran, intervensi

    tingkah laku dan intervensi pengajaran. Sokongan persekitaran ataupun persekitaran

    sekeliling juga turut mempengaruhi proses pembelajaran kanak-kanak bermasalah

    pembelajaran ADHD.

    Misalnya, susunan tempat duduk murid ADHD di dalam kelas hendaklah bebas daripada

    gangguan dimana murid bolehlah diminta agar duduk di barisan hadapan dekat dengan guru

    agar guru boleh memberikan penuh perhatian kepada murid tersebut dan dalam masa yang

    sama agar murid dapat memberikan penuh tumpuan kepada guru. Selain itu, guru juga

    hendaklah menetapkan peraturan kelas yang jelas dan membincangkan jangkaan yang

    diharapkan. Keadaan ini bermaksud, guru hendaklah menetapkan peraturan kelas yang jelas

    kepada murid agar murid lebih jelas dengan arahan yang diberikan dan murid dapat mengikut

    arahan tersebut. Begitu juga, guru hendaklah menyediakan dan mematuhi rutin harian kelas.

    Hal ini adalah kerana dengan mengekalkan kebiasaan aktiviti harian, maka murid-murid akan

    dapat menjangka perkara yang berlaku pada setiap hari. Oleh yang demikian keadaan ini akan

    dapat membantu murid-murid ADHD untuk menyesuaian diri dengan waktu pembelajaran

    dan pengajaran.Sekiranya terdapat sebarang perubahan bagi aktiviti harian yang akan

    dijalankan, maka guru hendaklah mengingatkan murid-murid.

  • 7/29/2019 Intervensi Ld

    6/21

    Intervensi Awal Bagi Kanak-kanak Masalah Pembelajaran (PPK 221)

    6

    Di samping itu, murid-murid ADHD juga boleh belajar sekiranya dibantu oleh sokongan

    persekitaran seperti menyusun pembelajaran dengan menjadikan pembelajaran lebih aktif.

    Guru bukan sahaja boleh menangani masalah kurang tumpuan atau hiperaktif murid-murid

    ADHD dengan baik malah guru juga boleh melibatkan murid-murid dalam pembelajaran

    yang lebih aktif. Contohnya, murid-murid ADHD dapat menyalurkan tingkah laku hiperaktif

    mereka dalam suasana yang sesuai seperti latihan fizikal dan senaman dalam mata pelajaran

    Pendidikan Jasmani. Seterusnya, kaedah yang boleh dilakukan oleh guru iaitu kaedah

    intervensi tingkah laku.

    Guru bolehlah memberikan ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku yang diingini yang

    ditunjukkan oleh murid-murid.Contoh ganjaran adalah seperti mewujudkan satu system

    memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta bintang misalnya adalah satu

    cara yang sesuai untuk membantu murid-murid tersebut supaya berkelakuan dengan lebih

    baik. Contoh pengukuhan pula adalah seperti memberikan pujian sekiranya murid tersebut

    membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan meningkatkan rasa harga diri mereka. Pujian

    yang diberikan haruslah spesifik atau tepat, contohnya tunjukkan bahawa guru berasa

    gembira kerana murid menyiapkan kerja rumah yang diberikan.

    Selain itu, strategi pencegahan pula ialah tindakan guru menghentikan tingkah laku yang

    tidak sesuai ketika baru bermula ataupun ketika masih ringan yang ditunjukkan oleh murid.

    Contohnya guru menasihat atau memarahi murid yang melakukan tingkah laku yang tidak

    diingini supaya murid tidak mengulangi tingkah laku tersebut lagi. Intervensi pengajaran juga

    penting dalam membantu murid-murid ADHD untuk belajar dengan dengan lebih baik.

    Dalam intervensi pengajaran, guru hendaklah memberikan arahan yang jelas, ringkas dan

    lengkap kepada murid. Hal ini kerana arahan yang tidak jelas dan terlalu padat akan

    menyebabkan murid-murid ADHD keliru dan tidak faham dengan arahan yang

  • 7/29/2019 Intervensi Ld

    7/21

    Intervensi Awal Bagi Kanak-kanak Masalah Pembelajaran (PPK 221)

    7

    diberikan.Oleh yang demikian keadaan ini biasanya menyebabkan murid-murid gagal untuk

    menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan oleh guru. Selain itu, apabila memberikan

    arahan, guru juga boleh meminta murid-murid untuk mengulang arahan yang telah diberikan.

    Contohnya, guru bolehlah meminta murid untuk mengulang semula arahan untuk membuat

    latihan yang telah diberikan kepada guru. Keadaan ini adalah bagi memastikan agar murid-

    murid betul-betul faham dengan arahan yang telah diberikan oleh guru.

    Guru juga hendaklah membahagikan tugasan yang kompleks atau besar kepada bahagian-

    bahagian yang lebih kecil. Hal ini adalah kerana murid-murid ADHD tidak boleh menerima

    arahan yang terlalu kompleks dan padat. Oleh yang demikian segala tugasan yang kompleks

    atau besar hendaklah dibahagikan kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil terlebih dahulu

    bagi memastikan murid-murid ADHD memahami arahan yang dihendaki dan dapat

    menyelesaikan tugasan sesuai dengan tahap kemampuan mereka.

    Selain itu, semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku juga, guru hendaklah

    memastikan agar murid memberikan tindak balas yang aktif sepanjang pembelajaran. Dengan

    berlakunya interaksi dua hala berlaku antara guru dan murid-murid akan mengalakkan

    kepada pembelajaran yang lebih aktif dan semua murid-murid hendaklah dipastikan terlibat

    dalam aktiviti pembelajaran. Dalam masa yang sama guru juga hendaklah menggunakan

    pelbagai kaedah sensori seperti kaedah sensori penglihatan dan kaedah sensori pendengaran

    dalam pembelajaran bagi menarik minat dan tumpuan murid-murid ADHD untuk

    menumpukan perhatian. Contohnya dengan menggunakan alat bantu pengajaran seperti

    video, slaid dan komputer.

    Intervensi Awal Untuk Kanak-kanak Autisma

  • 7/29/2019 Intervensi Ld

    8/21

    Intervensi Awal Bagi Kanak-kanak Masalah Pembelajaran (PPK 221)

    8

    Autisma berasal dari bahasa Yunani iaitu autos bermaksud seseorang yang mempunyai

    ketidakupayaan memahami perkara-perkara di sekelilingnya. Secara keseluruhannya, autisma

    ialah keadaan yang menyebabkan seseorang individu menuju ke arah perkembangan yang

    tidak menentu.

    Menurut Hallahan & Kaufman (2000), autisma merupakan satu kecelaruan yang bercirikan

    pengasingan diri, tingkah laku mencederakan diri, masalah kognitif, masalah bahasa dan

    boleh dilihat sebelum berusia 30 bulan. Manakala menurut Persatuan Kebangsaan Autisma

    Malaysia (NASOM) mendefinisikan autisma sebagai satu kekurangan seumur hidup dan

    menampakkan kesannya dalam umur 30 bulan pertama bayi (tidak dapat berhubung secara

    langsung serta mempunyai masalah tingkah laku).

    Kebanyakan kanak-kanak autistik mempunyai kekurangan dalam deria seperti audiotori,

    visual, sentuhan, rasa, vestibular, olfactory (bau) dan deria proprioseptif, yang mana deria ini

    menjadi sama ada hipersensitif ataupun hiposensetif akan menyebabkan mereka mengalami

    gangguan seperti tinnitus (bunyi berdesing di telinga) dan turut akan mengakibatkan mereka

    sukar tumpukan perhatian.

    Autisma merupakan kecacatan perkembangan kekal (pervasive developmental disorder) yang

    melibatkan fungsi otak dan dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan

    kecacatan psikiatris (psychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah

    dengan perhubungan sosial, komunikasi, emosi, minat, aktiviti dan perangai. Autisma juga

    boleh dirawat tetapi tidak dapat dipulihkan. Oleh itu, diagnosis dan intervensi awal amat

    penting bagi perkembangan masa hadapan seseorang kanak-kanak yang menghidapi autisma.

    Proses intervensi bagi kanak-kanak autistik bermula sebaik saja masalah ini dikesan.

    Tumpuan intervensi pada peringkat pemulaan tertumpu kepada rawatan perubatan dan

    pengurusan tingkah laku. Rawatan perubatan yang luas digunakan untuk kanak-kanak autistik

  • 7/29/2019 Intervensi Ld

    9/21

    Intervensi Awal Bagi Kanak-kanak Masalah Pembelajaran (PPK 221)

    9

    adalah penggunaan ubatan Ritalin untuk merawat masalah kurang tumpuan dan hiperaktif.

    Selain itu, pengambilan vitamin B6 bersama magnesium juga dapat membantu meningkatkan

    kesedaran dan tumpuan perhatian kanak-kanak autistik.

    Pengurusan tingkah laku merangkumi pelbagai strategi dan teknik yang digunakan untuk

    menambah atau mengekalkan tingkah laku sasaran (positif) dan mengurang atau menghapus

    tingkah laku sesuai. Di antara teknik yang digunakan adalah seperti pengasingan, time-out,

    shaping, memberi ganjaran dan dendaan. Perkhidmatan intervensi awal sangat penting bagi

    kanak-kanak autistik untuk membantu mengurangkan masalah autistik yang mereka alami.

    Murid yang mengalami autism berpeluang untuk menunjukkan perkembangan terbaik mereka

    dengan bantuan ibu bapa, adik-beradik dan rakan sebaya. Bagi intervensi analisis terapan

    tingkah laku, pendekatan yang berorientasikan intervensi akademik ini melibatkan ahli terapi

    yang berkolaborasi antara satu sama lain selama 20-40 jam seminggu. Murid akan diajar satu

    kemahiran dalam satu-satu masa dan sesi latihan ini dijalankan secara formal dan berstruktur.

    Contohnya, murid diajar untuk mewarnakan gambar dengan menggunakan cara paling

    senang diajar secara langkah demi langkah. Murid diminta untuk menunjukkan warna yang

    betul apabila sesuatu warna itu disebut. Kemudian, kemahiran ini digeneralisasikan dan

    digunakan dalam situasi dan persekitaran yang berbeza.

    Selain rawatan perubatan dan pengurusan tingkah laku, perkhidmatan intervensi awal

    termasuklah melakukan terapi pertuturan terhadap murid yang menghidapi autisma ini.

    Terapi ini boleh dilakukan dalam masa 12 jam sehari. Malah, dapat diintegrasikan semasa

    murid berada di rumah atau di sekolah semasa menjalankan sesuatu aktiviti. Bahasa isyarat

  • 7/29/2019 Intervensi Ld

    10/21

    Intervensi Awal Bagi Kanak-kanak Masalah Pembelajaran (PPK 221)

    10

    juga membantu dalam meningkatkan daya pertuturan. Hal ini berlaku kerana, murid

    mempunyai tahap sensori yang sensitif terhadap pergerakan. Secara tidak lansung,

    pergerakan yang dipelajari dengan menggunakan bahasa isyarat, dapat membantu murid

    dalam perkembangan linguistik mereka. Terapi ini juga dapat melatih murid untuk

    mendengar pelbagai konsonan dan murid dikehendaki berlatih untuk membunyikannya.

    Antara kepentingan terapi pertuturan ini kepada murid autisma ialah dapat melatih murid

    untuk menguasai kemahiran tertentu seperti linguistik. Malah, dapat membantu murid dalam

    menghasilkan bunyi-bunyi bahasa. Di samping, dapat meningkatkan kefungsian kognitif,

    emosi dan sosial individu serta tahap keupayaan mereka. Aktiviti-aktiviti yang boleh

    dilakukan ialah meniup belon, membunyikan vokal dengan panjang, menggerakkan lidah ke

    atas, ke bawah, ke kiri dan ke kanan, membuat senaman muka dan mulut seperti menguap

    dan mengunyah serta latihan meniup wisel dengan nada yang berbeza tahap bunyinya.

    Kanakkanak autism juga boleh dididik melalui program pendidikan yang bersepadu dan

    terancang. Keunikan corak pembelajaran mereka adalah disebabkan kepelbagaian masalah

    lain yang berkait dengan masalah autism itu sendiri seperti masalah tingkah laku, emosi,

    komunikasi, sosial dan kognitif. Bagi mencapai objektif pembelajaran kanak-kanak autisma

    ini, semua pihak yang terlibat terutamanya guru-guru hendaklah mempunyai kerjasama yang

    erat dengan ibu bapa murid. Matlamat utama adalah supaya kemahiran dan pendekatan yang

    diajar di sekolah diteruskan dan diaplikasikan oleh ibu bapa di rumah khusus dalam aspek

    pengurusan tingkah laku. Dalam kebanyakan kes, kanak-kanak yang sudah biasa dengan

    tingkah laku tertentu sukar untuk mengubah atau menghentikan tingkah laku tersebut apabila

    berada di sekolah. Usaha guru untuk mengubah tingkah laku itu tidak akan berjaya sekiranya

    tidak ada kesinambungan usaha tersebut di rumah dengan sokongan ibu bapa dan keluarga.

  • 7/29/2019 Intervensi Ld

    11/21

    Intervensi Awal Bagi Kanak-kanak Masalah Pembelajaran (PPK 221)

    11

    Kanak-kanak autisme yang menunjukkan prestasi yang baik di dalam kelasnya di beri

    peluang untuk meningkatkan lagi keupayaannya melalui Program Pendidikan Inklusif.

    Pelajar ini akan ditempatkan di kelas aliran perdana untuk belajar bersama-sama dengan

    rakan sebaya lain yang normal. Pada peringkat awal, kanak-kanak ini akan ditemani oleh

    guru pembimbing. Guru pembimbing akan membantu dan memantau kanak-kanak ini belajar.

    Kurikulum untuk kanak-kanak autisma adalah sama seperti kanak-kanak berkeperluan khas

    yang lain juga.

    Apabila kanak-kanak ini ditempatkan di dalam kelas Program Pendidikan Khas Integrasi

    (Bermasalah Pembelajaran), mereka akan belajar mengikut Kurikulum Pendidikan Khas yang

    telah ditetapkan dan disediakan oleh Jabatan Pendidikan Khas. Dengan itu juga, guru akan

    menyampaikan pelajarannya mengikut tahap keupayaan seseorang murid dan tidak begitu

    terikat dengan sukatan pelajaran.

    Tambahan pula, intervensi awal seperti terapi cara kerja turut membantu murid yang

    mengalami autism dalam melatih keperluan sensori murid secara keseluruhan. Terapi yang

    dijalankan terhadap mereka merangkumi hipersensitif terhadap bunyi, cahaya, bau, sentuhan

    dan rasa. Dalam latihan ini, integrasi deria boleh dilaksanakan secara serentak dengan

    melibatkan kemahiran motor kasar dan halus. Hal ini berlaku demikian kerana, terapi yang

    melibatkan psikomotor dapat membantu memulihkan konsentrasi dan pergerakan murid

    secara sedikit sebanyak kerana mereka mempunyai kemahiran motor yang terhad.

    Antara latihan yang berpusatkan psikomotor halus ialah dengan melakukan aktiviti meramas,

    merenyuk, mengoyak, menggunting, mencabut ataupun menggaru. Manakala bagi aktiviti

    psikomotor kasar yang dapat dilakukan ialah membaling, berlari, berjalan, menendang,

    melompat ataupun menolak. Bagi latihan imbangan pula, guru boleh membuat aktiviti seperti

    berdiri di atas kerusi, meminta murid membawa buku atas kepala serta berdiri sebelah kaki.

  • 7/29/2019 Intervensi Ld

    12/21

    Intervensi Awal Bagi Kanak-kanak Masalah Pembelajaran (PPK 221)

    12

    Malah, guru juga boleh bermain aktiviti melambung dan menyambut bola dari pelbagai saiz

    serta meminta murid untuk memasukkan jarum ke dalam lubang manik. Aktiviti ini bertujuan

    bagi mengekalkan fungsi normal serta memerlukan pergerakan dan dorongan keseluruhan

    tubuh badan untuk keseimbangan mereka.

    Intervensi lain yang boleh dijalankan kepada murid autism ialah intervensi auditori.

    Intervensi ini dapat membantu murid daripada aspek tingkah laku. Beberapa jenis intervensi

    auditori ialah Berard Auditory Integration Training (Berard AIT/AIT), pendekatan Tomatis

    (terapi pendengaran), program pendengaran dan kaedah SAMONAS (kaedah terapi bunyi).

    Antara aktiviti auditori latihan integrasi ini ialah mendengar muzik yang telah diproses

    selama 10 jam (dilaksanakan selama 2 jam 30 minit sehari dan dijalankan selama 10-12 hari

    sebulan). Latihan ini dapat meningkatkan pemprosesan auditori dengan mengurangkan atau

    menghilangkan sensitiviti murid terhadap bunyi.

    Seterusnya ialah intervensi hubungan. Melalui pembentukan hubungan yang mesra dan sikap

    prihatin yang diberikan oleh ibu bapa dan keluarga terhadap kanak-kanak turut dapat melatih

    murid untuk berinteraksi sesame ahli keluarga. Intervensi ini amat sesuai dalam melatih

    murid yang mempunyai masalah sosial. Latihan ini juga ertujuan untuk membentuk

    hubungan sosial kea rah yang lebih sihat. Kebiasaannya intervensi ini bermula dari rumah

    dan hubungan sosial dimulakan dengan penglibatan ibu bapa terlebih dahulu, kemudian

    disusuli dengan rakan sebaya.

  • 7/29/2019 Intervensi Ld

    13/21

    Intervensi Awal Bagi Kanak-kanak Masalah Pembelajaran (PPK 221)

    13

    Intervensi Awal Untuk Kanak-kanak Disleksia

    Dalam bahagian ini, tiga bahagian utama dijadikan tumpuan untuk menjalankan intervensi

    terhadap kanak-kanak yang menghidapi disleksia, iaitu dari segi akademik, kemahiran motor

    dan kemahiran hidup.

    Rajah di atas menunjukkan jenis kaedah untuk melaksanakan intervensi awal mengikut

    masalah yang dihadapi.

    Akademik

    Pendekatan PengajaranPendekatan ini lebih menumpu kepada peranan guru dalam bilik darjah. Secara umunnya,

    disleksia dapat dibahagikan kepada 3 jenis, disleksia visual, disleksia auditori,disleksia

    visual-auditori. Kedua-dua deria penglihatan dan pendengaran tidak dapat membantu

    mereka menginterpretasikan perkara yang dilihat dan didengarnya (Mohd Zuri Ghani,

    Aznan Che Ahmad, 2011). Oleh itu, pelbagai pendekatan boleh dilaksanakan untuk bantu

    kanak-kanak bermasalah disleksia untuk mengatasi kekurangan penglihatan dan

    pendengaran.

    Akademik

    Pendekatan Pengajaran

    Orton-Gillingham Based

    ASR Technology

    Kemahiran Motor

    Imitation Skills

    Bilateral integration

    SequencingSpatial Awareness

    Sensory Integration

    Kemahiran Hidup

    Setting out

    Targeting a skill

    Establishing stepsPicking rewards

    Setting the stage

    Teaching

    Observing &troubleshooting

  • 7/29/2019 Intervensi Ld

    14/21

    Intervensi Awal Bagi Kanak-kanak Masalah Pembelajaran (PPK 221)

    14

    Susunan Fizikal Dalam KelasTempat duduk kanak-kanak diletakkan dekat dengan guru, supaya guru dapat memberi

    perhatian terhadap kanak-kanak. Kanak-kanak pula menerima faedah apabila mereka lebih

    dekat dengan punca suara semasa guru mengajar di samping dapat melibat pada papan tulis

    ketika guru menulis di atas papan tulis.

    Papan TulisanKanak-kanak bermasalah disleksia perlu dikecualikan untuk menyalin tugasan dari papan

    tulis, sehingga mereka dapat mengatasi masalah diskriminasi visual yang dihadapi. Ini adalah

    disebabkan kerana kanak-kanak bermasalah disleksia menghadapi masalah memindahkan

    maklumat secara vertical (dari papan tulis) kepada horizontal (atas lembaran kerja).

    PembelajaranGuru perlu menetapkan bahan yang perlu dikuasai oleh kanak-kanak. Guru harus peka dan

    memahami kekuatan dan kelemahan kanak-kanak dan menentukan jumlah bahan yang sesuai

    dikuasai dalam sesuatu jangka masa. Oleh itu, kanak-kanak tidak berasa putus asa dan terus

    mewujudkan keyakinan diri untuk terus belajar.

    Seterusnya, guru juga perlu mengajar kanak-kanak dileksia mengenai tanda baca, penulisan

    tarikh dan hari pada lembaran kerja dan sebagainya. Supaya kanak-kanak mempunyai

    kesedaran mengenai peraturan dalam bahasa.

    Lembaran KerjaGuru perlu menyediakan lembaran kerja yang sesuai, misalnya dengan garisan yang lebar

    supaya kanak-kanak disleksia dapat menyiapkan tugasan dalam lembaran kerja yang sesuai.

    Guru turut boleh memberi masa tambahan kepada mereka supaya mereka diberikan masa

  • 7/29/2019 Intervensi Ld

    15/21

    Intervensi Awal Bagi Kanak-kanak Masalah Pembelajaran (PPK 221)

    15

    secukupnya untuk menghabiskan tugasan. Selain itu, guru boleh membuat pertimbangan agar

    kanak-kanak diberikan peluang untuk menjawab secara lisan.

    Tulisan

    Guru perlu mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak disleksia dan memberi

    latihan dan bimbingan yang sesuai. Misalnya jikalau kanak-kanak belum mempunyai

    kemahiran motor yang mantap untuk bermula menulis, guru boleh memberi kanak-kanak

    latihan menyambung titik sebelum mengajar kanak-kanak untuk menulis.

    Orton-Gilligham Based InstructionPendekatan OG merupakan sesuatu pendekatan yang sistematik, berurutan dan menekan

    kepada rangsangan multisensory untuk mengajar kanak-kanak disleksia supaya dapat

    menguasai kemahiran membaca, mengeja dan menulis. (Ritchey & Goeke, 2006; Rose &

    Zirke, 2007). Kemahiran-kemahiran ini dikuasai mengikut hierarki dari bawah (kemahiran

    yang mudah dikuasai) ke atas (kemahiran yang sukar dikuasai). Pendekatan OG memberi

    rangsangan secara menyeluruh, misalnya deria penglihatan, pendengaran dan juga sentuhan

    (Horowitz,2005)

    Increasingvocabularies

    Morphology,roots & affixes

    Phonemic awareness

    Rajah di kiri menunjukkan hierarki yangdipelajari oleh kanak-kanak dari tahap

    mudah kepada tahap sukar.

  • 7/29/2019 Intervensi Ld

    16/21

    Intervensi Awal Bagi Kanak-kanak Masalah Pembelajaran (PPK 221)

    16

    ASR TechnologyASR merupakan sebuah teknologi yang membantu kanak-kanak disleksia untuk mengatasi

    masalah membaca, ia dapat mengesan sebutan semasa kanak-kanak membaca melalui

    mikrofon. Teknologi ini sesuai digunakan dalam kelas yang mempunyai ramai murid. Kanak-

    kanak perlu membaca melalui mikrofon, apabila mereka membaca dengan sebutan yang

    salah, komputer akan memberi tindak balas secara spontan dan membetulkan sebutan

    tersebut. Sebagai contoh, perkataan Aku dibaca sebagai Aki oleh kanak-kanak, dengan

    segera komputer akan membetulkan sebutan ini. Teknologi ini boleh diubahsuai perisiannya

    supaya kanak-kanak juga boleh menguasai dan mempelajari bahasa yang lain.

    Rajah di atas menunjukkan langkah penggunaan teknologi ASR

  • 7/29/2019 Intervensi Ld

    17/21

    Intervensi Awal Bagi Kanak-kanak Masalah Pembelajaran (PPK 221)

    17

    Kemahiran Motor

    Kanak-kanak disleksia turut menghadapi masalah dengan kemahiran motor kasar dan halus.

    Mereka sering mempunyai perkembangan kemahiran motor yang kurang baik berbanding

    kanak-kanak yang sebaya umur.

    Berikut merupakan kaedah-kaedah yang dapat dilakukan untuk membantu kanak-kanak

    disleksia melatih kemahiran motor.

    Imitation SkillsKaedah ini memerlukan guru supaya membuat aksi yang mudah supaya kanak-kanak boleh

    meniru aksi ataupun perbuatan yang ditunjukkan. Guru mula dengan perbuatan aksi yang

    mudah ditiru dan guru mengarahkan murid supaya mengikut aksi yang telah dilakukan.

    Kemudian guru boleh membuat aksi yang lebih sukar dan murid cuba meniru aksi. Misalnya

    dari aksi lompatan setempat, kepada lompatan selang-seli dan sebagainya.

    Bilateral integrationKaedah ini adalah untuk meningkatkan kesedaran penggunaan kedua-dua belah badan dalam

    kalangan kanak-kanak disleksia. Antara peralatan yang digunakan adalah medicine ball,

    trampoline, balancing beam. Alatan ini menggalakkan pergerakan pada belah kanan dan kiri

    badan. Oleh itu, mereka terlatih supaya tidak terlalu cenderung bergantung pada salah satu

    belah badan untuk melakukan segala aktiviti seharian.

    SequencingKaedah ini bantu melatih kanak-kanak untuk melakukan aktiviti mengikut urutan yang

    senang. Guru boleh merancang permainan yang memerlukan beberapa langkah untuk diikuti

  • 7/29/2019 Intervensi Ld

    18/21

    Intervensi Awal Bagi Kanak-kanak Masalah Pembelajaran (PPK 221)

    18

    kanak-kanak. Antara aktiviti yang sesuai dijalankan adalah obstacle course, kanak-kanak

    diminta untuk melepasi beberapa stesen sebelum permainan ditamatkan.

    Spatial Awareness

    Kaedah ini menggalakkan kesedaran kanak-kanak atas ruang dan pergerakan, guru boleh

    menyediakan rintangan yang mempunyai kesempitan ruang yang berbeza, ketinggian yang

    berbeza, supaya kanak-kanak boleh melatih untuk membuat keputusan secara spatial supaya

    menggunakan pergerakan badan yang mana lebih sesuai, misalnya merangkak pada ruang

    yang rendah dan sempit, memanjat pada ruang yang tinggi dan sebagainya.

    Sensory IntegrationRangsangan secara menyeluruh, (audio, visual, sentuhan) juga dapat bantu kanak-kanak

    disleksia untuk meningkatkan kemahiran motor. Guru boleh merancang aktiviti yang

    melibatkan rangsangan deria. Misalnya permainan lagu menjadi penunjuk untuk sesuatu aksi,

    penyalaan lampu menjadi kiu dan sebagainya.

    Kemahiran Hidup

    Barangkali kanak-kanak disleksia turut mengalami masalah dalam kemahiran menguruskan

    diri ataupun dikenali sebagai kemahiran hidup. Misalnya membutangkan baju, mengikat tali

    kasut, menyikat rambut dan sebagainya. Mereka mengalami kekeliruan bahagian kanan dan

    kiri badan.

    Terdapat 1 formula yang disarankan oleh (Baker & Brightman, 2004), mengenai kaedah-

    kaedah yang digunakan untuk memberi intervensi awal terhadap kanak-kanak khas untuk

    meningkatkan kemahiran hidup dalam buku Steps To Independence.

  • 7/29/2019 Intervensi Ld

    19/21

    Intervensi Awal Bagi Kanak-kanak Masalah Pembelajaran (PPK 221)

    19

    Ibu bapa dan guru boleh bersama merancang kemahiran hidup yang mana perlu

    dipertingkatkan supaya intervensi boleh dijalankan serentak di sekolah dan juga di rumah.

    Berikut merupakan langkah-langkah untuk menjalankan intervensi untuk

    meningkatkan kemahiran hidup :

    Pada permulaan, ibu bapa dan guru membincangkankemahiran mengurus diri yang mana memerlukan perhatianyang lebih. Kemudia kedua-dua pihak bekerjasama untukmenentukan kaedah untuk membantu kanak-kanak tersebuatmelatihkan kemahiran di persekitaran rumah dan sekolah.

    S: Settingout

    Kemudian kedua-dua pihak mengenalpasti kelemahan dankekuatan pada kanak-kanak dan merancangkan intervensiuntuk kanak-kanak tersebut.

    T: Targettinga skill

    Langkah-langkah mudah disenaraikan supaya kanak-kanak

    boleh mengikuti arahan dengan mudah. Kemudian kanak-kanak akan mulai didedahkan dengan pengajaran kemahiranhidup tersebut.

    E:

    EstablishingSteps

    "Behaviour that is followed by a reward, is much likely tohappen again". Ibu bapa dan guru yang terlibat perlu memilihganjaran yang sesuai untuk kanak-kanak supaya mereka akanterus berusaha untuk memperbaikan diri.

    P: Picking areward

    Tempat yang dipilih haruslah berkondusif, jauh dari segalagangguan supaya kanak-kanak dapat menumpu kepada

    pengajaran. Jadual yang sesuai perlu dirancang supayatempoh masa pengajaran tidak terlalu lama untuk kanak-kanak.

    S: Settingthe stage

  • 7/29/2019 Intervensi Ld

    20/21

    Intervensi Awal Bagi Kanak-kanak Masalah Pembelajaran (PPK 221)

    20

    Tell me : Arahan yang diberikan kepada kanak-kanakharus jelas dan senang difahami.

    Show me : Demonstrasi dan bimbingan dari awal perluditunjukkan supaya kanak-kanak boleh mengikut.

    Guide me : Lama-kelamaan, pengajar harusmengurangkan bimbingan secara beransur-ansur, supayakanak-kanak dapat mempraktikan secara berdikari.

    T: Teaching

    Selepas pengajaran dijalankan, ibu bapa dan guru perlumemerhatikan sama ada kemajuan pada kanak-kanak.

    Jika kemajuan berlaku: Perlu merancangkankemahiran seterusnya yang perlu dikuasai.

    Jika kemajuan tidak berlaku: Perlu membuatpemerhatian sama ada kanak-kanak telah menguasaikemahiran asas sebelum didedahkan dengan pengajaran,sama ada kanak-kanak mempunyai menumpuan yangcukup, bimbingan yang cukup, peneguhan yang cukupdan sebagainya.

    O: Observe &trouble

    shooting

  • 7/29/2019 Intervensi Ld

    21/21

    Intervensi Awal Bagi Kanak-kanak Masalah Pembelajaran (PPK 221)

    21

    Kesimpulan

    Wolfendale (1997), telah mengemukakan empat tujuan utama intervensi awal. Pertama,

    intervensi awal bertujuan untuk membekalkan sokongan kepada keluarga supaya berupaya

    menyokong perkembangan kanak-kanak. Kedua, intervensi awal adalah untuk meningkatkan

    perkembangan kanak-kanak dalam bidang utama seperti komunikasi dan mobiliti. Ketiga

    adalah untuk meningkatkan keyakinan kanak-kanak, dan keempat adalah untuk mengelakkan

    berlakunya masalah pada masa hadapan. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa intervensi

    awal memainkan peranan yang sangat penting dalam kalangan kanak-kanak berkeperluan

    khas, termasuklah kanak-kanak autistik.

    Program intervensi awal memainkan peranan yang sangat penting bagi kanak-kanak masalah

    pembekajaran terutamanya tempoh umur di antara 0 hingga 6 tahun. Keberkesanan intervensi

    yang dijalankan dan kemajuan terhadap perkembangan kanak-kanak bermasalah ini amat

    bergantung kepada sikap ibu bapa yang positif. Untuk menghasilkan program yang efektif

    kepada kanak-kanak ini, kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat diperlukan seperti

    kolaborasi antara pihak profesional dengan ibu bapa.

    Kolaborasi yang berkesan dapat diwujudkan jika semua pihak yang terlibat mengamalkan

    pemikiran yang terbuka dan mempunyai matlamat yang sama, iaitu memaksimumkan potensi

    dan meminimumkan ketidakupayaan kanak-kanak bermasalah pembelajaran dalam sepanjang

    perjalanan kolaborasi. Tambahan pula, pendidikan untuk semua yang telah diperkenalkan

    perlu sentiasa diingati dalam usaha penyediaan perkhidmatan kepada kanak-kanak

    berkeperluan khas, termasuklah program intervensi awal untuk kanak-kanak ini. Ini adalah

    supaya hak untuk mendapat peluang pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata terjamin,

    terutamanya dalam persekitaran semula jadi.