perbezaan antara kia2m, linus dan penggayaan

Upload: fizah-zasha

Post on 18-Jan-2016

168 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bmm3163 pemulihan

TRANSCRIPT

Perbezaan Antara KIA2M, LINUS dan Penggayaan

Perbezaan Antara KIA2M, LINUS dan Penggayaan

Perbezaan dari segi:Latar belakangMatlamat Strategi

Latar Belakang KIA2MLINUSPenggayaanProgram Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.Menjelang 2012, semua murid berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun persekolahan.

Di bawah pengawasan dan pengurusan Sektor Dasar dan Pembangunan PendidikanPengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan.

Matlamat KIA2MLINUSPenggayaanFokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif.

KIA2M ini akan dijalankan sepenuh masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu.Program ini dijalankan bagi murid yang menghadapi masalah menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Pendekatan bersepadu perlu dilaksanakan bagi mengatasi masalah literasi dan numerasi seawal Tahun 1. Tujuan program pengayaan ialah untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman di samping mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.

Strategi

KIA2MBerpusatkan GuruGuru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.b. Berpusatkan MuridMurid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas.

c. Berpusatkan Bahan

Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan.

LINUSStatus

Wajib dilaksanakan di semua Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Bantuan Kerajaan (Cina dan Tamil) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan

Jadual Waktu

Dilaksanakan dalam waktu Bahasa Malaysia dan Matematik mengikut peruntukan waktu sedia ada. Boleh menggunakan budi bicara pentadbir menjalankan program ini mengikut kesesuaian waktu dan kemudahan sekolah tanpa menjejaskan keberkesanan dan pencapaian matlamat program ini.

Penentuan Murid

Murid Tahap 1 yang dikenalpasti sebagai murid yang tiada masalah pembelajaran akan menduduki ujian LINUS Saringan 1 untuk dinilai tahap penguasaannya.

Setelah menduduki Ujian LINUS murid akan dikategorikan dalam kelompok:

Mendapat markah 10 hingga 60 kategori belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Mendapat markah 0 hingga 9 kategori murid bermasalah (perlu pengesahan Kementerian Kesihatan)

GuruTerdiri dari guru Bahasa Malaysia dan guru Matematik serta dibantu oleh Guru Pemulihan.Guru pemulihan khas perlu ditambah mengikut nisbah murid. Nisbah guru-murid mestilah kecil supaya tumpuan dapat diberikan kepada sasaran (murid).

Guru yang sedia ada (Bahasa Malaysia dan Matematik) yang akan melaksanakan program ini perlu diberikan latihan yang khusus dalam teknik pemulihan dan bimbingan bagi menangani masalah ini.

Penggayaan 1.Kumpulan Mengikut Kebolehan

Kelas dibahagikan kepada tiga kumpulan: cerdas, sederhana dan lambat.Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan menggunakan kemahiran yang sama tetapi kadar kesukaran yangberbeza

2.Aktiviti Pengayaan berjalan serentak dengan aktiviti pemulihan.

Semasa murid-murid cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti pengayaan, murid-murid lambat menjalankan aktiviti pemulihan.

Arahan yang diberikan kepada kumpulan cerdas dan sederhana perlu jelas agar mereka dapat menjalankan aktiviti pengayaan secara individu tanpa bimbingan guru. Guru boleh memberi perhatian atau membantumurid-murid lambat menjalani aktiviti pemulihan.

3.Aktiviti Pengayaan melalui kumpulan pelbagai kebolehan

Murid-murid cerdas akan dilatih membantu murid-murid lambat menjalankanaktiviti pengayaan yang disediakan.

Murid-murid cerdas dapat menambahkan pengalaman memimpin danmemupuk semangat kerjasama antara murid dalam kumpulanmasing-masing.

Cara ini amat sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berlainan dalam masayang sama.Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: kerja projek, permainan danrekreasi dan sebagainya

Sekian, terima kasih