kertas cadangan kajian tindakan kumpulan kalau

10
KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN Sawalin Zakaria - SK Karagasan Ranau Jamian Abdul Halim@Simban – SK Matupang Ranau Rusilin Taran – SK Babalitan Nabawan Mohd Tajuddin Nor Abdul Samad – SK Abaka Tawau Uzair Kee Yahya – SK Serudong Baru Tawau TAJUK Isu Penguasaan Penulisan Huruf Besar dan Huruf Kecil Pelajar Tahap 1 1.1 PENGENALAN Sekolah Kebangsaan Karagasan merupakan sebuah sekolah gred B yang berada di daerah Ranau. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah pedalaman P3 yang mana pelajarnya terdiri daripada sukukaum dusun yang tinggal seitar Kampung Karagasan. Pihak sekolah mengambil berat tentang isu penulisan ini di kalangan pelajar sekolah kerana ia bukan hanya melibatkan matapelajaran Bahasa Malaysia tetapi juga dal matapelajaran yang lain. Oleh yang demikian, Panitia Bahasa Malaysia mengambil langkah untuk mengenalpasti masalah ini dan membuat mengambil langkah atau kaedah bagi mengatasi masalah ini. 1.2 LATARBELAKANG KAJIAN Kajian ini dijalankan terhadap 20 orang murid dari tahun 1,2 dan 3 di Sekolah Kebangsaan Karagasan, Ranau Sabah. Murid-murid dipilih berdasarkan kelemahan yang sama tanpa mengira jantina dan umur. Daripada tinjauan awal Panitia Bahasa Malaysia mendapati isu atau masalah kelemahan murid ini berada di setiap kelas Tahap 1 terdiri

Upload: keez72

Post on 24-Dec-2015

21 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kajian Tindakan

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Cadangan Kajian Tindakan Kumpulan Kalau

KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

Sawalin Zakaria - SK Karagasan Ranau

Jamian Abdul Halim@Simban – SK Matupang Ranau

Rusilin Taran – SK Babalitan Nabawan

Mohd Tajuddin Nor Abdul Samad – SK Abaka Tawau

Uzair Kee Yahya – SK Serudong Baru Tawau

TAJUK

Isu Penguasaan Penulisan Huruf Besar dan Huruf Kecil Pelajar Tahap 1

1.1 PENGENALAN

Sekolah Kebangsaan Karagasan merupakan sebuah sekolah gred B yang berada di daerah Ranau.

Sekolah ini merupakan sebuah sekolah pedalaman P3 yang mana pelajarnya terdiri daripada sukukaum

dusun yang tinggal seitar Kampung Karagasan.

Pihak sekolah mengambil berat tentang isu penulisan ini di kalangan pelajar sekolah kerana ia bukan

hanya melibatkan matapelajaran Bahasa Malaysia tetapi juga dal matapelajaran yang lain. Oleh yang

demikian, Panitia Bahasa Malaysia mengambil langkah untuk mengenalpasti masalah ini dan membuat

mengambil langkah atau kaedah bagi mengatasi masalah ini.

1.2 LATARBELAKANG KAJIAN

Kajian ini dijalankan terhadap 20 orang murid dari tahun 1,2 dan 3 di Sekolah Kebangsaan Karagasan,

Ranau Sabah. Murid-murid dipilih berdasarkan kelemahan yang sama tanpa mengira jantina dan umur.

Daripada tinjauan awal Panitia Bahasa Malaysia mendapati isu atau masalah kelemahan murid ini

berada di setiap kelas Tahap 1 terdiri daripada kelas Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. Data ini didapati

dengan hasil daripada ujian-ujian bulanan berbentuk penulisan yang dijalankan oleh Panitian Bahasa

Malaysia.

Page 2: Kertas Cadangan Kajian Tindakan Kumpulan Kalau

1.3 MASALAH KAJIAN

Berdasarkan data atau maklumat yang didapati dari ujian bulanan bermula bulan Februari ternyata

kelemahan menguasai penulisan huruf besar dan huruf kecil menyumbang kepada pencapaian markah

yang rendah. Pelajar tidak dapat mengenalpasti tentang penggunaan huruf besar dan kecil pada tempat

yang betul. Oleh yang demikian satu tindakan intervensi perlu diambil untuk mengatasi masalah ini agar

murid-murid dapat menggunakan penggunaan huruf besar dan kecil dengan betul dan seterusnya

memperbaiki pencapaian mereka dalam ujian bulanan dan peperiksaan.

1.4 TUJUAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengatasi masalah penggunaan huruf besar dan huruf kecil bagi 20 orang

murid tahap 1.

1.5 OBJEKTIF

Kajian ini dijalankan untuk mencapai objektif berikut:

i. Untuk mengenalpasti factor-faktor yang menyebabkan murid-murid tidak dapat menguasai

penulisan huruf besar dan kecil.

ii. Untuk melaksanakan program intervensi agar dapat membantu 20 orang murid dari tahap 1

menguasai penulisan huruf besar dan huruf kecil.

1.6 PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini akan dapat menjawab persoalan-persoalan tersebut:

i. Apakahfaktor-faktor yang menyebabkan murid-murid tidak dapat menguasai penulisan

huruf besar dan huruf kecil.

ii. Sejauhmanakah program intervensi dapat membantu 20 orang murid menguasaipenulisan

huruf besar dan huruf kecil.

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini diharapkan akan dapat menyelesaikan masalah penguasai penulisan huruf besar dan huruf

kecil di kalangan murid-murid tahap 1. Melalui penguasaan huruf besar dan huruf kecil ini diharap akan

dapat meningkatkan pencapaian markah penulisan murid-murid. Di samping itu diharap juga kaedah

intervensi yang digunakan ini dapat membantu guru-guru mengatasi maslah ini di masa akan datang.

Page 3: Kertas Cadangan Kajian Tindakan Kumpulan Kalau

2.0 TINJAUAN LITERATUR

Menurut Jamilah (1999), program pemulihan dijalankan adalah untuk menampung keperluan murid-

murid di dalam kelas biasa yang menghadapi masalah-masalah seperti masalah pembelajaran dan juga

masalah-masalah yang menghalang pembelajaran seperti masalah peribadi, masalah psikologi dan

kurang kecerdasan. Selain itu murid pemulihan mempunyai ciri-ciri seperti lambat menguasai sesuatu

kemahiran yang diajar adalah kemahiran lisan, bacaan mahunpun penulisan, kerap kali lupa akan

perkara-perkara yang telah diajar, tidak menunjukkan minat kepada aktiviti-aktiviti pembelajaran serta

lemah pengamatan, penglihatan dan pendengaran. Menurut Abdul Rasid dan Zukafli (2008), masalah

menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata

pelajaran Bahasa melayu adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya Tulisan Rojan menjadi

terlalu halus dan sukar untuk dibaca kerana kesilapannya dalam teknik memagang alat tulisndan juga

postur badan yang kurang betul.

Menerusi pembacaan saya terhadap artikel yang ditulis oleh Ahmad Durani Bin Suip (2010) dalam artikel

yang bertajuk Memperbaiki Kekemasan Tulisan Murid Tahun 3 Melalui Kaedah Penulisan Berperingkat.

Menurut penyelidik subjek kajian beliau iaitu Zul dan Win mempunyai tulisan yang kurang kemas dan

kedudukan postur yang salah semasa menulis. Hasil daripada tindakan yang dilakukan kedua-dua subjek

kajian berjaya menghasilkan tulisan yang cantik selepas perlaksanaan kaedah penulisan berperingkat.

Mereka juga menunjukkan peringkat yang baik dari segi kekemasan tulisan. Bagi Anisah Binti Anuar @

Yong Hui Ming (2010) dalam artikel beliau yang bertajuk Membetulkan Tulisan Huruf ‘k’ dan ‘s’ kecil

Murid Tahun Tiga Menggunakan Lembaran Kerja Garisan Berkembar Tiga Dibantu Oleh Carta Huruf dan

Kaedah Ansur Maju menyatakan bahawa kesemua empat orang peserta kajian beliau menunjukkan

prestasi yang positif dalam kesemua sembilan lembaran kerja garisan berkembar tiga dibantu oleh carta

huruf dan kaedah ansur maju membantu membetulkan tulisan huruf ‘k’ dan ‘s’ semasa menulis ayat dan

perkataan Bahasa Melayu.

Selain itu, Yusop Bin Malie dan Walter Alvin Jiniti (2010) dalam hasilan dapatan kajian mereka

menyatakan bahawa gabungan pegangan pensel dan tatacara yang betul menulis huruf banyak

membantu peserta kajian mereka iaitu Kamal daripada membuat kesalahan dari segi abjab dan juga

keseragaman darisegi saiz huruf yang ditulis. Menurut mereka lagi, pensel mesti dipegang secara

menegakkan oleh hujung ibu jari dengan kuku hampir menyentuh pensel dengan sebolehbolehnya ibu

Page 4: Kertas Cadangan Kajian Tindakan Kumpulan Kalau

jari diletakkan bahawa pensel. Dalam kajian yang sama juga menyatakan, penggunaan garisan

merupakan satu daripada teknik yang dicadangkan sebagai latihan berterusan kepada murid agar

koordinasi tangan dapat dilakukan iaitu dari segi keseimbang serta keseragaman penulisan tersebut.

Hasil kajian mendapati bahawa terdapat beberapa mekanisma tindakan bagi memperbaiki tulisan

tangan iaitu secara fizikal, latih tubi menulis dan membina keseragaman tulisan tangan. Di samping itu,

teknik dalam perubahan tingkah laku dari segi ganjaran dan motivasi serta latihan menyebut dan

menulis memberi kesan yang baik kepada Kamal dalam menyalin dan membina ayat yang leNgkap dan

sempurna.

Page 5: Kertas Cadangan Kajian Tindakan Kumpulan Kalau

3.0 METODOLOGI KAJIAN.

3.1 Reka bentuk Kajian

Cara dijalankan.

3.1.1 Analisis dokumen melalui kertas Pra Ujian.

3.1.2 Buku kerja /latihan murid.

3.1.3 Ujian individu /rujuk laporan kelas pemulihan.

3.2 Responden Kajian

Kumpulan sasaran pelajar Tahap 1.

Tahun 1 = 5 Perempuan 5 lelaki.

Tahun 2 = 2 perempuan 3 lelaki

Tahun 3 = 3 perempuan 2 lelaki.

Kajian dijalankan selama 6 minggu.Teknik persempelan dipersetujui secara (Purposive Samping)

digunakan yang mana semua murid yang dipilih terlibat secara langsung.

3.3 Teknik Mengumpul Data

i. Ujian Pra

ii. Ujian Pasca

iii. Borang Maklumat Pelajar

iv. Soal Selidik

Page 6: Kertas Cadangan Kajian Tindakan Kumpulan Kalau

Minggu pertama

Pengumpulan data awal bagi mengesahkan dan mengenalpasti isu.

Kaedah.

i.-Melalui skor pencapaian murid pada kertas ujian.

ii-Soalan lisan sebut dan tulis. Contoh menulis nama sendiri.

Minggu kedua.

iii-Semua dapatan maklumat Kajian tindakan ini akan dimesyuaratkan diperingkat pelaksana.

Minggu Kedua

i. Panatia Bahasa Malaysia .Minta laporan kajian tindakan dari semua guru yang mengajar BM

tahun 1,2 dan 3.

ii. Ujian individu – contoh –Guru akan sediakan teks cerita dan murid akan bulatkan huruf

yang salah penggunaannya..

iii. Pelaporan analisis pencapaian murid .

iv. Guru meliha kekerapan kesilapan murid.

v. Murid yang terbaik diberi hadiah motivasi.

Minggu Ketiga

i. Guru BM Tahun 1,2 dan 3 memberi latihan bahan bacaan /teks pendek.

ii. Latihan menulis penggunaan huruf besar pada nama tempat,nama orang dan selepas

noktah.

iii. Membincangkan analisis kepada pelaksana.

Minggu Keempat

I. Panatia berbincang dengan guru BM Th.1.Th.2 dan Th.3 kedudukan dan perkembangan

semasa.

II. Menentukan aras kesukaran latihan berdasarkan analisis dan laporan semasa.

III. Memberi soalan dalam kumpulan dan individu.

Page 7: Kertas Cadangan Kajian Tindakan Kumpulan Kalau

Minggu Kelima

i. Pembentangan oleh setiap guru BM Tahun 1,2 dan 3.

STEPHEN KEMMIS (1988)

Bil Perkara/Aktiviti M1 M2 M3 M4 M5 M6

01 Mesyuarat Kali pertamaMenentukan isu dan sasaran.

02 Ujian pra.

Page 8: Kertas Cadangan Kajian Tindakan Kumpulan Kalau

03 Analisis ujian pra /ujian bulanan.

04 Semakan buku kerja murid

05. Analisis SKOR

06. Ujian individu/ kumpulan

07 Perbincangan dan mesyuarat guru BM tahap 1

08 Lisan guru sebut dan murid tulis huruf kecil atau besar.

09 Latihan penggunaan huruf besar padaNama orang,nama tempat selepas noktah.

10 Ujian Pasca

11 Pembentangan analisis dan hasil kajian tindakan.