faktor yang mendorong pelajar mengikuti · pdf filesyarat penganugerahan ijazah sarjana muda...

27
FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ SEPENUHNYA: KAJIAN DI PUSAT KEBAJIKAN TAHFIZ AL-QURAN & PENGAJIAN AGAMA ISLAM (PKTAQPAI) BANGGOL KULIM, RANTAU PANJANG, KELANTAN MOHD MAWARDI BIN CHE HASSAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: lehanh

Post on 03-Feb-2018

241 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ

SEPENUHNYA: KAJIAN DI PUSAT KEBAJIKAN TAHFIZ AL-QURAN &

PENGAJIAN AGAMA ISLAM (PKTAQPAI) BANGGOL KULIM, RANTAU

PANJANG, KELANTAN

MOHD MAWARDI BIN CHE HASSAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : ____ FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI ALIRANTAHFIZ SEPENUHNYA. KAJIAN DI PUSAT KEBAJIKAN TAHFIZAL-QURAN & PENGAJIAN AGAMA ISLAM (PKTAQPAI), BANGGOLKULIM, RANTAU PANJANG, KELANTAN

SESI PENGAJIAN : 2009/2010

Saya MOHD MAWARDI BIN CHE HASSAN(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_________________________________ ______________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

PT 2850 TAMAN TEN USTAZ ABDUL HAFIZ BIN ABDULLAH17500 TANAH MERAH Nama Penyelia

KELANTAN D.N.TEL: 013-7976322Tarikh: 20 April 2010 Tarikh: 20 April 2010

CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjanasecara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus danpenyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 3: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya mengaku bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”.

Tandatangan : ________________________________________

Nama Penyelia : USTAZ ABDUL HAFIZ BIN HJ ABDULLAH

Tarikh : 20 APRIL 2010

Page 4: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

i

FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI ALIRAN TAHFIZ

SEPENUHNYA: KAJIAN DI PUSAT KEBAJIKAN TAHFIZ AL-QURAN &

PENGAJIAN AGAMA ISLAM (PKTAQPAI), BANGGOL KULIM, RANTAU

PANJANG, KELANTAN

MOHD MAWARDI BIN CHE HASSAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 5: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

ii

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : __________________________________

Nama Penulis : MOHD MAWARDI BIN CHE HASSAN

Tarikh : 20 APRIL 2010

Page 6: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

iii

DEDIKASI

Buat insan yang dikenang

Ayahanda & Bonda

Che Hassan Bin Awang & Sarma Binti Abd Raman

Terima kasih atas kesabaran dan pengorbanannu dalam mendidik dan membesarkanku

serta sentiasa mendoakanku, sesungguhnya kasih ibu dan bapa membawa ke syurga.

Ketahuilah ilmu dan kejayaan yang diperolehi bukan sesuatu untuk dibanggakan tetapi

ilmu untuk diamalkan dan mengajak manusia untuk mencintai Allah agar selamat di

dunia dan di akhirat.

Khas untuk isteri tercinta Rosniza Binti Mohd Hadzri

Terima kasih atas pengorbananmu sepanjang pengajianku di UTM yang sentiasa

memberi dorongan dan kekuatan untuk meneruskan pengajian.

Kekanda, Adinda & Sahabat

Mohd Taqiyuddin, Mohd Hamidullah, Mohd Zaidan, Muhammad Naseh, Muhammad

Zaem, Nurul Izzah, Muhammad Nazim serta kawan-kawan

Jasa dan pertolonganmu semua akan kukenang hingga akhir hayat dan semoga Allah

melimpahkan rahmat buat kita semua.

Terima Kasih.

Page 7: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

iv

PENGHARGAAN

Kesyukuran yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Ilahi di atas limpah dan

kurniaNya dan dengan izinNya Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat dijalankan serta

disempurnakan. Selawat serta salam buat Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda, para

sahabat dan sekalian mujahidin Islam.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat al-Fadhil Ustaz Abdul Hafiz bin Hj

Abdullah, selaku penyelia PSM yang banyak membantu serta tidak jemu-jemu memberi

bimbingan, nasihat dan dorongan sepanjang tempoh dua semester ini bagi memastikan

PSM yang dijalankan dapat disempurnakan dengan baik.

Tidak dilupakan buat isteri tercinta dan rakan-rakan seperjuangan yang banyak

memberi dorongan, kata-kata semangat serta bantuan. Jasa mereka amat dihargai.

Semoga kita sama-sama beroleh kejayaan.

Juga penghargaan ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung dan

tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini. Terutama buat pentadbir dan pelajar

Pusat Kebajikan Tahfiz Al-Quran & Pengajian Agama Islam (PKTAQPAI) Banggol

Kulim, Rantau Panjang yang sudi bekerjasama dalam penyelidikan ini. Semoga Allah

S.W.T. membalas segala jasa mereka. Wallhu a'lam.

Page 8: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

v

ABSTRAK

Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengenalpasti faktor yang mendorong pelajar

mengikuti aliran tahfiz sepenuhnya. Kajian di Pusat Kebajikan Tahfiz Al-Quran &

Pengajian Agama Islam (PKTAQPAI) Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan.

Tinjauan ini juga bertujuan untuk mendapatkan maklum balas tentang keistimewaan

PKTAQPAI, keistimewaan guru PKTAQPAI serta kesedaran hadaf ukhrawi pelajar

yang mendorong pelajar mengikuti pengajian tahfiz sepenuhnya di sini. Sampel kajian

ini terdiri daripada pelajar PKTAQPAI Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan.

Seramai 40 orang mewakili keseluruhan pelajar PKTAQPAI telah dipilih secara

persampelan rawak mudah. Set soal selidik mengandungi 44 item telah diedarkan

kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan,

peratus dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science

(SPSS) 14.0 for Windows. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α = 0.850. Hasil

analisis menunjukkan responden bersetuju dengan keistimewaan PKTAQPAI dan

keistimewaan guru PKTAQPAI merupakan faktor yang mendorong pelajar mengikuti

pengajian di sini. Analisis juga menunjukkan kesedaran hadaf ukhrawi merupakan

faktor yang mendorong pelajar mengikuti pengajian tahfiz di PKTAQPAI.

Page 9: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

vi

ABSTRACT

This study is a review to identify factors that encourage students to follow the tahfiz

Studies at the Pusat Kebajikan Tahfiz Al-Quran & Pengajian Agama Islam

(PKTAQPAI) Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan. This review also seeks to

obtain feedback about the privilege of PKTAQPAI itself, privileges of PKTAQPAI

teachers and student’s self- awareness (hadaf ukhrawi) that encourage students to

complete their studies here. The study sample consists of students from PKTAQPAI

Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan. A total of 40 peoples represent the entire

students have been selected using simple random sampling technique. Set of

questionnaire containing 44 items were distributed to the respondents and have been

analyzed to obtain descriptive value of frequency, percentage, and min using Statistical

Package software for Social Science (SPSS) 14.0 for Windows. Questionnaire reliability

value is α = 0.850. Revenue analysis indicates that respondents agreed with those

privileges and privileges of PKTAQPAI itself, and teachers of PKTAQPAI become

main factors that encourage students in pursuing their studies here. Analysis also shows

that hadaf ukhrawi (the student self-awareness) is a factor that encourages students in

pursuing their tahfiz studies at PKTAQPAI.

Page 10: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

vii

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL

HALAMAN PENGAKUAN ii

HALAMAN DEDIKASI iii

HALAMAN PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiii

SENARAI SINGKATAN xvi

BAB I PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 8

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

Page 11: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

viii

1.7 Skop dan Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 10

1.9 Kesimpulan 12

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pendahuluan 13

2.2 Sejarah Penubuhan PKTAQPAI 14

2.3 Sistem Pengajian Di PKTAQPAI 15

2.3.1 Syarat Kemasukan Pelajar Ke

PKTAQPAI 15

2.3.2 Silibus Pengajian Di PKTAQPAI 16

2.3.2.1 Silibus Pengajian Tahfiz 16

2.3.2.2 Silibus Pengajian Kitab 16

2.3.3 Sesi Pengajian Di PKTAQPAI 17

2.4 Sistem Pengajaran Di PKTAQPAI 18

2.4.1 Kelas Tasmi’ 18

2.4.2 Kelas Pengajian Kitab 19

2.4.3 Kelas I‘adah 19

2.5 Sistem Hafazan Yang Diterapkan Di

PKTAQPAI 20

2.6 Keistimewaan PKTAQPAI 22

2.6.1 Pengajian Tahfiz Sepenuhnya 22

2.6.2 Kaedah Hafazan Di PKTAQPAI 23

2.6.2.1 Mengulang-Ulang Bacaan

Sebelum Menghafaz 24

2.6.2.2 Mendengar Sebelum Menghafaz 25

2.6.2.3 Kaedah Mengulangkaji

Bacaan (Taqrir Atau Muraja‘ah) 25

Page 12: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

ix

2.6.3 Memenangi Pertandingan Hafazan

Al-Quran 26

2.6.4 Khidmat Imam Tarawih 28

2.7 Biografi Tuan Haji Abdullah bin Haji

Daud al-Hafiz 29

2.7.1 Latar Belakang Keluarga 29

2.7.2 Keperibadian 29

2.7.3 Pendidikan 31

2.7.4 Perkahwinan 32

2.7.5 Pekerjaan 33

2.7.6 Keistimewaan Tenaga Pengajar

Di PKTAQPAI 35

2.7.6.1 Tokoh Hafiz Terkenal

Di Negeri Kelantan 35

2.7.6.2 Menyertai Perujian Tahfiz 36

2.7.6.3 Karya Dalam Bentuk Penulisan 37

2.7.6.4 Mengutamakan Bacaan 38

2.8 Kesedaran Hadaf Ukhrawi Yang Mendorong

Pelajar Menghafaz Al-Quran 39

2.8.1 Galakan Menghafaz Al-Quran 40

2.8.2 Kelebihan Menghafaz Al-Quran 42

2.8.3 Kepentingan Menghafaz Al-Quran 46

2.8.3.1 Menjaga Kemutawatiran

Al-Quran 46

2.8.3.2 Meningkatkan Kualiti Umat 47

2.8.3.3 Menjaga Terlaksananya

Sunnah-Sunnah Rasulullah S.A.W. 48

2.8.3.4 Menjauhkan Seseorang

Mukmin Daripada Al-Laghwu

(Perkara Yang Melalaikan) 48

Page 13: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

x

2.9 Kajian Lepas 51

2.10 Kesimpulan 52

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan 53

3.2 Reka Bentuk Kajian 53

3.3 Tempat Kajian 54

3.4 Populasi Kajian dan Sampel Kajian 54

3.5 Instrumen Kajian 55

3.5.1 Soal Selidik 56

3.5.1.1 Bahagian A 56

3.5.1.2 Bahagian B, C dan D 57

3.6 Tatacara Kajian 58

3.6.1 Kajian Rintis 60

3.6.2 Kajian Sebenar 60

3.7 Analisis Data 60

3.8 Jangka Masa Kajian 62

3.9 Kesimpulan 63

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 64

4.2 Bahagian A: Analisis Data Latar Belakang

Responden 65

4.3 Bahagian B: Analisis Taburan Skor Untuk

Mengenalpasti Keistimewaan PKTAQPAI Yang

Mendorong Pelajar Mengikuti Aliran Tahfiz

Sepenuhnya 69

Page 14: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

xi

4.4 Bahagian C: Analisis Taburan Skor Untuk

Mengenalpasti Keistimewaan Guru PKTAQPAI

Yang Mendorong Pelajar Mengikuti Aliran

Tahfiz Sepenuhnya 76

4.5 Bahagian D: Analisis Taburan Skor

Mengenalpasti Kesedaran Hadaf Ukhrawi

Yang Mendorong Pelajar PKTAQPAI

Mengikuti Aliran Tahfiz 83

4.6 Rumusan Min Dapatan Kajian 89

4.6.1 Mengenalpasti Keistimewaan

PKTAQPAI 90

4.6.2 Mengenalpasti Keistimewaan Guru

PKTAQPAI 92

4.6.3 Mengenalpasti Kesedaran

Hadaf Ukhrawi Pelajar 94

4.7 Kesimpulan 95

BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 97

5.2 Perbincangan 97

5.2.1 Latar Belakang Responden 98

5.2.2 Keistimewaan PKTAQPAI 99

5.2.3 Keistimewaan Guru PKTAQPAI 101

5.2.4 Kesedaran Hadaf Ukhrawi Pelajar 103

5.3 Rumusan 105

Page 15: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

xii

5.4 Cadangan 106

5.4.1 Cadangan Tindakan 107

5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

5.5 Kesimpulan 109

BIBLIOGRAFI 110

LAMPIRAN 114

Page 16: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK HALAMAN

3.1 Jadual Skala Likert 57

3.2 Agihan Soalan Mengikut Klafikasi

Persoalan Kajian 57

3.3 Hasil Kategori Kajian 61

3.4 Jadual Aras Persetujuan 61

3.5 Ringkasan Tugas Yang Dijalankan Sepanjang

Jangka Masa Kajian 62

4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 66

4.2 Taburan Responden Mengikut Tahun Pengajian 67

4.3 Taburan Responden Yang Pernah Menghafaz

Al-Quran Atau Tidak 68

4.4 Taburan Responden Mengikut Usia Mula

Menghafaz Al-Quran 68

4.5 Taburan Responden Mengikut Tempat Mula

Menghafaz Al-Quran 69

4.6 Taburan Skor bagi item B1 70

4.7 Taburan Skor bagi item B2 70

4.8 Taburan Skor bagi item B3 71

4.9 Taburan Skor bagi item B4 71

4.10 Taburan Skor bagi item B5 72

4.11 Taburan Skor bagi item B6 72

Page 17: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

xiv

4.12 Taburan Skor bagi item B7 73

4.13 Taburan Skor bagi item B8 73

4.14 Taburan Skor bagi item B9 74

4.15 Taburan Skor bagi item B10 74

4.16 Taburan Skor bagi item B11 75

4.17 Taburan Skor bagi item B12 75

4.18 Taburan Skor bagi item B13 76

4.19 Taburan Skor bagi item C1 77

4.20 Taburan Skor bagi item C2 77

4.21 Taburan Skor bagi item C3 78

4.22 Taburan Skor bagi item C4 78

4.23 Taburan Skor bagi item C5 79

4.24 Taburan Skor bagi item C6 79

4.25 Taburan Skor bagi item C7 80

4.26 Taburan Skor bagi item C8 80

4.27 Taburan Skor bagi item C9 81

4.28 Taburan Skor bagi item C10 81

4.29 Taburan Skor bagi item C11 82

4.30 Taburan Skor bagi item C12 82

4.31 Taburan Skor bagi item C13 83

4.32 Taburan Skor bagi item D1 83

4.33 Taburan Skor bagi item D2 84

4.34 Taburan Skor bagi item D3 84

4.35 Taburan Skor bagi item D4 85

4.36 Taburan Skor bagi item D5 85

4.37 Taburan Skor bagi item D6 86

4.38 Taburan Skor bagi item D7 86

4.39 Taburan Skor bagi item D8 87

4.40 Taburan Skor bagi item D9 87

4.41 Taburan Skor bagi item D10 88

4.42 Taburan Skor bagi item D11 88

Page 18: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

xv

4.43 Taburan Skor bagi item D12 89

4.44 Taburan Skor bagi item D13 89

4.45 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi

Keistimewaan PKTAQPAI 90

4.46 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi

Keistimewaan Guru PKTAQPAI 92

4.47 Rumusan Peratusan Dan Min Bagi

Mengenalpasti Kesedaran Hadaf Ukhrawi

Yang Mendorong Pelajar PKTAQPAI

Mengikuti Aliran Tahfiz 94

4.48 Min Keseluruhan Bagi Setiap Objektif Kajian 96

Page 19: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

xvi

SENARAI SINGKATAN

FP - Fakulti Pendidikan

JAKIM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

KS - Kurang Setuju

MTQ - Maahad Tahfiz Al-Quran

PKTAQPAI - Pusat Kebajikan Tahfiz al-Quran & Pengajian Agama Islam

RA - Radhiallahu ‘anhu

S - Setuju

SS - Sangat Setuju

S.A.W. - Sallallahu ‘alaihi Wasallam

SPI - Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

SPSS - Statistical Package for Social Science

STS - Sangat Tidak Setuju

S.W.T. - Subhanahu Wa Ta‘ala

TS - Tidak Setuju

TT - Tanpa Tahun

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 20: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

BAB Ι

PENDAHULUAN

1.1 Pendahuluan

Al-Quran merupakan kalam Allah S.W.T. yang mempunyai nilai mukjizat

yang tinggi. Ianya diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada Nabi Muhammad S.A.W.

melalui perantaraan Malaikat Jibril sebagai panduan kepada umat Islam. Ia

diriwayatkan oleh sahabat seterusnya para tabiin hinggalah sampai kepada kita

dengan riwayat yang mutawatir. Membacanya merupakan suatu ibadah dan tidak

akan ditolak kebenarannya.

Menurut Hj Abu Najihat Al-Hafiz (2002:1) kebenaran al-Quran, kemurniaan

serta keasliannya semakin hari semakin terbukti. Sesungguhnya hal ini telah dijamin

oleh Allah S.W.T. dan ditegaskan dengan firmanNya:

Page 21: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

2

Terjemahannya:

“Sebenarnya al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah

(yang disampaikan oleh Jibril) utusan yang mulia, yang kuat

gagah, lagi berkedudukan tinggi di sisi Allah yang

mempunyai Arasy, yang ditaati di sana (dalam kalangan

malaikat), lagi dipercayai.”

Surah At-Takwiir, 81:19-21

Ayat di atas menunjukkan bahawa al-Quran merupakan suatu kitab yang

mulia, ianya diturunkan oleh perutusan yang mulia iaitu Malaikat Jibril dan kitab al-

Quran juga mempunyai kedudukan yang tertinggi di sisi Allah S.W.T.

Menurut Syeikh Muhammad Jamil Zainu, (1999:vii) Allah menurunkan al-

Quran sebagai panduan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W., penurunannya bukan

hanya untuk dijadikan bahan bacaan bersahaja namun, penurunannya bertujuan agar

semua manusia memahami, mengambil pengajaran serta mengamalkan isi

kandungannya, sebagaimana firman Allah S.W.T.:

Terjemahannya:

“(Al-Quran ini) sebuah kitab yang kami turunkan kepadamu

(dan umatmu wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-

faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan

teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang

berakal sempurna serta beringat mengambil iktibar.”

Surah Saad, 38:29

Al-Quran yang telah dijanjikan Alah S.W.T. supaya manusia memahami,

diambil pengajaran serta diamalkan isinya bukan hanya arahan semata-mata, malah

Allah S.W.T. telah berkata bahawa al-Quran adalah sebuah kitab yang senang untuk

dihafaz melalui firmannya yang berbunyi:

Page 22: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

3

Terjemahannya:

“Dan demi sesungguhnya! kami telah mudahkan Al-Quran

untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah

sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran

(daripadanya)?”

Surah Al-Qamar, 54:17

Maka jelaslah disini bahawa Allah S.W.T. akan memudahkan bagi mereka

yang menghafaz al-Quran untuk memahami, dan mengamalkan perintah Allah

S.W.T. seperti yang terkandung di dalam kitabNya.

1.2 Latar Belakang Masalah

Dewasa ini ramai di kalangan musuh Islam yang cuba untuk menghancurkan

Islam dengan bermacam-macam cara. Disebabkan al-Quran merupakan nadi utama

umat Islam maka pelbagai cara telah dilakukan untuk menyelewengkan al-Quran,

antaranya dengan menambah surah-surah yang terdapat di dalam al-Quran. Namun

cara ini tidak berjaya kerana golongan hafiz (penghafaz al-Quran lelaki) dan hafizah

(penghafaz al-Quran perempuan) merupakan orang pertama dapat mengenalpasti

penyelewengan yang telah dilakukan oleh golongan-golongan yang tidak

bertanggungjawab. Ini kerana menurut Norlita binti Mohd Alias (2003:3) para

penghafaz al-Quran mereka telah ditasmik berulang kali oleh guru mereka.

Menyedari masalah yang dihadapi oleh umat Islam pada hari ini, maka timbul

kesedaran di kalangan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka mengikuti

pengajian aliran tahfiz. terdapat sesetengah ibu bapa, mereka meletakkan sasaran

supaya salah seorang daripada anak-anak mereka dapat mengikuti aliran tahfiz.

Kesedaran ini makin bertambah apabila pahala yang besar akan diperoleh oleh

Page 23: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

4

mereka yang menghafaz al-Quran sebagaimana di dalam kitab hadis Sunan at-

Turmudhi, Kitab Fadail al-Quran, (1999: 22-23):

من :قال رسول اهللا :عن عبد اهللا بن مسعود رضى اهللا عنھ قال ن كتاب اهللا فلھ بھ حسنة والحسنة بعشر امثالھا، لا اقول قرأ حرفا م

ولكن الف حرف ولام حرف ومیم حرف:الم حرف

Maksudnya:

“Dari ‘Abdullah bin Mas‘ud R.A. katanya: Berkata

Rasulullah S.A.W: “Barang siapa yang membaca satu huruf

dari kitab Allah (al-Quran) maka tiap-tiap huruf yang dibaca

itu diberikan satu kebajikan dan setiap kebajikan digandakan

menjadi sepuluh kebajikan, aku tidak mengatakan Alif Lam

Mim satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan

Mim satu huruf.”

Hadis Riwayat at-Turmudhi

Ganjaran pahala yang akan diperoleh oleh mereka yang selalu membaca dan

menghafal al-Quran seperti yang telah dijelaskan dalam hadis tersebut telah

dikuatkan lagi oleh hadis yang terdapat dalam Sahih Muslim Bi Syarah Imam

Nawawi, Kitab Salat Al-Musafirin wa Qasriha, no. 798, (2003:418):

الماھر :صلى اهللا علیھ وسلمقال رسول اهللا :عن عائشة قالتتعتع فیھ ن مع السفرة الكرام البررة ، والذى یقرأ القرأن ویتبالقرأ

وھو علیھ شاق لھ أجران

Page 24: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

5

Maksudnya:

“Dari Aisyah R.A. katanya: Berkata Rasulullah S.A.W:

“Orang-orang yang mahir membaca al-Quran (menghafal al-

Quran) kekal tempatnya (di hari akhirat) bersama para

malaikat yang mulia lagi berbakti, dan orang-orang yang

membaca al-Quran tetapi susah lidahnya untuk menyebut

(sukar), ia mendapat dua pahala (satu pahala kerana

kemahuannya dan satu pahala kerana membacanya)”.

Hadis Riwayat Muslim

Manakala menurut riwayat Aisyah melalui hadis yang terdapat dalam sunan

Ibn Majah, dalam kitab al-Adab, Thawahi al-Quran,no. 3779 (1998: 331-332),

perkataan اجران di sertakan dengan perkataan اثنان untuk menguatkan lagi bahawa

orang yang sukar membaca al-Quran akan memperoleh dua pahala.

Berdasarkan kedua-dua hadis di atas jelaslah bahawa orang yang membaca

al-Quran akan memperoleh pahala yang besar sebagaimana yang telah diberitahu

oleh Rasulullah S.A.W. melalui hadis-hadisnya. Ganjaran lumayan yang menanti di

akhirat telah menarik minat golongan yang cenderung untuk menghafaz al-Quran

supaya mengejar dan mendapatkan habuan yang telah dijanjikan. Bagi ibu bapa

kecenderungan dan minat yang telah ditunjukkan oleh anak-anak telah

menyemarakkan lagi semangat mereka untuk menghantar anak mereka mengikuti

pengajian tahfiz.

Masyarakat kita pada hari ini tidak asing lagi dengan kelahiran ramai hafiz

dan hafizah. Di kalangan ibu bapa yang berstatus professional juga ada yang

menghantar anak-anak mereka supaya mengikuti aliran tahfiz sama ada di sekolah-

sekolah atau institusi pengajian tinggi. Kesedaran mereka bukan hanya pada

menghantar anak-anak mereka mengikuti pengajian tahfiz, malah mereka turut sama

menyumbang, sama ada dalam bentuk kewangan atau buah fikiran supaya pengajian

tahfiz ini terus berkembang sesuai dengan perkembangan dan kemodenan masyarakat

kita pada hari ini. Maka tidak hairanlah pada masa sekarang lahir banyak sekolah dan

institusi tahfiz di negara kita.

Page 25: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

6

Sekolah tahfiz yang wujud di negara kita bermatlamatkan untuk melahirkan

hafiz dan hafizah. Tujuan murni ini sepatutnya disokong penuh oleh setiap golongan

masyarakat supaya ianya terus berkembang menjadi tonggak untuk mentarbiyah

golongan muda supaya menghafaz, mendalami isi kandungan al-Quran dan

seterusnya mengamalkan perintah Allah S.W.T. seperti yang terdapat dalam

kitabNya.

Jesteru itu, kita sebagai anggota masyarakat hendaklah bersama-sama

berganding bahu supaya aliran tahfiz ini terus berkembang menjadi salah satu budaya

masyarakat di Malaysia. Pihak kerajaan, badan swasta hendaklah saling bantu-

membantu supaya sekolah-sekolah dan institusi tahfiz yang telah wujud pada masa

sekarang terus terbela. Bagi memberi lebih galakan kepada golongan muda pada hari

ini supaya menghafaz al-Quran, peranan pihak kerajaan dan swasta adalah dengan

memberi inisiatif kepada mereka yang berjaya menghafaz al-Quran. Mereka juga

turut disediakan pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian supaya mereka dapat

mengaplikasikan segala hafazan yang telah ada dalam dada.

1.3 Pernyataan Masalah

Pada masa sekarang timbul banyak sekolah, institusi tahfiz serta seminar-

seminar yang berkaitan dengan tahfiz wujud di negara kita. Perkembangan ini

menunjukkan bahawa masyarakat kita pada hari ini mula peka dan mengambil berat

tentang pentingnya mempelajari dan menghafaz ayat-ayat Allah S.W.T.

Perkembangan positif ini telah memberi kesan secara tidak langsung kepada

ibu bapa untuk menghantar anak mereka mengikuti pengajian tahfiz. Pengajian tahfiz

yang dimaksudkan dapat dibahagikan kepada dua iaitu pengajian secara langsung dan

pengajian secara tidak langsung. Pengajian tahfiz secara langsung ialah anak-anak

dihantar untuk mengikuti aliran tahfiz di sekolah atau institusi pengajian tinggi yang

berkaitan dalam bidang tahfiz, manakala pengajian tahfiz secara tidak langsung pula

bermaksud pelajar-pelajar hanya mengikuti kelas pengajian tahfiz secara ekspress

atau menghadiri seminar-seminar tahfiz pada masa cuti sekolah atau cuti semester.

Page 26: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

7

Minat pelajar yang ingin mengikuti aliran tahfiz sepatutnya disokong penuh

oleh keluarga dan masyarakat. Dengan sokongan serta dorongan yang diberikan

dapat membantu menaikkan minat pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-

sungguh.

Dalam keghairahan anak-anak untuk mengikuti aliran tahfiz ibu bapa sebagai

pendidik sejak dari kecil sepatutnya perlu memilih tempat pengajian tahfiz yang

sesuai kepada anak-anak mereka. Ini penting supaya anak-anak mereka akan

memperoleh pendidikan yang terbaik sesuai dengan minat mereka. Pemilihan sekolah

tahfiz yang terbaik penting supaya pewaris zuriatnya dapat mengikuti pengajian

dengan jayanya. Di Kelantan terdapat sebuah sekolah yang didirikan dengan

matlamat untuk melahirkan golongan hafiz yang mampu membaca dan menghafaz 30

Juzuk al-Quran dengan baik. Sekolah yang didirikan di Banggol Kulim daerah

Rantau Panjang ini telah diasaskan oleh Tuan Haji Abdullah bin Haji Daud al-Hafiz.

Sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang al-Quran, Tuan Haji

Abdullah Bin Haji Daud al-Hafiz telah menyumbangkan segala kudrat yang ada pada

dirinya untuk menyebarkan seruan Allah dan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W.

melalui kebolehan yang beliau miliki, hasil usaha Tuan Haji Abdullah yang

bersungguh-sungguh untuk menubuhkan Pusat Kebajikan Tahfiz, akhirnya beliau

berjaya menubuhkan Pusat Kebajikan Tahfiz Al-Quran & Pengajian Agama Islam

(PKTAQPAI) Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan. Sekolah yang ditubuhkan

bertujuan untuk mendidik anak bangsa supaya lebih mendalami al-Quran bermula

daripada peringkat bacaan, tajwid (ilmu (hukum) yg berkaitan dgn lafaz atau sebutan

yg betul dan tepat dlm bacaan al-Quran) dan hafazan secara sepenuhnya tanpa

melibatkan akademik.

Menyedari keistimewaan PKTAQPAI yang hanya menjalankan sistem tahfiz

sepenuhnya tanpa melibatkan akademik, timbul kesedaran kepada penyelidik untuk

mengkaji keistimewaan PKTAQPAI, keistimewaan guru-guru PKTAQPAI sehingga

menarik minat pelajar untuk belajar di sini. Penyelidik juga berminat untuk mengkaji

kesedaran hadaf ukhrawi (tujuan akhirat) yang mendorong pelajar PKTAQPAI

mengikuti pengajian yang ditawarkan.

Page 27: FAKTOR YANG MENDORONG PELAJAR MENGIKUTI · PDF filesyarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan ... 5.4.1 Cadangan Tindakan 107 5.4.2 Cadangan Kajian Lanjutan 108

8

1.4 Objektif Kajian

Di antara objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1.4.1 Mengenalpasti keistimewaan PKTAQPAI yang mendorong pelajar mengikuti

aliran tahfiz sepenuhnya.

1.4.2 Mengenalpasti keistimewaan guru PKTAQPAI yang mendorong pelajar

mengikuti aliran tahfiz sepenuhnya.

1.4.3 Mengenalpasti kesedaran hadaf ukhrawi yang mendorong pelajar PKTAQPAI

mengikuti aliran tahfiz.

1.5 Persoalan Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk menjawab beberapa

persoalan iaitu:

1.5.1 Apakah keistimewaan PKTAQPAI yang mendorong pelajar mengikuti aliran

tahfiz sepenuhnya.

1.5.2 Apakah keistimewaan guru PKTAQPAI yang mendorong pelajar mengikuti

aliran tahfiz sepenuhnya.

1.5.3 Apakah kesedaran hadaf ukhrawi yang mendorong pelajar PKTAQPAI

mengikuti aliran tahfiz.