kertas cadangan inovasi nor 2010

Upload: khairuddinjj

Post on 29-May-2018

216 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Kertas Cadangan Inovasi Nor 2010

    1/5

    1

    KERTAS CADANGANPENCALONAN ANUGERAH GURU INOVASI BAGI TAHUN 2010PERINGKAT PEJABAT PELAJARAN DAERAH KOTA MARUDU

    KATEGORI SEKOLAH RENDAH

    1.0 PENDAHULUAN

    Cadangan pencalonan Anugerah Guru Inovasi ini dikemukakan antara lain bertujuanuntuk perkongsian ilmu dengan rakan -rakan guru seluruh Daerah Kota Marudu.Melalui perkongsian inovasi ini diharap dapat membuka minda guru -guru tentangperlunya sentiasa memikirkan inovasi khususnya dalam bidang pengurusan.

    2.0 TAJUK INOVASI

    SETIMBANG 1 + 4

    y Sistem Analisis Markah PKSR (Pengurusan)

    3.0 KETERANGAN RINGKAS INOVASI

    Setimbang 1 + 4 ini adalah sistem aplikasi berasaskan Microsoft Office Excel yangmengandungi :

    a) 1 ruang atau helaian Mengisi Markah Ujian PKSR Murid (diisi oleh gurumata pelajaran atau guru kelas atau setiausaha peperiksaan)

    b) 4 hasilan yang dihasilkan secara automatik sebaik sahaja markah dimasukan (key in). 4 hasilan, tersebut adalah :

    i. Analisis Keputusan Peperiksaan ;ii. Graf Keputusan Peperiksaan;iii. Laporan Analisis ke PPD; daniv. Slip Keputusan Peperiksaan .

    Keempat-empat hasilan telah diset agar sedia untuk dicetak (kertas ukuran A4) bagi tujuan simpanan oleh guru kelas, setiausaha peperiksaan, ketuapanitia dan pelaporan ke PPD.

  • 8/9/2019 Kertas Cadangan Inovasi Nor 2010

    2/5

    2

    4.0 MASALAH / CABARAN SEBELUM INOVASI

    y Sebenarnya terdapat sistem aplikasi yang diguna pakai sebelum ini olehguru-guru di SK. Timbang Batu yang juga menggunakan aplikasi Exceltetapi bersifat tidak sistematik dan tidak memenuhi permintaan daripadapihak pentadbiran, panitia, setiausaha peperiksaan, ibu bapa da n untuk

    pelaporan ke PPD.

    y Kebanyakan guru membina dan menggunakan aplikasi untuk kegunaansendiri sahaja dan tidak dimanfaatkan untuk pelbagai tujuan lain sepertitujuan pelaporan ke PPD dan untuk salinan (slip) kepada ibu bapa.

    y Pentadbiran, Panitia, Setiausaha Peperiksaan Sekolah, guru kelas dan gurumata pelajaran menyediakan laporan mereka secara berasingan atau untuksimpanan masing-masing yang sepatutnya boleh dihasilkan dan digunakansecara bersama.

    y Terdapat kes Buku rekod kemajuan yang dibawa pulang oleh murid hilangatau rosak. Apabila dibuat penggantian buku rekod kemajuan yang baru,maklumat keputusan peperiksaan seperti yang asal tidak dicatat kesemuanyaatas sebab kesukaran guru kelas menyalin keputusan peperiksaan tersebutyang disimpan oleh guru kelas terdahulu.

    y Guru kelas sering dibebani tugas perkeranian seperti perlu menyediakanlaporan keputusan peperiksaan untuk satu kelas dan seterusnya mencatatmaklumat tersebut ke dalam buku rekod kemajuan murid, sedangkan padamasa yang sama guru kelas ada tanggungjawab pengurusan kelas danmengajar mengikut jadual waktu. Keadaan sebegini memaksa sebahagianguru melakukan kerja perkeranian di dalam bilik darjah yang sepatutnya ada

    sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan mengikut jadual.

    y Terdapat guru yang tidak masuk ke kelas mengajar dengan memberi alasanmenyiapkan laporan yang diminta segera oleh pihak pentadbir.

    y Terlalu banyak masa (sehingga 3 hingga 4 hari) digunakan oleh seorang guruuntuk menyediakan/menyiapkan laporan atau dokumen pelaporan.

    y Hasil laporan yang diisi secara manual oleh guru tidak kemas, tidak jelas,tidak tepat, tidak ada keseragaman dan sukar dibaca.

    y Ibu bapa rata-rata ingin melihat keputusan anak mereka terutama keti ka sesi

    menandatangani buku rekod kemajuan di sekolah.

  • 8/9/2019 Kertas Cadangan Inovasi Nor 2010

    3/5

    3

    5.0 INOVASI YANG DILAKSANAKAN

    5.1 Inovasi yang dihasilkan telah membantu meningkatkan produktiviti dankualiti hasil kerja guru-guru, iaitu antaranya melalui penghasilan kerjapelaporan yang dibuat secara sistematik dan kerjasama berkumpulan.Pelaporan boleh disiapkan dalam tempoh sehari selepas kertas soalan

    siap ditanda oleh guru-guru.

    5.2 Beban kerja guru kelas berkurang, tumpuan kepada kerja menguruspelajar boleh ditambah.

    5.3 Guru tidak lagi menggunakan masa mengajar di kelas untuk urusanmenyiapkan kerja menyediakan analisis markah. Jadual waktu pengisiandata ke aplikasi SETIMBANG 1+4 boleh disediakan SetiausahaPeperiksaan kepada semua guru mata pelajaran. Konsep kerjasama jelasdapat ditonjolkan dan tidak membebankan satu atau dua orang gurusahaja.

    5.4 Idea inovasi ini adalah bersumber atau telah memanfaatkan kepakarandan idea rakan-rakan setugas yang sebenarnya mempunyai asascomputer yang tinggi tetapi tidak dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuanpengurusan.

    5.5 Pelaporan dan simpanan dokumen oleh setiausaha peperiksaan, panitia,guru-guru mata pelajaran dan guru kelas seragam, kemas, tepat danmudah dibaca.

    5.6 Ibu bapa amat berpuas hati apabila dibekalkan salinan slip keputusanpeperiksaan anak mereka sebagai ganti buku rekod kemajuan yang tidakboleh dibawa pulang atas sebab mengelak kehilangan dan kerosakandokumen kerana kebanyakan murid masih kecil.

    5.7 Penggunaan borang pelaporan yang diisi secara manual dihentikan ataudapat dikurangkan. Pihak pentadbiran boleh menyediakan satu komputerkhas yang berfungsi sebagai tempat khas menyimpan maklumat panitia,kurikulum dan termasuk analisis keputusan peperiksaan.

    5.8 SETIMBANG 1+4 ini memudahkan guru mata pelajaran, guru kelas,panitia dan setiausaha peperiksaan membentangkan analisis keputusanpeperiksaan dalam mesyuarat kurikulum sekolah melalui persembahanmenggunakan komputer riba dan projektor LCD..

  • 8/9/2019 Kertas Cadangan Inovasi Nor 2010

    4/5

    4

    6.0 BUTIRAN LAIN TENTANG INOVASI

    y Mula dibina dan digunapakai oleh pembina aplikasi sejak tahun 2009,tetapi hanya diperkenalkan kepada sekolah bermula semester kedua2010.

    y Manfaat Inovasi ini khususnya di SK Timbang Batu dirasai oleh :o Guru Besaro Penolong Kanan Io Setiausaha Peperiksaano Ketua Panitiao Guru Kelaso Guru Mata Pelajarano Ibu Bapa murid/ PIBG

    y Inovasi ini adalah mesra pengguna dan mudah untuk diubah suaimengikut kehendak/keperluan dan perubahan semasa berbandingdengan aplikasi yang diperolehi secara komersial.

    7.0 Penutup

    Sesungguhnya, inovasi yang dihasilkan ini tidak akan dapat disiapkan sekiranyatidak ada bantuan, sokongan dan dorongan daripada pihak pentadbiran, rakan -rakansetugas dan orang perseorangan (termasuk suami). Semoga inovasi ini akanmencetuskan hasil inovasi lain yang lebih bernilai tambah dan member i manfaatkepada bidang pengurusan di sekolah.

    Sekian. Salam 1Malaysia.

    NORAZRINAH BINTI BAHARI @ MAILIN

    SK. TIMBANG BATU,KOTA MARUDU

    14.07.2010

  • 8/9/2019 Kertas Cadangan Inovasi Nor 2010

    5/5

    5

    LAMPIRAN