nor suhanna biodata penulis

NOR SUHANNA BINTI ABDULLAH, dilahirkan pada 11 Jun 1976, di Johor Darul Takzim. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Larkin (1), Johor Bahru. Kemudian, beliau menyambung pelajaran menengah di Kolej Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru (1989 - 1991) dan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang Selangor (1992 - 1993). Pada tahun 1994, beliau melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda di Universiti al-Bayt, Mafraq, Jordan, dalam pengkhususan Fiqah dan Usul Fiqah. Beliau memperoleh diploma pendidikan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2003 dan Ijazah Sarjana Falsafah Sains Halal daripada Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, pada tahun 2018. Kini beliau menyambung pengajian pada peringkat doktor falsafah dalam bidang Fiqah, Sains dan Teknologi di Universiti Teknologi Malaysia. Beliau merupakan guru Maahad Johor, Johor Bahru (2000 - hingga kini) yang mengajarkan Bahasa Arab, Fiqah dan Faraid bagi STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia). Berpengalaman luas dalam mata pelajaran Fiqah dan Faraid bagi STAM membuatkan beliau terlibat secara aktif pada peringkat kebangsaan. Beliau juga merupakan seorang penulis buku teks Pendidikan Islam KSSR bagi tahun 4, tahun 5, tahun 6 dan KSSR (Semakan 2017) tahun 1 dan tahun 3. NURUL BADRIYAH BINTI ALI, dilahirkan pada 10 Ogos 1989, di Kuala Lumpur. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak, Selangor. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama al-Ihsan, Kuantan, Pahang. Pada tahun 2007, beliau telah melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Ibnu Tofayl, Kenitra, Maghribi dalam bidang Pengajian Islam. Pada tahun 2014, beliau telah memperoleh ijazah sarjana dalam bidang Dakwah daripada Universiti Islam Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), Shah Alam. Pada tahun 2019, beliau mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang Pengajian al-Quran dan as-Sunnah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sekarang beliau bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Kampus Segamat. Sejak tahun 2008, beliau telah bergiat secara aktif dalam bidang penulisan akademik dan seni kreatif serta menulis lebih daripada 20 buah buku, antaranya termasuklah empat buah buku latihan Bahasa Arab dan Pendidikan Islam untuk kegunaan sekolah rendah dan menengah terbitan Cerdik Publications, dua buah komik dan tiga buah novel kanak-kanak terbitan Ana Muslim, tiga buah buku bergambar kanak-kanak terbitan Karangkraf dan beberapa buah buku umum bermotif keagamaan, antologi cerpen dan puisi serta menjadi kolumnis majalah untuk artikel keagamaan. NURDINA BINTI ABU CHIK, dilahirkan pada 5 November 1969, di Melaka. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Bertam Hulu, Melaka. Kemudian, beliau menyambung persekolahan menengah di Maahad al-Ehya’ El-Karim, Tg. Bidara, Melaka, hingga tamat tingkatan 6. Pada tahun 1990, beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Islam Bangi, seterusnya menamatkan ijazah pertama di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Sastera Linguistik pada tahun 2002. Sepanjang 28 tahun bergelar pendidik, beliau mempunyai pengalaman yang sangat luas sebagai Guru Cemerlang Pendidikan Islam. Banyak anugerah yang diperoleh beliau sepanjang tempoh perkhidmatan, antaranya termasuklah Anugerah Khidmat Cemerlang 2002, 2009 dan 2019, Anugerah Pengarah Pendidikan Melaka 2002, Anugerah Guru Inovatif 2012, 2013 dan 2014, Anugerah Pingat Perak Inovasi IPG 2014 peringkat kebangsaan, Anugerah Kakitangan Paling Aktif Berinovasi peringkat antarabangsa dan Johan Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) peringkat WP Labuan. Selain itu, beliau sangat aktif dalam bidang penulisan akademik dan karya kreatif. Antara syarikat penerbitan yang pernah menerbitkan karya beliau termasuklah Utusan Publications, Cerdik Publications, Pustaka Ilmu Bakti dan Karangkraf. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kawal Mutu Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mata pelajaran Jawi dan Pendidikan Islam. Atas sumbangan aktif beliau dalam pelbagai bidang, terutamanya bidang penulisan dan kemasyarakatan, beliau telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2015 peringkat WP Labuan. Kini beliau kembali berkhidmat di kampung halamannya di Melaka setelah puas menabur bakti di tempat orang. NOR SUHANNA BINTI ABDULLAH NURUL BADRIYAH BINTI ALI NURDINA BINTI ABU CHIK BIODATA PENULIS

Upload: others

Post on 16-Oct-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: NOR SUHANNA biodata peNuliS

Nor SuhaNNa biNti abdullah, dilahirkan pada 11 Jun 1976, di Johor Darul Takzim. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Larkin (1), Johor Bahru. Kemudian, beliau menyambung pelajaran menengah di Kolej Tunku Ampuan Mariam, Johor Bahru (1989 - 1991) dan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang Selangor (1992 - 1993). Pada tahun 1994, beliau melanjutkan pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda di Universiti al-Bayt, Mafraq, Jordan, dalam pengkhususan Fiqah dan Usul Fiqah. Beliau memperoleh diploma pendidikan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2003 dan Ijazah Sarjana Falsafah Sains Halal daripada Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bahru, pada tahun 2018. Kini beliau menyambung pengajian pada peringkat doktor falsafah dalam bidang Fiqah, Sains dan Teknologi di Universiti Teknologi Malaysia. Beliau merupakan guru Maahad Johor, Johor Bahru (2000 - hingga kini) yang mengajarkan Bahasa Arab, Fiqah dan Faraid bagi STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia). Berpengalaman luas dalam mata pelajaran Fiqah dan Faraid bagi STAM membuatkan beliau terlibat secara aktif pada peringkat kebangsaan. Beliau juga merupakan seorang penulis buku teks Pendidikan Islam KSSR bagi tahun 4, tahun 5, tahun 6 dan KSSR (Semakan 2017) tahun 1 dan tahun 3.

Nurul badriYah biNti ali, dilahirkan pada 10 Ogos 1989, di Kuala Lumpur. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Gombak, Selangor. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama al-Ihsan, Kuantan, Pahang. Pada tahun 2007, beliau telah melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Ibnu Tofayl, Kenitra, Maghribi dalam bidang Pengajian Islam. Pada tahun 2014, beliau telah memperoleh ijazah sarjana dalam bidang Dakwah daripada Universiti Islam Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), Shah Alam. Pada tahun 2019, beliau mendapat ijazah kedoktoran dalam bidang Pengajian al-Quran dan as-Sunnah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sekarang beliau bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Kampus Segamat. Sejak tahun 2008, beliau telah bergiat secara aktif dalam bidang penulisan akademik dan seni kreatif serta menulis lebih daripada 20 buah buku, antaranya termasuklah empat buah buku latihan Bahasa Arab dan Pendidikan Islam untuk kegunaan sekolah rendah dan menengah terbitan Cerdik Publications, dua buah komik dan tiga buah novel kanak-kanak terbitan Ana Muslim, tiga buah buku bergambar kanak-kanak terbitan Karangkraf dan beberapa buah buku umum bermotif keagamaan, antologi cerpen dan puisi serta menjadi kolumnis majalah untuk artikel keagamaan.

NurdiNa biNti abu ChiK, dilahirkan pada 5 November 1969, di Melaka. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Bertam Hulu, Melaka. Kemudian, beliau menyambung persekolahan menengah di Maahad al-Ehya’ El-Karim, Tg. Bidara, Melaka, hingga tamat tingkatan 6. Pada tahun 1990, beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Islam Bangi, seterusnya menamatkan ijazah pertama di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Sastera Linguistik pada tahun 2002. Sepanjang 28 tahun bergelar pendidik, beliau mempunyai pengalaman yang sangat luas sebagai Guru Cemerlang Pendidikan Islam. Banyak anugerah yang diperoleh beliau sepanjang tempoh perkhidmatan, antaranya termasuklah Anugerah Khidmat Cemerlang 2002, 2009 dan 2019, Anugerah Pengarah Pendidikan Melaka 2002, Anugerah Guru Inovatif 2012, 2013 dan 2014, Anugerah Pingat Perak Inovasi IPG 2014 peringkat kebangsaan, Anugerah Kakitangan Paling Aktif Berinovasi peringkat antarabangsa dan Johan Kumpulan Inovatif Kreatif (KIK) peringkat WP Labuan. Selain itu, beliau sangat aktif dalam bidang penulisan akademik dan karya kreatif. Antara syarikat penerbitan yang pernah menerbitkan karya beliau termasuklah Utusan Publications, Cerdik Publications, Pustaka Ilmu Bakti dan Karangkraf. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kawal Mutu Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi mata pelajaran Jawi dan Pendidikan Islam. Atas sumbangan aktif beliau dalam pelbagai bidang, terutamanya bidang penulisan dan kemasyarakatan, beliau telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 2015 peringkat WP Labuan. Kini beliau kembali berkhidmat di kampung halamannya di Melaka setelah puas menabur bakti di tempat orang.

NOR SUHANNA

BINTIABDULLAH

NURUL BADRIyAH

BINTI ALI

NURDINA BINTI

ABU CHIK

biodata peNuliS

Page 2: NOR SUHANNA biodata peNuliS

KaNduNgaN pembelajaraN

(bidaNg) buKu

peNdidiKaN iSlam

tahuN 5

Page 3: NOR SUHANNA biodata peNuliS