kerjakursus moral

12
8/8/2019 Kerjakursus Moral http://slidepdf.com/reader/full/kerjakursus-moral 1/12 KESAN JEREBU Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah, rakyat Malaysia telah digemparkan lagi dengan berita Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Kuala Lumpur yang meningkat secara mendadak akibat berlakunya jerebu. Keadaan jerebu di Malaysia yang berlaku secara tahunan telah menjadi suatu kebiasaan bagi  penduduk di bandar raya besar tersebut. Keadaan jerebu bertambah serius akibat  berlakunya fenomena El-Nino. Persoalannya, apakah faktor dominan berlakunya  jerebu? Adakah pihak kerajaan sahaja yang memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah jerebu ini? Masalah jerebu telah mendatangkan pelbagai impak yang negatif kepada negara kita dan juga rakyat kita. Antara kesan negatif yang disebabkan oleh jerebu ialah kualiti udara negara kita akan terjejas. Udara negara kita yang segar dan bersih akan dipenuhi oleh debu dan asap setiap kali jerebu melanda sehinggalah jarak penglihatan mendatar yang dahulunya sejauh 2 kilometer menjadi 50 meter. Sebagai contoh, pada bulan Ogos 2005, negara kita dilanda jerebu yang paling teruk dalam sejarah negara kita, di mana Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang mencecah lebih 500 buat kali pertama di Malaysia sehingga darurat diisytiharkan di kedua-dua kawasan. Jerebu juga boleh menyebabkan masalah kesihatan rakyat. Golongan yang lebih lemah seperti kanak-kanak dan warga tua mudah jatuh sakit. Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah. Misalnya, pesakit-pesakit asma dan penyakit respiratori mudah diserang penyakit  pernafasan lain. Hal ini berlaku kerana pernafasan mereka menjadi tidak baik dan ditambah pula udara yang kurang bersih maka kesihatan mereka akan mudah terancam. Dalam jangka masa yang panjang, kita juga mungkin akan sakit kerongkong, kegatalan kulit, kemerahan mata dan sebagainya. Dengan itu, jelaslah  bahawa jerebu membawa kesan negatif kepada kesihatan orang ramai. Jika dilihat dari perspektif lain, masalah jerebu dapat menjejaskan flora dan fauna di negara kita. Apabila jerebu berlaku, kandungan karbon dioksida berlipat ganda daripada kandungan yang biasa, sebaliknya kandungan oksigen akan kurang daripada yang biasa. Hal ini disebabkan oleh proses fotosintesis yang terjejas akibat kandungan karbon dioksida yang berlebihan. Proses pernafasan yang melibatkan  penyerapan gas oksigen dan pembebasan gas karbon dioksida ini menyebabkan tumbuhan hijau tumbuh dengan lebih lama. Misalnya, pokok balak akan mengambil masa yang lebih panjang untuk matang.

Upload: wee-tit

Post on 10-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerjakursus Moral

8/8/2019 Kerjakursus Moral

http://slidepdf.com/reader/full/kerjakursus-moral 1/12

KESAN JEREBU 

Dalam mendepani realiti baru dunia yang pantas berubah, rakyat Malaysia telah

digemparkan lagi dengan berita Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Kuala

Lumpur yang meningkat secara mendadak akibat berlakunya jerebu. Keadaan jerebu

di Malaysia yang berlaku secara tahunan telah menjadi suatu kebiasaan bagi  penduduk di bandar raya besar tersebut. Keadaan jerebu bertambah serius akibat

  berlakunya fenomena El-Nino. Persoalannya, apakah faktor dominan berlakunya

  jerebu? Adakah pihak kerajaan sahaja yang memainkan peranan penting dalam

mengatasi masalah jerebu ini? Masalah jerebu telah mendatangkan pelbagai impak 

yang negatif kepada negara kita dan juga rakyat kita.

Antara kesan negatif yang disebabkan oleh jerebu ialah kualiti udara negara

kita akan terjejas. Udara negara kita yang segar dan bersih akan dipenuhi oleh debu

dan asap setiap kali jerebu melanda sehinggalah jarak penglihatan mendatar yang

dahulunya sejauh 2 kilometer menjadi 50 meter. Sebagai contoh, pada bulan Ogos

2005, negara kita dilanda jerebu yang paling teruk dalam sejarah negara kita, di manaIndeks Pencemaran Udara (IPU) di Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang mencecah

lebih 500 buat kali pertama di Malaysia sehingga darurat diisytiharkan di kedua-dua

kawasan.

Jerebu juga boleh menyebabkan masalah kesihatan rakyat. Golongan yang

lebih lemah seperti kanak-kanak dan warga tua mudah jatuh sakit. Hal ini berlaku

kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin rendah.

Misalnya, pesakit-pesakit asma dan penyakit respiratori mudah diserang penyakit

 pernafasan lain. Hal ini berlaku kerana pernafasan mereka menjadi tidak baik dan

ditambah pula udara yang kurang bersih maka kesihatan mereka akan mudah

terancam. Dalam jangka masa yang panjang, kita juga mungkin akan sakit

kerongkong, kegatalan kulit, kemerahan mata dan sebagainya. Dengan itu, jelaslah

 bahawa jerebu membawa kesan negatif kepada kesihatan orang ramai.

Jika dilihat dari perspektif lain, masalah jerebu dapat menjejaskan flora dan

fauna di negara kita. Apabila jerebu berlaku, kandungan karbon dioksida berlipat

ganda daripada kandungan yang biasa, sebaliknya kandungan oksigen akan kurang

daripada yang biasa. Hal ini disebabkan oleh proses fotosintesis yang terjejas akibat

kandungan karbon dioksida yang berlebihan. Proses pernafasan yang melibatkan

  penyerapan gas oksigen dan pembebasan gas karbon dioksida ini menyebabkan

tumbuhan hijau tumbuh dengan lebih lama. Misalnya, pokok balak akan mengambil

masa yang lebih panjang untuk matang.

Page 2: Kerjakursus Moral

8/8/2019 Kerjakursus Moral

http://slidepdf.com/reader/full/kerjakursus-moral 2/12

USAHA MEMBENDUNG KENAIKAN HARGA BARANG 

Kebelakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita. Kenaikan ini

menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin bertambah. Bagi golongan yang

hidup  seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang  atau kurang berada

ini, kenaikan ini sudah pasti menimbulkan beban kepada mereka. Terdapat beberapalangkah yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menghadapi kenaikan ini, bak 

kata pepatah, ingat sebelum kena jimat sebelum habis.

Satu daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah ini ialah

setiap rakyat Malaysia perlulah mempraktikkan amalan berjimat cermat. Amalan ini

dapat dilaksanakan dengan mengurangkan perbelajaan atau ikat perut . Sebagai

contohnya, jika pada suatu ketika dahulu kita berbelanja sebanyak 100 peratus,

 perbelanjaan tersebut hendaklah dikurangkan kepada 50 atau 60 perataus sahaja.

Wang selebihnya hendaklah kita simpan. Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan

 pengaliran wang di pasaran dan seterusnya dapat mengurangkan permintaan terhadap

sesuatau barangan sekali gus dapat mengurangkan kenaikan harga barang.Selain itu, ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang perbelanjaan

keluarga dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan

yang sebenarnya. Hal ini bermaksud barang-barang yang tidak diperlukan hendaklah

diketepikan. Sebagai contohnya, setiap ahli keluarga hendaklah menangguhkan

 pembelian pakaian yang berjenama mahal, peralatan perabot, dan sebagainya. Mereka

hendaklah menumpukan pembelian barangan keperluan utama seperti beras, gula,

tepung, dan sebagainya.

Di samping itu, semua ahli masyarakat hendaklah memboikot barang-barang

di pasaran yang harganya naik secara mendadak. Dalam hal ini, masyarakat

hendaklah bersatu hati seperti yang terungkap dalam pepatah Melayu, iaitu bersatu

teguh bercerai roboh. Sebagai contohnya, masyarakat janganlah membeli ayam

daging di pasar yang mengalami kenaikan harga yang tidak munasabah. Apabila

 pembeli memboikot pembelian terhadap ayam daging tersebut dalam tempoh tertentu,

harga ayam tersebut akan turun kembali.

Bukan itu sahaja, pihak kerajaan pula hendaklah sentiasa membuat

 pemantauan dan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang

menaikkan harga barangan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak kerajaan.

Pegawai yang bertanggungjawab hendaklah mengadakan lawatan secara mengejut

dari semasa ke semasa untuk memastikan penjual mematuhi peraturan yang telah

ditetapkan atau tidak bersikap seperti lintah darat . Tindakan ini akan menyebabkan

mereka tidak berani untuk mengambil kesempatan dalam suasana negara menghadapikemelut kenaikan harga minyak.

Page 3: Kerjakursus Moral

8/8/2019 Kerjakursus Moral

http://slidepdf.com/reader/full/kerjakursus-moral 3/12

KELUARGA IMPIAN SAYA 

"Rumahku, syurgaku". Kenyataan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli

keluarga dalam kehidupan seseorang. Keluarga impian saya ialah keluarga bahagia.

Apakah ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah keluarga bahagia? Cuba fikirkan

sejenak! Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, setiap individu harus memikuldan melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan keluarga bahagia.

Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan

kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan

sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada

anak-anak.  Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan

mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya.

Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak 

untuk membezakan “yang mana intan, yang mana kaca” . Ibu bapa harus

memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak.

Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecillagi, bak kata pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya” . Seseorang yang

tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti “kapal 

tanpa nakhoda”. 

Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak hendaklah menuruti ajaran

ibu bapa. Anak-anak harus belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan keputusan

cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan

menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang

tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya. Anak-

anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti

“kacang lupakan kulit”. Anak-anak janganlah lupa bahawa ibu bapalah yang

mendidik, membimbing, dan menjaga mereka. Kalau bukan ibu bapa, siapakah kita?

Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli

keluarga saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-

ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan

 perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmoni, aman dan damai.

 Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia.

Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-

 juta batu-bata. Keluarga bahagia banyak memerlukan unsur juga. Contohnya, kasih

sayang, kerjasama, toleransi dan sebagainya. “Rumahku, syurgaku.” Keluarga

 bahagia ialah keluarga impian saya.

Page 4: Kerjakursus Moral

8/8/2019 Kerjakursus Moral

http://slidepdf.com/reader/full/kerjakursus-moral 4/12

KESAN PEMANASAN GLOBAL Bumi kini sedang mengalami “demam panas” akibat pemanasan global yang turut

membawa bersamanya iklim dunia yang semakin kucar-kacir. Bagi kebanyakan

orang, perubahan iklim dan pemanasan global lebih banyak mengganggu ekonomi

 berbanding dengan kesihatan diri. Walau bagaimanapun, kesan pemanasan global

 jauh lebih mendalam dan akan meninggalkan kesan kepada semua penduduk dunia.Mungkin juga ada antara kita yang melihat mereka yang terbunuh akibat bencana

alam seperti taufan, banjir dan cuaca panas sebagai malang.

Tetapi, bagaimanakah pula bagi mereka yang terselamat? Adakah mereka

 bebas daripada sebarang ancaman kesihatan selepas terselamat daripada lemas, mati

kesejukan atau dehidrasi? Percaya atau tidak, peningkatan suhu bumi telah

membunuh lebih satu juta orang di seluruh dunia sejak tahun 2000 sama ada secara

langsung ataupun tidak. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengeluarkan

 perangkaan tersebut menjelaskan separuh daripada jumlah kematian itu berlaku di

Asia Pasifik, benua yang paling padat penduduk. Selain itu, jumlah berkenaan belum

ditambah dengan 800,000 lagi mangsa yang terbunuh akibat pencemaran udara setiap

tahun.

Pemanasan global berpunca daripada pencemaran udara yang meningkatkan

  jumlah gas-gas karbon yang turut dikenali sebagai gas rumah hijau di dalam

atmosfera bumi. Haba matahari yang pada kebiasaannya dapat dipantulkan ke

  permukaan bumi kembali ke angkasa lepas kemudiannya terperangkap dan

menyebabkan suhu bumi semakin meningkat. Akibatnya, ais di kutub-kutub mula

mencair dan meningkatkan paras air laut sehingga menenggelamkan sesetengah pulau

kecil dan menghakis permukaan tanah besar.

Kesan masalah ini akan terus berpanjangan dan akan semakin teruk jika terus

diabaikan atau gagal dikawal. Akibatnya, generasi seterusnya yang akan menanggung

kesan penuh kerakusan generasi kini mencemarkan alam sekitar semata-mata untuk kekayaan dan kemajuan ekonomi. Sebarang bentuk perubahan melampau pasti akan

memberi kesan paling buruk kepada bayi, kanak-kanak dan warga emas yang sering

dilihat menjadi mangsa pertama kejadian bencana.Rakyat Malaysia mungkin dapat

menyesuaikan diri dengan suhu yang tinggi dan panas terik memandangkan sudah

 biasa dengan iklim tropika.

Tanggungjawab memulihara alam sekitar perlu dipikul oleh semua penduduk 

dunia dan tidak sepatutnya dibiarkan kepada kerajaan atau pertubuhan-pertubuhan

dunia. Walaupun hanya dengan sumbangan kecil seperti tidak membuat pembakaran

terbuka dan mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor oleh sebanyak mungkin

individu, setidak-tidaknya kita dapat membantu mengawal pemanasan global. Sayangidan cintailah bumi kita demi kesejahteraan dan keharmonian kehidupan generasi akan

datang.

Page 5: Kerjakursus Moral

8/8/2019 Kerjakursus Moral

http://slidepdf.com/reader/full/kerjakursus-moral 5/12

FAKTOR JEREBU Fenomena jerebu ini seolah-olah telah termaktub dalam takwim ramalan cuaca negara

kerana telah acapkali melanda negara kita. Pada tahun 2007, kebakaran hutan di

Sumatera dan Kalimantan telah menyebabkan jerebu yang teruk di Semenanjung

Malaysia terutamanya di sekitar Lembah Kelang. Di samping itu, Kuala Selangor dan

Pelabuhan Kelang telah diiystiharkan darurat kerana Indeks Pencemaran Udara (IPU)di kedua-dua kawasan itu telah melebihi 500, iaitu tahap darurat.

Faktor dominan yang menyumbang kepada masalah jerebu ialah pembakaran

hutan secara besar-besaran. Sebenarnya, keadaan cuaca di kawasan hutan hujan

tropika memang terlalu panas sehingga boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan

terbakar dengan sendirinya akibat suhu meningkat . Hal ini berlaku demikian kerana

fenomena pemanasan global yang sedang berlaku di muka bumi ini. Di negara jiran

kita, Indonesia pembakaran hutan sering berlaku kerana pihak Indonesia ingin

membina infrastruktur yang baharu seperti bangunan, sekolah dan lebuh raya. Apabila

angin bertiup dari Sumatera ke Malaysia, angin tersebut akan membawa jerebu

 bersama-sama ke negara kita.

Seterusnya, masyarakat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa

kawalan juga menyebabkan keadaan jerebu menjadi-jadi. Sesetengah rakyat negara

 pula melakukan pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Ada

 pula sesetengah petani yang membakar jerami padi untuk membersihkan kawasan

sawahnya sebelum melakukan penanaman semula. Mereka tidak sedar bahawa asap

dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup angin

dan meliputi kawasan yang amat luas. Kesannya, pembakaran terbuka ini melepaskan

asap ke udara dan mengakibatkan jerebu.

Selain itu, masalah jerebu juga berpunca daripada kegiatan industri yang

tidak terkawal. Hal ini berlaku demikian kerana sesebuah negara banyak bergantung pada bidang perindustrian yang mengaut keuntungan yang lumayan demi kemajuan

negara. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk mendapatkan

alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka

sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen

yang boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Pelepasan asap kilang yang tidak 

terkawal dan tidak mengikut prosedur tertentu akan memburukkan keadaan jerebu di

negara kita lagi.

Jerebu merupakan fenomena alam yang memberi kesan yang buruk kepada

manusia. Kita tidak wajar hanya akur dengan arus yang songsang ini, sebaliknya

langkah-langkah efektif perlu diambil sebelum kemelut tersebut berada di luar kawalan. Oleh itu, semua wargabumi haruslah berganding bahu untuk menyelesaikan

masalah berjerebu di Malaysia yang semakin serius supaya masyarakat sejagat dapat

hidup dengan selamat.

(375p)

Page 6: Kerjakursus Moral

8/8/2019 Kerjakursus Moral

http://slidepdf.com/reader/full/kerjakursus-moral 6/12

Amalan berjimat cermat dan menabung.

............Amalan berjimat cermat merupakan sikap yang mulia dan seharusnya

dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan harga

 barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di

  pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan diri dan keluarga. Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu

diambil untuk menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

............Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk mengalakkan

rakyat Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanmkan sikap rajin

menabung. Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung

dalam kalangan pengguna. Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

ialah contoh kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya

 perancangan masa depan.

............Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak 

sejak dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah

iaitu menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakansimpanan mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga

 boleh membuka akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank 

Simpanan Nasional dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

............Masyarakat juga hendaklah prihatin akan peranan skim-skim saham amanah.

Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu

Saham Amanah bagi memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna. Oleh

itu, masyarakat hendaklah sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan

seterusnya mendapat dividen yang diagihkan pada setiap tahun. Hal ini pasti akan

mendatangkan kebahagiaan kepada masyarakat kerana masyarakat yang bahagia

mempunyai masa depan yang terjamin.

...........Sebelum membeli barangan, perancangan yang teliti hendaklah dilakukan

terlebih dahulu. Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan. Perbelanjaan

  berhemat ini wajar dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan

masyarakat hendaklah membeli barangan mengikut keperluan, bukan mengikut nafsu.

............Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan

masyarakat yang bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang

mencukupi dan sudah tentu untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti

kata tokoh Mahatma Gandhi, berfikirlah untuk hari esok, namun bertindaklah hariini. Oleh yang demikian, pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan

 berjimat cermat menjadi budaya masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkatumur.

(341p)

Page 7: Kerjakursus Moral

8/8/2019 Kerjakursus Moral

http://slidepdf.com/reader/full/kerjakursus-moral 7/12

Bagaimana Menjadi Pengguna Bijak 

Keperluan membentuk kesedaran dalam kalangan para pengguna demi memantapkan

ekonomi negara adalah satu agenda yang berkepentingan tinggi dalam usaha kerajaan

untuk melaksanakan suatu aliran “Pengguna Perkasa”. Jika pada suatu masa dahulu, penjual, pembekal atau pun pengilang boleh bertindak menaikkan harga sesuatu

  barangan di pasaran terutamanya apabila menjelang sesuatu musim perayaan

mengikut suka hati mereka, hari ini dengan kesedaran dalam kalangan pengguna

khususnya bahawa kekuatan sebenarnya berada dalam tangan pengguna sendiri.

Kegiatan yang tidak bertanggungjawab ini, jika tidak dibendung dengan berkesan

akhirnya akan membahayakan ekonomi negara dan akibatnya masyarakat juga yang

akan menanggung rugi.

............Jika pengguna terasa ditipu dengan sesuatu produk, maka pengguna boleh

 bertindak memboikot barangan berkenaan. Tindakan ini akhirnya akan memberi

kesan kewangan negatif kepada syarikat pembuat barangan berkenaan, dan ini akan

memberi kesedaran kepada mereka tentang “kuasa pengguna”. Kesedaran dankeprihatinan ini perlu datang daripada para pengguna sendiri. Pada Oktober 2007,

rakyat Itali telah memboikot keluarangan barang-barang “pasta” apabila harga

makanan ini naik melebihi 20 peratus dalam masa seminggu. Hasil daripada tindakan

ini pengeluar “Pasta” terpaksa akur kepada sentimen “kuasa pengguna” Itali, dan

menurunkan semula kadar harga barangan berkenaan. Mekanisma penyebab pada

kenaikan harga barangan sememangnya berhubung rapat antara satu sama lain.

............Manusia memerlukan tiga perkara asas untuk kehidupan iaitu makanan,

 pakaian dan tempat tinggal. Akibat krisis bekalan makanan yang gagal dikawal, akan

membawa kepada kemelut kenaikan harga bekalan makanan di pasaran dan ini akan

akhirnya menyebabkan berlakunya inflasi pada ekonomi sesebuah negara. Oleh itu,

  pemantauan dan usaha berterusan perlu diperhebatkan lagi dalam usaha untuk 

menangani apa-apa jua krisis bersangkutan yang berkemungkinan akan timbul pada

masa depan. Kita sebagai pengguna bijak adalah agen pemerhati harga barangan di

 pasaran yang paling efektif untuk membantu pihak kerajaan memantau pergerakan

harga-harga pasaran.

.......

.....Tindakan-tindakan ini telah berjaya mengawal kestabilan harga barangan di

  pasaran dan juga dengan bantuan padu beberapa agensi berwajib yang lain, telah

dapat mengurangkan kadar aktiviti penyeludupan bahan makanan ke negara jiran.

Hasil daripada pemantauan berterusan dan beberapa lagi langkah susulan proaktif kerajaan, kebajikan dan kesejahteraan kita sebagai pengguna telah dapat dimantapkan

lagi. Dengan terlaksananya perubahan-perubahan kritikal ini, telah dapat membantu

untuk memangkinkan lagi ekonomi negara. Justeru marilah kita sebagai pengguna

 bersama-sama memupuk kesedaran tentang hak-hak kita,

(360

Page 8: Kerjakursus Moral

8/8/2019 Kerjakursus Moral

http://slidepdf.com/reader/full/kerjakursus-moral 8/12

Kejadian Buli Dalam Kalangan Remaja

............Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras

ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh

seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini,kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah

mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak 

seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.

..........

Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’ .Terdapat

 pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras

kemelut ini. Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga

 pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah

dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam,

Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa

  perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara

mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.

........

.. para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk 

membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau

menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak 

sekolah dengan segera..Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki

melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah

yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah

harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak 

mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang

lain.

............Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk 

membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada

anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana

 pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut

diikuti...Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan

sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan

anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang

sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan.

............Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang inginmelahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal

sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga

akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya.

(370p)

Page 9: Kerjakursus Moral

8/8/2019 Kerjakursus Moral

http://slidepdf.com/reader/full/kerjakursus-moral 9/12

Amalan Gaya hidup Sihat

..........Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang

membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara

contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpamengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu

tempoh tertentu pula. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk 

mencapai matlamat ini.

..........

Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu bentuk pemakanan

yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, orang ramai

lebih suka mengambil makanan yang bersifat mudah seperti mengamalkan

 pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera. Hal ini boleh mendatangkan

 pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, darah tinggi ataupun kencing manis

yang juga menjadi punca kematian tertinggi di negara kita. Orang ramai juga mesti

menjauhi amalan buruk seperti merokok atau meminum arak kerana kesannya amatmembahayakan.

..........

Selain itu, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang

dijalani oleh seseorang lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti

seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari bersendirian atau bersama-sama

keluarga ketika hujung minggu. Mereka yang gemar bersukan biasanya memiliki

  badan yang sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan orang yang jarang

 bersukan.

Persekitaran yang bersih perlu dijadikan amalan dan gaya hidup agar kita

terhindar daripada sebarang penyakit. Umpamanya, orang ramai digalakkan

mengadakan gotong-royong untuk membersihkan kawasan taman perumahan dengan

membersihkan sampah-sarap atau memastikan kawasan persekitaran mereka sentiasa

  bersih. Amalan seperti ini dapat mengelakkan pembiakan agen-agen pembawa

 penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya. Tempat-tempat pembiakan

nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu bunga ataupun tempat

takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun ditukar..

Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat ini boleh diperoleh menerusi semua

amalan yang dipaparkan tadi. Gaya hidup sihat hanya boleh dicapai sekiranya

masyarakat mengamalkan semua aspek kehidupan berlandaskan ciri-ciri manusiasihat.

(290p)

Page 10: Kerjakursus Moral

8/8/2019 Kerjakursus Moral

http://slidepdf.com/reader/full/kerjakursus-moral 10/12

Semangat kejiranan

.............Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat

terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnyasemangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan

 pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk 

memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya.

.............Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga

di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal

keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan

  pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat

kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang

terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.

.............Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis

yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluargamampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah

mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya,

semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini.

.............Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen

kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan

iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu

ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan

 berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka.

Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk 

semangat mulia ini.

.............Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah.

Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara

 penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam

sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang

 baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita.

.............Kepentingan semangat ini sudah pasti dalam mewujudkan semangat

 perpaduan. Dalam masyarakat berbilang kaum yang wujud di negara ini pemupukan

konsep perpaduan amat strategik. Sesuatu masyarakat sesebuah negara itu terbentuk 

daripada individu yang saling berjiran sebelum berkembang menjadi satu umah. Oleh

itu, semangat kejiranan menjadi titik tolak pembentukan konsep perpaduan nasional.

............Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapakaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan

semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua

harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?

Page 11: Kerjakursus Moral

8/8/2019 Kerjakursus Moral

http://slidepdf.com/reader/full/kerjakursus-moral 11/12

Penderaan Kanak-kanak 

Anak-anak merupakan anugerah tuhan yang amat berharga kepada setiap

 pasangan suami isteri. Mereka merupakan penyambung zuriat dan pewaris sesebuah

keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang tuhan berikan kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah

tangga dengan hilai tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih

sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun, sekarang kita telah mendengar 

 pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa

sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen.

Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak 

ini. Antaranya ialah, bagi ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi

tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja dibawa balik ke rumah

dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa.

Tabiat anak-anak yang masih kecil memang sentiasa merengek kerana mereka

 perlukan perhatian daripada ibu bapa.Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana

masalah kewangan yang dihadapi oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan

yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka bertindak ganas terhadap

anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah

semestinya anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat

menyedihkan kerana anak-anak tidak sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia

mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan.

Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah

tangga yang berlaku seperti pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan

gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih garang dan mengabaikan

tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya

 pergaduhan antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa

 pergaduhan.

Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas

seperti mengenakan hukuman yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja

yangmendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang boleh

menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi

akibat perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.

Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang

dilarang keras oleh agama. Hal ini kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan

untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang dan memusnahkanketurunan kita sendiri.

Page 12: Kerjakursus Moral

8/8/2019 Kerjakursus Moral

http://slidepdf.com/reader/full/kerjakursus-moral 12/12

PERANAN IBU BAPA DALAM KEJAYAAN ANAK-ANAK  

Keluarga boleh ditakrifkan sebagai kaum kerabat atau sanak saudara yang saling

mengasihi, mencintai dan bersifat belas kasihan terhadap saudaranya yang lain.Tambahan pula, keluarga merupakan aset terpenting dalam kehidupan setiap insan.

Seseorang yang tidak mempunyai keluarga, iaitu hidup sebatang kara, tidak 

mempunyai tempat bergantung untuk menumpang kasih serta hidup bagaikan layang-

layang terputus tali.

Antara peranan daripada keluarga ialah kepimpinan melalui teladan. Anak-anak akan

lebih terdorong untuk mengikut jejak langkah kejayaan ibu bapa mereka kerana ibu

 bapa lebih mengenali dan rapat dengan anak-anak . Ibu bapa yang berjaya akan

menjadi idola dan inspirasi untuk kecemerlangan anak-anak. Tambahan pula,

kejayaan ibu bapa akan menyebabkan anak-anak cuba mememotivasikan diri mereka

sekali gus merubah kehidupan mereka agar berjaya atau lebih berjaya daripada ibu

  bapa mereka. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan ibu bapa yang berjaya

mempunyai anak-anak yang berpotensi untuk berjaya seperti mereka.

Malah, pada realitinya, ibu bapa sanggup memerah keringat, membanting

tulang dan bekerja keras dengan tulang empat kerat mereka agar memperoleh

 pendapatan yang lumayan dan mewah. Hal ini kerana ibu bapa mahu memberikan

kemudahan dan keselesaan yang secukupnya kepada anak-anak    bagai menatang

minyak yang penuh. Semua ibu bapa menginginkan kejayaan daripada anak-anak 

supaya anak-anak mempunyai masa depan yang cerah. Mereka tidak mahu anak-anak 

mereka hidup susah.Sebagai contoh, ibu bapa yang tidak berkemampuan terpaksa kais

  pagi makan pagi, kais petang makan petang semata-mata untuk membiayai

 persekolahan anak-anak mereka.

Dorongan daripada keluarga merupakan faktor terpenting kejayaan anak-anak.

Rentetan itu, ibu bapa serta ahli keluarga yang lain wajarlah bersatu padu bagai aur 

dengan tebing dan sama-sama berusaha seperti hati gajah sama dilapah, hati kuman

sama dicecah untuk merealisasikan impian murni mereka. Marilah kita buktikan

kepada dunia bahawa pemikiran rakyat Malaysia tercinta ini tidak lagi dibelenggu

atau tidak lagi umpama katak di bawah tempurung, malah telah bertamadun dalam

menuju era globalisasi untuk berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara

lain.