kajian lapangan geografi stpm khs 2010 - kump 3

15
SMK TINGGI KAJANG SEKOLAH PUSAT TINGKATAN ENAM KERJA KURSUS GEOGRAFI TEMA 2 : PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR PUSAT PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN GAJAH KUALA GANDAH, LACHANG, PAHANGKUMPULAN 3 MUHAMMAD SAIFULLAH MUHAMMAD BAZLI NOOR SHAHIRA NOR HIDAYAH NOR FUZIATY NADIAH Ringkasan Eksekutif

Upload: cikgunikmie

Post on 19-Jun-2015

729 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 3

SMK TINGGI KAJANG

SEKOLAH PUSAT TINGKATAN ENAM

KERJA KURSUS GEOGRAFITEMA 2 : PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK

ALAM SEKITAR

“PUSAT PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN GAJAH KUALA GANDAH, LACHANG, PAHANG”

KUMPULAN 3

MUHAMMAD SAIFULLAHMUHAMMAD BAZLI

NOOR SHAHIRANOR HIDAYAHNOR FUZIATY

NADIAH

Page 2: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 3

Ringkasan Eksekutif

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah yang ditubuhkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) ialah untuk melindungi gajah-gajah yang terancam dari kepupusan. Selain itu, pusat pemeliharaan ini menggalakkan kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah. Gajah ini turut dilatih dan digunakan untuk memindahan gajah-gajah liar dari kawasan-kawasan yang bermasalah diseluruh Semenanjung Malaysia.

Melalui hasil kajian yang dijalankan, terdapat pelbagai jenis aktiviti pelancongan yang dikenal pasti di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah. Antaranya ialah perkhidmatan resort dan chalet, perkhidmatan pemandu pelancong, pengangkutan dan telekomunikasi. Selain itu, aktiviti pelancongan seperti aktiviti riadah dan rekreasi turut dijalankan bersama gajah. Contoh aktivitinya ialah mandi dan menunggang bersama gajah serta memberi makan kepada gajah.

Dalam menilai sumbangan ekonomi pelancongan terhadap sosioekonomi penduduk setempat mendapat peluang pekerjaan. Penduduk setempat dapat memasarkan hasil pertanian mereka dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka dengan adanya kemudahan pengangkutan serta jalan raya. Selain itu, peluang pekerjaan menerusi pewujudan rumah-rumah penginapan, homestay dan chalet yang dibina bagi kemudahan pelancong turut diusahakan oleh penduduk setempat. Tambahan pula, peluang pekerjaan dari perniagaan kedai makan dan kedai cenderahati seperti kraf tangan dari buluh, rotan, dan damar yang diusahakan oleh penduduk setempat.

Walau bagaimanapun, terdapat kesan dalam mengenalpasti aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar fizikal. Kesan yang dikenal pasti ialah penarahan dan perataan bukit. Hal ini berlaku akibat daripada aktiviti penebangan pokok untuk pembalakan. Secara tidak langsung, ini menyebabkan berlakunya gondolan dan hakisan tanah. Selain itu, kesan pembinaan pembangunan seperti penempatan, jalan pengangkutan dan chalet turut memberi kesan hakisan tanah. Kesan aktiviti penebangan dan pembinaan ini turut menganggu rantaian makanan dan menjejaskan habitat flora dan fauna di kawasan itu.

Oleh itu, dalam mencadangkan langkah mencegah masalah kegiatan ekonomi pelancongan kesan daripada aktiviti pelancongan ialah lebih menyediakan kemudahan asas yang cukup seperti tempat membuang sampah, kemudahan telekomunikasi seperti pondok telefon supaya mudah untuk menghubungi pihak yang berkenaan apabila kecemasan serta kemudahan pengangkutan. Selain itu, mengadakan kempen kesedaran seperti langkah menjaga kebersihan kawasan pelancongan, menguruskan sisa pelancongan secara teratur, memelihara kualiti alam sekitar setempat, dan lain-lain agar kawasan pelancongan tersebut sentiasa menarik, ceria, dan indah untuk terus dikunjungi oleh pelancong.

Page 3: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 3

SENARAI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGHARGAAN 3

2.0 PENDAHULUAN 4

3.0 OBJEKTIF KAJIAN 5

4.0 KAEDAH KAJIAN 6

5.0 HASIL KAJIAN 7-10

6.0 LAMPIRAN 11-13

7.0 RUMUSAN 14

8.0 RUJUKAN 15

Page 4: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 3

1.0 PENGHARGAAN

Syukur kepada Allah kerana dengan limpah dan rahmatNya kami berjaya menyiapkan kajian ini dengan sempurna. Penghargaan ini juga kami tujukan kepada kedua ibu bapa kami kerana telah memberi dorongan dan galakan kepada kami disamping memberi bantuan dari segi kewangan bagi membolehkan kami menyiapkan kajian ini dengan sempurna.

Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada En. Nik Suhaimi yang merupakan guru pembimbing dan guru matapelajaran geografi kami kerana dengan bantuan dan paduan yang diberikan telah membolehkan kami menjalankan kajian ini mengikut format yang telah ditetapkan.

Akhir sekali kami juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan yang lain kerana sudi berkongsi maklumat dan sekaligus membantu kami dalam melaksanakan tugasan kami. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan folio ini.

Sekian, terima kasih…

Page 5: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 3

2.0 PENDAHULUAN

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah telah ditubuhkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada tahun 1989. Pusat ini merupakan ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah yang telah wujud sejak tahun 1974. Pusat ini juga merupakan tempat perlindungan bagi beberapa ekor gajah denak dan liar. Menurut jangkaan, terdapat hanya kira-kira 1,200 ekor gajah Asia liar atau ‘Elephus Maximus’ yang tinggal di Malaysia dan pusat ini merupakan satu-satunya tempat yang berfungsi memindahkan gajah liar yang telah kehilangan habitat semulajadinya.

Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan orang ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di Malaysia. Selain itu, pusat pemuliharaan ini menggalakkan kajian dan penyelidikan berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah. Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah tempatan yang dibawa masuk daripada Thailand dan Myanmar. Gajah-gajah ini dilatih dan digunakan untuk memindahkan gajah-gajah liar dari kawasan-kawasan yang bermasalah di seluruh Semenanjung Malaysia. Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya untuk memastikan anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya terus hidup. 

 

Page 6: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 3

3.1 OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya kajian ini dijalankan untuk:

1. Mengenalpasti jenis-jenis aktiviti pelancongan di Pusat Pemuliharaan Gajah di Kuala Gandah.

2. Menilai sumbangan kegiatan ekonomi pelancongan terhadap sosioekonomi penduduk setempat.

3. Mengenalpasti kesan aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar fizikal setempat.

4. Mencadangkan langkah-langkah mencegah masalah kegiatan ekonomi pelancongan kesan dari daripada aktiviti pelancongan.

Page 7: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 3

4.0 KAEDAH KAJIAN

Kajian ini dijalankan mengikut empat kaedah yang berikut:

1. Kaedah merujuk buku, ekslopedia, dan keratan akhbar – Rujukan dibuat melalui buku Geografi Manusia dan keratan akhbar dari Utusan Malaysia.

2. Kaedah pemerhatian - Pemerhatian dilakukan terhadap kesan yang berlaku akibat daripada aktiviti pelancongan di Kuala Gandah. Pemerhatian dijalankan dengan menggunakan alat penangkapan gambar.

3. Kaedah menemubual - Kaedah menemubual ini dijalankan untuk mengetahui tentang aktiviti ekonomi pelancongan dari penduduk setempat khususnya penempatan Orang Asli seperti Che Wong dan Jah Hut.

.4. Kaedah merujuk laman web iaitu ‘google’ atau ‘yahoo’.

Page 8: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 3

5.0 HASIL KAJIAN

5.1 Jenis-jenis aktiviti pelancongan

Berdasarkan kepada hasil kajian yang telah dijalankan terdapat beberapa jenis aktiviti pelancongan yang disediakan iaitu :

Dalam mengenalpasti jenis-jenis aktiviti pelancongan di Pusat Pemuliharaan dan Pemeliharaan Gajah di Kuala Gandah. Jenis aktiviti pelancongan yang ada di Kuala Gandah ialah aktiviti pelancongan seperti perkhidmatan resort dan chalet. Terdapat beberapa buah resort dan chalet yang dibina untuk kegunaan pelancong. Selain itu, jenis aktiviti pelancongan di Kuala Gandah ialah adanya perkhidmatan pemandu pelancong, pengangkutan, dan telekomunikasi yang memberi maklumat atau informasi tentang gajah. Seterusnya aktiviti pelancongan seperti aktiviti riadah dan rekreasi ada dijalankan di Kuala Gandah yang melibatkan aktiviti gajah, contohnya mandi bersama gajah, memberi gajah makan dan menunggang gajah. Aktiviti ini dapat mengeratkan lagi rasa kasih terhadap gajah dan lebih mengenali jenis kehidupan ini.

Page 9: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 3

5.2 Sumbangan kegiatan ekonomi pelancongan.

Berdasarkan kepada hasil kajian yang telah dijalankan terdapat beberapa sumbangan aktiviti pelancongan yang disediakan iaitu :

Sumbangan kegiatan ekonomi pelancongan terhadap sosioekonomi penduduk setempat ialah dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada masyarakat Orang Asli terutamanya masyarakat Orang Asli Che Wong dan Jah Hut melalui perjawatan Pekerja Khidmat Singkat, pengawal keselamatan dan kerja-kerja pembangunan yang dilaksanakan di pusat ini yang melibatkan sehingga RM850,000. Selain itu, peluang pekerjaan menerusi pewujudan rumah-rumah penginapan, homestay, chalet yang dibina bagi kemudahan pelancong dan diusahakan oleh penduduk setempat. Kini terdapat sepuluh buah homestay dan tujuh buah chalet untuk kegunaan pelawat. Tambahan pula, perniagaan seperti kedai makan dan kedai cenderahati yang diusahakan oleh penduduk setempat seperti krat tangan dari buluh, rotan, dan damar. Bagi aktiviti persembahan tarian sewang yang dianjurkan oleh masyarakat Orang Asli turut memberi pendapatan yang dianggarkan lebih kurang RM100-200 sehari. Dengan adanya kemudahan pengangkutan dan jalan raya masyarakat Orang Asli dapat memasarkan hasil pertanian mereka dan seterusnya meningkatkan pendapatan mereka. Hal ini, dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan penduduk setempat. Sektor pelancongan ini turut menyumbang dalam menggalakkan pertumbuhan atau perkembangan ekonomi yang berkaitan seperti kraftangan dan lain-lain. Bagi sumbangan yang besar kepada pendapatan negara turut berlaku apabila pertukaran mata wang asing daripada pelancong asing. Hal ini berlaku kerana perbelanjaan yang dilakukan oleh pelancong asing dari luar negara seperti Jerman, Rusia, dan pelbagai negara lain.

Page 10: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 3

5.3 Kesan-kesan daripada aktiviti pelancongan.

Berdasarkan kepada hasil kajian yang telah dijalankan terdapat beberapa kesan daripada aktiviti pelancongan yang disediakan iaitu :

Bagi kesan aktiviti pelancongan yang berlaku di Kuala Gandah terhadap alam sekitar fizikal ini ialah kesan penarahan dan perataan bukit. Hai ini berlaku akibat daripada aktiviti penebangan pokok untuk pembalakan. Secara tidak langsung, ini menyebabkan berlakunya gondolan dan hakisan tanah. Selain itu, kesan pembinaan pembangunan seperti penempatan, jalan pengangkutan dan chalet turut memberi kesan hakisan tanah. Kesan aktiviti penebangan dan pembinaan ini turut menganggu rantaian makanan dan menjejaskan habitat flora dan fauna di kawasan itu. Kesan lain yang berlaku akibat pelancongan ialah pencemaran air. Hal ini akibat daripada hakisan tanah mengalir ke sungai.

Page 11: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 3

5.4 Langkah-langkah menangani kekangan di kawasan pelancongan tersebut.

Berdasarkan kepada hasil kajian yang telah dijalankan terdapat beberapa langkah yang perlu dijalankan untuk menangani masalah yang ada di kawasan pelancongan tersebut terus berlaku :

Langkah-langkah mencegah masalah kegiatan ekonomi pelancongan kesan daripada aktiviti pelancongan ialah lebih menyediakan kemudahan asas yang cukup seperti tempat membuang sampah, kemudahan telekomunikasi seperti pondok telefon supaya mudah untuk menghubungi pihak yang berkenaan apabila kecemasan serta kemudahan pengangkutan. Selain itu, mengadakan kempen kesedaran seperti langkah menjaga kebersihan kawsan pelancongan, menguruskan sisa pelancongan secara teratur, memelihara kualiti alam sekitar setempat, dan lain-lain agar kawasan pelancongan tersebut sentiasa menarik, ceria, dan indah untuk terus dikunjungi oleh pelancong.

Page 12: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 3

6.0 LAMPIRAN

Gajah yang berusia Lima tahun. Gajah ini bernama Siput.Gajah dewasa yang diberi makan oleh pekerja.

Page 13: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 3

Kesan terhadap alam sekitar fizikal akibat dari aktiviti pembinaan untuk pelancongan.

Pembinaan chalet.

Kawasan yang telah ditarah oleh aktiviti pembalakan dan penarahan bukit.

Penempatan Orang Asli Di Kuala Gandah.

Page 14: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 3

7.0 RUMUSAN

Pencemaran sungai yang berlaku akibat penarahan bukit.

Page 15: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 3

Pihak Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) juga menganjurkan program pendidikan persekitaran dan kesedaran awam Di samping itu, Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan turut memberi kesan pembangunan sosio-ekonomi, infrastruktur dan budaya terhadap masyarakat Orang Asli di kawasan berkenaan terutama akibat daripada penambahan bilangan pelawat ke Pusat ini setiap tahun. Masyarakat Orang Asli di Kuala Gandah telah mula melibatkan diri dalam perniagaan perkhidmatan ekopelancongan dan mendapat manfaat dari ekonomi pelancongan. Antara manfaat kepada masyarakat Orang Asli dan penduduk setempat termasuk: Secara keseluruhannya PKGK Kuala Gandah kini berada pada landasan yang betul bagi membolehkan ia menjadi destinasi ekopelancongan terkenal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pengurusan terbaik pusat ini berprinsipkan ekopelancongan dengan etika pelancongan lestari diutamakan supaya ianya berkeupayaan menjadikan lawatan ke PKGK satu pengalaman menarik dan berfaedah kepada pelancong dan ianya dapat menjana ekonomi ekopelancongan lestari kepada masyarakat setempat dan negara.

8.0 RUJUKAN

1. Haji Rusly Musa dan Nurashikin Abdullah, 2008. Teks Pra-U Geografi Alam Sekitar Manusia. PEARSON MALAYSIA SDN.BHD.

Page 16: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 3

2. Laman Web : 1) www.wildlife.gov.my2)www.pemataorangsali.com3)ww.arkid.com