kerja khursus geografi

37
KERJA KHUSUS PMR GEOGRAFI 23/2 NAMA : Nur Rosyahirah bt Rosman SEKOLAH : MRSM Tumpat KELAS : 3 Patriotik NO. MAKTAB : 10109 ANGKA GILIRAN : DB050 L108

Upload: najwa-ismadi

Post on 04-Aug-2015

78 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: kerja khursus geografi

KERJA KHUSUS PMR GEOGRAFI 23/2

NAMA : Nur Rosyahirah bt Rosman

SEKOLAH : MRSM Tumpat

KELAS : 3 Patriotik

NO. MAKTAB : 10109

ANGKA GILIRAN : DB050 L108

NO. I/C : 971009-05-5166

NAMA GURU : Puan Haslina bt Mustapa

Page 2: kerja khursus geografi

TAJUK KERJA KHUSUS

GEOGRAFI 2012TUGASAN 2: PERNIAGAAN PASAR

DI PEKAN KAMPUNG

NYALAS, ASAHAN,

MELAKA.

SENARAI KANDUNGAN.

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

Page 3: kerja khursus geografi

1. Tajuk

2. Senarai kandungan

3. Penghargaan

4. Pendahuluan

5. Objektif kajian

6. Kawasan kajian

7. Kaedah kajian

8. Dapatan kajian

8.1 Konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan kajian

8.2 Kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian

8.3 Faktor yang mempengaruhiperniagaan runcit di

kawasan kajian

8.4 Kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian

8.5 Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif di

kawasan kajian

9. Bahan grafik

10. Rumusan

11. Lampiran

12. Rujukan

13. Penilaian umum

Page 4: kerja khursus geografi

PENGHARGAAN

Page 5: kerja khursus geografi

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, saya

dapat menjalankan serta menyiapkan kerja khusus geografi ini dengan jayanya.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pengetua Maktab Rendah Sains MARA

Tumpat(MRSM), Puan Noora Roslily binti Mohd Adam kerana telah memberi kebenaran

kepada saya untuk menjalankan kerja khursus ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada guru matapelajaran geografi tingkatan 3, Puan

Haslina binti Mustapa dan Puan Wan Rhyna binti Wan Hussin kerana telah membantu dan

membimbing saya sepanjang menjalankan kajian kerja khusus ini.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada ibu saya, Puan Hasliza bunti Haji Mahyiden

kerana telah membantu saya untuk mencari bahan untuk kajian kerja khusus ini dan tidak

lupa juga kepada ayah saya, Encik Rosman bin Hamzah, yang sentiasa mendorong saya

menyiapkan kerja khusus ini.

Terima kasih yang tidak terhingga juga saya tujukan kepada rakan, Nur Hussnina binti

Mohd Dahalan, kerana sentiasa mengingatkan serta membantu saya dalam menjalankan kerja

khusus ini.

PENDAHULUAN

Page 6: kerja khursus geografi

1. Saya telah memilih untuk membuat tajuk kajian tentang perniagaan runcit iaitu pasar

malam yang diadakan pada setiap hari Jumaat di Pekan Nyalas, 77100, Asahan,

Melaka.

2. Saya pilih tajuk ini kerana pasar malam ini terletak tidak jauh dari rumah saya.

3. Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja khusus ini ialah bermula dari bulan

Februari sehingga bulan Jun iaitu kira-kira 3 bulan.

OBJEKTIF KAJIAN

Page 7: kerja khursus geografi

Objektif Kajian yang dijalankan ialah supaya pelajar dapat:-

1. Mendefinasikan konsep dan jenis perniagaan runcit di pasar malam pekan Nyalas.

2. Menghuraikan dan menjelaskan kepentingan perniagaan runcit di pekan Nyalas.

3. Menghuraikan dan menjelaskan faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di

pekan Nyalas.

4. Menghuraikan kesan negatif perniagaan runcit di pekan Nyalas.

5. Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan-kesan negatif perniagaan runcit

di pekan Nyalas.

6. Memupuk nilai mencintai alam sekitar dan meningkatkan semangat bekerjasama

untuk mengatasi masalah kesan negatif perniagaan runcit di pekan Nyalas.

KAWASAN KAJIAN

Page 8: kerja khursus geografi

1. Kajian ini telah dijalankan di pekan Nyalas , Asahan , Melaka.

2. Pasar malam ini diadakan pada setiap hari Jumaat bermula 5.00 petang hingga 10.00

malam. Pelbagai barangan dijual seperti pelbagai jenis makanan dan minuman,

pakaian, barangan dapur, aksesori wanita, barangan dapur seperti beras,bawang dan

lain-lain, daging dan banyak lagi.

3. Lokasi pasar malam ini ialah di pekan Nyalas, 77100 Asahan, Melaka.

4. Pekan Nyalas ini mempunyai bentuk muka bumi yang rata. Pekerjaan utama

penduduk ialah dalam sektor perniagaan, pertanian iaitu seperti peneroka di FELDA

dan sesetengahnya ada yang ada yang tidak bekerja seperti suri rumah.

5. Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 17km dari Bandar Jasin dan kira-kira 2km

sahaja dari tempat kejadian saya.

6. Kawasan kajian ini diketegorikan sebagai kawasan luar bandar.

Page 9: kerja khursus geografi

KAEDAH KAJIAN

Page 10: kerja khursus geografi

1. Pemerhatian –saya telah membuat pemerhatian di pasar malam ini untuk

mendapatkan maklumat tentang kajian yang dijalankan.

2. Temu bual- seterusnya saya telah menemubual beberapa orang penduduk kampung

untuk mengambil maklumat tentang perniagaan runcit di pasar malam pekan Nyalas.

3. Soal selidik- menyediakan 20 borang selidik yang perlu diisi oleh pengunjung pasar

malam yang akan saya soal penyelidikan nanti.

4. Rujukan- selain itu, saya juga membuat rujukan dengan melayari internet untuk

mendapatkan maklumat tambahan tentang perniagaan runcit di negara kita.

DAPATAN KAJIAN

Page 11: kerja khursus geografi

8.1 KONSEP DAN JENIS PERNIAGAAN RUNCIT DI KAWASAN KAJIAN.

Menurut laman web tentang perdagangan perniagaan runcit, tingkatan 4,perniagaan runcit

ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna terakhir dalam

kuantiti yang sedikit misalnya, untuk kegunaan di rumah atau pun keluarga.

Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian ialah perniagaan runcit kecil-kecilan

sahaja. Sebagai contohnya, menurut salah seorang peniaga yang berniaga sate di pasar malam

ini mengatakan bahawa modal permulaan perniagaan beliau tidaklah begitu tinggi dan mudah

diurus dan dikendalikan oleh beliau dan keluarganya sendiri. Cirri-ciri tersebut turut termasuk

dalam ciri-ciri perniagaan runcit kecil-kecilan dari laman web yang saya rujuk.

8.2 KEPENTINGAN PERNIAGAAN RUNCIT DI KAWASAN KAJIAN.

1. Menyediakan peluang pekerjaan

- perniagaan pasar minggu ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniaga-

peniaga kecil. Sebagai contohnya, peniaga makanan dan minuman, peniaga buah-buahan,

penjual daging dan ayam dan juga peniaga pakaian.

2. Meningkatkan taraf hidup/pendapatan penduduk.

- perniagaan pasar malam ini dapat memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk

meningkatkan pendapatan keluarga mereka.sebagai contoh, seorang peniaga sate boleh

memperolehi hasil pendapatan antara RM600 hingga RM1000 yang diperolehi daripada

perniagaan di pasar malam ini telah berjaya meningkatkan pendapatan keluarganya.

Dengan ini, taraf hidup mereka telah berjaya ditingkatkan.

3. Memudahkan penduduk tempatan membeli barangan.

Page 12: kerja khursus geografi

- pasar malam ini menyediakan pelbagai barangan dan pembeli tidak perlu ke bandar

Jasin.

- ini dapat menjimatkan masa dan kos penduduk di sekitar kawasan pekan Nyalas ini

kerana tidak perlu menggunakan kenderaan untuk pergi ke pasar malam ini.

4. Membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan tempatan.

- pasar malam ini memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memasarkan

barangan yang mereka hasilkan sendiri. Seperti contoh, penduduk yang menghasilkan

produk industri makanan dari FELDA, boleh memasarkan produk makanan mereka di

pasar malam ini.

5. Menyediakan barangan segar.

- kebanyakan pengunjung pasar malam gemar membeli di sini kerana barangan yang

dijual seperti sayur-sayuran dan buah-buahan merupakan hasil yang baru dipetik dari

kebun atau ladang. Sayur-sayuran kampung seperti pucuk paku, ulam-

ulaman(pegaga,pucuk ketereh, dan daun kaduk) dan kangkung adalah hasil tanaman

peniaga sendiri yang dipasarkan di pasar malam ini. Begitu juga dengan hasil laut,

seperti ikan, udang, sotong dijual dalam keadaannya yang masih segar.

Sebagai salah seorang penduduk Kampung Nyalas ini, saya berasa amat beruntung

dan bersyukur kerana dapat menikmati kemudahan pasar malam yang serba lengkap

ini.

Page 13: kerja khursus geografi

8.3 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERNIAGAAN RUNCIT DI KAWASAN

KAJIAN.

1. Governan

- Kerajaan telah menyediakan tapak-tapak perniagaan kepada peniaga yang ingin

menjalankan perniagaan.

2. Modal

- pasar malam ini tidak memerlukan modal yang besar. Kebanyakan peniaga

mengeluarkan modal kecil antara RM200 hingga RM300 sahaja untuk berniaga di

pasar malam ini.

3. Infrastruktur

- Antaranya,tapak perniagaan yang selesa dan strategik , tempat meletakkan kenderaan

yang luas, dan tempat pembuangan sampah yang sistematik.

4. Pertambahan penduduk

- Kebiasaannya pasar minggu ini menjadi tumpuan penduduk untuk membeli-belah. Ini

disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan ini yang semakin bertambah.

- Penduduk di kawasan lain juga turut mengunjungi pasar malam ini.

5. Darjah ketersampaian

- Lokasi pasar malam ini sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah pekan

Nyalas dan mempunyai kemudahan jalan raya yang selesa.

6. Kesesuaian waktu berniaga

- Pasar malam ini menjalankan perniagaannya pada hari Jumaat(hujung minggu) iaitu

bermula 5.00 petang dan berakhir pada pukul 10.00 malam.

Sebagai salah seorang komuniti Kampung Nyalas, saya berasa bertuah dan bersyukur

kerana adanya tapak pasar malam yang berhampiran kediaman saya.

Page 14: kerja khursus geografi

8.4 KESAN NEGATIF PERNIAGAAN RUNCIT DI KAWASAN KAJIAN.

Ketika melaksanakan kerja khusus ini, terdapat beberapa kesan negative yang telah

saya kenalpasti.

1. Kesesakan lalu lintas.

Tapak pasar malam ini terletak di sepanjang jalan dari pekan Nyalas menuju ke Felda

Tun Ghaffar Bukit Senggeh dan ini telah menyekat laluan orang ramai. Sikap para

pengunjung yang meletak kenderaan di bahu-bahu jalan telah memburukkan lagi

keadaan dan menyebabkan kesesakan teruk di laluan ini. Keadaan akan bertambah

teruk bermula dari jam 6.00 petang dan berlarutan hingga pukul 8.00 malam.

2. Pencemaran

Kekurangan tong-tong sampah di kawasan pasar malam menyebabkanbekas-bekas

makan dan minuman dibuang di merata-rata tempat seperti dilonggokkan di tepi-tepi

longkang atau di bahu jalan. Keadaan ini diburukkan lagi dengan sikap peniaga dan

pengunjung pasar malam yang tiada kesedaran sivik untuk menjaga kawasan sekitar.

Oleh sebab itu, selepas berakhirnya aktiviti pasar malam ini, kawasan ini dipenuhi

longgokan sampah sarap dengan pandangan yang menyakitkan mata dan bau busuk

yang menyelubungi kawasan itu.

3. Wabak penyakit

Longgokan sampah-sarap di kawasan pasar malam ini menggalakkan kawasan

pembiakan lalat , tikus dan juga tempat tumpuan anjing-anjing liar mencari makanan.

Keadaaan tidak sihat ini boleh mengundang kepada perebakan penyakit kepada

penduduk sekitar.

Selain itu, terdapat gerai-gerai penjualan makanan yang tidak menutup makanan

jualan dengan sempurna. Makanan yang terdedah dan dihinggapi lalat boleh

menyebabkan berlakunya kes keracunan makanan.

Page 15: kerja khursus geografi

Kesan-kesan negatif seperti pencemaran dan wabak penyakit dapat dihindar jika kita

sama-sama menghargai kebersihan. Semailah dalam diri, cintailah alam sekitar yang

bebas daripada pencemaran.

4. Harga tanpa kawalan

Apabila kurangnya pemantauan daripada pihak PBT, peniaga sewenang-wenangnya

menaikkan haraga barangan. Contohnya,peniaga gerai minuman telah menaikkan

harga minuman dari RM1.50 kepada RM2.00 untuk minuman yang mahu diisi ke

dalam plastik. Tambahan pula, tiada harga yang dipaparkan di sesetengah gerai,

menyebabkan pengunjung tidak tahu harga sebenar barangan yang dijual. Pengunjung

juga akan terasa tertipu apabila terpaksa membayar lebih sedangkan barangan yang

dibeli tidak berkualiti.

5. Masalah sosial

Pasar malam ini menjadi tempat pelajar sekolah berpeleseran dan melakukan

perbuatan menjolok mataseperti berpegangan tangan dan memakai pakaian yang

menjolok mata.

Page 16: kerja khursus geografi

8.5 CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN KESAN NEGATIF PERNIAGAAN

DI KAWASAN KAJIAN DIJALANKAN.

1. Menyediakan kemudahan asas

Bagi mengelakkan pencemaran sampah-sarap di kawasan perniagaan pasar malam,pihak

PBT seperti Majlis Perbandaran Asahan boleh meletakkan lebih banyak tong-tong

sampah di sekitar pasar malam ini. Dengan ini, bungkusan plastik minuman dan makan

akan dibuang ke dalam tong sampah itu.

2. Pengawalan harga

Pihak berwajibseperti PBT mestilah selalu meronda atau melakukan pemantauan

mengejut ke kawasan pasar malam untuk memastikan harga barangan dapat dikawal dan

tidak dinaikkan sewenang-wenangnya oleh peniaga. Di samping itu, pegawai PBT juga

boleh mengadakan pemeriksaan terhadap lesen perniagaan dan memastikan semua

peniaga menerima suntikan yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan. Ini bertujuan

memastikan barangan yang dijual terutama makanan dan minuman adalah selamat kepada

pembeli.

4. Kempen kesedaran

Setiap pengunjung pasar malam seharusnya mempunyai kesedaran untuk menjaga

persekitaran pasar malam supaya bersih, bebas daripada pencemaran sampah-sarap.

Melalui kempen yang disiarkan di televisyen, seperti kunjungi gerai yang bersih boleh

menyemaikan dalam diri pengunjung supaya berhati-hati ketika membeli makanan di

pasar malam. Dengan cara ini, kes keracunan makanan mungkin dapat dikurangkan.

Sebenarnya, kita perlu bekerjasama bagi memastikan kawasan pasar malam dan

sekitarnya bersih. Muafakat membawa berkat!

Page 17: kerja khursus geografi

Jadual 1: JENIS BARANGAN YANG DIPERNIAGAKAN DI PASAR MALAM

KAMPUNG NYALAS, 77100 ASAHAN, MELAKA.

JENIS BARANGAN JUMLAH GERAI

Makanan 16

Minuman 12

Buah-buahan 5

Kasut/pakaian/kain 7

Ayam/daging/ikan 5

Sayur-sayuran 6

Sumber : Dapatan kajian kerja khusus geografi

Tarikh melawat tempat kajian:14 Mac 2012

Kawasan kajian: Pasar malam pekan Nyalas, 77100 Asahan, Melaka.

Jumlah gerai keseluruhan pasar malam:51 buah gerai

Page 18: kerja khursus geografi

BILANGAN GERAI YANG TERDAPAT DI PASAR MALAM KAMPUNG NYALAS

MENGIKUT KATEGORI MAKANAN YANG DIJUAL MELALUI BAHAN

GRAFIK:

a) GRAF: Graf bar berikut menunjukkan jenis barangan yang diperniagakan di pasar

malam pekan Kampung Nyalas, Asahan, Melaka.

jenis b

aranga

n

makan

an

minuman

buah-buah

an

kasu

t/pak

aian/ka

in

ayam

/dag

ing/ika

n

sayur-s

ayuran

0

2

4

6

8

10

12

14

16

18

b) Carta pai: Carta pai berikut menunjukkan jenis barangan yang diperniagakan di pasar

malam pekan Kampung Nyalas, Asahan, Melaka.

Page 19: kerja khursus geografi

31%

24%10%

14%

10%

12%

JUMLAH GERAI

Makanan Minuman Buah-buahanKasut/pakaian/kainAyam/daging/ikanSayur-sayuran

RUMUSAN

Page 20: kerja khursus geografi

Saya merasa bertuah dan bangga tinggal di Kampung Nyalas kerana di kawasan ini

terdapat kegiatan perniagaan runcit pasar malam yang menjadi tumpuan penduduk sekitar

pada setiap hujung minggu. Dengan adanya perniagaan pasar malam , taraf hidup penduduk

di kawasan kajian semakin baik dan masa depan penduduk lebih terjamin kerana banyak

peluang pekerjaan diwujudkan. Jumlah penduduk yang besar menjadi faktor utama pemilihan

tapak pasar malam di kawasan kajian ini.

Namun terdapat kesan negatif seperti pencemaran sampah-sarap akibat tiada

tanggungjawab sesetengah peniaga dan pengunjung pasar malam. Oleh itu, sering kelihatan

pegawai MPA meronda-ronda di kawasan kajian bagi memastikan kawasan ini bebas

daripada pencemaran sampah-sarap. Tong-tong sampah mungkin akan diletakkan di kawasan

kajian pada masa depan. Ini juga telah dapat menerapkan sikap bertanggungjawab dan cinta

akan alam sekitar dalam diri setiap penduduk.

Semoga kegiatan pasar malam pekan Nyalas beroperasi dengan baik dan bebas daripada

masalah keracunan makanan dan pencemaran sampah-sarap.

Page 21: kerja khursus geografi
Page 22: kerja khursus geografi

LAMPIR

Page 23: kerja khursus geografi

AN

Page 24: kerja khursus geografi

RUJUKAN

1. Buku teks

Khaw Ah Seng , Habibah Hj. Latih, Tan Koh Lim, 2004, Buku Teks Geografi

tingkatan 3, Ipoh, PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

2. Buku rujukan

Chong Mui Sen, 2012, Nexus A+ PMR 2012 Geografi, Sasbadi Sdn. Bhd.

3. Internet

- http://smkptunggal.weebly.com/uploads/9/2/1/8/921847/kerja_kursus_geografi_2012.pdf

- http://kelip-kelipkehidupan.blogspot.com/2012/03/kerja-kursus-geografi-lampiran.html

- http://geogarang1.blogspot.com/2011/03/cara-melukis-peta-lakar-kawasan-kajian.html

- http://cikguzabidi.blogspot.com/2008/08/sumber-rujukan-kerja-kursus-geografi.html

4. Pemerhatian

Saya telah mengunjungi pasar malam pekan Nyalas dan memerhatikan keadaan

sekeliling pasar malam ini dan mengenalpasti jumlah gerai-gerai yang terdapat di

pasar malam ini mengikut ketegorinya.

5. Soal selidik

Saya telah menyoal selidik 20 orang pengunjung pasar malam dengan menggunakan

boring soal selidik yang telah saya sediakan.

6. Temubual

Saya telah menemubual 3 orang pengunjung pasar malam yang berkunjung ke pasar

malam pekan Nyalas ini :-

Page 25: kerja khursus geografi

i. NAMA :Puan Hasliza binti Hj. Mahyiden

UMUR :39 tahun

ALAMAT :JB719, LOT 557, Kampung Nyalas, 77100 Asahan, Melaka

PEKERJAAN:Guru

ii. NAMA :Encik Rosman bin Hamzah

UMUR :44 tahun

ALAMAT : JB719, LOT 557, Kampung Nyalas, 77100 Asahan, Melaka

PEKERJAAN:Renjer Perhutananan

iii. NAMA :Puan Hasmah bin Hashim

UMUR :59 tahun

ALAMAT :JB678, LOT 465, Kampung Nyalas, 77100 Asahan, Melaka

PEKERJAAN:Surirumah tangga

Page 26: kerja khursus geografi
Page 27: kerja khursus geografi
Page 28: kerja khursus geografi
Page 29: kerja khursus geografi