kajian lapangan geografi stpm khs 2010 - kump 5

21
KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI FIZIKAL PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR DI PUSAT PEMELIHARAAN GAJAH KUALA GANDAH, LANCANG, PAHANG. AHLI-AHLI KUMPULAN : 5 1. NUR KHAIRULNISAH BINTI ZULKIFLI 2. NUR AQILA BINTI RAZALI 3. NUR HAZIQAH BINTI ABDUL HALIM 2

Upload: cikgunikmie

Post on 19-Jun-2015

625 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI FIZIKALPEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR DI PUSAT PEMELIHARAAN GAJAH KUALA GANDAH, LANCANG, PAHANG.AHLI-AHLI KUMPULAN : 5 1. NUR KHAIRULNISAH BINTI ZULKIFLI 2. NUR AQILA BINTI RAZALI 3. NUR HAZIQAH BINTI ABDUL HALIM 4. NUR HAFIZAH BINTI MD.NOR 5. NANTHENE A/P NARAYANASAMY TINGKATAN : 6AA/2010 GURU PENASIHAT : NIK SUHAIMI NIK JAAFAR2ISI KANDUNGANPERKARA PENGHARGAAN ……………………………………………. M/S 2RINGKASAN EKSEKUTIF…………………………………… 3 PENGENALAN ………………………………………………

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 5

KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI FIZIKAL

PEMBANGUNAN EKONOMI DAN IMPAK ALAM SEKITAR

DI PUSAT PEMELIHARAAN GAJAH KUALA GANDAH,

LANCANG, PAHANG.

AHLI-AHLI KUMPULAN : 5

1. NUR KHAIRULNISAH BINTI ZULKIFLI

2. NUR AQILA BINTI RAZALI

3. NUR HAZIQAH BINTI ABDUL HALIM

4. NUR HAFIZAH BINTI MD.NOR

5. NANTHENE A/P NARAYANASAMY

TINGKATAN : 6AA/2010

GURU PENASIHAT : NIK SUHAIMI NIK JAAFAR2

Page 2: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 5

ISI KANDUNGAN

PERKARA M/S

PENGHARGAAN ……………………………………………. 2

RINGKASAN EKSEKUTIF…………………………………… 3

PENGENALAN ……………………………………………….. 4-5

OBJEKTIF KAJIAN …………………………………………… 5

KAWASAN KAJIAN…………………………………………... 5

KAEDAH KAJIAN …………………………………………….. 6

HASIL KAJIAN DAN………………………………………….. 7-9

PERBINCANGAN

5.1 Jenis aktiviti

5.2 Sumbangan

5.3 Kesan

5.4 Langkah-langkah

KESIMPULAN …………………………………………………. 10

RUJUKAN ……………………………………………………… 10

LAMPIRAN …………………………………………………….. 11-14

3

Page 3: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 5

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmatnya kami telah dapat menyiapkan

kajian lapangan ini dengan sempurna. Selain itu, kami ingin mengucapkan ribuan

terima kasih kepada guru penasihat kami En. Nik Suhaimi Nik Jaafar yang telah

banyak membantu kami sepanjang proses kajian lapangan ini dilakukan melalui

pendapat dan tunjuk ajar yang diberikan.

Ucapan terima kasih ini juga kami ucapkan kepada ahli keluarga kami terutama

kepada ibu bapa kami yang banyak membantu dari segi kewangan dan tidak lupa

juga kepada guru-guru serta pihak sekolah.

Terima kasih juga diucapkan kepada para responden di Kuala Gandah yang turut

membantu memberikan maklumat yang diperlukan secara terperinci melalui

kaedah soal selidik.

4

Page 4: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 5

RINGKASAN EKSEKUTIF

Kajian lapangan ini menjalankan penyelidikan mengenai kegiatan ekonomi pelancongan.

Pusat Pemeliharaan Gajah Kuala Gandah, Pahang iaitu merupakan salah satu tempat

perlindungan bagi gajah ini telah dipilih sebagai lokasi kajian kunpulan kami. Selain daripada

memelihara gajah, pusat ini juga menggalakan kajian dan penyelidikan berkaitan teknik

pemindahan semula dan konservasi gajah serta terdapat kegiatan aktiviti ekopelancongan yang

berlaku di sekitarnya.

Oleh itu, terdapat beberapa objektif kajian dibuat untuk kajian lapangan ini termasuk

mengenal pasti jenis-jenis aktiviti pelancongan dan mengenal pasti kesan terhadap alam sekitar

fizikal setempat daripada kegiatan aktiviti pelancongan di pusat tersebut melalui beberapa

kaedah. Kaedah yang digunakan digunakan dalam penyelidikan ini adalah seperti melalui

pemerhatian, soal selidik iaitu temu bual daripada para responden di Kuala Gandah yang telah

memberikan kerjasama, rujukan bahan-bahan bacaan yang disediakan seperti risalah serta laman

sesawang digunakan untuk membantu mencapai objektif kajian ini.

Penyelidikan ini juga mempunyai hasil kajian dan perbincangan yang berkaitan dengan

aktiviti ekonomi pelancongan di Pusat Pemeliharaan Gajah Kuala Gandah, Pahang, termasuklah

sumbangan kegiatan ekopelancongan terhadap sosioekonomi penduduk sekitar. Hasil daripada

dapatan kajian ini juga beberapa langkah atau cadangan dikemukakan bagi mencegah masalah

kegiatan ekopelancongan fizikal yang berlaku untuk memastikan aktiviti kegiatan

ekopelancongan tersebut tidak memberikan kesan buruk kepada manusia dan alam sekitar.

5

Page 5: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 5

Tajuk Kajian

Mengkaji kegiatan ekonomi pelancongan di Pusat Pemeliharaan Gajah Kuala Gandah,

Lancang, Pahang.

1.0 Pengenalan

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah telah ditubuhkan oleh Jabatan

Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) pada tahun 1989. Pusat

ini merupakan ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah yang telah wujud sejak

tahun 1974.

Unit Gajah merupakan satu pasukan yang unik di Malaysia di mana peranan utama unit

ini adalah untuk menempatkan semula gajah-gajah liar yang habitatnya telah diambil alih

oleh kawasan pertanian. Gajah liar ini akan ditempatkan semula ke kawasan-kawasan

perlindungan seperti Taman Negara. Sejak 30 tahun yang lalu, pasukan yang dahulunya

terdiri daripada 25 orang ahli telah berjaya memindahkan lebih daripada 450 ekor gajah

liar di mana proses pemindahan ini bertujuan untuk meminimumkan risiko kepupusan

yang berterusan.

Selain daripada berfungsi sebagai ibu pejabat untuk unit gajah, pusat ini juga merupakan

tempat perlindungan bagi beberapa ekor gajah denak dan liar. Pusat Pemuliharaan Gajah

Kebangsaan Kuala Gandah juga mempunyai matlamat untuk meningkatkan kesedaran di

kalangan orang ramai tentang ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh gajah di

Malaysia. Selain itu, pusat pemuliharaan ini menggalakkan kajian dan penyelidikan

berkaitan teknik pemindahan semula dan konservasi gajah.

Pusat ini mempunyai beberapa ekor gajah tempatan yang dibawa masuk daripada

Thailand dan Myanmar. Gajah-gajah ini dilatih dan digunakan untuk memindahkan

6

Page 6: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 5

gajah-gajah liar dari kawasan-kawasan yang bermasalah di seluruh Semenanjung

Malaysia. Pusat ini juga memelihara anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya

untuk memastikan anak-anak gajah yang ditinggalkan oleh ibunya terus hidup.

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah dibiayai oleh Jabatan PERHILITAN

Semenanjung Malaysia. Berbagai usaha dijalankan secara berterusan untuk

mempertingkatkan kemudahan sedia ada sama ada untuk penyelidikan dan pembangunan

atau untuk pelawat ke pusat ini. Jabatan PERHILITAN berusaha bersungguh-sungguh

untuk menjadikan pusat ini sebagai pusat latihan dan konservasi gajah yang terkenal di

rantau ini.

2.0 Objektif Kajian:

Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk:

1. Mengenalpasti jenis-jenis aktiviti pelancongan di Pusat Pemeliharaan Gajah,

Kuala Gandah.

2. Menilai sumbangan kegiatan ekonomi pelancongan terhadap sosioekonomi

penduduk sekitar.

3. Mengenalpasti kesan aktiviti pelancongan di Pusat Pemiliharaan Gajah terhadap

alam sekitar fizikal setempat.

4. Mencadangkan langkah-langkah mencegah masalah kegiatan ekonomi

pelancongan fizikal yang berlaku.

3.0 Kawasan Kajian

Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah yang terletak di Lancang, Pahang

telah ditubuhkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara

(PERHILITAN) pada tahun 1989. Jarak Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala

Gandah dengan pusat bandar Kuala Lumpur dianggarkan 160 km dan pusat ini

merupakan ibu pejabat Pasukan Pemindahan Semula Gajah yang telah wujud sejak tahun

1974. Aktiviti pemerhatian gajah dilakukan di kawasan seluas 1.5 hektar.

7

Page 7: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 5

4.0 Kaedah Kajian

Kajian luar ini dilaksanakan melalui empat kaedah berikut:

1. Pemerhatian.

Pemerhatian di lapangan dijalankan bagi mengenal pasti jenis-jenis aktiviti serta

kesannya terhadap alam sekitar fizikal di kawasan tersebut. Antara kesan yang

diperhatikan adalah seperti perubahan landskap, pencemaran dan hakisan.

2. Temu bual.

Temu bual telah dijalankan terhadap beberapa orang responden yang terdiri

daripada pekerja di Pusat Pemeliharaan Gajah, peniaga dan penduduk sekitar.

Soalan temu bual berkisar kepada kepentingan sektor pelancongan penduduk, dan

kesan yang timbul akibat kegiatan pelancongan yang dijalankan.

3. Rujukan laman sesawang.

Melalui kaedah ini maklumat tentang latar belakang kawasan tersebut dapat

diperoleh iaitu merangkumi keluasan kawasan, tarikh kawasan tersebut

ditubuhkan dan fungsi serta sejarah kawasan tersebut.

4. Rujukan bahan-bahan yang disediakan.

Rujukan melalui bahan-bahan yang tersedia seperti risalah serta pamplet yang

diberikan kepada setiap pelawat dan maklumat yang terdapat di bilik pameran.

Kaedah ini memberikan maklumat yang lebih terperinci yang menerangkan jenis-

jenis masyarakat yang menetap dikawasan tersebut seperti masyarakat Che Mok,

masyarakat Samud dan masyarakat Jah Hut.

5. Rujukan bahan-bahan bacaan.

Melalui kaedah ini, sumber seperti buku teks Geografi Fizikal, Hj Rusly Musa

dan Hjh. Nurashikin Abdullah, 2008 dan Geografi Manusia, Hj Rusly Musa dan

Hjh Nurashikin Abdullah, 2009 dapat memberi beberapa input untuk dijadikan

sebagai maklumat dan panduan.

8

Page 8: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 5

5.0 Hasil Kajian dan Perbincangan.

5.1 Jenis-jenis aktiviti pelancongan di Pusat Pemuliharaan Gajah Kuala Gandah.

1. Berdasarkan kaedah pemerhatian yang dilakukan masyarakat setempat yang terdiri

daripada masyarakat Orang Asli menjalankan aktiviti seperti pertanian, penternakan,

memburu dan berniaga.

2. Pertanian.

Masyarakat Orang Asli menjalankan aktiviti pertanian dengan menanam getah yang

dijadikan tanaman utama di kawasan tersebut. Terdapat banyak kawasan tanaman

getah di sepanjang jalan menuju ke pusat pemuliharaan gajah tersebut dan aktiviti ini

dilakukan pada skala kebun kecil oleh masyarakat Orang Asli di sekitar kawasan

tersebut kerana mereka mengamalkan konsep tanaman sara diri.

3. Penternakan ikan.

Selain itu, masyarakat Orang Asli di sana turut menjalankan aktiviti penternakan

ikan. Mereka menternak ikan seperti ikan tilapia dan keli. Aktiviti ternakan ini

dijalankan secara kecil-kecilan.

4. Memburu.

Masyarakat Orang Asli juga menjalankan aktiviti memburu di kawasan-kawasan

hutan bagi dijadikan punca makanan dalam kehidupan seharian.

5. Perniagaan.

Selain itu, masyarakat Orang Asli turut menjalankan aktiviti perniagaan. Mereka

lebih tertumpu terhadap perniagaan kraf tangan, cenderamata dan makanan.

Masyarakat ini menjual kraf tangan buatan sendiri seperti ukiran kayu berbentuk

haiwan, bakul rotan, anyaman tikar rotan, dan lain-lain. Manakala mereka juga

menjual cenderamata seperti baju, keychain dan membuka gerai makanan.

Lokasi aktiviti perniagaan ini terletak berhampiran dengan kawasan pusat tersebut

yang menjadi tumpuan para pelancong ini, dapat meningkatkan pendapatan sara diri

penduduk setempat.

9

Page 9: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 5

5.2 Sumbangan kegiatan ekopelancongan terhadap sosioekonomi penduduk

sekitar.

1. Kegiatan eko pelancongan yang dijalankan di Kuala Gandar ini telah menyediakan

peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Peluang pekerjaan ini secara tidak

langsung telah mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan kadar

pendapatan dan taraf hidup penduduk. Peluang-peluang ekopelacongan ini seperti

pegawai pentadbiran, pemandu pelancong, penjaga haiwan dan sebagainya.

Keterlibatan ini membolehkan pendapatan perkapita penduduk setempat dan taraf

hidup mereka meningkat.

2. Kegiatan ekopelancongan yang wujud di Kuala Gandah ini juga didapati telah

menggalakkan lagi pertumbuhan atau perkembangan ekonomi yang berkaitan seperti

industri kraf tangan , perniagaan makanan pertanian dan penternakan.

3. Selain itu, kegiatan ekopelancongan ini juga turut menyebabkan kawasan mundur dan

sumber alam yang terdapat di kawasan tersebut dibangunkan dengan lebih cepat.

Perkara ini dapat dilihat melalui pembinaan kawasan perumahan batu dan resort serta

jaringan pengangkutan seperti jalan raya diperlebarkan yang dapat merubah keadaan

hidup penduduk setempat yang tinggal di rumah yang diperbuat daripada kayu.

5.3 Kesan aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar.

Perubahan landskap

1. Kuala Gandah sebelum mengalami perubahan dipenuhi dengan hutan pokok dan

kawasan penempatan masyarakat Orang Asli. Namun begitu, akibat perkembangan

dalam industri pelancongan di kawasan tersebut menyebabkan pola guna tanah dan

landskap semula jadi Kuala Gandah telah berubah. (Rujuk lampiran 1.5 )

2. Hutan pokok yang telah ditebang dan penempatan masyarakat Orang Asli telah

ditebus guna untuk pembinaan tempat penginapan, jalan raya dan penempatan baru

penduduk setempat.(Rujuk lampiran 1.5 )

10

Page 10: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 5

Pencemaran

1. Pencemaran air.

Pencemaran air di sungai-sungai berdekatan yang berpunca daripada najis haiwan dan

tanah yang terhakis hasil daripada pembinaan yang dilakukan telah menyebabkan air

sungai menjadi kotor dan berkeladak. Malah sungai-sungai itu juga menjadi busuk.

(Rujuk lampiran 1.2 )

2. Kawasan persekitaran.

Pencemaran kawasan persekitaran terjadi akibat daripada sikap segelintir pelancong

yang suka membuang sampah mereka di merata-rata tempat contohya palstik

makanan, bekas minuman dan sebagainya. Selain itu, sampah-sampah ini juga

berpunca daripada projek pembinaaan. Bahan-bahan pembinaan yang telah digunakan

seperti batu-bata, bungkusan simen, kayu-kayu dan besi dilonggokkan di bahu-bahu

jalan dan dibiarkan dalam jangka masa yang lama.

5.4 Langkah-langkah mencegah masalah kegiatan ekopelancongan fizikal yang

berlaku.

Pengurusan sisa yang cekap

1. Sisa najis haiwan perlulah diuruskan secara teratur dengan memastikan najis yang

dibuang tersebut dapat diuruskan dengan mudah. Aliran sungai yang ada juga perlu

mengalir dengan deras supaya najis tersebut dapat diuruskan dengan mudah.

2. Selain itu, pihak bertanggungjawab juga haruslah meletakkan tempat pembuangan

sampah-sampah pembinaan dan sampah pelancong disetiap tempat. Malahan pihak

Alam Flora juga perlulah dipanggil setiap minggu untuk mengangkut sampah-sampah

pembinaan agar tidak dibiarkan dalam tempoh yang lama.

11

Page 11: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 5

6.0 Kesimpulan

Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bahawa kesan daripada aktiviti pelancongan di

Kuala Gandah, dapat membantu dari segi ekonomi penduduk setempat iaitu orang asli

kerana mereka dapat menjual pelbagai produk dan hasil kraftangan yang membantu

meningkatkan ekonomi penduduk sekitar.

Selain itu, infrasruktur kawasan setempat juga akan bertambah maju kerana terdapat

pelbagai aktiviti pelancongan yang menarik yang telah dilaksanakan di kawasan

sekitarnya.

Selain itu, aktiviti yang telah dijalankan di kawasan sekitar, telah membuka peluang

pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk setempat terutama orang asli. Antara

peluang pekarjaan yang ada ialah seperti pegawai pentadbiran, pemandu pelancong,

penjaga haiwan dan sebagainya. Ini dapat meningkatka taraf pendapatan penduduk asli

di kawasan tersebut.

12

Page 12: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 5

7.0 Rujukan

Portal Rasmi Jabatan PERHILITAN (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman

Negara)

http://www.wildlife.gov.my/index.php/bm/perkhidmatan-kami/kemudahan-rekreasi/385

Portal Rasmi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia

http://www.nre.gov.my/BM/ekopelanconganNRE/Pages/KualaGandah.aspx

Miss Ayu , 17 Jan 2009

http://www.gua.com.my/Lifestyle/Jalan-Jalan-Detail.aspx?ArticleID=2931

http://www.myelephants.org/

Buku teks Tingkatan 6

(Geografi Fizikal, Haji Rusly Musa dan Hjh, Nurashikin Abdullah, 2008.)

(Geografi Manusia, Hj Rusly Musa dan Hjh. Nurashikin Abdullah, 2009.)

8.0 Lampiran 1

1.1 Pusat Pemuliharaan dan Pemeliharaan Gajah Kuala Gandah.

13

Page 13: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 5

1.2 Antara aktiviti yang dilakukan bersama gajah.

1.3 Ahli kumpulan bergambar ketika sampai di Pusat Pemuliharan Gajah, Kuala Gandah.

1.4 Pelawat melakukan aktiviti menunggang gajah.

14

Page 14: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 5

1.5 Kawasan hutan ditebang untuk membuat pembangunan di kawasan sekitar.

15

Page 15: Kajian Lapangan Geografi STPM KHS 2010 - Kump 5

Lampiran 2

Peta kawasan kajian iaitu Pusat pemeliharan Gajah Kuala Gandah yang terletak di

Pahang.

16