kerja kusus geografi

Upload: harrisdanial

Post on 19-Jul-2015

1.133 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

PERNIAGAAN RUNCIT PASAR MALAM DI BAGAN AJAM, BUTTERWORTH, SEBERANG PERAI UTARA, PULAU PINANG.

NAMA: HARRIS DANIAL BIN HASNAN KELAS: 3 ZETA SEKOLAH: SMK DATO ONN NAMA GURU: PUAN SUZANNA SAFAR TARIKH HANTAR:

Bil 1 2 3 4

Bab/Aspek Penghargaan Pendahuluan Objektif Kajian Kawasan Kajian Peta Kajian

Muka surat

5

Dapatan Kajian Konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan kajian Kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian

Faktor yang memepengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian Kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian

Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian Bahan grafik

6 7 8

Rumusan Lampiran Rujukan

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Hajah Calsom Bt Ahmad, Pengetua SMK Dato Onn kerana memberi kebenaran dan sokongan untuk menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada , guru mata pelajaran Geografi Pn.Suzanna Bt Safar kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa En Hasnan bin Jais dan Pn. Norzia bt. Jamaluddin yang telah memberi sokongan dan dorongan sepanjang kajian dijalankan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu saya menjalankan kerja kursus ini secara ilmiah. Selain itu, ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan saya, Mohammad Najmi, Asrul Haniff dan Haris Harun kerana kerjasama dalam mengumpulkan maklumat. Terima kasih juga kepada pusat-pusat rujukan yang telah saya kunjungi seprti perpustakaan Seberang Jaya yang bekerjasama menyumbangkan maklumat. Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada Encik Shahrul bin Maknawi dan Encik Siva A/L Murugam kerana memberi maklumat dan sebagainya. Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua respondan yang sudi menjawab soalan-soalan saya.

Saya Harris Danial Bin Hasnan, Tingkatan 3 Zeta di SMK Dato Onn, Butterworth. Saya telah memilih tajuk Perniagaan Runcit untuk kerja kursus Geografi saya kali ini. Saya menjalankan kajian di Bagan Ajam, Seberang Perai Utara, Butterworth. Saya telah memilih untuk membuat tajuk kajian tentang perniagaan runcit iaitu pasar malam yang diadakan pada setiap hari Khamis di Bagan Ajam, Butterworth, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Saya pilih tajuk ini kerana pasar malam ini berdekatan dengan rumah saya dan penduduk yang tinggal berdekatan dengan pasar malam ini dapat membeli barangan rumah dengan kadar segera dengan kualiti barangnya yang terjamin. Selain itu, Saya memilih tajuk perniagaan runcit kerana kedudukan pasar malam yang memudahkan saya untuk membuat kajian tanpa sebarang masalah pengangkutan untuk ke tempat kajian. Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Februari sehingga bulan Jun. Saya telah menggunakan tempoh 5 minggu yang pertama untuk mencari maklumat dan 3 minggu yang seterusnya untuk proses pendokumentasian.

Objektif kajian yang dijalankan ialah suapaya pelajar dapat:1) Mendefinisikan konsep dan jenis perniagaan runcit pasar malam di Bagan Ajam. 2) Menghuraikan dan menjelaskan kepentingan perniagaan runcit pasar malam di Bagan Ajam, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. 3) Menghuraikan dan menjelaskan faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit pasar malam di Bagan Ajam. 4) Menghuraikan kesan negatif perniagaan runcit pasar malam di Bagan Ajam. 5) Mencadangkan langkah untuk mengurangkan kesan kesan negatif perniagaan runcit pasar malam di Bagan Ajam. 6) Menerapkan nilai atau unsur patriotisme mencintai alam sekitar dan meningkatkan semangat bekerjasama untuk mengatasi masalah kesan negatif perniagaan runcit pasar malam di Bagan Ajam.

Dalam kajian ini, saya telah memilih kawasan perniagaan runcit pasar malam di Bagan Ajam, Butterworth Seberang Perai Utara, Pulau Pinang sebagai kawasan kajian. Nama Asal Bagan Ajam adalah Bagan Ayam kerana terdapat kaum Cina menjual ayam dekat Pasar berdekatan pantai tetapi disebabkan pelat kaum Cina lama-lama disebut Bagan Ajam. Bagan Ajam dan seluruh kawasan Butterworth dilimpahi dengan pembangunan selepas pembinaan Lingkaran Luar Pulau Pinang. Pasar malam ini diadakan pada setiap hari khamis bermula 5.00 petang hingga 10.00 malam. Pelbagai barangan dijual seperti pakaian, makanan, kelengkapan harian dan barangan elektronik. Lokasi pasar minggu ini ialah di Bagan Ajam. Kawasan Bagan Ajam ini mempunyai bentuk muka bumi tanah pamah. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor perikanan dan sesetengahnya mengusahakan gerai kecilkecilan. Lokasi kawasan kajian ini terletak kira-kira 8 kilometer dari bandar Butterworth dan setengah kilometer dari tempat tinggal saya.

Seberang Perai Utara:-

Ketika menjalankan dan menyiapkan kerja kursus geografi ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menyiapkan kajian ini. Antaranya ialah:1) Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian di pasar minggu ini untuk mendapatkan maklumat tentang kajian yang dijalankan. 2) Temu Bual Seterusnya saya telah menemubual beberapa orang penduduk kampung untuk mendapatkan maklumat jenis makanan yang dijual dengan lebih mendalam tentang kajian saya ini. 3) Rujukan Selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat tentang latar belakang kawasan kajian.

8.1 Konsep dan jenis perniagaan runcit di kawasan kajian Menurut buku teks perdagangan tingkatan empat, perniagaan runcit ialah perniagaan yang menjalankan urusniaga menjual kepada pengguna terakhir dalam kuantiti yang sedikit untuk kegunaan diri sendiri, ahli keluarga, isi rumah atau untuk diberi kepada individu lain seperti rakan dan jiran.

Jenis perniagaan runcit yang terdapat di kawasan kajian ini ialah perniagaan runcit kecil-kecilan sahaja. Sebagai contohnya, penjual makanan dan minuman, penjual aiskrim, penjual ikan dan sayur, buah-buahan dan pakaian. Biasanya gerai yang didirikan bersifat sementara dan mereka ini akan bergerak daripada satu tempat ke tempat yang lain.

8.2 Kepentingan perniagaan runcit di kawasan kajian Antara Kepentingan Perniagaan Runcit Di Kawasan Kajian ialah:-

Terdapat beberepa kepentingan perniagaan runcit pasar malam di Bagan Ajam seperti menyediakan peluang pekerjaan. Perniagaan pasar malam ini dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada peniaga-peniaga kecil. Sebagai contohnya, berniaga makanan dan minuman ikan dan sayur, buah-buahan dan pakaian dapat memberikan pendapatan tambahan kepada peniaga. Selain itu, dapat meningkatkan taraf hidup atau pendapatan penduduk. Perniagaan pasar malam ini dapat memberi peluang kepada peniaga untuk meningkatkan taraf hidup dan menambah punca pendapatan mereka. Di samping itu, memudahkan penduduk tempatan membeli barangan. Pasar malam ini menyediakan pelbagai barangan dan pembeli tidak perlu ke bandar Butterworth selain dapat menjimatkan masa dan kos penduduk. Seterusnya, membolehkan penduduk tempatan memasarkan barangan jualan. Pasar malam ini memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk memasarkan barangan jualan mereka seperti buah-buahan, sayur-sayuran hasil kraftangan dan lain-lain. Akhir sekali, menyediakan barangan segar. Pasar malam ini menjual barangan yang segar seperti ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan dengan harga yang berpatutan. Pengunjung mestilah bersyukur dengan banyak kemudahan yang terdapat di pasar malam ini.

8.3 Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit di kawasan kajian Antara faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit pasar malam di kawasan kajian ialah:-

Governan. Kerajaan telah menyediakan tapak-tapak perniagaan kepada peniaga yang ingin menjalankan perniagaan. Selain itu, faktor lain ialah modal. Pasar malam ini tidak memerlukan modal yang besar. Kebanyakan peniaga mengeluarkan modal yang kecil antara RM 200 RM300 untuk berniaga di pasar malam ini. Seterusnya, faktor infrastruktur. Antaranya tapak perniagaan yang selesa dan strategik, tempat meletakkan kenderaan yang luas dan tempat pembuangan sampah yang sistematik memudahkan peniaga menguruskan perniagaan mereka. Faktor lain ialah darjah ketersampaian. lokasi pasar minggu ini sangat strategik kerana terletak di tengah-tengah pekan Parit Sulong dan mempunyai kemudahan jalan raya yang selesa. Akhir sekali, pertambahan penduduk. Kebiasaannya pasar minggu ini menjadi tumpuan penduduk untuk membeli belah. Ini disebabkan oleh bilangan penduduk di kawasan yang semakin bertambah. Penduduk di kawasan lain turut sama singgah ke pasar minggu ini dan menunjukkan semangat perpaduan yang tinggi. Pengunjung perlulah bersatu padu walaupun tinggal dalam kawasan yang mempunyai pelbagai kaum.

8.4 Kesan negatif perniagaan runcit di kawasan kajian

Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa kesan negatif yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah:-

Masalah sosial. Pasar malam ini menjadi tempat pelajar sekolah berpeleseran dan melakukan perbuatan yang menjolok mata seperti berpegangan tangandan

memakai pakaian

yang kurang sopan. Terdapat juga sebilangan kecil pelanggan yang mencuri barang perniagaan. Selain itu, persaingan dengan kedai runcit tempatan juga berlaku. Keadaan ini boleh menyebabkan rasa tidak puas hati kerana pelanggan kedai runcit tempatan akan kehilangan pelanggan dan akibatnya mereka akan mengalami kerugian. Kesan 13ala min yang berlaku juga ialah pencemaran. Kebiasaannya selepas habis berniaga, persekitaran kawasan pasar minggu ini akan dipenuhi dengan sampah sarap yang mengotorkan keadaan di sekeliling. Kesan lain juga termasuklah kesesakan lalu lintas. Masalah kesesakan lalu lintas sering berlaku kerana pengunjung suka meletakkan kenderaan mereka sesuka hati terutamanya di bahagian bahu jalan yang mengganggu dan menyekat kenderaan lain. Akhir sekali, barangan tidak berkualiti. Terdapat peniaga yang menjual barangan yang tidak berkualiti dan mudah rosak. Penniaga perlulah lebih prihatin dalam menjaga suasana yang harmoni di kawasan pasar malam.

8.5 Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Negatif Perniagaan Runcit di Kawasan Kajian Antara langkah-langkah mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit pasar malam di kawasan Bagan Ajam ialah:-

Menguatkuasakan undang-undang. Pihak berkuasa hendaklah mengenakan denda dan hukuman yang berat kepada peniaga yang mencemarkan kawasan perniagaan di situ. Seterusnya, pengawalan harga perlu dilakukan. Kerajaan perlu sentiasa memantau dan mengawal harga barangan yang dijual di pasar minggu ini bagi mengelakkan pembeli daripada ditipu oleh pihak peniaga. Kempen kesedaran juga wajar digiatkan. Boleh gunakan risalah atau tampal poster dan banner bagi memberi kesedaran kepada pengunjung dan peniaga tentang ciri-ciri keselamatan. Akhir sekali, menyediakan kemudahan asas. Pihak berkuasa perlu menyediakan lebih banyak tong sampah di kawasan perniagaan bagi memudahkan peniaga membuang sisa dan sampah ke dalam tong tersebut. Pengunjung seharusnya lebih peka tentang keselamatan diri dan orang lain.

Jenis barangan yang dijual di Pasar Malam Bagan Ajam Butterworth, Pulau Pinang:-

Jenis barangan Makanan Minuman Buah-buahan Ayam

Jumlah gerai 13 4 6 2

Carta Pai:-

Ayam 2

Makanan 13

BuahMinuman buahan 6 4

Hasil daripada kajian yang telah saya jalankan mennjukkan bahawa perniagaan runcit pasar malam ini banyak memberi manfaat kepada peniaga dan pengunjung. Perkembangan di kawasan ini semakin maju dan banyak kemudahan yang disediakan untuk kesenangan dan keselesaan penduduk. Apa yang boleh saya rumuskan, pasar malam Bagan Ajam menjadi tumpuan para pengunjung pada waktu petang hari Khamis dengan pelbagai jenis makanan yang menjadi tarikan. Para penjual juga dapat menambah pendapatan mereka dan juga boleh menjadikan perniagaan ini sebagai mata pencarian mereka. Selain itu pembeli dapat membeli barangan keperluan harian dengan mudah dan dapat jimat masa. Oleh itu, saya amat bersyukur dan berasa gembira dengan pelbagai kemudahan yang telah disediakan pihak kerajaaan dalam menjaga kebersihan persekitaran pasar malam di Bagan Ajam.

Surat Penghargaan Kepada Muhammad Haris Bin Harun khususnya, yang telah banyak membantu dan memberikan kerjasama kepada saya dalam mencari bahan-bahan penting bagi digunakan dengan tujuan menyempurnakan kajian kursus ini. Seinfiniti penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Puan Suzanna Bt Saffar selaku cikgu mata pelajaran geografi saya yang terlalu banyak membantu, membimbing dan juga sebagai pemudahcara saya sepanjang proses menyiapkan kerja kursus Geografi ini. Tanpa tunjuk ajar yang begitu jitu dan padu daripada beliau, mana mungkin saya akan dapat menghasilkan satu hasil kerja yang baik. Jutaan penghargaan juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langusng dalam pembikinan kerja kursus geografi ini.

Borang Temu Bual

Kesan Negatif Perniagaan Runcit Pasar Malam di Bagan Ajam, Butterworth, Seberang Perai, Pulau Pinang. (Tandakan 4 kesan utama) Kesan Tandakan (x)

Masalah sosial Persaingan dengan kedai runcit tempatan Pencemaran Kesesakan lalu lintas Wabak penyakit Harga tanpa kawalan Barangan tidak berkualiti Pembaziran (masa/wang)

Borang Temu Bual

Kesan Negatif Perniagaan Runcit Pasar Malam di Bagan Ajam, Butterworth, Seberang Perai, Pulau Pinang. (Tandakan 4 kesan utama) Kesan Tandakan (x)

Masalah sosial Persaingan dengan kedai runcit tempatan Pencemaran Kesesakan lalu lintas Wabak penyakit Harga tanpa kawalan Barangan tidak berkualiti Pembaziran (masa/wang)

Borang Temu Bual

Kesan Negatif Perniagaan Runcit Pasar Malam di Bagan Ajam, Butterworth, Seberang Perai, Pulau Pinang. (Tandakan 4 kesan utama) Kesan Tandakan (x)

Masalah sosial Persaingan dengan kedai runcit tempatan Pencemaran Kesesakan lalu lintas Wabak penyakit Harga tanpa kawalan Barangan tidak berkualiti Pembaziran (masa/wang)

Gambar/Foto Contoh perniagaan pasar mlam di Bagan Ajam, Butterworth, Seberang perai Utara, Pulau Pinang:-

Laman web: http://ms.wikipedia.org/wiki/Bagan_Ajam http://www.penang-traveltips.com/bagan-ajam.htm https://smkpenghulusaad.wordpress.com Sumber Orang: Puan Norzia Bt Jamaluddin Encik Thirumugam A/L Karimuthu Sumber Buku: Mohd Jamil B. Mohamad dan rakan, 2004 Geografi Tingkatan 3 Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd Chong Mui Seng dan rakan, 2002 Geografi Tingkatan 1 Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd. Buku Rujukan: Piara Singh, 2005 Siri Teks Referens SPM Geografi Tingkatan 4 dan 5 Petaling Jaya, Pearson Malay Sdn. Bhd Fokus PMR Tingkatan 1, 2 dan 3