kerja kursus geografi

23
KERJA KURSUS GEOGRAFI TINGKATAN 2 2012 KEPENTINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI KAMPUNG PULAI SEBATANG , 82100, AYER BALOI,PONTIAN JOHOR,MALAYSIA. NAMA : MUHAMMAD FAHMI AZIZI BIN NORIZAM KELAS : PRA PMR DELIMA NAMA GURU : CIK NORHASLIZA BTE AWANG

Upload: fahmiazizi

Post on 15-Dec-2014

16.346 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

I hope it wll help you in the future.

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja kursus geografi

KERJA KURSUS GEOGRAFITINGKATAN 2 2012

KEPENTINGAN SISTEM PENGANGKUTAN DI KAMPUNG PULAI SEBATANG , 82100, AYER BALOI,PONTIAN JOHOR,MALAYSIA.

NAMA : MUHAMMAD FAHMI AZIZI BIN NORIZAM

KELAS : PRA PMR DELIMA

NAMA GURU : CIK NORHASLIZA BTE AWANG

Page 2: Kerja kursus geografi

PENGHARGAAN Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Ilahi, saya dapat

menyiapkan kerja kursus Geografi yang bertajuk “ Kepentingan Sistem Pengangkutan di Kampung Pulai Sebatang” dengan jayanya. Semoga usaha saya ini dapat memberi ilmu pengetahuan yang boleh dimanfaatkan kepada diri saya dan rakan-rakan sekalian.

Terlebih dahulu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ayahanda Pengetua, Tuan Haji Mohamad bin Haji Mahadi, kerana memberi kebenaran kepada semua pelajar tingkatan dua dalam pembikinan kerja kursus ini. Tidak dilupakan juga, Cik Norhasliza bte Awang, selaku guru subjek Geografi atas segala bantuan dan tunjuk ajar yang telah diberikan kepada saya dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Ribuan terima kasih juga ditujukan khas buat kepada kedua-dua ibu bapa saya, Tuan Norizam bin Dadak dan Puan Aslinah bte Ismail serta rakan-rakan yang turut membantu dari segi bimbingan,dorongan mahupun kewangan dalam menyempurnakan kerja kursus ini.

Akhir sekali, jutaan terima kasih juga ditujukan kepada semua penduduk Kampung Pulai Sebatang yang turut membantu saya dari segi informasi yang tepat lagi berguna terutamanya Ketua Kampung mahupun Penghulu Mukim.

Page 3: Kerja kursus geografi

PENDAHULUAN Bagi memenuhi keperluan sukatan mata

pelajaran Geografi Tingkatan Dua, setiap pelajar diwajibkan membuat Kerja Kursus Geografi berkaitan sistem pengangkutan berhampiran dengan persekitaran tempat tinggal masing-masing. Saya telah diberikan tajuk “ Kepentingan Sistem Pengangkutan di Kampung Pulai Sebatang”

Kepesatan ekonomi negara telah menyebabkan majoriti kawasan pedalaman dapat merasai ‘ bahang’ arus pemodenan tersebut. Pelbagai kemudahan diwujudkan seperti masjid,sekolah,pusat jalur lebar dan lain-lain yang bertujuan untuk kebaikan dan kemudahan penduduk kampung ini untuk menjalani kehidupan seharian dengan lebih sempurna dan tidak seperti ‘ katak di bawah tempurung’.

Saya berasa bangga kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam jangka masa hanya 3 minggu sahaja dengan jayanya.Saya juga bersyukur kepada Allah kerana dapat tinggal di Kampung Pulai Sebatang yang mempunyai pelbagai kemudahan walaupun terletak di kawasan pedalaman.

Page 4: Kerja kursus geografi

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK KECIL MUKA SURATPENGHARGAAN

PENDAHULUAN

OBJEKIF KAJIAN

KAWASAN KAJIAN

KAEDAH KAJIAN

HASIL KAJIAN

RUMUSAN

LAMPIRAN

RUJUKAN

Page 5: Kerja kursus geografi

RUMUSAN Berdasarkan kajian yang telah saya

jalankan, saya dapat meningkatkan kemahiran dan menambahkan ilmu saya dalam subjek Geografi. Selain itu, saya juga dapat memahami lagi dengan lebih terperinci akan kebaikan dan keburukan jaringan pengangkutan di kawasan tempat tinggal saya. Saya juga dapat mengenal pasti dan menganalisis maklumat seperti masalah, punca,kesan dan langkah-langkah mengatasi masalah tersebut. Akhir sekali, saya dapat menambahkan pengetahuan am kerana saya telah menilai dan mengkaji sendiri akan kepentingan jaringan pengangkutan di negara kita.

Page 6: Kerja kursus geografi

OBJEKTIF KAJIANMenghuraikan jenis jaringan pengangkutan di

Kampung Pulai Sebatang.

Menghuraikan kepentingan jaringan pengangkutan di Kampung Pulai Sebatang

Menghuraikan cadangan atau cara mengatasi masalah jaringan pengangkutan di Kampung Pulai Sebatang.

Mengenalpasti masalah jaringan pengangkutan di Kampung Pulai Sebatang.

Page 7: Kerja kursus geografi

KAWASAN KAJIAN

Page 8: Kerja kursus geografi

KETERANGAN….. Kampung Pulai Sebatang terletak kira-kira 20

kilometer dari Bandar Pontian dan 70.3 km daripada Bandaraya Johor Bahru.

Kampung ini berlatitud 1.5666667 dan berlongitud 103.35 di permukaan bumi.

Kampung Pulai Sebatang dipercayai telah wujud pada zaman kegemilangan Johor lagi pada tahun 1850-an.

Nama ‘Pulai Sebatang’ diambil sempena nama sebatang pokok PULAI yang hanya sebatang di kampung ini dan saiznya amat besar terletak berhampiran dengan laut.

Pokok ini juga berperanan sebagai petunjuk kepada para nelayan untuk pulang ke jeti.

Pokok ini juga dikatakan mempunyai ‘ penunggu’. Namun pokok telah tumbang akibat hakisan laut

pada tahun 2oo1.

Page 9: Kerja kursus geografi

PETA DAERAH

Page 10: Kerja kursus geografi

KAEDAH KAJIAN TEMU BUAL Saya telah menemu bual beberapa orang responden seperti Ketua

Kampung, Encik Azman bin Kamar dan lain-lain bagi memperoleh maklumat yang berguna untuk diguna pakai dalam pembikinan kerja kursus ini.

PEMERHATIAN Saya telah meninjau sendiri tempat-tempat yang sering dikunjungi

oleh para penduduk Kampung Pulai Sebatang seperti Pekan Kampung Jawa untuk mendapatkan gambaran secara lebih jelas akan situasi sebenar kampung ini.

INTERNET Saya juga telah melayari beberapa laman sesawang bagi

mendapatkan lagi maklumat secara lebih terperinci dan tepat seperti nama syarikat kenderaan awam yang menyediakan perkhidmatan bas henti-henti ( ting-tong) di sepanjang laluan Mukim Benut ke Mukim Kukup sepanjang 45 kilometer.

Page 11: Kerja kursus geografi

HASIL KAJIAN4 KEPENTINGAN JARINGAN

PENGANGKUTAN DI KAMPUNG PULAI SEBATANG

1.MEMBAWA ANAK PERGI KE SEKOLAH Para penjaga menghantar anak mereka ke sekolah bagi

mendapatkan pendidikan yang sewajarnya.Terdapat juga segelintir pelajar yang hanya mengayuh basikal untuk pergi ke sekolah.Hal ini demikian membuktikan bahawa jalan raya merupakan suatu medium yang penting kepada masyarakat di kampung ini.

Page 12: Kerja kursus geografi

2.PENGANGKUTAN KE TEMPAT KERJA. - 25 peratus belia Kg. Pulai Sebatang bekerja sebagai

operator pengeluaran di kilang-kilang swasta yang terdapat di Bandar Pontian.Para guru juga menggunakan jalan raya untuk pergi ke Sekolah Kebangsaan mahupun ke Sekolah Agama untuk mendidik permata berlian Kampung Pulai Sebatang.

3. MEDIUM UNTUK PENGELUARAN HASIL PERTANIAN

-Lorong-lorong yang terdapat di Kg. Pulai Sebatang juga memainkan peranan sebagai laluan lori muatan 5 tan untuk mengangkut hasil pertanian seperti kelapa sawit,kelapa matak,kelapa pandan dan lain-lain.

Page 13: Kerja kursus geografi

4. MENJANA EKONOMI PENDUDUK SETEMPAT

-Terdapat segelintir penduduk kampung yang mengambil inisiatif dengan membuka restoran atau kedai runcit bagi menambahkan pendapatan.Tambahan pula, semakin hari,semakin banyak jumlah kenderaan yang melalui jalan persekutuan yang menganjur di pantai barat daya semenanjung Malaysia .Hal ini selaras dengan peribahasa “ di mana ada semut, di situ ada gula”.

Page 14: Kerja kursus geografi

RUJUKAN BUKU TEKS GEOGRAFI, TINGKATAN DUA.CIK NORHASLIZA BTE AWANG, GURU GEOGRAFI TINGKATAN DUA DELIMA.

ENCIK AZMAN BIN KAMAR, KETUA KAMPUNG PULAI SEBATANG.

RAKAN-RAKAN KELAS DUA DELIMA.

Sekian, Terima Kasih,.......

Page 15: Kerja kursus geografi

PETA KAWASAN KAJIAN

Page 16: Kerja kursus geografi

PENGENALAN JENIS JARINGAN PENGANGKUTAN

PENGANGKUTAN AWAM-Pengangkutan awam bermaksud pengangkutan

awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai termasuk perkhidmatan rel dan bas, atau definasi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan yang berjadual.

Page 17: Kerja kursus geografi

Contohnya:

Page 18: Kerja kursus geografi

PENGANGKUTAN PERSENDIRIAN- Pengangkutan persendirian terdiri daripada kenderaan

yang dimiliki dan dibeli sendiri secara individu dan didaftarkan di bawah naungan Jabatan Pengangkutan Jalan Raya.Contohnya:-

Page 19: Kerja kursus geografi

PENGANGKUTAN PERINDUSTRIAN- Pengangkutan dalam perindustrian merupakan satu

elemen penting dalam memastikan kelangsungan suatu perniagaan berjalan dengan lancar contohnya, penghantaran minyak ke stesen minyak dengan menggunakan lori minyak.Hal ini menunjukkan bahawa peri pentingnya pengangkutan dalam perindustrian. Contohnya:-

Page 20: Kerja kursus geografi

H4 MASALAH JARINGAN PENGANGKUTAN

1.STRUKTUR PERMUKAAN JALAN MENJADI TIDAK STABIL.

-Permukaan jalan menjadi mendap kerana tekanan yang diterima daripada berat bahan muatan yang berlebihan.Hal ini demikian kerana risiko untuk berlakunya kemalangan akan menjadi tinggi terutamanya golongan penunggang motosikal.

2.KUALITI UDARA MEROSOT.- Kualiti udara di Kg. Pulai Sebatang kian merosot lantaran

daripada pertambahan bilangan kenderaan yang melalui jalan utama.Hal ini menyebabkan komposisi karbon dioksida meniingkat berbanding oksigen. Oleh yang demikian, ramai penduduk kampung ini menghidapi simptom batuk-batuk mahupun asthma.

Page 21: Kerja kursus geografi

3. PENINGKATAN KEMASUKAN PEKERJA ASING SECARA MENDADAK

- Hal ini demikian kerana jalan utama Kg .Pulai Sebatang telah dijadikan suatu medium bagi golongan ini untuk mencari pekerjaan. Kesannya, ramai golongan belia yang terpaksa “ makan gaji” bekerja dengan syarikat swasta di Bandar Pontian walhal terdapat pelbagai pekerjaan yang boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan di kampung seperti sektor pertanian.

4. KESESAKAN LALU LINTAS YANG SERIUS PADA WAKTU GENTING.

-Kampung Pulai Sebatang juga tidak ketinggalan daripada menghadapi masalah yang sama oleh warga kota iaitu kesesakan jalan raya. Hal ini selalunya berlaku pada waktu petang, cuti umum mahupun hujung minggu.Hal ini menyebabkan penduduk kampung sukar untuk bergerak ke satu-satu tempat.

Page 22: Kerja kursus geografi

4 CADANGAN MENGATASI MASALAH JARINGAN

PENGANGKUTAN

4 CADANGAN MENGATASI MASALAH JARINGAN PENGANGKUTAN

1.MENANAM LEBIH BANYAK POKOK UNTUK MENSTABILKAN KEMBALI SUHU DAN OKSIGEN.

-Pihak berkuasa setempat seharusnya memainkan peranan dengan menanam lebih banyak pokok di kawasan sekitar kampung ini.Hal ini demikian kerana keadaan di Kampung Pulai Sebatang seperti peribahasa “ bagai retak, menanti belah”.Oleh yang demikian, tindakan yang proaktif harus dijalankan dengan secepat mungkin bagi mengelakkan keadaan menjadi bertambah buruk.

2. KEMPEN MENGGUNAKAN KENDERAAN AWAM - Pihak berkuasa juga sepatutnya menjalankan kempen menggunakan

kenderaan awam. Hal ini demikian kerana masyarakat akan sedar akan kekhilafan mereka sebelum ini.Tambahan pula, bayaran atau tambang yang dikenakan amat berpatutan. Kesimpulannya,penggunaan kenderaan awam mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara sekaligus mencapai misi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Page 23: Kerja kursus geografi

3.RONDAAN MAHUPUN PEMANTAUAN YANG PROGRESIF DARIPADA PIHAK BERKUASA.

- Pihak bertanggungjawab sepatutnya memainkan peranan dengan merpergiat operasi atau pemantauan terhadap warga asing yang bekerja di negara ini.Hal ini demikian kerana ada dalam kalangan mereka yang melakukan jenayah dan membahayakan orang awam atau masuk ke negara ini secara haram.Oleh yang demikian, keamanan negara dapat diwujudkan d samping kemajuan yang berterusan.

4 NAIK TARAF JALAN RAYA. - Pihak berkuasa setempat seharusnya menaik taraf jalan utama Kg.

Pulai Sebatang. Hal ini demikian kerana lubang-lubang atau lekuk-lekuk yang terdapat pada permukaan jalan raya membahayakan pengguna jalan ini terutamanya penunggang motosikal. Oleh yang demikian, tindakan yang sepatutnya seperti penurapan jalan mampu mengurangkan risiko berlakunya kemalangan.