kerja kursusu geografi

22
Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, Jalan Hang Tuah 55200, Kuala Lumpur, Malaysia. KAJIAN KAWASAN TEMPATAN Tingkatan Dua 2012 TAJUK : h Nama : Prasanth A/L Manimaran Tingatan : 2 Hijau No Kad Pengenalan : 980524 - 14 - 5363 Guru Penilai : Pn Hasniza Bt Muhamed Amin Tandatangan Murid, Tandatangan Guru, (Prasanth Manimaran) (Pn Hasniza Bt Muhamed Amin) Isi Kandungan Isi Kandungan

Upload: prasanth-maran

Post on 31-Jul-2015

98 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja Kursusu geografi

Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria,

Jalan Hang Tuah 55200, Kuala Lumpur, Malaysia.

KAJIAN KAWASAN TEMPATAN

Tingkatan Dua 2012

TAJUK :

h

Nama : Prasanth A/L Manimaran

Tingatan : 2 Hijau

No Kad Pengenalan : 980524 - 14 - 5363

Guru Penilai : Pn Hasniza Bt Muhamed Amin

Tandatangan Murid, Tandatangan Guru,

(Prasanth Manimaran) (Pn Hasniza Bt Muhamed Amin)

Page 2: Kerja Kursusu geografi

Isi KandunganIsi Kandungan

Bilangan

Perkara Muka

Surat 1 Penghargaan 2 Pendahuluan

3 Objektif kajian

4 Kawasan Kajian

5 Kaedah Kajian

6 Dapatan Kajian

7 Bahan Grafik

8 Rumusan 9 Lampiran

10 Rujukan

11 Penilaian Umum

Page 3: Kerja Kursusu geografi

Penghargaan

Terlebih dahulu saya Prasanth A/L Manimaran dari tingkatan 2 Hijau 2012 ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus Geografi ini. Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa iaitu  En.Manimaran dan ibu saya kerana telah memberi saya dorongan dan bantuan serta mengeluarkan perbelanjaan untuk menjalankan kajian ini. Kedua, terima kasih diucapkan kepada guru matapelajaran Geografi saya iaitu  Pn Hasniza Bt Muhamed Amin yang telah memberi saya tunjuk ajar dan bimbingan dalam merancang dan melaksanakan kerja kursus ini. Saya juga berterima kasih kepada Pengurus

Page 4: Kerja Kursusu geografi

Perpustakaan SMK Victoria iaitu Abang Rash kerana membenar saya untuk menggunakan kemudahan komputer dan internet bagi menyiapkan kerja amali ini. Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada rakanrakan saya iaitu Boheswaran, Divakaran, Ekjoth Singh dan Aiman Jamil kerana telah memberi dorongan dan bantuan sepanjang kajian ini dilaksanakan dan disiapkan. Pendahuluan Saya Prasanth Manimaran, sebagai murid Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria telah memilih untuk mengkaji kawasan Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia untuk

Page 5: Kerja Kursusu geografi

melakukan kajian saya, iaitu Amalan Kitar Semula. Taman Medan terletak di Petaling Jaya. Saya memilih kawasan tersebut kerana rumah saya terletak dengan kawasan kajian serta memudahkan kerja amali saya. Dan juga, kawasan kajian tersebut memudahkan interaksi dengan masyarakat di Taman Medan. Kemudahan pengangkutan pula memudahkan saya dengan membawa saya ke tempat yang hendak dikaji. Di Taman Medan pula terdapat pusat kitar semula yang membolehkan saya mengadakan kajian secara langsung. Tempoh masa kajian yang diberi oleh mata pelajaran Geografi adalah selama 3 minggu.

Objektif Kajian

Page 6: Kerja Kursusu geografi

Antara objektif yang ditentukan dalam melaksanakan kerja amali bertajuk " Amalan Kitar semula di Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia " adalah :-

mentakrifkan konsep kitar semulamenyenaraikan jenis - jenis bahan dan amalan kitar semulamenyenaraikan dan menghuraikan kepentingan amalan kitar semulamenyenaraikan dan menghuraikan masalah dan halangan dalam amalan kitar semulamenyenaraikan dan menghuraikan langkah - langkah dan cadangan bagi mengatasi masalah dalam melaksanakan amalan kitar semulamenyenaraikan dan menghuraikan penerapan nilai dan unsur patriotisme dalam dapatan kajian

Page 7: Kerja Kursusu geografi

Kawasan Kajian(Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia )

Taman Medan atau Kampung Medan terletak di wilayah Petaling, Selangor Darul Ehsan. Kampung Medan asalnya merupakan kawasan setinggan yang terletak di daerah Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Kampung Medan terkenal kerana Peristiwa Kampung Medan apabila beberapa penduduk Melayu berparang dengan kaum India akibat ketidak aturan majlis perkahwinan dan majlis kematian. Pandang darat budaya ialah Sungai Kuala Lumpur, belukar yang terbiar dan padang. Kawasan ini memanjang ke Barat sepanjang Bandar Sunway. Kedudukan kawasan kajian ini adalah ke arah Barat dari Bandar Raya Kuala Lumpur dengan jarak kira-kira 18 km. Jarak Taman Medan dari

Page 8: Kerja Kursusu geografi

pekan terdekat adalah Petaling Jaya Old Town kira-kira 3 km atau lebih kurang 10 minit. Jika menaiki bas awam , RapidKL U66, tambangnya hanya RM 1.00 sehala.

Kaedah Kajian :-

MENGUMPUL FAKTA DARI INTERNET -

Saya telah mendapat mengumpul maklumat melalui internet  yang membantu saya memahami dengan lebih jelas tentang kawasan tempatan saya iaitu Taman Medan,Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

Page 9: Kerja Kursusu geografi

PEMERHATIAN SEKELILING KAWASAN KAJIAN TEMPATAN -

Dengan kaedah ini, saya memerhatikan sekitar Taman Medan untuk mendapatkan beberapa maklumat seperti pandang darat budaya, dan masalah petempatan di sana.

PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DOKUMEN -

Saya telah membuat rujukan daripada majalah rasmi kawasan tempatan dan bahan- bahan bercetak yang lain yang pernah diterbitkan oleh pihak majlis Taman Medan.

RumusaN Dalam kajian ini, saya mendapati amalan kitar semula merupakan salah satukaedah mengurangi jumlah buangan dengan memproses sampah dan membuatnyamenjadi barangan yang berguna semula.Amalan tersebut juga mudah dan praktikalkerana kita hanya perlu menghantar barangan kita ke pusat pengumpulan kitar semulayang terdekat, dan hampir semua barangan yang kita buang termasuk dalam baranganyang boleh dikitar semula.Selain itu

Page 10: Kerja Kursusu geografi

kerajaan telah menyediakan kemudahan untuk melakukanya.Amalan kitar semula sangat penting untuk mengurangi sampah sertamencegah penerokaan sumber baru yang berlebihan bagi mencegah kerosakaan alam.Jadi, amalan kitar semula amatlah digalakkan dan mesti diamalkan.

  Tetapi, ada juga masalah dalam mengamalkan kitar semula, seperti kemudahanyan tidak memadai atau kurangnya galakan kepada masyarakat.Tetapi, dengan kerjasamaantara kerajaan, pihak berkuasa dan masyarakat, masalah-masalah tersebut pasti dapatditangani dan kitar semula dapat terus diamalkan.

 Selain itu, saya juga telah mendapat banyak pelajaran dalam kajian ini, salahsatunya ialah berusaha untuk tidak merosakkan alam dengan mengamalkan 3R (Reuse, Reduce, recycle).

Dapatan Kajian6.1 Konsep Kitar Semula

Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari

Page 11: Kerja Kursusu geografi

pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi "Pengurangan pembaziran, Guna semula, Kitar semula" hieraki buangan.

Bahan boleh dikitar semula termasuk kebanyakan:- jenis kaca,kertas, logam, plastik, tekstil, dan elektronik. Sungguhpun sama berkesan, penghasilan kompos atau kegunaan lain bahan buangan biodegradable – seperti sampah makanan atau lebihan taman – biasanya tidak dianggap kitar semula. Bahan yang hendak dikitar semula samaada dibawa ke tapak pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses semula menjadi bahan baru bagi pengilangan.

Dalam erti sebenar, mengitar semula bahan buangan akan menghasilkan bekalan baru bagi bahan yang sama, sebagai contoh kertas pejabat terpakai digunakan bagi menghasilkan kertas pejabat yang baru, atau polystyrene terpakai digunakan bagi menghasilkan polystyrene lain. Bagaimanapun, ini seringkali terlalu sukar atau terlalu mahal (berbanding dengan menghasilkan keluaran yang sama dari bahan mentah atau sumber lain), dengan itu kebanyakan barangan atau bahan "kitar semula" sebaliknya membabitkan kegunaan semula bagi menghasilkan bahan lain (contoh: kadbord). Satu bentuk lain kitar semula adalah salvage bahan tertentu dari keluaran rumit, samaada disebabkan nilai intrinsik (contoh, plumbum dari bateri kereta, atau emas dari

Page 12: Kerja Kursusu geografi

komponen komputer), atau akibat sifat beracunnya (contoh, mengeluarkan dan mengitar raksa dari pelbagai bahan).

6.2 Jenis bahan dan amalan kitarsemula:-

1) KertasSemua jenis kertas seperti akhbar, kertas print, dan lain-lain boleh dikitar semula. Semua jenis kertas mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna biru.Tetapi, harga jual kertas bekualiti tinggi seperti kertas putih komputer lebih mahal daripada kertascampuran seperti kertas akhbar, majalah, dan fail. Langkah-langkah pengitaran semula kertas ialah :

Kumpulkan kertas dan benda sejenisnya dari pusat kitar semula tempatan, danhantar kertas-kertas tersebut ke kilang / fasiliti kitar semula.Kertas, buku, akhbar dan kertas lainnya diasingkan mengikut kualiti dan gredKertas yang telah diasingkan akan dicampur dengan air bersabun untuk menghilangkan tinta serta menaggalkan tip plastik, dawai stapel, serta bendalainnya, dan melarutkan kertas tersebut sehingga menjadi larutan Larutan kertas tersebut kemudian dicampur dengan beberapa bahan untuk mehasilkan kulaiti larutan yang berbeza untuk menghasilkan kertas dalam pelbagai jenis dan kualitiLarutan tersebut dikeringkan dan dipotong mengikut saiz yang dikehendaki Kertas dalam bentuk helaian akan dihantar ke kedai sedangkan kertas dalam bentuk gulungan besar akan dihantar ke kilang percetakan seperti percetakan buku, akhbar, dan sebagainya.

Page 13: Kerja Kursusu geografi

2)KacaSegala jenis benda yang terbuat dari kaca seperti tingkap, botol minuman, dan botolvitamin boleh dikitar semula, termasuk barangan yang sudah pecah atau rosak .Barangankaca hendaklah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna coklat.Sesetengah pembelimahu barangan kaca tersebut diasingkan menurut warna. Kaedah untuk mengitar semula kaca ialah: 

Barangan kaca yang terkumpul di pusat kitar semula diangkut dan dibawa ketempat pemrosesan kaca

Kaca tersebut diasingkan mengikut warna, kemudian dicuci unutk menanggalkan sebarang benda bukan kaca yang masih melekat

Kaca yang telah diproses dipecahkan dan dileburkan Kemudian, kaca tersebut dibentuk dan dibekukan kepada

pelbagai macam bentuk dan kegunaan, seperti bekas minuman, pinggan serta cawan kaca, dan perhiasan serta aksesori.

Barangan kaca tidak berkurang kualitinya semasa dikitar semula.

Jadi, kaca dan barangan sejenisnya boleh digunakan dan dikitar semula berkali-kali.

3)LogamSegala jenis barangan yang diperbuat daripada logam seperti tin minuman, kereta,dan barangan keluli lainnya dapat dikitar semula. Barangan logam mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna jingga. Sesetengah bahan logam seperti timah danaluminium mempunyai harga pasaran yang tinggi.  Langkah-langkah untuk mengitar semula barangan logam ialah: 

Page 14: Kerja Kursusu geografi

Barangan logam seperti tin minuman dan computer case dikumpulkan dandihantar ke tempat pemrosesan keluli .

Barangan tersebut diasingkan menuru jenis dan kualitinya, kemudian dicuci.

Seterusnya, logam-logam tersebut dimasukkan ke dalam tungku peleburanlogam dan dibentuk menjadi jongkong .

Kemudian jongkong-jongkong tersebut dibentuk menjadi pelbagai jenis barangan baru seperti tin minuman, pembalut keluli, dan komponen elektronik .

4)Sisa MakananBaja kompos adalah sebagai alternatif untuk membuat 'sampah yang mesra alam' di rumah-rumah dan apartmen serta dijadikan baja untuk tanaman. Dalam bidang pertanian, baja kompos adalah teknik penyediaan media tanaman untuk meningkatkan kualiti tanaman dan kesuburan tanah tetapi masih mengekalkan kelestarian alam semula jadi.Cara memproses sisa makanan :-1. Semua sisa makanan yang dikumpul dicincang dan

digaulkan kemudian di masukkan ke dalam satu tong

takungan.

2. Bancuh 1 kg Gula Merah dengan 1 liter Air dan gaul dengan

bahan yang dicincang tadi dengan Air Larutan Gula Merah

ini.

3. Gaulkan adunan dengan sedikit (sejemput) kapur – Kalsium

Karbonat .

4. Tuang sebotol minuman Yakult dan digaul adunan menjadi

rata.

5. Tutup tong supaya adunan terperam selama 14 hari.

6. Jika anda inginkan organik anda kering, campurkan ianya

dengan tanah biasa sebelum digunakan untuk pembajaan.

Page 15: Kerja Kursusu geografi

6.3 Kepetingan Kitar Semula

1) Menjimatkan penggunaan sumber :-  Sumber-seumer mineral seperti besi, bijih timah, dan aluminium merupakan sumber yang tidak dapat diperbarui. Jadi, sumber-sumber mineral tersebut akan habis sekiranya diteroka terlalu banyak untuk digunakan. Jika barangan logam bekas yang digunakan semula, itu akan menjimatkan pengunaan sumber yang baru, selain dapatmengurangi jumlah buangan. Sekiranya sumber habis, mereka tidak dapat diterokai lagi. Selain harga pasaran rendah akibat penerokaan berlebihan semasa sumber masih ada, industri perlombongan juga akan terjejas nanti semasa sumber tersebut sudah habis seperti yang terjadi semasa penjajahan British dahulu. Kerana itu, ita juga mesti mengambil iktibar daripada kesilapan pada masa silam.

2)Mengurangkan pencemaran :-Apabila ramai dikalangan masyarakat yang mengamalkan amalan kitar semula , masalah pencemaran boleh diatasi dengan lebih efektif .

3) Memupuk sikap berjimat-cermat :- Sikap berjimat cermat mamberikan banyak faedah kepada pengamalnya . Kita boleh menabung atau mengurangkan penggunaan sesuatu sumber.

4) Menceriakan persekitaran :-Melalui kaedah guna semula , kita boleh memanfaatkannya untuk menceriakan persekitaran kita

Page 16: Kerja Kursusu geografi

. Contohnya kita boleh menggunakan botol - botol yang terpakai untuk dijadikan pagar kawasan pokok bunga .

5) Menambah pendapatan kita :-Melalui amalan jual beli , kita boleh menambahkan lagi pendapatan kita di samping memberikan peluang pekerjaan kepada sesetengah pihak . Ini boleh mengurangkan kadar pengangguran rakyat di Malaysia .

6.4 Masalah / Halangan Amalan Kitar Semula

Sikap :Sikap penduduk sekitar yang malas untuk

mengasingkan bahan kitar semula dengan sisa buangan . Masyarakat sekitar seharusnya memahami hasrat kerajaan untuk mengurangkan masalah kekurangan

tapak pelupusan sampah . Hasrat ini tidak akan tercapai sekiranya tiada sokongan daripada rakyat

Kurang kemudahan :Kekurangan kemudahan telah menyebabkan penduduk

sekitar sukar untuk menjalankan aktiviti kitar semula . Berbanding dengan bandaraya Alor Star yang mempunyai

banyak kemudahan telah memudahkan penduduk setempat menjalankan aktiviti kitar semula dengan mudah .

Kurang pengetahuan :Kurang pengetahuan mengenai kitar semula juga telah menyebabkan penduduk terus membuang sisa pepejal tanpa memikirkan dahulu mengenai kesannya terlebih

dahulu kepada alam sekitar .

Kurang galakan :

Page 17: Kerja Kursusu geografi

Kurang galakan telah menyebabkan masyarakat hanya mengambil jalan mudah sahaja untuk membuang sisa makanan ke dalam longkang, membuang sampah di

merata-rata tempat.

Kurang kerjasama :Masyarakat di kawasan kajian Taman Medan tidak

memberi kerjasama untuk mengamalkan kitar semula. Mereka mengingatkan perkara ini menyusahkan sahaja dan berasa malas untuk membuang sampah mengikut

warna tong sampah.

6.5 Langkah/Cadangan untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula

Terdapat beberapa langkha-langkah untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula di Taman Medan. Langkah-langkah untuk mengatasi masalah ini ialah :

Mengadakan kempen :Kaedah ini boleh menyedarkan masyarakat

dengan lebih mandalam mengenai kitar semula. Melalui kempen ini juga masyarakat

setempat untuk memberi ilmu mereka mengenai kitar semula.

Kerjasama dengan pihak berkuasa;Melalui kaedah ini, pihak berkuasa akan lebih mudah

untuk mengetahui masalah penduduk. Kaedah ini amat sesuai kerana

pihak berkuasa lebih mudahdisambut oleh masyarakat.

Gotong - royong :

Page 18: Kerja Kursusu geografi

Gotong-royong untuk bersama-sama mengitar semula boleh dijalankan di kawasan kajian ini kerana ianya

boleh mengurangkan pencemaran di kawasan kajian. Semangat kekitaan di kalangan masyarakat bagi

menggalakkan perpaduan kaum berdasarkan gotong-royong yang dianjurkan oleh Perdana Menteri.

Penubuhan Kelab Pencinta Alam:Kelab Pencinta Alam boleh ditubuhkan di kawasan

kajian ini untuk menyerapkan rasa pentingnya alam sekitar dalam kalangan masyarakat. Kaedah kitar

semula amat sesuai untuk memelihara alam sekitar.

* SAYA BERSYUKUR KERANA LANGKAH-LANGKAH TERSEBUT TELAH DAPAT MENGATASI MASALAH DAN HALANGAN DALAM MELAKSANAKAN KITAR SEMULA *

Page 19: Kerja Kursusu geografi
Page 20: Kerja Kursusu geografi
Page 21: Kerja Kursusu geografi
Page 22: Kerja Kursusu geografi

PETA : Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Page 23: Kerja Kursusu geografi

Peta Kawasan Kajian :-( Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia)

Kawasan Kajian :- Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Page 24: Kerja Kursusu geografi

PETUNJUK:-