kerja kursus geografi persekitaran - kajian lapangan di langkawi - pelancongan

Upload: akhi-muhammad-aiyas

Post on 07-Apr-2018

310 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    1/36

    HALAMAN PENGAKUAN

    Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

    yang tiaptiap satunya telah kami jelaskan sumbernya .

    Tandatangan

    Nama Penulis

    Tarikh

    Tandatangan

    Nama Penulis

    Tarikh

    Tandatangan

    Nama Penulis

    Tarikh

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    2/36

    SEKAPUR SIREH...

    Assalamualaikum, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat kami

    menyiapkan tugasan Kerja Kursus Berasakan Ilmu (KKBI) Projek Geografi

    Persekitaran (PSS 3104) dengan jayanya.

    Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih ditujukan khas untuk pensyarah

    tersayang, Puan Anisah Bt Harun dan Cik Nur Hijrah Bt Zakaria . Tanpa bimbingan

    mereka, tidak mungkin kami dapat menyiapkan tugasan ini mengikut piawaian yang

    telah ditetapkan. Sesungguhnya segala tunjuk ajar dan bimbingan yang diperolehi

    sepanjang menyiapkan tugasan ini amatlah berharga serta akan dipraktikkan pada

    masa hadapan.

    Ucapan jutaan terima kasih ditujukan kepada pemandu pelancong yang banyak

    memberikan informasi yang diperlukan mengenai kawasan kajian serta sabar melayani

    setiap pertanyaan yang diajukan oleh kami. Ribuan terima kasih turut ditujukan kepada

    semua responden yang sudi memberikan kerjasama yang baik sama ada ketika

    ditemubual atau ketika menjawab borang soal selidik.

    Tidak ketinggalan kepada semua ahli kumpulan, ucapan tahniah dan syabas

    kerana telah berjaya menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Buat ibu bapa yang

    kami sayangi, terima kasih di atas bantuan kewangan serta tidak jemu memberikan

    sokongan moral agar kami berjaya menyiapkan tugasan ini.

    Selain itu, terima kasih kepada rakan- rakan dari unit PISMP Kajian Sosial

    Semester Dua yang sudi berkongsi pandangan dan melontarkan idea yang bernas

    disaat kami ketandusan idea.

    Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara

    tidak langsung dalam menjayakan proses menyiapkan kerja kursus ini. Semoga Allah

    memberkati mereka.

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    3/36

    PERKARA MUKA

    SURAT

    1.0 PENDAHULUAN 1

    2.0 KAEDAH MENGUMPUL MAKLUMAT 2

    3.0 KONSEP BUDAYA

    3.1 Budaya Menghargai masa

    3.2 Budaya mematuhi peraturan

    3.3 Budaya Gotong-royong

    3.4 Budaya berpakaian

    3.5 Budaya Seni Tari dan Alat Muzik

    3

    4

    5

    6

    7

    7

    4.0 SUMNER MENGAPLIKASIKAN BUDAYA

    4.1 buku teks

    4.2 Information Communication Technology (ICT)

    4.3 Bahan bantu mengajar

    4.4 Projek kewarganegaraan

    9

    9

    11

    12

    12

    5.0 NILAI-NILAI MURNI DALAM USAHA MEREALISASIKAN PERPADUAN 13

    6.0 RUMUSAN 14

    7.0 BIBLIOGRAFI 15

    LAMPIRAN 33

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    4/36

    1.0

    PENDAHULUAN

    1.1 LATAR BELAKANG PULAU LANGKAWI

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    5/36

    Langkawi merupakan salah satu daerah di negeri Kedah. Langkawi adalah suatu

    gugusan pulau dimana Langkawi merupakan pulau yang terbesar. Dikelilingi oleh 99

    buah pulau, Langkawi yang terletak di utara Selat Melaka dan selatan Laut Andaman

    hanyalah 30 km daripada persisir pantai utara Malaysia. Langkawi berada di kedudukan

    6 21 U 99 48 T (Rajah 1). Bukan itu sahaja, Langkawi juga hanyalah beberapa

    kilometer sahaja daripada sempadan Thailand iaitu Ko Tarutoa. Bandar utama bagi

    pulau ini adalah Kuah. Titik tertinggi Langkawi adalah di Gunung Raya iaitu mencapai

    ketinggian 890 m daripada aras laut. Kepulauan ini merangkumi jumlah kawasan darat

    sebanyak 478.5 km2. Langkawi kini dikenali sebagai Langkawi Geopark.

    Rajah 1 : Kedudukan Langkawi dalam Malaysia

    Nama Langkawi diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang.

    Langkawi suatu ketika dahulu merupakan tempat tinggal sejumlah burung helang kawi.

    Kawi bererti merah hati. Ini kerana helang di sana berwarna merah hati dan berkepala

    putih. Kawi juga bermaksud tulisan Kawi yang digunakan oleh masyarakat tradisional

    Hindu Jawa. Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi. Batu Kawi

    dikatakan terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang juga

    berdiri di atas Batu Kawi (Rajah 2). Menurut Tun Mohamed Zahir dalam bukunya The

    Legends of Langkawi, nama Langkawi terhasil daripada gabungan bahasa Sanskrit iaitu

    Langka yang membawa maksud keindahan dan Wi yang bererti tidak terkira.

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    6/36

    Rajah 2 : Dataran Lang

    Kegiatan ekonomi di Langkawi suatu ketika dahulu adalah berasaskan agro

    seperti penanaman padi dan getah serta perikanan. Kini kegiatan ekonomi telah

    dipelopori oleh ekonomi berasaskan pelancongan seperti pemandu pelancong,

    perniagaan dan seni kraf tangan. Bagi menaikkan taraf Langkawi di mata dunia,

    Wilayah Koridor Ekonomi Utara (NCER) sedang berusaha untuk menarik minat hotel

    dan resort bertaraf dunia untuk melabur di pulau tersebut. Menurut Lembaga

    Pembangunan Langkawi (LADA) pada tahun 2010, bilangan pelancong yang datang ke

    Langkawi semakin meningkat dari 2.3 juta orang pada tahun 2008 ke 2.38 juta orang

    pada tahun 2009.

    Kepulauan Langkawi boleh dihubungkan melalui pengangkutan air dan udara.

    Dari jeti Kuah, terdapat kemudahan feri berkelajuan tinggi yang menghubungkan Satun

    yang terletak di selatan Thailand, Pulau Pinang, Kuala Kedah dan Kuala Perlis. Kapal

    Star Cruise juga boleh berlabuh di pelabuhan Awana Porto Malai yang berada di

    sebelah barat pulau. Pengangkutan udara pula dihubungkan oleh Lapangan Terbang

    Antarabangsa Langkawi ke Kuala Lumpur, Subang, Pulau Pinang, Singapura, Hong

    Kong, Guangzhou dan Phuket (Rajah 3).

    1.2 LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Fail:Eagle_Square.jpg
  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    7/36

    1.2.1 Latar Belakang Pekan Kuah

    Rajah 3 : Peta Pekan Kuah

    Pekan Kuah merupakan pekan utama di Pulau Langkawi. Pekan ini yang

    terletak di tenggara Pulau Langkawi menjadi pintu masuk utama untuk ke Pulau

    Langkawi. Nama 'Kuah' berasal daripada sebuah cerita dongeng mengenai

    pergaduhan di antara dua ekor gergasi yang mengakibatkan sebelanga gulai

    tertumpah di kawasan tersebut. Sempena dengan peristiwa itu, tempat tersebut

    kemudiannya dinamakan 'Kuah'. Pada waktu dahulu, Pekan Kuah hanya

    merupakan sebuah pekan kecil tetapi kini Pekan Kuah menjadi sebuah pusat

    bandar yang maju dengan pelbagai kemudahan tempat penginapan dan

    perniagaan.

    1.2.2 Latar Belakang Kilim Karst Geoforest Park

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    8/36

    Rajah 4 : Peta Kilim Karst Geoforest Park

    Kilim Karst Geoforest Park memaparkan landskap batu kapur di bahagian

    timur Pulau Langkawi dan pulau-pulau kecil di sekitarnya. Landskap ini

    merupakan antara landskap yang terindah di dunia. Tarikan hidupan liar seperti

    burung dan sistem gua yang terdapat disini merujuk kepada cerita-cerita

    dongeng dan mistik seperti burung Helang, Gua Cerita dan Sang Kelembai yang

    terjadi di Pulau Langkawi. Antara gua yang terdapat disini ialah Gua Kelawar.

    Gua Kelawar terletak di Timur Laut Pulau Langkawi, iaitu kira-kira 10 minit

    berkereta dari Pekan Kuah. Gua ini terletak di kaki bukit Kilim yang dikelilingi

    hutan paya bakau. Kerajaan negeri Kedah telah membina beberapa titi batu di

    dalam gua ini bagi memudahkan pelancong untuk meneroka kawasan gua.

    1.2.3 Latar Belakang Kereta Kabel Langkawi

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    9/36

    Rajah 5 : Kereta kabel

    Kereta kabel Langkawi terletak di Gunung Machincang iaitu di bahagian

    barat laut Pulau Langkawi. Kereta kabel ini mula dibina dari April 2001 hingga

    Ogos 2004 dan mula dibuka untuk orang ramai pada 27 Februari 2005. Di sini,

    pengunjung boleh menikmati keindahan alam semulajadi Pulau Langkawi melalui

    Langkawi Sky Bridge. Langkawi Sky Bridge mempunyai kepanjangan 125 meter

    dan berada pada ketinggian 700 meter dari paras laut.

    1.3 KEGIATAN EKONOMI DI LANGKAWI

    Kegiatan ekonomi merupakan penyumbang terbesar dalam pembangunan

    sesebuah negara.Pulau Langkawi terkenal dengan pelbagai kegiatan ekonomi. Antara

    kegiatan ekonomi yang terdapat di Langkawi ialah perikanan pinggir pantai, perikanan

    akuakultur, perniagaan gedung dan runcit, pengangkuta air serta pengangkutan darat.

    Sektor pelancongan pula menjadi nadi kepada kegiatan ekonomi yang lain.

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    10/36

    2.0

    KAEDAH

    MENGUMPUL

    MAKLUMAT

    Sepanjang melaksanakan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi subjek Geografi

    Persekitaran (PSS3104) terdapat beberapa kaedah mengumpul maklumat yang telah

    digunakan bagi melengkapkan kerja kursus subjek ini. Antara kaedah yang digunakan

    ialah :

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    11/36

    2.1 RUJUKAN PERPUSTAKAAN

    Setelah diamanahkan untuk menyempurnakan kerja kursus ini, kami telah

    membuat beberapa rujukan di Perpustakaan Ibnu Sina bagi mendapatkan maklumat

    mengenai kegiatan ekonomi pelancongan secara umum. Perbincangan bersama rakan

    sekelas juga turut diadakan di Perpustakaan Ibnu Sina.

    2.2 EKSPLORASI INTERNET

    Pelbagai maklumat dapat diperoleh apabila melayari internet. Bagi

    menyelesaikan tugasan ini, kami mencari maklumat tambahan mengenai latar belakang

    serta ciri-ciri kawasan kajian. Melalui kemudahan internet yang disediakan, segala

    maklumat yang diperlukan dapat diakses dengan segera. Contohnya dengan melayari

    laman web Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), pelbagai maklumat mengenai

    kegiatan pelancongan di kawasan kajian dapat diperoleh.

    2.3 PEMERHATIAN

    Kaedah pemerhatian dilakukan secara langsung untuk memperolehi data secara

    first hand. Pemerhatian dilakukan di kawasan kajian iaitu di Pekan Kuah, Kilim Geopark

    dan di Kereta Kabel Langkawi. Bagi memudahkan data dianalisis, borang pemerhatian

    disediakan untuk merekod perkara-perkara yang berkaitan dengan tajuk kajian. Antara

    item yang terdapat dalam borang pemerhatian di Pekan Kuah ialah mengenai jenis

    pengangkutan dan penginapan yang disediakan.

    2.4 PERBINCANGAN

    Berdasarkan tajuk tugasan, perbincangan bersama dengan ahli kumpulan amat

    penting. Hal ini kerana, semasa perbincangan dijalankan, data dan maklumat yang

    telah diperoleh akan diproses dan dibincangkan bersama-sama. Selain itu, idea-idea

    daripada rakan juga dapat diketahui.Perbincangan turut diadakan bersama dengan

    pensyarah pembimbing. Melalui perbincangan kumpulan, pelbagai input berguna akan

    diperoleh untuk dijadikan bahan rujukan dalam proses menyiapkan kerja kursus. Antara

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    12/36

    perkara yang dibincangkan ialah mengenai cadangan yang boleh dilaksanakan bagi

    mengatasi masalah yang berlaku dalam sektor pelancongan di kawasan kajian dan

    potensi aktiviti pelancongan pada masa hadapan.

    2.5 TEMUBUAL

    Kaedah temubual merupakan instrumen yang paling utama digunakan untuk

    memperolehi maklumat. Sepanjang melaksanakan kajian lapangan di kawasan kajian,

    ahli kumpulan telah menemubual orang sumber, pelancong asing dan tempatan serta

    mendapat kerjasama masyarakat setempat dalam usaha untuk mendapatkan maklumat

    yang diperlukan. Antara soalan yang dikemukakan kepada responden termasuklah

    mengenai kawasan tumpuan pelancong, masalah yang dihadapi oleh sektor

    pelancongan, serta kepentingan aktiviti pelancongan.

    2.6 SOAL SELIDIK

    Instrumen soal selidik turut membantu menambahkan info yang diperlukan bagi

    menyelesaikan kerja kursus subjek ini. Borang soal selidik diedarkan kepada responden

    untuk menjawab soalan berkenaan tugasan kerja kursus. Antara soalan yang terdapat

    dalam borang soal selidik tersebut ialah mengenai tahap kebersihan di kawasan kajian

    serta penilaian terhadap kemudahan-kemudahan yang disediakan di sana.

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    13/36

    3.0

    DAPATAN

    KAJIAN

    3.1 CIRI-CIRI KEGIATAN PELANCONGAN

    Terdapat beberapa faktor yang menarik perhatian pelancong untuk datang ke

    Pulau Langkawi. Antaranya adalah faktor alam semulajadi, sejarah/lagenda/mitos, zon

    bebas cukai ,budaya serta kemudahan penginapan dan pengangkutan.

    Salah satu tarikan utama pelancong adalah alam semulajadi. Pulau Langkawi

    merupakan sebuah pulau yang dianggap sebagai syurga tropika. Mekar dengan

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    14/36

    tumbuhan khatulistiwa dan didiami oleh habitat yang terpelihara, Pulau Langkawi tidak

    ada tolok bandingnya dengan kepulauan lain di Asia Tenggara. Dikelilingi oleh 99 buah

    pulau lain, Langkawi telah wujud sejak 500 juta tahun dahulu. Pulau ini terdiri daripada

    rangkaian batu batan yang unik serta meransang minat dan minda para pengunjung.

    Gua-guanya pula dihiasi indah dengan rangkaian stalakit dan stalagmit yang

    mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. Pantai-pantai yang bersih, cuaca yang terang

    dan ceria sesuai untuk pencinta alam menikmati keindahan laut dan menjalankan

    aktiviti sukan berasaskan air. Pengiktirafan Langkawi oleh United Nations Educational,

    Scientific and Cultural Organization (UNESCO) pada 1 Jun 2007 sebagai Geotaman

    Langkawi menambah minat pelancong untuk melancong ke Pulau Langkawi.

    Geo mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud kajian berkaitan

    dengan bumi manakala taman bermaksud tempat bersiar-siar. Geotaman mengikut

    Kamus Dewan adalah tempat bersiar-siar yang berkaitan dengan bumi. Mengikut

    LADA, Geotaman memberi definisi yang lebih meluas. Ia merujuk kepada sesuatu

    kawasan, tidak kira kecil atau besar yang mempunyai unsur-unsur seperti sejarah batu,

    foramsi menarik pelbagai jenis batu serta landskap unik dan indah. Ia menarik dan

    penting dari sudut pandangan para akademik, menarik dan mempesonakan dari sudut

    pandangan awam. Apa yang terdapat di dalamnya mempunyai nilai warisan yang boleh

    dihayati dan wajar dipelihara, meliputi biodiversiti iaitu flora, faunadan kegiatan ekonomisetempat. Menurut Abberley dan Malvern Hills Geopark pada tahun 2006, geotaman

    merupakan satu kaedah bagi melindungi kawasan yang mempunyai kepentingan

    geologi di peringkat tempatan, negara dan antarabangsa. UNESCO pula mentakrifkan

    geotaman dengan lebih meluas dimana ia tidak tertakluk kepada geologi ataupun

    batuan sahaja tetapi meliputi kegiatan masyarakat yang berlaku didalamnya melibatkan

    aktiviti ekonomi khususnya yang berkaitan dengan pelancongan.

    Terdapat tiga komponen utama dalam geotaman iaitu konservasi, pembangunan

    pelancongan dan pembangunan sosioekonomi. Konservasi bermaksud memelihara

    warisan bernilai dalam geotaman. Komponen ini merangkumi aspek konservasi warisan

    geo, konservasi kepelbagaian geologi dan warisan kebudayaan. Pembangunan

    pelancongan pula melibatkan aktiviti menggiatkan ekonomi setempat khususnya dalam

    aktiviti pelancongan di geotaman. Antara prasarana pelancongan yang dibangunkan

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    15/36

    adalah hotel/resort, pameran/pendidikan, penyelidikan/rekreasi dan kesedaran awam.

    Akhir sekali, pembangunan sosioekonomi adalah cara menggalakkan penyertaan

    masyarakat dalam geotaman termasuk dalam bidang perniagaan dan kebudayaan.

    Pembangunan sosioekonomi dijalankan dengan menggiatkan aktiviti-aktiviti ekonomi,

    menambahkan bilangan penglibatan pendududuk tempatan dan juga mempelbagaikan

    peluang-peluang baru kepada penduduk setempat.

    Secara keseluruhanya, Geotaman Langkawi mempunyai kawasan seluas 478

    kilometer persegi yang meliputi keseluruhan gugusan pulaunya. Kawasan geotaman ini

    meliputi keseluruhan ciri-ciri fizikal, hutan dan petempatan penduduk. Tarikan utama

    Geotaman Langkawi adalah formasi batuan tertua, nilai geologinya yang tinggi, struktur

    utama dan sokongan, pasir dan persisiran pantai serta pelancongan pendidikan.

    Terdapat tiga kawasan di kepulauan Langkawi yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai

    Geotaman Langkawi iaitu The Machinchang Cambrian Geoforest Park, Kilim Karst

    Geoforest Park dan Dayang Bunting Marble Geoforest Park. (Rajah )

    Rajah 6 : Kawasan Geotaman Langkawi

    The Machinchang Cambrian Geoforest Park mempunyai formasi batuan tertua di

    Pulau Langkawi yang dikenali sebagai Formasi Machinchang. Formasi ini sudah

    berusia antara 450 juta tahun hingga 550 juta tahun. Walaupun telah berusia jutaan

    tahun, formasi ini masih lagi kukuh. Ini dibuktikan melalui ketahanan formasi ini

    menghadapi cuaca tropika. Formasi ini turut menjadi bukti bahawa Malaysia dan Asia

    Tenggara telah wujud sejak jutaan tahun lalu. Formasi ini terletak di bahagian barat

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    16/36

    kepulauan Langkawi dan terdiri daripada jujukan batuan klastik iaitu selang lapis batu

    lodak, batu pasir dan konglomerat. Lapisan batu pasir merupakan jujukan paling

    dominan yang membentuk Formasi Machinchang. Batuan ini sangat tahan dengan

    proses luluhawa dan membentuk tanah tinggi pergunungan Machinchang.

    Terdapat beberapa keajaiban alam semulajadi yang terbentuk akibat proses

    geologi seperti Pantai Pasir Tengkorak, Pulau Anak Datai dan landskap indah

    sepanjang Banjaran Machinchang. (Rajah dan Rajah) Tumbuh-tumbuhan di puncak

    Gunung Machinchang adlah unik kerana hampir kesemua pokok adalah pendek dan

    renek. Secara keseluruhannya, terdapat 60 jenis pokok daripada 40 spesis yang

    berlainan dilaporkan terdapat di gunung ini. Antara pokok yang menarik adalah

    Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali), Syzigium Attenuatum (Kelat Bukit), Tagraea Elliptica

    (Tembusu Bukit) dan Globba Fragilis (Tepus Tanah). Puncak Gunung Machinchang

    boleh dinaiki menggunakan kemudahan kereta kabel yang telah disediakan.

    Rajah 7 : Struktur batuan di Pantai Rajah 8 : Puncak GunungMachincang Pasir Tengkorak

    Kawasan geotaman seterusnya pula dikenali sebagai Kilim Karst Geoforest Park.

    Geotaman ini mempunyai formasi batu kapur tertua iaitu Formasi Setul. Kawasan

    geotaman ini menengahkan landskap batuan kapur yang menakjubkan serta

    mempunyai pelbagai bentuk dan saiz. (Rajah) Formasi Setul secara dominannya terdiri

    daripada dua jenis batu kapur iaitu batu kapur yang sangat keras, berwarna gelap dan

    berpelapisan tebal dan juga batu kapur yang telah terhablur semula menjadi marmar.

    Selain daripada itu, di dalam formasi ini juga terdapat unit klastik yang terdiri daripada

    syal, batu lumpur, batu lodak, batu pasir dan rijang. Tersingkap di bahagian timur Pulau

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    17/36

    Langkawi, formasi ini meliputi beberapa kawasan iaitu Tanjung Sabong di bahagian

    utara, Tanjung Ru, Pulau Langgun, Kilim, Pulau Timun, Pulau Tuba dan Pulau Dayang

    Bunting di bahagian selatan.

    Tarikan utama pelancongan di geotaman ini adalah hidupan liar, sistem gua,

    tasik air tawar dan ekosistem. Kepelbagaian fauna di geotaman ini dibuktikan melalui

    penemuan 44 spesis mamalia, 23 jenis katak, 5 jenis penyu, 17 jenis cicak, 33 jenis

    ular, 238 spesis burung, 129 spesis hidupan marin, 7 jenis ikan tembakul dan 55 spesis

    plankton. Antara haiwan yang menarik minat pelancong adalah monyet pemakan

    ketam, Macaca fascicularis dengan kebolehannya untuk menyelam dan berenang

    dengan cekap semasa menangkap ketam. Terdapat tiga jenis ekosistem di geotaman

    ini iaitu hutan paya bakau, tumbuhan yang hidup di batu kapur dan tumbuhan yang

    hidup dataran lumpur dan pantai. Flora di kawasan goetaman ini mewakili 53% spesis

    kayu bakau di Malaysia dan 48% spesis kayu bakau di dunia.

    Rajah 9: Batu kapur yang berbagai saiz Rajah 10: Monyet Pemakan Ketam,

    dan bentuk Macaca fascicularis

    Akhir sekali adalah Dayang Bunting Marbel Geoforest Park. Geotaman ini

    merupakan campuran antara marmar Formasi Chuping dan juga batu kapur Formasi

    Setul. Geotaman ini mempunyai keistimewaan tersendiri dan agak berlainan jika

    dibandingkan dengan geotaman yang lain sebagai contoh Gua Pasir Dagang. Gua ini

    terletak di Tasik Dayang Bunting dan panjangnya cuma 100 meter. Gua ini dipenuhi

    dengan pelbagai bentuk stalaktit dan stalagmit. Dindingnya pula dipenuhi oleh marmar

    semulajadi. Tarikan utama geotaman ini adalah Tasik Dayang Bunting. (Rajah) Tasik ini

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    18/36

    merupakan tasik air tawar yang terhasil daripada runtuhan dinding gua. Hutan paya

    bakau yang subur sepanjang Selat Dayang Bunting menghiasi geotaman ini. Bukan itu

    sahaja, geotaman ini dilatari dengan gabungan batu marmar dan granit membentuk

    seorang wanita yang sedang mengandung. (Rajah)

    Rajah 11: Tasik Dayang Bunting Rajah 12: Gambaran wanita sedangdari atas mengandung

    Daya penarik yang seterusnya adalah sejarah/lagenda/mitos. Terdapat beberapa

    tempat di Pulau Langkawi yang memegang cerita tertentu. Antara tempat yang terkenal

    dengan ceritanya adalah Makam Mahsuri, Tasik Dayang Bunting dan Galeria Perdana.

    Makam Mahsuri merupakan makam peringatan atas pengorbanan Mahsuri yang telah

    dituduh melakukan perkara sumbang. Menurut lagenda, darah putih mengalir keluar

    dari tubuh Mahsuri apabila ditikam dan pada saat ajalnya, beliau telah bersumpah

    bahawa Langkawi tidak akan maju selama tujuh keturunan. Galeria Perdana pula

    menempatkan hadiah dan anugerah yang dihadiahkan kepada mantan perdana

    menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Galeri ini merupakan tinggalan sejarah yang

    berharga pada negara.

    Seterusnya, faktor yang menarik kedatangan pelancong ke Pulau Langkawi

    adalah kawasan membeli-belah zon bebas cukai iaitu Pekan Kuah. Pekan Kuah

    merupakan pusat kepada Kepulauan Langkawi. Dahulunya, Kuah hanya merupakan

    sebuah pekan kecil tetapi kini merupakan pusat Bandar yang begitu maju dengan

    pelbagai kemudahan penginapan dan perniagaan. Pekan ini tidak sesibuk Bandar-

    bandar besar yang lain seperti Kuala Lumpur ataupun Johor Bahru. Kuah kini

    merupakan pusat membeli-belah bebas cukai dengan berbagai barangan yang

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    19/36

    bermutu. Restoran-restoran sekitar Pekan Kuah pula menghidangkan pelbagai jenis

    makanan laut yang segar. Antara barangan bebas cukai yang terdapat di Pulau

    Langkawi adalah pinggan mangkuk, coklat, kain batik, rokok dan arak.

    Bukan itu sahaja, kedatangan pelancong ke Langkawi juga adalah atas faktor

    budaya. Kepulauan Langkawi penuh dengan keunikan dan kepelbagaian budaya.

    Sesetengah pelancong tidak kira tempatan atau asing berminat untuk mengetahui serta

    mempelajari cara hidup yang diamalkan sejak turun temurun di Langkawi. Antara

    destinasi yang banyak mempamerkan warisan kebudayaan Langkawi adalah Kampung

    Air Hangat. Kompleks moden ini dihiasi dengan tiga tingkat pancutan air panas dan

    mural dari batu sungai sepanjang 18 meter. Demontrasi kraft tangan tempatan dan

    tarian kebudayaan juga diadakan setiap hari. Bukan itu sahaja, pameran dan jualan

    kraftangan tradisional juga diadakan khas untuk peminat kraftangan.

    Akhir sekali, kemudahan pengangkutan dan penginapan yang pelbagai dan

    mudah juga menjadi tarikan untuk pelancong datang ke Pulau Langkawi. Darjah

    ketersampaian yang tinggi ke Pulau Langkawi memudahkan pelancong untuk keluar

    masuk ke pulau. Bukan itu sahaja, kemudahan awam seperti kereta sewa amat mudah

    didapati di sekitar Langkawi. Bagi aspek penginapan pula, terdapat pelbagai jenis

    penginapan yang disediakan seperti hotel, inn, apartment, chalet dan lain-lain.

    Pelancong boleh memilih penginapan mengikut citarasa sama ada di tepi pantai atau ditengah bandar.

    3.2 LATAR BELAKANG RESPONDEN

    Sepanjang melaksanakan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi subjek

    Geografi Persekitaran (PSS3104) terdapat beberapa responden yang telah ditemubual

    bagi mendapatkan maklumat untuk melengkapkan kerja kursus subjek ini. Antara

    responden tersebut ialah :

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    20/36

    Foto 1 : Encik Ruslan bin Akib

    Encik Ruslan bin Akib merupakan antara responden yang banyak menyumbang

    maklumat kepada kumpulan kami. Beliau berumur dalam lingkungan 42 tahun. Beliau

    bekerja sebagai pemandu pelancong dan pada masa yang sama turut berkhidmat

    sebagai pemandu bas untuk Mahsuri Travel Agency. Oleh sebab beliau merupakan

    pemandu pelancong, banyak informasi mengenai Kilim Geopark yang diceritakan

    kepada kami. Di samping itu, kami turut menemuramah beliau untuk memperolehi

    maklumat mengenai masalah dan kepentingan aktiviti pelancongan .

    Foto 2 : Puan Ishan bt Ab Hamid

    Puan Ishan bt Hamid merupakan penjaga kaunter tiket di Gua Kelawar yang

    berusia 49 tahun. Antara soalan yang dikemukakan kepada beliau ialah mengenai

    musim kedatangan pelancong serta cadangan penambahbaikan yang boleh

    dilaksanakan di Gua Kelawar. Antara cadangan penambahbaikan yang dikemukakan

    responden ialah menambah panjang laluan bertiti serta waktu melawat.

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    21/36

    Foto 3 : Puan Fadzillah

    Responden kumpulan kami yang berikutnya ialah Puan Fadzillah. Beliau berusia

    34 tahun dan bekerja sebagai pembantu tadbir di Persatuan Nelayan Kuala Langkawi.

    Puan Fadzillah merupakan penduduk tempatan. Antara perkara yang menjadi isu

    temubual ialah mengenai potensi masa depan kegiatan pelancongan di Langkawi serta

    kepentingan aktiviti pelancongan.

    3.3 KEPENTINGAN KEGIATAN PELANCONGAN DI LANGKAWI

    Pelancongan adalah nadi utama sektor ekonomi di Langkawi. Malah, pihak

    kerajaan dan pihak berkuasa tempatan begitu menitikberatkan program pembangunan

    ekonomi kegiatan pelancongan. Hal ini kerana sektor pelancongan di Langkawi

    mempunyai banyak kepentingannya tersendiri.

    Antara kepentingan kegiatan pelancongan ialah memperkenalkan Langkawi ke

    serata dunia. Langkawi mula mendapat status pulau bebas cukai pada tahun 1987.

    Melalui pengisytiharaan status tersebut, saban tahun kedatangan pelancong ke

    Langkawi kian bertambah. Kita sedia maklum, kawasan kajian mempunyai pelbagai

    tempat menarik misalnya Sky Bridge dan Cable Caryang terus mendapat tempat di hati

    pelancong, baik pelancong tempatan mahupun pelancong asing. Kedatangan

    pelancong asing menambahkan lagi peluang untuk Langkawi terkenal sebagai destinasi

    pilihan pelancong bertaraf antarabangsa.

    Seterusnya kepentingan pelancongan ialah meningkatkan ekonomi negara.

    Melalui aktiviti pelancongan, berlakunya pengaliran mata wang asing ke dalam negara.

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    22/36

    Hal ini kerana berlakunya pertukaran mata wang asing kepada Ringgit Malaysia (RM)

    apabila pelancong luar negara mahu membeli belah di kawasan kajian. Pelancong

    tempatan juga gemar berbelanja sekaligus menggalakkan pertumbuhan ekonomi

    negara. Pertumbuhan ekonomi yang rancak dapat membantu menjana pembangunan

    di Langkawi.

    Melalui kegiatan pelancongan, akan berlakunya penambahbaikan infrastruktur

    serta penyediaan kemudahan yang berkualiti kepada para pelancong serta penduduk

    tempatan. Perkembangan pesat aktiviti pelancongan di Langkawi menyebabkan seluruh

    kawasan berpotensi untuk dibangunkan. Oleh itu, kebanyakan tempat di kawasan

    kajian telah menerima kemudahan-kemudahan seperti bekalan air, bekalan elektrik,

    telekomunikasi serta pembinaan jalan raya. Penambahbaikan infrastruktur sertapenyediaan kemudahan yang berkualiti dapat memudahkan urusan pelancong dan

    penduduk tempatan.

    Aktiviti pelancongan penting untuk memastikan pemeliharaan kawasan

    semulajadi. Alam semulajadi merupakan satu aset yang digunakan bagi menarik

    kedatangan pelancong untuk melihat keindahan alam serta memberi peluang kepada

    mereka merasai pengalaman baru. Penubuhan kawasan yang dilindungi (protected

    area) contohnya Kilim Geopark secara tidak langsung dapat memastikan kawasan yang

    kaya dengan biodiversiti geologi, flora dan fauna dapat dipelihara untuk tatapan

    generasi akan datang dan pelancong.

    Kepentingan pelancongan yang berikutnya ialah menyediakan peluang

    pekerjaan. Pembukaan kawasan yang berpotensi untuk menjadi tarikan pelancong

    akan menyediakan segenap peluang pekerjaan buat penduduk. Misalnya penduduk

    tempatan berpeluang untuk bekerja sebagai pemandu pelancong, pemandu bot serta

    pengusaha kedai makan. Pembukaan rumah-rumah penginapan, hotel-hotel dan pusat

    membeli belah di sekitar kawasan tersebut dapat memberi peluang pekerjaan pada

    penganggur. Jesteru itu, kadar pengangguran dalam negara dapat dikurangkan dan

    guna tenaga dapat ditingkatkan.

    3.4 MASALAH SEKTOR PELANCONGAN

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    23/36

    Terdapat beberapa masalah yang timbul hasil daripada sektor pelancongan.

    Menurut kajian yang dijalankan di Pulau Langkawi, antara masalah yang ditimbulkan

    oleh sektor pelancongan ialah masalah pengangkutan, masalah kebersihan, masalah

    penularan wabak penyakit, masalah layanan dan servis, masalah pencemaran budaya,

    dan masalah komunikasi.

    Masalah pengangkutan di Pulau Langkawi ialah masalah kekurangan jumlah

    pengangkutan yang disediakan pada waktu musim kemuncak. Sewaktu musim cuti

    sekolah atau musim acara bertema berlangsung, pengangkutan yang disediakan

    adalah terhad dan tidak mencukupi. Untuk ke Pulau Langkawi pada waktu-waktu

    sebegini, pengunjung perlu menempah kenderaan untuk disewa setahun lebih awal

    bagi mengelakkan berlaku ketiadaan kenderaan untuk disewa. Bagi pengangkutan air,

    di kawasan pelancongan Kilim Karst Geoforest Park, berlaku kekurangan bot apabila

    waktu kemuncak. Menurut responden, bot untuk membawa pelancong mengelilingi

    kawasan Kilim Karst Geoforest Park tidak mencukupi terutamanya pada waktu pagi.

    Pelancong yang datang untuk menikmati keindahan batu kapur dan alam semulajadi di

    situ terpaksa menunggu giliran untuk menaiki bot.

    Masalah kebersihan yang paling utama berlaku di Pulau Langkawi adalah

    masalah pembuangan sampah. Menurut responden yang merupakan penduduktempatan di situ, satu perseratus pelancong yang datang ke Pulau Langkawi

    membuang sampah merata-merata. Kebersihan kurang dipraktikkan oleh pelancong

    sama ada pelancong tempatan atau luar negara. Sampah yang dibuang menyebabkan

    berlakunya longkang tersumbat, sekaligus mengganggu sistem saliran dan

    mencemarkan pemandangan indah di Pulau Langkawi.

    Masalah seterusnya ialah masalah penularan wabak penyakit. Masalah

    penularan wabak penyakit berlaku apabila pelancong asing yang datang ke Pulau

    Langkawi membawa wabak penyakit seperti Sindrom Akut Pernafasan Teruk (SARS)

    dan influenza A (H1N1). Sebagai contoh, pada April 2010 wabak influenza A (H1N1)

    telah tersebar dengan meluas apabila pelancong negara berisiko datang melancong di

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    24/36

    Pulau Langkawi. Banyak sekolah terpaksa ditutup dan dikuarantin berikutan masalah

    penularan wabak penyakit tersebut.

    Selain itu, masalah pelancongan yang berlaku di Langkawi ialah masalah

    layanan dan servis kepada pengunjung. Walaupun diseru oleh kerajaan agar

    memberikan layanan baik kepada pengunjung, masih terdapat masyarakat di Pulau

    Langkawi terutamanya golongan muda yang bekerja di premis perniagaan gagal

    berbuat demikian. Bagi bahagian penginapan, kadang kala pengusaha resort dan

    chalet mengambil kesempatan ke atas pelancong dengan mengenakan caj yang tidak

    relevan. Setelah membayar caj yang dikenakan, pelancong tidak menikmati servis yang

    sepatutnya diterima.

    Pencemaran budaya juga merupakan antara masalah yang berlaku di Pulau

    Langkawi berikutan perkembangan sektor pelancongan. Seperti yang kita ketahui,

    Pulau Langkawi merupakan pulau bebas cukai. Arak yang dijual di sana sangat murah

    dan mudah didapati. Budaya minum arak tidak lagi menjadi perkara asing bagi

    golongan anak-anak muda di sana. Masalah ini berlaku dalam kalangan penduduk

    tempatan. Pendedahan dan penyerapan budaya barat terhadap sosio budaya

    penduduk tempatan berlaku dengan pantas. Budaya lain yang ditiru penduduk

    tempatan termasuklah cara berpakaian, pergaulan bebas, dan sebagainya. Budayabaru ini dibawa masuk oleh pelancong asing terutama dari Eropah dan Amerika

    Syarikat.

    Seterusnya masalah komunikasi. Masalah komunikasi sering berlaku di antara

    penduduk tempatan dan pelancong asing. Apabila pelancong asing datang ke Pulau

    Langkawi, mereka kebanyakannya tidak tahu berbahasa melayu dan tidak fasih

    berbahasa Inggeris terutamanya bagi pelancong Thailand. Begitu juga bagi penduduk

    tempatan di Pulau Langkawi. Kebanyakan penduduk tempatan Pulau Langkawi tidak

    fasih berbahasa Inggeris. Masalah komunikasi berlaku apabila mereka saling tidak

    memahami.

    3.5 LANGKAH PENYELESAIAN

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    25/36

    Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Begitu juga dengan masalah

    yang terdapat dalam sektor pelancongan. Seperti yang kita ketahui, pengangkutan

    amat penting untuk kemudahan perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain.

    Mempunyai pengangkutan untuk kegunaan harian di Pulau Langkawi sudah tentu

    menjadi satu kemestian bagi setiap pelancong. Langkah penyelesaian bagi masalah

    pengangkutan yang terhad di Langkawi ialah pihak kerajaan perlu menyediakan lebih

    banyak kemudahan pengangkutan awam agar sektor pelancongan Pulau Langkawi

    tidak terjejas akibat daripada masalah kemudahan pengangkutan yang dihadapi.

    Dengan adanya kemudahan pengangkutan yang mencukupi, hasrat pelancong untuk

    berkunjung ke tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi akan tercapai.

    Langkah penyelesaian bagi masalah pembuangan sampah ialah melalui

    perlaksanaan kempen kesedaran secara menyeluruh sama ada kepada penduduk

    tempatan atau pelancong yang datang ke Pulau Langkawi. Antara perkara yang boleh

    dijalankan ialah dengan mengedarkan bahan risalah, mengadakan ceramah atau forum

    tentang kebersihan alam sekitar, serta kem kesedaran kebersihan alam sekitar.

    Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, kita perlu sedar akan perkara-

    perkara yang boleh mempengaruhi kedatangan pelancong. Pemeliharaan kebersihan

    wajib disemai dalam diri setiap insan. Langkah lain bagi pemeliharaan kebersihan di

    Pulau Langkawi ialah dengan menguatkuasakan undang-undang. Pembuang sampah

    akan dikenakan tindakan dan hukuman yang berat sama ada melibatkan penduduk

    tempatan mahupun pelancong.

    Bagi masalah penularan wabak penyakit, pihak kerajaan perlu prihatin akan

    wabak penyakit yang sentiasa berleluasa. Setiap pelancong yang masuk ke dalam

    negara perlu mengadakan ujian saringan penyakit terlebih dahulu sebelum dibenarkan

    masuk ke Malaysia. Hal ini sangat penting kerana pelancong asing yang datang ke

    negara kita pada kebiasaannya akan berisiko untuk membawa pelbagai wabak penyakit

    yang merbahaya.

    Masalah sikap anak muda di Pulau Langkawi yang memberikan layanan kurang

    mesra boleh diubah berpandukan aduan daripada pelancong. Walaupun perkara ini

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    26/36

    tidak melibatkan keseluruhan penduduk Pulau Langkawi, namun perkara ini

    memberikan impak yang besar kepada sektor pelancongan. Staf-staf muda yang

    terlibat dengan pelbagai sektor di Pulau Langkawi seharusnya diberi latihan khusus

    mengenai khidmat layanan dan servis. Masalah ini dapat diatasi jika mereka

    mempunyai kesedaran sivik dalam diri masing- masing dan berusaha untuk mengubah

    sikap diri sendiri.

    Selain itu, bagi masalah pencemaran budaya, pihak kerajaan harus mengadakan

    kempen bagi menyemai kembali budaya melayu dalam kalangan remaja di Pulau

    Langkawi. Bagi remaja yang bermasalah dalam penglibatan dengan masalah budaya,

    mereka perlu dihantar bagi menghadiri kem-kem agama bagi membangkitkan kembali

    semangat sebagai seorang islam dan menyemai kembali nilai-nilai ketimuran dalam diri

    mereka. Bagi yang bukan islam, mereka boleh diberi kaunseling sesuai dengan

    masalah yang dilakukan.

    Masalah terakhir ialah masalah komunikasi. Pihak kerajaan boleh mengadakan

    kursus-kursus bahasa lain seperti kursus Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab agar tidak

    berlaku sebarang masalah komunikasi dengan pelancong yang datang dari luar negara.

    Kursus-kursus ini harus terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa mengira sektor yang

    diceburi mereka.

    3.6 KESAN KEGIATAN PELANCONGAN KEPADA ALAM SEKITAR

    Aktiviti pelancongan membawa banyak kesan kepada alam sekitar sama ada

    dari sudut positif atau negatif. Antara kesan positif aktiviti pelancongan kepada alam

    sekitar adalah melindungi khazanah alam dan menyediakan habitat untuk fauna.

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    27/36

    Manakala kesan negatif pula adalah pencemaran dan hakisan, gangguan ekologi serta

    gangguan kepada sistem gua.

    Alam semulajadi merupakan salah satu aset penting kepada sesebuah negara.

    Keindahan alam semulajadi dapat menarik perhatian pelancong untuk melihat

    keindahan, keunikan dan merasai pengalaman baru. Kesedaran terhadap kepentingan

    untuk memelihara alam semulajadi di pelbagai peringkat seperti kerajaan, swasta dan

    rakyat untuk jaminan masa depan telah menyebabkan penubuhan beberapa kawasan

    yang dilindungi (protected area). Bukan itu sahaja, dengan adanya kawasan ini proses

    pemuliharaan dan pemeliharaan alam semulajadi dapat dijalankan secara berterusan.

    Penubuhan kawasan yang dilindungi melalui geotaman merupakan salah satu

    pendekatan bagi memastikan kawasan yang kaya dengan biodiversiti geologi, flora dan

    fauna serta warisan kebudayaan penduduk dipelihara untuk generasi masa hadapan

    dan tatapan pelancong. Antara contoh kawasan yang dilindungi adalah Kilim Karst

    Geoforest Park.

    Pelancongan berasaskan alam semulajadi juga membantu menyediakan habitat

    untuk fauna. Dewasa ini, kebanyakan hutan ditebang untuk tujuan pembangunan. Hal

    ini menyebabkan fauna kehilangan habitat semulajadinya dan mula menggangu

    petempatan penduduk sekitar. Dengan adanya penubuhan kawasan yang dilindungiseperti geotaman dan taman negara, secara langsung telah menyediakan habitat yang

    sesuai kepada fauna. Habitat yang sesuai dapat menjamin pembiakan pelbagai spesis

    fauna. Antara habitat yang terdapat di geotaman Langkawi adalah hutan paya bakau

    dan hutan dara. Bukan itu sahaja, dengan adanya pelbagai spesis fauna, siratan

    makanan yang sedia ada tidak putus. Ini kerana fauna di sana saling melengkapi antara

    satu sama lain daripada pengeluar hinggalah pengurai. Antara contoh fauna yang

    terdapat di geotaman Langkawi adalah monyet berkaca mata (Trachypithecus

    Obscurus) dan monyet pemakan ketam (Macaca Fascicularis).

    Seterusnya, aktiviti pelancongan telah menyebabkan berlakunya pencemaran

    dan hakisan. Pencemaran di kawasan geotaman yang paling ketara berlaku adalah

    pembuangan sampah merata-rata. Perkara ini berlaku disebabkan oleh sikap tidak

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    28/36

    bertanggungjawab segelintir pelancong. Mengikut responden, 1 daripada 100 orang

    pelancong yang memasuki kawasan geotaman akan membawa masalah. Sesetengah

    sampah yang dibuang adalah tidak mudah reput dan sukar dilupuskan seperti plastik.

    Penggunaan plastik telah meningkatkan jumlah sampah terkumpul tahunan. Jika hal ini

    berlarutan, kawasan geotaman Langkawi akan terjejas dengan sampah sarap yang

    banyak. Hakisan di kawasan geotaman Langkawi pula berlaku disebabkan oleh ombak

    yang terhasil dari bot. Hakisan ini membentuk gua-gua di sekitar batu kapur. Jika

    perkara ini berlarutan, mungkin akan berlakunya runtuhan batu kapur disebabkan oleh

    hakisan.

    Selain itu, pelancongan juga membawa kesan yang buruk kepada ekologi.

    Antara masalah yang dihadapi tumpahan minyak, pencemaran atau sisa kumbahan dan

    haiwan tidak berdikari. Masalah tumpahan minyak di sekitar geotaman akan

    mengakibatkan cahaya terhalang untuk masuk ke dalam air. Ini akan menyebabkan

    pembiakan plankton terhenti. Ikan-ikan tidak mempunyai makanan seterusnya akan

    mengakibatkan kepupusan spesis. Pencemaran dan pembuangan sisa kumbahan akan

    menyebabkan serangga penjana terumbu karang iaitu polyps mati. Jesteru itu,

    penambahan terumbu karang tidak dapat dilakukan. Haiwan di kawasan geotaman

    Langkawi tidak lagi berdikari untuk mencari makan. Ini disebabkan oleh tindakan

    pelancong yang sering memberi makan kepada fauna tertentu. Sebagai contoh aktiviti

    Eagle Feeding di Kilim Karst Geoforest Park menyebabkan burung helang tidak lagi

    berburu sebaliknya hanya menunggu diberi makan.

    Akhir sekali, aktiviti pelancongan di kawasan geotaman Langkawi telah

    menyebabkan gangguan kepada sistem gua. Seperti yang kita ketahui, stalaktit dan

    stalagmit mengambil masa yang lama untuk tumbuh. Namun disebabkan oleh sikap

    segelintir pelancong yang tidak bertanggungjawab, stalaktit dan stalagmit kerap

    dirosakkan untuk dijadikan sebagai kenangan atau cenderamata. Bukan itu sahaja,

    kemasukan pelancong yang berterusan ke dalam gua menyebabkan suhu gua berubah.

    Apabila suhu gua berubah, proses pertumbuhan stalaktit dan stalagmit juga akan

    terganggu disebabkan oleh suhu yang tidak sesuai.

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    29/36

    3.7 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN DAN LANGKAH MENGATASI KESAN

    PELANCONGAN KEPADA ALAM SEKITAR

    Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan dan langkah mengatasi kesan

    pelancongan kepada alam sekitar. Antaranya ialah dengan mengekalkan status dan

    pengiktirafan geotaman, tidak melakukan pembangunan yang boleh merosakkan alam

    sekitar, penguatkuasaan undang-undang, pendidikan dan kesedaran serta pencegahan

    dan pengawalan.

    Langkah penambahbaikan yang pertama adalah dengan mengekalkan status

    dan pengiktirafan Langkawi sebagai geotaman. Khazanah alam semulajadi dapat

    dilindungi dengan adanya pengiktirafan tersebut. Baru-baru ini, Langkawi telah dinilai

    semula sebagai geotaman oleh pihak UNESCO selama empat hari bermula 25 Julai

    2011 hingga 28 Julai 2011. Penilaian semula geotaman Langkawi ini merupakan salah

    satu cara bagi memastikan proses pemuliharaan dan pemeliharaan flora dan fauna di

    sekitar geotaman sentiasa berterusan. Dengan adanya status geotaman, kawasan

    geotaman Langkawi dianggap sebagai kawasan yang dilindungi. Sebarang

    pembangunan yang boleh mengganggu gugat alam sekitar adalah satu kesalahan jika

    dilakukan.

    Penambahbaikan seterusnya adalah dengan memastikan tidak melakukan

    pembangunan yang boleh merosakkan alam sekitar supaya habitat fauna sentiasa

    diindungi. Sebarang pembangunan di kawasan geotaman tidak digalakkan kerana

    boleh mengganggu ekosistem di sana. Sebagai contoh, tinggalan jambatan yang

    hendak dibina di sungai Kilim telah mengganggu ekosistem dan perjalanan bot di

    sepanjang sungai tersebut. Selain itu, setiap pembangunan yang dijalankan hendaklah

    diselia dan dipantau dengan ketat. Pihak berkuasa hendaklah memantau pembangunan

    yang dijalankan. Sebagai contoh, jika terdapat pembangunan resort di kawasan

    berhampiran geotaman, pastikan sisa dan sampah tidak dibuang merata-rata atau

    dibuang ke dalam sungai Kilim.

    Penguatkuasaan undang-undang juga merupakan salah satu langkah untuk

    mengatasi masalah pencemaran dan hakisan di geotaman. Antara undang-undang

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    30/36

    yang boleh dikuatkuasakan adalah seperti Akta Warisan Kebangsaan (AMK), 2005

    (Akta 645). Akta ini menyatakan bahawa menyediakan peruntukan bagi pemuliharaan

    dan pemeliharaan Warisan Kebangsaan, warisan semulajadi, warisan kebudyaan

    ketara dan tidak ketara, warisan kebudayaan di bawah air, harta karun dan perkara-

    perkara yang berkaitan. Mengikut temubual yang telah dijalankan, denda akan

    dikenakan sebanyak 10 ribu hingga 100 ribu bagi setiap batang pokok yang ditebang

    oleh pembalak di dalam kawasan geotaman Langkawi.

    Bukan itu sahaja, aspek pendidikan dan kesedaran dapat membantu mengatasi

    masalah gangguan ekologi dan pencemaran. Pendidikan alam sekitar hendaklah

    dipupuk di bangku sekolah lagi supaya dapat membentuk individu yang cintakan alam

    semulajadi. Kempen-kempen kesedaran boleh dijalankan di sekitar Langkawi. Antara

    kempen yang dijalankan adalah seperti program Hari Alam Sekitar Sedunia, Kempen

    Alam Sekitar dan Kempen Buku Hijau. Dengan andanya kempen-kempen seperti ini,

    orang awam seperti penduduk tempatan dan pelancong akan lebih sedar dan peka

    dengan kepentingan menjaga alam sekitar. Selain itu, media masa seperti televisyen,

    majalah, surat khabar dan radio juga boleh memainkan peranan dalam menyebarkan

    maklumat mengenai penjagaan terhadap alam sekitar.

    Akhir sekali adalah melakukan pencegahan dan pengawalan bagimengurangkan gangguan kepada sistem gua. Pihak geotaman boleh mengawal

    bilangan pelancong yang masuk melawat gua dalam satu masa seperti Gua Kelawar

    dan Gua Cerita. Pengawalan terhadap bilangan pelancong yang melawat gua dalam

    satu masa akan memastikan suhu gua tidak berubah bagi menjamin pertumbuhan

    stalaktit dan stalagmit. Selain itu, langkah pencegahan juga perlu diambil kira dalam

    memastikan sistem gua tidak terganggu. Pihak geotaman hendaklah meletakkan

    beberapa peraturan semasa berada di dalam gua. Antara peraturan yang terdapat

    sebelum memasuki Gua Kelawar adalah tidak membuat bising, tidak merokok, tidak

    membuang sampah merata-rata dan tidak menangkap gambar serta hanya

    meggunakan lampu suluh yang diberikan. Ini adlah untuk memastikan ekosistem gua

    tersebut supaya tidak terganggu.

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    31/36

    3.8 POTENSI KEGIATAN PELANCONGAN DI LANGKAWI

    Secara umumnya, kegiatan pelancongan di Langkawi mempunyai potensi untuk

    berkembang secara positif. Kehadiran pelancong kian bertambah tahun demi tahun. Hal

    ini terbukti apabila statistik kedatangan pelancong pada tahun 1986 menunjukkan

    hanya 209673 orang pelancong yang mengunjungi Langkawi, tetapi setelah Langkawi

    diisytiharkan pulau bebas cukai, kedatangan pelancong meningkat secara ketara

    dimana statistik pada tahun 2007 menunjukkan seramai 2334794 orang pelancong

    mengunjungi pulau tersebut.

    Pada masa hadapan, lebih banyak kawasan tarikan pelancong akan

    dibangunkan. Misalnya program homestay di Pulau Tuba berpotensi untuk dimajukan

    sekaligus menjadi kawasan tarikan pelancong. Walaupun aktiviti pelancongan

    berkembang pesat pada masa hadapan, tetapi pada yang sama, keindahan alam

    semulajadi tetap dikekalkan. Hal ini kerana alam semulajadi adalah antara faktor

    penarik pelancong datang ke Langkawi, misalnya di Kilim Geopark. Pada masa akan

    datang, kegiatan ekonomi pelancongan akan menjadi nadi penggerak ekonomi lain,

    contohnya aktiviti perniagaan runcit dan borong.

    Antara faktor penyebab kepada aktiviti pelancongan di Langkawi berkembangpositif ialah kerana dasar governan. Sebagai contoh,pengisytiharaan Langkawi sebagai

    pulau bebas cukai telah diuar-uarkan sekaligus menarik minat pelancong untuk

    melancong Malah aktiviti pelancongan akan berkembang secara positif kerana faktor

    bentuk muka bumi yang unik. Selain itu, aktiviti pelancongan berkembang positif pada

    masa akan datang disebabkan adanya program pembangunan terancang oleh pihak

    berkuasa iaitu Lembaga Kemajuan Langkawi (LADA). Berdasarkan maklumat yang

    diperoleh, pihak LADA ketika ini sedang menjalankan kajian bagi membangunkan

    Langkawi Tourism Blueprint untuk tahun 2011 sehingga 2015. Program ini dirancang

    bagi memastikan Langkawi menjadi Global Top 10 Island dan Eco-Adventure

    Destination pada tahun 2015. Pada masa akan datang juga, aktiviti pelancongan

    berkembang secara positif kerana Langkawi akan menjadi pusat perkembangan

    ekonomi.

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    32/36

    Aktiviti pelancongan perniagaan di Pekan Kuah akan terus mendapat sambutan

    pelancong kerana di situ merupakan pusat tumpuan untuk membeli belah. Pada masa

    hadapan, kemungkinan akan berlakunya penambahbaikan infrastruktur. Malah,

    wujudnya pembinaan kemudahan awam yang lebih kondusif serta mesra pengguna.

    Mesra pengguna membawa maksud kemudahan yang disediakan turut dapat

    digunakan oleh orang kelainan upaya (OKU). Penambahan pusat membeli belah di

    Pekan Kuah akan membolehkan pelancong membuat pilihan terbaik untuk berbelanja.

    Kilim Geopark akan terus berpotensi menjadi lokasi pilihan pelancong kerana di

    sana merupakan lokasi pemeliharaan alam semulajadi. Kilim Geopark juga akan

    menjadi produk pelancongan alternatif sekaligus menarik minat pelancong untuk

    melancong ke Langkawi. Pada masa akan datang, aktiviti pelancongan di KilimGeopark dapat meningkatkan pembangunan serta merancakkan pertumbuhan ekonomi

    Langkawi. Bukan itu sahaja, Kilim Geopark turut berpotensi sebagai medium

    pelancongan yang akan mempromosikan Langkawi sebagai pusat pelancongan

    bertaraf antarabangsa.

    Seterusnya adalah potensi pelancongan reakreasi iaitu di Kareta Kabel,

    Langkawi. Kebanyakan pengunjung memilih Kereta Kabel sebagai destinasi tarikan

    utama pelancongan mereka. Oleh sebab kawasan tersebut ialah kawasan utama

    tarikan pelancong, maka pada masa akan datang, kereta kabel Langkawi tetap akan

    dikunjungi oleh pengunjung, terutamanya golongan yang menggemari aktiviti rekreasi

    serta pelancong-pelancong yang ingin merakamkan memori manis berada di bumi

    Langkawi Permata Kedah.

    4.0 KESIMPULAN

    Bagi melengkapkan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu ( KKBI ) untuk

    subjek Geografi Persekitaran, unit Pengajian Sosial telah melakukan tinjauan terhadap

    kegiatan ekonomi di Pulau Langkawi. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, pelbagai

    maklumat dan pengetahuan baru telah diperoleh. Tugasan seperti ini dapat meningkatkan

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    33/36

    kecekapan guru pelatih mengurus dan menjalankan kerja luar malah dapat menggalakkan

    kemahiran mengumpul data secara first hand.

    Tuntutan tugasan memerlukan kami menghuraikan mengenai kegiatan ekonomi

    pelancongan di kawasan kajian. Perkara-perkara yang menjadi dapatan kajian

    termasuklah mengenai ciri-ciri pelancongan, kepentingan, masalah yang dihadapi oleh

    sektor pelancongan,langkah mengatasi serta kesan kegiatan pelancongan terhadap alam

    sekitar.

    Antara perkara yang dapat disimpulkan ialah mengenai kepentingan sektor

    pelancongan, misalnya menjana peluang pekerjaan serta meningkatkan ekonomi negara.

    Di samping itu, dapat juga dirumuskan bahawa sektor pelancongan di Langkawi

    menghadapi masalah dari segi pengangkutan, pencemaran budaya, kebersihan dan

    masalah komunikasi. Namun, terdapat beberapa cadangan untuk mengatasi masalah-

    masah tersebut, misalnya kursus menguasai bahasa asing serta kempen kebersihan.

    Aktiviti pelancongan juga mendatangkan kesan positif dan negatif terhadap alam

    sekitar. Kesan positif tersebut ialah melindungi khazanah alam,manakala kesan negatif

    terhadap alam sekitar ialah berlakunya gangguan ekologi dan hakisan. Untuk mengatasi

    kesan negatif aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar di kawasan kajian, statusGeotaman perlu dikekalkan serta melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dengan

    lebih terperinci. Pendidikan juga menjadi medium untuk menyedarkan orang ramai

    mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

    Tuntasnya, aktiviti pelancongan di Langkawi akan berkembang secara positif

    dengan kehadiran pelancong yang semakin bertambah saban tahun. Lebih banyak

    kawasan tarikan pelancong akan dibangunkan tetapi pada yang sama keindahan alam

    semulajadi tetap dikekalkan.

    5.0 BIBLIOGRAFI

    Hj. Rusly Musa dan Hjh. Nurashikin Abdullah. 2006. Masalah yang Ditimbulkan oleh

    Sektor Pelancongan Terhadap Persekitaran fizikal. Longman. Petaling Jaya

  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    34/36

    Selangor.

    Hj. Rusly Musa dan Hjh. Nurashikin Abdullah. 2006. Masalah yang Ditimbulkan

    Sektor Pelancongan terhadap Persekitaran Manusia. Longman. Petaling Jaya

    Selangor.

    Johan Affendi Ibrahim, Mohamad Zaki Ahmad. Penubuhan Geotaman Langkawi dan

    Kesan-kesannya kepada industri pelancongan. Diakses pada 4 Ogos 2011 di

    http://sssums.files.wordpress.com/2007/09/penubuhan-geotaman-langkawi

    kesan-kepada-industri-pelancongan.pdf

    Muslim Abdul Razak. Sedia kerjasama majukan Langkawi. Diakses pada 3 Ogos 2011

    http://wartakedah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1104%3A

    sedia-kerjasama-dengan-pihak-luar-majukan-

    langkawi&catid=36%3Aberita&Itemid=67&lang=ms

    Tiada nama penulis. Apa itu Geopark?. Diakses pada 3 Ogos 2011

    http://www.lada.gov.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=44&I

    temid=171

    Tiada nama penulis. Kepentingan Pelancongan. Diakses pada 23 Februari 2010 di

    http://galusbm1.blogspot.com/2008/10/kepentingan-sektor-pelancongan.html ,

    Tiada Penulis. Kepentingan Pelancongan. Diakses pada 2 Ogos 2011 di

    http://www.sabah.net.my/juipri/pelancong.html

    Tiada nama penulis. Malaysia Tourism. Diakses pada 19 Julai 2011 di

    http://sssums.files.wordpress.com/2007/09/penubuhan-geotaman-langkawikesan-kepada-industri-pelancongan.pdfhttp://sssums.files.wordpress.com/2007/09/penubuhan-geotaman-langkawikesan-kepada-industri-pelancongan.pdfhttp://sssums.files.wordpress.com/2007/09/penubuhan-geotaman-langkawikesan-kepada-industri-pelancongan.pdfhttp://wartakedah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1104%3Asedia-kerjasama-dengan-pihak-luar-majukan-langkawi&catid=36%3Aberita&Itemid=67&lang=mshttp://wartakedah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1104%3Asedia-kerjasama-dengan-pihak-luar-majukan-langkawi&catid=36%3Aberita&Itemid=67&lang=mshttp://wartakedah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1104%3Asedia-kerjasama-dengan-pihak-luar-majukan-langkawi&catid=36%3Aberita&Itemid=67&lang=mshttp://wartakedah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1104%3Asedia-kerjasama-dengan-pihak-luar-majukan-langkawi&catid=36%3Aberita&Itemid=67&lang=mshttp://www.lada.gov.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=44&Itemid=171http://www.lada.gov.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=44&Itemid=171http://www.lada.gov.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=44&Itemid=171http://galusbm1.blogspot.com/2008/10/kepentingan-sektor-pelancongan.htmlhttp://galusbm1.blogspot.com/2008/10/kepentingan-sektor-pelancongan.htmlhttp://www.sabah.net.my/juipri/pelancong.htmlhttp://www.sabah.net.my/juipri/pelancong.htmlhttp://www.sabah.net.my/juipri/pelancong.htmlhttp://galusbm1.blogspot.com/2008/10/kepentingan-sektor-pelancongan.htmlhttp://www.lada.gov.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=44&Itemid=171http://www.lada.gov.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=44&Itemid=171http://wartakedah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1104%3Asedia-kerjasama-dengan-pihak-luar-majukan-langkawi&catid=36%3Aberita&Itemid=67&lang=mshttp://wartakedah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1104%3Asedia-kerjasama-dengan-pihak-luar-majukan-langkawi&catid=36%3Aberita&Itemid=67&lang=mshttp://wartakedah.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1104%3Asedia-kerjasama-dengan-pihak-luar-majukan-langkawi&catid=36%3Aberita&Itemid=67&lang=mshttp://sssums.files.wordpress.com/2007/09/penubuhan-geotaman-langkawikesan-kepada-industri-pelancongan.pdfhttp://sssums.files.wordpress.com/2007/09/penubuhan-geotaman-langkawikesan-kepada-industri-pelancongan.pdf
  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    35/36

    http://www.motour.gov.my/en/ministry profile/division--unit/malaysia-tourism

    center.html

    Tiada nama penulis. 2008. Pengembaraan Meneroka Alam, Tourism Malaysia.

    Tiada nama penulis. Pengenalan Kepada Bisnes Pelancongan. Diakses pada 3 Ogos

    2011 di http://www.pts.com.my

    Tiada nama penulis. Visa of Arrival. Diakses pada 22 Julai 2011 di

    http://www.malaysiavacationguide.com/malaysia-visa.html

    Visitors Guide to Malaysia. (1997). Kuala Lumpur: Tourism Publications Corp. Sdn.Bhd.

    http://www.motour.gov.my/en/ministry%20profile/division--unit/malaysia-tourism%20center.htmlhttp://www.motour.gov.my/en/ministry%20profile/division--unit/malaysia-tourism%20center.htmlhttp://www.motour.gov.my/en/ministry%20profile/division--unit/malaysia-tourism%20center.htmlhttp://www.pts.com.my/http://www.pts.com.my/http://www.malaysiavacationguide.com/malaysia-visa.htmlhttp://www.malaysiavacationguide.com/malaysia-visa.htmlhttp://www.malaysiavacationguide.com/malaysia-visa.htmlhttp://www.pts.com.my/http://www.motour.gov.my/en/ministry%20profile/division--unit/malaysia-tourism%20center.htmlhttp://www.motour.gov.my/en/ministry%20profile/division--unit/malaysia-tourism%20center.html
  • 8/3/2019 Kerja Kursus Geografi Persekitaran - Kajian Lapangan di Langkawi - Pelancongan

    36/36

    LAMPIRAN