kerja kursus psv3104 2013 ppg sem 5.docx

7
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM PENTAKSIRAN KERJA KURSUS - PROJEK (Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan) Kursus: PSV3104 Pengajian dan Pengurusan Kurikulum PSV KBSR Tempoh: Tarikh Mula: 13 Julai 2013 Tarikh Serahan: 23 Ogos 2013 Program: PPG Tahun/ Semester: 2013/ Semester 3 dan 5 Kumpulan: PPG AMBILAN JUN 2011 (BM 3 dan BC 4) Disediakan oleh: NURUL ‘AIN BINTI HJ. SAFFAR ULLAH Disahkan oleh: Penyelaras Kursus Ketua Jabatan Nama & Tandatangan : Tarikh: 09 Julai 2013

Upload: tong-xin-loh

Post on 03-Oct-2015

240 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

PENTAKSIRAN KERJA KURSUS - PROJEK

(Jadual Spesifikasi Tugasan, Soalan Tugasan dan Rubrik Pemarkahan)

Kursus:PSV3104Pengajian dan Pengurusan Kurikulum PSV KBSR

Tempoh:Tarikh Mula: 13 Julai 2013

Tarikh Serahan: 23 Ogos 2013

Program:

PPGTahun/Semester: 2013/ Semester 3 dan 5

Kumpulan:

PPG AMBILAN JUN 2011 (BM 3 dan BC 4)

Disediakan oleh:

NURUL AIN BINTI HJ. SAFFAR ULLAH

Disahkan oleh:

Penyelaras KursusKetua Jabatan

Nama & Tandatangan:

Tarikh:

09 Julai 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMJADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEK

JABATAN: KAJIAN SOSIAL / UNIT PENDIDIKAN SENI VISUAL

MATAPELAJARAN: PSV3104 - Pengajian dan Pengurusan Kurikulum Pendidikan Seni Visual Kurikulum Baru Sekolah Rendah

KUMPULAN: PPG AMBILAN JUN 2011 (BM 3 dan BC 4)

SEMESTER: 5 dan 3

TARIKH TERIMA:

13 Julai 2013TARIKH HANTAR: 23 Ogos 2013

Hasil Pembelajaran Kursus :1. Menerangkan perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual (PSV), Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) PSV KBSR.2. Mengaplikasikan konsep 5P, KBSR. 3. Mengurus dan mengguna bahan sumber seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.4. Merancang dan merekabentuk aktiviti-aktiviti seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran.5. Mengintegrasikan aktiviti PSV dalam mata pelajaran lain.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2, 3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus :

Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut;

1. Membuat nota dan pengurusan grafik dari aspek Menghurai pelbagai pendekatan rekabentuk kurikulum Pendidikan Seni Visual.2. Merujuk kepada Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR dapat menjelaskan cara pelaksanaan salah satu konsep 5P dalam Bidang Membuat Corak dan Rekaan.3. Menghasilkan satu cadangan pelan lantai Bilik Pendidikan Seni Visual yang kondusif.Tugasan Projek (100%)Murid yang berjaya dalam pembelajaran didorong oleh guru yang berjaya mengaplikasikan pelbagai pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai. Oleh itu, penguasaan Objektif dan Organisasi Kurikulum dalam Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR adalah penting untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dengan lengkap dan berkesan.

Tugasan :

1. Berdasarkan pernyataan di atas, kumpulkan maklumat yang berkaitan dengan pelbagai pendekatan rekabentuk kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah.2. Merujuk kepada Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual untuk Tahap 2, jelaskan cara pelaksanaan salah satu konsep 5P dalam Bidang Membuat Corak dan Rekaan selari dengan objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR.3. Hasilkan satu cadangan pelan lantai Bilik Pendidikan Seni Visual yang kondusif untuk sekolah anda secara individu. Sila gunakan petunjuk yang bersesuaian (Boleh dihasilkan sama ada menggunakan perisian komputer atau secara manual). 4. Sikap dan sahsiah.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus1. Tugasan ini adalah tugasan berkumpulan dan individu.2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat yang terdapat dalam reka bentuk kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah.3. Menjelaskan cara pelaksanaan salah satu konsep 5P dalam Bidang Membuat Corak dan Rekaan selari dengan objektif kurikulum dengan merujuk kepada Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR.4. Menghasilkan satu cadangan pelan lantai Bilik Pendidikan Seni Visual yang kondusif untuk sekolah anda secara individu. Sila gunakan petunjuk yang bersesuaian (Boleh dihasilkan sama ada menggunakan perisian komputer atau secara manual).5. Format penulisan anda adalah seperti berikut: Font Arial Saiz font 11 Langkau baris 1.5 Margin kiri dan kanan 1 Margin atas dan bawah 16. Rujukan mengikut format APA7. Lampiran adalah wajib

Tugasan perlu lengkap dengan butiran seperti yang berikut:1. Kulit muka hadapan berwarna kuning.1. Nama ahli kumpulan dan begambar.2. Angka giliran setiap ahli kumpulan.3. Nombor kad pengenalan setiap ahli kumpulan.4. Kod kursus dan nama kursus.5. Nama pensyarah.6. Tarikh serahan.

Tugasan yang baik haruslah menunjukkan kriteria berikut:1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.2. Tugasan anda perlu merangkumi perkara berikut;a. Menganalisis pendekatan dan kaedah rekabentuk kurikulum Pendidikan Seni Visual.b. Melaksanakan salah satu konsep 5P yang melibatkan bidang Membuat Corak dan Rekaan dengan merujuk Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran KBSR.c. Keseluruhan hasil kerja dan maklumat perlu menunjukkan keaslian dan sokongan ilmiah.d. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.

3. Penulisan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan ejaan.4. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan.

Kriteria Pemarkahan

Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pemarkahan yang disediakan. Markah akan diberi secara kerja kumpulan kepada tugasan 1 dan 2, manakala markah kerja individu akan diberikan kepada tugasan 3.

Disediakan oleh:Disemak oleh:

(NURUL AIN HJ. SAFFAR ULLAH)PensyarahUnit Pendidikan Seni VisualJabatan Kaji SosialIPGK Temenggong Ibrahim Johor

Disahkan oleh,

(NORAIZAH BINTI DAMIRI)Ketua JabatanJabatan Kajian Sosial.IPGK Temenggong Ibrahim Johor

(SAEDAH BINTI MOHD SHAH)Pakar Bidang (SME)Unit Pendidikan Seni VisualJabatan Kaji SosialIPGK Temenggong Ibrahim Johor

Spesifikasi Tugasan

TAJUKTUGASANWAJARANCATATAN

Peraturan Memberi Markah Mengumpul dan menyusun maklumat

Menjelaskan cara pelaksanaan salah satu konsep 5P dalam Bidang Membuat Corak dan Rekaan selari dengan objektif kurikulum Pendidikan Seni Visual KBSR

Menghasilkan satu cadangan pelan lantai Bilik Pendidikan Seni Visual yang kondusif

Sikap dan Sahsiah

Kumpulan :Mengumpul dan menyusun maklumat reka bentuk kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah dalam folio: Sumber bahan reka bentuk pendekatan kaedah Mengaplikasi kemahiran teori dan amali ke dalam pelaksanaan konsep 5P dalam bidang Membuat Corak dan Rekaan

Individu :Penghasilan karya Pelan lantai Bilik PSV di sekolah

Sikap dan sahsiah yang positif

50%

40%

10%

Kriteria penilaian keseluruhan:

Maklumat dan dokumen tepat, sesuai & lengkap serta dari pelbagai sumber Lengkap,tepat & kreatif Jelas menunjukkan kualiti dlm ilmu Dilaksanakan secara tepat, sangat relevan dan berkualitiKomitmen

Menunjukkan kesungguhan dan penglibatan penuh dalam tugasan Berusaha mencari bahan rujukan relevan dan terkini

Menunjukkan keupayaan menganalisis dan mentaksir pelan lantai Bilik Seni yang sedia ada. Kecekapan menghasilkan satu cadangan pelan lantai Bilik Seni

Komitmen yang tinggi, berkolaboratif secara kerap dan dan aktif