kerja kursus geogarfi 2009 (prof_is)

20
GEOGRAFI 23/2 KERJA KURSUS Nama Calon: ISHAK ANIS BIN ABDULLAH TINGKATAN : 3PEA NO.KAD PENGENALAN : 940411-11-5671 ANGKA GILIRAN : TA00KOOO4 NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH : SMK.SULTAN AHMAD, 21000,K.TERENGGANU TAJUK KERJA KURSUS : PeTeMpAtAn DaN PeRkEmBaNgAn DI KG.DuRiAn BuRuNg DaN DiBaNdInGkAn DEnGAN NeGaRa SiNgApUrA GURU PENILAI : PUAN SOY LAY LIEW BIL. ASPEK MARKAH PENUH MARKAH DIPEROLEH 1 TAJUK KAJIAN 1 2 SENARAI KANDUNGAN 1 3 PENGHARGAAN 2 4 PENDAHULUAN 2 5 OBJEKTIF KAJIAN 2 6 KAWASAN KAJIAN 8 7 KAEDAH KAJIAN 2 8 DAPATAN KAJIAN 25 9 RUMUSAN 2 10 LAMPIRAN 2 11 RUJUKAN 2 12 PENILAIAN UMUM 1 ASPEK 1 - 7 ASPEK 9-12 25 ASPEK 8 25 JUMLAH MARKAH 50 TAHAP PENCAPAIAN

Upload: ishak-anis

Post on 11-Jun-2015

235 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kalu ade salah sedikit,berilah komen dan kritkan agar dapat membantu saya membuat kerja kusus yang bagus pada masa hadpan..bersama kita memartabatkan bahasa Melayu...hidup Bahasa Melayu!!!

TRANSCRIPT

Page 1: Kerja KUrsus Geogarfi 2009 (Prof_Is)

GEOGRAFI 23/2KERJA KURSUS

Nama Calon: ISHAK ANIS BIN ABDULLAH TINGKATAN : 3PEANO.KAD PENGENALAN : 940411-11-5671ANGKA GILIRAN : TA00KOOO4NAMA DAN ALAMAT SEKOLAH : SMK.SULTAN AHMAD, 21000,K.TERENGGANU TAJUK KERJA KURSUS : PeTeMpAtAn DaN PeRkEmBaNgAn DI KG.DuRiAn BuRuNg DaN DiBaNdInGkAn DEnGAN NeGaRa SiNgApUrAGURU PENILAI : PUAN SOY LAY LIEW

BIL. ASPEK MARKAH PENUH

MARKAH DIPEROLEH

1 TAJUK KAJIAN 1

2 SENARAI KANDUNGAN

1

3 PENGHARGAAN 2

4 PENDAHULUAN 2

5 OBJEKTIF KAJIAN 2

6 KAWASAN KAJIAN 8

7 KAEDAH KAJIAN 2

8 DAPATAN KAJIAN 25

9 RUMUSAN 2

10 LAMPIRAN 2

11 RUJUKAN 2

12 PENILAIAN UMUM 1

ASPEK 1 - 7ASPEK 9-12

25

ASPEK 8 25

JUMLAH MARKAH 50

TAHAP PENCAPAIAN

Page 2: Kerja KUrsus Geogarfi 2009 (Prof_Is)

TAJUK MUKA Surat

Page 3: Kerja KUrsus Geogarfi 2009 (Prof_Is)

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Tuan Alias Sembok, Pengetua SMK Sultan Ahmad kerana memberi kebenaran dan sokongan untuk menjalankan kajian ini. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Soy Lay Liew,guru Geografi kelas 3PEA kerana telah memberi tunjuk ajar dan panduan yang berguna kepada saya dan rakan-rakan bagi membuat kerja kursus Geografi pada tahun ini.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya tujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya yang memberlanjakan wang untuk kerja kursus saya dan adik-beradik saya serta saudara tedekat saya yang telah memberi dorongan dan sokongan sepanjang kajian ini dijalankan.Selain itu, ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan saya, iaitu Mohd Ad_din ,Lokman Hakim,Che Ku Imran dan rakan-rakan saya yang lain kerana kerjasama mereka dan kesudian mereka dalam mengumpulkan maklumatdan data-data tentang kerja kursus ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada semua penduduk kampung ini kerana memberi kerjasama yang amat baik kepada saya dan rakan-rakan serta ketua kampung Durian Burung yang mencerita serba sedikit tentang kampung ini. Akhir sekali, ucapan terima kasih ditujukan kepada semua responden yang sudi menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh saya.

Page 4: Kerja KUrsus Geogarfi 2009 (Prof_Is)

‘ ’

‘ Saya dan rakan-rakan sekelas telah diwajibkan untuk memilih tajuk Petempatan dan Perkembangan di Desa atau kampung di tempat tinggal masing-masing serta membandingkannya dengan negara -negara lain sebagai tugasan PMR kami bagi tahun 2009. Saya memilih kampung Durian Burung iaitu Kampung saya, dibandingkan dengan Negara Singapura .Kawasan kampung ini juga dekat dengan sekolah dan tempat tinggal saya serta saya menetap disini selama 15 tahun.

Kawasan ini merupakan salah sebuah petempatan bagi Bandar Kuala terengganu iaitu dua kilometer dari Pekan Chabang Tiga.Saya beranggapan bahawa kampung Durian Burung ini memainkan peranan penting sebagai keperluan asas kehidupan manusia. Tanpa kawasan ini, banyak masalah yang akan berlaku kepada manusia yang sukar dibendung. Saya menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan dan pada musim cuti persekolahan.

Saya menulis laporan kajian ini secara individu berdasarkan maklumat lapangan yang dikumpulkan secara individu juga.Laporan kajian ini berjaya disiapkan dalam masa tiga bulan bermula dari bulan Febuari hingga bulan Mei 2009.Kerja kursus Geografi ini akan dinilai dan diambil kira dalam permakahan keseluruhan matapelajaran Geografi PMR.Ini merupakan pengalaman yang berguna dan menyeronokkan terutama semasa mengumpul dan mendapatkan data-data serta maklumat untuk kajian ini.

Page 5: Kerja KUrsus Geogarfi 2009 (Prof_Is)

a) Mengenal pasti jenis dan pola petempatan di KDB membandingkannya dengan negara Singapura.

b) Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi perkembangan kawasan KDB

c) Mengenal pasti fungsi petempatan kawasan tempat tinggal saya serta negara Singapura yang dijadikan bandingannya.

d) Mengenal pasti masalah-masalah yang berlaku di petempatan tersebut.

e) Mencadangkan langkah-langkah bagi mengatasi masalah-masalah yang berlaku di petempatan tersebut.

f) Menerapkan unsur-unsur nilai patriotisme terhadap kawasan yang dikaji serta menjadikannya sebagai prinsip kehidupan di dalam diri kita.

Page 6: Kerja KUrsus Geogarfi 2009 (Prof_Is)

Kawasan yang saya kaji ialah Kampung Durian Burung(KDB). SejarahPetempatan KDB dibuka lebih 25 tahun dahulu. Kawasan ini adalah kawasan kampung yang wujud pada zaman dahulu lagi.Orang lama yang tinggal di tempat ini mengatakan yang tempat ini dahulu terdapat banyak burung-burung yang memakan buah-buah durian.Disitu juga terdapat kebun durian yang luas.

Bilangan penduduk di sini telah meningkat setiap tahun ke setahun.Kawasan ini menarik perhatian semua penduduk kerana kawasan yang strategik.dan terletak di antara jalan yang menghala ke Kelantan dan ke pusat Bandar serta terdapat kemudahan yang disediakan. Disamping itu juga KDB ini juga adalah tempat perniagaan di kawasan tempat tinggal saya . Jarak antara Pusat Bandar K.Terengganu hanya kira-kira enam kilometer sahaja dari kampung ini.

Kawasan petempatan ini terletak di kawasan tanah pamah yang ratadan terdapat satu bukit yang kecil di KDB. Terdapat kawasan hutan-hutan kecil dan paya-paya kecil di sekeliling kawasan petempatan ini. Setiap hari semakin pesat pembangunan yang berlaku di petempatan ini. Kawasan ini terletak arah timur negeri bandaraya Warisan pesisir Air iaitu dari Daerah K.Terengganu.

Page 7: Kerja KUrsus Geogarfi 2009 (Prof_Is)
Page 8: Kerja KUrsus Geogarfi 2009 (Prof_Is)
Page 9: Kerja KUrsus Geogarfi 2009 (Prof_Is)
Page 10: Kerja KUrsus Geogarfi 2009 (Prof_Is)

Saya telah menggunakan beberapa kaedah dengan memilih kaedah pemerhatian. Saya dan rakan-rakan menggunakan kaedah ini untuk mengenal pasti ciri-ciri bentuk muka bumi, sumber-sumber semula jadi, dan kegiatan ekonomi penduduk di kawasan kajian. Selain itu, kami juga memerhatikan kesan penerokaan sumber yang terdapat di situ.

Disamping itu juga, kami menggunakan kaedah temubual. Saya dan rakan-rakan mengumpulkan maklumat tentang jenis pola petempatan penduduk dengan menemu bual pegawai yang bertugas di jabatan kerja raya(JKR) dan orang tua di kawasan Kampung Durian Burung (KDB).

Kami juga menggunakan kaedah soal selidik sebagai kaedah lain yang kami gunakan. Kami telah membuat soal selidik dengan 20 orang penduduk yang tinggal di kawasan tersebut tentang perkembangan yang telah berlaku di (KDB)ini dan memerhati aktiviti yang dijalankan oleh penduduk kawasan kajian.

Selain itu,saya juga menggunakan rujukan dari internet untuk mendapatkan data dan maklumat tentang negara Singapura,Alamat laman web yang saya lawati terdalam dalam bahagian rujukan,Untuk memantapkan lagi kajian saya,saya menggunakan buku ilmiah yang bertajuk Asia Tenggara 1.

Page 11: Kerja KUrsus Geogarfi 2009 (Prof_Is)

Jenis dan pola petempatan di KDB ini ialah berselerak dan berjajar . Kawasanperumahan di KDB disusun secara berjajar. Terdapat pelbagai jenis rumah-rumah yang boleh didapati di kawasan tersebut.Antaranya rumah kedai,rumah banglo,taman perumahan,rumah kayu dan sebagainya.

Kebanyakan rumah-rumah dan kedai-kedai dihubungkan dengan jalan raya yang baru diperlebarkan .Ini juga dapat memudahkan pergerakan akiviti harian penduduk di KDB untk pergi kerja atau ke mana-mana destinasi yang ditujui oleh penduduk di KDB.

Jenis pola petempatan di negara Singapura ialah berpusat. Kawasan petempatan di negara Singapura lebih padat berbanding kawasan KDB. Keluasan negara ini ialah 6927 kilometer persegi.Kawasan perumahan penduduk di negara Singapura tertumpu ke kawasan pusat bandar.Rakyatnya tinggal di rumah pangsa yang disediakan oleh Majlis Pembangunan Perumahan Singapura (MPPS).

Rumah-rumah pangsa banyak dibina secara pola terancang.Bangunan terpaksa didirikan untuk menampung penduduknya yang semakin bertambah seperti yang terdapat di sekitar kawasan Toa Payoh dan Queenstown.Jumlah penduduk di Negara Singapura amat padat sekali dan tidak sesuai dengan keluasan negara pulau itu yang agak kecil jika dibandingkan dengan Malaysia.

Nilai dan unsur patriotisme

Nilai yang dapat kita ketahui daripada kajian ini ialah Cinta akan Negara. Kita seharusnyabersyukur kepada negara Malaysia kerana negara kita mempunyai tanah yang mencukupi untuk dijadikan tempat tinggal yang selesa jika dibandingkan negara pulau itu (Singapura).Kawasan tempat tinggal saya

jauh lebih selesa dari negara pulau itu dan juga saya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana memainkan peranan yang penting bagi memajukan kawasan perumahn di negara ini.

Page 12: Kerja KUrsus Geogarfi 2009 (Prof_Is)

Kampung Durian Burung (KDB)

Sejarah KDBPetempatan KDB dibuka lebih 41 tahun dahulu. Kawasan ini adalah kawasan kampung yang wujud pada zaman dahulu lagi dan kawasan ini dahulu adalah kawasan paya dan bebukit.orang lama yang tinggal di

tempat ini mengatakan yang tempat ini dahulu terdapat banyak burung-burung yang memakan buah-buah durian.disitu juga terdapat kebun durian yang luas. Bilangan penduduk di sini telah meningkat setiap tahun ke setahun.Kawasan ini menarik perhatian semua penduduk kerana kawasan yang strategik.dan

terletak di antara jalan yang menghala ke Kelantan dan ke pusat Bandar.

Bentuk muka bumi

Bentuk muka bumi kawasan petempatan di sini mempunyai tanah pamah yang rata. Kawasan ini dahulunya hutan tanah paya sebelum dibangunkan. Faktor ini yang mempengaruhi petempatan di

KDB.Melalui pemerhatian,sebahagian besar bentuk muka bumi di KDB ini adalah luas dan rata.Keadaan muka bumi yang sedemikian telah mempengaruhi pola petempatan di kawasan ini.Rumah-rumah telah

dibina di kawasan yang strategik dan sistematik.

Kegiatan Ekonomi

Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi di KDB ini. Antara kegiatanekonomi tersebut ialah perniagaan, dan perkhidmatan yang semakin pesat membangun.. Kegiatan ekonomi ini memberikan keuntungan yang lumayan kepada penduduk kawasan ini dan ini dapat memajukan kawasn KDB ini.

Dasar kerajaan

Dasar kerajaan juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi petempatan.Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan di sini. Contoh kemudahan yangdisediakan ialah sekolah rendah dan sekolah menengah,pondok telefon,tempat perhentian bas dan sebagainya.

Negara Bandingan : Singapura

Sejarah Negara Singapura

Page 13: Kerja KUrsus Geogarfi 2009 (Prof_Is)

Pada masa silam sekitar abad ke 14, pulau Singapura merupakan sebahagian daripada kerajaan Sriwijaya dan dikenali sebagai Temasek ("Kota Laut").Dipercayai bahawa Singapura merupakan pusat

pemerintahan kerajaan Melayu sebelum ia diduduki oleh Sir Stamford Raffles. Ini berdasarkan tulisan Abdullah bin Abdul Kadir yang menyatakan ketika Singapura dibersihkan, bukit yang terdapat di situ

telahpun dikenali sebagai bukit larangan, dan terdapat banyak pokok-pokok buah yang ditanam di situ. Ini menunjukkan terdapatnya pusat pentadbiran (istana) di situ.

Bentuk muka bumi

Bentuk muka bumi negara Singapura ialah tanah pamah yang rata. Kedudukannya ialah di bahagian selatan negara Malaysia,Singapura juga adalah sebuah pulau yang kecil. Bentuk muka bumi di negara

pulau ini adalah sama dengan tempat tinggal saya iaitu bertanah pamah.Walau bagaimanapun,petempatan di singapura adalah sangat padat sekali.

Kegiatan ekonomi

Terdapat pelbagai kegiatan ekonomi di negara Singapura. Contoh kegiatan ekonomi diSingapura ialah perniagaan, perkilangan, perkhidmatan, perikanan serta kegiatan pelancongan

yang menguntungkan ekonomi Singapura.Contohnya sistem pengangkutan,sebagai salah sebuah perlabuhan yang terbesar di dunia ,Singapura menjadi teras pengangkutan yang utama di dunia iaitu

perkapalan adalah merupakan sistem pengangkutan antarabangsa yang paling utama di dunia,dari segi pelancongan pula,Pulau Sentosa adalah destinasi pelancongan yang amat sesuai sekali bagi pelancong-pelancong tempatan dan pelacong-pelancong asing untuk bercuti di pulau tersebut.ini dapat memajukan

lagi ekonomi Singapura.

Dasar kerajaan

Oleh kerana saiz negara Singapura kecil, kawasan petempatan sangat padat. Kerajaanmereka terpaksa menghadkan bilangan rumah-rumah yang dibina dan kawasan tanah tidak

mencukupi untuk membina lebih banyak rumah untuk penduduk-penduduk Singapura.

Nilai Dan Unsur Patriotisme

Kita telah mengetahui bahawa terdapat banyak perbezaan yang ketara antara kawasan petempatan kita dengan Singapura. Kita seharusnya berbangga kepada negara kita kerana mempunyai dasar kerajaan yang

baik dan terancang demi masa depan kita.

Page 14: Kerja KUrsus Geogarfi 2009 (Prof_Is)

Kampung Durian Burung (KDB)

Fungsi di kawasan petempatan ini ialah sebagai pusat perniagaan. Terdapat banyaktempat berniaga iaitu kedai telekomunikasi,kedai runcit,kedai baiki kereta,kedai komputer dan kedai “Play

Station” ,stesen minyak dan sebagainya. Kebanyakan penduduk d KDBmenjalankan kegiatan perniagaan sendiri.

Negara Bandingan : Singapura

Negara Singapura berfungsi sebagai pusat pelabuhan antarabangsa. Kedudukan negara ini yang strategik menjadikan negara Singapura negara pelabuhan yang terkenal di rantau dunia. Selain itu, negara

Singapura juga mengimport banyak barangan ke luar negara untuk kepentingan ekonomi sendiri.Di negara pulau itu ada juga tarikan yang utama iaitu terdapat kawasan pantai buatan manusia yang indah serta

taman-taman hiburan yang menarik.ini dapat menambahkan hasil pendapatan negara pulau itu.

Nilai dan unsur patriotisme

Negara kita adalah sebuah negara yang stabil serta makmur.Kita patut berterima kasih kepada negara kita kerana mempunyai fungsi petempatan yang berkaliber tinggi untuk kepentingan ekonomi di negara kita.

Kita seharusnya bekerjasama antara satu sama lain supaya petempatan di negara kita dapat berfungsi dengan baik dan berkesan.

Kampung Durian Burung (KDB)

Page 15: Kerja KUrsus Geogarfi 2009 (Prof_Is)

Terdapat pelbagai masalah petempatan di kawasan ini. Antara masalah petempatan tersebut ialah kesesakan lalulintas,masalah sosial,dan banjir serta pencemaran sampah sarap. Masalah kesesakan lalulintas pula sentiasa berlaku semasa awal pagi apabila semua orang sibuk hendak ke tempat kerja dan menghantar murid ke sekolah dan semasa musim cuti perayaan,kerana jalan ini menghubungkan ke kelantan.

Masalah ini telah berlaku sejak beberapa tahun dahulu lagi. Masalah pencemaran sampah sarap juga berlaku,ini kerana ada segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata manakala pencemaran bunyi pula terjadi akibat dari asap-asap kenderaan dan bunyi dari kenderaan dan kedai peralatan besi berlaku di sekitar kawasan petempatan ini.Disamping itu juga masalah sosial juga berlaku di KDB,seperti lumba haram di kalangan remaja-remaja.Hasil soal selidik ini dapat dilihat dalam jadual di bawah,dan pada halaman sebelah dilampirkan bersama graf bar.

Jenis Masalah Bilangan Responden Yang Menanda(√ )

Pencemaran sampah sarap & bunyi

4

Kesesakan lalulintas 5

Masalah Sosial 6

Banjir 5

jumlah 20

Jadual menunjukkan masalah-masalah petempatan di Kampung Durian Burung Sumber : Hasil soal selidik 20 orang responden

Negara Bandingan : Singapura

Singapura juga mempunyai masalah petempatannya yang tersendiri. Antara masalah-masalah yang tersenarai ialah kesesakan lalulintas kekurangan tempat tinggal dan masalah pencemaran bunyi. Nampaknya negara Singapura mempunyai masalah petempatan yang hampir sama dengan KDB.

Kesesakan lalulintas berlaku akibat saiz jalan yang kecil. Kekurangan tempat tinggal berlaku akibat kekurangan tapak tanah untuk membina bangunan yang baru. Keadaan ini juga berlaku disebabkan kepadatan penduduk Singapura.

Nilai dan unsur patriotisme

Bagi Mengelak berlaku pencemaran,kita hendaklah bekerjasama menjaga alam sekitar supaya tidak tercemar.selain itu,saya amat bersyukur sekali,kerana kesesakan lalulintas di KDB tidaklah seteruk yang

berlaku di lebuh raya Singapura

Kampung Durian Burung (KDB)

Page 16: Kerja KUrsus Geogarfi 2009 (Prof_Is)

Langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah petempatan di KDB adalah seperti berikut., bagi masalah kesesakan lalulintas pula, jalan raya yang disediakan harus dilebarkan atau ditambah jaraknya lagi. Dan masalah pencemaran pula, pihak tempatan seharusnya menguatkuasakan undang-undang supaya keadaan pencemaran dapat dikurangkan secara berperingkat-peringkat.manakala dari segi sosial pula kerajaan perlu membina gelangang futsal,gelanggan sepak takraw,dan pihak polis perlu mengadakan sekatan jalan raya lebih kerap bagi mencegah gejala mat rempit dan mengelak dari budaya lepak

Negara Bandingan : Singapura

Bagi negara Singapura, terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah petempatan ini. Masalah kesesakan lalulintas seperti sudah menjadi kebiasaan di Singapura, tetapi keadaan ini harus dielakkan. Seperti keadaan di KDB, melebarkan jalan raya harus digunakan sebagai alternatif utama yang baru disiapkan dalam membantu menyelesaikan perkara ini.

Bagi masalah kekurangan tempat tinggal pula, kita tidak dapat membantu sepenuhnya untuk menambahkan bilangan tempat tinggal tersebut. Jadi sebagai langkah menjimatkan kawasan tapak tanah, pihak kerajan seharusnya membina rumah kos rendah seperti rumah teres, pangsapuri dan kondominium.

Nilai dan unsur patriotisme

Melalui langkah-langkah ini keadaan persekitaran dan kejiranan dapat diwujudkan dalam masyarakat kita.disamping itu,kemudahan-kemudahan yang disediakan dapat dijaga dengan baik untuk kepentingan bersama.Hal ini dapat melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab terhadap semua kemudahan yang disediakan

GRAF MASALAH PETEMPATAN DI KAMPUNGDURIAN BURUNG

Page 17: Kerja KUrsus Geogarfi 2009 (Prof_Is)
Page 18: Kerja KUrsus Geogarfi 2009 (Prof_Is)

Melalui kajian ini,saya dapat mengetahui tentang jenis dan pola petempatan di Kampung Durian Burung(KDB) iaitu tempat tinggal saya serta negara bandingan atau negara jiran iaitu Negara Singapura. Kajian ini juga memberi saya maklumat-maklumat atau data-data tentang faktor yang mempengaruhi petempatan di KDB serta di Negara Singapura. Disamping itu,saya juga dapat mengenal pasti fungsi petempatan di KDB dan juga Negara Singapura. Akhir sekali,saya juga turut mengetahui masalah petempatan di KDB serta di Negara Singapura dan juga dapat mengenal pasti langkah-langkah untuk mengurangkan masalah petempatan di KDB serta negara jiran kita itu...

Melalui Kajian ini juga dapat menyedarkan saya bahawa kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan selesa dan aman merasa tetap bersyukur terhadap kumudahan yang disediakan serta penduduk yang hidup harmoni dan bersyukur terhadap persekitaran yang kita lalui ini.Negara kita amat bertuah sekali kerana mempunyai kegiatan ekonomi yang amat baik sekali.Oleh itu,kita seharusnya menghargai dan bersyukur apa yang kita ada dan menyayangi negara kita seikhlas-ikhlasnya.Persekitaran yang terpelihara atau dijaga ini dapat mencerminkan penduduknya yang berbilang bangsa sentiasa menghargai pemberian tuhan.

Page 19: Kerja KUrsus Geogarfi 2009 (Prof_Is)

Surat kebenaran menjalankan kajian

Surat pengenalan diri untuk menjalankan kajian

Borang Soal selidik

Panduan Penulisan Kerja Kursus Geografi

Rujukan-rujukan yang difotostat atau dicetak dari internet.

Buku Teks

Khaw Ah Seng,Habibah Hj.Lateh,Tan Koh Lim,2004,Buku Teks Geografi Tingkatan 3.Kuala Lumpur : PTS Publication and Distrubutor Sdn.Bhd.

Buku Ilmiah

Page 20: Kerja KUrsus Geogarfi 2009 (Prof_Is)

BC Tan,2001,Buku Asia Tenggara 1. 36 Jalan Batu Geliga Satu, Taman Melewar, 68100 Batu Caves, Selangor Darul Ehsan: Seramik Asia Tenggara Bhd.

Orang Sumber

Encik Hj.wan Said Bin Hj Wan Salleh,67 tahun,no,411,Lorong Jambu,Kampung Durian Burung,20050,Kuala Terengganu

o Encik Ahmad Fauzi Bin Abdul Rahman,49 tahun,no MPKT 147, Jalan Temasya Pantai, 20400 ,Kuala Terengganu

Internet

http://en.wikipedia.org/wiki/Singapore http://www.travelblog.org/gmaps/geo-1734705.html http://maps.701panduan.com/index2.php?

zoom=6&lat=3.64136&lon=101.56274&layers=BTT0T&keyWord=k.terengganu&area=Terengganu